PENYAPU SIAL |
- selepas skandal sayfool liwat dengan DPP farah...peguam negara setan berselera nak berskandal dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa...
- Cadangan untuk ganti perlembagaan akan membawa implikasi negatif
- Nota Terakhir Hanya Direka untuk selamatkan diri pembunuh tajaan kerajaan barisan najis....
- celaka punya najib....tindakan melampau membuli peneroka Felda
- UMNO pendengki islam...tu pasal matawang dinar di tentang
- PAS cabar Ridhuan Tee masuk Umno
- doktor totok UMNO vs doktor PR....Pornthip tiba diselubungi kerahsiaan serta kawalan ketat
- ribut dalam rumahtangga UMNO-BN.....UMNO Kedah bergegar lagi....
- UMNO-BN susukan kera yahudi rakyat mampos kelaparan....... Kontrak RM77 Juta Upah Apco Tertinggi Di Dunia
- bila suara katak terpekik dalam gema tempayan budu....!!!!
Posted: 18 Aug 2010 06:13 AM PDT Tidak cukup dengan pendedahan mengenai hubungan pengadu dan saksi utama perbicaraan Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan hubungan sulit Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh, kini penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin melontarkan 'bom' yang bakal menggegarkan badan kehakiman negara - dakwaan hubungan sulit antara Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad. Dalam kolumnya 'No Holds Barred' Raja Petra atau RPK menulis dalam artikel berjudul 'Okay, What About This Affair Then?' bertarikh 16 Ogos, hubungan sulit antara Abdul Gani dan Azailiza adalah 'rahsia terbuka' dikalangan kakitangan Jabatan Peguam Negara. "Ya, semua orang tahu mengenai hubungan suklit ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza selalu ke luar negara bersama, dan untuk menjimatkan wang pembayar cukai, mereka memilih untuk berkongsi bilik daripada menyewa bilik berasingan. "Nampak gayanya banyak sangat skandal seks di Istana Keadilan. Apatah lagi Ketua Hakim Negara mengahwini isteri kedua di Thailand secara tidak sah dan kemudiannya menghapuskan bukti bagi mengelak pendakwaan, seperti juga kawan kita Ahli Parlimen dari Sabah. Terfikir kita sama ada mereka mempunyai cukup masa untuk menyediakan kes di mahkamah," kata RPK secara sinis. RPK mengaitkan pendedahan beliau terhadap Abdul Gani dengan dakwaan skandal antara Saiful dan Farah. "Kenapa Peguam Negara tidak mahu mengesah atau menafikan dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwaan mengadakan hubungan dengan saksi utama? Alangkah mudah sekiranya beliau terus menafikannya dan selesai semua masalah? "Beliau (Abdul Gani) toidak mahu mengambil risiko ke atas dirinya kerana pertamanya beliau tahu sekiranya beliau menafikan lebih banyak keburukan akan terdedah. Lebih-lebih lagi beliau risau saya akan mendedahkan satu lagi hubungan sulit iaitu antara beliau dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad," kata RPK dalam artikelnya. RPK mendakwa mahkamah pada hakikatnya mengakui hubungan romantis Saiful-Farah kerana ia tidak berminat samada perkara itu berlaku atau tidak.Mahkamah hanya mahu menentukan sama ada hubungan itu akan menjejaskan kes yang sedang dibicarakan. "Dalam erti kata lain, adalah berlaku 'pillow talk' semasa hubungan diadakan? Dan mahkamah pun sudah yakin tidak ada 'pillow talk' hanya hubungan intim sahaja. Jadi tidak ada salah pendakwaan dan maka itu pertuduhan terhadap Anwar tidak harus digugurkan," kata RPK membuat kesimpulan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan pasukan pembelaan membuang kes. RPK Kini Dakwa Peguam Negara Ada Hubungan Sulit Dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa |
Cadangan untuk ganti perlembagaan akan membawa implikasi negatif Posted: 18 Aug 2010 05:46 AM PDT Mana-mana cadangan untuk menggantikan Perlembagaan Persekutuan akan membawa implikasi negatif. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata tindakan berkenaan bagaikan membuka 'empangan bah sosiopolitik'. Justeru, ia mungkin akan memecahkan kontrak sosial sedia ada dan hanya merugikan pelbagai pihak lebih-lebih lagi orang Melayu dan kaum Bumiputera. Pindaan Perlembagaan negara bukanlah mudah dan ia juga bertentangan dengan konsep 1Malaysia. Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang berkata 'perlembagaan baru' sudah dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk menggantikan perlembagaan sedia ada. Harussani berkata pindaan perlembagaan baru menyisihkan orang Melayu dan kaum Bumiputera yang tergaris dalam perlembagaan sedia ada. penyapu sial Takut tukar Perlembagaan Persekutuan kerana bimbang hilang kuasa dan peluang makan rasuah. ni semue temberang mufti pecacai tua supaye org melayu sokong um nooo Ini Harusani aaahh banyak bahaya punya kenyataan. Lu hrusani ada pakai akal, lu tau ini bahaya, lu mesti hantar sana balai polis buat laporan. Lu HARUSANI tadak buat laporan Polis aahhh, lu banyak munafik punya, lu mau kasih hancur ini negara. lu mau buat fitnah? tadak fitnah, lu Harusani buat lapor Polis, biar polis tangkap itu orang buat perlembagaan baru. KAlau tadak lapor, ertinya itu Harusani aaahhh, Keldai Tunggangan sama ini politik UMNO. Apa macam MUFTI punya orang boleh sekongkol sama ini RASUAH punya orang aah? Gua banyak hairan |
Nota Terakhir Hanya Direka untuk selamatkan diri pembunuh tajaan kerajaan barisan najis.... Posted: 18 Aug 2010 05:25 AM PDT Peguam-peguam keluarga Teoh Beng Hock hari ini mempersoalkan kerelevanan bukti baru yang hendak dibawa oleh Jabatan Peguam Negara dalam inkues bekas setiausaha politik itu selepas pakar forensik Dr Pornthip Rojanasunand menegaskan, protokol ketat diperlukan dalam menangani bukti-bukti sedemikian. Terdahulu pakar dari Thailand itu memberitahu mahkamah bahawa institutnya mewajibkan amalan protokol ketat dalam menangani bukti seperti dokumen seperti ujian DNA sebaik sahaja sesuatu bukti baru diperoleh. "Kami mempersoalkan nilai bukti sedemikian," kata peguam Malik Imtiaz Sarwar kepada pemberitan selepas prosiding hari ini. "Ujian DNA dan ujian pengesanan cap jari seharusnya dilakukan. Tetapi dalam kes (Teoh), ia tidak dilakukan," kata beliau yang mewakili kerajaan negeri dalam inkues ini. Keluarga Teoh melahirkan rasa kecewa dan marah dengan langkah Jabatan Peguam Negara mahu membawa bukti ke mahkamah koroner sambil berkata ia diambil dari beg Teoh. Minggu lalu, Malik membidas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail kerana mendedahkan butiran terperinci bukti terbaru — sekeping nota, yang dikatakan ada kaitan dengan inkues kematian Teoh. Malik menegaskan, bukti terbaru itu belum lagi dikemukakan di mahkamah tetapi sudah pun diperincikan kepada umum oleh Peguam Negara. Ekoran makluman di mahkamah kelmarin tentang nota spekulasi tersebar luas dengan ada yang mendakwa bahawa bukti baru itu merujuk kepada nota bunuh diri. Kewujudan nota bunuh diri itu juga muncul di blog-blog pro-Umno. Dalam kenyataannya minggu lalu, Pejabat Peguam Negara menafikan dakwaan mereka menyembunyikan bukti dalam inkues kematian Teoh selepas mengemukakan sekeping nota yang ditemui tahun lepas dalam beg sandang bekas setiausaha politik itu. Penemuan bukti baru itu yang dimaklumkan awal minggu lalu menyebabkan prosiding inkues ditangguh sehingga ke hari ini. Sejurus selepas penangguhan inkues, Pejabat Peguam Negara berkata ia dimaklumkan mengenai penemuan nota itu oleh pegawai penyiasat ASP Nazri Zainal pada 7 Oktober lalu iaitu lebih dua bulan selepas kematian Teoh. Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga bekas setiausaha politik itu dan kerajaan Selangor. Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. Ia jelas satu konspirasi yang diketuai oleh Peguam Negara. Nota terakhir itu saja di ada-adakan. Tiada rakyat yang siuman boleh mempercayainya. Selain dari ianya rekaan, ia juga memnyusahkan banyak pihak terutama bagi membuktikan yang nota itu sahih. Pembunuh Teoh yang sebenar MESTI dicari. Beliau masih bebas. Rakyat percaya ia masih berada di dalam SPRM sendiri. |
celaka punya najib....tindakan melampau membuli peneroka Felda Posted: 18 Aug 2010 04:34 AM PDT Bagi menunjukkan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak peka dengan penderitaan para peneroka Felda, peneroka dijanjikan oleh Najib untuk diberi RM 350 bagi setiap peneroka yang berupa bayaran khas untuk hari raya aidilfitri. Dilaporkan bahawa 101,391 peneroka Felda akan mendapat bayaran tersebut (lihat The Star 14/8/2010 ). Segala bayaran yang boleh mengurangkan beban para peneroka amat-amat kita alukan. Namun yang kita tidak boleh terima sama sekali mengapakah seramai 11, 244 peneroka yang memilih untuk tanam semula secara sendiri dan tidak melalui Felda hanya akan diberikan RM150 sahaja untuk hari raya aidilfitri nanti . Tiada sebarang alasan mengapakah para peneroka yang yang memilih untuk tanam semula secara sendiri dan tidak melalui Felda hanya akan diberikan RM 150 sahaja sedangkan rakan-rakan mereka mendapat RM350-00 dari pihak Felda. Kalau ini bukan diskriminasi apa nak kita namakan dengan tindakan ini? Apa guna kita mempunyai Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata di sisi undang-undang jika Kerajaan dengan secara mudah dan tanpa rasa bersalah terus menerus melakukan tindakan diskriminasi sesama peneroka. Memanglah kita tidak boleh harapkan Kerajaan Najib untuk takut pada Allah kerana bertindak zalim ke atas peneroka dengan mendiskriminasi sesama mereka – yang tanam semula dengan Felda dapat RM 350 dan yang tanam semula secara sendiri hanya dapat RM 150-00 sahaja – namun sekurang-kurangnya kita masih harapkan Kerajaan Najib ini masih boleh berfikir dan bertindak secara rasional dan dalam kerangka Perlembagaan. Nampaknya tindakan terbaru Najib ini mengesahkan bahawa rakyat tidak boleh mengharapkan pemimpin No 1 Umno dan Negara ini untuk hormati ayat Al-Quran yang melarang umatnya melakukan kezaliman. Hatta untuk mengharapkan mereka Najib menghormati Perlembagaan pun jauh panggang dari api. Kesimpulannya Najib tidak mesra Perlembagaan jauh sekali mesra Al-Quran. Harus diingat apabila para peneroka memilih untuk tanam secara sendiri dan tidak melalui Felda (selepas pokok mereka ditebang ) para peneroka hakikatnya hanya melaksanakan opsyen yang Felda berikan kepada mereka. Felda sendiri sebenarnya telah memberikan pilihan kepada para peneroka untuk menanam semula secara sendiri. Hakikatnya mereka yang menanam semula secara sendiri telah dijanjikan oleh Felda untuk diberikan wang sebanyak RM 1700 seekar bagi menanggung perbelanjaan kerja-kerja tanam semula. Mantan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gadam dan juga Pengerusi Felda Holdings Yusuf Noor pernah membuat kenyataan di akhbar dan memberi jaminan bahawa peneroka-peneroka yang memilih untuk menanam semula secara sendiri berhak mendapatkan wang mereka daripada tabung tanam semula. Melalui mesyuarat antara Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM ) dengan Kementerian Perusahaan Utama yang turut dihadiri oleh wakil Felda pada 11/1/2001, Felda bersetuju memulangkan kembali wang daripada tabung tanam semula kepada peneroka yang sudah menjelaskan bayaran skim Felda tidak kira sama ada mereka membuat tanam semula secara bersendiri atau menerusi Felda dan jumlah wang yang akan dikembalikan ialah RM 1,700.00 setiap ekar. Sebenarnya para peneroka yang menanam semula secara sendiri dalam banyak hal didiskriminasi. Mereka bukan sahaja didiskriminasi dalam isu pemberian duit raya tapi juga dalam perkara yang lain. Ada para peneroka yang terpaksa pergi ke Mahkamah bagi mendapatkan wang RM 1700 seekar. Pada masa ini saya sedang mewakili 24 peneroka Air Tawar 5 Kota Tinggi, Johor dan 11 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 yang dinafikan oleh Felda bagi mendapatkan wang dari tabung tanam semula sebanyak RM 1700 seekar tersebut. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedih dan pilunya melihat para peneroka yang sudah lanjut umur dan ada yang sudah uzur bersusah payah memanjat tangga Mahkamah bagi mendapatkan hak mereka. Meskipun Felda dan Najib terus menerus memberikan janji manis bahawa peneroka yang tanam semula secara sendiri akan diberikan wang dari tabung tanam semula sebanyak RM 1700 seekar namun apabila tiba waktu perlaksanaan janji tersebut maka peneroka akan dikenakan pelbagai syarat melalui beberapa Pekeliling yang dikeluarkan oleh Felda dari semasa ke semasa. Sekejap Pekeliling TBB – Operasi 4/2004, kemudian Pekeliling TBB – Operasi 2/2005, kemudiannya Pekeliling TBB – Operasi 2/2006 dan kemudiannya Pekeliling TBB –Operasi 2/2008 pula. Meskipun wang tabung tanam semula adalah hasil caruman para peneroka namun apabila tiba waktu membuat Pekeliling – Pekeliling tersebut kita tidak nampak kepentingan dan hak para peneroka yang menanam semula secara sendiri benar-benar dijaga. Apabila peneroka memilih tanam semula melalui Felda, ironinya Felda juga menggunakan wang dari tabung tanam semula. Jadi kita tidak faham mengapakah apabila pihak peneroka menanam secara sendiri ada dari mereka yang dinafikan hak oleh Felda untuk mendapatkan wang tersebut sedangkan kesemua mereka adalah peneroka tanpa mengira yang tanam sendiri atau yang tanam melalui Defendan. Wang tabung tanam semula adalah milik para peneroka di mana wang itu diambil dari potongan hasil peneroka setiap bulan dan bayaran tersebut dinyatakan secara spesifik di dalam Penyata Bayaran Hasil yang peneroka terima dari Felda. Sebenarnya para peneroka mempunyai alasan yang kuat untuk tidak mahu tanam semula melalui Felda. Para peneroka sebenarnya tidak mahu berhutang semula dengan Felda sepertimana yang mereka pernah alami sebelum mereka mendapat Hakmilik Geran hartanah mereka. Mereka yang tanam semula melalui Felda, meskipun mendapat bantuan Felda akan terpaksa membayar kembali bantuan tersebut bersama-sama dengan kadar faedah (baca riba) yang mana kadar itu boleh diubah dari semasa ke semasa. Para peneroka yang tanam semula melalui Felda tidak boleh campurtangan berkenaan rundingan harga jualan hasil tanaman mereka yang dilakukan oleh pihak Felda dengan pihak Kilang. Untuk Najib – selamat membuli para peneroka !!! Mohd Hanipa Maidin |
UMNO pendengki islam...tu pasal matawang dinar di tentang Posted: 18 Aug 2010 04:12 AM PDT Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan mempolemikkan penggunaan dinnar emas dan dirham perak di Kelantan adalah disebabkan sifat hasad dengki dan pihak tertentu. Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak melihat penentangan penggunaan dinar dan dirham tersebut mempunyai asas yang kuat selain dendam politik Umno terhadap kerajaan PAS negeri itu. "Tetapi kerana hasad dengki menyebabkan mereka menentang walaupun yakin perlaksanaan itu betul. "Mereka pertikai atas dasar politik semata-mata walaupun dengan hujah yang kabur," ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS. Jelasnya, sepatutnya perkara itu tidak menjadi isu apatah lagi kepada orang Islam kerana dinnar emas dan dirham perak sudah diguna sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi. Beliau berkata demikian ketika ditemui di JKR 10, di sini semalam. Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan pusat sepatutnya menyokong usaha yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan yang berhasrat untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam. Namun menurutnya, mungkin kerana sikap anti Islam dan hasad dengki yang mendalam, mereka terpaksa melawan dan menentang pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan. "Mereka terus melatah kerana berasa sengal dengan usaha kerajaan Kelantan berusaha melaksanakan syariat Islam termasuk sistem kewangan," ujarnya. Usaha Kelantan mengeluarkan dinnar emas dan dirham perak jelasnya adalah bagi menjaga sistem kewangan agar tidak berterusan dimonopoli barat. Negara Islam katanya perlu membuktikan kepada barat bahawa Islam mempunyai mata wangnya sendiri. Dalam pada itu, kerajaan negeri juga akan mengeluarkan sebuah buku mengumpulkan pandangan-pandangan alim ulama berhubung penggunaan dinnar emas dan dirham perak. Buku yang bakal disusun oleh kerajaan negeri itu juga akan mengumpulkan hasil tulisan dari kitab-kitab jawi dan Arab yang telah mendedahkan masaalah kewangan dalam Islam. Masyarakat Kelantan antara yang gemar membeli dinnar dan dirham untuk simpanan terutama golongan wanita. Dalam usaha menggalakkan penggunaannya, Tuan Guru memberitahu akan membayar zakat fitrahnya tahun ini dan masa akan datang menggunakan dinnar. Harakahdaily |
PAS cabar Ridhuan Tee masuk Umno Posted: 17 Aug 2010 02:58 PM PDT Dewan Pemuda PAS pusat mencabar kolumnis Mingguan Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyertai Umno jika terus-menerus mahu menuduh parti-parti politik selain komponen Barisan Nasional (BN) tanpa asas dan tidak tentu arah. "Sekiranya begini kenyataan beliau, Dewan Pemuda PAS mencadangkan agar beliau menyertai Umno dan istiharkan dengan cara terbuka," kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Azman Shapawi Abd Rani dengan merujuk kepada tulisan terbaru dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu. Kata Azman, pihaknya menyifatkan kenyataan Ridhuan tidak mencerminkan tahap pencapaian pendidikan yang beliau perolehi. "Beliau yang merupakan seorang yang berkelulusan doktor falsafah dan diploma dalam pengajian Islam sepatutnya agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan," katanya. Dewan Pemuda PAS merujuk kepada artikel yang ditulis Ridhuan yang bertajuk 'jangan terlalu berani mencabar' terbitan Mingguan Malaysia Ahad lalu, yang antara isi kandungannya berbunyi 'walaupun PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam'. Tulisan itu juga menggesa mereka yang mempersoalkan hak orang Melayu dan Islam balik ke negara asal masing-masing. "Ini merupakan satu pertuduhan yang serius yang boleh mencemarkan nama baik PAS sebagai parti yang berjuang menegakkan Islam di bumi Malaysia ini. Atas dasar apa kenyataan ini dikeluarkan?" kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Jelas beliau, PAS satu parti yang sejak dari dulu berjuang bukan sahaja atas nama Islam, malah setiap tindak tanduk dan keputusan mestilah berlandaskan al-Quran, hadis, qias dan ijma' ulama. "Dalam kuliah-kuliah agama dan ceramah-ceramah, PAS hanya menerangkan batas-batas iman dan kufur sebagai panduan kepada umat Islam agar tidak tergelincir daripada hukum syarak walaupun dalam berpolitik kerana Islam itu syumul dan tidak boleh dipisahkan dari kehidupan dunia. "Dewan Pemuda PAS mencabar agar dibuktikan individu mana yang pernah PAS kafirkan?" katanya lagi. Kata beliau, Ridhuan juga seharusnya mempelajari Islam dengan lebih mendalam sebelum menuduh PAS atas tuduhan yang sebegitu rupa. "Inilah akibat apabila belajar Islam dengan Umno yang memisahkan politik dengan agama yang mengakibatkan ramai yang kabur dengan Islam sebenar termasuk Ridhuan sendiri. "Dewan Pemuda PAS mendesak beliau agar menarik balik kenyataan tersebut yang dilihat lebih cenderung memburukkan PAS. "Beliau sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang lebih bersifat tidak menyebelahi mana-mana pihak," katanya lagi. penyapu sial Ridhuan Tee ABdullah mana boleh masuk UMNO - Dia bukan melayu, bukan bumiputera tulen. Tapi UMNO dah lama jadi parti celup. Pertahankan hak melayu konon. Poooodah. Demi keuntungan politik, mahafiraun telah melacurkan UMNO dari dulu. nama saja PHD konon, mungkin UMNO beli untuk dia. Cina muslim ini sepet juga mata dia, apa kelebihan dia ada, datang Ipoh beri ceramah, kalau saya bertembung pasti saya baling telor busuk ke muka dia. Siapa dia, hanya rakyat biasa, menganut ugama islam tapi hanya setengah tong tahi saja,, biarkanlah dia berkokok aje... |
doktor totok UMNO vs doktor PR....Pornthip tiba diselubungi kerahsiaan serta kawalan ketat Posted: 17 Aug 2010 02:39 PM PDT Pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang dibawa oleh kerajaan Selangor bagi memberi keterangan pada inkues Teoh Beng Hock, tiba di negara ini dengan kawalan ketat pihak keselamatan yang dibekalkan oleh kerajaan negeri dan cuba dirahsiakan. Dr Pornthip tiba pada jam 12.30 tengah hari tadi. Pada April lalu, beliau membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir bagi meneruskan untuk memberi keterangan. Ia berikutan 'nasihat' daripada majikannya, Kementerian Undang-undang Thailand supaya membatalkan kehadirannya kerana terdapat 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia. Beliau dijangka memberi keterangan apabila inkues bersambung esok. Pakar patologi Thailand itu juga pernah memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa beliau juga dinafikan melawat Kelantan awal tahun ini bagi menyiasat pembunuhan di selatan Thailand. Pada Oktober tahun lalu, Dr Pornthip berkata berdasarkan pemantauannya pada bedah siasat pertama, beliau dapati ada 80 peratus kemungkinanTeoh mati akibat dibunuh. Pendedahannya yang kontroversial itu menyaksikan pihak berkuasa bersetuju mengadakan beha siasat kedua yang dijalankan pada November tahun lalu. Pornthip, bersama Dr Peter Vanezis, seorang ahli patologi British yang diupah olh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak sebagai pemerhati pada behah siasat itu. Dr Vanezis dan pakar patologi kerajaan Dr Shahidan Md Noor, yang melakukan bedah siasat kedua, masing-masing telah memberi keterangan mereka pada inkues. Hanya Dr Pornthip yang belum berbuat demikian. Dr Shahidan menolak berlaku penjerutan sebagai punca kematian manakala Dr Vanezis berkata Teoh sedar ketika jatuh tetapi tidak menyatakan sama ada ia perbuatan bunuh diri. Berikutan pendedahan pada inkues minggu lalu, bahawa terdapat nota yang didakwa ditulis oleh Teoh yang dijumpai kira-kira dua bulan selepas kematiannya, keterangan Dr Pornthip dilihat begitu penting bagi menentukan kematiannya. Surat yang didakwa sebagai nota terakhir menjelaskan tindakannya membunuh diri yang ditulis oleh Teoh itu telah disebarkan oleh media arus perdana tetapi keluarganya menolak ia sebagai tulen. Malaysiakini |
ribut dalam rumahtangga UMNO-BN.....UMNO Kedah bergegar lagi.... Posted: 17 Aug 2010 01:43 PM PDT Sebelas AJK Pemuda Umno Bahagian Alor Setar Letak Jawatan Sebelas ahli jawatankuasa Pemuda Umno bahagian Alor Setar telah meletak jawatan berkuatkuasa 7 Ogos lepas dengan alasan tidak berpuas hati terhadap pucuk pimpinan bahagian kerana meminggirkan peranan pergerakan itu selepas pilihan raya umum 2008. Mereka terdiri penolong setiausaha, Mohd Azreen Azizan, selain Noor Baidurzaman Abu Bakar, Mohamed Shajahan Mohd Abdul Kader, Elias Haron, Mohamad Roshidi Marzuki, Wira bin Abdullah, Ahmad Faiz Abdul Halim, Mohd Zahir Abu Bakar, Ros Mahadi Hashim, Che Nat Said dan Mohd Shaharudin Manaf. "Kami tidak mahu mengkhianati parti dan atas sebab ini kami merasakan tidak lagi boleh melaksanakan tanggungjawab dan sewajarnya kami meletak jawatan bagi membolehkan AJK baru dilantik," kata Mohd Azreen kepada pemberita. Beliau menafikan kenyataan Ketua Bahagian Umno Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, yang mendakwa tidak mengetahui punca sebenar peletakan jawatan mereka. Katanya mereka telah beberapa kali bertemu dan berbincang dengan Ahmad Bashah, yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah, tetapi perkara yang dibangkitkan tidak pernah selesai. Mohd Azreen berkata mereka telah menghantar surat peletakan jawatan kepada ibu pejabat Umno pada 10 Ogos lepas dan salinan kepada kepada Umno negeri. Katanya mereka akan terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bernama |
Posted: 17 Aug 2010 01:39 PM PDT Malaysia menjadi negara yang membayar yuran perkhidmatan tertinggi di dunia kepada syarikat pro Zionis-Israel, Apco Worldwide sebanyak RM77 juta. Malah setelah syarikat tersebut dikecam berhubung kaitannya dengan konsep One Israel dan hubungan rapat pimpinan tertinggi syarikat itu dengan Zionis-Israel, Kerajaan Malaysia di bawah Umno-Barisan Nasional, menyambung semula kontrak perkhidmatannya awal Julai lalu. Daripada maklumat yang perolehi daripada seorang bekas duta Amerika Syarikat, Malaysia membayar upah paling mahal kepada syarikat itu. Kita dimaklumkan oleh seorang bekas duta Amerika Syarikat, daripada sebanyak lebih 50 cawangan Apco di seluruh dunia, tidak ada satu pun yang menerima bayaran bernilai RM77juta, yang paling tinggi ialah USD2 juta atau kira kira RM7 juta sahaja. Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang amat merisaukan. Apco dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak 15 Julai 2009 bagi memulihkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa melalui konsep 1Malaysia. Setelah lebih setahun gagasan 1Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri dan jutaan ringgit dibelanjakan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akur kempen itu belum mencapai sasaran dan masih tidak difahami rakyat. Kerajaan seharusnya menghentikan khidmat Apco Worldwide sebagai perunding komunikasi bagi membina konsep 1Malaysia, tetapi malangnya kontrak perjanjian dengan syarikat pro-Zionis-Israel itu disambung semula. Maknanya, ada agenda tersembunyi, meskipun kelemahan berhubung konsep 1Malaysia ini disuarakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri, tetapi macam ada agenda lain apabila kontrak ini disambung. Kita ragu RM77 juta yang digunakan untuk tujuan apa. Macam mana tak tercapai sedangkan kita bayar RM77 juta, mengapa rakyat masih tak faham tentang konsep 1Malaysia. Kesan yang di bawa 1Malaysia, yang diperkenalkan oleh syarikat Yahudi ini menunjukkan kesan negatif sehinggakan tidak ada penerimaan yang tepat oleh rakyat Malaysia berhubung apa sebenarnya konsep 1Malaysia, sedangkan pemimpin nombor satu dan nombor dua juga bercanggah dari sudut penerimaan. Berpuluh juta dibelanjakan untuk program dan kempen 1Malaysia sedang-kan hasilnya, rakyat menjadi keliru. Kalau TPM sendiri keliru, bayangkan bagaimana pula dengan rakyat terbanyak Kenyataan Dr Mahathir dan Muhyiddin, 3 Ogos lalu yang secara terbuka mengakui kelemahan 1Malaysia dilihat memberi tamparan hebat kepada Najib. Malah Muhyiddin seolah-olah cuba mengambil kesempatan memburukkan konsep 1Malaysia semasa ketiadaan Perdana Menteri, yang menyaksikan hubungan yang semakin keruh antara kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu. Kita nampak gambaran memang begitu, mengapa Timbalan Perdana Menteri, selepas Najib bercuti, terus keluar kenyataan yang bercanggah, nampak macam disengajakan dan seperti ada elemen yang disengajakan untuk memburukkan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri. Slogan 1 Malaysia gagal mencapai matlamat dan hanya merupakan retorik kosong bertujuan untuk memenangi hati kaum bukan Melayu. Slogan itu bukan sahaja gagal dari sudut perlaksanaan malah perpaduan kaum juga dilihat semakin goyah dengan tertubuhnya kumpulan ekstrem seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menjadi proksi kepada Umno. Perkasa menjadi liabiliti yang sangat besar kepada kerajaan dan menghakis perpaduan dalam negara. Perkara ini berlawanan dengan kehendak gagasan 1Malaysia yang di bawa Najib. Jelas 1Malaysia hanya slogan tetapi perlaksanaannya jauh dari matlamat sebenar terutama di Sabah dan Sarawak. Dulu kita kritik Islam Hadhari, tetapi sekurangnya ia masih dapat difahami. Tetapi 1Malaysia ini seolah agama baru yang di bawa, umpama satu patung yang dipuja. |
bila suara katak terpekik dalam gema tempayan budu....!!!! Posted: 17 Aug 2010 01:30 PM PDT BAGUSLAH Encik Ibarhim Ali sudah buka mulut memberi kata dua kepada Najib Razak, sama ada hendak melakukan apa saja yang boleh menangani masalah Melayu ataupun akan menghadapi kehilangan undi orang Melayu dalam pilihan raya akan datang. Bunyinya keras dan garang amaran Encik Ibarhim Ali itu. Ia meremangkan bulu roma para pengikut dan pendokongnya. Bagi mereka yang tidak kenal Encik Ibrahim merasakan kata-kata itu akan mengacam Umno dan Najib. Seolah-olah Encik Ibrahim boleh memanggil semua orang Melayu supaya menolak Umno. Tetapi bagi orang yang sudah kenal dan tahu apa warna urat perut Encik Ibrahim tidak pun merasai apa-apa dengan kenyataan itu. Ianya tidak lebih daripada cara Encik Ibrahim melakukan exeercise mulut saja. Setengah orang kalau hendak melancarkan kelenjer mulut makan chewging gum tetapi tidak dengan Encik Ibrahim dia melakukan latihan mulut dengan bercakap dan memaki hamun orang. Latihan ini diamalkan sejak berpuluh tahun lalu. Bagi mereka yang kenal dan makrifat dengan perangai Encik Ibrahim sikit pun tidak merasa pelik dengan amaran Encik Ibrahim itu. Encik Ibrahim memang lantang. Tetapi sebenarnya kelantangan itu tidak pun menakutkan sesiapa. Suara Encik Ibrahim samalah suara katak dalam tempayan budu yang kosong. Atau macam suara pelakar ditengah hari yang tidak akan menurunkan setitik hujan. Memang suara dalam tempayan budu kosong kuat dan berdaung lantang. Bukan apa disebabkan suasana dalam tempayan itu. Ia bergema dan menerbitkan talun bertubi-tubi. Berada dalam tempayan budu macamlah berada dalam stadio yang pakai echo... bergema. Aummm... aummm. Ho..hoooo. Kalau di kampung-kampung dulu orang akan masuk dalam tempayan budu kemudian mengaum untuk menakut-nakutkan budak-budak. Bila budak dengan suara itu akan lari lintang pukang kerana fikirkan itu suara hantu. Nah begitu juga dengan kelantangan Encik Ibrahim itu hanya kelantangan palsu. Suara dalam tempayan budu saja. Setiap kali timbul isu khususnya isu Melayu maka setiap kali itu Encik Ibrahim akan berkokok. Akan meraung, aum... aum.... Sekali ingat ia sudah jadi budaya dan habit buatnya. Berkokok dalam tempayan budu adalah jenis permainan Encik Ibrahim Ali sejak lama dulu. Apabila beliau memberi kata dua kepada Najib Razak ekoran tindakan MCA mendesak supaya ekuiti Bumiputera dikurangkan, sepertimana yang dirumuskan dalam kongres ekonomi Cina semalam, kata dua itu hanya tidak lebih dari kata dua atau kata tiga saja. Najib tidak sedikitpun hairan dan teruja dengan suara itu kerana sudah pun kenal dengan suara Encik Ibrahim. Najib tidak akan melayanninya. Kata dua atau kata tiga Encik Ibrahim itu tidak membawa apa-apa efek pun. Lagipun dalam suasana sekarang ini Najib akan lebih mendegar suara orang Cina dari suara Melayu macam Encik Ibrahim. Pada Najib suara orang Cina lebih mengancamnya daripada suara Encik Ibrahim. Najib tidak akan mengalami apa-apa kerugian kalau dengar suara Cina dari suara Encik Ibrahim. Najib juga berfikir Encik Ibrahim tidak akan berbuat apa-apa dengan untuk mengalihkan sokongan Melayu kepada Umno kerana siapalah Encik Ibrahim. Lainlah kalau Encik Ibrahim masih bersama Pas sudah tentu ajakan Encik Ibrahim itu boleh mencemaskan Najib. Encik Ibrahim tidak ada upaya untuk memaksa atau menarik orang Melayu bersamanya dan menghukum Umno. Kerana mereka yang bersama Encik Ibrahim hari ini hanya dua tiga kerat saja itu pun mereka yang sudah tidak laku dan dibuang oleh Umno kerana memiliki berbagai virus yang membusungkan perut. Kenapa saya kata begitu, kalau Najib takut, gerun dan merasakan suara Encik Ibrahim penting, Najib sudah lama mengambil Encik Ibrahim. Menerima menjadi ahli Umno semula. Tetapi belum terbuka untuk Najib berbuat begitu. Saya juga tidak kira Najib sengaja membiarkan Encik Ibrahim berada dalam kloni Umno sebagai badan pendesak, kerana lagak Encik Ibrahim menyusahkan Umno. Ia merenggangkan orang Cina dengan Umno. Bukankah orang Cina sudah menganggap NGO yang diketuai Encik Ibrahim sebagai rasis. Najib juga tidak peduli kerana Najib tahu kapasiti Encik Ibrahim. Tahu seramai mana dan dari jenis apa yang mereka berada di belakang Encik Ibrahim. Kebanayakan mereka adalah bekas pemimpin Umno yang sudah kehilangan kuku. Terima atau tidak, mereka ini sudah pun jadi melukut di tepi gantang bagi Umno. Bagaimana pun sebagai orang Melayu saya bersetuju dengan perjuangan Encik Ibrahim mempertahankan songkok dan keris. Sekurang-kurang Encik Ibrahim ada identiti dan jasa dan capnya tersendiri. Tetapi apa yang perlu fikir, apa gunanya kalau perjuangan atau visi kita tidak ke mana? Ianya hanya penuh dengan gema dan gimik saja. Seingat saya sudah lama Encik Ibrahim berjuang menjaga dan membela kepentingan Melayu. Sejak zaman kampus tahun 1974 bersama Anwar lagi. Dia selalu dakwa begitu. Tetapi adakah hasil yang diperjuangkan olehnya? Kalaupun ada kejayaan Encik Ibrahim itu adalah perkongsian bersama Anwar Ibrahim dan rakan-rakan lain. Ia bukan kejayaan individu Encik Ibrahim. Kalau Encik Ibrahim tidak bergabung dengan Anwar, mungkin dunia pun tidak mengenai siapa dia Encik Ibrahim. Mungkin dia mampu jadi presiden persatuan dikir barat di Kelantan saja. Jadi kenyataan Encik Ibrahim itu tampaknya tidak ada apa-apa kesan dan kenyataan pun. Kalau setakat berjaya membawa balik jambatan Tendong, ia tidak memberi apa-apa makna, Jambatan bukan ikon kepada orang Mlayu. Apa lagi kalau jambatan itu lebih memberi ksenangan dan kemudahan kepada Encik Ibrhaim berbanding dengan rakyat. Satu hal lagi, bila saya melihat Encik Ibrahim berjuang saya teringat kepada dua orang pelakon drama dalam televisyen. Setiap kali terpandang dua aktres ini saya jadi ralat. Kenapa ralat. Dalam filem dia melakukan watak-watak protagonist, jadi tok guru, ustaz ataupun ibu dan isteri yang baik. Sebaliknya kehidupan dia diluar berbeza dengan watak yang dilakonkan itu. Di luar dia pernah didakwa kerana merompak pemandu dan berjaya melarikan RM7.20. Manakala yang perempuan itu rumah tangganya porak peranda dan ada skandal dengan laki orang. Bila kita sudah kenal kehidupan realitinya begitu, menyebabkan watak yang dilakukan itu betapa baik dan berjaya pun sukar untuk diterima. Setiap kali dia melakukan watak tok guru, maka terbayang di mata bagaimana dia merompak keling yang jadi pemandu teksi itu. Begitulah saya melihat Encik Ibrahim dalam perjuangannya. Akhlak dan moralnya bertentangan dengan visi perjuangan yang hendak dibawa. Visinya murni, agung dan mulia, tetapi caranya dan kaedahnya huduh sekali. Nasib Encik Ibrahim ini samalah dengan nasib seorang yang menjadi imam, tetapi ia tidak mengambil wuduk. Betapa dia bergaya, serban tinggi, juban labuh meleret boleh buat sapu tahi ayam monir, suara baik, tetapi tidak ada gunan mengikuti dia kerana imam itu tidak ambil wuduk. Sembahyang yang diimani oleh imam berkenaan tetap tidak sah. Begituah juga dengan perjuangan Encik Ibrahim untuk membela, menegak, melentang dan melebarkan Melayu itu tidak akan mendapat sambutan kerana perjuangan (caranya itu) tidak sah. Sia-sialah mengikuti imam yang rosak tata tertibnya. Kena sembahyang semula! Mohd Sayuti Omar |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan