Ahad, 15 Ogos 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Satu Peringatan: Rahsia Besar Disebalik Kejadian Tragedi Ribut Yang Melanda Bazar Ramadhan Di Perkarangan Stadium Jasin Melaka Sebenarnya !

Posted: 14 Aug 2010 08:06 PM PDT

Sungguh mengejutkan, apabila melihat kejadian ribut dan puting beliung dasyat yang melanda Bazar Ramadhan dekat Perkarangan Stadium Jasin Melaka dua hari lalu. Apa tidaknya, tiga peniaga terbunuh dan 18 orang awam telah tercedera dalam kejadian itu. Peristiwa yang berlaku ini memang memeranjatkan kita, kerana belum pernah berlaku dalam sejarah tanahair ribut di Bazar Ramadhan mengorbankan mangsa sebelum ini. Malah, bagi mereka yang biasa terkena ribut ketika mengikuti sesuatu expo jualan dan karnival sekali pun tidak pernah membawa kepada kematian. Soalnya sekarang kenapa tragedi ini berlaku di sesebuah Bazar Ramadan dalam keadaan orang ramai sedang membeli juadah untuk berbuka puasa. Dalam kejadian ribut yang dasyat itu, ia telah menerbangkan hampir kesemua khemah yang disediankan disitu. Dipercayai ribut tiba-tiba datang menyebabkan peniaga bertempiaran lari menyelamatkan diri . Semasa keadaan kelam kabut itulah ada di antara mereka yang dihempap oleh khemah. Menurut salah seorang mangsa, sepanjang tujuh tahun berliau berniaga di situ, ituah kali pertama mereka dilanda ribut yang cukup dasyat. Bayangkan khemah yang bersaiz 20' X 20' itu boleh diterbangkan oleh ribut dasyat yang melanda. Bukankah kejadian ini penuh dengan misteri dan mempunyai pengajaran yang cukup besar untuk direnungi sebenarnya.


Apapun, kami menghantar beberapa orang krew kami ke Jasin untuk mengetahui rahsia di sebalik kejadian tersebut. Sesungguhnya boleh ditafsirkan di sini bahawa apa yang berlaku di Jasin itu adalah "bala dari Allah" terhadap umat manusia yang engkar sebenarnya. Menurut maklumat, ketika kejadian ada beberap peniaga yang telah menjalankan operasi perniagaan diluar waktu yang ditetapkan. Malah, akibat perbuatan tersebut ramai umat Islam yang "tidak berpuasa" mengambil kesempatan untuk membeli makanan di gerai jualan terbabit. Biarpun beberapa kali di beri amaran oleh pihak yang berkaitan namun mereka melawan dan "cakap besar". Akhirnya berkat doa alim ulamak di kawasan itu inilah jadinya. Sebagai pengajarannya, semua peniaga di Bazar Ramadhan perlulah menunjukkan contoh dan tauladan yang baik sebenarnya. Mereka perlu ingat bahawa Bazar Ramadhan bukannya Pasar Malam yang boleh dibuat sesuka hati. Inilah masalahnya yang melanda seluruh negara. Bazar Ramadhan dijadikan "sumber rezeki terpijak" oleh orang ramai yang sebenarnya bukan pun peniaga biasa selama ini. Mereka yang tidak pernah berniaga pun mengambil kesempatan memohon permit menjalankan perniagaan. Maka banyaklah berlaku penipuan-penipuan yang tidak mereka sedari tatkala berurusan dengan kelompok pembeli yang begitu ramai menyerbu kawasan terbabit untuk mendapatkan berbagai juadah berbuka puasa.

Lalaikan Tuntutan Agama Kerana Asyik Berniaga


Tambah menyedihkan, di kebanyakkan Bazar Ramadhan yang terdapat dalam negara kita pihak Jabatan Agama Islam langsung tidak memantau akhlak para peniaga berkenaan. Di Kuantan misalnya, terdapat Bazar Ramadhan yang letaknnya betul-betul di hadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I. Namun peniaga disitu lalai melaksanakan tanggungjawab sebagai umat Islam. Ketika azan Asar dan jemaah sedang bersolat mereka teruskan juga urusan berjual beli. Sedangkan sepatutnya di bulan Ramadhan yang mulia ini para peniaga hanya dibenarkan membuka perniagaan selepas waktu Asar. Ini menyebabkan ramai peniaga yang terlepas solat Asar kerana asyik berniaga. Rasionalnya, selepas waktu Asar ialah "waktu puncak" orang ramai mula membanjiri kawasan terbabit. Maka itu, mahu ditinggalkan gerai untuk bersolat "syaitan memibisikkan mereka akan kerugian". Akhirnya mereka terus berniaga sehingga ke waktu berbuka puasa (Maghrib). Senario ini juga berlaku dimana-mana sebenarnya, termasuk juga di Bazar Ramadhan Jasin Melaka baru-baru ini. Akibat kealpaan dan terlalu seronok berniaga, maka akhirnya Allah SWT turunkan "bala" atas kemurkaan kepada umatnya. Justeru itu, semua pihak berkuasa tempatan di seluruh negara diseru mengetatkan arahan operasi perniagaan di Bazar Ramadhan selepas waktu solat Asar berlalu. Jika tidak, peniaga akan engkar dan melanggar arahan Allah SWT untuk terus mencari rezeki tanpa menghiraukan tuntutan agama itu terlebih dahulu. Suasana inilah sebenarnya yang menjurus ke arah sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku. Umat Islam leka dan lalai untuk duniawi.

[Maka itu, renung-renungkan lah dan ambillah ikhtibar atas kejadian di Jasin itu. Jangan pula perkara yang sama berlaku pula di tempat-tempat lain selepas ini hendaknya. Kembalilah kepada Islam dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan. Nescaya segalanya akan selesai!. Jika tidak sudah pasti bala dan kemurkaan Allah akan datang lagi selepas ini. Senarionya tetap sama di mana-mana jua. Bazar Ramadhan dijadikan pesta untuk memuaskan nafsu para peniaga dengan meninggalkan perintah agama itu sendiri. Jika lokasi bazar yang berdekatan masjid pun ramai peniaga yang lalai tanggungjawab itu, apatah lagi dalam keajadian di Jasin yang lokasinya jauh dari masjid. Bukankah kita boleh melihat sendiri apakah yang berlaku sebenarnya. Bayangkan, semua khemah terbang melayang dan kawasan itu sudah menjadi "padang jarak padang terkukur" dibuatnya. Bukankah ini sesuatu yang sungguh menakjubkan dan sukar untuk dibayangkan. Kejadian yang berlaku ini juga memberi amaran kepada Kerajaan Negeri Melaka yang tergamak mewujudkan "Sekolah Pelajar Hamil" yang jelas bertentangan dengan agama itu sebenarnya. Akhirnya kemurkaan Allah datang, dengan sekelip mata tiga nyawa melayang. Semoga Ali Rustam dapat mendengar pandangan ulamak sebelum melaksanakan sesuatu program mengikut akal fikiran dan hawa nafsuya sendiri semata-mata. Inilah akibatnya!!]

Tiada ulasan: