Khamis, 19 Ogos 2010

PERAKITE

PERAKITE


Zambry kantoi dipaksa ikut arahan Muhyiddin ?

Posted: 18 Aug 2010 03:41 PM PDT

Missi 1Malaysia DS Dr Zambry Abdul Kadir telah kantoi. Sewenangnya tidak sampai dua minggu, Zambry mewartakan pengambilan tanah orang India, dia terpaksa membatalkan atas arahan TS Muhyiddin Yassin.

Aib dan memalukan bagi seorang Menteri Besar yang kononnya memperjuangkan hak rakyat 1Malaysia tidak mahu mendengar pandangan dan sentimen masyarakat setempat sebelum membuat keputusan.

TPM telah mengarahkan Zambry membatalkan pengambilan tanah hak milik orang India di bawah Persatuan India Dinding (DIA) di Sitiawan itu dan Zambry terpaksa akur dengan membatalkan pewartaan pengambilan tanah itu yang baru diluluskan barisan exconya.

Zambry melalui mesyuarat exco yang dipengerusikannya telah mewartakan pengambilan tanah seluas 2.02 hektar itu untuk projek pembesaran Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat Sitiawan, tanpa mengendahkan bantahan dan sentimen masyarakat India setempat.

Tindakan Zambry itu telah mencetuskan sentimen tidak puas hati masyarakat India di situ kerana ia sebagai tanah warisan mereka. Ini menyebabkan Timbalan Perdana Menteri, terpaksa campur tangan dan mengarahkan pengambilan tanah yang sudah diwartakan oleh Zambry itu dibatalkan dan dikembalikan kepada DIA.

Sebelum itu, Zambry telah diarah oleh Muhyiddin menjelaskan mengenai kes berkenaan.

Mengikut sejarah, tanah berkenaan telah dibeli oleh DIA ketika zaman penjajahan British menerusi pungutan derma masyarakat India di situ.

Ekoran itu, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak semalam, membuat keputusan membatalkan pewartaan itu yang dibuat awal Ogos. Zambry juga mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Perak (PTG) Perak, Datuk Abu Zar Omar, mengambil tindakan susulan pembatalannya.

Zambry berkata pada dasarnya, isu ini sudah selesai, wal hal kerosakan sudahpun dilakukan.

Katanya, kerajaan negeri akan mencadangkan tapak baru kepada Kementerian Pelajaran jika mahu membina sekolah rendah baru bagi menggantikan SK Simpang Empat Sitiawan sedia ada. Yang peliknya kenapa peringkat awal tak dibuat begitu.

DIA dan masyarakat India telah membantah tindakan kerajaan negeri untuk ambil alih tanah itu kononnya bagi projek pembesaran SK Simpang Empat Sitiawan atau lebih popular dengan nama Sekolah Gandhi.

Ada laman web menyifatkan tindakan pengambilalihan tanah itu sebagai satu daripada usaha `pembersihan etnik India' di Perak.
Zambry pula sekadar selamba dan terpaksa mengucapkan terima kasih kepada MIC yang menurutnya (Zambry) bukan saja memperjuangkan isu berkenaan, tetapi memberi penjelasan mengenai sejarah pembelian tanah itu. Yang peliknya apakah Zambry tidak mengendahkan pandangan MIC sebelum melaksanakan hal berkenaan, atau dia tidak mempedulikan kelibat Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu.

Tup-tup, Zambry berkata, kerajaan negeri bersedia menyelesaikan masalah rakyat dan bukan seperti parti pembangkang yang sentiasa mengambil kesempatan untuk mempolitikkan apa juga perkara.

Dia yang buat dan mencari onar, orang lain yang disalahkan.

Tiada ulasan: