Ahad, 15 Ogos 2010

shalehudin

shalehudin


Warga Emas Disamun, Dibunuh

Posted: 15 Aug 2010 10:00 AM PDT

Wanita Warga Emas Disamun, Dibunuh Dalam Rumah

YAN: Seorang wanita warga emas yang tinggal seorang diri ditemui mati dan dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Teluk Mak Acheh, dekat sini, Ahad.

Mangsa Lian Osman, 74, ditemui oleh jirannya pada pukul 1.30 tengah hari dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumahnya dengan kesan lebam di bahagian muka, dipercayai ditekup menggunakan bantal.

Jiran mangsa, Rogayah Saad, 51, berkata dia mengesyaki sesuatu apabila mangsa tidak kelihatan di luar rumah seperti sebelumnya sejak awal pagi semalam.

Dia kemudian terkejut apabila terjumpa dompet kepunyaan mangsa di atas jalan kira-kira 30 meter daripada rumah mangsa.

"Saya ternampak kesan umpil pada tingkap rumah yang berkunci itu dan terus memanggil suami (Shukri Ahmad) bagi melihat apa yang berlaku dalam rumah mangsa," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Sementara itu, Shukri, 56, yang juga ketua kampung itu, berkata dia membuka pintu rumah mangsa dan mendapati mayat mangsa dalam keadaan terlentang di ruang tamu dan barang-barangnya berselerak.

Anak mangsa, Hashimi Hassan, 53, yang tinggal di Alor Setar, berkata ibunya memang tinggal berseorangan dan pernah menyatakan rasa bimbang keselamatan dirinya ekoran pernah berlaku kejadian samun di kampungnya itu.

"Saya cuba menghubungi ibu berkali-kali seawal 8 pagi namun tiada jawapan diterima. Pada tengah hari tadi, saya terima panggilan dari ketua kampung yang suruh saya pulang secepat mungkin tetapi tidak dinyatakan ibunya sudah meninggal dunia.

"Saya tak sangka hasrat ibu saya nak berbuka dan melakukan solat Terawih bersama saya hari ini tidak kesampaian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan DSP Ismail Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. - BERNAMA

Ezam, alaaa bucuk bucuk anak mak ni...

Posted: 15 Aug 2010 08:00 AM PDT

Alaaa... bucuk bucuk anak mak ni...

SETELAH MENYERANG DS WAN AZIZAH, SIMPATI TERHADAP EZAM SESUMPAH BERTAMBAH?

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA anda membaca tulisan seorang sahabat di sini, anda pasti dapat merasakan betapa Ezam raja sesumpah kini semakin mendapat perhatian di mana semakin ramai yang bersimpati dengan anak muda yang kecewa ini. Kebanyakan yang bersimpati dengan raja sesumpah ini adalah datangnya dari teman-teman rapat beliau sendiri dan perasaan simpati itu bertambah mendalam semenjak raja sesumpah telah `mengadu nasib' bondanya. Anak emak tersayang lah katakan.

Keberanian dan sikap juang yang dikatakan ada pada raja sesumpah akhirnya teruji apabila raja sesumpah terpaksa mengheret nama orang tuanya yang tidak tahu apa-apa itu. Kalau di zaman kita kanak-kanak dulu, sesiapa yag bergaduh sesama kita kemudiannya balik rumah mengadu dengan mak ayah, sudah pasti kena pulau oleh rakan-rakan. Tetapi, raja sesumpah bukan budak-budak lagi. Kesihan kita dengan nasib mak ayah beliau yang tidak semena-mena dikaitkan untuk membela anaknya yang semua tahu `pencacai' nombor wahid Najib sekarang ini.

Kita tidak boleh salahkan Ezam sesumpah kerana beliau kini benar-benar kecewa akibat mainan politiknya sering tidak menjadi. Semenjak beliau melangkah dan melutut depan Umno, beliau masih gagal menunjukkan kehebatannya seperti sewaktu beliau berada di dalam saf perjuangan rakyat. Jika ada yang terliur dengan kata-kata Ezam sesumpah hanyalah beberapa pemimpin dari PKR yang `lapar' dan kemaruk untuk melompat keluar parti. Berapa ratus atau ribu orang dari PKR yang berjaya dibawa oleh raja sesumpah untuk mengkhianati DS Anwar?

Semakin raja sesumpah mencaci dan memburukkan DS Anwar dan keluarganya, semakin terserlah keaiban Saiful Bukhari pemuda lembut yang dipercayai sangat oleh Ezam sesumpah itu. Adakah Ezam sesumpah akan sedar? Tidak, beliau tidak akan sedar kerana "terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan dan kata, buruk padahnya". Kesihan bonda Ezam.

Jangan baca, sensitif nih

Posted: 15 Aug 2010 06:00 AM PDT

Kongres Ekonomi Cina semalam telah meminta supaya ekuiti 30 Bumiputera dalam semua sektor dikurangkan. Permintaan itu merupakan salah satu dari 12 deklarasi yang diluluskan dalam kongres berkenaan. Begitulah laporan sebuah portal berita. Rujuk sini: Tidak ada ulasan atau laporan penuh dalam akhbar-akhbar arus perdana dan juga televisyen Malaysia hari ini. Kenapa?

Apakah akhbar arus perdana atau televisyen Malaysia bimbang laporan itu boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu kepada MCA. Ianya sensitif. Begitukah?

Kalau iya, sekali lagi akhbar tidak bersikap profesional dan cuba melindungi gajah di balik daun lalang kering. Akhbar menyiarkan laporan dan bahan-bahan terpilih saja walaupun perangai itu tak ubah seperti menyembunyikan demam denggi dari pengetahuan umum.

Saya membaca Mingguan Malaysia yang ditebitkan oleh Utusan Melayu Sdn Bhd pagi ini. Selalunya akhbar terbitan Utusan Melayu cepat latah jika desakan itu dibuat oleh pemimpin DAP atau PKR atau Pas. Tetapi nampaknya MM jadi lembab atau terlepas pandang kalau desakan itu datang dari MCA. Mata wartawan mereka jadi kabur dan tangan editornya lemah untuk menggarap cerita. Kenapa?

Kini saya sedang menanti komen dari jaguh-jaguh pejuang dan pembela Melayu berperut buncit dan kepala botak. Mungkin esok mereka akan mengeluarkan kenyataan, menyelar MCA dan presiden, Chua Soi Lek. Saya juga sedang menunggu berapa butir peluru lagi yang akan dihantar kepada MCA. Tentu banyak butir peluru yang sedang dibungkus untuk dikirimkan kepada lebih 500 para perwakilan kongres. Mungkin persis para ahli Bakti membungkus kueh raya untuk dikirimkan kepada polis dan tentera.

Juga saya tunggu apakah esok atau petang ini ada laporan polis terhadap MCA atas tuduhan menghansut? Saya tunggu. Saya pasti kalau permintaan itu dibuat oleh Lim Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng, beratus laporan polis telah dibuat hari ini. Dari Perlis hingga ke Kalimatan lah.. Berderet anak muda Melayu yang diupah sebungkus kotak kurma akan berhimnpu dihadapan balai polis. Siap dengan kain lilin wara merah tercatat perkataan Peribumi Perkasa.

Jelas sekali desakan dan permintaan MCA itu tidak diperbuat apa-apa. Walhal desakan itu adalah mesej jelas dari kaum Cina terhadap kerajaan pimpinan Najib berslogankan 1 Malaysia. Mungkin perbuatan mereka tidak salah kerana menepati slogan 1 Malaysia. Tetapi yang menjadi persoalannya kenapa kalau DAP desak atau Cina di luar BN desak Melayu Umno jadi pening seperti kucing kehilangan anak dan kemabukan darah? Jadi begitu berani sekali tak ubah macam Jebat derhaka?

Orang Cina sangat berterus terang dalam politiknya. Hanya orang Melayu saja masih berhati-hati dan berfikir panjang dan menimbang itu dan ini, malu alah dan takut untuk membaca sejarah bangsa dan negara. Semuanya dilakukan demi persahabatan. Kadang orang Melayu tidak sedar beliau memelihara musuh dalam selimut. Orang Melayu hanya tahu berkata, biadap, jangan bermain api, jangan usik sarang tebuan dan macam-macam lagi tanpa tahu erti dan takrif tindakannya.

Sepatutnya orang Melayu juga bersikap seperti orang Cina. Bukan saja berterus terang dalam menuntut hak tetapi juga harus bersatu padu. Apakah pernah kita dengar kongres ekonomi Melayu meminta supaya kelonggaran berlebihan kepada kaum Cina ditarik balik?

Penguasaan kekayaan kaum Cina dikawal dan sebagainya. Tidak! Sebaliknya kalau ada orang kita tersalah cakap yang hakikatnya fakta sejarah mengatakan Cina adalah pendatang, Melayu itu akan diherdik dan dimarah dan dinyahkan dari jawatan secara muslihat. Melayu itu akan dibunuh. Zaman raja bodoh membunuh Hang Nadim nampaknya kembali semula ke dalam politik orang Melayu.

Melayu harus belajar bagaimana orang Cina berpolitik. Tengok bila MCA atau Gerakan membuat tuntutan, DAP akan mendiamkan diri dan tidak membatahnya. Atas kepentingan bersama (kaum) DAP hanya mendiamkan diri saja dan menjawab no comment. Begitu juga kalau ada DAP membuat tuntutan demi kepentingan bersama MCA dan Gerakan tidak berkata apa. Itulah politik untuk membela kaum dan bangsa.

Untuk melihat sejauh mana keakraban orang Cina tengoklah pada majlis Hari Raya Cina. Mereka akan saling kunjung mengujungi antara satu sama lain. Tidak macam pemimpin Melayu (Umno dan Pas) yang terus meletakkan tembak Berlin di hati masing-masing dalam keadaan apa juga. Saking berpolitik orang Pas dan Umno terlupa bahawa tembok Berlin yang memisahkan dua ideologi di Jerman sudah lama dirobohkan, 8 November 1989.

Saya nak tengok juga berapa berani pemimpin Melayu berperut buncit menyanggah permintaan Cina itu. Apakah mereka jadi seberani menyerang pemimpin DAP. Ataupun hanya akan akur saja sebab kongres itu dirasmikan oleh perdana menteri, Najib Razak. Apa yang berlaku kelak akan diperhatikan umum dan mengenal kita sifat politik mereka sebenarnya.

Politik orang Melayu yang diwarisi oleh Pak Kadok menang sorak kampung tergadi hendaklah ditamatkan. Begitu juga politik Pak Pandir yang bodoh tetapi merasa cerdik hendaklah dibuang jauh jauh. Begitu juga dengan politik Lebai Malang sana lepas sini buang, perlulah dilupakan. Dan begitu juga dengan politik Mat Jenin yang berangan-angan tinggi tetapi tidak ukur dengan kebolehan sendiri hendaklah dikambus.

Politik Melayu harus mencari nilai-nilai baru dalam dunia politiknya dan tidak terus terikut dengan corak dan stail politik Pak Kadok, Lebai Malang, Pak Pandir ataupun Mat Jenin. Buanglah, buang. Sayang KLCC puncaknya tinggi, tak tergapai tangan Melayu. Huh....huh.

- MSO

Cukuplah, dah lama dah

Posted: 15 Aug 2010 04:00 AM PDT

Musuh Sebenar Umat Melayu

Oleh Mohamed Azmin Ali
14 Ogos – Politik yang membakar sentimen perkauman boleh sahaja diibaratkan sebagai "low morale and uncharismatic profession"; ungkapan yang sering disebutkan oleh Anwar Ibrahim tatkala beliau memimpin ABIM lebih 30 tahun lalu.

Benteng terakhir Umno sebagai parti tunjang Barisan Nasional (BN) ialah dengan menyalakan bara sentimen di kalangan orang Melayu.

Media perdana saban hari membayangkan kononnya Keadilan dan Pakatan Rakyat mengkhianati kepentingan orang Melayu.

Ini ditambah dengan provokasi untuk melaga-lagakan pimpinan Pakatan Rakyat dengan Raja-Raja Melayu.

Walhal, musuh sebenar yang patut ditentang bukanlah mana-mana Sultan, tetapi dua tiga kerat pemimpin elit Umno.

Soal salah guna kuasa, rasuah dan kecurangan terhadap amanah kalangan pemimpin elit Umno ditutup sebelah mata.

Umno memekik agar orang Melayu—sebagai kaum majoriti di negara ini—bersatu, bersatu, bersatu.

Tetapi persoalannya, bersatu untuk apa?

Reformasi juga menyerukan perpaduan, termasuk kepada umat Melayu.

Namun pada masa sama, dokongan semua rakyat jelata tanpa mengira kaum, agama mahupun ras penting untuk menjayakan agenda perubahan.

Apakah asas kepada jeritan perpaduan Melayu ini?

Kita tidak rela kalau perpaduan bangsa hanya untuk mengizinkan pimpinan elit Umno dan sang penguasa berterusan menggunakan kuasa mereka mengamal rasuah dan memperkaya diri sendiri.

Seandainya umat Melayu termakan umpan dan bersatu menyokong kecurangan sedemikian rupa, maka di hujung jalan kelak, musibah akan melanda bangsa dan negara ini.

Lihat sahaja bagaimana Hitler di Jerman dahulu, yang menyeru bangsanya untuk bersatu, tetapi beliau menggunakan kesempatan itu untuk menindas dan membunuh kaum lain.

Keterlanjuran diktator seperti Hitler adalah antara unsur yang menyumbang kepada tercetusnya Perang Dunia.

Begitu juga perpaduan yang diseru atas nama ideologi; sama ada di Rusia, China, di negara-negara Blok Timur di Eropah dan beberapa negara Latin Amerika; kesatuan rakyat yang akhirnya kembali membinasakan rakyat.

Perpaduan dan penyatuan sama sekali tidak boleh digunakan untuk perkara yang akhirnya mengongkong kerana kongkongan adalah hal yang bertentangan dengan jaminan Tuhan bahawa setiap manusia itu dilahirkan dengan maruah yang perlu dijamin.

Di antara laungan perpaduan Melayu dan senda politik perkauman ala-Utusan Malaysia, adalah bahawa orang Melayu tertindas dan merintih di negeri sendiri selama lebih separuh abad.

Kita bertambah sayu dan marah dengan berita bagaimana lebih 700 peneroka Felda mendakwa ditipu hasil jualan kelapa sawit sehingga mereka akhirnya mengemukan saman terhadap Felda.

Setiap seorang daripada mereka pada tahun 2008 sahaja dilaporkan kerugian sehingga RM20 ribu!

RM20 ribu mungkin bukan jumlah yang banyak kepada Ketua Bahagian ataupun Ketua Cawangan Umno. Jumlah itu juga terlalu kecil kepada bapak-bapak Menteri, bahkan terlalu kecil untuk Timbalan Perdana Menteri apatah lagi Perdana Menteri.

Namun, sejumlah RM20 ribu itu terlalu besar jumlahnya kepada peneroka yang meneroka hutan bergadai nyawa sehingga terbentang ladang kelapa sawit yang memberikan keuntungan jutaan ringgit kepada Felda.

Siapakah peneroka-peneroka ini? Bukankah kesemua di antara mereka adalah orang Melayu?

Arakian musuh orang Melayu akhirnya bukan kaum Cina ataupun India tetapi pemimpin Melayu Umno yang korup.

Apakah umumnya Melayu yang juga Muslim dapat disanggah perintah Allah S.W.T. dalam surah al-Hujurat, ayat 13 yang menjelaskan bahawa kepelbagaian kaum dan bangsa itu juga adalah tanda kebesaran Allah S.W.T.?

Maksud firmanNya: "Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu."

Kita bersyukur apabila mutakhir ini umumnya orang Melayu nampaknya cukup matang dan tidak mudah terperangkap dengan polemik diskaun perumahan Bumiputera 7 peratus untuk belian hartanah dan rumah mewah.

Pelbagai lagi inisiatif dan subsidi yang sebenarnya masih dikurniakan pemerintah kepada golongan kaya tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Malang seribu kali malang apabila dalam masa sama, subsidi kepada rakyat dihakis sehinggakan ayam dan gula di dapur juga semakin mahal.

Sebaliknya, yang harus dibicarakan adalah rumah yang mampu dimiliki rakyat pada harga yang munasabah yang memberikan keselesaan kepada rakyat marhaen yang sudah pasti melibatkan majoriti umat Melayu.

Lihat sahaja bagaimana kualiti rumah untuk rakyat miskin dibina tanpa menitikberatkan kualiti hidup rakyat.

Dapurnya sempit, kamar tidurnya bersiling rendah, bilik mandinya dipasang dengan jubin yang tidak berkualiti, tiada padang permainan dan jumlah rumah yang terlalu padat.

Ini adalah realiti sebenar di hampir setiap bandar dan kota di negara ini.

Kesempitan dan himpitan hidup yang tertimpa kepada majoriti Melayu berlaku tatkala tanah dan kawasan strategik di kota-kota diserahkan kepada tauke-tauke dan kroni.

Justeru itu, gaya politik yang memainkan api sentimen perkauman hanya sebagai gaya politik yang seperti diungkapkan Anwar sebagai "bermoral rendah dan tidak berkarismatik."

Namun secara konsisten dan perlahan-lahan, orang-orang Melayu sendiri akan menghumban sang penguasa yang mengakibatkan hidup anak watan semakin melarat.

Lima puluh tahun adalah tempoh berkuasa yang terlalu lama bagi mereka.

Cukuplah.

Najib pegang lutut Cina

Posted: 15 Aug 2010 02:00 AM PDT

Piem bagi bangsa Umno, si Najib Razak semakin terdesak bila tetiba membuat kejutan dengan merayu bangsa Cina di negara ini agar mempercayai beliau sebagai pemimpin yang menjaga kepentingan mereka.

Nampak sangat la Najib dah hilang punca, lemas bagai hilang tempat berpaut. Dia dah nampak gelap masa depan, Putrajaya dah kian suram dipandangan. Tindakan terdesak oleh seorang pemimpin bangsa Umno, sanggup turun bawah memegang lutut kaum Cina semata mata untuk menarik sokongan mereka bagi mengekalkan kuasa BN.

Sewaktu berucap pada Kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur kelmarin, Najib tanpa segan silu meletakkan dirinnya setanding ayahnya yang bertanggungjawab melakarkan apa yang terbaik pada semua. Pujukan yang dibuat oleh Najib menghiasi politik tanah air yang menyaksikan kaum Cina terus menolak perjuangan sempit MCA, satu parti yang satu masa dulu dikatakan mewakili kaum itu.

Lebih memeritkan lagi bilamana penolakan kaum Cina kepada Gerakan di Pulau Pinang sehingga memberi laluan kepada Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Pulau Mutiara itu membuktikan orang Cina sudah sangat bosan dan tidak percaya dengan perjuangan yang dilakukan oleh parti-parti Cina dalam komponen BN.

Lihat saja tsunami politik dalam PRU ke 12 berubahnya sokongan majoriti kaum Cina kepada calon-calon Pakatan Rakyat sehingga keputusan tersebut menghasilkan 4 negeri yang selama ini dikuasai oleh BN berubah kepada Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor di samping terus kekal di Kelantan. Keputusannya Pakatan Rakyat telah menafikan majoriti 2/3 BN di parlimen.

Di Sibu dalam PRK yang lalu, Najib telah di malukan lagi dengan kekalahan calon BN walaupun dia menyogok RM18 juta pada sekolah Cina dan menjanjikan RM5 juta lagi pada malam terakhir kempen. Ini adalah sejarah dan satu-satunya pemimpin Umno yang ditolak oleh rakyat sehingga kena bertindak memujuk rakyat supaya menyokongnya.

1Malaysia tipu Melayu, masak bubur tak pakai api

Posted: 15 Aug 2010 12:00 AM PDT

Depa tak kira bulan puasa ka tidak, kerja depa nak menipu Melayu saja. Eksyen bagi nampak cantik, kononnya depa sanggup turun padang jadi macam orang awam. Cuba hangpa tengok gambaq ataih sana, kacau bubur lambuk tapi api pun tak dak.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (lima dari kiri) dan Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga Wilayah Persekutuan, Azizah Samad (lima dari kanan) mengacau bubur lambuk pada Program Bubur Lambuk 1Malaysia Amal Media di Kondominium Rakyat, Pantai Dalam, Kuala Lumpur, semalam.

Ia adalah program kali ketujuh anjuran Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Jabatan Pengarang Kumpulan NSTP. - Foto Surianie Mohd Hanif

Masamnya ketiak bik mama

Posted: 14 Aug 2010 10:00 PM PDT

Cuba tengok figure yang terhasil dari kajian dibawah. Aku percaya Najib tak senang duduk, ketiak yang dulunya wangi kini dah berbau masam. Tilam empuk rasa berduri, jalan kaki dah macam berlari. Sah, jalan keluar buat Umno kian terbuka luas.

60 % atau enam daripada 10 rakyat Malaysia tidak percaya media arus perdana manakala hanya satu dalam lima mempunyai akses kepada berita "online", demikian menurut satu kajian yang dikeluarkan baru-baru ini. Kajian Merdeka Center dijalankan antara 27 Jun dan 25 Julai lalu menunjukkan 57 peratus orang Melayu tidak percaya pada laporan media arus perdana berbanding 33 peratus yakin manakala 10 peratus lagi mengatakan mereka tiada maklumat.

Masyarakat Cina lagi teruk, 58 peratus responden berpandangan bahawa mereka tidak percaya pada media arus perdana, 30 peratus percaya dan 12 peratus lagi pula tidak tahu. Hasil kajian itu dilihat mempunyai kaitan dengan arah aliran jualan suram bagi kebanyakan organisasi media arus perdana. Patut la kita tengok banyak dah paper depa edar secara free... wakaka...

Perangkaan edaran menunjukkan akhbar bahasa Inggeris dan Malaysia seperti New Straits Times, The Star, Berita Harian dan Utusan Malaysia berhadapan dengan kemerosotan jualan pada tahun ini berbanding 2009 iaitu dalam lingkungan 20 peratus.

Beberapa eksekutif akhbar mengakui liputan politik yang berpihak telah memberi kesan ke atas paras jualan.

Tahniah, Melayu boleh

Posted: 14 Aug 2010 08:23 PM PDT

Apa lagi yang boleh dikata, tahniah saja la. Ini saja la hasil dari sistem pendidikan kita yang kita bangga dicedok dari penjajah tanpa merujuk pada teras agama.

Bagai satu sindrom berterusan, warga emas di kalangan kaum Melayu merupakan kumpulan yang paling ramai ditempatkan di rumah-rumah penjagaan orang tua di seluruh negara. Untuk rekod, bagi tempoh empat tahun berturut-turut bermula pada tahun 2007 hingga Jun tahun ini, seramai 3,864 warga emas Melayu ditempatkan di 11 institusi penjagaan seluruh negara.

Perlu diingat, Melayu majoritinya beragama Islam. Disini yang kita takutkan, Islam hanya pada agama dan tidak sebagai satu amalan dalam kehidupan seharian. Aku percaya, sekiranya Islam diletakkan ditempat yang betul, isu yang memalukan agama dan bangsa ni takkan berlaku.

Kaum-kaum lain turut berbuat demikian namun hanya mencatatkan sebanyak 2,591 bagi kaum Cina dan 1,905 orang (kaum India) bagi tempoh sama. Menurut Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd. Fazari Mohd. Salleh, dalam tempoh sebulan, secara purata pihaknya menerima kemasukan 20 orang warga tua pelbagai kaum di rumah penjagaan warga emas kelolaan pihaknya.

MCA, Gerakan tak kata apa, yang kata Cina

Posted: 14 Aug 2010 07:00 PM PDT

Nak adil kalo ikut Jui Meng la masuk Keadilan... wakaka...

Salam semua...

Puak puak Cina Malaysia dah mula tunjuk skil depa dalam berpolitik. Bab ni yang Pak Long syok tengok ni, berapa lama sangat depa boleh tahan dengan perangai kemaruk si Berahim Ali tu. Depa nak lawan Perkasa Melayu dengan Perkasa Cina takut nanti tuan Umno sinting lengan ajak lawan. La ni depa suruh kongres ekonomi Cina Malaysia yang bercakap.

Jadi bukan MCA yang kata, bukan Gerakan yang bersora, tapi kongres ekonomi Cina yang minta... ha... ha... ha... padan ngan muka Umno.

Umno tubuh Perkasa dengan tujuan nak jadikan Perkasa macam satu senjata sulit puak Melayu Umno la supaya kaum lain dalam BN tak berani nak angkat muka. MCA ngan Gerakan pun nak hidup atas sentimen bangsa depa jugak, jadi ni lah cara semulajadinya. Puak puak Cina ni hari ini tuntut ekuiti bumiputera dikurangkan secara berperingkat. Lepaih tu kena pulak buat sistem tender terbuka untuk kontrak kerajaan kononnya ataih dasar keadilan.

Tapi puak Pakatan jangan dok gatai tumpang sekaki pulak. Bangsa BN ni memang cari makan atas isu perkauman.

Time time lagu ni macam macam boleh jadi. Time ni la jugak depa kena jilat pungkok kaum memasing, tarik sokongan sebanyak yang boleh. Time ni jugak la depa kena hangatkan bangsa tu dan bangsa tu panaihkan bangsa ni. Kongres Cina buat garang, Perkasa pulak buat berang. Anak bangsa yang leka akan terpesona dengan lakonan depa. Hangpa tak percaya, tunggu esok cerita Perkasa pula...

Tu la Mak Long hang pesan kat hangpa semua, takut BN tak dak apa, Pakatan yang kena merana. Sel kosong kat Kemunting dah ada, cuma nak tengok hat sapa yang punya.

Wassalam...

sumber: Pak Long

Ezam suka selak kain

Posted: 14 Aug 2010 05:00 PM PDT

Politik dalam kain tak membijakkan rakyat

Berkesempatan diperdengarkan beberapa keratan rakaman teman - teman lama yang bersama Ezam menyeberang untuk bersama regim penguasa dalam parti Umno.

Umno yang makin hilang hujah dalam mempertahankan tindakan mereka dari serangan sudah tentu seronok mempergunakan mereka ini. Garis pendekatan mereka yang sensasi, bermain politik selak kain cukup untuk menarik perhatian rakyat dan mengalihkan tumpuan terhadap isu polisi dan dasar.

Cuma selaku anak muda hendak mempertegaskan politik selak kain ini tidak mendidik rakyat sama sekali.

Ramai yang hendak cheGuBard dan beberapa teman-teman bekas Exco Pemuda Keadilan Nasional atau Exco Angkatan Muda Malaysia di bawah Ezam menjawab serangan Ezam.

Kalau hendak jawab dan berlawan politik dalam kain mudah sangat.

Ghani Haron dalam banyak siri ucapanya menumpang pentas Ezam sering menyerang Azmin dengan menyatakan akan membogelkan Azmin. Walaupun semua dalam parti tahu selepas Ghani keluar ISA dia 'dibela' oleh Azmin. Pada ketika itu ramai kelompok seperti ini dalam parti di mana dia mahu disudu kerana pada mereka, mereka hilang punca pendapatan kerana bersama perjuangan maka pemimpin utama parti harus memikirkan makan minum mereka dan keluarga.

Masih teringat dalam satu mensyuarat Pemuda Keadilan terpaksa dihentikan kerana Ghani Haron dan Zahid Md Arif bergaduh. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Saifuddin Nasution pada ketika itu memangku tugas Ezam Md Nor terpaksa dihentikan kerana Zahid dengan lantang menuduh Ghani ada hubungan 'luar biasa' dengan isteri Ezam.

Ramai dalam Pemuda pada ketika itu mengetahui bagaimana Ghani sering bangga kerana ke sana sini beritahu orang dia pakai pakaian Ezam dan diberi tidur rumah Ezam.

Zahid dalam mesyuarat juga menuduh Ghani pernah cuba 'try' isteri seorang tokoh Sarawak tempat dia menumpang ketika mereka ke Sarawak untuk program parti. Ghani minta Zahid menarik tuduhan itu, tetapi Zahid enggan.

Tak perlu diteruskan kisah ini. Kini Zahid, Ghani dan Ezam semuanya duduk dalam Umno dan cuba bermain dalam garis politik akhlak dengan kononya membongkarkan politik dalam kain. Kalau nak kata orang dayus tidakkah Ezam dayus kerana terus membela Ghani Haron yang pernah dikaitkan dengan hubungan istemewa bersama isterinya ? cukup............

Pasal main sumpah-sumpah pun cukuplah juga.... Ezam paksa Kak Wan sumpah.... apa kata paksa pula kak Bahirah isteri Ezam sumpah nafi tuduhan Zahid mengenai hubungan Ghani dan dia semasa Ezam dalam penjara, kemudian paksa pula Ghani atau Zahid sumpah bukan susah semua dah ada dalam Umno.... lebih lagi paksa Lokman Adam yang kini exco pemuda Umno sumpah mengenai tuduhanya terhadap Ezam iaitu mengenai harta Ezam yang disebat dari sumbangan terhadap gerakan reformasi, suruh Ezam sumpah nafi cubaan mengorat Nurul Izzah ...ops lupa Lokman dah sumpah cuma Ezam tak jawab sumpahnya.... persoalanya bila nak sudah...??

Tahun 1998 di Batu Pahat, Anwar sudah bersumpah atas nama Allah bahawa dia tak terlibat dan tuduhan liwat semua fitnah....tapi apa jadi ...... terus fitnah, tangkap , pukul...cuba dibunuh....

Sumpah ini ada kaedahnya bukan main sumpah sumpit garam belacan jer..... Mufti Perak juga pernah kata Anwar tak perlu bersumpah..... Rujuk Yusuf Qardawi......

Cuma persoalanya apa untungnya pada rakyat ? Memang ia sensasi dan menarik tetapi tidak sama sekali mendidik.

Kerana itu cheGuBard mengajak diri dan rakan - rakan untuk bermain politik yang membincangkan dasar dan polisi. Menyerang lawan politik perlu dengan fakta yang mendidik dan tersangkut rakyat bukan kerana isu sulit dan peribadi.

Kepada penyokong Pakatan Rakyat khususnya teman anak muda juga harus ditegaskan tinggalkan politik serang peribadi selak kain dan seumpamanya. Politik sensasi yang tak mendidik massa rakyat.

Dalam kes Altantuya, ramai yang suka mensensasikan isu tersebut sehingga isu itu dilihat sebagai isu seks, perempuan simpanan dan seumpamanya. Buku Misteri di Sebalik pembunuhan Altantuya dikeluarkan kerana untuk menjelaskan isu itu demi membetulkan cara rakyat melihat isu itu. Siapa juga ada hubungan seks dengan Altantuya itu seharusnya bukan keutamaan, tetapi yang seharusnya diberikan keutamaan ialah wang negara yang hilang, proses perundangan dan penguatkuasaan yang pincang.

Contohnya rekod imegresen Altantuya hilang dari simpanan, malah ketika dibangkitkan oleh Azmin dalam Dewan Rakyat mengenai isu ini jelas Menteri juga tak menjawab, maka ini sebagai bukti dan rakyat harus sedar betapa negara boleh dikawal bagi menutup kelaku jenayah orang berkepentingan tinggi.

Kes Altantuya harus dibincangkan keluar dari kerangka 'politik selak kain'.....ia harus dibincangkan dari segi kaitan dengan rakyat dan negara.

Kepada semua cukuplah politik menyerang kotor dan memasuki ruang peribadi seseorang. Kita harus jujur dengan diri. Memang ada sebuah blog milik teman yang mengaitkan nama cheGuBard dengan serangan politik peribadi terpulangnya, cheGuBard tidak mahu terlibat kerana ia jelas tidak mendidik. Maaf kepada saudara Ezam dalam hal tersebut saudara lebih kenal penulis blog tersebut dari cheGuBard.

Kepada Ezam M.Nor, saudara pernah mengajak cheGuBard membuka sebuah organisasi yang dinamakan Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK), kerana kononya memberikan penumpunan mendidik rakyat mengenai demokrasi dan rasuah yang rakyat sering tidak faham. Kita pernah bersama dalam banyak program dalam dan luar negara atas nama organisasi ini menimba ilmu dan pengalaman demi mendidik rakyat.

Walaupun akhirnya GERAK mati tanpa nisan. Alhamdulillah hampir semua anak muda didikan GERAK semuanya celik pendidikan politiknya. Nazree dan teman-teman muda lain semuanya tidak bersama saudara ke dalam Umno walaupun didesak untuk bersama kerana mereka kurang yakin garis politik yang kurang mendidik massa.

Cuma cheGuBard ingin bertanya mana dokumen yang berkilo - kilo kita kumpulkan bersama dalam operasi membongkar amalan korupsi pimpinan Umno. Mana dokumen korupsi Kementerian Pertanian (dibawah Muhiyuddin Yassin), dokumen korupsi Khir Toyo, Noh Omar, Hishamuddin Tun Hussien dan paling besar dan lengkap kita pernah kumpulkan dokumen korupsi Nor Mohamed Yaakop. Ada banyak lagi butiran dokumen rasuah tersimpan di GERAK. Adakah semua dokumen ini sebagai tukaran kepada surat lantikan sebagai senator ?

Saudara Ezam lupakah saudara dengan keputusan saudara untuk mendedahkan dokumen rasuah Rafidah Aziz dan rahim Thamby Chik yang dilabel sulit (OSA), walaupun dinasihatkan peguam agar guna cara lain kerana saudara pasti ke penjara namun saudara didik anak muda agar berani, saudara dedahkan juga..... Saudara ke penjara bukan kerana Anwar tetapi kerana keberanian saudara mendedahkan dokumen OSA yang melindungi rasuah pimpinan Umno....

Malangnya anak muda kecewa melihat saudara akhirnya sujud berkongsi pentas dengan Rafidah dan Rahim perasuah yang menyumbatkan saudara ke dalam penjara demi menyerang Anwar Ibrahim. Mana prinsip yang saudara sering laungkan dan didik anak muda ? Ketika saudara meletakan jawatan ramai yang ikut.....ketika saudara keluar parti ramai juga yang ikut ..... tetapi ketika saudara masuk Umno hanya dua tiga kerat yang ikut ......fikirkanlah..........

Satu ketika dahulu masih teringat bagaimana setia saudara dengan Anwar. Jangan kata apa pun terhadap Anwar walau bergurau sesama teman, pasti air muka saudara berubah. Pada ketika itu jangan pertikai setianya saudara kepada Anwar. Ketika parti sedikit terpesong dalam membincangkan isu, saudara mengarahkan teman - teman melancarkan Gerakan Anwar Bebas (GAB) agar semua kembali fokus isu Anwar..... bagi saudara semuanya kerana Anwar..... Kini ketika dalam Umno begitu jugalah saudara pula fokus menyerang seolah semuanya kerana Anwar....

Kerana itu anak muda harus pergi lebih jauh tinggalkan politik naungan. Anak muda harus bangkit dengan berani dan ilmu demi menerobos pintu perubahan. Perjuangan ini bukan sekadar persoalan individu tetapi ia kerana proses kemerdekaan rakyat. Perjuangan harus dilandaskan dengan kefahaman dan kesedaran bukan ikutan semata. Jika kita masuk penjara sekalipun ia kerana kesedaran diri dan amat rugilah kalau kita masuk penjara atau mati dalam perjuangan kerana hanya mengikut.............

Anwar kini ialah faktor penyatu gerakan massa yang dipersetujui bersama, itu sahaja selebihnya ia adalah kerana kita dan anak cucu kita.

Kepada anak muda yang ada dalam regim penguasa mahupun yang berada di pihak progresif, ayuh kita tekadkan bersama tinggalkan mainan politik garis 'selak kain' yang tidak mendidik lihat ke depan.....ayuh kita debatkan soal polisi, dasar dan proses penyampaian..... pertembungan biar dalam debat pengurusan dan kepimpinan. Aank muda yang ada dalam regim dicabar semarakkan politik perdebatan terbuka.- CheguBard

Tiada ulasan: