Ahad, 15 Ogos 2010

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


sekapal dengan pengerusi SYABAS....seorang pemimin UMNO/BN belasah wang rakyat RM 2 juta setahun milik Felda....!!!!!

Posted: 15 Aug 2010 08:13 AM PDT



Tan Sri Mohd Yusof Nor di cabar agar mendedahkan kepada umum jumlah ganjaran yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.

Maklumat diterima menunjukkan Yusof memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan juga elaun.

Perkara ini ditimbulkan di sebalik dakwaan bahawa Felda akan muflis manakala lebih 700 peneroka dari dua Felda menyaman agensi persekutuan RM200 juta berhubung isu penipuan dalam kiraan perahan minyak sawit.

Dua bulan lalu Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa aliran wang tunai semasa Felda telah merosot berbanding lima tahun lalu.

Kita nak tanya kepada beliau (Yusof) berapa jumlah ganjaran yang diperoleh sebagai Pengerusi Felda yang turut mengawal anak-anak syarikat Felda?

Betul atau tidak pendapatan beliau termasuk gaji dan elaun mencecah sehingga RM2 juta setahun?"

Dakwaan Yusof menerima ganjaran sebanyak RM2 juta hanya khabar angin tetapi ia penting untuk diketahui umum terutamanya peneroka.

Kita cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi kita menantikan jawapan daripada beliau (Yusof).

Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya sangat tinggi.

Itu yang kita mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun.

Adakah ia ada mencecah RM2 juta

Felda diasaskan pada 1956 untuk membantu orang miskin kepada sebuah kawasan membangun.

Ia telah berkembang dan menjadi pembekal perladangan terbesar di dunia, dengan 811,140 hektar ladang kelapa sawit, terutama di Malaysia, dengan beberapa operasi di Indonesia.

RPK Dakwa Saiful Jalin Hubungan Sejenis Dengan Pegawai Khas Najib

Posted: 14 Aug 2010 05:00 PM PDT

Belum lega kontroversi dakwaan hubungan sulit antara saksi utama pendakwaan dalam kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif, kini timbul pula pendedahan terbaru yang mengaitkan Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh.

Pendedahan yang menggemparkan ini dibuat dalam artikel bertajuk "Just When You Thought It Is Safe To Go Into the Water" bertarikh 10 Ogos lalu yang ditulis oleh penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin aka RPK dan disiarkan dalam portal berita MalaysiaToday.

RPK mendakwa rumahtangga Khairil yang baru berkahwin dengan Sharifah Nabila Sara, anak kepada bekas Konsul Kehormnat Mongolia pada 30 Jun lalu kini dilanda badai.

Beliau mendakwa Sharifah Nabila telah 'pulang' ke rumah ayahnya hanya setelah sebulan bernikah dengan Khairil dan tidak menolak kemungkinan ikatan perkahwinan pasangan tersebut mungkin akan terlerai.

"Mereka belum benar-benar bercerai tetapi kemungkinan akan bercerai sangat besar.

"Mengapa Syarifah Nabila meninggalkan rumah tangganya untuk pulang ke rumah bapanya sambil mendengu? Simple. Dia tidak gembira yang suaminya ialah 'AC-DC', seperti Saiful. Untuk makluman pembaca yang kurang faham ini bermakna biseksual.

"Ya, Khairil, seperti Saiful, suka dengan kedua-dua cara. Dan Syarifah Nabila sangat kecewa suaminya sedang menggunakan katil mereka untuk membuat temu janji dengan lelaki. Mengadakan hubungan seks dengan lelaki adalah satu perkara. Membawa balik mereka ke atas katil perkahwinan anda adalah satu perkara lagi - isteri Khairil tidak boleh menerima perkara itu.

"Jadi apa yang kita ada di sini? Pembantu Najib yang berkahwin dengan anak perempuam Konsul kehormat Mongolia. Anak perempuannya mahu menamatkan perkahwinan itu selepas sebulan berkahwin kerana suaminya sukakan budak lelaki dan membawa pulang ke rumah di atas katil mereka. Pembantu gay yang mempunyai kaitan dengan lelaki gay yang telah menuduh Anwar meliwatnya. Dan 'mangsa liwat' yang sama ini juga mempunyai hubungan seks dengan penolong pendakwa raya dalam perbicaraan Anwar," dakwa RPK lagi.

Tambah beliau laporan media yang menyatakan Saiful pernah berjumpa Khairil di pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu bukan sekadar untuk memohon biasiswa tetapi lebih daripada itu.

"Apakah hubungan antara Saiful dan Khairil? Khairil menyatakan Saiful pergi ke pejabat Najib untuk memohon biasiswa dan dia mengatakan mereka bertemu hanya sekali. MalaysiaToday berkata ia tidak benar dan terdapat sesuatu yang lebih di antara Khairil dan Saiful dan ia tiada kaitannya dengan biasiswa.

"Khairil ialah graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan semua yang mengenalinya di UIA tahu tentang kecenderungan ke arah homoseksual. Sejumlah rakan universitinya mengesahkan perkara ini, termasuklah rakan sekolah menengahnya daripada Sekolah Menengah Alam Shah," dakwa RPK.

Mengulas pendedahan terbaru RPK, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa berkata ini merupakan satu lagi dakwaan yang dibuat terhadap Saiful tetapi kali ini berkaitan hubungan sejenis Saiful dengan pembantu peribadi Perdana Menteri.

"Secara jelas, kita lihat kes terhadap Ketua Umum KEADILAN bertujuan untuk menjatuhkan beliau dan konspirasi oleh pemimpin Umno-BN khususnya Perdana Menteri untuk mematikan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saiful sebagai saksi utama yang diragui dan kredibilitinya juga musnah, hakim sepatutnya sudah boleh membuang kes dan mengenakan tindakan terhadapnya kerana cuba menjatuhkan maruah dan integriti Anwar sebagai pemimpin," kata Fariz ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menurut Fariz, pertuduhan terhadap Anwar tidak mempunyai nilai dan erti disebabkan barisan pendakwa raya tidak mempunyai bukti sama ada dakwaan hubungan Saiful dan Farah betul atau sebaliknya.

Tambahnya, dakwaan terbaru yang dibuat RPK di dalam blognya mengguatkan lagi desakan agar kes tersebut harus dibuang daripada terus dibicarakan.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf pula menyifatkan pendedahan yang dibuat itu mempunyai kaitan langsung dengan perbicaraan yang sedang berjalan.

Ini kerana kata Yusmadi, Khairil juga adalah salah seorang nama yang dikaitkan dalam perbicaraan terhadap Ketua Pembangkang.
\
"Saya rasa perkara ini perlu diperjelaskan kerana ia membawa akibat langsung ke atas kertas pendakwaan atau pun bukti-bukti yang digunakan oleh pihak pendakwaan.

"Mereka seharusnya menilai semula sama ada kes itu patut diteruskan atau tidak berdasar bukti-bukti yang telah tercemar," tegas beliau.



Selain Saiful, yang perlu bertaubat ialah para konspirator yang diketuai oleh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

Selain itu, pendakwa raya dan sekalian yang terlibat dari yang setinggi-tinggi pangkat seperti para hakim dan serendah-rendah pangkat (mungkin konstabel atau para kerani).

Semakin diteruskan konspirasi ini, percayalah, akan semakin banyak pekung Saiful akan terdedah. Semakin banyak pekung Saiful terdedah, alamatnya, semua yang terlibat di dalam konspirasi ini akan ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada. Termasuk para wartawan akhbar pencacai dan para blogger yang mendokong Saiful.

Rakyat kini semakin celik mata dan mengikut desas-desus, Saiful berkemungkinan mengidapi AIDS? GB tidak menuduh dan wallahu alam bissawab.

Kelantan perlu mematuhi undang-udang perundangan negara

Posted: 14 Aug 2010 04:52 PM PDT

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi peringatan kepada kerajaan Kelantan untuk tidak menggubal peraturan baru seperti pelaksanaan dinar dan dirham tanpa berbincang atau merujuk kepada kerajaan pusat.

Beliau berkata pelaksanaan dinar dan dirham perak sebagai mata wang untuk negeri Kelantan yang diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercanggah dan melanggar peraturan Bank Negara Malaysia (BNM).

Mustapa menasihatkan kerajaan negeri Kelantan supaya tidak membuat pertukaran sewenang-wenangnya kerana ia memerlukan perbincangan supaya tidak mengelirukan rakyat mengenai bidang tugas dan tanggungjawab kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian setelah Nik Aziz mengumumkan pelancaran mata wang syariah dinar dan dirham di negeri Kelantan termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.


penyapu sial

Kalau nak merujuk biarlah pada kerajaan yang bersih dan telus, bukan kerajaan yang penuh dengan korup dan berkuku besi.
Lagi satu, nak rujuk biarlah pada yang pandai, bukan yang bangang sampai nak bankrap negara ni.

Najib arahkan BNM kaji mata wang dinar dan dirham

Posted: 14 Aug 2010 04:38 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi arahan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melihat dan mengkaji penggunaan mata wang dinar dan dirham yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan dari segi perundangan.

Beliau menegaskan pengkajian semula itu perlu dijalankan kerana menurut perundangan negara, hanya BNM sahaja yang berhak mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di Malaysia. Justeru, BNM wajar mengkaji isu berkenaan untuk menentukan sama ada ia bercanggah dengan undang-undang.

penyapu sial

Dalam banyak-banyak pingat satu je najib belum dianugerahkan, PINGAT PHD. Dengan itu aku beri PINGAT HASAD DENGKI pada kau atas dengkinya kau terhadap kerajaan Kelantan. Apa pun dalam fikiran kau Kelantan pimpinan TG Nik Abdul Aziz tak boleh lebih dari kerajaan korup kau. Tak lama lagi, rakyat akan ajar UMNGOK/BN cukup-cukup.

LAGI SATU

KALAU PM "BOS" SUDAH ARAHKAN LIHAT DAN KAJI

UNTUK SIASAT, BANK NEGARA MALAYSIA NAK KATA

APA LAGI..ERMMM JAWAPNYA "YA DATUK SERI"

TAKKAN BNM NAK KATA TIDAK BOLEH..MALU LAH

NAJIB NANTI. KALAU TAK PERCAYA TENGOK LAH NTI

APA JAWAPAN BNM.

"TAKKAN NAK MALUKAN PM 1MALAYSIA"

hey blogger haprak UMNO....Bung Mokhtar dan pecacai UMNO yang lain lebih hebat berbini secara haram tau...!!!!

Posted: 14 Aug 2010 04:08 PM PDT

JANGAN SAMAKAN TAN SRI KHALID DENGAN BUNG MUKHTAR




TIDAK semena-mena MB Selangor dikatakan mempunyai isteri No.2. Tergelak besar Tan Sri Khalid mendengar cerita yang dihebohkan oleh beberapa blog Pro Umno itu. Komen Tan Sri Khalid mudah sahaja, "Itu bloggers bodoh" katanya.

Mungkin kerana teruja dengan `kelebihan' Bung Mokhtar, maka Bloggers `bodoh' tersebut ingin menyamakan Tan Sri Khalid dengan Bung Mokhtar. Bukan Tan Sri Khalid tidak mampu dari segi zahir yang kita lihat untuk `memasang dua' bahkan jika beliau mahu dari dahulu lagi beliau boleh berbuat demikian kerana Tan Sri Khalid seorang jutawan sebelum menjadi MB Selangor. Tetapi Tan Sri Khalid bukan mahu memikirkan soal memasang bini dua, tiga atau empat. Beliau lebih suka melihat rakyat Selangor selesa dan senang di bawah pemerintahannya. Jika ada yang sudah senang nanti, mereka juga boleh menjadi seperti Bung Mukhtar, tapi bukan Tan Sri Khalid.

Nampaknya Bloggers Pro Umno juga hilang tumpuan dan arah untuk menyerang MB Selangor. Berbagai cara telah dilakukan untuk menjejaskan imej Tan Sri Khalid namun dengan bijak serta selamba saja segala serangan itu dipatahkan oleh Tan Sri Khalid. Sehebat Khir Toyo dan Noh Omar termasuk raja sesumpah Ezam tidak mampu untuk berdepan dengan MB Selangor, usahlah Bloggers yang menulis pun lintang pukang untuk mencuba.

mandor

Tiada ulasan: