Rabu, 4 Ogos 2010

Pulakdah!

Pulakdah!


Penutup Khas Alat Sulit Wanita Dicipta

Posted: 03 Aug 2010 07:10 PM PDT


Para penumpang wanita kerap malu ketika melalui alat pengimbas X-ray. Ia kerana bahagian sensitif wanita iaitu puting payudara dapat kelihatan jelas. Namun kini masalah itu sudah dapat diselesaikan.

Sebuah perusahaan di Los Angeles berhasil menyelesaikan masalah pemeriksaan tubuh ini. Kaedahnya dengan mencipta alat penutup bahagian peribadi Anda.

Penutup ini boleh digunakan di bahagian tubuh yang sensitif yang dapat dilihat jika melalui mesin pengimbas.

Ia diperbuat daripada getah yang memiliki ketebalan dua milimeter yang disisipkan dalam pakaian dalam atau juga boleh ditempelkan pada bahagian luar.

"Hingga saat ini, masyarakat belum boleh menyuarakan ketidaksukaannya terhadap pengimbas tubuh yang mengganggu," ujar jurucakap perusahaan Michael Luongo, seperti dilaporkan Orange, Selasa (3/7/2010).

"Penutup puting ini diperuntukkan kepada para penumpang pesawat bagi mendapatkan perlindungan yang cukup dari alat pengimbas tubuh. Penggunaan yang mudah akan membuat pemakainya merasa selesa," lanjutnya.

Alat pengimbas tubuh, mengeluarkan 'imej bogel' para penumpang, disebabkan oleh gelombang elektromagnetik ketika mereka berdiri di depan alat itu.

Alat penutup tersebut sudah diuji di Bandar Manchester selama 12 bulan sementara 11 bandar lain di Amerika Syarikat akan mula menggunakan alat penutup tubuh itu dua tahun akan datang.

Jika anda minat artikel ini :
thanks1

Tiada ulasan: