pemuda cheh |
- UMNO Kedah Kalut: Masing-masing Bawa Hal Sendiri?
- Tangkap ‘ikan besar’ selesai masalah
- Mahkamah jadi kedai tuak dan hakim mabuk
- Asri: Jangan politikkan isu khutbah, tak salah doa pemimpin sejahtera
| UMNO Kedah Kalut: Masing-masing Bawa Hal Sendiri? Posted: 23 Aug 2010 08:28 AM PDT Oleh Ahmad Albab Al-Kulimi Jumaat lalu, ana ke Lapangan Terbang Sultan Abd Halim, Alor Star menunggu kawan-kawan dari Kuala Lumpur. Sesampai di bangunan terminal, ana terkejut melihat banyak kereta Perdana dan Merz hitam. "Ai PM nak mai ka? Atau Muhyiddin. Tapi tak ada polis," tertanya saya. Dalam terminal ana jumpa seorang kawan yang juga bekas orang kuat UMNO Bahagian Kota Star. Biasalah bila bertemu kawan lama, banyaklah perkara kami borak. Ana tanya kawan ana, siapa yang nak mai. Ramai juak-juak UMNO dok tungggu. "Entah," katanya. "Hai hang orangkuat UMNO tak kan tak tau?" tanya ana. "Manalah aku tau. Aku tak ambil kisah langsung bab UMNO. Buang masa. Aku dah lama tinggal UMNO. Lebih baik aku joint puak-puak tabligh,"jawabnya. Ketika pesawat tiba, ana nampak mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Mahadir Khalid keluar dan disambut oleh tiga empat orang kuatnya dan terus keluar. Sebentar kemudian, nampak pula bekas Exco Kedah, Datuk Osman Aziz seorang diri keluar terus ke kereta yang menantinya. Selang beberapa minit keluarlah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang diimport, Datuk Shafie Afdal. Adalah empat lima orang kuat UMNO datang bersalam dan menyambutnya. Merekapun terus ke kereta dan keluar. Kemudian keluar pula Datuk Othman Abdul mantan Ahli Parlimen Pendang seorang diri keluar dan terus ke keretanya. Disini terbuktilah bahawa geng-geng UMNO Kedah masing-masing bawa hal. Hang hang! Aku aku!. Kalau betulah UMNO Kedah masih bersatu padu sudah tentu peristiwa di Lapangan Terbang Alor Star tidak semacam itu. Masing-masing bawa hal. Sudah tentu mereka akan tunggu dan keluar bersama. Terbuktilah sudah seperti yang dihebuh UMNO Kedah tunggu masa saja nak lingkup. | ||
| Tangkap ‘ikan besar’ selesai masalah Posted: 23 Aug 2010 08:11 AM PDT Terdapat banyak kes berprofil tinggi lewat diselesaikan agensi penguatkuasaan kerana terlalu memberi tumpuan menyelesaikan kes-kes kecil yang tidak pernah berkesudahan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, agensi penguatkuasaan yang dipertanggungjawabkan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) harus mengambil tindakan serius untuk menghentikan perkara yang sama daripada terus berulang dengan menangkap 'ikan besar' yang menjadi dalang pada masalah itu. Menurutnya, terdapat segelintir rakyat yang meletakkan persepsi negatif terhadap agensi itu seolah-olah mereka tidak menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sempurna. "Agensi terbabit harus menangkis persepsi itu dengan mempertingkatkan usaha dan tenaga bagi mengesan 'ikan besar' supaya aktiviti mereka dapat dihalang daripada terus berleluasa," katanya. Beliau ditemui pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Perak di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Gerakan Perak, Datuk Chang Ko Youn. Tsu Koon berkata, jika 'ikan besar' berjaya ditangkap ia adalah kejayaan yang besar daripada mengambil tindakan ke atas 1,000 'ikan kecil'. Beliau yang juga Presiden Gerakan berkata, selain melaksanakan strategi 'carpet bombing' pada perniagaan kecil dan sederhana, agensi berkenaan harus memeriksa secara rawak sama ada peniaga menjalankan peniagaan mengikut syarat yang ditetapkan undang-undang. "Bagaimanapun, saya berpendapat agensi berkenaan harus bertugas secara efektif dan langkah seperti menambah kakitangan adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan segala tugasan yang diberi," katanya. Terdahulu, dalam ucapannya beliau meminta supaya kerajaan membenarkan pekerja warga asing untuk bekerja di negara ini. Katanya, jika pekerja warga asing ini dihalang untuk bekerja, industri perkilangan dan perladangan tidak dapat beroperasi secara sempurna. "Sehubungan itu, sistem pengawalan dan pemantauan yang lebih efektif terhadap pekerja warga asing perlu dilakukan sebelum mereka dibenarkan untuk bekerja di sini," katanya. | ||
| Mahkamah jadi kedai tuak dan hakim mabuk Posted: 22 Aug 2010 03:41 PM PDT Faktor apakah yang menyebabkan orang ramai semakin terhakis keyakinan mereka pada mahkamah dan hakim-hakim.Tidak kira hakim peringkat kampung yang membicarakan kes kecurian ayam atau hakim yang mendengar dan membuat keputusan kes lebih besar yang melibatkan kepimpinan negara. Tidak kira di mana-mana negarapun, apabila mahkamahnya sudah menjadi seperti kedai tuak dan hakim-hakimnya berperangai dan bertindak seperti orang mabuk, maka masa hadapan warganya, negaranya dan kedaulatan mereka akan hancur Hari ini keputusan lain, besok mendengarkan keputusan lain biarpun fakta kesnya hampir sama. Terlepas di dunia bukan bermakna bebas untuk selama-lamanya. Jika di negara Cina penjawat awamnya termasuk hakim-hakim yang didapati menyeleweng atau mengkhianati, kerajaan akan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka. Banyak negara mengaku Islam dan demokrasi, tetapi amalan pentadbiran awam mereka jauh tersangat buruk berbanding beberapa negara di dunia dalam hal seperti ini yang mendaulatkan undang-undang sebagai pengawal aktiviti negara dan masyarakatnya. Apa yang boleh diharapkan dari mereka yang mabuk pada hari ini lalu mendengarkan tentang keadilan dan esok memberitahu tentang keindahan melacur prinsip keadilan itu sebagai matlamat utama tidak kira di atas faktor tidak waras, kurang ilmu, tekanan atau desakan. Pemabuk-pemabuk yang diamanahkan untuk mengadili sesama manusia lalu bertindak sewenang-wenangnya dengan kuasa dan kedudukan yang ada pada mereka mengabaikan amanah dan tanggungjawab dikira sama taraf atau lebih hina dari binatang. | ||
| Asri: Jangan politikkan isu khutbah, tak salah doa pemimpin sejahtera Posted: 22 Aug 2010 03:39 PM PDT Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) tidak mempolitikkan isu membaca doa membabitkan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang semasa khutbah sehingga boleh mencetuskan suasana tidak senang di kalangan rakyat. Sambil menegaskan beliau tidak pasti bentuk doa yang telah dibacakan sebagaimana didakwa oleh Umno Pulau Pinang, bekas mufti Perlis kelahiran Pulau Pinang itu menganggap membacakan kesejahteraan Lim selaku Ketua Menteri atau seabgai ketua kerajaan negeri adalah perkara kecil. Asri menambah, parti-parti politik perlu ada semangat "negarawan" tanpa melihat sesuatu isu itu dalam skop yang terbatas atau kerangka politik semata-mata atau kepentingan kelompok tertentu. "Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak... kita (sebenarnya) ada banyak perkara besar untuk dilakukan bagi rakyat negara ini... isu ini (membaca doa kesejahteraan) bukanlah besar sangat pun," kata beliau yang pulang ke tanah air dari Mekah kelmarin. "Saya tidak tahu apakah doa yang dibacakan, kita kena melihat pada kandungan doa," kata beliau ketika dihubungi semalam sambil menjelaskan, doa jatuh dalam empat kategori. Doa pertama menurut beliau, meminta seseorang pemimpin diberikan petunjuk atau hidayah manakala yang kedua berharap agar seseorang pemimpin itu bersikap adil atau bersimpati dengan nasib rakyat. "Doa ini boleh dibacakan ke atas pemimpin sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam," katanya. PR melihat Umno menggunakan isu itu menyerang kepimpinan negeri diterajui Lim sejak Mac 2008. Isu khutbah dilihat siri terbaru serangan ke atas kerajaan negeri pimpinan PR. "Dua doa yang lain ialah kita mendoakan kesejahteraan seseorang pemimpin itu walaupun dia berlaku tidak adil, seolah-olah kita bersetuju dengan kezaliman dia, dan satu lagi ialah berdoa memuji kepimpinan, seolah-olah doa penghias kepimpinan)... kedua-dua ini tidak boleh dilakukan," katanya. Asri juga membangkitkan persoalan mengapa isu doa dijadikan sebagai satu isu besar sekarang sedangkan ada parti-parti politik yang pernah berdoa agar membawa kemenangan seseorang calon bukan Islam yang diletakkan dalam pilihan raya. Katanya, jika doa kemenangan dibolehkkan ke atas calon bukan Islam, mengapa doa kesejahteraan pemimpin bukan Islam tidak boleh demi menunjukkan hidayah atau petunjuk dan agar berlaku adil kepada rakyat. ![]() "Saya tidak mahu menyebut parti mana yang berbuat demikian, tetapi jangan mempolitikkan isu doa sekarang... pernah ada parti yang membacakan doa agar membawa kemenangan kepada calon mereka yang bukan Islam, mengapa dulu boleh tetapi sekarang tidak boleh, jadi ada doa yang boleh dan ada doa yang tidak boleh... doa untuk kebaikan kita boleh lakukan," katanya. Asri juga menasihatkan agar isu khutbah dan doa dilihat dari sudut agama yang akan memberikan penyelesaian adil dan berfakta, bukannya menerusi platform politik yang lebih bersifat emosional. Ketika ditanya mengenai penggunaan nama Ketua Menteri untuk digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Asri berkata, beliau tidak pasti soal tersebut baru pulang dari luar negara. "Aspek ini saya belum ada maklumat sebab saya baru pulang dari luar negara," kata beliau. Setakat semalam polis sudah pun menerima tiga laporan berhubung dakwaan penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong. Laporan Utusan Malaysia semalam memetik Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak yang mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini. Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam. Khamis lepas, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong. Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama Ketua Menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong. Beliau berkata tindakan menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja. Bagaimanapun pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan perkara tersebut berdasarkan siasatan awal. "Biar siasatan dijalankan untuk menentukan khatib atau imam masjid mana yang terlibat dan kalau benar tindakan tegas akan diambil," kata Timbalan Ketua Menteri I Dr Mansor Othman dan Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik Kassim dalam satu kenyataan bersama semalam. "Hanya khatib atau imam yang tak siuman berani menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim Guan Eng. Sekiranya dakwaan ini benar, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas," kata pemimpin itu. Dalam kenyataan itu juga, Abdul Malik dan Mansor menambah, dakwaan yang lebih merupakan fitnah terhadap kerajaan negeri adalah sangat serius kerana boleh mencetuskan kemarahan, kebencian dan ketegangan kaum dan agama dan membawa insiden yang tidak diingini. "Lim Guan Eng, yang tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Islam, pun dianiayai," kata mereka. Umno Pulau Pinang mempertahankan pendirian mereka dengan menafikan dakwaan bahawa parti itu sengaja mencipta isu kononnya nama Ketua Menteri digunakan dalam khutbah untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong. Ketika menjelaskan , Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman mendakwa perkara itu benar-benar berlaku di beberapa masjid, sejak awal tahun ini. Beliau menamakan enam masjid yang menurut parti itu telah menggunakan nama sama ada "Ketua Menteri ataupun Lim Guan Eng" dalam khutbah, yang dikesan sejak Februari lalu. |
| You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan