shalehudin |
- Mai ramai2 renung muka innocent ni
- Ada orang yang tidoq tak lena semalam
- Apa disemai, itulah dituai
- Hakim di Malaysia Penakut
- Mereka menanggung kesilapan kita
- Menteri tak lulus Ilmu Alam
- Yeahh... selamat membuli
- Muhyiddin kena debik
- Mercun bukan budaya kita
Mai ramai2 renung muka innocent ni Posted: 18 Aug 2010 05:30 AM PDT APA SALAHKU...Bayi lelaki yang ditinggalkan dalam keadaan bogel di hadapan sebuah rumah di Jalan Hulu Takir di Seberang Takir malam tadi disahkan sihat oleh Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu, Rabu. Bayi lelaki yang dipercayai baru lahir itu ditemui di hadapan rumah anggota polis, Lans Koperal Marzuki Hamid sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk pemeriksaan lanjut. Foto BERNAMA |
Ada orang yang tidoq tak lena semalam Posted: 18 Aug 2010 04:00 AM PDT Salam semua... Tak sabaq Pak Long nak dengaq, apa hasil kajinya. Dia datang memang diundang. Pakar patologi yang bawak harapan tinggi. Harap harap jangan tertiarap. Bukannya apa, ruang untuk Teoh Beng Hock bersuara kena bagi jugak. Tahniah pada Dr Pornthip Rojanasunand yang berani sampai ke KLIA tengah hari Selasa dengan kawalan keselamatan yang tinggi dan penuh kerahsiaan. Dia sudah ternama ditanah airnya hasil kerjanya dan bakal membina nama di Malaysia. Sesi untuknya bermula di Mahkamah Koroner pada Rabu. Hmmm... ada orang yang tidoq tak lena dan makan tak selera. Pak Long pun tak tau sapa. Pornthip ni lantikan khas Kerajaan Selangor. Awai awai dulu dah bagi kontroversi pasai kata 80 peratus Beng Hock dibunuh. Dakwanya ada kesan lebam di leher Beng Hock seperti dicekik dan kecederaan pada dubur seperti ditusuk. Apa apa pun yang paling serius adalah dakwaannya menerima "tekanan politik" dai Kerajaan Malaysia menyebabkan dia gagal hadir pada prosiding 20 April lalu. Sama samalah kita nantikan kesudahan episod yang Pak Long rasa paling mencabar kewarasan rakyat terhadap kepelbagaian kaum di Malaysia ni. Wassalam... Sumber: Pak Long |
Posted: 18 Aug 2010 02:00 AM PDT Apa disemai di sekolah mengandung, itulah dituai nanti Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w Renungan "(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikan aku (ke dunia) agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkan sahaja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan." (Al-Mu'minum: 99-100) *** APA yang berlaku dalam masyarakat hari ini begitu membingungkan. Jenayah semakin menjadi-jadi manakala akhlak rakyat berada pada paras kritikal. Akibat akhlak buruk inilah ada pemimpin seperti Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencadangkan penubuhan sekolah mengandung dan penurunan had umur perkahwinan. Sekolah mengandung hampir pasti membabitkan kelahiran bayi-bayi tidak dikehendaki. Wujudnya sekolah ini menggalakkan penularan perkara kurang sihat dalam masyarakat, dibimbangi apa disemai (produk dikeluarkan) daripada sekolah mengandung itu akan melahirkan generasi baru yang kacau-bilau. Berhubung perkara ini, penulis tertarik dengan lontaran idea bahawa apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini adalah berdasarkan apa yang disemai oleh kita tidak lama dulu. Kalau ada sekolah mengandung, kita menzahirkan anak-anak ini (dilahir dan mungkin dibesarkan di sini) tentunya ia akan memberi kesan negatif kepada si anak dan ibu. Jika kita semai benih padi, insya-Allah padilah yang akan kita kutip. Jika kita semai biji mangga, buah manggalah yang akan kita petik. Jika kita galakkan kelahiran anak yang tidak tentu status ibu bapanya di sekolah mengandung, jadi kita menyemai benih apa sebenarnya? Sebenarnya benih sihat dan berkualiti pun perlu penjagaan rapi, seterusnya ketika ia membesar dan membuahkan hasil. Namun apa hasilnya jika benih bermula daripada tempat kurang disenangi seperti sekolah mengandung itu? Tidak ada orang waras akan menyemai benih lalang ketika dia menyemai benih padi. Tetapi lalang (ataupun menerung) kadang-kadang akan hidup beriringan dengan pohon padi tadi. Dalam usaha memastikan anak padi tadi hidup subur, ia hendaklah dibelai, dibajai dan sebagainya manakala anak-anak menerung tadi dicabut dan dihumbankan ke batas. Demikianlah manusia. Dalam usaha membesarkan seseorang agar benar-benar menjadi 'manusia', segala keperluan ke arah itu perlu diperlengkapkan manakala 'lalang' yang turut bersamanya perlu dihapuskan termasuk meracunnya. Malangnya dalam masa seseorang insan itu membesar, terlalu banyak 'lalang' yang menyuburi hidupnya. Yang pertama mungkin ibu bapanya sendiri. Misalnya ibu bapa yang tidak menunaikan suruhan agama (contoh solat), secara automatik akan menanam 'lalang' ke dalam diri si anak. Ibu bapa sah pun culas dalam penjagaan anak, apa diharapkan penjaga anak daripada sekolah mengandung. Kebanyakan anak-anak hari ini membesar dengan 'TV dan komputer berada di sisi mereka'. Untuk melekakan si anak bagi membolehkan ibu bapa membuat kerja lain, anak-anak dibiarkan di depan TV dan komputer dengan pelbagai 'game'. TV adalah 'lalang' terbesar dalam mempengaruhi jiwa anak-anak. Banyak perkara mereka pelajari daripada TV dan media massa lain. Ada yang baik dan ada yang buruk. Apabila remaja, anak-anak lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah. Mereka ke sekolah dan kemudian ke institusi pengajian tinggi. Pada peringkat umur inilah mereka dapati 'lalang' terlalu banyak, malah amat subur. Ada banyak 'pusat lalang' seperti pusat beli belah untuk melepak, kafe siber, premis empat nombor ekor, pub, karoke, bar, rumah urut dan pusat perjudian termasuk nun di puncak gunung (kompleks judi terbesar di Asia Tenggara). Pada peringkat umur inilah jika tidak diawasi anak-anak akan hanyut. Amat menghairankan pusat-pusat hiburan ini tumbuh bagaikan cendawan (lalang?) selepas hujan. Budaya hiburan semakin disuburkan. Anak-anak di bangku sekolah pun dilatih menjadi pelakon, penghibur dan 'penuntut' (kononnya) dalam rancangan-rancangan hiburan seperti Akademi Fantasia dan Malaysian Idol. Ibu bapa pula macam 'lalang' - seronok tengok anak-anak berkinja-kinja dalam Akademi Fantasia atau 'tumpang semangkok' membawa anak-anak menyertai puluhan ribu rakyat (hampir semuanya Melayu/Islam) menonton konsert 'Jomheboh'. Budaya ini siapa yang suburkan? Siapa yang benarkan? Kita tidak hendak menuduh sesiapa tetapi mahu tidak mahu terpaksa kata kerajaanlah sebab pihak inilah yang paling berkuasa. Budaya buruk ini kerap menyebabkan kehamilan luar nikah, dan kini sebagai jalan keluar mahu diwujudkan sekolah mengandung. Jika kita memperkatakan tentang kerajaan, selalunya yang diuar-uarkan ialah konsep seperti 'hendaklah kamu taat kepada pemimpin (pemerintah)', tetapi tidak pernah pula diperkatakan mengenai kewajipan pemerintah. Tugas pemerintah amat berat tetapi diremehkan saja. Di sini sukacitalah kita petik sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengenai kewajipan pemerintah. Terjemahan hadis - Sabda Rasulullah s.a.w. Sesiapa daripada pemerintah yang memerintah rakyat Muslimin, tiba-tiba ia mati dalam keadaan menipu mereka itu (pembalasannya) Allah mengharamkannya daripada memasuki syurga. Antara huraian hadis ini - Sebagaimana rakyat wajib taat kepada pemerintah, maka demikian pula pemerintah atau ketua mestilah menjalankan pemerintahannya dengan adil dan dengan penuh kejujuran. Kerap kali ketua-ketua itu terpesong dalam tugasnya. Amanah yang diberikan kepadanya telah digunakan untuk tujuan-tujuan yang salah dan menekan rakyat di bawahnya. Perbuatan itu dikatakan menipu rakyat jelata. Hadis yang tersebut mengingatkan bahawa perbuatan menipu rakyat itu adalah kesalahan besar dan dikutuk oleh Tuhan dan masyarakat, seterusnya di akhirat dia diharamkan daripada memasuki syurga Allah. Erti pemerintah itu termasuk juga para menteri, pembesar-pembesar dan pegawai-pegawai tinggi. Mereka itu mestilah menjalankan tugas masing-masing dengan ikhlas dan jujur, jauh dari segala penipuan, semoga rakyat dapat hidup dengan aman dan seterusnya terlepas daripada kemungkaran Allah. Dalam isu berkaitan 'lalang' ini, kita ingin bertanya adakah pemimpin kita sudah menjalankan tugas mereka dalam erti kata sebenar-benarnya. Apakah mereka bersih daripada 'unsur menipu dan menekan rakyat'? Benarkah pilihan raya lalu bebas daripada 'unsur-unsur' penipuan? Benarkah kenaikan harga barang-barang asas tidak menekan rakyat? Kita bimbang kerana berdasarkan ungkapan 'apa yang disemai itulah yang dituai' gambaran hari ini seperti berleluasanya maksiat, jenayah dan segala hal negatif lain menunjukkan kita leka membiarkan 'lalang' membiak dalam masyarakat. Atau kita sendiri sudah tersilap menyemai 'lalang' dan hasilnya 'lalang'lah yang kita kutip hari ini. Natijah 'menyemai lalang' termasuk di sekolah mengandung itu adalah berleluasanya kes rogol, zina, bunuh, samun, ragut, mabuk, bersekedudukan, rasuah, tipu dan sebagainya. Kita bimbang sekolah mengandung yang kita bina itu ada kesinambungannya seperti 'kolej dan universiti buat anak'. Apabila ini berlaku makin rosaklah masyarakat. Oleh itu jangan disemai lalang di sekolah mengandung sebaliknya lahirkan baka baik-baik yang akan menyelamatkan anak bangsa dunia dan akhirat. by Lanh Sr. |
Posted: 18 Aug 2010 12:30 AM PDT Hakim di Malaysia penakut - Prof Dr Abd Aziz Bari Adalah tidak mudah untuk para hakim mempertahankan konsep kebebasan kehakiman, ini kerana dalam kes-kes kritikal mereka tidak mampu untuk berbuat demikian; sama ada kerana sayangkan kedudukan mereka atau mereka menganut fahaman kerajaan yang memerintah. Demikian ditegaskan Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas tentang kes Abdul Malek Hussin yang gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan. Sebagaimana kes-kes kritikal yang lain, keputusan kes ini - di mana Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan sebanyak RM2.5 juta kerana beliau ditahan secara tidak sah - berubah di peringkat rayuan. Sehingga ini, katanya fenomena itulah yang berlaku. Apa yang diputuskan dalam kes saman Abdul Malek itu memperlihatkan aliran yang sama dengan krisis politik di Perak, membabitkan Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin yang menang di Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun di peringkat rayuan - yakni di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan - kedudukan Dato Dr Zambry dipulihkan kembali. "Sebenarnya kes-kes yang disebutkan itu boleh diputuskan dengan lebih dari satu cara. Khususnya apabila is bergantung kepada kuasa budi bicara. Sebagai mana dalam hukum; ada dua atau tiga qaul yang boleh dipakai," katanya. Bagaimanapun, Aziz menjelaskan, ada pandangan tertentu yang lebih adil dan lebih sesuai dengan sesuatu keadaan. "Keadaan yang kritikal ini memerlukan hakim-hakim yang berani dan mempunyai ilmu yang mantap. Hakim yang penakut dan tidak dalam ilmunya - walaupun secara rasmi bergelar Yang Arif atau Yang Amat Arif - akan berasa ketakutan. Ada juga hakim yang berani tetapi mereka mungkin condong kepada faham politik tertentu," tegasnya lagi. Pakar perlembagaan itu berkata, apa yang berlaku di Malaysia sekarang pernah berlaku di negara lain termasuk di Amerika Syarikat pada pertengahan kurun ke 19. "Ketika itulah Mahkamah Agung Amerika Syarikat memutuskan amalan hamba abdi selaras dengan peruntukan perlembagaan negara itu dan keputusan itu membawa kepada perang saudara," jelasnya. Aziz berkata pengalaman itu menunjukkan bahawa rakyat perlu tampil ke depan untuk membetulkan keadaan yang sudah tidak mampu ditangani oleh mahkamah. Beliau mengingatkan dengan beberapa kes tertentu, yang melibatkan kerajaan kalah, tetapi ini tidak bermakna bahawa kebebasan telah pun pulih. "Kerajaan bersedia untuk kalah dan membayar wang hanya untuk menunjukkan bahawa kebebasan itu wujud. Tapi dalam kes-kes tertentu di mana maruah kerajaan amat penting, hakim tidak berani untuk mengambil keputusan yang betul meskipun ia berlandaskan perlembagaan selaku undang-undang tertinggi negara", tambahnya. Aziz merujuk kepada kes di Mahkamah Tinggi baru-baru ini di mana seorang pegawai tentera menang dalam samannya terhadap kerajaan. Bagaimanapun mahkamah yang sama tidak bersedia untuk mengharamkan PPSMI meskipun ia jelas melanggar Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Berbalik kepada kes Abdul Malek, Profesor Undang-undang itu berkata keputusan Mahkamah Tinggi oleh Dato Hishammuddin Yunus adalah keputusan yang baik dan kreatif. "Saya fikir hakim tersebut bukan sahaja melaksanakan apa yang disebut dalam peruntukan tetapi juga melaksanakan semangat dan ruhnya sama. Malangnya ini dibatalkan di peringkat rayuan," kata Aziz. Apa yang berlaku ini, termasuk kes-kes yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim, perlu dikaji secara terperinci dan mendalam. "Kajian akademik ini bukan sahaja menumpukan aspek perundangan yang terpapar dalam penghakiman tetapi juga latar belakang dan peribadi hakim-hakim yang terlibat. Selain itu, senario politik semasa juga perlu diambil kira," ujarnya. Aziz berkata, di negara-negara maju kajian sedemikian amat popular dan dapat memberi gambaran sebenar tentang sesuatu kes itu. Tegasnya, antara kajian yang terkenal ialah Politics of the Judiciary yang ditulis oleh Profesor John Griffith dari Universiti London |
Mereka menanggung kesilapan kita Posted: 17 Aug 2010 11:00 PM PDT Sebagai ibu bapa, kak Ros rasa kita patut sangat rasa risau bila terbaca kisah sepasang kekasih yang sehati sejiwa ni yang mengaku bersalah membuang bayi perempuan mereka di Melaka. Setiap yang terjadi ada hikmahnya dan marilah kita sama sama memulakan langkah pencegahan dengan harapan kita menafaatkan sepenuhnya peristiwa pahit yang menimpa kedua mereka itu sebagai hikmah pada yang lain. Mulakan dengan keluarga sendiri sebelum melihat sekeliling. Lihat diri kita, lihat pasangan kita dan lihat jugak anak anak kita. Jangan di tuding pada sesiapa, 7 hari 7 malam pun masaalah tak akan selesai kalau dok cari salah orang. Jangan tengok di mana benda alah tu terjadi, sebab kalau kita tak menjaga diri sendiri, tang mana jugak kita pi akan terjadi benda yang dilaknati Allah ni. Lihat saja sepasang kekasih yang masih lembut ubun ubun ni. Mereka memang bersalah, tapi apakah orang disekeliling mereka dapat melarikan diri dari bersama sama menanggung kesalahan dan jugak kesan dari kesalahan mereka berdua itu? Tak kira siapa anda, semua dari kita harus bertanggungjawab terhadap permasaalahan ini. Kegagalan kita membentuk kehidupan yang lebih baik dan mengikut syarak telah meletakkan mereka mereka ini jahil, angkuh dan bodoh sombong sebagai manusia. Allah tidak akan terima hambanya yang penuh angkuh dan sombong. Sumber: Ros |
Posted: 17 Aug 2010 08:50 PM PDT Manusia di dua "alam" Dan pulak, dari segi hukum "alam"nya jugak, Chua Soi Lek pun tak salah. Alam Chua Soi Lek adalah jugak alam perkauman. Chua hanya bermain permainan yang diajar dan digunapakai oleh Umno iaitu "gendang perkauman" walaupun Chua bermain kata kata dengan meletakkan kematangan rakyat Malaysia dalam memahami perkembangan semasa mengatasi isu perkauman. Padahal dia jugak berjuang memenangi hati kaumnya dengan menindas kaum tuan "Umno"nya. Tapi dari segi "Ilmu Alam"nya, dua dua salah dan dua dua tak boleh pakai. Alam sekarang dah berbeza banyak dengan alam dulu dulu. Pasai dua dua dah ketinggalan alam kerana parti yang berasaskan kaum dah tak diterima pakai dah oleh majoriti kaum muda Malaysia di alam moden ni. Nak buat camana depa tu memang tak lulus Ilmu Alam... wakaka... |
Posted: 17 Aug 2010 06:30 PM PDT Selamat membuli peneroka, Mr Prime Minister Mohd Hanipa Maidin 17 OGOS – Bagi menunjukkan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak peka dengan penderitaan para peneroka Felda , penero ka dijanjikan oleh Najib untuk diberi RM 350 bagi setiap peneroka yang berupa bayaran khas untuk hari raya aidilfitri. Dilaporkan bahawa 101,391 peneroka Felda akan mendapat bayaran tersebut (lihat The Star 14/8/2010 ). Bagi kita Pas, segala bayaran yang boleh mengurangkan beban para peneroka amat-amat kita alukan. Namun yang kita tidak boleh terima sama sekali mengapakah seramai 11, 244 peneroka yang memilih untuk tanam semula secara sendiri dan tidak melalui Felda hanya akan diberikan RM150 sahaja untuk hari raya aidilfitri nanti. Tiada sebarang alasan mengapakah para peneroka yang yang memilih untuk tanam semula secara sendiri dan tidak melalui Felda hanya akan diberikan RM 150 sahaja sedangkan rakan-rakan mereka mendapat RM350-00 dari pihak Felda. Kalau ini bukan diskriminasi apa nak kita namakan dengan tindakan ini? Apa guna kita mempunyai Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata di sisi undang-undang jika Kerajaan dengan secara mudah dan tanpa rasa bersalah terus menerus melakukan tindakan diskriminasi sesama peneroka. Memanglah kita tidak boleh harapkan Kerajaan Najib untuk takut pada Allah kerana bertindak zalim ke atas peneroka dengan mendiskriminasi sesama mereka – yang tanam semula dengan Felda dapat RM 350 dan yang tanam semula secara sendiri hanya dapat RM 150-00 sahaja – namun sekurang-kurangnya kita masih harapkan Kerajaan Najib ini masih boleh berfikir dan bertindak secara rasional dan dalam kerangka Perlembagaan. Nampaknya tindakan terbaru Najib ini mengesahkan bahawa rakyat tidak boleh mengharapkan pemimipin No 1 Umno dan Negara ini untuk hormati ayat Al-Quran yang melarang umatnya melakukan kezaliman. Hatta untuk mengharapkan mereka Najib menghormati Perlembagaan pun jauh panggang dari api. Kesimpulannya Najib tidak mesra Perlembagaan jauh sekali mesra Al-Quran. Harus diingat apabila para peneroka memilih untuk tanam secara sendiri dan tidak melalui Felda (selepas pokok mereka ditebang ) para peneroka hakikatnya hanya melaksanakan opsyen yang Felda berikan kepada mereka. Felda sendiri sebenarnya telah memberikan pilihan kepada para peneroka untuk menanam semula secara sendiri. Hakikatnya mereka yang menanam semula secara sendiri telah dijanjikan oleh Felda untuk diberikan wang sebanyak RM 1700 seekar bagi menanggung perbelanjaan kerja-kerja tanam semula. Mantan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gadam dan juga Pengerusi Felda Holdings Yusuf Noor pernah membuat kenyataan di akhbar dan memberi jaminan bahawa peneroka-peneroka yang memilih untuk menanam semula secara sendiri berhak mendapatkan wang mereka daripada tabung tanam semula. Melalui mesyuarat antara Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM ) dengan Kementerian Perusahaan Utama yang turut dihadiri oleh wakil Felda pada 11/1/2001, Felda bersetuju memulangkan kembali wang daripada tabung tanam semula kepada peneroka yang sudah menjelaskan bayaran skim Felda tidak kira sama ada mereka membuat tanam semula secara bersendiri atau menerusi Felda dan jumlah wang yang akan dikembalikan ialah RM 1,700.00 setiap ekar. Sebenarnya para peneroka yang menanam semula secara sendiri dalam banyak hal didiskriminasi. Mereka bukan sahaja didiskriminasi dalam isu pemberian duit raya tapi juga dalam perkara yang lain. Ada para peneroka yang terpaksa pergi ke Mahkamah bagi mendapatkan wang RM 1700 seekar. Pada masa ini saya sedang mewakili 24 peneroka Air Tawar 5 Kota Tinggi, Johor dan 11 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 yang dinafikan oleh Felda bagi mendapatkan wang dari tabung tanam semula sebanyak RM 1700 seekar tersebut. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedih dan pilunya melihat para peneroka yang sudah lanjut umur dan ada yang sudah uzur bersusah payah memanjat tangga Mahkamah bagi mendapatkan hak mereka. Meskipun Felda dan Najib terus menerus memberikan janji manis bahawa peneroka yang tanam semula secara sendiri akan diberikan wang dari tabung tanam semula sebanyak RM 1700 seekar namun apabila tiba waktu perlaksanaan janji tersebut maka peneroka akan dikenakan pelbagai syarat melalui beberapa Pekeliling yang dikeluarkan oleh Felda dari semasa ke semasa. Sekejap Pekeliling TBB – Operasi 4/2004, kemudian Pekeliling TBB – Operasi 2/2005, kemudiannya Pekeliling TBB – Operasi 2/2006 dan kemudiannya Pekeliling TBB –Operasi 2/2008 pula. Meskipun wang tabung tanam semula adalah hasil caruman para peneroka namun apabila tiba waktu membuat Pekeliling – Pekeliling tersebut kita tidak nampak kepentingan dan hak para peneroka yang menanam semula secara sendiri benar-benar dijaga. Apabila peneroka memilih tanam semula melalui Felda, ironinya Felda juga menggunakan wang dari tabung tanam semula. Jadi kita tidak faham mengapakah apabila pihak peneroka menanam secara sendiri ada dari mereka yang dinafikan hak oleh Felda untuk mendapatkan wang tersebut sedangkan kesemua mereka adalah peneroka tanpa mengira yang tanam sendiri atau yang tanam melalui Defendan. Wang tabung tanam semula adalah milik para peneroka di mana wang itu diambil dari potongan hasil peneroka setiap bulan dan bayaran tersebut dinyatakan secara spesifik di dalam Penyata Bayaran Hasil yang peneroka terima dari Felda. Sebenarnya para peneroka mempunyai alasan yang kuat untuk tidak mahu tanam semula melalui Felda. Para peneroka sebenarnya tidak mahu berhutang semula dengan Felda sepertimana yang mereka pernah alami sebelum mereka mendapat Hakmilik Geran hartanah mereka. Mereka yang tanam semula melalui Felda ,meskipun mendapat bantuan Felda akan terpaksa membayar kembali bantuan tersebut bersama-sama dengan kadar faedah (baca riba) yang mana kadar itu boleh diubah dari semsa ke semasa. Para peneroka yang tanam semula melalui Felda tidak boleh campurtangan berkenaan rundingan harga jualan hasil tanaman mereka yang dilakukan oleh pihak Felda dengan pihak Kilang. Untuk Najib – selamat membuli para peneroka !!! - peguampas.blogspot.com |
Posted: 17 Aug 2010 05:30 PM PDT Chua kepada TPM: Sila ikuti peredaran zaman Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa keadaan sosio-ekonomi Malaysia telah berubah dan sehubungan itu, tidak perlu baginya mengungkit lagi pertumpah berdarah 13 Mei 1969. Dalam kenyataan hari ini, Chua melahirkan rasa kecewa dengan amaran Muhyiddin semalam yang mengingatkan MCA supaya jangan terlalu ghairah menjuarai kepentingan dan tuntutan kaum sendiri sehingga boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian antara kaum di negara ini. "Keadaan sosio-ekonomi Malaysia hari ini adalah jauh berbeza daripada 1969 di mana rakyat Malaysia kini mampu mengadakan perbincangan rasional tanpa perlu memalu gendang perang perkauman. Diheret perang mulut "Apa yang kami tuntut adalah setakat pembahagian yang adil. Usah gusar, kerana MCA tidak mempunyai rancangan dan kepentingan menidakkan komuniti lain berhubung apa yang telah menjadi hak mereka, " kata Chua. Chua dan pemimpin Umno sejak Kongres Ekonomi Cina, sabtu lalu diheret dalam perang mulut apabila kopngres anjuran MCA itu membuat resolusi yang mendesak ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat. Chua yang mempertahankan 13 resolusi yang diluluskan, berkata kongres berkenaan langsung tidak menyentuh hak istimewa masyarakat Melayu. Sebaliknya, menurut beliau, MCA mencadangkan dalam usaha Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 - seperti sasaran Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Baru Ekonomi, ia mesti berdaya saing menarik pelaburan asing berjumlah RM115 bilion setiap tahun. Chua berhujah ia hanya boleh dicapai melalui liberalisasi sektor minyak, gas dan telekomunikasi serta pemotongan subsidi. Selain itu, sistem tender yang sebelum ini memihak kepada bumiputera perlu digantikan dengan sistem terbuka. "Bahagian ekonomi yang berkembang adalah umpama air pasang yang akan menaikkan semua bot, jadi semua rakyat Malaysia akan mendapat agihan kekayaan yang adil," katanya. "Kita tidak pernah sama sekali bercakap mengenai hak keistimewaan orang Melayu. Malah, kita memperakui bahawa dasar afirmatif perlu berdasarkan keperluan, merit dan mesra pasaran. "Kami juga menyokong bumiputera diberikan keistimewaan dalam beberapa sektor ekonomi apabila ekonomi di liberalisasi bagi tender terbuka. Jangan persoal kesetiaan MCA "Bagi membolehkan bumiputera bersaing dengan wajar dan pantas, maka kami mencadangkan pengurangan 30 peratus ekuiti bumiputera secara berperingkat dan memperkenalkan harga preferensi," katanya. Chua juga mengketepikan dakwaan Muhyiddin dan naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang MCA mula memperlihatkan ketida-setiaan kepada BN. Katanya, kesetiaan MCA tidak patut dipersoalkan kerana ia telah berjuang dengan Umno dan gabungan itu sejak sekian lama dan melalui pelbagai krisis bersama-sama. "MCA amat sensitif dengan peranannya dalam rangka Barisan Nasional tetapi kita juga mempunyai peranan untuk dimainkan sebagai parti Cina supaya kita boleh terus menjadi relevan," katanya. |
Posted: 17 Aug 2010 04:30 PM PDT Musim dimana polis dan kastam sibuk merampas mercun yang diseludup masuk ke Malaysia, time ni la penyeludup boleh buat duit mudah. Orang kita pulak tolong kayakan penyeludup penyeludup ni... Sapa la yang memula terapkan budaya mercun kat dalam perayaan aidilfitri di Malaysia ni? Sib baik la kak Ros ngan laki kak Ros sependapat dan kita dah ajarkan anak anak yang mercun ni bukan budaya kita. Dulu ada gak la pujuk sikit sikit dengan bunga api, tapi lama kelamaan dan depa pun dah besaq panjang, depa akan pikiaq sendiri bila kita selalu cakap bertujuan nak bagi depa paham. Sampai ke hari ni anak anak kak Ros tak pandai main mercun. Yang sulung dah 18 tahun dan yang bongsu dah masuk 14 tahun, masih macam dulu jugak. Biaq la orang nak kata kak Ros kedekut ka, kata la janji kak Ros puas hati didik anak dengan cara kak Ros. Kalau kita tengok sesetengah keluarga tu sanggup berhabis duit sampai beratus ratus ringgit semata mata nak syokkan anak depa. Nak gembirakan hati keluarga depa. Tanpa depa memikirkan tiada langsung faedah yang kita dapat hasil dari membakar mercun tu. Kaum cina bakar mercun pasai nak halau hantu. Kaum cina jugak percaya depa bakar mercun pasai nak hantar tuhan depa balik ke langit. Adakah ini jugak boleh apply sebagai budaya kita dan selari dengan ajaran agama kita? Fikir fikirkan lah.... Sumber: Ros |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan