PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH |
- RPK Kini Dakwa Peguam Negara Ada Hubungan Sulit Dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa
- KELEMAHAN PENTADBIRAN BN PUNCA RAKYAT TANGGUNG DERITA
- Negara bakal bangkrup menjelang 2020-Tetapi ada cadangan bina Parlimen baru dgn kos RM800 juta
- Hishammudin Terkedu-Rekod Imigresen Altantuya Dipadamkan
- Rakyat Protes Keganasan Yahudi Israel
RPK Kini Dakwa Peguam Negara Ada Hubungan Sulit Dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Posted: 18 Aug 2010 09:18 AM PDT http://suara-keadilan.com/news-section?t=3755 SHAH ALAM 17 Ogos - Tidak cukup dengan pendedahan mengenai hubungan pengadu dan saksi utama perbicaraan Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan hubungan sulit Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh, kini penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin melontarkan 'bom' yang bakal menggegarkan badan kehakiman negara - dakwaan hubungan sulit antara Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad. Dalam kolumnya 'No Holds Barred' Raja Petra atau RPK menulis dalam artikel berjudul 'Okay, What About This Affair Then?' bertarikh 16 Ogos, hubungan sulit antara Abdul Gani dan Azailiza adalah 'rahsia terbuka' dikalangan kakitangan Jabatan Peguam Negara. "Ya, semua orang tahu mengenai hubungan suklit ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza selalu ke luar negara bersama, dan untuk menjimatkan wang pembayar cukai, mereka memilih untuk berkongsi bilik daripada menyewa bilik berasingan. "Nampak gayanya banyak sangat skandal seks di Istana Keadilan. Apatah lagi Ketua Hakim Negara mengahwini isteri kedua di Thailand secara tidak sah dan kemudiannya menghapuskan bukti bagi mengelak pendakwaan, seperti juga kawan kita Ahli Parlimen dari Sabah. Terfikir kita sama ada mereka mempunyai cukup masa untuk menyediakan kes di mahkamah," kata RPK secara sinis. RPK mengaitkan pendedahan beliau terhadap Abdul Gani dengan dakwaan skandal antara Saiful dan Farah. "Kenapa Peguam Negara tidak mahu mengesah atau menafikan dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwaan mengadakan hubungan dengan saksi utama? Alangkah mudah sekiranya beliau terus menafikannya dan selesai semua masalah? "Beliau (Abdul Gani) toidak mahu mengambil risiko ke atas dirinya kerana pertamanya beliau tahu sekiranya beliau menafikan lebih banyak keburukan akan terdedah. Lebih-lebih lagi beliau risau saya akan mendedahkan satu lagi hubungan sulit iaitu antara beliau dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad," kata RPK dalam artikelnya. RPK mendakwa mahkamah pada hakikatnya mengakui hubungan romantis Saiful-Farah kerana ia tidak berminat samada perkara itu berlaku atau tidak.Mahkamah hanya mahu menentukan sama ada hubungan itu akan menjejaskan kes yang sedang dibicarakan. "Dalam erti kata lain, adalah berlaku 'pillow talk' semasa hubungan diadakan? Dan mahkamah pun sudah yakin tidak ada 'pillow talk' hanya hubungan intim sahaja. Jadi tidak ada salah pendakwaan dan maka itu pertuduhan terhadap Anwar tidak harus digugurkan," kata RPK membuat kesimpulan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan pasukan pembelaan membuang kes. http://malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/33855-okay-what-about-this-affair-then Komen:
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KELEMAHAN PENTADBIRAN BN PUNCA RAKYAT TANGGUNG DERITA Posted: 18 Aug 2010 05:43 AM PDT Petikan: Norazizi A. AzizBaca di sini: Tanggung beban tiada air
Semalam Naib Ketua UMNO cawangan Taman Angkasa Jaya telah mendedahkan bahawa masalah bekalan air di taman tersebut telah berlarutan selama 25 tahun. Kenyataan ini telah disangkal oleh Helmi Maarof, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Kuala Pilah. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Negara bakal bangkrup menjelang 2020-Tetapi ada cadangan bina Parlimen baru dgn kos RM800 juta Posted: 10 Jun 2010 06:52 AM PDT Bagaimana keadaan negara jika satu hari nanti dilanda kebangkrupan? Pertanyaan-pertanyaan sebegini muncul apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala mengumumkan bahawa Malaysia akan bangkrup pada tahun 2019 jika subsidi terus dilaksanakan. Mari tarik balik subsidi yang dinikmati rakyat Malaysia. Kita terpaksa biarkan harga barangan seperti gula, petrol dan lain-lain naik. Begitu juga perkhidmatan seperti perubatan kerajaan. Ini semua kerana jika tidak negara sebagaimana kata Pak Menteri BN akan bankrap. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Hishammudin Terkedu-Rekod Imigresen Altantuya Dipadamkan Posted: 10 Jun 2010 06:42 AM PDT Menteri Dalam Negeri terkedu apabila Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mendesak Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi penjelasan bagaimana rekod perjalanan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh dengan kejam pada 2006 telah di padam dari rekod Jabatan Imigresen. Apatah lagi keadaan menjadi lebih gawat kepada Hishammuddin apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga sepupu beliau ketika itu berada di dalam Dewan Rakyat pada hari pertama sidang Penggal Kedua Parlimen Keduabelas.Azmin berkata soalan beliau dan penjelasan Menteri amat penting kerana ia melibatkan soal jenayah dan juga faktor keselamatan."Saya mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Hishammuddin tentang tanggungjawab Jabatan Imigresen untuk memantau pergerakan keluar masuk warga asing ke negara ini. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rakyat Protes Keganasan Yahudi Israel Posted: 08 Jun 2010 04:39 AM PDT Mohamad Sabu KUALA LUMPUR, 8 Jun: Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar) mengajak rakyat supaya menolak proksi zionis Israel di Malaysia sebagaimana dunia menolak kuasa haram itu di peringkat antarabangsa. "Kalau zionis Israel yang jauh pun kita sebagai rakyat menyertai dunia mengecam kuasa haram itu di Dewan Rakyat dan di jalan raya, sepatutnya kita perlu menolak proksi-proksi mereka ini yang ada dekat di dalam negara," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily. Menurut beliau, proksi zionis Israel yang dimaksudkan adalah mereka yang terbabit melantik firma perunding antarabangsa APCO Worldwide (IAC) sebagai syarikat perunding komunikasi penuh dalam membantu kerajaan menjayakan wawasan Satu Malaysia walaupun firma tersebut dibuktikan umum mempunyai hubungan langsung dengan kuasa zionis Israel. Tambahnya lagi, proksi yang dimaksudkan termasuk juga mereka yang terbabit membawa masuk dua agen perisikan ketenteraan Israel ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman melalui firma Asiasoft (M) Sdn. Bhd seperti yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini. Bagi beliau, selagi rakyat tidak menggunakan ruang demokrasi dengan menolak para pemimpin Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak, selagi itu negara akan terus dipimpin oleh mereka yang nyata mengikut telunjuk Amerika Syarikat serta seakan memelihara kepentingan negara haram Israel. Beliau seakan turut menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dilihat tidak berani mengkritik Amerika Syarikat yang nyata bersikap bias pada zionis Israel. "Malaysia baru sehari dua ini bercinta dengan Barrack Obama, sebab itu Perdana Menteri kita kurang menyerlah berbanding Amerika Syarikat yang nyata melindungi kepentingan negara Israel sekian lama," ujarnya lagi. Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan para pemimpin negara-negara umat Islam supaya tidak sekadar mencari populariti dengan bersandiwara menentang zionis Israel ekoran bantuan kemanusiaan sedunia dihalang masuk ke Gaza baru-baru ini. "Tiba-tiba saja kita mendengar pemimpin itu dan ini menjadi juara menentang zionis hingga tenggelam kuasa-kuasa yang lantang seperti Iran dan Venezuela kerana populariti, sedangkan mereka ini ada yang diam-diam menyokong dasar-dasar Amerika dan Israel," jelasnya lagi. Tuntas dari itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa segelintir pemimpin Umno BN terbabit sanggup menggadai kepentingan negara demi memelihara kepentingan bersama Amerika Syarikat serta negara haram Israel sekiranya mereka terus menjadi kerajaan di Malaysia. Datuk Mahfuz Omar Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, tidak ada gunanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan usul mengecam zionis Israel di Dewan Rakyat semalam kerana Kabinet Malaysia secara rahsia masih menjalinkan perdagangan komersil dengan negara haram zionis itu. Katanya, perdagangan komersil dengan rejim haram Israel masih terjalin sehingga kini sebagaimana yang diperkenalkan sejak Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri Malaysia dahulu. "Sia-sia usul kecaman zionis Israel kerana bagi saya bahawa Najib masih meneruskan polisi yang ditinggalkan oleh Tun (Dr Mahathir) iaitu sesiapa pun boleh memohon daripada kabinet Malaysia secara rahsia untuk apa jua komoditi yang mahu diperdagangkan dengan kerajaan haram zionis Israel ini," ujar beliau. Mahfuz yang juga Ketua Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat berkata, kabinet Najib dilaporkan masih meluluskan perdagangan sejenis bahan kimia dengan negara haram tersebut secara rahsia sekitar Mac hingga April lalu. Tidak cukup dengan itu, katanya kabinet Najib juga secara rahsia dilaporkan masih bersetuju memperdagangkan minyak sawit kepada negara haram zionis Israel tersebut pada Mei lalu. Sehubungan itu, Najib dicabar menafikan kedua-dua pendedahan tersebut atau diminta menghentikan sikap hipokrit dalam isu keganasan zionis Israel dalam menghalang bantuan kemunusiaan sedunia ke Gaza yang sedang dikecam oleh dunia dan rakyat Malaysia sekarang. "Kalau tak benar, dia (Najib) kena buat penafian yang kabinetnya tidak lagi melaksanakan polisi yang ditinggalkan oleh Tun Dr Mahathir itu dan kalau benar pula, berhentilah tunjuk sikap hipokrit itu," tegasnya lagi. Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan tentang buku-buku penerbitan komersil zionis Israel yang berada di Perpustakaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sekarang. "Takkan buku-buku yang menjelaskan prospek perdagangan dan perindustrian di negara Israel itu sengaja dibekalkan di Perpustakaan MITI, kecuali untuk menggamit minat Malaysia untuk mengadakan hubungan dengan negara zionis itu. "Kalau memang tak ada niat apa-apa, KDN tetap perlu jawab mengapa buku sebegini diluluskan di peringkat kerajaan dan dibekalkan di perpustakaan tersebut," ujar beliau lagi. Chequbard Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.
|
You are subscribed to email updates from PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan