Khamis, 19 Ogos 2010

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


NAJIB dihalau dari menggunakan MASJID untuk berpolitik

Posted: 19 Aug 2010 08:42 PM PDT



Program Umno Di Masjid Gagal ,Atas Bantahan Ahli Kariah
Akhirnya Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor tak jadi datang ke Majid Nurul Ehsan, Taman Medan, PJS. Akibat tentangan kuat dari ahli-ahli kariah khasnya Nazir dan SU Masjid majlis berbuka puasa bersama Najib itu, anjuran Umno Selangor terpaksa dipindahkan pada saat-saat akhir dari Masjid berkenaan ke tapak letak kereta berhadapan Masjid as Salam di Taman Sri Manja juga di PJS.

Itu pun pihak penganjur masih dengan bongkak menaikkan sepanduk dan kain rentang parti bagi menyambut kedatangan pemimpin mereka itu tanpa kebenaran mana-mana pihak. Negeri ini kan ada peraturan, ikutlah peraturan. Akhirnya pihak penguatkuasa Majlis Bandaraya PJ (MBPJ) telah bertindak menurunkan bendera dan kain rentang mereka itu.

Bukankah majlis ini sudah dipersetujui dianjurkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)? Bukankah antara syaratnya tidak dibenarkan sebarang bendera atau kain rentang parti politik dinaikkan? Kerajaan negeri menghormati hak PM untuk turun berjumpa rakyatnya, tetapi apabila turun ke negeri ini,maka undang-undang dan peraturan negeri perlulah dipatuhi dan turut dihormati.

Kalau ikut nafsu Noh Omar dan Khir Toyo memanglah begitu.

Akhirnya kerana tidak menghormati undang-undang dan peraturan yang diguna-pakai mereka sendiri menjadi susah.

Kedatangan Najib dan majlis berbuka puasa diadakan juga di bawah khemah di tapak letak kereta itu. Segala ucapan dan majlis bantuan diadakan di bawah khemah dan tidak di masjid, kerana mereka tahu jika buat di masjid sudah pasti mereka perlu patuhi peraturan yang dikenakan Jawatankuasa Masjid.

Akhirnya mereka sekadar bersolat di masjid. Itupun terpaksa mendengar tazkirah pula oleh penceramah jemputan masjid. Khabarnya Najib tidak tinggal untuk dengar tazkirah sebaliknya angkat kaki dan pulang ke Putrajaya.

Syabas diucapkan kepada ahli-ahli kariah kedua-dua masjid kerana berjaya menyekat masjid dari digunakan sebagai gelanggang politik oleh mereka-mereka yang "desperado" di Selangor ini. Syabas juga kepada ahli majlis yang bertindak menurut peraturan walaupun terhadap majlis PM!

Sesungguhnya peraturan yang ada bukannya menghalang sekadar majlis kibar bendera dan naikkan kain rentang, tetapi perlulah dipatuhi. Proses kelulusan dan kebenaran perlu dilalui walaupun ke atas siapa tanpa memilih bulu. Kalau dulu semasa BN ada arahan mengharamkan terus permohonan dari parti pembangkang tetapi kerajaan sekarang beri kelonggaran, syaratnya patuhilah proses yang ada.

Syabas sekali lagi semua pihak yang berani mempertahankan kebenaran di PJS……kita tunggu nasib Pengarah JAIS.

Dipetik dari : http://n32.blogspot.com/

Komen Jilfityan :

Kalau ye pun nak datang berbuka puasa, jangan dibawa dan diangkat bendera UMNO kat dalam masjid. Kain rentang dan seumpama dengannya yang sudah pastinya dikaitkan dengan "berparti di Masjid".Fahami la syarat-syaratnya yang tidak dibenarkan sebarang bendera atau kain rentang parti politik dinaikkan. Kerajaan negeri menghormati hak PM untuk turun berjumpa rakyatnya, tetapi apabila turun ke negeri ini,maka undang-undang dan peraturan negeri perlulah dipatuhi dan turut dihormati.

Kalimah Jihad Mesti DiTerjemahkan Dalam Pilihanraya

Posted: 19 Aug 2010 08:40 PM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/nasruddin.jpgKUALA NERUS - Tunjang kekuatan perjuangan PAS adalah 'Jihad Fi SabiliLlah' menentang kebatilan dan menegakkan kebenaran dengan meninggikan kalimah Allah SWT.

Oleh itu, kalimah jihad mesti diterjemahkan dalam proses pilihanraya kerana PAS memilih demokrasi sebagai wasilah perjuangan.

"Walau keadaan kita berlawan dengan musuh dalam konteks pilihanraya, saya kira kalimah jihad mesti diterjemahkan dalam proses pilihanraya,

"sebab kita guna demokrasi ni, bukanlah kita beriman dengan demokrasi dan menjadikan demokrasi yang muktamad, dia adalah satu wasilah yang boleh kita manfaatkan,"ujar Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS.

Menurutnya, dalam masa yang sama 'Jihad Fi SabiliLlah, menjadi tunjang dan kemuliaan perjuangan PAS.

Beliau menggariskan empat perkara atau sifat yang menjadi komponen kepada Jihad Fi SabiliLlah iaitu, sifat berani, yakin, komited dan bersungguh-sungguh.

"Jadi kalau kita berani, kita yakin, kita komited dan bersungguh-sungguh (dalam melaksanakan gerakerja) barulah musuh menjadi gerun,"jelasnya ketika menyampaikan ceramah sempena memperingati Badar al-Kubra di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah, Tok Jiring, disini, Rabu 19 Ogos,

Menurutnya, dalam proses demokrasi, jumlah atau kuantiti menjadi perkiraan dalam menentukan kemenangan melalui proses pilihanraya.

Beliau menukilkan sejarah kemenangan tentera Islam dalam peperangan adalah dengan pertolongan daripada Allah SWT.

"Saya nak terjemahkan begini; dalam medan peperangan Allah menghantar malaikat untuk mengalahkan musuh Islam,

"(jumlah tentera Islam di Badar) 313 itu, musuh Islam nampak macama 300,000, kerana Allah menghantar para malaikat, sebagi pertolongan daripada Allah,"tegasnya.

Oleh itu, menurutnya dengan segala tipu helah Umno dan Barisan Nasional melalui undi pos, membuang undi dua kali, penyelewengan SPR dan lain-lain, kita mesti memohon pertolongan dari Allah SWT,

"Jadi kita kena cari pertolongan Allah. Macama kita nak cari pertolongan Allah...? kita kena perbetul cara kita cara kita berjuang,

"kita bukan berlawan 'material dengan material' tetapi kita berlawan atas nama jihad Fi SabiliLlah, nak meninggikan kalimah Allah SWT,

"barulah Allah akan menghantar pertolongan,"kata Ustaz Nasruddin menutup biacaranya.

Copycat yang banyak songeh

Posted: 19 Aug 2010 08:37 PM PDT


Pada 12 Ogos yang lalu... Kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan yang diterajui PAS telah melancarkan Wang Syariah Dinar [Emas] dan Dirham [Perak].

Sejak itu.... riuh-rendah dan gegak-gempita 1Malaysia akibat kritikan bertalu-talu kerajaan pusat terhadap negeri Kelantan. Semua kritikan tersebut bernada sinis dan berbau ugutan. Ini semua adalah kerana sikap 'tak boleh tengok orang lebih'. Kalau orang lebih sikit daripada mereka maka.... timbullah perasaan iri hati dan dengki.

Berkali-kali telah diperjelas oleh Husam Musa.... ia bukan mata wang tetapi adalah pengenalan kepada sistem 'barter trade' atau sistem pertukaran barang. Barang ditukar dengan wang syariah dalam bentuk dinar atau dirham. Itu pun tiada paksaan. Ikut kerelaan empunya barang. Lu sukak lu ikut. Tarak sukak lu boleh guna wang biasa. No problem. Tarak masalah punya. Itu hak masing-masing. Butul, kan??

Sebenarnya.... kerajaan pusat UMNO/BN/APCO ini, ketandusan idea. They've got no brain. Otak mereka gersang dan tak berkembang. Sebab tu.... they cannot come up with new and dynamic ideas. Why.....??

Sebab.... otak mereka khususnya, yang berada dalam UMNO, sudah dibonsaikan. Tak boleh bercambah dan tak boleh kelihatan bercambah. Kalau bercambah....pasti kena cantas!! Dia ... sesama dia pun.... tak boleh nampak 'lebih'. Tak kiralah, lebih pandai ke.... lebih bijak ke.... lebih berpengaruh ke... hatta, lebih bini sekali pun... pasti mereka tak senang hati. Mereka jaki antara satu sama lain.

Oleh itu.... kalau nampak sesiapa yang 'lebih' jer, pasti kena cantas punyer!! Dan... tikam-menikam kawan daripada belakang, sudah jadi lumrah dan mainan biasa bagi mereka. Kalau mereka sesama mereka pun macam itu.... dengan pihak lawan [kerajaan Pakatan Rakyat PAS Kelantan] lagi ler busuk hatinya!! Bukan ke mereka tu dah busuk sampai ke usus??

Puak-puak ni sebenarnya.... golongan yang tarak tulur. Mereka takut pada orang bijak, sebab takut dicabar dan takut kedudukan mereka tergugat. Sikap inilah yang membuatkan mereka, dulu, kini dan selamanya.... dok macam tu jer. Statik.... beku dan tak dinamik!! Basi!! Wheekkk!!

But.... apabila orang lain dapat idea baru atau buat satu pembaharuan yang pro-aktif, mereka dengki. Mereka kutuk... mereka kritik.... mereka perlekehkan dan mereka akan cuba sekat. And then.... apabila mereka lihat rakyat terima baik perubahan dan idea yang dilaksanakan oleh lawan mereka, mereka tanpa rasa segan-silu, meniru apa yang telah dilaksanakan. Memang tak tau malu!!

Ha... ha... ha.... First, they banyak songeh, but then..... they tiru kita. Copycat!! Memang tak tau malu!! Ha... ha... ha... Copycat yang banyak songeh!! Shame.... shame..... Shame on you. Baca apa Tok Guru Nik Aziz kata di sini.

Berbalik kepada pengenalan wang Syariah oleh kerajaan Pakatan Rakyat PAS Kelantan. Mengapa mereka beriya-iya menentang?? Apakah mereka takut sistem mata wang yang diguna pakai oleh sang kapitalis, yang didokong oleh mereka, akan tergugat akibat penggunaan wang syariah ini??

Macam kata Tok Guru.... This is a democratic country, so... why not let the people choose which ever yang dia orang suka. Ha.... ha.... ha... Tak salah, kan? Boleh, kan?? Yeeehaah!! Malaysia Boleh!! Malaysiaaa, Bolehland.... so, boleh, kan??

Cer kita pikir-pikirkan.... wang yang diguna pakai sekarang ada susut nilainya. Malah... nilainya tak menentu. Kekadang tinggi tetapi kekadang rendah. Ia senang dimanipulate. Sejak dua menjak ini..... nilai mata wang kita asyik merudum jer. Ini memberi kesan kepada kehidupan kita.

Tetapi.... wang syariah iaitu dinar emas dan dirham perak ini, susah sikit nak susut. Ia lebih stabil. Kalau susut pun..... kadar % susutnya rendah. In fact, most of the time, nilainya tinggi dan semakin tinggi. Betul tak?? Kalau silap... tolong betulkan aku. So... kalau ikutkan logik, lebih menguntungkan dan baik kalau kita guna pakai wang syariah. Am I right??

Langkah yang diambil oleh kerajaan Kelantan sungguh adventurous. Ia satu langkah untuk mencari alternatif yang lebih baik kepada sistem yang ada sekarang. Dan.... it's typical of UMNO yang memang phobia pada pembaharuan untuk membantah dan menolaknya. UMNO tak dinamik.... UMNO kuno.... UMNO beku, kaku dan lesu.... UMNO dah tak boleh perform...... UMNO dah nak mampuusss!!! Masih nak ikut UMNO?? Lu orang punya choice ler.... Ini negara demokrasi, kan?? On second thought... masih ada demokrasi ke?? Aaarrgghhh.... whatever ler!!

And.... bercakap pasal choice dan penggunaan wang syariah dalam urus niaga perniagaan secara 'barter', apakah kita boleh mempraktikkannya?? Yes..... do we have the choice to use it??

 

Malaysia to sell RM3b government bond due 2015

Posted: 19 Aug 2010 08:31 PM PDT

August 20, 2010
KUALA LUMPUR, Aug 20 — Malaysia will sell RM3 billion of government bonds on Aug 27, Bank Negara said today.
The bonds will mature on Aug 12 2015 and tendering for the paper closes on Aug 26, Bank Negara said on its website. — Reuters

Kit Siang slams Harussani for lying about new constitution

Posted: 19 Aug 2010 08:29 PM PDT

Malaysia Chronicle

DAP has slammed Perak Mufti Harussani Zakaria for lying about the Pakatan Rakyat possessing an alternative constitution that will replace the existing one and erase the special rights of the Malays and the position of Islam in the country.

"DAP leaders have never heard or known of such an alternate constitution. This allegation by the Perak Mufti Tan Sri Harussani Zakaria is a very serious and inflammable one and should not be made without proof," DAP adviser Lim Kit Siang said in a press statement.

Indeed, Harussani – long-considered an Umno stooge in the political and religious circles - created a ruckus in the Malay media with his allegations.The Umno-owned Utusan front-paged the headline Elak perang besar or 'Big War' on Tuesday and followed up with another incendiary article entitled Benar, perang besar or 'True, big war' on Wednesday.

Harussani also ticked off by Anwar, PAS

Kit Siang is the latest to join Opposition Leader Anwar Ibrahim in condemning the Umno move to spread panic and hate amongst the Malays towards the other ethnic groups in general and the Pakatan in particular.

On Wednesday, Anwar pointed out that the Pakatan parties of PAS, DAP and PKR have already reiterated their commitment to the special position of Malays and Islam as provided for in Malaysia's federal constitution.

"For us in Pakatan Rakyat, I along with Tok Guru Haji Hadi, Lim Guan Eng have signed an agreement accepting the existing provisions in the constitution," said Anwar, referring to the coalition's Common Policy Framework which was launched in December 2009.

This was confirmed by Kit Siang.

"Any such an alleged alternative constitution could not have emanated from Pakatan Rakyat as the component parties of PKR, PAS and DAP had reaffirmed commitment to the fundamental principles of the Malaysian Constitution in a common platform last December," Kit Siang said.

The Islamist PAS has already launched several stinging denials to Harussani's allegations.

Siswa UM pohon kebenaran teruskan 'Student Power'

Posted: 19 Aug 2010 08:27 PM PDT

Sekumpulan pelajar Universiti Malaya (UM) akan menyerahkan petang ini surat memohon kebenaran pihak pentadbiran universiti tersebut untuk menganjurkan syarahan umum forum 'Student Power' Selasa ini

Kehadiran mereka adalah untuk memberi sokongan kepada pelajar tahun fakulti sains, Abu Ubaidah Amir yang mengambil inisiatif untuk menganjuran syarahan tersebut.

Ini ekoran tindakan pentadbiran UM menarik balik kebenaran kepada Persatuan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial untuk menganjurkan syarahan 'Student Power', juga pada hari yang sama.
Sebelumnya, persatuan tersebut mendapat kebenaran dekan fakulti berkenaan untuk mengadakan syarahan tersebut.

Bagaimanapun, dekan berkenaan kemudiannya memaklumkan kepada pihak persatuan tersebut bahawa pentadbiran universiti tidak membenarkannya.

"Jadi, hari ini, kita akan hantar kertas kerja program untuk memohon kebenaran untuk meneruskan program tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Katanya, permohonan tersebut akan diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar UM, Prof Dr Rohana Yusof di pejabatnya selepas solat Jumaat hari ini.

Abu Ubaidah berkata, kira-kira 20 orang rakan-rakannya akan mengiringi beliau ke pejabat Prof Dr Rohana.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kehadiran mereka nanti bukanlah satu demonstrasi.

Sebaliknya, jelasnya, kehadiran mereka adalah sebagai tanda sokongan terhadap usaha mengadakan program tersebut.
Syarahan 'Student Power' itu mengetengahkan seorang aktivis sosial, Fahmi Reza telah telah mendapat perhatian umum di kalangan anak muda dan mahasiswa di Malaysia.

Minggu lalu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut mengharamkan ceramah pembikin filem muda berhubung kegiatan pergerakan mahasiswa sekitar tahun 1960-an.

Mengikut perancangan Fahmi Reza sepatutnya berucap di kampus UiTM di Puncak Perdana, semalam tetapi mereka dihalang.

MCA, UMNO sama sahaja: Anwar

Posted: 19 Aug 2010 08:25 PM PDT

DAMANSARA – Pakatan Rakyat (PR) membidas tindakan MCA yang disifatkan untuk menjaga kepentingan entiti perniagaan kaum Cina dengan mempersoalkan ekuiti Bumiputera baru-baru ini.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, MCA dilihat bersikap seperti UMNO kerana menjaga kepentingan kekayaan segelintir pihak sahaja.

"Mereka ini tidak boleh lari dari kerangka pemikiran UMNO kerana hanya memikirkan peratus untuk jaga kepentingan masing-masing.

"Dalam perdebatan MCA tersebut, isu peratus hanya untuk peniaga-peniaga besar Cina bukan majoriti," katanya dalam sidang media di ibu Pejabat Parti Keadikan Rakyat di sini, semalam.

Menurutnya, berbanding dengan PR yang menitiberatkan kepentingan majoriti rakyat kerana isu peratus ekuiti Bumiputera tidak mampu menyelesaikan masalah asas rakyat.

Beliau turut mengulas berhubung penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di Kelantan sebagai alternatif kepada kekuatan ekonomi iaitu 'tangible assets'.

"Dinar emas memberikan satu alternatif iaitu transaksi melalui dinar ada kekuatannya tersendiri yang mana harus diberi ruang untuk sokongan.

"Namun apakah ia untuk seluruh sistem sudah tentu tidak, tetapi ia merupakan satu permulaan yang realistik kerana ada satu hujah yang cukup kukuh untuk mempertahankannya," katanya.

Menurutnya, penggunaannya perlu di berikan secara bertahap dengan Kelantan memperkenalkannya terlebih dahulu sebelum diperkenalkan secara menyeluruh.


Sinar Harian

PSM Cadang GLC Selangor Pelopori Laksana Dasar Gaji Minima

Posted: 19 Aug 2010 08:14 PM PDT

Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Pengerusi Parti Sosialis Malaysia, Dr Nasir Hashim mengesyorkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor mampu menjadi contoh dan pelopor kepada usaha untuk mengimplementasikan Akta Gaji Minima kerana negeri itu dilihat mempunyai kapasiti dan upaya untuk melaksanakannya.
Justeru itu beliau bercadangkan untuk membentangkan saranan ini pada sidang Dewan Negeri Selangor kelak.
"Usaha ini akan kita angkat di dalam Dewan Negeri Selangor, kerana isu gaji minima telah lama diperjuangkan. Jika kita hendak menguatkuasakan akta ini, mengapa tidak kita mula dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) milik kerajaan negeri Selangor. Ia akan menjadi model atau contoh kepada negeri-negeri lain," kata Dr Nasir.
Beliau menjelaskan demikian dalam sidang media di ibu pejabat PSM di Brickfields pagi semalam.
Dr Nasir berkata isu PSM bersedia untuk membantu kerajaan negeri Selangor berhubung perlaksanaan gaji minima.
"Dengan tindakan ini, syarikat-syarikat swasta lain akan menuruti langkah tersebut. Kita memang berusaha untuk membantu rakyat, dan kempen ini akan dijalankan secara berterusan dari masa ke semasa. Pada peringkat parti kita di Kota Damansara, kita kerap lakukan penerangan ini," jelas beliau.
Dalam pada itu, Dr Nasir turut mendesak kerajaan Umno-Barisan Nasional untuk menghentikan semua pindaan akta berkaitan pekerja yang didakwanya menindas hak semasa pekerja, yang turut akan memberikan mudarat pada kelompok tersebut pada masa akan datang.
"Kita seperti kini kembali ke zaman perhambaan. Ini sangat menyedihkan kerana, pekerja merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara. Kita tidak boleh menjadikan para pekerja ini seperti bahan komoditi. Mereka ini mempunyai keluarga, dan mempunyai harga diri. Kita lihat sekarang ini tekanan kepada pekerja dan kesatuan pekerja semakin kritikal," tegasnya.
Antara akta yang bakal menghadapi pindaan adalah Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Sehubungan itu, PSM akan berkerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara, dan akan menggerakkan kempen bantahan kepada pindaan undang-undang tersebut sebaik sahaja selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri.
Antara rangkuman utama dalam kempen tersebut adalah tuntutan pelaksanaan Akta Gaji Minima, pengurangan subsidi kepada sektor korporat dan industri, yang seharusnya disalurkan semula kepada rakyat, dan menghentikan usaha untuk memulakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Selain itu mereka menuntut pengekalan fungsi perkhidmatan awam seperti hospital, prasarana baik dan percuma dalam bidang pendidikan, rumah selesa yang mampu dimiliki oleh rakyat dan perkhidmatan pengangkutan awam yang syarikat.

RIDHUAN TEE MAHU JADI `SENATOR PINTU BELAKANG' JUGA KAH ?

Posted: 19 Aug 2010 08:13 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca kenyataan dari Ridhuan Tee seorang Muallaf yang menggelar PAS sebagai parti yang suka mengkafirkan orang, hati saya merasa sakit. Selama ini saya amat menghormati orang yang saya panggil Ustaz itu, tetapi sekarang baru saya tahu Ridhuan Tee bukan seorang Ustaz jauh sekali orang politik, tetapi beliau masih mahu mencari publisiti di tepi-tepi jalan.

Saya bersetuju dengan kenyataan PAS, yang mahukan Ridhuan Tee memohon maaf kepada PAS terhadap kejahilan beliau itu. Selama ini saya tidak pernah memandang rendah terhadap pendakwah bebas kerana mereka mempunyai fungsi dan tanggungjawab masing-masing asalkan tidak lari dari hukum Islam yang ditetapkan.

Kini, Ridhuan Tee telah mencemarkan imej beliau selaku pendakwah bebas sebelum ini kerana bercakap dengan tidak menggunakan ilmu di dadanya.

Beliau boleh sahaja menegur atau mengkritik PAS mahu pun Umno atau sesiapa sahaja, tetapi hendaklah dengan fakta di samping nas dari Al-Quran dan Hadith sebagai pelengkap kebenaran tegurannya. Ridhuan Tee gagal berbuat demikian dan ini meletakkan beliau setaraf dengan pencacai Umno yang lain. Samada beliau mahu atau tidak memohon maaf kepada PAS, ianya sedikit pun tidak merugikan PAS tetapi sebaliknya Ridhuan Tee semakin dijauhi masyarakat akibat keceluparannya itu.

Disarankan Ridhuan Tee memasuki gelanggang politik selepas ini. Jangan hanya mengharapkan tuah datang menggolek dengan cara mengampu Umno tanpa perlu berjuang dalam politik. Mungkin teringin sangat untuk dilantik sebagai Senator dari pintu belakang. Wallahu Aklam.

TERGAMAK!! SETEM pun NAIK HERGE!! bila kita nak naik DARAH!?

Posted: 19 Aug 2010 08:11 PM PDT

artikel di tulih oleh PENGUMPUL SETEM

Pagi ini saya menerima aduan dari seorang pengguna yang merungut kerana surat-surat yang dihantarnya baru-baru ini semuanya kena tendang kerana setem yang digunakan tidak cukup harga.

Mungkin beliau tidak perasan yang harga setem sudah naik dan jika kita gunakan setem yang murah dari kos sebenarnya surat kita akan dihantar balik kepada kita. Kasihan beliau kerana terpaksa menanggung kerugian kerana surat-surat tersebut lewat sampai.

Pada bulan April lepas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim mengumumkan penyusunan semula tangga gaji dan elaun posmen serta kerani pos agar selaras dengan penjawat awam lain, berkuatkuasa Julai.Kenaikan gaji mereka serentak dengan kenaikan harga setem 30 sen kepada 60 sen.

Kenaikan seratus peratus harga setem, cukup tinggi.

Saya tidak mahu menyentuh tentang isu setem tidak cukup harga. Apa yang hendak saya sentuh ialah tentang kerugian Pos Malaysia dan kenaikan gaji kakitangannya.

Naik gaji merupakan berita gembira kepada mereka dan keluarga mereka hatta kita pun sama-sama tumpang gembira. Persoalannya sekarang ialah apakah kenaikan gaji posmen ini hendak dibebankan kepada rakyat sehingga rakyat terpaksa membayar harga setem dengan lebih tinggi iaitu sekali ganda.

Syarikat kroni rugi, gaji kakitangan syarikat kroni naik, RAKYAT YANG KENA TANGGUNG BEBAN......INIKAH KERAJAAN YANG MENDAHULUKAN RAKYAT?


Misi 'Ramadhan March for Freedom' berjaya

Posted: 19 Aug 2010 08:07 PM PDT

SEPANG, 20 Ogos: Beberapa cadangan segera akan dikemukakan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mappim) kepada kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam usaha membantu Rakyat Palestin.

Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ianya antara lain bantuan dana dan kepakaran bagi pembinaan hospital, masjid dan jalan raya.

Ianya adalah hasil kajian Mappim sepanjang misi 'Ramadhan March for Freedom' ke Semenanjung Gaza mulai 6 Ogos lalu dan berakhir semalam.

"Antara disepakati dengan kerajaan Gaza adalah cadangan pembinaan Hospital Pediatrik di Gaza, cadangan bandar berkembar dengan kota Khan Younis, pembinaan masjid berkembar Al-Umri dan pembinaan jalan utama di kota Khan Younis sepanjang tujuh kilometer yang bakal dinamakan jalan persaudaraan Malaysia-Palestin.

"Selain itu kita akan membantu pembinaan Taman Rehabiitasi Kanak-Kanak atas nama Malaysia, cadangan pembinaan Kolej Perubatan Universiti Islam Gaza dan cadangan pembinaan pejabat Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura)," jelas Mohd Azmi.

Semalam seramai 44 orang sukarelawan misi tersebut selamat tiba di tanahair tepat jam 7.15 Rabu malam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan disambut oleh sanak saudara, kenalan dan pegawai kerajaan negeri Selangor.

Misi tersebut berjaya melepasi sempadan Rafah, hasil bantuan dan kerjasama oleh pihak Kedutaan Malaysia di Mesir.

Mereka membawa bantuan makanan, perubatan dan alat pendidikan daripada sumbangan rakyat Malaysia kepada kepada masyarakat di sana.

Malah menurut Azmi, kerajaan Gaza menjadikan delegasi ini sebagai tetamu rasmi kerajaan.

"Kita turut dapat menghimpunkan maklumat berkenaan pembangunan masjid, status wanita, kanak-kanak dan rekod hak asasi manusia. Seterusnya kita mendapatkan data berkenaan hubung kait antara pentadbiran di Gaza dengan Tebing Barat, persoalan ekonomi dan kita berjaya meneliti keperluan infrastuktur dan jaringan antara NGO di antara Malaysia dengan Palestin," katanya lagi.

Maklumat tersebut katanya kemudiannya dibengkelkan dalam 'Seminar Pasca Ramadhan For Freedom' yang diatur Mappim di sana.

Mereka juga diberi peluang bertemu Perdana Menteri Gaza, Dr Ismail Haniyeh.

Dalam pertemuan itu mereka dimaklumkan dua wira yang terselamat dalam konvoi kapal Mavi Marvara yang lalu, Mustapha Mansor, Ahli Jawatankuasa Mappim dan wartawan Astro Awani, Aswad Ismail telah dianugerahkan watikah penghargaan tertinggi oleh Perdana Menteri Gaza.

Mustaffa: Arjunan ahli PKR sah, wajar kerjasama polis siasat Saravanan

Posted: 19 Aug 2010 08:03 PM PDT

August 20, 2010
KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub mengesahkan  M.S Arjunan masih merupakan ahli parti itu sambil meminta beliau bekerjasama dengan polis berhubung laporan berkaitan aktiviti tidak bermoral yang dibuat ke atas Datuk M. Saravanan dari MIC.
"Arjunan pernah digantung keahlian tetapi hukuman itu sudah berakhir... jadi dia masih ahli parti (PKR)," kata Mustaffa yang juga Pengerusi PKR Perak kepada The Malaysian Insider.
"Dia (Arjunan) patut memberi kerjasama kepada polis berhubung aduan yang dibuatnya supaya siasatan dapat dijalankan, tetapi pada masa yang sama saya merasakan pihak polis wajar menyiasat dakwaan itu dengan menyeluruh, dengan sewajarnya," kata beliau lagi. Mustaffa Kamil mengulas dakwaan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Kuala Kangsar Adam Haris Abdullah bahawa Arjunan bukan lagi merupakan ahli PKR.
Ekoran dakwaan itu, Adam Haris membuat laporan polis di Ipoh pagi semalam.
Adam Haris mendakwa oleh kerana Arjunan bukan lagi merupakan ahli PKR tidak wajar bagi beliau menggunakan nama parti itu apabila membuat laporan polis terhadap Saravanan yang juga Naib Presiden MIC dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Katanya, Arjunan tidak layak menggunakan nama PKR apabila membuat laporan polis ke atas Saravanan kerana dia bukan lagi ahli parti dan tidak memegang apa-apa jawatan di bahagian PKR Ipoh Barat sekarang.
Turut mengiringi beliau ialah bekas Ketua PKR Ipoh Barat Fauzi Muda. Fauzi membubarkan bahagiannya tiga bulan lalu dan keluar PKR.
Fauzi pula berkata, Arjunan telah dipecat sebagai setiausaha bahagian itu selepas pilihan raya umum 2008.
Adam Haris juga mendakwa Arjunan yang pernah dipecat sebagai Setiausaha PKR Ipoh Barat selepas Mac 2008 mempunyai 39 aduan polis sebelum ini.
Aduan polis yang dibuat ke atasnya semalam adalah yang ke-40, kata Adam Haris.
Susulan berita itu, The Malaysian Insider dimaklumkan Adam Haris juga bukan lagi merupakan ahli PKR.
Bagaimanapun Mustaffa Kamil menjelaskan, Adam Haris masih merupakan ahli PKR dan memegang jawatan nombor dua AMK Kuala Kangsar.
"Berdasarkan penelitian saya, kedua-dua Arjunan dan Adam Haris masih ahli PKR," katanya.
Ketika ditanya laporan polis Adam Haris ke atas Arjunan, Mustaffa Kamil berkata, atas semangat parti Adam Haris tidak wajar membuat laporan polis ke atas rakan dari parti yang sama.
"Bagaimanapun saya akan mendapatkan maklumat lanjut mengapa Adam Haris berbuat demikian... sekarang kita kurang jelas mengapa beliau membuat laporan polis.
"Kita akan berhubung dengan Adam Haris untuk mendapatkan penjelasan dalam isu ini," katanya lagi.
Sabtu lalu Arjunan telah membuat laporan polis yang mendakwa Saravanan, yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejateraan Bandar terlibat dalam kegiatan pelacuran dan pengedaran dadah.
Saravanan menafikan dakwaan itu yang dianggapnya serangan untuk membunuh karier politiknya.
Pada sidang media tiga hari lalu, Arjunan menyatakan mempunyai bukti kukuh, namun ia hanya akan diberikan kepada peguamnya dan mendedahkannya setelah kes tersebut dibawa ke mahkamah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pula berkata pihaknya kesal dengan tindakan Arjunan yang enggan memberi kerjasama dan menyembunyikan bukti berkenaan dakwaan seorang timbalan menteri terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.
Pada 8 Mac 2008, Arjunan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Chenderiang dan tewas di tangan Mah Hang Soon dari BN-MCA.

Scandal of Sarawak’s Budget Black Hole

Posted: 19 Aug 2010 07:58 PM PDT

By Sarawak Report


Scandal highlighted by DAP  
 Taib Mahmud, the Chief Minister of Sarawak, has failed to account for a staggering RM 4.8 billion of government expenditure over the past 3 years alone, according to explosive figures released by the opposition DAP party.  This represents more than half the Development Budget, which in turn represents nearly three quarters of the total expenditure for the State! 
Put another way, in 2009 RM 1.825 billion of the State's total expenditure was allocated to persons unknown, compared to the government's estimated revenue for that year of RM 3.726 billion.  That is about half of all your cash! 
The secret projects soaking up Sarawak's cash 
The DAP, who recently triumphed over BN at the Sibu by-election, have produced a closely argued Alternative Budget for 2010, in which they demand a return to proper accounting methods, so that taxpayers can know exactly how their money has been spent.  This is their right and it is also Malaysian law, in line with the rest of the civilised world. 
The DAP figures show that Taib has not only reserved 80% of the State's entire Development Budget to the three Ministries controlled directly by himself, but that shockingly most of that money has been spent on secret projects about which he has provided zero information.  
Under the circumstances the people of Sarawak are entitled to assume that the money has been stolen. As the DAP points out: 
      "This [state of affairs] defies the basic principle of political accountability in  a democratic system and is susceptible to great abuses".  
So let us all guess what those abuses might be and where the money might have gone. Some on more Rolls Royces for the Chief Minister?  Some on more foreign properties for his family?  Some on bailing out projects by Taib-owned companies? 
The Chief Minister appears to think he can get away with not telling people where he has decided to spend this money, but we can be comfortably certain that none of these secret projects involve benefitting any of the impoverished people whose lands he has taken for palm plantations now owned by his family and friends. 
The "Government Contribution Towards Approved Agencies Trust Fund"  
So what is going on and how has all this money disappeared? 
The DAP budget documents provides a detailed analysis.  Firstly, it outlines the extraordinary level of personal control that Taib has assumed over Sarawak's expenditure.  The septuagenarian personally manages the three main spending departments in the State.  This means that almost every spending decision has to go through him and that no other Minister can do anything without getting his permission. 
In particular his three ministries (the Finance Ministry, Planning and Resources Ministry and Chief Ministry) together control 80% of the Development Budget, which alone accounts for around three quarters of all money spent, although it is argued many of the projects would more sensibly belong under different departments. 
Secondly, the document explains the secretive system that the Chief Minister has developed for allocating more half this huge sum of money.  Over the past several years he has employed a highly mysterious expenditure category termed the 'Government Contribution towards Approved Agencies Trust Fund' into which this money is channelled.   There is no specification as to who these 'Approved Agencies' are or which Trust Fund is being referred to and the Government has consistently refused requests for information on the subject!  It could be going to his aunty, or his sister, or cousins, or kids, or secret mistress…… how is anyone supposed to know and what right has he to keep it secret? 
Thus, in 2009 RM 1.825 billion (59.3% of the total RM 2.430 billion) is unaccounted for in the Development Budget, according to the DAP calculations.  In 2008 it was RM1.719 billion (60% of the total RM2.865 billion) and in 2007 it was RM1.257 billionn (54.8% of the total RM2.294 billion).  The DAP raise the valid question as to what is the point of carefully auditing 40% of the budget if the remaining 60% is kept secret? 
The truth must be told 
 We can only assume that the 'Approved Agencies' must be outfits the Chief Minister would rather we did not know about.  Certainly, if these 'Approved Agencies' were doing any good to the people he is supposed to serve, then he would be broadcasting the fact next to a picture of himself in every page of the Borneo Post!   
However, he is not and therefore we can safely conclude that they are just doing good for the Taib family and their business cronies, like so many of his other projects. 

Menghormati ideologi negara

Posted: 19 Aug 2010 07:47 PM PDT

Asan Ali Golam Hassan

August 20, 2010
20 OGOS — Dasar Ekonomi Baru, iaitu bagaimana agihan kekayan ekonomi negara seharusnya dilaksanakan dengan matlamat akhirnya untuk mencapai perpaduan adalah sebahagian daripada ideologi negara yang wajar difahami dan dihormati oleh semua warganegara.
Tanpa adanya satu ideologi negara yang saling diterima dan dihormati, matlamat pertumbuhan ekonomi, pengagihan yang saksama, kestabilan politik dan perpaduan nasional tidak mungkin dapat dicapai.
Rukun Negara adalah ideologi Malaysia. Ia bermatlamat untuk menyatukan pelbagai kaum di Malaysia dalam satu ideologi nasional. Ia diisytiharkan kepada semua warganegara Malaysia pada sambutan Hari Kemerdekaan 1970 iaitu selepas peristiwa 13 Mei 1969 dan sebelum DEB itu dilaksanakan.
DEB dirangka sebagai alat pembangunan ekonomi kepada ideologi pembinaan negara Malaysian iaitu merupakan asas kesejahteraan ekonomi Rukun Negara. DEB tidak boleh bergerak tanpa semua rakyat memahami dan berazam untuk mencapai ideologi negara (Rukun Negara).
Matlamat pengagihan yang saksama terkandung dalam Rukun Negara "kekayaan negara akan dibahagikan secara saksama" dan mula dilaksanakan melalui DEB. Matlamat akhir DEB ialah perpaduan nasional, seperti yg digariskan dalam perisytiharan Rukun Negara, "berazam untuk mencapai perpaduan bagi semua rakyatnya".
RUKUN NEGARA
Perisytiharan negara kita, Malaysia, berazam
* Untuk mencapai perpaduan bagi semua rakyatnya;
* Untuk mengekalkan cara hidup berdemokrasi;
* Untuk mewujudkan masyarakat yang adil di mana kekayaan negara akan dibahagikan secara saksama;
* Untuk memastikan pendekatan liberal kepada tradisi budayanya yang kuat dan pelbagai;
* Untuk membina masyarakat progresif yang menuju ke arah sains dan teknologi moden
KAMI, rakyatnya, berikrar menyatukan usaha untuk mencapai matlamat ini menurut prinsip-prinsip berikut;
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
"KAMI, berikrar menyatukan usaha untuk mencapai matlamat menurut" salah satunya ialah Keluhuran Perlembagaan".
Jelas, Keluhuran Perlembagaan adalah satu idelogi negara yang menjadi pedoman dan dihormati oleh semua pihak. Maka isu pengagihan dan hak orang Melayu termasuk bumiputera Sabah, Sarawak dan masyarakat Orang Asli seperti yang dinyatakan dalam Perkara 153 tidak seharus dianggap sebagai satu diskriminasi kerana ia adalah sebahagian daripada Perlembagaan Malaysia yang merupakan salah satu daripada intipati ideologi negara yang kita telah berikrar untuk mencapainya.
Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara (dalam buku "Constitution, Law and Judiciary") ada menyebut, "bagi sesiapa yang tidak bersetuju dengan Perlembagaan Malaysia, dia akan sentiasa tidak bersetuju dengan Rukun Negara."
Ideologi negara termasuk juga Perlembagaan Malaysia tidak menyebut dengan jelas bagaimana kaum pribumi akan dibantu dalam meningkatkan taraf hidup mereka. Oleh itu, Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) kerajaan diolah supaya seiring dengan apa yg telah ditetapkan oleh ideologi negara.
RRJP ini bermula dengan Dasar Ekonomi Baru (1971-1991) kemudian Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000), Dasar Wawasan Negara (2001-2010) dan kini Model Baru Ekonomi (2011-2020).
DEB merupakan suatu proses "kejuruteraan sosial" berlandaskan kontrak sosial 1957 untuk mencapai matlamat perpaduan kaum melalui pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
Pencapaian matlamat DEB sangat bergantung kepada pertumbuhan ekonomi negara, iaitu bagaimana pertumbuhan itu kemudiannya akan diagihkan bagi mencapai matlamat pengagihan.
Sejak DEB dilancarkan, pembangunan kepada kepelbagaian ekonomi, penekanan kepada pembangunan luar bandar, pengurangan kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat telah menjadi objektif utama pembangunan ekonomi negara. Matlamat perancangan pembangunan ialah "pertumbuhan dan pengagihan yang saksama.
Untuk mencapai matlamat tersebut, perbagai agensi kerajaan (perusahaan awam) ditubuhkan khusus untuk membangunkan kawasan luar bandar.
Perancangan baru dan yang wujud sejak Rancangan Malaya Pertama dirancakkan lagi terutamanya melalui DEB.
Strategi utama pembangunan luar bandar telah dilaksanakan iaitu, pembukaan tanah (rancangan) baharu; pembangunan in-situ; pemodenan luar bandar dan penciptaan pesat pertumbuhan yang baru; serta strategi penyelarakan kawasan industri ke kawasan luar bandar.
Selain itu, Rancangan Buku Merah, konsep Saemaul Undong, pembangunan koperasi desa, dan pelbagai agensi kerajaan seperti Felda, Felcra, Risda, Kejora, Kesedar, Ketengah, Mada, Dara, Bank Bumiputera dan lain-lain diwujudkan khusus untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan meningkatkan keupayaan mereka untuk bersaing dalam bidang ekonomi.
Tanpa bantuan agensi-agensi kerajaan ini, kaum pribumi sukar untuk bersaing kerana mereka bermula pada tahap perniagaan atau kemahiran yang berbeza. Pengerusi pertama Bank Bumiputera Datuk Roslan Abdullah pernah membandingkan apa yang berlaku dengan perumpamaan sebuah kereta Jaguar yang memotong Morris Minor dan terus hilang dari pandangan.
Matlamat ideologi negara juga diserapkan Misi Nasional iaitu satu rangka kerja dasar dan pelaksanaan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Misi Nasional memberi penekanan kepada peningkatan keupayaan negara untuk bersaing di peringkat global, memperkukuh perpaduan negara serta pengagihan pendapatan serta kualiti hidup yang lebih baik.
Teras ketiga Misi Nasional ialah menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif sangat berkait rapat dengan ideologi negara - "kekayaan negara akan dibahagikan secara saksama".
Model Baru Ekonomi (2011-2020) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) juga terus memberi penekanan kepada meningkatkan potensi menjana pendapatan, pencapaian pendidikan dan kemahiran bagi isi rumah berpendapatan rendah.
Strategi juga dirangka bagi meningkatkan taraf hidup golongan yang terpinggir dari arus perdana pembangunan ekonomi negara yang meliputi kaum pribumi Sabah, Sarawak, masyarakat Orang Asli di Semenanjung, bantuan-bantuan kewangan dan meningkatkan akses kepada infrastruktur di kampung-kampung baru Cina dan pekerja ladang.
Tindakan afirmatif berhubung langkah membantu pribumi dalam Model Baru Ekonomi akan lebih berasaskan kepada mesra pasaran, lebih berasaskan merit, lebih telus dan berdasarkan keperluan.
Menurut Datuk Seri Najib Razak, semasa membentang Model Baru Ekonomi "objektif asalnya masih lagi relevan, namun, sudah tiba masanya untuk kita menilai kembali pelaksanaan DEB. Kita akan menyasarkan pencapaian matlamat yang sama tetapi dengan mengubah cara kita melaksanakannya."
"1 Malaysia" yang juga merangkumi "pertumbuhan dan pengagihan yang saksama" perlu diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan, iaitu bagaimana kesaksamaan, kesamarataan dan kekitaan akan diintegrasikan dengan ideologi negara terutamanya perkara-perkara yang jelas terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Matlamat akhir "1 Malaysia" ialah perpaduan yang berkaitan secara langsung dengan teras ketiga Misi Nasional, iaitu menangani masalah ketidaksamaan sosio ekonomi secara membina dan produktif.
Ia sangat berkait rapat dengan ideologi negara "kekayaan negara akan dibahagikan secara saksama" dan "berazam untuk mencapai perpaduan bagi semua rakyatnya" seperti yang terkandung dalam Rukun Negara.
Cabaran utama kini ialah bagaimana hendak mengintegrasikan budaya kecemerlangan, prinsip meritokrasi melalui agihan kek ekonomi dengan berkonsepkan peluang untuk semua dengan ideologi negara dalam merangka perancangan pembangunan dengan maltamat akhir, iaitu pencapaian taraf negara maju yang makmur tanpa membelakangkan ideologi negara iaitu RUKUN NEGARA. — Utusan Malaysia
* Penulis ialah Prof Madya di Kolej Sastera dan Ekonomi, Universiti Utara Malaysia.

Pantau tindakan rakyat sabotaj negara sendiri guna platform antarabangsa

Posted: 19 Aug 2010 07:44 PM PDT

Berita Harian

August 20, 2010
20 OGOS — Kecenderungan rakyat Malaysia menggunakan forum dan platform luar negara semakin ketara kebelakangan ini untuk memberi tekanan ke atas kerajaan berhubung dasar atau isu tertentu. Sama ada hadir secara individu atau berkumpulan dan bergabung dengan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, tindakan rakyat Malaysia mensabotaj negara sendiri perlu diberi perhatian Wisma Putra mahupun pejabat kedutaan di negara berkenaan.
Terbaru di London, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, yang dalam rangka lawatan ke Jerman dan United Kingdom dikejutkan dengan kemunculan kira-kira 30 penunjuk perasaan yang membantah penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di luar pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London. Sepanduk yang mereka julang menggambarkan kononnya berlaku penyeksaan dan penderaan terhadap tahanan ISA.
Laporan menyebut, dengan menggunakan alat pembesar suara, penunjuk perasaan melaungkan Stop detention without trial (Hentikan penahanan tanpa perbicaraan). Malah, dilaporkan wartawan Six Oranges, sebuah produksi filem di London yang membuat filem mengenai isu sosial, turut hadir dan sedang dalam pembikinan dokumentari mengenai ISA.
Bulan lalu, London turut dijadikan tempat pakatan parti politik tertentu kononnya untuk mencari penyokong rakyat warga asing melalui satu aktiviti. Untuk kedua-dua kejadian ini, pihak terbabit melakukan pelbagai perkara untuk meraih simpati dan sokongan. Memandangkan kempen itu dilakukan sebelah pihak dan kerajaan tidak berpeluang memberikan penjelasan, sekali gus kebenaran tidak dapat dinyatakan kepada hadirin atau media yang membuat liputan.
Persoalannya apakah kerajaan memerhatikan gerakan sebegini oleh rakyat Malaysia sendiri di luar negara? Sesungguhnya, inilah hakikat baru pernyataan globalisasi yang menghapuskan semua sempadan perhubungan. Ia tidak boleh dielakkan, tetapi perlu dihadapi kerajaan dengan persediaan rapi, termasuk mewujudkan sekumpulan pakar untuk menangkis dakwaan atau serangan sedemikian.
Kita harus terima ini sebagai fenomena yang mentakrifkan keadaan dunia masa kini. Ia memang sukar. Namun, untuk sesiapa mahu mengetahui, memberi komen, membantah dan sebagainya juga sudah dianggap hak mereka. Kita harus terima hakikat dunia tanpa sempadan ini, kata Profesor Pengajian Global Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Chandra Muzaffar.
Platform globalisasi sebaliknya digunakan pihak tertentu yang sengaja memutarbelitkan isu tertentu walaupun ia kecil atau remeh untuk meraih simpati pihak lain.
Cuma yang boleh kita buat ialah melakukan penilaian setiap perbuatan mereka, sama ada mencerminkan kebenaran atau perjuangan yang betul atau sekadar propaganda untuk mencemar nama baik negara, katanya sambil meminta rakyat turut menilai sama ada tindakan mereka di luar negara itu mempunyai agenda tertentu dan kesan ke atas negara.
Chandra turut berkongsi pengalaman diserbu sekumpulan aktivis ketika menghadiri forum di Australia, tahun lalu. Kumpulan itu mendakwa Kerajaan Malaysia melakukan penindasan dan kezaliman terhadap kaum India di negara ini. Malah mereka turut mendakwa kerajaan merosakkan kuil.
Saya patahkan hujah mereka dengan memberi penerangan secara rasional, beri fakta dan menceritakan bagaimana kedudukan sosio-ekonomi kaum India di negara kita. Akhirnya, mereka memperakui kebenaran itu, katanya.
Oleh itu, sekumpulan pegawai yang memiliki kemampuan mematahkan dakwaan atau serangan, selain memberi keyakinan terhadap aktivis seumpama itu perlu diwujudkan segera. Berfungsi dari Jabatan Perdana Menteri, Wisma Putra atau ditempatkan di pejabat kedutaan, pakar itu dapat membuat pembetulan segera dan memberi penerangan menangkis apa saja dakyah.
Proses pembetulan dan menangkis balik dilakukan termasuk melalui kenyataan akhbar, penjelasan melalui stesen televisyen atau memanggil pihak terbabit ke pejabat kedutaan. Pada masa sama, memperakui kelemahan pastinya akan lebih dihormati dengan azam memperbaiki kelemahan itu.
Kita juga wajar mengambil sikap seperti Singapura yang tangkas menangani apa saja serangan aktivis, media mahupun mana-mana forum yang menghentam negara itu sebelum ia merebak lebih luas, ditokok tambah serta mempengaruhi lebih ramai orang.
Beri hujah secara rasional. Apa yang saya tahu, pejabat kedutaan kita jarang jelaskan sesuatu kekeliruan itu, kata Chandra sambil menegaskan pendekatan salah terhadap aktivis atau mana-mana pihak yang memburukkan kerajaan atau negara kita akan menyebabkan mereka diangkat sebagai wira.
Merujuk kepada peranan pejabat kedutaan, tindakan Duta Besar Malaysia ke di New York, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, berjaya membantu mewujudkan perkembangan positif dalam hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat ketika ada pihak mendesak pentadbiran Presiden Barack Obama memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia supaya menggugurkan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dalam proses perbicaraan sekarang.

Guan Eng Minta Zahid Hamidi Bertaubat

Posted: 19 Aug 2010 07:42 PM PDT

Quantcast
Sempena dengan bulan Ramadhan ini, Lim Guan Eng,
Ketua Menteri Pulau Pinang, meminta Dato' Ahmad Zahid Hamidi bertaubat.
Ini ekoran daripada tuduhan Zahid, selaku Ketua Perhubungan UMNO Pulau
Pinang menyatakan bahawa nama Guan Eng disebut dalam doa khutbah hari
Jumaat mengggantikan nama Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung.
Jikalau tuduhan itu tidak benar, Zahid harus bertaubat, sempena dengan bulan Ramadhan ini. Kata Lim.
Ini adalah isu terbaru yang dimainkan oleh UMNO-APCO. Provokasi
UMNO-APCO ini amatlah merbahaya, . Dari segi logiknya pun, bagaimana
boleh seorang imam mendoakan seorang yang bukan Islam menggantikan nama
ketua Islam bagi Malaysia ini?
Sebelum ini, nama Chua Jui Meng, ahli Majlis Tertingi PKR telah juga
dikaitkan dengan Sultan Johor dan beliau disebut-sebut oleh UMNO-APCO
untuk menjadi Menteri Besar Johor, kalau Pakatan Rakyat memenangi
pilihanraya ke 13 nanti. Disini sekali lagi dari segi logiknya pun,
adalah mustahil Pakatan Rakyat mahu menjadikan isu yang tidak
menguntungkan ini.
Mengaitkan isu-isu sensitif seperti ini adalah maianan UMNO-APCO dalam perancangan mereka untuk terus berkuasa.
Kita juga lansung tidak boleh menerima kenyataan daripada Mufti Perak,
orang yang tidak tidak pernah berbohong itu dengan mengatakan beliau
mempunyai bukti bahawa ada pakatan PKR dengan DAP untuk meminda
perlembagaan Malaysia jika Pakatan Rakyat menguasai negara. Perkara yang
mahu dipinda itu pula ialah perkara yang amat sensitif iaitu mengenai
hak istimewa orang Melayu dan Agama Islam sebagai agama negara.
Kita masih ingat kenyataan Zahid semasa pra rampasan kuasa kerajaan
Pakatan di negeri Perak. Selepas pulang dari menunaikan fardhu haji,
beliau terus membuat kenyataan bahawa MB Nizar memerintahkan agar Tadika
Kemas ditutup. Zahid dan Harussani dilihat bersekongkol dengan
UMNO-APCO dalam membuat kenyataan bagi satu agenda besar untuk
menumbangkan kerajaan Pakatan dan mengekalkan Pemerintahan UMNO-APCO.
Tapi yang lebih penting daripada itu ialah, UMNO-APCO tidak akan berdiam
diri dalam menjalankan strategi tidak bermoral dan tidak berdemokrasi
itu terutama dalam menggunakan jentera kerajaan bagi membantu mereka
dalam pilihanraya ke 13 nanti. Jentera ini perlu digunakan semaksimum
mungkin dalam menghalang kebangkitan rakyat yang dahagakan perubahan
pentadbiran negara.
Jadi, saranan Lim Guan Eng agar Zahid bertaubat, adalah satu tamparan
bagi Zahid dan pimpinan UMNO yang lain, apatah lagi Mufti Perak sendiri
agar ingat kepada balasan Allah. Kalau dunia boleh lepas, diakhirat
tidak munkin terlepas, kerana itu ia perlu kepada pengakuan taubat
tersebut.
Lim Guan Eng tidak terikat dengan fahaman ini tetapi kenyataan Lim adalah bidasan kepada mereka yang mengaku beriman dengan Allah dan hari akhirat.

Adakah Menteri Pertahanan tidak derhaka?

Posted: 19 Aug 2010 07:39 PM PDT

Dalam berita bertajuk "Tak boleh selam: Zahid kata Nurul Izzah penderhaka", Malaysiakini 19/8/10 melaporkan:
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, sebagai penderhaka kepada negara kerana mengeluarkan kenyataan palsu mengenai aset pertahanan negara di luar negara.

"Kenyataan itu amat jijik, tidak bermaruah dan beretika yang bertujuan memburukkan imej negara di mata dunia," katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama penduduk di masjid jamek, Sungai Keli Hutan Melintang, dekat Bagan Datoh, malam semalam.

"Walaupun kita sering berbeza pendapat tetapi biar perkara (kenyataan) yang benar, jangan sampai menjejaskan imej negara terutama yang melibatkan aset pertahanan negara."

Ahmad Zahid berkata demikian semasa mengulas tuduhan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam temubual bersama akhbar Kompas di Indonesia pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam selain mendakwa aset canggih itu sebagai usang dan terpakai.
Berikut ialah jawapan Zahid di Dewan Rakyat pada 17/3/10:
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, masalah teknikal yang dihadapi oleh KD Tunku Abdul Rahman adalah masalah yang juga pernah dialami oleh mana-mana kapal selam lain di dunia. Secara khususnya kapal berkenaan tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami sedikit masalah yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan selaman. Ini adalah langkah keselamatan biasa pengendali mana-mana kapal selam yang mengamalkan prosedur keselamatan yang sangat ketat.
Apa yang saya rasa mungkin salah. Tetapi, saya dok terasa macam Zahid sengaja buat kenyataan yang begitu keras terhadap Nurul Izzah. Bila dah kena debik macam tu, tentulah Nurul Izzah akan jawab balik. Pi la baca sendiri jawapannya dalam Malaysian Insider semalam "Kenyataan balas terhadap Menteri Pertahanan Malaysia - Nurul Izzah Anwar".

Kalaulah benar apa yang saya rasa itu, adakah Zahid nak suruh kita pakat-pakat bubuh cukup-cukup Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dulunya Menteri Pertahanan?

Saya juga tertanya-tanya adakah Zahid tidak derhaka bila jawapannya di Parlimen jelas mengisyaratkan bahawa kapal selam itu tak boleh menyelam?
PB.

Abandon my baby? No way, says unwed mum

Posted: 19 Aug 2010 07:25 PM PDT

By Stephanie Sta Maria
PETALING JAYA: September is set to be a bittersweet month for Dina*. The shy 20-year-old will be delivering her firstborn -- and then handing him over to his adoptive parents.

Dina's eyes turned misty as she contemplated this not-so-distant future. She is already besotted with her unborn son but raising him is out of the question for she is an unwed mother.

"I was raped by a family friend old enough to be my father," she said softly. "When I found out I was pregnant, it was too late for an abortion. My father cried when I told him and it was a long time before my mother could look me in the eye."

Despite offering emotional support, her parents struggled to conceal their pain and Dina eventually moved out. Her anxious search for refuge led her to OrphanCARE, a non-profit organisation that finds homes for orphans and abandoned babies.

The organisation works closely with the Ministry of Women, Family and Community Development and the Welfare Department and has found homes for 14 babies since its launch last April. Dina, however, is its first live-in unwed mother.

"Housing unwed mothers is not one of our services because of space and financial constraints," explained its deputy president, Noraini Hashim (picture). "But we couldn't turn Dina away. Not when she wanted to take care of a baby that she could have easily abandoned."

Noraini's words ring truer today than ever before. Baby dumping, which has long been among the social ills in Malaysia, is finally having its turn in the spotlight and is dubbed the latest "phenomenon" to arrest the attention of politicians, social workers and the media.

Deep compassion

According to the Federal CID director commissioner Mohd Bakri Zinin, the number of cases has risen to 472 since 2005, which makes the probability of Dina's son being another statistic frighteningly high. Until you consider that Dina herself isn't interested in being a statistic.

"I used to curse my baby for ruining my life," she admitted, placing a gentle hand on her rounded belly. "But abandoning him never crossed my mind. How can I when a part of me lives in him? I've grown to love him and I would keep him if I could give him the life that he deserves."

But Dina is far from taking a holier-than-thou stance. She's fully aware that her situation would be very different had she been rejected by her family and OrphanCARE. And this has left her with a deep compassion for unwed mothers who abandoned their babies.

"They must have faced terrible circumstances to be driven to do that," she emphatised. "No mother would carry her child for nine months and then willingly abandon it. These mothers would have had no other choice."

Noraini agreed. In many situations, she said, that choice fell into the hands of the father or a male family member and was made easier when the new mothers were too exhausted or terrified to fight for their baby's life.
"In one case, the father snatched up the newborn, stuffed it in a plastic bag and threw it into a river," she recalled. "It is the fastest route to getting rid of the stigma and responsibility. Having said that, we've also met many young fathers who accompany the mothers to hand their baby over to us. These are the people who give us hope."

Baby hatch still unused

OrphanCARE also introduced the country's first baby hatch in May this year in a move to reduce the number of abandoned babies. The office is a house tucked in the corner of a quiet street in a residential area that shield unwed mothers and couples from curious eyes.

The hatch is a vault-like structure built into the house exterior. Inside is a makeshift cot, a night light, an air-conditioning unit and a CCTV which is trained only on the baby. When a baby is placed into the hatch and the door is shut, an alarm is triggered in the caretaker's room.

After checking the CCTV to ensure that it isn't a prank, the caretaker allows the parents time to leave the premises before collecting the baby from the hatch. The baby is then matched with one of the 300 couples who have registered with OrphanCARE to be adoptive parents.

The attraction of a baby hatch is the anonymity it guarantees but to Noraini's surprise, the babies continue to be brought in by their parents.

"Like Dina said, given a choice, these mothers don't want to abandon their babies," Noraini said. "But they don't want to face being judged any further either. So we're glad that they view us as a neutral party to which they can entrust their baby's welfare."

Dina can vouch for that. She has found a safe haven in OrphanCARE and implicitly trusts that it will fulfil her hopes for her son. When asked what hopes she harbours for herself, she hesitated and then replied that she simply wanted to move on.

"I will never forget my baby but he will belong to someone else. So I have to continue with life. I don't know if I will ever marry because I'm afraid of men now."

"But if I do meet someone, I won't tell him about my past. Regardless of the circumstances, being an unwed mother is a stigma that can never be erased. The only solace I cling to is that I did the right thing for my son."

*Name has been changed to protect identity.

Sudah sampai masa PAS ganti Umno

Posted: 19 Aug 2010 07:19 PM PDT

PAS berpandangan Umno yang  bertanggungjawab menggagalkan pencapaian kouta 30%  ekonomi Bumiputera. Malahan isu ini akan dijadikan modal selagi Umno hidup atas muka bumi ini.
Kegagalan untuk mencapai kouta 30% melambangkan kegagalan Umno dalam menguruskan amanah rakyat, khususnya Bumiputera di negara ini. Tiba-tiba Umno menjerit kegagalan ini kerana orang bukan Melayu yang membolot kekayaan di negara ini. Ini satu telahan yang tidak tepat.
PAS dan Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan apa telah termaktub di dalam perlembagaan negara mengenai Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu. Inilah pesepakatan di Konvensyen Pakatan Rakyat yang di tandatangani oleh pemimpin PAS, PKR dan DAP pada 19 Disember 2009.
Umno sepatutnya malu, setelah mengepalai negara hampir 53 tahun selepas merdeka, ekonomi bumiputera semakin jauh ke belakang. Kalau dinilai dalam peperiksaan, Umno mendapat nombor corot, kerana 53 tahun di dalam kelas masih buta huruf. Kenapa Umno perlu melalak hendak menyalahkan orang lain kerana gagal mencapai tahap ekonomi Bumiputera.
PAS mencadangkan kepada Umno kena banyak muhasabah diri, kenapa terjadi demikian. Pemimpin Umno kena fikir, mereka ada kuasa membuat dasar, melaksana, semuanya berada di dalam gengaman  Umno. Pemimpin Umno yang memerintah di negara ini, bukan Umno menjadi pembangkang. Banyak perkara mereka boleh lakukan, kalau pemimpinnya jujur untuk rakyat dan negara.
PAS berpandangan pencapaian ini tidak tercapai kerana Umno melaksanakan dasar Umnoputera. Agih projek bukan kepada mereka yang sepatut dapat, merekalah yang menjadi jutawan 10% dengan mengalibabakan projek yang dapat melalui "hak istimewa orang Umno".
Siapakah yang menjual ekuiti  30%  yang diperuntukkan kepada Bumiputera setiap kali  syarikat yang hendak di senaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur? Ke mana pergi dana RM54 bilion untuk ekuiti Bumiputera, sekarang hanya tingga RM2 bilion, bermakna RM52 lesap?
Sekiranya pemimpin Umno amanah dan jujur dengan dana sebanyak RM54 bilion,  sudah tentu pencapaian ekuiti Bumiputera sudah melebihi 30%.
PAS  pernah terlibat di dalam Majlis Perundingan Ekonomi (MAPEN) tahun 1990 dengan cadangan yang bernas untuk peningkatan ekonomi Bumiputera dan pembelaan kepada kaum lain.
Cadangan PAS disambut baik termasuk di kalangan ahli MAPEN yang terdiri dari kalangan orang bukan Melayu di dalam majlis tersebut. PAS kemukakan cadangan berdasarkan kepada prinsip keadilan dalam Islam yang sejagat. Malangnya cadangan tersebut dibangkul sampah oleh Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri waktu itu.
PAS lebih berjaya menguruskan ekonomi dengan adil, iaitu membantu kepada mereka yang wajib dibantu. Pengalaman PAS di Kelantan selama 20 tahun berjaya mengangkat taraf hidup orang Melayu dan membantu bukan Melayu yang dhaif. Kesejahteraan dan keharmonian dapat dilihat dengan mata kasar.
Begitu juga kejayaan Terengganu sewaktu pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 telah berjaya menaikkan taraf hidup rakyat Terengganu  daripada miskin nombor dua kepada miskin nombor empat.
Kerajaan PAS Trrengganu juga telah memberi  tanah khususnya tapak rumah kepada orang Cina dan kaum lain yang tidak bertanah, kerana mereka adalah golongan yang perlu dibantu.
Kerajaan Kedah baru sahaja diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat, telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik sehingga menjadi kehairanan bekas pimpinan Umno Kedah, macam mana Datuk Seri Azizan Razak berjaya memerintah Kedah walaupun dengan kekangan kewangan yang parah.
Sampailah masanya PAS menggantikan Umno berdasarkan rekod dan prestasi negeri yang PAS pimpin untuk kesejahteraan rakyat berbagai kaum di negara ini.

Ust. Idris Ahmad

Isu ekuiti Bumiputera: Soi Lek menentang Perlembagaan, kata Rais

Posted: 19 Aug 2010 07:16 PM PDT

August 20, 2010
Presiden MCA Chua Soi Lek
JELEBU, 20 Ogos — Kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya ekuiti Bumiputera dikurangkan adalah bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan negara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri  Dr Rais Yatim. Katanya ini kerana Perkara 153 memberi hak yang terasas kepada orang Melayu dan juga penduduk asal Sabah dan Sarawak dan pihak-pihak yang dilindungi oleh semua peruntukan undang-undang.
"Apabila beliau menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat-peringkat, sekali gus beliau menentang  Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
"Mungkin beliau tidak sedar perkara ini tetapi saya ingin mengingatkan iaitu  Perkara 153 bukan merupakan satu peruntukan yang mudah, malah ia tidak boleh dipinda oleh mana-mana pihak kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja dan juga sesuai dengan  Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis  berbuka puasa di Masjid Felda Pasoh 1 dekat sini malam tadi.
Rais berkata bahawa semasa Chua menyuarakan hal itu, beliau mungkin menyesuaikan dengan sentimen politik partinya tetapi orang Melayu khasnya, sebagai pejuang menegakkan perlembagaan, tidak boleh menerima itu.
"Jika itu dilaksanakan dalam bentuk tindakan maka pertama, kita mencabul Persekutuan Malaysia menerusi Perkara 153 dan kedua, kita mencabul kedudukan Raja-Raja  Melayu khususnya Yang di-Pertuan Agong yang berhak menentukan kepentingan- kepentingan tersebut.
"Kita maklum hal ini bukanlah perkara yang diamalkan begitu saja, tetapi ini sudah diterima oleh semua yang menjadi pihak kepada kontrak sosial pada tahun 1956,  1957 semasa Suruhanjaya Reid ditubuhkan sehinggalah Perlembagaan Persekutuan Tanah  Melayu diwujudkan dan sehinggalah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dimaktubkan,"  katanya.
Rais berharap pada masa depan pemimpin parti politik tidak hanya menyatakan sesuatu mengikut sesuka hati mereka, tetapi memberi pengiktirafan kepada perkara yang sudah menjadi pokok kepada negara ini.
Katanya hal ini harus diterima dan tidak boleh lagi dipinda mengikut sentimen politik sekarang.
"Misalnya, jika Umno sendiri pun nak pinda Perkara 153, tidak boleh. Ia mempunyai lapisan kuasa-kuasa tertentu, apatah lagi kalau Datuk Seri Dr Chua Soi Lek  nak memindanya atau pun nak menidakkan bahagian yang hak kepada orang Melayu dan  juga penduduk asal di Sabah dan Sarawak," katanya.
Rais berkata bahawa dalam Perkara 153 juga, hak kaum juga juga disebut, dan dalam soal ini, Chua boleh  berjuang dan meminta ehsan kerajaan untuk membantu, tetapi tidak boleh menidakkan hak yang  ada pada orang Melayu dan juga penduduk asal di Sabah dan Sarawak.
"Jika Chua hendak menuntut yang lain, ini terserah kepada tenaga sekutu politik yang ada dan saya percaya orang Melayu mempunyai fahaman dan juga pendirian yang tegas, dan jika dikira kekayaan dan perolehan bukan Melayu seperti rakan-rakan Tionghua kita, mereka sudah mendapati agihan yang lebih daripada 47 peratus.       "Jadi hal ini harus ditimbang dalam kontek sebenar dan kita berjuang sebagai satu sekutu dan sebagai seorang juara," katanya.
Ditanya kenyataan Chua bahawa MCA sanggup berkongsi pandangan sama dengan DAP untuk kepentingan masyarakat Cina, Rais berkata perbuatan Chua sekali gus menonjolkan beliau tidak lagi menghormati gagasan Barisan Nasional (BN) di mana pengerusinya adalah Perdana Menteri dan membelakangkan realiti ini.
"Ekoran itu orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi perkara seperti ini. Jadi bila kita kuat, orang lain tidak boleh cuit...samalah seperti yang saya katakan apabila tiang condong, kura-kura pun nak naik.
"Orang Melayu harus bersatu dan ketepikan perkara remeh dan menyuarakan apa yang hak. Jika ini tidak dilakukan orang seperti Chua akan terus menggugat perjuangan asas," katanya.
Pada majlis itu, Rais yang juga anggota Parlimen Jelebu menerima zakat perniagaan Amanah Raya Bhd (ARB) berjumlah RM10,000 daripada Ketua Pegawai Pemasaran ARB Ahmad Saruji Abdul Aziz, untuk diagihkan kepada 50 orang kurang bernasib baik.
Rais turut menyampaikan sumbangan peruntukan kawasan Parlimen beliau kepada 46 penerima. — Bernama

Pelaburan Pulau Pinang melonjak RM1.53 bilion

Posted: 19 Aug 2010 07:16 PM PDT

GEORGETOWN, 20 Ogos: Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya melonjakkan pelaburan sebanyak RM1.53 bilion sehingga bulan Jun tahun ini.
Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng, tempat pertama mencatat pelaburan tertinggi ialah Selangor diikuti Johor, Kedah serta Perak.
"Statistik ini adalah berdasarkan laporan pelaburan terkini di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Jun 2010 yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
"Walaupun kita tidak dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan sebanyak RM4.2 bilion bagi tahun ini, kerajaan negeri pimpinan PR akan terus berusaha bagi merealisasikan matlamat tersebut," katanya dalam sidang media semalam.
Tambahnya lagi, sasaran yang telah diletakkan bagi tahun ini adalah dua kali pelaburan jika dibandingkan dengan tahun 2009 sebanyak RM2.1 bilion.
Beliau juga berkata, keyakinan tetap ada kerana potensi bagi pelaburan pada suku kedua adalah agak positif bagi mencapai sasaran dan matlamat yang telah ditetapkan.
Katanya, walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang sering dihimpit dengan pelbagai serangan oleh Umno dan Barisan Nasional bagi menggugat kestabilan yang sedia ada, kejayaan demi kejayaan yang dipamerkan oleh pimpinan kerajaan negeri sukar untuk digugat sehingga kini.
Yang terbaru ialah pengumuman kerajaan negeri bagi memberikan wang khas  berjumlah RM1.5 juta kepada 3,577 kakitangan dan penjawat awam menjelang Aidilfitri yang akan datang sebagai menghargai sumbangan mereka.

Yusof Nor: Saya tidak mahu layan publisiti murahan Sivarasa

Posted: 19 Aug 2010 07:15 PM PDT

August 20, 2010
KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Tan Sri Mohd Yusof Nor menyifatkan Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah sengaja mencari "publisiti murahan" kerana terus mendesak agar mendedahkan pendapatan yang diterima selaku Pengerusi Felda.
Beliau berkata kerajaan melantiknya sebagai Pengerusi Felda bukan untuk melayan pihak yang mencari "publisiti murahan".
"Saya dan ramai kawan lain yang dilantik dalam agensi oleh kerajaan bukanlah tugasnya untuk melayan pihak mencari publisiti murahan.
"Kami ada tugas yang murni untuk dilaksanakan," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Sivarasa yang masih mendesaknya agar mendedahkan kepada umum jumlah ganjaran yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.
Bagaimanapun Sivarasa menegaskan beliau tidak akan membuat pendedahan itu terlebih dahulu, tetapi mahu Yusof sendiri menjelaskan jumlah sebenar pendapatannya.
Sivarasa berkata, Yusof (gambar) sepatutnya mendedahkan ganjaran yang diterima kerana beliau berkhidmat dengan sebuah agensi ditubuhkan dengan menggunakan dana rakyat.
"Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat, jadi sebagai seorang pengerusi beliau (Yusof) patut dedahkan pendapatan tahunannya kepada umum terutamanya kepada peneroka.
"Lagipun ia sudah menjadi amalan biasa seorang pengerusi yang bekerja dengan badan berkanun dedahkan pendapatan mereka," katanya.
Pada Sabtu lalu Sivarasa mencabar Yusof agar mendedahkan kepada umum jumlah ganjaran yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.
Sivarasa mendakwa maklumat diterima pihaknya menunjukkan Yusof memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan juga elaun.
Namun Yusof yang dihubungi The Malaysian Insider menafikan jumlah tersebut dan mengatakan pendapatan tahunannya selaku Pengerusi Felda adalah jauh lebih kecil berbanding jumlah didakwa Sivarasa.
Yusof bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar pendapatan beliau.
Apabila ditanya sama ada bersedia untuk menemui Sivarasa bagi membuktikan segala tuduhan tersebut adalah fitnah Yusof bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
"Maaf... setakat itu sahaja yang boleh dikatakan.
"Selain itu, sebagai seorang Islam, saya dan semua orang Islam mestilah bencikan fitnah kerana fitnah dikategorikan dalam al-Quran sebagai pembunuh," kata Yusof lagi.
Perkara ini ditimbulkan di sebalik dakwaan PKR bahawa Felda akan muflis manakala lebih 700 peneroka dari dua Felda menyaman agensi persekutuan RM200 juta berhubung isu penipuan dalam kiraan perahan minyak sawit.
Dua bulan lalu Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa aliran wang tunai semasa Felda telah merosot berbanding lima tahun lalu.

Statistik Iklim Sosial Negara : Parah !

Posted: 19 Aug 2010 07:13 PM PDT

1. Saya agak terperanjat apabila posting atau kenyataan saya mengenai punca berlakunya gejala buang bayi pada hari ini masih ditempelak. Sebahagiannya marah - marah kerana saya mengaitkan Malam Sambutan Tahun Baru , Hari Kekasih dan Malam Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan negara sebagai antara detik mulanya episode kejam ini iaitu buang bayi .

2. Sebahagiannya secara sinis mempersoalkan kenyataan saya dengan bertanyakan bukti . Sememangnya saya tidak mengemukakan bukti dalam posting saya terdahulu kerana menyangka perkara ini telah diketahui umum . Penyakit sosial dalam negara kita kini telah diketahui oleh semua dan hampir semua mengetahui apakah punca - punca utamanya selain faktor - faktor sampingan yang lain .

3. Saya akui , bukanlah semua penzinaan itu berlaku pada malam sambutan Tahun Baru atau malam Sambutan Hari Kekasih dan juga malam sambutan ulangtahun Kemerdekaan . Tetapi detik - detik perayaan dan sambutan yang diraikan ala barat secara tidak terkawal pada perayaan Tahun Baru , Hari kekasih dan Ulangtahun Kemerdekaan tersebut tidak boleh dinafikan bahawa ia adalah antara penyumbang besar kepada berlakunya penyelewengan sosial dan akhirnya terjerumus dalam kancah penzinaan .

4. Antara faktor lain yang telah saya sebutkan dalam posting - posting saya terdahulu bahawa ia hadhir dari satu kepincangan sistem yang kini sukar dibaiki setelah ianya jauh menyeleweng dari jalan Allah swt. kecuali menukar sistem dan peraturan yang melibatkan cara hidup agar melandasi syariat dan pedoman Rabbani [ wahyu Allah ] .

5. Antara faktor - faktor lain seperti :

  • Lambakan filem dan bahan lucah dipasaran
  • Laman - laman lucah di intenet tanpa sekatan
  • Kurangnya didikan agama atau moral yang berkesan
  • Keretakan hubungan keluarga dan rumahtangga
  • Pergaulan bebas dan hidup liar tanpa tanggungjawab
  • Budaya Hedonisme dan bebas agama

6. Sementara apa saya sebut mengenai sambutan Tahun Baru , Hari Kekasih dan Ulangtahun Kemerdekaan dalam negara kita adalah menepati salah satu dari punca yang dikenal pasti . Kali ini , bolehlah saya mengemukakan sedikit asas kenapa saya menegaskan demikian . Jika masih juga belum memadai , maaflah saya mohon , kerana saya pun tidak banyak masa untuk mengulas perkara yang telah diketahui umum .

a] Sambutan Malam Tahun Baru .

  • Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang - undang Syariah jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Badarudin Ahmad Bustami berkata pihaknya kesal kerana gadis pada usia 16 sanggup menggadaikan maruah dengan mengadakan hubungan seks bersama 5 remaja lelaki lepasan SPM ketika menyambut malam Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Besar Kuantan Pahang .
Laporan Harian Metro [ 2 January 2009 ]

  • Seorang penyampai berita swasta dan seorang pelakon wanita adalah antara 26 orang yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah bagi meraikan kedatangan Tahun Baru di sebuah bilik hotel di Jalan P Ramlee di ibu negara . Operasi tersebut diketuai oleh Asisten Superintendan Mahani Ahmad dari Bahagian D7 cawangan maksiat , judi dan kongsi gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur .
Laporan Berita Harian [1 January 2009]
  • Lebih 300 remaja yang melakukan kegiatan tidak senonoh dengan pasangan masing - masing di tahan dan dibawa ke masjid Asy Syakirin berhampiran Menara Berkembar KLCC untuk menjalani sessi kaunseling dan motiasi dalam Ops Hijrah 2008 pada malam sambutan Tahun Baru .
Laporan Sinar Harian [ 2 January 2008 ]
  • Pesta seks besar - besaran di tepi pantai di Johor Bharu bagi menyambut Tahun Baru . Syarat dikenakan ialah lelaki tidak dibenarkan memakai seluar dalam manakala wanita perlu memakai G-String dan sedia membukanya selepas tengah malam bagi meraikan sambutan Tahun Baru.
Laporan Harian Metro [ 1 January 2009 ]
  • Bagai menjadi satu trend remaja sekarang ! demikianlah kata Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Ghazali Abdul Aziz selepas berjaya menangkap 56 remaja berkhalwat di bilik - bilik hotel sekitar bandar Kuantan sempena sambutan tahun Baru .
Laporan Kosmo [ 2 January 2009 ]

  • Mat Zahari Ali pengunjung di Bukit Bintang memberitahu Harakah ketika ditemui pada malam sambutan Tahun Baru bahawa sambutan pada malam itu sangat menjijikkan apabila beribu - ribu pengunjung yang datang ke situ dapat menyaksikan satu tarian wanita separuh bogel di Yegas Club berhampiran Times Square pada jam 11 malam . Mereka menari dan melalak seperti hilang aqal setelah meminum arak dan berhibur secara keterlaluan . Jijik dan lucah . Sementara itu Ketua Pemuda DAP [2004] Teng Chan Kim berkata : "Malaysia sepatutnya sudah meninggalkan budaya menyambut hari besar dengan hiburan semata - mata" .
Laporan Harakah [ 2 January 2004 ]

b] Sambutan Hari Kekasih
  • Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja [KEWAJA] Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu lupa diri ketika menyambut Hari memperingati Kekasih. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam kemudian mengambil pil khayal sehingga mereka berzina lalu hamil .
Utusan Malaysia [ 10 februari 2007 ]
  • Pengarah Kem Modal Insan KEWAJA Yahaya Mohamed Yusof yang telah mengendalikan 3000 kes mengandung luar nikah sejak 1998 berkata : Kira - kira 50 peratus daripada mereka adalah pelajar sekolah menengah atas dan IPT dan diakui bahawa setiap kali tiba musim perayaan [sambutan], kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu .
Utusan Malaysia [ 10 Februari 2007 ]

  • Baru - baru ini satu lagi kecelakaan sempena sambutan hari kekasih , apabila satu kempen "No Panties" sempena sambutan Hari kekasih dilancarkan dalam negara kita . Untuk apa sambut Hari Kekasih tanpa seluar dalam ni ? kalau tidak merancang untuk melakukan maksiat !
Laporan Harian Metro [ 14 Feb 2010 ]


7. Ya Allah ! banyak lagilah bukti dan laporan atau statistik yang boleh ditulis . Tapi cukuplah saya tunjukkan 2 atau 3 fakta tersebut dan lihat sahajalah pada angka yang terlibat sudah cukup meresahkan dan membuktikan ianya suatu yang parah . Kalau tak cukup lagi , lain kali lah saya tulis . Mungkin lepas Ramadhan nanti sebab masih banyak ibadah khusus yang saya mahu lakukan . Mungkin juga sahabat - sahabat boleh tolong sambung . Semua orang tahu lah perkara ini atau ada orang sengaja buat - buat tidak tahu . Apa boleh buat !

8. Lagipun pagi ini saya nak berlepas ke Kedah untuk menyertai Munaqasyah ucaptama Dewan Pemuda PAS Pusat di Zon Utara [ Kedah dan Perlis ]

9. Insyaallah , Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan Sidang Meja Bulat bersama dengan Ngo - Ngo dan parti - parti politik yang lain untuk membincangkan perkara ini bagi membantu negara menyelesaikan krisis sosial dan moral yang dahsyat ini pada 22 August 2010 jam 2.00 pm di Anjung rahmat Gombak.

10. Selamat berpuasa . Ramadhan Kareem !

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

The farce that was the MACC's cross-examination of Dr Pornthip

Posted: 19 Aug 2010 03:25 PM PDT

Mariam Mokhtar

Very few court cases are titillating but the cross-examination on Wednesday, of Thai pathologist Dr Pornthip Rojanasunand by Abdul Razak Musa, the lawyer representing the Malaysia Anti-Corruption Commission, was a tragi-comedy.

This is Dr. Pornthip's second appearance at the inquest into the death of Teoh Beng Hock, a DAP political aide who was suspected to have fallen from the 14th floor of the MACC's state headquarters.

The facts are these: TBH died under mysterious circumstances. The investigation into his death is a charade. The inquest is a pantomime. The MACC prosecutor behaved like a court jester.

If it wasn't for the seriousness of the crime, we wouldn't know whether to laugh or cry. If Abdul Razak needed a change of job, he would make a successful stand-up comic.

Abdul Razak sought to discredit Pornthip because of the variance in her first and second post-mortem analyses, (she based her conclusions on the first-mortem report and on the observation of a second post-mortem).

However, she highlighted that procedures were not adhered to during the first autopsy. She said, "The other doctors made a mistake."

This is not the only lapse in adherence to 'standard operating procedures'. What will Abdul Razak say about the 'suicide note' that was 'discovered', two months after TBH's death? Protocol was overlooked.

Are we to believe that Abdul Razak is the best lawyer the MACC can summon? He is a class-act, but for all the wrong reasons. He suggested that Teoh 'strangled himself' and was 'depressive'.

Abdul Razak even amused the court with a comical demonstration of 'strangling himself'. He might not be so thrilled to know that everyone present wished he had done so, and save the agony of listening to him.

The court was then transfixed when Abdul Razak suggested that Pornthip's report was "based on her imagination". He then asked if Pornthip had "any experience jumping off a building".

Only a vacuous person, or someone who is high on drugs, could even contemplate such a ridiculous question.

Abdul Razak then showed his ignorance of science and of common sense by saying that, "If (Teoh) was unconscious, his body would be heavier." Is he alluding to the 'dead weight' of a person when it is motionless?

On the anniversary of Teoh's death, the MACC chief commissioner Abu Kassim Mohamed pledged not to "cover up" Teoh's death. Admittedly, he may be fighting a losing battle to regain public confidence.

At the end of July, the MACC operation review panel said the media should "protect" MACC to encourage foreign direct investment into Malaysia. It was suggested that the press had been unfair in its coverage of the MACC and should help rebuild its image.

Amanah Raya Berhad's board director Aminah Pit Abd Raman said, "We are talking about image. This is the country that we love, you are the press. You can write one negative article that will effect investment for an example but you can also highlight the positive things."

At yesterday's inquest, Abdul Razak, accused Pornthip of having "already made up her mind (against suicide)".

Having heard and read of the circus he conducted, I can write that Abdul Razak is a 'determined' person. Frankly, Abdul Razak – incoherent, incompetent and indelicate – has discredited himself by pressing the self-destruct button.

Malaysia has caught the world's attention again – albeit for negative reasons: Corruption, injustice, religious absurdities, racial inequality, insubordination of women and this farcical trial. The government will have a tough fight to regain credibility.

Teoh's death is a disgrace to all Malaysians but the MACC seems more concerned about its image (does it understand that it is not in the image business but that it exists to fight corruption?).

Does the MACC feel that Teoh's inquest is of little significance and no importance, and so they fielded a lawyer who was uninspiring?

If not, then people must be wondering if Abdul Razak Musa is the MACC's secret weapon. But can anyone really be that daft?

Few in court will easily forget the collective sigh of relief when Abdul Razak finished questioning Dr. Pornthip.

The tragedy is that the comic side-show created by the MACC's counsel is a distraction, and is diverting attention away from the more serious business of getting justice for Teoh Beng Hock. - Malaysian Mirror

Kerana bina masjid, Umno dipandang mulia - Ridhuan Tee

Posted: 19 Aug 2010 03:24 PM PDT

Warkahdaily - Bukan penulis seorang yang tahu, bahkan ramai orang dah meluat dengan Umno-BN yang selalu menyalahgunakan kuasa demi kepentingan peribadinya.

Rendahnya pemikiran seorang bertaraf pensyarah sehingga salah guna kuasa, rasuah, penindasan, diskriminasi, songlap duit rakyat untuk gemukkan kroni dan pelbagai penipuan yang dilakukan Umno-BN hanya dapat 'digelapkan' dengan pembinaan masjid yang dilakukan kerajaan Umno-BN di negara ini.

Apakah Malaysia aje yang mempunyai masjid? Bagaimana masjid di China, England, Perancis, Amerika dan negara-negara barat yang lain, apakah ianya tidak seperti yang dibina oleh kerajaan Umno-BN?

Change the way you do business with Microsoft BPOS
Umno-BN bina masjid, tetapi bagaimana penghinaan Umno-BN terhadap Islam? Apakah pengisian masjid telah dilakukan sepatutnya? Siapa yang selalu menghalang ahli jamaah masjid daripada mendapatkan ilmu agama selama ini? Siapakah yang secara zalim melakukan perobohan masjid yang dibina orang Islam?

Apakah Islam yang dibawa oleh Rasulullah itu telah pun diletakkan di tempat yang sepatutnya oleh kerajaan Umno-BN? Apakah sudah cukup meletakkan Islam sekadar menghiasi perlembagaan sebagai agama rasmi tetapi cara hidup Islam telah diabaikan bahkan disekat kumpulan yang ingin melaksanakan pentadbiran bersih secara Islam (hukum Islam).

Harakahdaily - Pertama kalinya saya membaca tulisan tuan Dr Ridhuan Tee, saya akui tuan Dr mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu, begitu juga pembaca halaman tuan memuji-muji tuan Dr, namun tidak semestinya tuan Dr seorang yang alim. Kadang-kadang perlu kita sedar bahawa tidak semua perkara yang kita boleh sentuh dengan hanya memiliki satu taraf tertinggi dalam pendidikan, maka lihatlah apa bidang yang diceburi.

Buktikan, siapakah pemimpin di kalangan ahli PAS yang suka mengkafirkan orang? Jika dulu, setakat ada pengikut PAS yang jahil melaungkan perkataan kafir, bukan menjadi satu trademark atau ukuran ke atas orang PAS kerana tidak semua orang PAS alim dan berilmu. Jangan kerana setitik nila, habis susu sebelanga. Itupun di zaman bila? Siapakah mereka? Adakah apabila tok-tok guru menyuarakan sifat-sifat boleh menjadi kafir itu menjadi satu kesalahan? Bahkan dalam al-Quran jelas ciri-ciri siapa yang menjadi kafir. Seolah-olah semua ahli PAS kaki mengkafirkan orang.

Kembalilah kepada fakta dan sejarah, surah al-Taubah menjelaskan gambaran sebenar realiti manusia. Sindiran tuan Dr seolah-olah ahli PAS hanya terdiri daripada kalangan orang yang suka mengkafir orang serta jahil dan tidak berilmu. Adakah hanya orang seperti tuan Dr dikira sebagai berilmu dan berakademik lantaran memiliki pencapaian tertinggi dalam pendidikan?

Sebenarnya, jauh dari apa yang tuan Dr fikir dan faham. Benarlah ada yang kata tuan Dr mungkin belajar dari orang Umno atau fikiran sama dengan Umno, boleh jadi menimba dari berita tv dan akhbar pro Umno, bukan dari ahli PAS sendiri. Ahli PAS pula terdiri daripada berbagai latarbelakang, ada tok-tok guru, ulama-ulama, sarjana-sarjana, ustaz-ustaz, guru-guru, pakar-pakar dan sehingga serendah-rendah tahap pendidikan, tidak semua yang sangat faham dengan perjuang Islam PAS, sekadar ahli PAS, mungkin seperti tuan Dr yang kurang faham. Jangan letakkan diri tuan Dr berada di kalangan mereka yang suka menyebar fitnah, berhati-hati bila berada di lembah yang curang lagi bercerun, seperti kata Nabi s.a.w. kawanlah mencorak peribadi seseorang.

Mengapa orang yang menggelarkan diri mereka sarjana dan intelek, bebas dan bertamaddun, bijak dan pandai hanya mengecam kesalahan PAS yang sedikit daripada menghentam sekeras-kerasnya tindakan Umno selama-lamanya membenarkan kemungkaran bermaharaja lela lantaran menyalahkan rakyat yang tidak sedar diri, tetapi bukannya pemimpin Umno yang sepatutnya sedar diri. Jangan mudah tertipu di atas kepura-puraan mereka membina masjid-masjid, membantu orang susah, membenarkan forum dan pentas agama selagi mana mereka itulah orangnya merosakkan agama dengan mencampur adukkan dengan perkara kemungkaran Allah.

Sebenarnya tidak jauh bezanya dengan negara kafir barat, ada juga negara barat membenarkan alim agama berceramah asalkan tiada unsur menghentam mereka, Amerika baru saja mengumumkan pembinaan sebuah masjid bernilai jutaan ringgit di pembinaan semula pusat dagangan antarbangsa mereka, samalah di negara kita, sekiranya tuan Dr sendiri menghentam Umno dengan nada yang serupa, pasti tuan Dr akan disekat dan dihalang. Mengapa cerdik pandai itu sendiri tidak turun bersama PAS dan membentuk serta membetulkan PAS dari dalam, kiranya merekalah orangnya yang mengutarakan idea bernas dan mempunyai pandangan yang jauh.

Di bulan Ramadhan ini, bebaskan ia daripada anasir-anasir mengeji lantaran rasa sakit hati terhadap pandangan orang lain sehingga tidak secara sedar yang lain makan nangka, yang lain terkena getahnya. Wallahua'lam.

Tiada ulasan: