Sabtu, 21 Ogos 2010

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Yusof Nor tuduh pembangkang cuba pecah belah Felda...!!! Umno pecah belah ada lah...!!!

Posted: 21 Aug 2010 08:13 PM PDT

Cubaan pembangkang untuk masuk ke Felda adalah satu gangguan yang tidak diingini oleh warga komuniti itu, kata Pengerusinya Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor.

Menurut beliau pihak-pihak terlibat sebenarnya mahu melihat peneroka dan pentadbiran dalam organisasi itu berpecah-belah untuk memudahkan mereka menyusup masuk.

"Mereka serang dan fitnah Felda kerana nampak Felda semakin berkembang, sebab itu mereka nak masuk dalam Felda," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu semalam.
Sebelum itu, beliau menyampaikan saguhati kepada 19 Pengerusi Masjid dalam Rancangan Felda Terengganu dengan setiap seorang menerima sebanyak RM300.

Mengulas lanjut beliau berkata pihak pengurusan Felda tidak akan terikut-ikut dengan perkara itu sebaliknya akan terus memberi tumpuan kepada peningkatan prestasi Felda yang sebelum ini telah menerima pengiktirafan dunia.

"Peneroka terutamanya tidak perlu bimbang kerana Felda tidak terjejas dan tidak mengalami kekangan daripada segi kewangan. Pengurusan Felda adalah profesional," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Felda merancang membina masjid contoh seperti yang disarankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Lokasinya akan ditetapkan kemudian, masjid ini bakal menjadi institusi penting dalam Felda. Kita sedang memperhalusi dari segi rekabentuk yang bersesuaian.

"Ia nanti bukan sahaja ada kemudahan beribadat tetapi juga kemudahan lain seperti tadika, klinik, perpustakaan dan sebagainya," kata beliau.

Yusof berkata kos untuk masjid itu akan ditentukan kemudian.

"Satu jawatankuasa khas juga akan melihat kemungkinan ia dilaksanakan di 400 masjid yang sedia ada di kawasan-kawasan Felda seluruh negara kerana kita tidak boleh sewenang-wenangnya buat masjid di tapak baru," katanya.

Masjid itu juga akan mengadakan program bersesuaian bagi menarik minat golongan muda dan juga kanak-kanak ke masjid, tambah beliau.
- Bernama

Gerakan anggap hudud 'impian peribadi' Nik Aziz

Posted: 21 Aug 2010 08:10 PM PDT

Pemuda Gerakan menegaskan PAS harus sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang jenayah telah diperuntukan di bawah Kanun Keseksaan yang sedia ada.

"Negara kita, yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama, telah kian lama menolak perlaksanaan hukum hudud. Antara hukum hudud adalah hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina," kata ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang

Beliau merujuk kepada cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya undang-undang hudud bagi mengatasi gejala jenayah dan sosial seperti kes membuang bayi yang semakin meningkat.

Dalam satu kenyataan, Tan berkata, cadangan undang-undang hudud tersebut juga turut ditolak oleh DAP, yang merupakan rakan seperjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat.

"Menurut kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh dua hari lepas, undang-undang hudud bukan jawapan kepada gejala jenayah dan sosial.

"Malah beliau juga berkata 'partinya DAP tidak dapat menerima sebarang bentuk pelaksanaan hudud di negara ini'.

"Ini jelas menunjukkan bahawa cadangan undang-undang hudud oleh mursyidul Am PAS tersebut adalah hanya impian peribadinya.

"PAS harus sedar bahawa hukum hudud bukan impian semua rakyat Malaysia, yang berbilang kaum dan agama," tegasnya.

Oleh itu, beliau berharap PAS tidak akan lagi mengambil kesempatan untuk mencadangkan undang-undang hudud atas alasan kenaikan gejala jenayah dan sosial.

"Adalah lebih baik bagi PAS mengkaji sebab-sebab kenaikan gejala jenayah dan sosial dan memberi cadangan rasional untuk meminda mana-mana peruntukan di dalam Kanun Keseksaan yang sedia ada," tambahnya.

PAS, tegas Tan, PAS harus menghormati Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Keseksaan yang sedia ada.

TIADA DOA DARI KU UNTUK MU

Posted: 21 Aug 2010 08:08 PM PDT


DOAKAN KESEJAHTERAAN BUKAN ISLAM HARAM : MUFTI – berita hairan

Mufti Perak, Harussani Zakaria menegaskan hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca di dalam khutbah Jumaat.

Katanya, perbuatan mendoakan supaya orang kafir memeluk Islam amat digalakkan agama Islam namun menggunakan pentas khutbah Jumaat untuk berdoa seperti itu dilarang agama.

"Mendoakan supaya orang kafir mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan adalah haram di sisi Islam. Berdoa mengharapkan orang kafir menerima dan memeluk Islam tidak salah tetapi tidak kena pada tempatnya jika dibaca dalam khutbah Jumaat," katanya ketika dihubungi, semalam.


nota:
maka agama kita dilihat ganas
maka agama kita berdendam dan memilih milih

kebaikan bukan kebaikan kalau yang melakukan orang kafir
kebajian bukan kebajikan kalau yang melakukan orang kafir

ya rahman
ya rahim
pengaseh dan penyayang akan terbang dan hilang

silatulrahim untuk semua umat manusia pupus
berkenalan dan bersahabat dengan semua umat manusia lingkup
tidak ada persaudaran antara manusia sesama manusia

agama di lihat amat ganas sekali
agama dilihat bagitu eklusif sekali

tapi dunia ini berbagai bagai
tapi dunia ini terpencar pencar

tidak ada sesiapa boleh memonopoli kebenaran
tidak ada agama yang memonopoli kebenaran
iman, mufti, kadi, rabbai, padri, syahdu, sufi,
biksu, sami, bomoh – mereka juga tidak memonopoli kebenaran

semua kita mencari mencari kebenaran
semua kita melayari hidup dengan harapan bertemu kebenaran
keindahan hidup ini ialah mencari
nikmat hidup ini bertemu dan berkenal
bertemu dan berpisah

jangan hilangkan kemanusian kerana inginkan bidadari bermataya jeli
jangan hilangkan kemanusian kerana anggur dan air susu

PEMIMPIN RASIS BELA SETINGGAN?

Posted: 21 Aug 2010 08:03 PM PDT

SEORANG Ketua Menteri berbangsa Cina yang dimomokkan sebagai rasis, komunis dan berbagai cercaan telah memperlihatkan dirinya lebih adil dan prihatin terhadap nasib setinggan yang rata-rata terdiri daripada bangsa Melayu atau bumiputera.

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang komited mengadakan forum tanah demi mempertahan hak permukiman turun-temurun orang Melayu, Cina dan India atas tanah bukan milik mereka hendaklah dipuji oleh semua pihak yang cintakan keadilan.

Forum tersebut diadakan secara kecil-kecilan sebagai langkah berhati-hati dengan inisiatif pemaju atau pemilik tanah yang acap kali menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir mereka yang terbabit. Lim Guan Eng telah mengambil inisiatif berjumpa dengan penduduk-penduduk yang terjejas, sekalipun tidak dibuat secara besar-besaran kerana ada perintah mahkamah.

Tindakan Lim Guan Eng ini berbeza dengan tindakan Ketua Menteri Sabah yang beragama Islam dan bermazhab UMNO yang terus menerus menindas setinggan yang merupakan rakyat Sabah.

"Tindakan demikian dilakukan bagi menjaga dan melindungi kepentingan pembesar UMNO dan kroni mereka," demikian luahan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah.

Menurut Hj Hamzah yang juga YDP PAS Batu Sapi, pendekatan Lim Guan Eng yang mesra setinggan menepati ciri-ciri Khalifah Umar yang menjadi idola beliau iaitu mengasihi rakyat bawahan yang dipimpin.

Hj Hamzah yang begitu kecewa dengan tindakan UMNO Sabah yang melaungkan slogan 1 Malaysia, yang kononnya, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan tetapi dalam masa yang sama telah bertindak ala Yahudi, meroboh rumah rakyat miskin di Parlimen Batu Sapi seperti Kg Lupak Meluas, Kg Sundang dan Kg BDC.

Berlainan dengan Lim Guan Eng, sekalipun digambarkan jijik oleh media arus perdana tunggangan UMNO, beliau telah membela tanah-tanah mukim seperti Kampung Mutiara dan Kampung Cetti (di Batu Feringghi), Kampung Sungai Tumai, Kampung Dodoi, Kampung Sungai Pinang, Kampung Pokok Asam, Tanah Jelutung, Jalan Lembah Permai, Kampung Said @ Koci (di Kelawai) dan Tanah Tanjung Tokong.

Tindakan Kerajaan Pakatan rakyat yang lebih prihatin dan mesra setinggan dan kerakusan pemimpin Barisana Nasional yang menjadikan golongan miskin sebagai alat mengaut keuntungan politik dan kemewahan hidup patut menjadi kayu ukur kepada rakyat dalam memilih kepimpinan negara.

Hj Hamzah menyeru dan merayu supaya rakyat Sabah bangkit menghukum dan menjulang kuasa rakyat dalam pilihanraya ke 13 nanti. Pakatan Rakyat mesti diberi peluang sekalipun sepenggal pilihanraya untuk memerintah Malaysia bagi membersihkan noda-noda Barisan Nasional seterusnya menyelamatkan Malaysia.

Pengundi Sabah, kata Hj Hamzah harus membuktikan sekali lagi bahawa rakyat Sabah menjadi penentu kepada sesebuah kerajaan Persekutuan sepertimana rakyat Sabah telah menyelamatkan Barisan Nasional dalam Pilihanraya umum ke 12 lalu!

Oleh: FAIZAL OKADAU (sabahkini)

23,451 ahli PKR Kedah undi pilih pemimpin

Posted: 21 Aug 2010 08:01 PM PDT

ALOR SETAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menjadi parti politik pertama di negara ini yang melaksanakan proses pemilihan secara demokrasi sepenuhnya.

Penyelaras Pemilihan 2010 PKR negeri, Senator Zamri Yusuf berkata, terdapat beberapa parti yang berhasrat melaksanakan proses seperti itu namun PKR kini mendahului dengan mengadakan proses pemilihan secara langsung oleh ahli parti.

"Sebanyak 12 cabang yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan mengadakan pemilihan secara berperingkat di cabang masing-masing, pada masa yang sama dengan mesyuarat agung tahunan (AGM) cabang yang dijadualkan berlangsung September depan.

"Keseluruhannya dianggarkan terdapat 576 jawatan peringkat cabang dipertandingkan bagi memilih Ketua Cabang, Timbalan Ketua Cabang, Naib Ketua Cabang dan 15 Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi setiap cabang," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Selain jawatan untuk peringkat cabang, terdapat 20 jawatan peringkat Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan 10 jawatan peringkat Wanita Cabang yang dipertandingkan.

"Peringkat pertama proses pemilihan melibatkan lima cabang iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Alor Setar dan Kuala Kedah. Penamaan calon diadakan serentak di kawasan masing-masing pada 27 Ogos manakala pengundian dan AGM diadakan 17 September.

"Bagi Cabang Kulim Bandar Baharu, penamaan calon akan diadakan pada 28 Ogos manakala pengundian 18 September," katanya.

Menurutnya, proses penamaan calon lima lagi cabang iaitu Jerai, Merbok, Sungai Petani, Baling dan Sik diadakan pada 3 September dan 24 September untuk pengundian.

"Cabang Padang Serai akan mengadakan penamaan calon dan pengundian masing-masing pada 12 September dan 3 Oktober depan.

"Parti memberi peluang kepada semua ahli berdaftar untuk menawarkan diri bertanding bagi mengisi jawatan sama ada sebagai pimpinan Cabang, AMK atau Wanita," katanya.

Sementara itu, pencalonan pimpinan pusat untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Majlis Pimpinan Pusat akan diadakan ketika AGM cabang. .

"Ahli setiap cabang di seluruh Malaysia akan membuat pengundian selepas senarai akhir pencalonan dikeluarkan.

"Bagi negeri Kedah, pemilihan pimpinan Pusat secara langsung oleh ahli parti akan diadakan pada 29 hingga 31 Oktober 2010 dan 12 hingga 14 November 2010," katanya.

Difahamkan, terdapat 23,451 orang yang disenaraikan sebagai ahli layak mengundi pada pemilihan itu.

Legal battle over Iban land

Posted: 21 Aug 2010 07:23 PM PDT

By FMT Staff

KUCHING: It's a perennial tale of Sarawak natives battling for their land against corportate outfits and the state government. Taking a stand on Wednesday, 80 representatives from three longhouses turned up at the Kuching High Court to face BLD Resources Sdn Bhd. The much anticipated trial of the residents of Rumah Ranggong longhouse against BLD Resources, the Sarawak Land and Survey Department and the Sarawak government got off to a lively start with the representatives of the longhouse holding a peaceful demonstration in front of the court complex.

The representatives came in two buses and congregated in front of the court complex at 9am. They held a short demonstration before proceeding into the court house where the trial started at 10am.

Three witnesses from three neighbouring longhouses were called to testify and acknowledged the existence of the native customary rights (NCR) claims of the residents of Rumah Ranggong and their communal boundary between them.

The three witnesses are Tuai Rumah Belili anak Liom from Rumah Belili, Buak anak Jenau from Rumah Ampau and Tuai Rumah Umpor Anak Lunsa from Rumah Umpor.

At 4pm, the trial was adjourned. The next hearing was set for Jan 24 –28, 2011.

Sued for trespassing

In 2008, BLD Resources sued Changgai Anak Dali, an Iban, for allegedly trespassing into BLD's plantation.

Changgai disputed this suit saying that he and the residents of Rumah Ranggong have NCR over the said land.

In 1999, a Memorandum of Understanding (MoU) was signed between BLD Sdn Bhd (sister company of BLD Resources), Sarawak Land Development Board (SLDB) and the NCR landowners at Ulu Niah, where Rumah Belili and Rumah Ranggong were the participating longhouses, to develop the Ulu Niah NCR land based on the joint venture project called "konsep baru".

However in 2008, Changgai and his fellow villagers discovered to their horror that their NCR JV project was cancelled - reason given was the government made a mistake saying the land is NCR.

Sarawak Deputy Chief Minister Alfred Jabu and the then Sarawak Minister for Housing Celestine Ujang handed out the 10% upfront payment worth RM294,990 in 2001 to the participants of the scheme.

The promised dividends or bonus payments for the participants of the scheme were not paid until 10 years later when the residents protested against BLD's suit.

In 2008, Jabu in an attempt to pacify the angry villagers handed a cheque amounting to RM436,708.20 in dividends and bonuses to 226 participants of the Ulu Niah NCR Joint Venture Project.

However, the suit made by BLD against them was not withdrawn and worse still, the state government does not recognise the land as NCR.

In court on Wednesday, Judge Albert Linton presided while Harrison Ngau Laing represented the Plaintiffs headed by Changgai Anak Dali and a few others from Rumah Ranggong.

George Lo represented the first defendant, BLD Resources Sdn. Bhd. and Joseph Cheoh represented the Sarawak Land and Surveys Department and the Sarawak State Government.

The truth: Racism is rife in Malaysia

Posted: 21 Aug 2010 07:22 PM PDT

By Qayum Rahman
KUALA LUMPUR: From housing to jobs, education to citizenry, bigotry in Malaysia is a simmering cauldron.
Since MCA's boldly brazen demand last weekend for an end to the 30% bumiputera equity, it's not only the politicians and NGOs who are openly slamming each other over a broad range of unfair policies but the man-on-the-street is also spewing his disgust.

In Kuala Lumpur, a recently married engineer, who declined to be named, said he had trouble renting a double-storey property in a housing estate in Old Klang Road because he was Indian.

"It's not the first time I have faced this problem. A Chinese landlord is not likely to rent you a room or house. It took me three months to find a landlord who would rent a house to us and even then we had to reassure him many times... I had to show him my payslips!" he said.

In Penang, Nabriza Ghazali, a private sector employee, said racism was rife in the commercial sector which is controlled by the Chinese community.

She said the situation was so bad that it was difficult for Malays and Indians to secure high-paying jobs in certain sectors although they had the right qualification.

"Many Malays and Indians who have been in employment for years and who are qualified for higher posts don't move up. This is mostly because the Chinese who are less qualified and with lesser experience are given priority.

"I have had the experience of going for a job interview and the first question they asked me was if I knew Chinese. The employer said their company was looking for someone who was fluent in Chinese to liaise with other employees," she said.

Another employee, Edmand Steven Grumach, echoed Nabriza's views.

He said many private sector workers in Penang had problems "even getting an interview" because many of the large companies including the manufacturing sector required employees to speak Chinese.

"This condition is not applicable to low-paying jobs… it clearly shows the racist attitudes by employers. As a private sector employee, I hope that companies in Penang will not be bias and provide all with equal job opportunities," he said.

Now an open truth

According to Penang Malay Association deputy chairman Azmi Merican, racism in the job sector was now an open truth.

"It has become so extreme that it is denying Malays and Indians of opportunities in the private sector. Race has always been a priority with the Chinese and the majority of Malays and Indians have been deprived of employment opportunities for irrational reasons.

"Among the reasons made mandatory in the Penang private sector is that applicants must be fluent in the Chinese language and most of the positions are limited to the Chinese community.

"Many of the positions advertised in the papers carry this condition. It is a subtle oppression of the Malays and Indians in Penang," he said.

Azmi said even if there were Malays and Indians who met the criteria, the salary scale offered to them as compared to the Chinese, was different.

"Now it's the new Chinese community which controls the private sector in Penang. But what was once a subtle practice of racism was now open and obvious. The Chinese are always touching on bumiputera equity but the Malays don't complain about their (Chinese) racist practices in the commercial sector," he told FMT.

Azmi said although it was understood that the Chinese community practiced double standards it had never been raised as an issue but now they (the Chinese) were openly voicing their dissatisfaction with the Malays and the policies enshrined in the constitution.

"If the Malay and Indian communities don't voice up to the way the Chinese treat them than they will continue to be sidelined," he said.

Missing billions: Taib in the spotlight again

Posted: 21 Aug 2010 07:21 PM PDT

By FMT Staff

KUCHING: The so-called "billionaire" Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud is back in the news. This time for the RM1.825 billion allocated to "persons unknown" in 2009.
In an explosive revelation, investigators claimed that the amount represented more than half of the State Development Budget.

Sarawak Report, in disclosing the figures, made available in a DAP report, said Taib failed to account for RM4.8 billion of government expenditure over the past three years alone (2009 included).

Below are excerpts of the article which appeared in the portal.

Secret projects:
DAP, which recently triumphed over Barisan Nasional in the Sibu by-election, has produced a closely argued Alternative Budget for 2010, in which they demand a return to proper accounting methods, so that taxpayers can know exactly how their money has been spent.

This is their right and it is also Malaysian law, in line with the rest of the civilised world.

DAP figures show that Taib has not only reserved 80% of the state's entire Development Budget to the three ministries controlled directly by him, but that shockingly, most of that money has been spent on "secret projects" about which he has provided zero information.

Under the circumstances, the people of Sarawak are entitled to assume that the money has been stolen.

Taib appears to think he can get away with not telling the people where he has decided to spend this money, but we can be certain that none of these secret projects benefitted the impoverished people whose lands he has taken for palm plantations now owned by his family and friends.

So what is going on and how has all this money disappeared? DAP budget documents provide a detailed analysis.

Firstly, it outlines the extraordinary level of personal control that Taib has assumed over Sarawak's expenditure.

The septuagenarian personally manages the three main spending departments in the state. This means that almost every spending decision has to go through him and that no other minister can do anything without getting his permission.

In particular his three ministries (the Finance Ministry, Planning and Resources Ministry and Chief Ministry) together control 80% of the Development Budget, which alone accounts for around three quarters of all money spent, although it is argued that many of the projects would more sensibly belong under different departments.

Secondly, the documents explain the secretive system that the chief minister has developed for allocating more than half of this huge sum of money.

Where is the money going?

Over the past years, Taib employed a highly mysterious expenditure category termed "Government Contribution towards Approved Agencies Trust Fund" into which this money is channelled.

There is no specification as to who these "Approved Agencies" are or which Trust Fund is being referred to and the government has consistently refused requests for information on the subject.

It could be going to his aunty, his sister, cousins, kids, or mistress... how is anyone supposed to know and what right has he to keep it secret?

Thus, in 2009 RM1.825 billion (59.3% of the total state budget of RM2.430 billion) is unaccounted for in the Development Budget, according to DAP's calculation.

In 2008, it was RM1.719 billion (60% of the total RM2.865 billion) and in 2007, it was RM1.257 billionn (54.8% of the total RM2.294 billion).

DAP raised a valid question as to what is the point of carefully auditing 40% of the budget if the remaining 60% is kept secret?

PAS Pulau Pinang dakwa Umno ‘besarkan’ isu khutbah

Posted: 21 Aug 2010 07:21 PM PDT

August 22, 2010
KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man turut menyifatkan isu khutbah kononnya menggunakan nama Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sengaja diperbesarkan oleh Umno.
Bagaimanapun Umno menafikan pihaknya mereka isu berkenaan.
Bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Permatang Pasir ini berkata beliau masih menunggu laporan siasatan Majlis Agama Islam Pulau Pinang mengenai perkara tersebut.
"Bagi saya isu ini dibesarkan... bukannya tindakan itu membatalkan solat.
"Kadangkala orang tak perasaan sebab khatib baca doa dalam bahasa Arab. Bila dia sebut 'Wa Zaqna' maksudnya untuk menteri dan pemimpinlah," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider lewat malam tadi.
Salleh berkata beliau akan memberi kenyataan rasmi berhubung pendirian PAS Pulau Pinang selepas mesyuarat antara Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan sesama PAS sendiri hari ini.
"Saya tak boleh bagi kenyataan rasmi kerana tidak bermesyuarat lagi. Jadi kena tunggu," kata beliau lagi.
Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) turut menyatakan agensi itu akan mengadakan mesyuarat pada 26 Ogos ini berkenaan hal itu.
Khamis lepas, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.
Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama Ketua
Menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh  dan Jelutong.
Beliau berkata tindakan menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.
Bagaimanapun pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan perkara tersebut berdasarkan siasatan awal.
"Biar siasatan dijalankan untuk menentukan khatib atau imam masjid mana yang terlibat dan kalau benar tindakan tegas akan diambil," kata Timbalan Ketua Menteri I Dr Mansor Othman dan Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik Kassim dalam satu kenyataan bersama semalam.
"Hanya khatib atau imam yang tak siuman berani menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim Guan Eng. Sekiranya dakwaan ini benar, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas," kata pemimpin itu.
Dalam kenyataan itu juga, Abdul Malik dan Mansor menambah, dakwaan yang lebih merupakan fitnah terhadap kerajaan negeri adalah sangat serius kerana boleh mencetuskan kemarahan, kebencian dan ketegangan kaum dan agama dan membawa insiden yang tidak diingini.
"Lim Guan Eng, yang tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Islam, pun dianiayai," kata mereka.
Umno Pulau Pinang mempertahankan pendirian mereka dengan menafikan dakwaan bahawa parti itu sengaja mencipta isu kononnya nama Ketua Menteri digunakan dalam khutbah untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.
Ketika menjelaskan kepada The Malaysian Insider, Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman mendakwa perkara itu benar-benar berlaku di beberapa masjid, sejak awal tahun ini.
Beliau menamakan enam masjid yang menurut parti itu telah menggunakan nama sama ada "Ketua Menteri ataupun Lim Guan Eng" dalam khutbah, yang dikesan sejak Februari lalu.

Cermin diri dulu..Wahai UMNO...

Posted: 21 Aug 2010 07:15 PM PDT

Oleh rahimothman



Layakkah UMNO kata MCA kurang ajar ? hanya semata-mata kerana menyatakan ,,.. kami bersetuju dengan resolusi kami....

Cermin diri sendiri dulu.. lihat di cermin tu lama-lama.. Rasanya UMNO dah terlalu banyak menunjukkan sikap kurang ajar, bukan MCA. Tak kiralah sama ada kurang ajarnya kepada MCA atau kepada orang Melayu sendiri atau rajanya sendiri, malah yang amat menyedihkan lagi ialah sikap kurang ajar mereka kepada agama yang kita sama-sama anuti, Islam.

Sikap yang UMNO dah tunjukkan selama ini .. seperti membelakangkan agama, mengkhianati bangsa sendiri, adalah 10 kali lebih dari kurang ajar. Jadi memang tak kena kalau UMNO menuduh MCA kurang ajar.

Mari kita lihat sebahagian yang dipaparkan di bawah ini;
  • Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang ?
  • Siapa yang cuba mengguling dan menukar takhta sultan Kelantan ?
  • Siapa yang membuat fitnah liwat terhadap bangsa seagamanya sendiri ?
  • Siapa yang membelasah bangsanya sendiri semasa dalam penjara ?
  • Siapa menghentikan pelajaran jawi disekolah ?
  • Siapa yang arah tutup sekolah agama?
  • Siapa yang tarik balik bantuan untuk sekolah agama ?
  • Siapa yang luluskan lesen judi dan arak di negara ini?
  • Siapa yang membiarkan kes murtad berleluasa ?
  • Siapa yang mendorong anak-anak remaja Melayu berzina?
  • Siapa yang mengkhianati hak-hak istimewa orang Melayu?
  • Siapa yang merogol gadis remaja Melayu yang masih dibangku sekolah?
  • Siapa pemimpin yang suka songlap atau menggelapkan duit rakyat?
  • Siapa pemimpin yang sewenang-wenang menghina nabi kita?
  • Siapa pemimpin yang bunuh bangsanya sendiri semata-mata kerana politik?

Bahaya rasisme dijadikan modal perjuangan politik

Posted: 21 Aug 2010 07:10 PM PDT

August 22, 2010
22 OGOS — Jika dilihat di internet nampaknya hubungan kaum seakan semakin buruk. Caci- mencaci serta kata-kata kesat menjadi kebiasaan.
Di alam maya, seolah-olah tiada apa yang baik yang boleh dianggap sebagai modal harapan negara ini. Kita seakan menuju kehancuran dan perpecahan, berbalah di antara kaum dan antara satu sama lain.
Mungkin keadaan sekarang tidaklah sebaik yang kita mahu, namun hubungan antara kaum bukanlah seteruk yang pernah dihadapi negara pada masa-masa dulu.
Namun, kita tidaklah boleh menganggap keadaan kini tidak perlu dibaiki dan masalah antara kaum perlu diatasi. Demi masa depan negara, isu perkauman mestilah diatasi.
Memanglah leceh hendak mengatasi masalah perkauman, ia kompleks dan sensitif. Tetapi apa boleh buat, ia mesti juga ditangani.
Keadaan sekarang amat berbeza berbanding ketika negara kita muda dulu. Ketika itu ada juga masalah perkauman, malah lebih dahsyat lagi. Namun, kepemimpinan dulu berjaya menyatukan pelbagai parti yang mulanya berhaluan berbeza untuk bersatu dan melegakan keadaan yang hampir menjahanamkan negara.
Kini apa yang dulunya sudah diterima, dipersoal. Apa yang dulu dibincang di bilik mesyuarat, kini dilaung-laungkan di luar. Kita kini juga terpaksa berubah dan tidak boleh lagi menggunakan cara dulu untuk menerangkan apa yang sudah termaktub.
Contohnya, orang muda sekarang berbeza dari orang muda dulu. Mereka hidup di zaman serba boleh, mereka berfikiran global dan mempunyai pendapat yang berbeza mengenai negara dan dunia.
Mereka tidak boleh menghayati sejarah negara yang hanya fakta dalam buku teks. Malaysia mereka menuju ke hadapan dan bukannya menoleh ke belakang.
Dan mereka adalah jumlah terbesar, kini dianggarkan lebih dua pertiga daripada jumlah penduduk.
Dari apa yang diketahui, orang muda kini kurang semangat perkauman. Mereka selesa dengan semua. 1 Malaysia memang sesuai dengan mereka berbanding orang yang lebih tua.
Oleh kerana mereka ramai – dikatakan beberapa juta daripada pengundi – maka kumpulan ini menjadi tarikan ahli politik kerana mereka kumpulan mampu mengubah rupa bentuk politik negara.
Jika orang lama berasakan masalah perkauman lumrah hidup di Malaysia, golongan muda pula bertanya kenapa ia perlu wujud sama sekali.
Oleh itu, ada ahli politik mencari peluang melamar golongan muda dengan menjanjikan mereka berupaya mewakili generasi muda ini – segala cita, cita rasa dan kebimbangan mereka akan diambil kira.
Ada ahli politik yang bertumpu kepada perkara yang negatif. Yang negatif itulah biji benih rasisme.
Di Malaysia, hidup kita semuanya ditentukan oleh bangsa. Dari politik ke polisi dan ke ekonomi, semuanya mempunyai asas perkauman. Semuanya berpunca dari negara kita yang berbilang bangsa, yang dibentuk hasil kompromi dan muafakat.
Tetapi apabila kita biarkan perkauman mendominasi hidup kita, maka ia akan menjadi musuh besar. Jika kita biarkan segala kata dan bisikan kita berbaur perkauman, maka sudah tentulah masalah perkauman akan menjadi kenyataan.
Label rasis selalunya digunakan untuk merendahkan maruah seseorang di khalayak ramai serta untuk melenyapkan suara seseorang. Siapa yang mahu mendengar kata-kata seorang rasis, jauh sekali berkawan dengannya?
Adakah kemungkinan orang yang menggelar orang lain rasis, sebenarnya dia sendiri mengamalkan sikap perkauman?
Adakah seorang yang memperjuangkan sekolah jenis kebangsaan seorang rasis? Adakah seorang yang mahukan lebih hak Bumiputera di bidang ekonomi seorang yang rasis? Adakah orang yang mempersoalkan bilangan orang Cina di dalam angkatan tentera, atau kelebihan orang Melayu dalam perkhidmatan awam, rasis?
Adakah Dasar Ekonomi Baru ataupun Model Baru Ekonomi, rasis?
Adakah perkataan seperti meritokrasi, sama rata, keadilan, peluang, dominasi, rasuah, semua adalah kod untuk rasisme?
Kini apa yang tersirat, ditempik dan dilaungkan. Internet membolehkan orang menggunakan hina dan nista, kata kesat dan durjana, tanpa perlu menunjukkan muka.
Kita boleh salahkan ahli politik, bukan semua, tetapi ramai juga, yang mengambil peluang menjaja rasisme sebagai modal menarik sokongan.
Ada yang menceritakan kehancuran yang akan dihadapi negara ataupun betapa rosaknya keadaan sekarang oleh kerana perkauman, namun di sebalik semua kenyataan ini ada agenda politik.
Rasisme mudah diuja. Kata-kata seorang guru, lagu penyanyi rap, tulisan penulis pojok atau ucapan ahli politik boleh menjana rasisme. Kita seolah-olah mencari yang negatif untuk membuktikan orang lain tidak baik.
Bolehkah kita katakan rasisme sebenarnya membawa untung di dalam politik?
Rasisme selalunya menunjukkan keburukan kita. Jika kita katakan kita kesal dengan masalah perkauman, tetapi ada juga di antara kita yang cuba melebarkan lagi jurang perkauman sedia ada.
Memanglah kita patut bimbang, tetapi adakah keadaan sekarang akan membawa kepada sengketa kaum? Rasanya tidak, namun kita perlu berwaspada dan memperbaiki apa yang ada sekarang.
Rasanya kita boleh jangkakan rasisme akan bertambah dengan proses politik kita terutama bila kita menuju Pilihan Raya Umum Ke-13.
Apa boleh buat. Kita mengamalkan demokrasi dan orang boleh menjanjikan apa saja ketika berpolitik.
Namun, ia menjadi bahaya jika rasisme dijadikan modal politik yang tidak dibendung dan berupaya menyelubungi hidup kita.
Rasisme adalah senjata politik yang amat berkesan, namun ia juga boleh memakan tuan. — Berita Minggu

Wanita di Bawah Naungan Islam : Beberapa Bentuk Pernikahan yang Dihapus Oleh Islam

Posted: 21 Aug 2010 07:07 PM PDT

12 Ramadhan 1431H.
oleh : Said Abdul Aziz al-Jandul

Barangkali ada baiknya kalau pada pembahasan berikut ini penulis menyebutkan beberapa bentuk pernikahan yang sudah membudaya di zaman jahiliah, lalu Islam menghapuskannya. Kemudian sebagai gantinya, Islam mengajarkan pernikahan yang dilangsungkan berdasarkan "Ijab" dan "Qabul" (serah-terima), kesukarelaan dan pilihan masing-masing pasangan, agar pembaca dapat mengetahui kedudukan rendah yang di alami kaum wanita sebelum Islam, dan kedudukan terhormat lagi mulia yang mereka raih sesudah Islam datang.

Sudah membudaya pada masyakat Jahiliah pada saat itu pernikahan-pernikahan berikut ini:

Nikahul-badl, yaitu seorang lelaki merelakan istrinya untuk lelaki lain, agar orang lain tersebut merelakan istrinya kepadanya. Tujuan pernikahan semacam ini adalah memuaskan nafsu seksual kaum laki-laki.

Nikahur rahth, yaitu sejumlah laki-laki kurang dari sepuluh orang mengauli seorang perempuan, mereka mencampurinya secara bergantian dalam selang waktu yang tidak begitu lama; setelah itu si perempuan menolak hubungan seks dengan mereka, apabila ia hamil, lalu melahirkan, maka ia memanggil semua lelaki yang telah mencampurinya itu kemudian ia menentukan ayah bayi yang baru lahir tersebut dari salah satu di antara mereka yang ia suka, lalu lelaki itu pun merimanya dan nasab bayi itupun dengan sendirinya disahkan kepada mereka berdua.

Nikahusy-syighar, yaitu pernikahan yang terjadi dengan cara, seperti seorang lelaki berkata kepada lelaki lain: Saya nikahkan kamu dengan putri saya dan sebagai balasannya engkau nikahkan aku dengan putrimu.

Nikahul istibdha', contohnya adalah seorang suami mengatakan kepada istrinya sesudah ia bersih dari haidh, "Datanglah kepada lelaki yang terkenal dengan keberanian dan kedermawanannya itu, lalu mintalah bersenggama dengannya". Tujuannya adalah agar ia memperoleh seseorang yang mempunyai sifat seperti sifat orang yang terkenal dengan keberanian dan kedermawanannya itu. Selagi si istri belum hamil dari hubungannya dengan laki-laki yang dimaksud, maka sang suami tidak akan mendekatinya.

Nikahul Khadan wash-shadaqah (kawin selingkuh). Adalah merupakan kebiasaan orang-orang di masa Jahiliyah menga-takan (kepada laki-laki): "Sembunyi-sembunyilah (dalam berzina) dan itu tidak apa-apa, yang tercela adalah kalau dilakukan secara terang-terangan". Maka Islam datang mengharamkan dua bentuk hubungan seks ini, seraya Allah berfirman, "Dan janganlah kamu mendekati kerbuatan keji (zina), baik yang tampak maupun yang tersembunyi."

Nikahul katsrah, yaitu datang sejumlah laki-laki kepada seorang perempuan yang biasa melakukan pelacuran (PSK/ pekerja seks komersial), lalu mereka melakukan hubungan sek dengannya, hingga apabila si perempuan itu hamil dan melahirkan, maka mereka pun menghadiri si perempuan jalang itu, lalu orang yang ahli dalam masalah kemiripan menentukan ayah bayi itu di antara salah seorang mereka yang paling mirip dengannya, maka bayi itu ditentukan sebagai anaknya.

Dalam masyarakat modern ini pun masih terdapat pernikahan-pernikahan (perkawinan) yang mirip dan sama dengan pernikahan-pernikahan tersebut di atas, dengan cara dan model yang baru. Sebagai contoh, apa yang disebut di zaman Jahiliah dengan nikahu istibdha' ada di zaman kita sekarang ini, yaitu apa yang disebut dengan "proses pembuahan janin secara medis" (talqih shina'iy). Yaitu menyuntikkan sperma laki-laki lain (bukan suami) yang dikenal dengan kesuburannya ke dalam rahim seorang istri atas persetujuan dia dan suaminya. Dan ada kalanya penyuntikan itu berulang-ulang beberapa kali, bahkan adakalanya seperma pun berasal dari beberapa orang lelaki, dan laki-laki itu terkadang masih ada hubungan kerabat dengan si perempuan itu dan ada kalanya tidak demikian.

Yang sama dengan nikahul-badl di mana dahulu pernah ada di dalam masyarakat Jahiliyah adalah apa yang dikenal pada abab modern ini dan di masyarakat Amerika dengan nama "saling bergantian istri". Gonta ganti pasangan ini dapat tercapai dengan berbagai cara, di antaranya adalah melalui permainan rullete (permainan berasal dari Italia). Ringkasnya, dalam permainan ini beberapa istri berkumpul dalam bentuk lingkaran, lalu salah seorang suami duduk di tengah-tengah lingkaran tersebut sambil memutar cermin ke arah lingkaran itu, apabila cermin itu berhenti pada salah seorang di antara para perempuan itu, maka si perempuan itu pun berdiri dan pergi bersama lelaki yang memutar cermin tadi untuk tidur bersamanya selama satu malam.

Di sana masih ada satu hal lagi yang sangat mendasar di dalam permainan gila tadi, yaitu istri si lelaki yang memutar cermin tidak diperbolehkan duduk bersama para perempuan di dalam lingkaran di saat suaminya sedang memutar cermin, karena dikhawatirkan cermin berhenti menghadap kepada istrinya sendiri, sebab pada dasarnya si suami tidak menghendakinya dan yang ia kehendaki adalah istri orang lain.

Saling bergantian istri di atas sangat mirip dengan nikah Mut'ah atau Nikah syighar yang di kenal di masa jahiliyah, sebab pembatasan waktu menggauli istri (orang lain) dalam satu malam itu membuatnya hampir sama dengan nikah mut'ah; sedangkan kerelaan menyerahkan istri untuk digauli oleh lelaki lain dengan syarat istrinya direla-kan untuk digaulinya sangat mirip dengan nikah syighar.

Nikah Mut'ah. Bentuk pernikahan ini tidak bertujuan kecuali kenikamat seksual belaka, dan itu merupakan nikah dalam jangka waktu tertentu. Adakalanya jangka waktunya itu telah sama-sama diketahui, seperti si wali mengatakan kepada laki-laki (yang akan menikah), "Saya nikahkan kamu dengan putriku", atau "saudara perempuanku dalam jangka waktu satu hari saja", atau "satu bulan saja", atau "satu tahun". Dan ada kalanya tidak diketahui jangka waktunya, seperti seseorang mengatakan, "Aku nikahkan kamu dengan putriku", atau "dengan saudariku hingga si anu datang dari kepergiannya". Maka apabila sehari atau sebulan berlalu, sebagaimana kesepakatan, atau si anu tadi datang dari perjalanan jauhnya, maka kedua pasangan sudah harus berpisah.

Islam pada awal mulanya membolehkan pernikahan mut'ah itu karena kondisi tertentu, yang pada awalnya untuk memberi kesempatan waktu agar jiwa siap untuk meninggalkan suatu tradisi yang biasa mereka dilakukan sebelum Islam. Ini adalah salah satu metode pendekatan yang dilakukan oleh Islam di dalam menanggulangi beberapa problematika sosial, sebagaimana terjadi ketika mengharamkan minuman keras (khamar) secara bertahap tidak sekaligus. Setelah jiwa mereka siap menerima pergeseran dari tradisi yang sudah mengakar kuat tersubut, maka nikah mut'ah diharamkan hingga hari kiamat.

Abdullah bin Mas'udradhiyallahu 'anhu menuturkan tentang hal di atas: "Kami pernah berperang bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan kami tidak membawa istri, maka di antara kami ada yang berkata, "Mengapa kita tidak mengkebiri diri saja?" Namun Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang kami akan perbuatan itu, lalu beliau memberikan keringanan bagi kami nikah kontrak dengan mahar pakaian." (Ini adalah suatu riwayat yang muttafaq 'alaih).

Sesungguhnya diperbolehkannya nikah mut'ah itu tidak mempunyai kaedah hukum kontinu atau abadi, karena terdapat riwayat yang dinukil oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim, bahwasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda,

إِنِّيْ أَذِنْتُ لَكُمْ فِي اْلاِسْتِمْتَاعِ مِنَ النِّسَاءِ وَأَنَّ اللهَ قَدْ حَرَّمَ ذَلِكَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، فَمَنْ كَانَ عِنْدَهُ مِنْهُنَّ شَيْءٌ فَلْيُخَلِّ سَبِيْلَهُ، وَلاَ تَأْخُذُوْا مِمَّا آتيَتْمُوْهُنَّ شَيْئًا.

"Sesungguhnya aku dahulu pernah mengijinkan kalian nikah mut'ah, dan sesungguhnya Allah telah mengharamkannya hingga hari kiamat. Maka Barangsiapa di antara kalian yang masih mempunyai ikatan mut'ah dengan mereka (para perempuan) maka hendaklah ia membebaskannya, dan janganlah kalian mengambil sesuatu yang telah diberikan kepada mereka."

Berdasarkan hadits di atas pengharaman nikah mut'ah adalah pengharaman abadi sepanjang masa, tidak ada batas waktunya. Inilah yang dipegang teguh oleh para Ulama dan para ahli fiqih di seluruh penjuru dunia, selain sekte (agama) Syi'ah yang berpandangan bahwa nikah mut'ah adalah merupakan salah satu bentuk pernikahan yang diperbolehkan di dalam Islam, dan ia utuh selagi prinsip-prinsip ajaran Islam utuh. Mereka dalam masalah ini menolak hadits-hadits yang diriwayatkan oleh para shahabat Nabi yang bukan dari keluarga Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, dengan anggapan bahwa para shahabat itu tidak adil, karena tidak mengakui keberhakkan Ali bin Abi Thalib radhiyallahu 'anhu memegang tampuk Khilafah sepeninggal Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Bentuk pernikahan seperti ini, dalam pandangan pe-nulis, tidak lain hanya sebagai legalisasi dari perzinaan, dan sangat serupa dengan praktik yang dikenal pada zaman modern ini dengan hubungan perselingkuhan antara laki-laki dan perempuan, apabila kita menganggap bahwa pemberian hadiyah lelaki kepada lawan jaenisnya itu sebagai (upah) mahar.

Semua bentuk pernikahan tersebut di atas menunjukkan betapa buruknya status dan kondisi perempuan di dalam masyarakat non muslim yang komitmen kepada Islamnya, juga menunjukkan, setidaknya, tidak adanya perhatian terhadap harkat dan martabat kaum perempuan. Maka dari itu Islam menghapus semua bentuk praktik pernikahan tersebut, sekaligus mendekralasikan bahwa harkat dan martabat kaum perempuan di masyarakat yang sebenarnya tidak sejalan dengan pelecehan yang tidak layak bagi kaum perempuan sebagai sosok manusia yang seharusnya memperoleh penghormatan dan penghargaan. Islam mengganti paraktik-praktik pernikahan hina itu dengan satu bentuk pernikahan yang mempunyai nilai ikatan suci antara laki-laki dan perempuan yang dibangun di atas dasar kerelalaan, rasa cinta dan sama-sama berupaya untuk saling merealisasikan kebahagiaan di antara kedua pasangan suami-istri sepanjang hayat; sebagaimana Allah tegaskan di dalam firman-Nya:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kamu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kamu yang berfikir." (Ar-Rum: 21).

Cinta Remaja Sekarang... Cinta Apa Ekkk..???

Posted: 21 Aug 2010 06:37 PM PDT

Apa yang remaja sekarang tahu tentang cinta? Cinta depa semata-mata nafsu.. kalo tak caye, pi tanya google.. Cinta remaja tak kekal... Bercinta semata-mata ingin memuaskan nafsu.. dapat raba-raba pun jadiklah.. ampa yang kata.. aiz tak kata.. kalau tak caya, pi tanya yahoo...


Kejadian takleh blah seperti buang bayi dan baby berpunca daripada cinta depa nih.. depa mula dengan bismillah mesej, dating, pegang tangan, peluk, makan suap, raba, cium dan akhirnya wujudlah lagu baby oleh justin bibier... Bila dah keluaq baby... pi mana baby tersebut? pasaipaa kat berita kata baby dibuang? apa kejadahnya mak pak luar nikah depa buat camtu? So, cinta apa yang ampa syiok sangat sekarang?


Kawan aiz.. (nama takleh habaq) dia ada awek sama umur ngan dia.. satu kelas pulak.. depa dulu asyik bertengkar mengalahkan Tom and Jerry... entah camne depa boleh berkapel pulak.. cinta depa seperti air.. dicincang takkan putus, dituang baru tumpah.. dipendekkan cerita, aiz sendiri nampak ngan kepala lutut aiz nih... depa sedang cium mulut ke mulut sambil raba rohani dalaman depa depan bilik air wanita.. memang celaka betui..

Bila depa dah abis SPM, Si awek nih ari-ari tidor rumah kawan aiz nih.. ape kejadahnya perangai remaja sekarang.. takkan dah lupa rumah sendiri dok kat mana?.. tak reti nak check kat google map kaa? Beginilah jadinya bila cinta remaja melampaui nafsu.. ampa macam mana? dah mula?

Karpal Singh sepakat dengan Harrusani?

Posted: 21 Aug 2010 06:34 PM PDT

ustsaifulbahri

Itulah yang tersimpan dalam perut pedal UMNO. Merekalah sebagai pengadu domba. Merekalah pencetus isu agar timbulnya konflik antara agama. Merekalah juga pembakar api perkauman dan mereka ingin menggunakan undang-undang thagut dalam menjadikan mereka pemerintah kuku-besi disebalik keselamatan Negara. ISA adalah alat bagi pemuas nafsu keji UMNO bagi dan bakal digunakan terhadap musuh politik mereka.
Siapa sebenarnya dalang disebalik pembakaran gereja? Disebalik menggelegakkan isu perkataan Allah. Siapa disebalik perarakan kepala lembu di Shah Alam dalam mencetuskan ketegangan agama. Siapa disebalik demo penentangan DEB di Pulau Pinang yang kononnya penyelamat ekonomi melayu. Siapa di sebalik NGO Perkasa yang membakar semangat perkauman melayu. Siapa di sebalik pelbagai isu sensitif termasuk terakhir 'isu khutbah dengan menyebut nama Lim Guang Eng. UMNO lah punca gejalanya yang kian terhimpit demi kuasa politik mereka. Tidak ketinggalan wayang MCA dalam menyalakan api tuntutan bangsa cina.
Mereka yang memalu gong agar mengikut tarian mereka. Akibatnya pimpinan dan penyokong PR yang akan menjadi mangsa. Alasannya mudah iaitu demi keselamatan Negara dan tanpa bicara boleh dihumban dalam ISA. Kenyataan Pemuda UMNO Terengganu dibawah ini adalah signalnya. Mereka bercakaran sesama mereka bak kata pepatah, gajah sesama gajah bertempur, kancil mati ditengah-tengah.

KUALA TERENGGANU Kerajaan diminta bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan suasana tidak aman terhadap negara termasuk menahan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Setiausaha Pemuda UMNO negeri Terengganu, Apli Yusof berkata, kerajaan tidak boleh berkompromi dengan pihak seumpama itu kerana ia akan memberi impak besar kepada kesejahteraan rakyat negara ini yang berbilang kaum. Menurutnya, dalam isu bahawa pihak tertentu cuba mewujudkan perlembagaan negara baru, ia harus dipandang serius dengan menjalankan siasatan terperinci supaya hak dan keistimewaan orang Melayu sentiasa terpelihara.

"Saya pernah dengar mengenainya sebelum ini, tapi sumbernya tidak berapa sahih dan dengan pendedahan terbaru ini, kita berharap kerajaan bertindak termasuk menahan individu terlibat dalam ISA. "Kita tidak mahu kesejahteraan tergugat dan tidak mustahil perlembagaan negara akan diubah jika Barisan Nasional (BN) tidak mampu mengekalkan kedudukan sebagai sebuah kerajaan," katanya, semalam.
Beliau mendakwa, isi kandungan buku itu antara lain adalah mahu menyisihkan hak keistimewaan orang Melayu dan Islam yang dijamin dalam perlembagaan sekarang. Mengulas lanjut, Apli yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus berkata, sebagai seorang mufti beliau percaya pendedahan dibuat Harussani itu bukan bermotif politik semata-mata.

Sebaliknya kata Apli, ulama itu berusaha menyelamatkan kedudukan agama Islam dan orang Melayu dengan mengemukakan perkara songsang yang sedang berlaku sekarang termasuk perlembagaan baru itu. "Kita bimbang apatah lagi golongan muda sekarang kurang faham mengenai perlembagaan negara dan atas sebab ini, kita mengadakan program memberi penerangan mengenai perlembagaan negara kepada 20,000 belia," katanya.


Apakah Pemuda UMNO ini teramat jahil. Apakah sebenarnya perlembagaan persekutuan yang terlalu suci dan keramat buat Umno dan Tan Sri Harussani. Seolah-olah tidak boleh disentuh dan diubah.
Perlembagaan didefinisikan sebagai kumpulan peraturan atau undang-undang utama sama ada bertulis atau tidak bertulis di mana ianya merupakan peraturan yang menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir dan diurus dengan teratur. Ia juga menjadi neraca atau kayu ukur penting dalam menentukan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Oleh yang demikian, Perlembagaan ialah asset undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara dan merupakan sumber utama bagi menggubal undang-undang yang lain.

Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Perlembagaan ini berteraskan syariah dan selari dengan pemerintahan melayu di negeri-negeri Tanah Melayu.
Kedatangan British telah merubah segala-galanya. Mereka memaksakan perlembagaan penjajah untuk diguna-pakai dibawah pemerintahan negeri-negeri selat dan di negeri-negeri bersekutu. Akhirnya termasuklah negeri-negeri tidak bersekutu juga meminda undang –undang dan perlembagaan supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.

Adapun Perlembagaan Persekutuan 1957 yang mengandungi 183 perkara merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi dokumen terpenting dalam bentuk undang-undang bertulis yang berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan ini menjadi begitu tinggi dan tidak boleh dicabar dengan menyisihkan undang-undang dan peraturan Islam yang berteraskan al-Quran dan al-Hadis serta qias dan Ijma' ulama. Ia telah dikesampingkan meskipun diguna-pakai berates tahun lamanya.
Begitulah nasib yang dihadapi bukan sahaja di Tanah Melayu bahkan disemua Negara jajahan penjajah kolonial kristian di Negara umat Islam. Ia meletakkan dasar pluralism dalam agama-agama dan meletakkan agenda sekularisme dalam pentadbiran dan pemerintahan. Ia merangka prinsip Rukun Negara atau Panca Sila di Indonesia.

Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada bulan Mac 1956, satu Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk bagi mengkaji dan merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat. Jawatankuasa yang diketuai oleh Lord Reid ini turut dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, En. B. Malik dan En. Abdul Hamid. Pada bulan Februari 1957, Suruhanjaya Reid telah menyiarkan penyataannya mengenai Perlembagaan Tanah Melayu merdeka. Dengan terbitnya Penyata tersebut, maka sekali lagi suasana politik dalam negeri telah menjadi keruh. Orang melayu termasuk ahli-ahli UMNO pada umumnya menganggap Penyata Reid itu 'terkeluar daripada cadangan UMNO dan Perikatan'. Pada pandangan ahli-ahli UMNO sekiranya cadangan perlembagaan Suruhanjaya Reid itu diterima sepenuhnya nescaya orang Melayu akan menerima bencana besar. Seorang ahli UMNO mengeluh:

Banyak syor-syor dan tuntutan-tuntutan daripada orang-orang dan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang telah dimajukan kepada Suruhanjaya itu yang bercorak mempertahankan hak-hak Melayu itu nampaknya dikecualikan penyata tersebut, sebaliknya tuntutan orang-orang dan petubuhan-pertubuhan daripada bangsa yang bukan Melayu yang telah menuntut persamaan hak dengan orang-orang Melayu itu telah mendapat layanan dalam penyata itu. Tetapi isu yang paling hangat dibicarakan ialah mengenai kerakyatan berasaskan prinsip jus soli dan isu bahasa.
Sementara itu satu perhimpunan telah berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 4-7 Mei 1957 yang ditaja oleh ahli-ahli UMNO yang tidak puas hati untuk membincangkan laporan deraf Perlembagaan. Turut terlibat dalam perhimpunan itu yang dikenali sebagai Kongres Melayu 1957 itu ialah PAS, Parti Negara dan Parti Rakyat. Perhimpunan itu telah mengemukakan beberapa tuntutan, diantaranya menuntut supaya syarat-syarat pemberian kerakyatan diperketatkan, menolak kerakyatan komonwel dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Perhimpunan itu juga mendesak agar agama Islam bukan hanya diisytihar sebagai agama rasmi tetapi juga sebagai asas pemerintahan negara. Memorandum Kongres itu telah dikemukakan kepada Tunku untuk dijadikan pedoman semasa berunding dengan Kerajaan British, tetapi telah ditolak.

Syed Jaafar Albar, Setiausaha Penerangan UMNO telah melepaskan jawatannya kerana tidak berpuashati dengan keputusan itu. Bagi mengelakkan ahli-ahli UMNO dan penyokong- penyokongnya daripada terpengaruh dan terkeliru oleh dakyah-dakyah lawan, UMNO telah mengadakan Perhimpinan Agung pada 28 Mac 1957 di Kuala Lumpur untuk menerangkan perkembangan dalam rundingan Jawatankuasa Kerja dan pendirian UMNO terhadap Penyata Reid. Tunku Abdul Rahman memberi jaminan bahawa beliau tidak akan berganjak untuk mempertahan kehendak rakyat. Tetapi hakikatnya Pada 10 Mei 1957 Tunku telah mengepalai rombongan untuk kali ketiga ke London berbincang dengan kerajaan British tentang kemerdekaan. Rombongan itu bertolak ke London dan berada di sana selama 15 hari.Tunku Abdul Rahman, Dato Abdul Razak, Ong Yoke Lim, V.Y. Sambanthan dan Tunku Ismail. Hakikatnya sebagai pewaris penjajah maka perlembagaan penjajah terpaksa diterima dan dijunjung sebagai pra-syarat sebuah kemerdekaan.Hari ini barulah kelihatan kesan daripada tindakan pimpinan UMNO itu. PAS telah lama tidak bersekongkol sebab kepimpinan PAS mengetahui bahawa dasar penjajah itu akan mengkhianati bangsa melayu dan umat Islam di Tanah Melayu sendiri. Lihatlah. Siapa yang khianat siapa?
Sebagai perbandingan sejarah Islam telah merekodkan Nabi Muhammad s.a.w dalam usaha mewujudkan persefahaman antara pelbagai kelompok dalam masyarakat Madinah pada waktu itu, maka terbentuklah perlembagaan pertama yang dikenali sebagai Sahifah iaitu kanun tingkah laku atau piagam yang memperincikan hak dan kewajipan pemerintah dan rakyat. Catatan mengenai Perlembagaan ini banyak diterangkan oleh sarjana Islam seperti Ibn Ishaq, Abu Ubaid, Ibn Kathir, Ibn Abi Kyathaman dan lain-lain dalam banyak bahan penulisan dan kritikan mereka.

Perlembagan Madinah turut merangkumi asas hubungan dan penyatuan antara kaum Muhajirin dan Ansar, termasuk juga beberapa fasal penting mengenai perjanjian dengan kaum Yahudi. Antara lain fasal mengenai jaminan agama dan harta serta peruntukan mengenai kewajipan masing-masing terhadap negara dan kaum lain. Jumlah keseluruhan fasal yang terkandung di dalam Piagam Madinah ini adalah 47 fasal di mana dua puluh empat daripadanya menyentuh peruntukan hak dan kewajipan orang Yahudi yang merupakan kelompok minoriti bukan Islam. Perlembagaan pertama dalam sejarah peradaban Islam ini adalah manifestasi pendirian Islam berteraskan prinsip keadilan yang tercermin melalui sikap dan peribadi Rasulullah yang bersedia berunding dan menjamin hak masyarakat bukan Islam di Madinah.
Tetapi yang menjadi pokok serta dasarnya adalah tiada peruntukan undang-undang yang mengatasi ketentuan Allah dan Rasul yang menjadi sumber perundangan. Kenapa kita setelah merdeka lebih daripada separuh abad tetapi masih kemas berpegang dengan perlembagaan tersebut sehingga dianggap terlalu suci bagi sesetengah pihak. Khususnya kepada mereka yang berumur seusia dengan perlembagaan tersebut. Mereka sepakat menjadikannya sebagai rujukan tertinggi. Karpal Singh menyanggah kenyataan Tok Guru Nik Aziz kerana hudud bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia yang sekular dan Harrussani menyanggah seolah adanya perlembagaan baru yang nak menghapuskan perlembagaan sedia ada. Adakah perlembagaan Lord Reid itu suci? Keramat? sedangkan ianya sekular! Jangan sentuh! Inikah yang disepakati oleh Harrusani termasuk Karpal Singh?

Permintaan pemilik medan selera Pines pampasan RM90,000 tidak dapat dipenuhi kerana kekurangan sumber..!!! Kerajaan tak de duit dah..!!

Posted: 21 Aug 2010 06:31 PM PDT

August 22, 2010
KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan 10 pengusaha Restoran Medan Selera Pines untuk pampasan RM90,000 bagi setiap kedai kerana kekurangan sumber, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M. Saravanan.
Bercakap kepada pemberita di sini malam tadi beliau berkata, restoran itu yang telah beroperasi selama 47 tahun di Brickfield, akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan projek Little India.
Kawasan itu akan meliputi dari Jalan Travers ke Jalan Tun Sambanthan, dengan fasa pertama bernilai RM17 juta dan dijangka siap pada November.
Restoran itu akan dirobohkan untuk pembinaan bazar moden dan kerana itu mereka diminta berpindah ke tempat sementara di pusat penjaja di Lorong Chan Ah Tong sehingga akhir September.
Saravanan berkata walaupun isu pampasan telah diketepikan, kementeriannya akan terus berbincang dengan pengusaha restoran tersebut untuk menyelesaikan masalah itu. — Bernama

Bukan Kerana Agong, Tetapi Kerana Lim

Posted: 21 Aug 2010 06:25 PM PDT

Berdasarkan beberapa sumber, nama Lim Guan Eng memang disebut dalam khutbah Jumaat di masjid tertentu di Pulau Pinang. Walau pun ada pihak yang menafikannya, tetapi penafian itu tidak berfakta berbanding pihak yang mengiakannya.

Nama Lim disebut kerana mendoakannya supaya mendapat petunjuk. Tentulah Khatib itu orang PAS.

Mengapa Umno terkejut dengan doa ini? Kerana, pemimpin Umno termasuk Zahid tidak pernah mendengar khatib Umno mendoakan Koh Tsu Koon semasa beliau menjadi KM dulu.

Sama macam orang DAP baca ayat al-Quran dalam ceramah. Pemimpin Umno bising macam nak meletup dunia. Puncanya kerana pemimpin Umno tidak pernah mendengar pemimpin MCA dan MIC melakukannya.

Bagi sebahagian pemimpin Umno, apa yang mereka tidak lakukan sebelum ini, apabila dilakukan oleh orang lain, itu adalah salah.

Zahid gunakan hujah khatib tidak menyebut nama SPB YDP Agung. Rasanya, ini cuma 'alasan' untuk menyalahkan sebutan nama Lim sahaja.

Berlambak khatib yang tidak menyebut nama SBP YDP Agong, tidak pula dibisingkan sebagai salah oleh pemimpin Umno. Khatib Umno juga turut melakukan begitu, tidak bising pun.

Maknanya tidak menyebut SBP YDP Agong tidak penting sangat bagi pemimpin Umno, tetapi menyebut nama Lim itu yang salah.

Betul, secara etikanya, tidak menyebut nama SBP YDP Agung dalam khutbah adalah salah. Tetapi itu tidak menjadi salah jika tidak disebut nama Lim. Masalahnya ialah menyebut nama Lim, bukan tidak menyebut nama SBP YDP Agong.

Bagaimana kalau ada khatib yang tidak menyebut nama SBP YDP Agong, tetapi disebut nama Najib pula, adakah itu dikira salah juga?

Secara tidak langsung, doa untuk SBP YDP Agong memang wujud dalam doa untuk semua orang Islam. Tidak dikhususkan sebutan namanya bukan bermakna tidak ada doa untuknya.

Sementara mendoakan orang orang bukan Islam supaya menerima hidayah memang dibenarkan. Nabi pernah mendoakan salah seorang daripada dua Umar agar mendapat hidayah untuk mengukuhkan kedudukan Islam.

Apa kata ulama muda Umno mengenai perkara ini?

Isu Khutbah : UMNO cuma mahu selamatkan Soi Lek..mangsakan Guan Eng..!!!

Posted: 21 Aug 2010 06:23 PM PDT

Beberapa orang penganalisa politik berpendapat media tunggangan UMNO iaitu Utusan Malaysia yang mendakwa nama Lim Guan Eng telah menggantikan Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah jumaat hanyalah taktik UMNO untuk memenangi semula negeri Pulau Pinang.

Mereka merasakan tindakan Utusan yang menyiarkan tajuk besar "Nama Guan Eng ganti Agong - Disebut dalam doa khutbah Jumaat: Umno Pulau Pinang bantah" khusus untuk membangkitkan kemarahan masyarakat Melayu di Pulau Pinang terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat itu…

Mungkin ada benarnya pendapat penganalisa-penganalisa politik itu.. Malangnya hanya Melayu yang menyokong UMNO yang berasa marah bila isu itu dibangkitkan.. manakala yang menyokong Pakatan Rakyat semakin membenci UMNO dan Utusan.

Menurut Zahid Hamidi perkara ini talah berlaku beberapa minggu yang lalu, jika ianya benar mengapa baru sekarang ianya dinyatakan? Kenapa penyokong UMNO yang kebetulan mendengar khutbah berkenaan tidak menyatakan bantahan selepas solat jumaat itu berakhir?

Tidak bolehkah mereka memberitahu kepada Zahid Hamidi dengan segera mengenai tuduhan itu agar Zahid boleh dengan segera memberitahu kepada Muhyiddin supaya Muhyiddin boleh dengan segera memberikan amaran kepada Lim Guan Eng?

Kenapa setelah beberapa minggu berlalu baru insiden ini dilaporkan kepada polis? itupun setelah Chua Soil Lek mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan rasa kurang senang masyarakat Melayu..

Yang jelas disini UMNO terpaksa memainkan isu ini bagi mengalih perhatian rakyat terutamanya yang masih menyokong mereka dari terus fokus terhadap Chua Soi Lek yang mahukan 30% pegangan bumiputera didalam ekonomi dikurangkan.. atau dalam lain ayat isu ini terpaksa ditimbulkan oleh Zahid bagi menyelamatkan Soi Lek.

Tindakan Chua Soi Lek yang menyarankan agar ekuiti Bumiputera dikurangkan secara berperingkat-peringkat juga adalah bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Negara menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Presiden MCA itu juga dalam ucapannya di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Setar telah berkata negara-negara Islam di seluruh dunia kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama; mereka mengadakan pilihan raya tetapi pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak.

Kerana kejahilannya juga beliau berkata tahap buta huruf di negara-negara itu begitu tinggi khususnya di kalangan wanita kerana tumpuan negara-negara berkenaan adalah lebih kepada agama berbanding pendidikan.

Kedua-dua isu yang telah dinyatakan oleh Chua Soi Lek itu sendiri telah menimbulkan rasa kurang senang para penyokong UMNO terhadap Presiden MCA itu dan kemarahan oleh masyarakat melayu itu disuarakan oleh PERKASA kononnya..

Bagi mengalihkan kemarahan penyokong UMNO terhadap sekutu UMNO didalam Barisan Nasional satu isu baru perlu ditimbulkan agar kemarahan itu dapat disalurkan kepada pihak lain.

Untuk disalurkan kepada Gerakan adalah tidak mungkin kerana Gerakan juga adalah sekutu UMNO didalam Barisan Nasional.

Jadi sasaran mudah UMNO dengan dibantu oleh media yang ditunggangi oleh mereka ialah Lim Guan Eng dan DAP yang menerajui Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Biarpun telah dinafikan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang di SINI,SINI dan di SINI, UMNO dan Utusan dibantu pula oleh TV3 terus memainkan isu ini..

Memang benar ada nama Guan Eng disebut didalam doa itu menurut beberapa orang sahabat, tetapi ianya disebut bukan sebagai menggantikan nama Tuan Yang Di Pertua negeri Pulau Pinang mahupun Agong sepertimana yang dihebohkan oleh UMNO dan medianya itu..

Imam yang menyebut nama Lim Guan Eng dalam Khutbah itu telah berdoa agar Lim guang Eng itu diberikan hidayah oleh Allah SWT.. supaya Lim Guang Eng masuk islam ujar orang yang umurnya hampir 60 tahun itu.. salahkah doa itu?

Kalau 20 tahu dulu UMNO menggunakan kaedah ini rakyat mungkin percaya, tetapi sekarang dimana ramai rakyat yang telah faham taktik-taktik lapuk UMNO, ianya hanya menjadi bahan ketawa..

Dari : AnakSungaiDerhaka

Kira Mampus Dalam Penjara Jelah...!!!!

Posted: 21 Aug 2010 06:21 PM PDT

Pada pandangan lu orang yang cerdik pandai la...., lu orang agak2 Bapak kepada budak2 nih... sempat ke.. habiskan hukuman penjara 60 tahun tu...???


Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 60 tahun selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya yang kudung tangan, manakala dua anak lelakinya masing-masing dikenakan penjara 36 tahun dan 24 kali sebatan kerana kesalahan sama yang dilakukan terhadap mangsa di antara 2006 dan 2008. Hakim Mahkamah Sesyen, Amelati Parnel mendapati bapa mangsa berusia 52 tahun bersalah atas lima tuduhan merogol dan melakukan sumbang mahram ke atas mangsa yang kini berusia 20 tahun. - Sumber dari Sg. Kasai.
Pakai mampus dalam penjara jelah orang tua tu.... tapi kalau dah geng dengan iblis, mungkin umur dia macam iblis jugak kot... boleh la.. habiskan hukuman penjara 60 tahun tu... nasib lu la... apa punya Bapak daaaaa... anak sendiri pun nak tibai.

Binatang pun tau sayang dan lindungi anak-anaknya....

Khutbah: Umno nafi reka cerita, dakwa enam masjid gugur nama Agong

Posted: 21 Aug 2010 06:19 PM PDT

August 22, 2010
KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Umno Pulau Pinang mempertahankan pendirian mereka dengan menafikan dakwaan bahawa parti itu sengaja mencipta isu kononnya nama Ketua Menteri Lim Guan Eng digunakan dalam khutbah untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Sebaliknya, Umno Pulau Pinang mempertahankan bahawa perkara itu benar-benar berlaku di beberapa masjid, sejak awal tahun ini.
Ketika menjelaskan kepada The Malaysian Insider, Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman menamakan enam masjid yang menurut parti itu telah menggunakan nama sama ada "Ketua Menteri ataupun Lim Guan Eng" dalam khutbah, yang dikesan sejak Februari lalu.
Masjid-masjid itu ialah Masjid Jalan Baru di Seberang Prai Tengah didakwa menyebut nama Guan Eng pada 13 Ogos lalu, Masjid Padang Menora, Seberang Prai Utara (25 Jun), Masjid Pengkalan Tambang Permatang Pasir (sekitar Mei), Masjid Jamek Jelutong, George Town (sekitar April) dan Masjid Permatang Binjai Kepala Batas (26 Februari).
"Dan, semalam (kelmarin), nama Lim Guan Eng disebutkan lagi di Masjid Kubang Buaya, Butterworth oleh imam Ustaz Zakaria Ahmad... terus digunakan walaupun ada laporan media mengenai isu ini," kata beliau.
"(Oleh itu) ini bukan satu isu yang dibuat-buat (oleh Umno), ia sebenarnya berlaku," kata Zainal Abidin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.
Zainal Abidin memberitahu pandangan Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Umno dan Utusan Malaysia sengaja mereka cerita dan mewujudkan sentiment perkauman terhadap kerajaan negeri diterajui Guan Eng.
"Tidak baik bagi Lim Kit Siang untuk mengatakan kami yang sengaja mengadakan perkara ini," katanya.
"Sekarang ada bukti, apa mereka hendak kata?" kata Zainal Abidin sambil meminta Kit Siang dan Anwar menarik balik kenyataan mereka.
Zainal Abidin pula mendakwa Anwar sengaja membuat fitnah terhadap Umno.
Dalam kenyataan kelmarin, Anwar menegaskan beliau mendapati tuduhan Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid Khamis lalu tidak berasas kerana ada membaca teks khutbah yang diedarkan menerusi rakan-rakannya di Pulau Pinang.
"Kit Siang seharusnya menarik balik kenyataannya, ini sesuatu yang berlaku di akar umbi," kata Zainal Abidin dengan menambah, amalan tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong sebenarnya berlaku sejak sebelum pilihan raya umum Mac 2008.
"Sebelum pilihan raya umum 2008, beberapa masjid yang dikuasai PAS tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri, tetapi selepas pilihan raya umum 2008 ia sudah jadi satu fenomena biasa di Pulau Pinang," kata beliau lagi.
Oleh itu kata beliau, ia satu perkara jahat yang boleh memecahbelahkan masyarakat di negeri itu khususnya kalangan umat Islam.
"Kita seolah-olah tidak mengiktiraf kewujudan institusi diraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ini sesuatu yang tidak baik," kata Zainal Abidin lagi.
Ketika ditanya sama ada nama Ketua Menteri disebut dengan pengetahuan Guang Eng, Zainal berkata, beliau tidak pasti.
"Saya masih percaya... Umno berharap Majlis Agama Islam Negeri, segala arahan diputuskan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Negeri, bukannya dipengaruhi atau dikawal secara langsung ataupun tidak langsung oleh Ketua Menteri Pulau Pinang," katanya.
"Kami memandang berat... Majlis Agama Islam mesti kawal dan memastikan teks khutbah dibaca dengan penuh," katanya lagi.
"Mereka seharusnya kawal sepenuhnya," kata beliau sambil meminta agar mengetepikan apa yang telah berlaku sebelum ini dengan mematuhi keputusan yang diambil oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Jawatankuasa Penulisan Khutbah dipengerusikan oleh Mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad.
Ditanya kejadian tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong wujud disebabkan tindakan khatib jemputan, Zainal menjelaskan, siapa yang hendak memberi khutbah tidak kisah tetapi mesti mendapat kelulusan Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk berbuat demikian.
Laporan Utusan Malaysia semalam memetik Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak yang mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.
Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam.
Ibrahim juga mengakui nama Yang di-Pertuan Agong tidak disebut dan beliau telah menegur khatib terbabit dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.
Menurut Ibrahim, pada setiap bulan pihak masjid akan menjemput khatib luar untuk membacakan khutbah di majlis berkenaan.
Katanya, adalah perlu bagi khatib dan jemaah mendoakan pemimpin negara dalam setiap doa yang dibaca mereka.
"Saya amat kesal dengan apa yang berlaku dan kami akan buat siasatan siapa yang menyebarkan berita tak betul ini," katanya lagi.
Sinar Harian pula memetik Ketua Umno Cawangan Jelutong Abu Kassim Ismail berkata, isu khutbah menyebut nama Guan Eng bukan baru tetapi berlaku kira-kira dua hingga tiga bulan lalu.
Katanya, khatib yang membaca khutbah jemputan kerana bukan yang biasa bertugas di masjid berkenaan.
Mengulas lanjut, Zainal berkata, khatib jemputan mesti mendapat kebenaran Majlis Agama Islam Negeri.
"Kalau tidak mendapat kebenaran, tidak boleh dibenarkan," kata beliau sambil menegaskan, nama Ketua Menteri tidak wajar disebutkan sama sekali dalam khutbah untuk mengelakkan salah faham.
"Jangan gunakan untuk berdoa, kalau baik OK tetapi bagaimana jika digunakan doa dengan tidak niat, mahu mengkritik... ini sudah pasti akan menimbulkan rasa tidak senang.
"Jadi tidak mahu nama Ketua Menteri disebutkan dalam khutbah," kata lagi.

Felda Didesak Perjelas Pelaburan Luar Negara

Posted: 21 Aug 2010 03:19 PM PDT

Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 22 Ogos - Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said mencabar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menjawab soalan pokok berhubung pelaburan luar negara agensi itu serta Skim Pinjaman Perumahan Felda yang didakwa tidak memberikan subsidi kepada golongan peneroka.
Perkara ini didedahkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dalam risalah yang berjudul 'Felda Bankrap?'.
Suhaimi berkata risalah tersebut juga meminta Felda membuat penjelasan berhubung kedudukan pelaburan Felda di dalam Syarikat Twin Technology US Inc (TRT US) pada tahun 2007 yang berjumlah RM270 juta serta pelaburan Felda Global Ventures Sdn Bhd dalam projek penternakan lembu berjumlah RM688 juta.
Risalah itu juga mendesak Felda memberi penjelasan berkenaan wang yang dikutip daripada peneroka berjumlah RM768 juta sejak tahun 1970an bagi tujuan Tabung Penanaman Semula.
Beliau turut meminta agensi itu menyatakan berapakah keuntungan Felda Plantation yang sebenar dan ke mana keuntungan tersebut disalurkan.
Di samping itu, Suhaimi berkata risalah terbitan Anak itu mendakwa Felda Global Ventures   meminjam berbilion ringgit daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membuat pelaburan di luar negara termasuk di Cincinnati dan Boston, Amerika Syarikat.
"Felda kaya disebabkan hasil keringat dan penat lelah peneroka sementara pemimpin Umno-Barisan Nasional pula berjoli sewenang-wenangnya atas nama pelaburan untuk menyenangkan kroni.
"Peneroka pula dibelenggu nasib malang apabila dibelit dengan bebanan hutang berantai yang tidak akan langsai hingga ke anak cucu ibarat harimau mati meninggalkan belang, peneroka mati dilonggokkan hutang," tegas Suhaimi.
Sehubungan itu, Suhaimi mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Dr Yusof Noor memberikan penjelasan berhubung dakwaan beliau memperolehi pendapatan mencecah RM2 juta setahun dalam bentuk gaji, elaun dan dividen daripada Felda dan anak-anak syarikatnya.

Pakatan Rakyat Mendahului BN 47.02 Peratus Dalam E-PRU13

Posted: 21 Aug 2010 03:17 PM PDT

Oleh Faizal Ezzany
SHAH ALAM 22 Ogos - Pilihan Raya Umum ke-13 masih diawang-awangan dan menjadi teka-teki penganalis politik negara tetapi di dalam dunia maya pertembungan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional untuk mendapatkan sokongan rakyat Malaysia sudah pun bermula dengan rancaknya.
Hasilnya Pakatan Rakyat mendahului BN dengan peratusan undi sebanyak 47.02 peratus.
Inisiatif peminat laman web sosial Facebook telah mewujudkan akaun E-Pilihan Raya Umum 13 Facebook Malaysia di mana rakyat Malaysia boleh mengundi secara maya bagi memilih parti politik yang bakal menubuhkan kerajaan pusat.
Undian terkini yang diperolehi menunjukkan Pakatan Rakyat mendahului BN dengan memperolehi 47.02 peratus atau 5,274 undi manakala BN hanya memperolehi 22.98 peratus atau 2,578 undi.
Parti Bebas yang turut bertanding berjaya mengaut  4.37 peratus atau 490 undi sahaja.
Jumlah pengundi yang didaftarkan dia dalam akaun tersebut adalah seramai 11,217 orang.
Walaupun ini hanya bersifat undian maya yang dibuat di laman sosial itu, kesimpulan keputusan setakat ini mendapati sokongan rakyat Malaysia terhadap BN sudah merosot.
Timbalan Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Fariz Musa berkata walaupun undian itu secara maya, ia menggambarkan satu senario baru politik di negara ini yang mana rakyat mahukan perubahan tampuk pemerintahan daripada BN kepada Pakatan Rakyat.
"Keputusan ini walaupun tidak rasmi tetapi menggambarkan keadaan sebenar politik negara yang mana rakyat mahukan perubahan pemerintah. Dasar yang di bawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tentang 1 Malaysia jauh terpesong daripada apa yang beliau katakan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'. Kita lihat rakyat sekarang berada dalam keadaan tertekan dengan faktor ekonomi apatah lagi dengan kenaikan harga baru-baru ini.
"Najib dan BN sebenarnya tidak mempunyai tanggungjawab dalam memastikan hak rakyat terus terbela, malah beliau hanya tahu menekan rakyat bila berhadapan dengan masalah kewangan negara. Yang terbaru tentang saman ekor sehinggakan disenarai hitam dan rakyat dipaksa untuk membuat bayaran penuh baru boleh diperbaharui lesen mahupun cukai jalan kenderaan mereka.
"Rakyat sudah mula menunjukkan hukum mereka terhadap BN, isyarat jelas rakyat berikan kepada BN bahawa Najib gagal dalam pentadbirannya. Dalam masa ekonomi semakin teruk rakyat terbeban dengan kenaikan harga Najib masih lagi boleh bersenang lenang bercuti di luar negara," jelas Fariz kepada Suara Keadilan.
Tambah Fariz, keputusan maya itu menunjukkan  rakyat sudah mula menunjukkan sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat.
"Kita melihat rakyat sudah boleh menerima kehadiran Pakatan Rakyat di dalam politik negara ini, sokongan itu menunjukkan usaha Pakatan Rakyat dalam membangunkan kebajikan rakyat sudah meresapi jiwa dan semangat mereka.
"Dari sudut negatif pula kita jangan terlalu leka dengan keputusan tersebut kerana kita tidak tahu siapa sebenarnya yang mengundi, mungkin Umno-BN sengaja melakukan perkara tersebut agar Pakatan Rakyat tidak perlu bekerja keras untuk menguatkan parti. Apa yang saya harapkan usaha yang lebih keras perlu dilakukan oleh anggota KEADILAN dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat atas," kata beliau lagi.
 Keputusan maya itu juga menunjukkan rakyat sudah mula telah menghantar isyarat awal yang jelas kepada BN sebelum PRU-13 bahawa mereka sudah serik dengan pentadbiran yang penuh dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa.
Pengundi menganggap pentadbiran BN di bawah Najib tidak mampu memberi keselesaan hidup kepada rakyat berbanding sebelum ini.
Selain itu juga kegagalan BN meningkatkan taraf ekonomi negara ini juga menjadi faktor utama rakyat merasa tertekan yang dikaitkan dengan isu kenaikan harga barang dan ppenarikan subsidi.
Kekangan kebebasan bersuara dan tekanan ke atas  media juga menjadi antara faktor utama kemerosotan sokongan rakyat kepada BN.
Sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pula memberi petunjuk jelas bahawa rakyat yakin gagasan itu bersedia untuk menggalas tugas menubuhkan kerajaan pusat yang baru selepas PRU-13 nanti.
Keyakinan rakyat berasaskan penerimaan rakyat terhadap dasar ketelusan, keadilan dan keterbukaan yang menjadi tunjang perjuangan Pakatan Rakyat.
Perubahan ke arah ini dapat di lihat daripada dasar serta program yang dilaksanakan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan di mana pimpinan Pakatan Rakyat tidak meletakkan agenda memperkayakan peribadi, keluarga atau kroni semasa memegang tampuk kuasa.
Selain itu pengundi dalam Facebook juga melihat faktor membela rakyat yang menjadi teras Pakatan Rakyat mendapat perhatian berbanding BN.

Perlembagaan digugat? atau UMNO tergugat.......!!

Posted: 21 Aug 2010 03:07 PM PDT

KENYATAAN Mufti Perak, Harussani Zakaria tentang ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan, mengundang perhatian besar.
Beliau yang mempunyai bukti mengenainya mendakwa, perlembagaan baru itu menyisihkan hak orang Melayu dan agama Islam yang dijamin dalam perlembagaan sedia ada. Pendedahan Harussani berhubung perkara itu dianggap mengejutkan tetapi Awang sedikitpun tidak terkejut.
Awang pernah menulis dalam ruangan ini tahun lalu tentang usaha untuk menulis perlembagaan oleh parti politik tertentu. Ia dipercayai ada kaitan dengan persiapan untuk membawa Malaysia akhirnya menjadi negara republik. Selagi perlembagaan tidak ditulis semula, selagi itu sukar untuk merungkai asas kenegaraan, bagi mengikut acuan gagasan parti pembangkang berkenaan.
Tulisan Awang telah mengundang tindak balas pihak berkenaan yang membuat laporan polis mengenainya. Ketika diambil keterangan oleh pegawai polis, Awang tidak berganjak dengan pendirian dalam tulisan itu. Kini satu demi satu terdedah. Yang kuat tersemat sebagai perkara tersirat mulai terbongkar menjadi perkara tersurat. Kalau Harussani mempunyai bukti mengenainya, banyak pihak lagi juga sesungguhnya sudah dapat menghidu gerakan yang sedang dilakukan berkaitan perlembagaan.
Antaranya kempen penerangan yang agresif oleh NGO pro-pembangkang atas nama mengetahui hak dalam perlembagaan tetapi sebenarnya bertujuan mendapatkan input bagi menilai semula perlembagaan. Begitu juga isu-isu berkaitan perlembagaan yang diolah secara tersirat oleh beberapa pihak dan ghairah pula disiarkan oleh akhbar bahasa ibunda dan portal berita tertentu. Malah ada akhbar berbahasa Inggeris turut terikut dengan agenda yang sama. Jika tidak percaya, lakukanlah kajian kandungan akhbar edisi-edisi yang lepas dan amatilah secara tajam apa yang dibaca mulai sekarang.
Ini meliputi isu-isu berkaitan Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu, hak keistimewaan Melayu, kontrak sosial dan kepentingan institusi-institusi awam. Kalau dalam sebahagian blog, ia lebih ketara dengan diwarnai kempen dan sentimen Misi Ke Putrajaya iaitu bagi membantu parti sebuah kaum untuk memerintah negara selepas pilihan raya umum ke-13 nanti. Institusi raja, Islam dan kedudukan istimewa Melayu yang terlindung di bawah Perlembagaan negara, diperlekehkan dan dihina. Awang melihat ini semua sebagai ancaman keselamatan dan bimbang akan tiba saat ledakannya.
Maka sebarang pencabulan terhadap Perlembagaan negara perlu ditentang habis-habisan. Kepentingan kaum yang keterlaluan dan berbahaya tidak seharusnya dibiarkan mengatasi keunggulan Perlembagaan. Banyak pemimpin kaum minoriti di luar negara begitu menjunjung perlembagaan. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama misalnya, sejak di awal penglibatan dalam politik berikrar mempertahankan perlembagaan dan tidak pernah tergelincir daripada asas tersebut. Di negara-negara lain juga senarionya begitu.
Maknanya, apa sekalipun aliran dan perbezaan ideologi di kalangan parti-parti politik, perlembagaan sesebuah negara perlu dipertahankan oleh semua pihak tanpa mengira agama mahupun etnik. Tetapi sebahagian pemimpin pembangkang di negara ini tidak begitu. Mereka terlalu rasis dengan berselindung di sebalik demokrasi, kebebasan bersuara dan kononnya atas nama penambahbaikan kaum. Mainan muslihat untuk kaum mereka, begitu dahsyat. Lebih memburukkan keadaan, ada pemimpin pembangkang Melayu yang bersama-sama berkongsi aspirasi itu demi memburu kuasa. Pemimpin Melayu itu hanya berdiam sahaja apabila perlembagaan negara dijadikan sasaran. Siapa pun kita, kita harus menjadi warga negara yang taat dan setia kepada negara. Maka Awang cabar parti-parti pembangkang untuk menyatakan ikrar menjunjung sepenuhnya perlembagaan negara. Jika berani dan bertanggungjawab, sahutlah. Utusan.

Siapa Mek Hawa di Sisi Ahmad Said? Jeng..jeng...Ahakkss.. Derih Jusoh Apa Citer..!!

Posted: 21 Aug 2010 03:01 PM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/ahmadmekhawa.gif(Kemaskini - Mek Hawa Dapat Projek Bekal baju Sekolah)
KUALA TERENGGANU
- Siapakah seorang perempuan yang bernama Mek Hawa di sisi Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said, yang cukup istimewa nasibnya?

Ahli dan penyokong PAS mungkin tidak mengetahui dan mengenali tentang Mek Hawa yang istimewa ini kerana semakan dibuat sehingga kini, Mek Hawa bukan ahli mahupun penyokong PAS.

Walaupun begitu, bukan semua ahli dan penyokong Umno yang mungkin mengenali Mek Hawa ini, kerana Mek Hawa bukanlah dikalangan pemimpin Wanita Umno ataupun pemimpin Puteri Umno.

Oleh yang demikian, mestilah Mek Hawa ini seorang yang benar-benar istimewa di sisi Ahmad Said.

Kalau Mek Hawa tidak istimewa takkan Ahmad selaku Menteri Besar Terengganu menganugerahkan Mek Hawa projek bernilai hampir RM8 juta.

(Gambar - Hiasan dan Santai)

Mek Hawa Dapat Projek Membekalkan Baju Sekolah

Sekitar bulan November 2008, sebuah syarikat bernama Hamie Enterprise telah menghantar surat secara terus kepada Menteri Besar Terengganu, menyatakan ia adalah sebuah syarikat yang membekalkan pakaian sekolah dengan jenama 'Ganu Kita'.

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/hamie%20ent.jpgDalam surat tersebut, tidak pula dinyatakan bahawa Hamie Enterprise memohon untuk membekalkan pakaian sekolah kepada pihak kerajaan negeri.

Namun surat Hamie Enterprise yang ditandatangani oleh penama Hamie Azreen bin Ami Nordin telah diperkenankan oleh Menteri Besar untuk menjadi syarikat yang membekalkan pakaian sekolah.

Bahkan, walaupun waktu itu sudah bulan November (hujung tahun), Ahmad dilaporkan memilih Hamie Enterprise secara rundingan untuk membekalkan pakaian sekolah bagi tahun 2008 juga.

Berdasrkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Hamie Azreen bukanlah pemilik ataupun rakan kongsi Hamie Enterprise ketika ia ditubuhkan pada tahun 1994. Hamie Enterprise adalah syarikat perniagaan tunggal Mek Hawa binti Abdul Rahman

Hamie Azreen hanya dimasukkan sebagai rakan kongsi pada 6 Januari, 2008 dan kemudiannya meninggalkan Hamie Enterprise pada 26 Ogos, 2008. Menurut rekod Hamie Azreen meninggalkan syarikat tersebut adalah kerana menarik diri.

Namun dari tarikh-tarikh diatas menunjukkan Hamie Azreen digunakan sebagai penama untuk tujuan memperolehi projek membekalkan baju sekolah sebagaimana yang diluluskan pada 31 November, 2008.

Pakaian Sekolah Tidak Habih Diagihkan


Apabila diluluskan oleh Menteri Besar, Mek Hawa binti Abdul Rahman sebagai pemilik tunggal syarikat Hamie Enterprise telah mendapat tender membekalkan pakaian sekolah kepada 53,300 orang pelajar sekolah bernilai RM7,995,000.00.

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/hamie%20ent2.jpgOleh kerana keputusan tergesa-gesa yang dibuat pada hujung tahun, perbelanjaan sebesar itu yang sepatutnya ditender oleh kerajaan negeri telah diberikan begitu sahaja secara rundingan.

Maka, Mek Hawa pun kerana kesuntukan masa dilaporkan telah membuat pembelian pakaian seragam sekolah dan peralatan tersebut dari negeri China, tanpa membuat rujukan sebenar kepada keperluan pakaian dan peralatan sekolah menurut saiz secara terperinci.

Akibatnya, sehingga kini, walaupun sudah berlalu hampir dua tahun, pakaian sekolah termasuk stokin dan kasut masih 'bertambung-tambung' tidak habis diagih-agihkan kerana saiz yang tidak sesuai.

Menurut laporan setelah semakan dibuat oleh Pejabat Pelajaran Hulu Terengganu sahaja, setelah hitungan semula pada 5 Oktober, 2009, mengesahkan stok yang masih ada dalam stor pejabat pelajaran daerah tersebut adalah seperti berikut;

Kasut - 5402 pasang
Seluar Panjang - 5066 helai
Kemeja Lengan Pendek - 4222 helai
Baju Kurung Putih - 4415 helai
Kain Sarung Biru - 936 helai
Tudung - 2910 helai

Lebihan pakaian dan peralatan sekolah yang tidak habis diagih-agihkan itu dilaporkan kini berada dalam Dwan Badminton berhampiran kediaman rasmi Menteri Besar

Pembaziran tersebut bukan sahaja telah dipersoalkan oleh wakil-wakil rakyat PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri sejak sesi lalu, malah wakil-wakil kerajaan juga mempersoalkan justifikasi Ahmad menganugerahkan projek tanpa tender bernilai RM7,995,000.00 kepada Hamie Enterprise.

Asakan yang datang bukan sahaja dari pembangkang, malah dari ADUN Umno sendiri telah menyebabkan Ahmad Said naik darah dan bersumpah pada Sidang DUN lalu.

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/dokumensulit%20026.jpgKatanya segala projek yang dilakukan oleh kerajaan adalah mengikut prosedur yang ditetapkan dan semuanya dilakukan adalah untuk kepentingan rakyat semata-mata.

"Saya merasa sedih apabila ada wakil rakyat mempersoalkan mengenai pemberian kurma dan air zam-zam, malah ada andaian berlaku penyelewengan.

"Dengan nama Allah, bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wataallahi...tidak ada penyelewengan, rasuah dalam kes ini atau dalam kes-kes lain. Saya telus. Saya boleh jelaskan hal ini demi kepentingan rakyat," katanya.

Ahmad berkata bahawa bungkusan kurma yang diagihkan kepada rakyat Terengganu dengan kos RM20 adalah berpatutan dan tidak ada sebarang penyelewengan dalam pemberian kontrak pembelian tiga jenis kurma dan air zam-zam itu.

Beliau mengulas mengenai soal pengagihan air zam-zam dan kurma yang dibangkitkan oleh Alias Abdullah (BN-Alur Limbat) dalam sesi perbahasan bajet semalam.

Sepanjang persidangan tiga hari Disember lalu, antara persoalan yang dibangkitkan ialah mengenai pemberian kontrak melombong bijih besi di Bukit Besi, kontrak pemberian baju sekolah kepada pelajar miskin dan dasar rundingan terus yang dilakukan oleh kerajaan dalam soal pembaikan dan penurapan jalan.

Namun benarkah Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu telus dalam pemberian kontrak dan projek???

Kalau benar, mengapa Mek Hawa tiba-tiba boleh mendapat 'kurniaan' balak pula seluas 1,200 hektar pula??

Mek Hawa Dapat Balak Pula.....???? -BO

Karpal Singh... Gua Tak Marah Sama Lu....

Posted: 21 Aug 2010 02:59 PM PDT

Apasal laaa.... lu orang semua nak melompat dan melenting dengan kenyataan Karpal Singh menolak hukum hudud. Seperti kenyataannya dibawah nih;

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama.
Pedulikanlah apa dia nak cakap pasal hukum hudud, lagipun ini bukannya kali pertama si Bengali ni buat kenyataan menentang sebegini. Lantak pi kat dia laaaa....

Sedangkan puak2 melayu umnoApco yahudi laknatullah sejak dari dulu, kini dan mungkin selamanya yang mengaku beragama Islam pun buat2 tak faham, menolak dan menentang hukum hudud. Secara realistik sepatutnya puak2 ini yang seharusnya menunjukkan contoh dan menerima ketetapan yang sudah termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah, tapi puak2 ini terlebih bhaghal dan bodoh dari Bengali tu... sudah terbalik kaaaa...?????

Dari perspektif tentangan perlaksanaan Hukum Hudud ini tak ada bezanya puak2 melayu umnoApco dengan Bengali tu..., cuma yang membezakannya adalah si hipokrit puak2 umnoApco dengan si bengali tu.... ialah bangsa dan agama. Lagi lu orang mau bandingkan puak2 melayu umnoApco dengan Bengali yang lu orang sendiri dah tau bangsa apa dan agama apa...????

Bagi gua semua ini adalah isu kefahaman sahaja, cubalah para pemimpin Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz, Haji Hadi atau sesiapa saja yang arif dan pandai dalam urusan agama islam nih... duduk baik2 dan slowtalk terangkan pada Bengali tu... apa maknanya Hukum Hudud dan apakah yang di ajar oleh Islam sebenarnya, lagipun Bengali tu bukannya budak tadika... gua yakin dia tentu boleh paham punya... susah2 sangat lu orang hantar jer... Lim Guan Eng slowtalk dengan Bengali tu... sama DAP kan... senang bicara... tapi jangan hantar Nasharudin Mat Isa... lain jadinya nanti... kah,,kah,,,kah...

Tak payah la nak maki hamun Bengali tu... bukan dia paham pun, kalau bab maki hamun serahkan kat gua... biar gua jer... yang maki hamun kalau tak kena gayanya... hahaha...., kalau lu orang layan emo.. dengan Bengali tu... sorak sakan la... puak2 umnoApco nih... syok gilerrrr... wa cakap lu... akhbar2 pencacai lagi syok mainkan isu nih...

Alaaaahhhh.... lagipun apa mau kecoh2... lu orang agak2 berapa lama lagi Bengali tu boleh hidup..??? Berapa lama dia boleh kekal dalam DAP...??? Setahun, lima tahun setengah.., lapan tahun suku... atau sepuloh tahun...??? Adoooyaaaiiiii...... dia pun pakai nyawa manusia jugak bukannya macam nyawa Iblis yang boleh hidup beribu tahun, lagipun dalam tempoh tersebut, pun belum tentu lagi Hukum Hudud boleh terlaksana.

Lu orang ingat senang ke... nak laksanakannya, setakat sembang jelah.... itupun kalau PRU-13 Pakatan Rakyat boleh menang mungkin cepat sikit jelah.. dan pada waktu itu terpaksa berhadapan pulak dengan Ketua Pembangkang siapa lagi kalau bukan Najib Razak dan suaminya... hahaha... macam2 hal dan birokrasi wa cakap lu.... so memekak terlolong kat Bengali sekoq tu sekarang ni takda pekdahnya....

So.... pedulikanlah semua omongan orang yang jahil tentang kefahaman Islam macam Bengali tu... kalau nak marah sangat... lu orang marahkan pada puak2 melayu umnoApco yahudi laknatullah yang mengaku Islam tu... itulah BAPAK segala LAKNAT yang menolak hukum Allah SWT..!!!! Yang WAJIB di tentang dan di HAPUSkan...!!!! Perosak AGAMA dan RAKYAT.!!!!

Dan buat Karpal Singh.... lu pernah atau sudah baca Al-Quran (terjemahan) ka..???, kalau belum baca... bagi lu punya alamat gua mau hantar Buku Al-Quran (dengan terjemahannya) pada lu... baca dan kasi faham betul2... kalau lu sudah betul2 faham, lepas tu gua nak minta tolong sama lu... untuk tolong terangkan sama itu puak2 melayu umnoApco yahudi laknatullah apa Buku Al-Quran itu dalam punya cakap...

Lu... kasi ketuk sikit kepala otak malaun2 semua tu... apa itu Buku Al-Quran cakap pasal Hukum Hudud, kalau lu boleh faham takan itu puak2 melayu umnoApco yahudi laknatullah yang mengaku beragama Islam dalam surat beranak masing2 tak boleh faham kan...???

Lagipun sikit hari lagi semua gerombolan umnoApco beramai2 akan pakai baju melayu cantik2, pakai samping siap dengan songkok tinggi mesti mau pergi Sembahyang Hari Raya, mesti lu sebagai seorang Bengali sudah baca dan faham itu buku jadi pening kepala dan pelik bukan...??? Apasal ini melayu umnoApco mau ikut Islam punya cara tapi tolak Islam punya hukum...???

Sekarang siapa lebih BODOH dalam isu tolak dan menentang HUKUM HUDUD..???
Lu... seorang Bengali sudah semestinya BODOH pasal lu bukan agama Islam maaaa.... sebab lu tak faham itu sudah nyata dan jelas. Atau itu melayu umnoApco yang lebih BODOH pasal diorang mengaku agama Islam.. maaaa.... jadi lu fikir laaaaaa.... sendiri...

Peringatan: Khusus buat puak2 bangang dan bebal yang mengaku dari Pakatan Rakyat dan terutamanya puak2 umnGok yang sememangnya bongok, lu orang jangan salah faham pulak bila gua gunakan perkataan "Buku Al-Quran" bukannya "Kitab Al-Quran", sebutan "Buku" dalam Bahasa Malaysia dan "Kitab" pula dalam bahasa Mongolia... muakakakahhhh....

Nanti ada pulak yang buat pitnah dan ada pulak yang buat repot kat Zahid Hamidi... perghhhh.. naya gua nak bersoal-jawap pulak... bukan macam gambar kat bawah ni tau...

Rembat gambar dari Blog Bonda M3M... 
Dalam bulan puasa Bonda M3M tak boleh marah pada hamba... hehehe...
IkutSukaAku.

KALAU MAK TAK IKUT CAKAP ISTERI MAK NANTI MAK KENA ROTAN

Posted: 21 Aug 2010 02:57 PM PDT

NAJIB TERUS BEKERJA KERAS PASTIKAN MALAYSIA MUNCUL NEGARA MAJU – berita hairan

Kedatangan Ramadan bukanlah kesempatan untuk berehat buat Najib Razak, memandangkan beliau terus bekerja keras bagi memastikan Malaysia mencapai impian menjadi sebuah negara maju.

"Ramadan ini ramai yang ambil kesempatan berehat, tapi saya tidak putus-putus bekerja. Siang hari saya bekerja sepenuh masa, kemudian menerima jemputan berbuka dan menghadiri majlis-majlis di malam hari," katanya.

Najib berkata, beliau sedia mengabdikan diri kepada rakyat dan negara bagi memastikan Malaysia berjaya mencapai impian menjadi negara maju pada 10 tahun akan datang.

KAH KAH KAH..

woit… MEMANG LAAA KERJA KUAT SIANG MALAM… kah kah kah..

kah kah kah …. NAK REMBAT KHAZANAH NEGARA… kah kah kah…

woit… NAK MENGABADIKAN DIRI KEPADA RAKYAT…. PUNDEK LAAA…. kah kah kah

kah kah kah… CAKAPLAH ....NAK MEMBAHAM HARTA RAKYAT … BARU BETUL… kah kah kah…

woit... ATAU CAKAP... NOT MI BUT MAI HUSBAN.... kah kah kah
TT.

Tiada ulasan: