Jumaat, 20 Ogos 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Kontroversi: Isu Doa Khutbah, Pemimpin UMNO Mula Mahu Jadi "Juara Agama" Pula Sedangkan Lim Guan Eng Nafikan Perkara Itu Ada Berlaku !

Posted: 20 Aug 2010 01:34 AM PDT

Maka melentinglah puak-puak UMNO perihal kes doa khutbah yang dikatakan memasukkan nama Lim Guan Eng (foto), sebagai ganti Agong yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini. Masing-masing sibuk untuk memepertahankan kesucian agama Islam dan tidak mahu ia dihina. Hari ini Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Abdullah Md. Zin mengarahkan hendaklah dihentikan segera kerana ia bercanggah dengan hukum Islam dan undang-undang negara., sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku, ia amat memalukan kerana jelas menjatuhkan maruah Islam yang mempunyai hukum dan peraturan tersendiri. Katanya, khutbah Jumaat adalah satu ibadat yang diwajibkan kepada setiap umat Islam dan ia tidak boleh disamakan dengan sesuatu majlis yang dimana aturcaranya boleh diubahsuai sesuka hati dan tidak berlandaskan hukum. Sementara itu Pergerakan Pemuda UMNO pula mendesak agar satu siasatan segera dibuat mengenai amalan penggantian nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya perkara tersebut benar-benar terjadi, maka amalan itu bukan sahaja menghina institusi raja selaku ketua agama bahkan kesucian masjid dengan penggunaan mimbar bagi mengagungkan Guan Eng selaku Ketua Menteri.

Isu Doa Tidak Benar, Zahid Wajar Mohon Maaf

Sementara itu Lim Guan Eng menegaskan, siasatan awal menunjukkan tiada masjid di negeri itu yang menggunakan nama beliau dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan... Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. "Saya baru dimaklumkan, saya sudah pun menghubungi YB Abdul Malik (Kassim, Pengerusi Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri), dan beliau memberitahu saya tadi bahawa memang tiada perkara seperti yang didakwa oleh Datuk Zahid Hamidi (foto)... tiada masjid yang menggunakan saya," kata Lim pada majlis berbuka puasa dengan media semalam. Bagaimanapun Lim yang juga Setiausaha Agung DAP memberitahu, beliau telah mengarahkan Abdul Malik agar menjalankan siasatan mendalam berhubung dakwaan Zahid, yang juga Menteri Pertahanan dan Pengerusi Umno Pulau Pinang hari ini. "Jika dakwaan Zahid benar, saya telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pegawai-pegawai yang terlibat," kata beliau. Tambah Lim, sekiranya dakwaan Zahid tidak benar, beliau mahu Naib Presiden UMNO itu memohon maaf secara terbuka. "Saya tidak sedar dan tidak mengetahui wujudnya penggunaan nama saya dalam khutbah kedua solat Jumaat sebagaimana didakwa, dan sudah tentu nama saya tidak harus, tidak boleh digunakan... ini melibatkan nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya lagi.

[Ternyata isu khutbah ini sengaja skrip baru rekaaan puak-puak UMNO BN dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng. Amatlah tidak masuk dek akal orang Islam terpaksa membaca doa khutbah yang menyelitkan nama bukan Islam didalamnya. Kes ini mungkin berlaku di masjid-masjid yang tidak diketahui lokasinya. Ia mungkin dilakukan oleh Imam UMNO dalam usaha untuk memalukan Lim Guang Eng. Persoalannya, kenapa Zahid tiba-tiba membuat sidang media dan akhbar arus perdana terutamanya Utusan Malaysia. Bukankah ini menunjukkan beliau sengaja mahu mencari publisiti murahan bagi menjatuhkan Lim sebenarnya. Bukankah jika kes ini berlaku maka beliau boleh membuat laporan polis sebelum mengadakan sidang media. Mana pergi laporan polis yang boleh mengukuhkan kenyataan beliau itu. Semua ini jelas sekali membuktikan bahawa mereka kini sememangnya semakin terdesak].

Posted: 20 Aug 2010 01:15 AM PDT


Panas: UMNO Kian Terdesak Serta Kembali Guna Sentimen "Hina Raja", Selepas Kes Di Johor Kini Timbul Pula Taktik Yang Serupa Di Pula Pinang !!

Posted: 20 Aug 2010 12:17 AM PDT

Macam-macam hal pula berlaku dalam politik negara sekarang ini. Mungkin akibat langkah terdesak, kini puak-puak UMNO memainkan semula sentimen "raja" bagi menimbulkan kemarahan orang Melayu terhadap parti pembangkang. Sebelum ini kita mendengar berita bahawa terdapat kain rentang yang menghina Sultan Johor di temui di kawasan Batu Pahant dan sekitarnya. Kain rentang yang kononnya menunjukkan PKR negeri menyokong penuh bekas Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Bakri yang kini merupakan Pengerusi Perhubungan PKR Johor iaitu Chua Jui Meng (foto) diangkat menjadi Menteri Besar Johor. Apa yang lebih mengejutkan, gambar Chua diletakkan bersebelahan dengan gambar Sultan Johor pada kain rentang terbabit. Rasionalnya supaya rakyat Johor terutamanya orang Melayu marah dan benci terhadap PKR. Pihak polis juga telah mengambil keterangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat kejadian tersebut. Begitu cepat pihak polis menyiasat, berbanding dengan kain rentang menghina Sultan Terengganu (Agong) yang dibuat oleh puak-puak penyokong Idris Jusoh di Terengganu dulu. Polis bertindak pantas seperti kilat apabila laporan dibuat oleh puak-puak UMNO, tetapi "slow n steady" bila laporan dilakukan oleh pihak sebelah sini. Soalnya sekarang, siapakah yang berani membuat kain rentang sebegitu rupa agaknya?. Tidak masuk dek akal PKR Johor sebodoh itu. Bahkan umum mengetahui dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor seseorang Menteri Besar itu perlulah berbangsa Melayu. Makanya, sudah pastilah kerja-kerja jahat ini dilakukan oleh puak-puak UMNO BN sendiri sebenarnya. Mereka takut Johor tumbang dalam pilihanraya umum akan datang. Lantaran itulah terpaksa melakukan apa sahaja, hatta menggunakan sentimen "raja dihina" bagi menagih simpati orang Melayu mempertahankan kuasa UMNO di negeri tersebut. Sementara itu Chua Jui Meng berkata kain rentang yang memaparkan gambarnya dan Sultan Johor sengaja dinaikkan untuk menimbulkan kemurkaan sultan terhadap parti pembangkang itu.

Zahid Pula Buat Provokasi Baru Di Pulau Pinang

Memang sudah dijangka, akhirnya satu lagi "jerangkap samar" dilakukan oleh mereka. Kali ini di Pulau Pinang pula. Menteri Pertahanan selaku Ketua Perhubungan UMNO negeri, Zahid Hamidi semalam membantah penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid, baru-baru ini. Beliau berkata berkata, penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid sekitar sini, Permatang Pauh dan Jelutong. Perkembangan itu, tegasnya, amat mengejutkan kerana seolah-olah ada usaha pihak tertentu untuk mencemarkan nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negeri ini. Tambah menarik Zahid juga menegaskan pihaknya mempunyai bukti berhubung perkara itu dan sedang meneliti sama ada wujud arahan tertentu daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang atau Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). Maka gemparlah seluruh negara atas apa yang berlaku. Soalnya sekarang, apakah benar kejadian itu berlaku atau mungkin ia juga merupakan satu lagi provokasi yang dilakukan oleh puak-puak UMNO yang sudah terdesak itu. Apa sahaja yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang sekarang ini, semua serba tidak kena. Beri bantuan kebajikan salah, hadir majlis penyerahan zakat salah, bagi bonus raya RM400 kepada kakitangan kerajaan salah. Pendek kata semua salah, dan hanya UMNO sahaja yang betul. Inilah senario yang berlaku sekarang ini sebenarnya.

[Apapun, rakyat perlu bijak menilai isu yang dibawa ini. Semuanya hanyalah untuk menakutkan rakyat kononnya kaum Cina sudah mula menunjukkan taring untuk berkuasa dan menghna raja-raja Melayu. Zahid lupa bahawa di negeri-negeri lain termasuk Johor, Pahang dan banyak lagi itu memang hanya nama Sultan dan kerabat baginda sahaja yang disebut dalam doa selepas khutbah Jumaat. Malah di Pahang ini hanya nama Sultan Pahang dan Tengku Mahkota yang disebut, kenapa nama Agong tidak disebut. Apakah itu juga menjadi kesalahan kepada Zahid Hamidi. Inilah yang dikatakan membuat tindakan tidak pakai otak. Mana mungkin nama Lim Guan Eng disebut dalam doa selepas khutbah Jumaat. Beliau bukannya beragama Islam, lantaran itulah Zahid sengaja mahu menjadi kes ini sebagai isu baru bagi menimbulkan sentimen kemarahan kepada orang Melayu di Pulau Pinang khasnya dan seluruh negara amnya].

Berita Baik: Miliki Aset Hartanah Di Kuantan, 16 Lot Banglo Untuk Di Jual Kepada Orang Ramai !!

Posted: 19 Aug 2010 09:08 PM PDT

KUANTAN, 20 Ogos - Berita baik untuk mana-mana pihak yang berminat untuk memiliki aset hartanah di Kuantan. Kini anda boleh mendapatkan peluang tersebut, apabila satu kawasan tanah lot banglo kini dibuka jualannya kepada orang ramai. Tanah yang terletak dilokasi strategi dekat Kg.Chendering, Permatang Badak itu memunyai 20 lot banglo yang telah dipecah-pecahkan. Setakat ini, empat lot telah dijual dan tinggal lagi 16 lot untuk ditempah. Kawasan ini terletak berdekatan dengan jalan pintasan Kuantan ke Kemaman dan tidak jauh dari Lapangan Terbang Kuantan (10 minit). Manakala untuk ke pusat bandar Kuantan pula hanya mengambil masa kira-kira 15 minit melalui laluan Bandar Indera Mahkota. Terdapat sebuah sekolah agama rakyat iaitu Sek Ren Ibnu Abbas (SeRia) dan sebuah sekolah rendah kebangsaan di kawasan ini. Kemudahan lain yang terdapat di sekitarnya pula ialah sebuah pam minyak shell yang hanya terletak tidak jauh dari kawasan terbabit.





Sila klik pada imej untuk perbesarkan gambar yang dipaparkan ini

[Tawaran kini dibuka terutamanya kepada warga Pahang di seluruh dunia yang ingin memiliki aset di bandar Kuantan. Harga yang ditawarkan pula ialah antara RM58,000 hingga RM80,000 sahaja untuk satu lot banglo yang berkenaan. Luas lot yang disediakan adalah antara 512 meter persegi (5508 kp) hingga 707 meter persegi (7615 kp). Tawaran adalah dibuka kepada siapa cepat dia dapat. Anda yang berminat boleh hubungi talian 014-8055472 untuk pertanyaan. Hanya mereka yang membayar deposit terlebih dahulu akan dikira berjaya atas tawaran ini. Buat tindakan segera, jangan lepaskan peluang keemasan ini sekarang].

Posted: 19 Aug 2010 09:00 AM PDT


Tiada ulasan: