Isnin, 23 Ogos 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Pemilihan Bagi Jawatan Ketua AMK Pusat, Suara Anak Muda Perlulah Dihormati Serta Tidak Wajar Adanya Campur Tangan Oleh Pihak Atasan

Posted: 23 Aug 2010 01:46 AM PDT

Kehangatan pemilihan baru barisan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian terasa. Proses pencalonan peringkat cabang (bahagian) dijangka bermula seawal hujung bulan ini, sementara itu pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti pula dijadualkan pada 17 September hingga 3 Oktober depan. Selain jawatan Naib Presiden yang dijangka sengit antara penyandang Azmin Ali dengan Zaid Ibrahim, banyak lagi jawatan lain juga yang dijangka panas. Antara yang paling mendapat perhatian ialah sayap kanan parti itu iaitu untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK). Terdapat ursa-ura Ketua AMK sekarang iaitu Saudara Shamsul Iskandar Md Akin tidak akan mengekalkan jawatannya. Beliau dikatakan akan diberi porfolio baru sebagai Ketua Penerangan PKR Pusat. Makanya, kerusi yang dikosongkan itu sudah pastinya bakal menjadi rebutan. Soalnya, siapakah yang bakal bertanding untuk jawatan itu agaknya?. Jika benar Shamsul akan memberi laluan kepada muka baru, sudah pasti pertembungan yang bakal berlaku pasti sengit. Soalnya siapakah calon yang akan bertanding?

Chegubard Antara Calon Pilihan Ketua AMK PKR

Terdapat angin mengatakan, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPT) Badrul Hisham Shaharin (foto) tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan tersebut. Beliau yang merupakan Ketua PKR Cabang Rembau yang lebih dikenali sebagai Chegubard. Ramai yang menganggap bahawa Chegubard adalah calon yang paling sesuai untuk mengambil alih kepimpinan anak muda PKR selepas Shamsul. Beliau nampak lebih berani, berkarisma dan lahir pada zaman reformasi. Malah Chegubard dikatakan mendapat sokongan padu daripada kebanyakkan pimpinan AMK Negeri terutamanya Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak. Kekuatan Chegubard memang sudah tidak perlu dipertikaikan lagi. Darah perjuangan kentalnya memang amat menggerunkan mana-mana pemimpin UMNO BN sejak sekian lama. Malah, beliau antara pemimpin PKR yang banyak ditangkap akibat terlalu berani berhadapan secara "anak jantan" dengan pihak polis. Malah, kekalahan tipisnya kepada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin ketika PRU-12 bagi kerusi Parlimen Rembau buktikan pengaruhnya amat berbisa.


Chegubard antara pemimpin muda yang berani dan kental tatkala membela
nasib rakyat biarpun terpaksa berhadapan dengan tindakan kasar polis

Soalnya sekarang, jika Chegubard bertanding maka siapakah yang akan menentangnya?. Sedangkan kita difahamkan Shamsul Iskandar akan mengosongkan kerusi tersebut. Ini bermakna beliau bakal berhadapan dengan muka baru. Siapakah yang layak untuk berhadapan secara "gentleman" dengan Chegubard agaknya?. Inilah yang dinantikan.

Chegubard Mungkin Di Cabar Oleh Rafizi Ramli

Daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai, kemungkinan besar Chegubard akan dicabar oleh Exco AMK, Saudara Rafizi Ramli (foto) . Beliau yang merupakan "team profesional" dalam PKR dan kini memegang jawatan sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dikatakan mendapat lampu hijau daripada pucuk pimpinan tertinggi PKR untuk bertanding ke jawatan panas itu. Soalnya sekarang, jika benar Saudara Rafizi mendapat "mandat" untuk bertanding jawatan Ketua AMK maka apakah ia boleh diterima oleh anak-anak muda yang lahir pada zaman reformasi dulu?. Rafizi adalah muka baru yang wujud selepas gelombang tersebut. Malah, ketika zaman Anwar mula-mula dipecat serta ditangkap (1998) dulu Rafizi masih lagi menuntut di Leeds University UK dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik. Beliau merupakan Pengurus Termuda yang dilantik sebagai Pengurus Propane Dehydrogenation Plan di MTBE Malaysia Sdn Bhd (Petronas) mulai 2003 hingga 2005. Beliau juga pernah menjawat jawatan Pengurus Kanan di Petronas Carigali Sdn Bhd pada tahun 2007 hingga 2009. Beliau mula terlibat dengan PKR secara sepenuh masa selepas berhenti daripada Pharmaniaga Berhad pada Disember 2009 dan jawatan terakhirnya ialah Pengurus Besar. Mulai penghujung tahun 2009 itulah beliau telah dilantik sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

[Apapun, segalanya masih belum dapat disahkan sepenuhnya lagi. Apapun jika benar pertembungan akan berlaku antara Rafizi dan Chegubard, maka sudah pastilah ia agak sengit. Tambahan pula, Rafizi masih terlalu baru dalam arus perjuangan reformasi berbanding Chegubard. Cuma, apa yang tidak sedap didengar sekarang ini bila mana terdapat ura-ura yang ada campurtangan pimpinan tertinggi PKR yang mahu Chegubard "berkompromi" dengan Rafizi. Jika ini berlaku, bermakna beliau hanya akan bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua AMK Pusat sahaja. Soalnya, apakah ahli-ahli AMK di seluruh negara dapat menerima kenyataan itu agaknya?. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan amalan demokrasi, maka biarlah dua anak muda ini bertanding secara "anak jantan". Jika kekuatan ada pada Rafizi maka pasti dia akan menang, begitulah sebaliknya. Kita tidak mahu ada "tangan-tangan ghaib" pula yang tergamak membuat percaturan tertentu untuk memastikan Rafizi yang lebih dianggap "profeisonal" menjadi Ketua AMK. Jika percaturan ini dibuat, maka apalah guna diadakan pemilihan?. Lebih baik pucuk pimpinan tertinggi memutuskan sahaja siapakah yang paling layak untuk mereka angkat. Namun, semua ini hanyalah khabar angin yang masih belum dapat dipastikan lagi. Kepada Chegubard dan Rafizi atau siapa sahaja yang bertanding teruskan perjuangan dan kempenlah secara berhemah].

Gempar: Tragedi Ribut Taufan Bazar Ramadhan Jasin, Kini Melanda Pula Bazar Ramadhan Dekat Mahkota Square Depan Masjid Negeri Kuantan !!

Posted: 22 Aug 2010 08:37 PM PDT

KUANTAN, 23 Ogos - Hujan lebat berserta ribut petir melanda bandar ini sekitar jam 6.10 petang semalam. Kejadian yang berlaku ketika umat Islam sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa itu jelas sekali mengejutkan sebahagian besar penduduk disini. Apa tidaknya, igauan ngeri kejadian ribut dasyat yang melanda Bazar Ramadhan Jasin di Melaka baru-baru ini masih meninggalkan kesan mendalam kepada mereka. Ramai yang panik apabila melihat petir sabung menyabung dan ribut beserta hujan tiba-tiba datang mengganas. Keadaan panik itu menyebabkan berbagai insiden lain yang dipercayai berlaku di merata tempat. Tinjauan krew kami ke beberapa lokasi yang berkenaan mendapati keadaan yang berlaku amat mengejutkan sekali. Inilah kali pertama "ribut dasyat umpama halilintar" melanda bandar ini. Memang sebelum ini pernah berlaku kejadian yang sama seperti itu, tapi ia tidaklah sehebat apa yang berlaku petang semalam. Rata-rata orang ramai yang ditemui menganggap kejadian itu merupakan pertama kali dalam sejarah sejak mereka bermastautin di bandar itu. Banyak insiden lain yang berkaitan menyebabkan orang ramai terkejut dan tidak menyangka segalanya. Tambahan pula, ketika kejadian umat Islam sememangnya sedang menantikan waktu berbuka puasa dan rata-rata diantara mereka sedang bersedia ke arah itu. Mungkin dek kerana "bala dan kemurkaan Allah terhadap umatnya", tiba-tiba ribut yang dasyat itu berlaku.

Gerai Bazar Ramadhan Musnah Di Pukul Ribut


Difahamkan, beberapa buah kanopi di Bazar Ramadhan Mahkota Square (foto) di hadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I turut musnah akibat dipukul ribut petang semalam. Kejadian berlaku ketika orang ramai sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa di kawasan terbabit. Malah, difahamkan insiden itu juga berlaku selepas seorang "VVIP" melawat ke situ. Tujuh buah kanopi dipercayai melambung ke udara dan menghempap beberapa buah yang lain. Ini menyebabkan beberapa orang peniaga gerai berkenaan terpaksa bertempiaran lari akibat takut kejadi ribut taufan di Bazar Ramadhan Jasin berulang. Menurut sumber terdapat beberapa orang awam dan peniaga yang tercedera dalam kejadian itu. Seorang peniaga dipercayai telah patah tangan, manakala beberapa peniaga lain cedera ringan. Sebelum ini, kami pernah mendedahkan aktiviti berbuka puasa besar-besaran yang dijalankan di Padang MP3 di hadapan Masjid Negeri itu telah mencemar kesucian agama Islam. Ia berikutan orang ramai menjadikan aktiviti berkenaan sebagai pesta sedangkan mereka tidak mengimarahkan masjid sewaktu solat Maghrib berjalan. Malah, banyak terdapat adengan-adengan yang jelas melanggar kesucian agama Islam itu sendiri berlaku sebenarnya.


Ranap, sebahagian daripada gerai yang telah musnah dipukul ribut

Kedudukan Bazar Ramadhan yang hanya beberapa meter dari masjid

Kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan oleh pihak penganjur bazar
Malah, kami juga pernah mendedahkan terdapat beberapa orang peniaga yang sanggup tidak bersolat "Asar, Maghrib dan Isyak" apatah lagi "solat Tarawikh" biarpun jarak Bazar Ramadhan hanya beberpa meter dengan pintu masjid berkenaaa. Semuanya itu akibat kesibukan melayan pelanggan yang datang berpusu-pusu untuk membeli juadah berbuka puasa di situ. Penganjur tidak boleh disalahkan dalam hal ini, kerana peniaga sepatutnya mengutamakan tanggungjawab sebagai umat Islam daripada terus mengejar keuntungan duniawi. Akhirnya, apa yang kami khabarkan itu berlaku jua. Semuanya akibat kasilapan dan kealpaan mereka sendiri akibat tidak menghormati waktu solat dek kerana tertumpu kepada perniagaan masing-masing. Semoga kejadian yang berlaku ini dapat menyedarkan pihak yang berkenaan agar lebih berhati-hati lagi pada masa akan datang. Usahlah alpa dan lalai, sedangkan mereka mendengar laungan azan dan berada betul-betul di hadapan "rumah Allah itu sebenarnya". Ambillah ikhtibar atas apa yang telah berlaku semalam.

[Sesungguhnya apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang amat mengejutkan. Tambahan pula sebelum hujat dan ribut melanda, kelihatan awan begitu hitam dan petir yang amat kuat. Ini membuatkan rata-rata orang ramai tergamam seketika kerana mengesyaki sesuatu yang dasyat akan berlaku. Mujurlah dalam kejadian petang semalam, tiada kehilangan nyawa terjadi. Malah, tiada kecederaan serius yang dilaporkan terjadi. Apapun, semua pihak harus berhati-hati dalam setiap tindakan selepas ini. Amaran Allah sudah bila ada manusia yang terus engkar dengan perintahNya. Difahamkan, kawasan lain yang teruk terjejas juga ialah di sekitar Indera Mahkota, Cenderawasih dan Bukit Setongkol. Kerja-kerja pembersihan masih dijalankan oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA3) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)].

Ribut: Tiga Pokok Besar Tumbang Berhampiran Kawasan Kedai Dua Tingkat Di Bukit Setongkol !

Posted: 22 Aug 2010 04:50 PM PDT

KUANTAN, 23 Ogos - Susulan ribut dasyat di bandar ini semalam, tiga buah pokok besar yang menjadi "perabot jalan" di hadapan kawasan kedai dua tingkat dekat Bukit Setongkol telah tumbang menyembah bumi petang semalam. Menurut seorang saksi, beliau melihat pokok tersebut bergoyang-goyang seperti ingin rebah ke bumi akibat dipukul dek angin ribut yang kuat. Pokok yang bersaiz lebih satu pemeluk itu sudah lama ditanam di situ oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Dua buah kenderaan yang diletakkan berhampiran kawasan itu telah mengalami kerosakan akibat ditimpa oleh pokok berkenaan. Walau bagaimana pun tiada kemalangan jiwa berlaku. Orang ramai berpusu-pusu datang untuk menyaksikan kejadian tersebut. Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA3) telah datang untuk membersihkan kawasan terbabit. Salah sebuah kenderaan yang rosak teruk berjaya dibawa keluar sekitar jam 9.30 malam. Tinjauan krew kami mendapati, kesemua pokok berkenaan rebah ke arah dereten kedai terbabit. Lubang besar akibat perdu akar pokok berkenaan jelas kelihatan. Hingga setakat ini kerja-kerja berkaitan masih dijalankan oleh JPA3, memandangkan pokok tersebut terlalu besar.


Pokok besar tumbang ke arah kedai serta menghempap dua kenderaan

Inilah dua buah kenderaan yang telah rosak akibat dihempap pokok itu

Dasyat, lubang dua perdu akar pokok-pokok yang tumbang tersebut

[Kejadian yang berlaku ini menguatkan lagi hujjah kita supaya pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) perlu mengawal mana-mana pokok yang rendang dan boleh membahayakan orang ramai. Jika boleh, pokok-pokok ini ditebang daripada terus dibiarkan yang akhirnya mengundang padah. Mujurlah tiada orang awam yang berada dalam kenderaan tersebut. Jika tidak sudah pasti berita yang lebih panas akan disaksikan. Semoga kejadian ribut ini akan memberi kesedaran dan keinsafan kepada warga Kuantan terutamanya orang Islam agar lebih berhati-hati dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Kita tidak mahu, akibat kemurkaan Allah maka ribut dasyat ini melanda. Mujurlah ia berlaku hanya seketika sahaja, jika tidak sudah pasti bahana yang lebih besar akan terjadi lagi selepas ini].

Ribut : Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuantan, Sulaiman Md Derus Cedera Kemalangan Semalam

Posted: 22 Aug 2010 03:18 PM PDT

KUANTAN, 23 Ogos - Ribut yang melanda bandar Kuantan petang semalam, bukan sahaja menyebabkan bumbung tercabut atau pokok tumbang. Malah, keadaan yang panik itu menyebabkan pengguna jalanraya juga mengalami masalah. Akibat hujan lebat jalan menjadi licin terutamanya di sepanjang laluan jalan pintasan Kuantan-Kemanan. Susulan daripada itu satu kemalangan telah berlaku berhampiran bulatan cengkih ketika ribut semalan. Tambah mengejutkan kemalangan tersebut melibatkan Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuantan, Saudara Sulaiman Md Derus. Beliau yang dalam perjalanan pulang untuk berbuka puasa, dipercayai hilang kawalan akibat jalan licin dan terbabas ke laluan bersebelahan. Mujurlah ketika kejadian, tidak terdapat kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Kenderaannya terbalik, namun begiti beliau berjaya diselamatkan oleh orang awam yang melalui jalan itu. Beliau dipercayai cedera ringan akibat kemalangan tersebut. Sementara itu sebuah kenderaan lain jenis Proton Iswara juga terbabas akibat tidak dapat mengawal keadaan di lokasi yang sama. Tinjauan krew kami ke lokasi mendapati dua buah kenderaan bomba sedang berada di situ untuk kerja berkaitan. Apapun, syukur kerana beliau selamat dalam kejadian terbabit.

[Kami mendoakan supaya Saudara Sulaiman Md Derus cepat sembuh. Mujurla tiada kecederaan yang serius berlaku terhadap dirinya. Apapun, kepada semua pengguna jalanraya dinasihatkan agar lebih berhati-hati tatkala hujan ribut melanda. Ini kerana kelajuan dan kelekaan boleh mengundang padah. Mungkin juga pengguna jalanraya bergegas-gegas untuk sampai ke rumah bagi berbuka puasa bersama keluarga ketika itu agaknya. Sebelum ini telah banyak berlaku kemalangan maut di bulatang cengkih yang dimaksudkan itu. Biar pun keadaan jalan yang baik dan lurus, namun itulah hakikatnya malang tidak berbau. Pembaca juga diseru agar lebih berhati-hati dan bertimbang rasa dijalanraya ketika pulang ke kampung halaman masing-masing tidak lama lagi. Biar sampai lambat tapi jangan tak sampai langsung. Ingatlah kepada orang yang tersayang].

Tiada ulasan: