Ahad, 8 Ogos 2010

shalehudin

shalehudin


Tak boleh lena malam ni terbaca berita lawak

Posted: 08 Aug 2010 08:40 AM PDT

Raja lawak si Ibrahim Ali buat lawak lagi. Kali ni dia entah kali yang ke berapa telah buat satu lagi pendirian tegasnya dengan memberi amaran pada MCA yang diketuai oleh Chua Soi Lek.

Presiden pada group pelawak tanahair yang diberi nama Perkasa itu membeirtahu pihaknya sedang menyenaraikan ahli-ahli politik dari semua parti yang pertubuhan group pelawak itu akan menghukum pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Kalau diikut pada senarai ditangan, dia dah mengenal pasti 15 orang pemimpin yang bakal kehilangan sokongan mereka. Bukan main beb, ada strategi rahsia... kah... kah... kah...

Ini berikutan keceluparan Soi Lek yang mengherdik tuan Umno depa dan jugak PAS yang saling bersaing menggunakan agama untuk dapatkan undi orang Melayu. Oooo... pantang bagi Berahim rupanya... kah... kah... kah...

Berahim ada strategi rahsia tumbangkan MCA.... kah... kah... kah...
Berahim buat pendirian tegas.... kah... kah... kah...
Berahim boleh hukum orang yang tak sehaluan dengan kepala dia... kah... kah... kah...
Berahim telah berjaya menakut nakutkan MCA... kah... kah... kah...
Berahim boleh paksa MCA mohon maaf... kah... kah... kah...
Berahim berjaya himpun ribuan Melayu yang perkasa... kah... kah... kah...
Berahim telah berjaya buat aku tidur sambil gelak... kah... kah... kah...

Sokong la BN lagi... dan lagi... dan lagi...

Posted: 08 Aug 2010 05:30 AM PDT

34 peratus pekerja miskin, apa BN buat?

Mutaligat
PAS dan PR sudah lama berjuang untuk membela golongan pekerja di negara. Antara yang diperjuangkan oleh PAS dan PR ialah gaji minimum RM1,500 sebulan. Malah ianya dimasukkan di dalam manifesto Pilihan raya Umum 2008 lalu.

Namun kerajaan BN menolak gesaan dan saranan ini mentah-mentah. Mereka tetapi mesra kepada majikan bukan mesra pekerja dan rakyat.

Maka tidak hairan bagaimana fakta terkini menunjukkan bahawa hampir 34 peratus daripada kira-kira 1.3 juta pekerja memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700.

Apa yang boleh mereka makan dan hidup dengan jumlah gaji sebanyak itu. Sewa rumah, minyak motor pun mungkin 'tak lepas.'

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata kajian Perolehan Pekerjaan Nasional 2009 memberi penekanan terhadap soal pentingnya tahap gaji ini dinaikkan, terutama selepas kementerian itu mendapati bahawa sukar untuk menyerahkan soal gaji pekerja kepada kuasa pasaran semata-mata.

Ternyata kerajaan BN lambat bertindak dan lemah serta lembap. Kajian demi kajian dibuat tetapi tiada tindakan konkrit bagi membela kebajikan pekerja.

Sudah sampai masanya untuk pekerja bangkit menolak BN pada PRU akan datang dan seterusnya mengundi PR yang terbukti berjuang untuk membela pekerja.

Jaga Melayu lain, nak jaga Umno tu lain

Posted: 08 Aug 2010 04:00 AM PDT

Bukan nak jaga Melayu, tapi jaga Umno

Hafiz Irwan
BACHOK, 8 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dakwaan kononnya Umno sebagai parti pembela Melayu hanya retorik setelah merasai semakin terhimpit.

"Parti sekular jaga Malaysia ni hampir 60 tahun dah. Akhirnya bila dia tua sekarang ini dia minta tolong kita pula jaga dia. Dia baik sangat nak jaga perpaduan Melayu, bukan nak jaga Melayu, tapi nak jaga Umno.

"Jaga Melayu lain, jaga Umno lain. Kelantan diduduki oleh orang Melayu, tapi apa dia buat? Dia buat JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) di Kelantan sebagai tempat tadah duit daripada pusat.

"Kalu betul dia nak jaga Melayu dia salur terus ke kerajaan. Kerajaan PAS Kelantan ini pun orang Melayu, bukan orang lain, bukan Korea, bukan Yahudi atau sebagainya," katanya.

Mengulas lanjut, Menteri Besar itu mendakwa tuduhan kerajaan Islam tidak mampu membawa kemajuan sengaja dicetuskan oleh golongan sekular bagi mengancam kepada proses pengembangan Islam secara keseluruhan.

Beliau berkata, bahkan itulah juga antara punca menyebabkan orang bukan Islam terasa jauh dengan Islam.

"Apa tidaknya, apabila mereka cuba hendak rapat dengan Islam, dikatakan Islam mundur, Islam tidak dapat membawa kemajuan.

"Benda-benda begini telah menimbulkan masalah dalam masyarakat hasil daripada ajaran sesat golongan sekular terhadap Islam," ujarnya.

Beliau juga menjelaskan tidak berminat untuk melayan mana-mana individu mencabarnya untuk berdebat dalam sesuatu isu khususnya tentang Islam kecuali ia membabitkan pemimpin dari kalangan Umno.

"Saya lawan umno. Saya tak lawan individu tertentu. Bukan kerja saya lawan budak-budak kampung," katanya semasa ditemui selepas menyempurnakan akad nikah anak Setiausaha PAS kawasan, Huzaimi Che Hussien, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan pengasas pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah yang mencabar berdebat sekiranya apa yang didakwanya adalah tidak benar.

Abdullah kerap mengkritik Mursyidul Am PAS itu kerana berpendapat telah mengeluarkan kenyataan yang seringkali menyebabkan timbulnya kekeliruan di kalangan umat Islam.

Mengulas lanjut, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengibaratkan tindakan Abdullah tidak ubah seperti individu yang hanya "menumpang semangkuk" dan tidak perlu dilayan.

"Ikut dialah, saya nak debat dengan Umno. Umno lawan saya.

"Ibarat kalau kata Joe Frazier nak lawan Muhammad Ali, dia (Muhammad Ali) akan terima, tapi kalau Muhammad Ali nak lawan orang macam saya dia akan kata menang awaklah.

"Begitulah juga saya, ambil ke dialah (Abdullah). Dia hanya nak tumpang semangkuk," katanya.

Tuan guru Mursyidul Am menyempurnakan akad nikah anak kedua Huzaimi di Masjid Muhammadi Bachok yang turut dihadiri Yang Dipertua PAS kawasan, Datuk Omar Mohamed.

Ulama muda UMNO kena percaya Anwar peliwat

Posted: 08 Aug 2010 02:00 AM PDT

Gantung Loceng Di Leher Kucing

Tidaklah istimewa sangat tulisan ketua ulama muda Umno seperti yang tersiar dalam Malaysiakini. Tulisan itu tidak lebih sekadar menjustifikan kemasukan beliau dan rakan-rakannya ke dalam parti sekular itu.

Kalau ingin dikatakan istimewa juga, tulisan itu diselang-seli dengan maksud ayat-ayat al-Quran, hadis dan ungkapan para ulama terdahulu yang dipetik daripada kitab-kitab muktabar mereka.

Ya, tulisan ulama. Kalau tidak diselang-seli dengan itu semua, tentulah tulisan itu sama sahaja dengan tulisan bukan ulama dalam Umno.

Lagi pun, beliau adalah ulama muda. Tentulah sangat perlu ulama muda membuktikan kepada pemimpin Umno bahawa mereka bukan calang-calang ulama. Penguasaan ilmu mereka mesti dibuktikan dengan keupayaan memetik dan menyedut pelbagai ungkapan daripada kitab-kitab terdahulu.

Ketua ulama muda ini menganggap kemasukan beliau ke dalam Umno sebagai perjuangan. Cuma beliau tidak menggunakan ungkapan jihad. Kalau ungkapan itu digunakan, tentu lebih gah.

Pernahkah ketua ulama muda Umno ini bertanya dirinya sendiri, apakah yang ingin diperjuangkannya melalui Umno? Perjuangan Islam, perjuangan Melayu, perjuangan keadilan, perjuangan ketelusan, atau apa lagi?

Kalau perjuangan Islam, Islam bagaimana? Kalau perjuangan Melayu pula, Melayu mana? Kalau perjuangan keadilan atau ketelusan, adakah wujud semenjak sekian lama tunas-tunas keadilan dan ketelusan di dalam Umno yang boleh mereka bajai?

Bagaimana kalau saya katakan, Umno adalah parti zalim? Adakah para ulama Umno ini punya hujah untuk menolaknya?

Saya katakan, ketua ulama muda ini ibarat seseorang yang memiliki sebatang mancis api. Dia berhasrat mencerahkan sebuah bangunan besar dengan mancis sebatang itu. Pada masa yang sama pula angin bertiup sangat kencang.

Mampukah dia menahan mancis itu daripada terpadam? Atau, mampukah dia menghentikan tiupan angin? Atau, akhirnya dia akan teraba-raba kegelapan dan kedinginan sedangkan anak mancis telah terpadam dan angin pula terus bertiup kencang?

Bagi ketua ulama muda Umno ini, Umno tidak perlu dituding dengan kesalahan yang dilakukan. Parti-parti lain juga turut melakukan kesalahan. Umno perlu dinasihati dan bukan sibuk mengintip kesalahannya.

Sebenarnya, kesalahan Umno tidak perlu diintip. PAS dan PKR tidak perlu mengupah jasus untuk mengintai kesalahan Umno. Daripada orang asli yang tinggal di hutan sampai kepada pegawai tinggi kerajaan di Putrajaya, semuanya tahu kesalahan bahkan jenayah Umno.

Kesalahan itu pula bukan kesalahan kerana 'tersalah' tetapi kesalahan 'sengaja'. Adakah ketua ulama muda Umno ini tidak membaca laporan Ketua Audit Negara? Atau, dia tidak membaca pendedahan yang dibuat oleh pelbagai media termasuk media antarabangsa?

Adakah ketua ulama muda Umno ini turut mempercayai dan membenarkan konspirasi ke atas bekas TPM, sedangkan al-Qardhawi sendiri tidak berpendirian sebegitu?

Adakah ketua ulama muda ini turut ingin berkongsi jenayah dan dosa tuduhan meliwat tanpa empat saksi?

Atau, ketua ulama muda Umno ini menganggap rasuah, jenayah bunuh, jenayah kurung, jenayah menyiksa yang dilakukan sekian lama oleh Umno sebagai bukan jenayah? Dia ingin turut sama memikul dosa semua itu?

Kalau ketua ulama muda ini punya bahu yang gagah dan sanggup memikul sama, silakan.

Selanjutnya, ketua ulama muda Umno ini mengaku letih dengan kritikan dan sindiran kepadanya apabila dia masuk Umno. Dia menganggap kritikan dan sindiran itu sebagai ujian untuk orang beriman.

Pelik juga, mengapa dia memilih ujian melalui menyertai Umno? Mengapa tidak memilih ujian dengan menjadi penentang Umno? Dia pun tahu, ujian ada dimana-mana, tetapi ujian melalui penyertaan ke dalam Umno yang dipilih, mengapa?

Saya rasa ketua ulama muda Umno arif jawapannya seperti saya dan orang lain juga. Dia juga perlu menilai semula, adakah apa yang dihadapinya apabila menyertai Umno adalah ujian? Atau, itu adalah bala.

Ketua ulama muda Umno ini turut mengaku bahawa dia tidak mempunyai upaya mengubah Umno. Mengubah wanita Umno supaya memakai tudung pun dia tidak berupaya. Hujahnya, hidayah bukan di tangannya.

Baginya, Umno rosak kerana beberapa idividu jahat dalam Umno. Rasuah, tolak hudud dan mata duitan bukan dasar Umno.

Benar, hidayah bukan di tangan manusia termasuk nabi-nabi. Tetapi, bumi ini berputar berdasarkan sunnah atau undang-undang. Tidak ada sesuatu pun yang berlaku tanpa sebab. Sebab musabbab adalah sunnah Tuhan.

Sudah terlalu banyak sebab yang melayakkan Umno berubah menjadi parti seperti yang diharapkan oleh ketua ulama muda Umno ini. Mereka tewas di Kelantan semenjak 1990. Sepatutnya itu sudah cukup untuk membuat Umno sedar, namun itu tidak berlaku.

Bahkan, kesombongan dan kesumbingan parti itu semakin menjadi-jadi. Mereka tewas lebih teruk pada PRU terbaru, Umno tetap begitu juga.

Untuk pengetahuan ketua ulama muda ini, Umno bukan lagi sekadar dinasihati dengan suara tetapi dinasihati dengan kuasa rakyat melalui peti undi, parti itu tetap begitu juga.

Umno bukan dinasihati oleh seorang atau dua orang orang tetapi oleh jutaan rakyat. Bukan setahun atau dua tahun, tetapi sudah 20 puluh tahun. Bukan lagi oleh ulama muda, tetapi oleh semua kasta ulama.

Adakah Umno berubah? Kalau begitu ramai orang yang menasihati Umno, begitu lama parti itu dinasihati, Umno kekal begitu juga, adakah Umno akan berubah dengan nasihat ketua ulama muda Umno?

Akhirnya, bagi saya, kerja ulama muda Umno ini sama seperti kerja tikus yang berpakat untuk menggantung loceng di leher kucing. Kerja itu bagus, mulia, terpuji. Kerja itu adalah perjuangan. Ya, perjuangan menyelamatkan tikus seantero alam daripada menjadi mangsa kucing.

Persoalannya, bolehkah? Kalau boleh silakan. Dan, mari kita sama-sama menanti hasilnya.

------------------------------------------------

Kampong Kubang Paya, Arau, 10.53 pm.

Woi Cina, mai belajaq kat orang yang beramal

Posted: 08 Aug 2010 12:00 AM PDT

Soi Lek kena belajar Islam dengan PAS

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu belajar Islam daripada ulama PAS yang terdiri daripada ulama yang beramal.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menasihatkan Soi Lek jangan belajar Islam daripada bukan ahlinya atau daripada musuh Islam.

Sehubungan itu, katanya PAS merasa simpati dengan kenyataan Soi Lek yang menyalahkan Islam kerana negara tidak maju.

"Kenyataan yang keluar daripada seorang yang kurang memahami Islam dengan lebih mendalam.

"PAS menyeru kepada beliau belajarlah Islam daripada ahlinya dan rujukan asalnya," ujarnya dalam satu kenyataan.

PAS juga, katanya mengingatkan Soi Lek supaya jangan melihat orang Islam yang memimpin negara ini, sebaliknya kena mengkaji Islam daripada sumber asal.

PAS, ujarnya tidak menafikan Chua tidak faham Islam kerana bersahabat dengan pemimpin Umno yang gagal menampilkan ciri Islam yang sebenarnya.

Tentunya, kata beliau, Soi Lek keliru dengan Islam yang dihayati oleh pemimpin Umno. Berlaku kecelaruan dalam fikiran beliau, mana satukah Islam yang sebenar.

"Kenapa pemimpin yang mendakwa diri mereka Islam tetapi terlibat dengan rasuah dan berbagai skandal yang memalukan orang Islam.

"Kenapa pemimpin yang mengaku diri sebagai seorang Islam isterinya tidak menutup aurat. Inilah yang disebut oleh hukamak 'Islam terlindung oleh orang Islam sendiri'," katanya.

Katanya, PAS yakin bukan Dr Chua sahaja yang keliru tentang Islam, kerana orang Islam gagal menampilkan Islam secara praktikal.

"Alhamdulillah PAS telah berjaya memecahkan tembok fobia terhadap Islam dalam Pakatan Rakyat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS," ujarnya lagi.

Awat yang Awang marah sangat kat Mahfuz ni

Posted: 07 Aug 2010 10:19 PM PDT

Memang kita tak heran kalau penentang penentang kerajaan perpaduan tajaan Umno ni di herdik dan dicaci hina oleh Umno. Memang kita tak heran langsung kalau nama nama besar seperti Nik Aziz dan Mahfuz yang cuba dimaki lunyai oleh pak yet pak yet Umno ni.

Ini kerana, susuk susuk diatas lah yang memperkuatkan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat. Kerana susuk susuk ini lah jugak kesepakatan dalam Pakatan Rakyat masih berdiri utuh untuk rakyat berpeluang membuat pilihan antara baik dan buruk. Antara bangkai dan berakai.

Awang Selamat: Mahfuz paling menjijikkan, PAS paling dayus

Awang Selamat menyifatkan naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai pemimpin yang 'angkuh dan paling menjijikkan' kerana didakwanya suka menghina orang Islam.

PAS pula didakwanya sebagai parti yang 'paling dayus' meskipun menggunakan nama Islam kerana menolak permuafakatan dengan Umno tetapi sanggup bekerjasama dengan DAP

"Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsaatan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam," tulis Awang Selamat dalam ruangan Bisik-Bisik Mingguan dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Awang Selamat juga hairan mengapa ramai pengimpin PAS menolak idea permuafakatan dengan Umno "kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat".

"Anehnya PAS tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam.

"Pada Awang PAS menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam.

"Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam," tulis Awang Selamat lagi.

Sebaliknya, Awang Selamat mendakwa Umno terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding PAS yang didakwanya "yang baru setahun jagung".

"Umno konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain," tulisnya lagi.- Malaysiakini

Gambar Amy Search Bersama Tok Guru Nik Aziz

Posted: 07 Aug 2010 08:50 PM PDT

Patutla aku tak pernah bersetuju ngan UMNO

Posted: 07 Aug 2010 07:23 PM PDT

Patut la aku pun tak pernah bersetuju dengan UMNO. UMNO memang jahil, bongkak dan sombong. Pakar dalam menyalahgunakan wang rakyat.

Rakyat yang jahil saja yang boleh menjadi ahli bangsa UMNO. Orang orang yang bongkak dan sombong saja yang suka sangat nak jadi ahli bangsa Umno. Hanya orang orang bangang saja yang akan membiarkan pemimpin pemimpin mereka menyalahgunakan wang rakyat secara membabi buta.

Aku suka kenyataan Tunku Aziz, senator Melayu dalam DAP.
Menurut Abdul Aziz jika diskaun tujuh peratus itu begitu 'kardinal' untuk menjamin hak istimewa Melayu, diskaun yang sama sepatutnya diperluaskan kepada orang Melayu untuk membeli barangan mewah lain seperti "BMW, Porches, sistem hi-fi rumah, tiket kelas pertama penerbangan dan malah juga barangan kemas serta batu permata."

"Adalah jelas mereka yang digelar pemimpin Umno ini mempunyai fahaman sifar ataupun terhad, berhubung perlembagaan persekutuan kerana seboleh mungkin yang saya cuba, saya gagal mencari sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan bahawa Melayu atau bumiputera perlu diberikan hak untuk mendapat diskaun bagi membeli hartanah.

"Sehubungan itu, saya menyokong cadangan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) untuk menghapuskan diskaun berkenaan ke atas pembelian hartanah mewah tetapi menggunakan wang yang 'dijimatkan' itu bagi menubuhkan dana untuk membantu bumiputera yang miskin," katanya.

Menurut Abdul Aziz, 'kejahilan dan salah-guna' oleh Umno, menerusi sayap pemudanya adalah jelas mengkhianati peruntukan hak bumiputera bagi menjamin golongan 'Umnoputra' yang kaya dan berharta akan terus menikmati diskaun seumpama itu apabila membeli kediaman mewah mereka.

Tiada ulasan: