Jumaat, 13 Ogos 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Tawaran: Imbuhan RM1,000 Warga Emas, Wi-fi Percuma Seluruh Negara Dan Mansuhkan Saman Ekor Jika Pakatan Berjaya Menang PRU-13 Nanti

Posted: 13 Aug 2010 01:23 AM PDT

Biar pun pilihanraya umum ke-13 masih tidak dapat dipastikan lagi dan hanya PM Najib Razak sahaja yang tahu tarikhnya. Namun, Pakatan Rakyat membuat satu kejutan besar kepada rakyat Malaysia hari ini. Semua ini bakal memberi tamparan yang cukup hebat buat UMNO Barisan Nasional yang kononnya melaungkan motto "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" itu. Kini hanya rakyat yang berhak menilak keikhlasan Pakatan Rakyat jika mahu nasib mereka berubah pada masa akan datang. Sudah lebih 50 tahun mereka mengharapkan simpati UMNO BN untuk membela, namun ternyata indah khabar dari rupa. Mereka hanya berminat membela beberapa kelompok golongan tertentu dan kroni-korni mereka sahaja. Sebaliknya, rakyat marhaen dipaksa dan dikerah untuk membanting tulang saban hari untuk membayar cukai yang akan diagih-agihkan sesama mereka. Inilah masalah sebenar yang berlaku di negara kita sejak merdeka lagi. Lantaran itulah, rakyat tidak perlu "dimanjakan" sangat dalam apa jua bentuk sekalipun. Hasilnya, mereka mahu rakyat terus takut untuk bersuara dan menyatakan pandangan secara terbuka. Berbagai akta dan undang-undang dibuat untuk mengekang kemarahan rakyat. Pilihanraya hanya diadakan sebagai syarat kononnya Malaysia adalah sebuah negara "demokrasi". Walhal, jiwa-jiwa mereka telah dikongkong dan dikawal oleh beberapa orang tokoh korporat yang menjadi penguasa di negara ini. Akhirnya rakyat jelata yang menjadi mangsa kezaliman pihak berkuasa dalam memastikan mereka terus diterima oleh rakyat. Maka itulah, kita amat yakin dengan tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti, pasti akan membuatkan mereka "kecut perut" dan bagai "cacing kepanasan". Berbagai tawaran kini telah dikemukakan biarpun pilihanraya masih tidak ditentukan lagi. Semua itu adalah sebagai penghargaan kepada rakyat agar membuat perubahan bagi memastikan masa depan mereka lebih terbela.

Tawaran DAP Jika Pakatan Rakyat Menang PRU


Terbaru hari ini, Parti Demokratik Rakyat (DAP) mengumumkan bahawa parti itu akan memberikan beberapa habuan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru pada pilihan raya umum akan datang. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng (foto) berkata mereka akan membuat bayaran RM1,000 dalam bentuk tunai kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas. Katanya, jika menguasai Putrajaya, kerajaan Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan amalan saman ekor yang menyenarai-hitamkan pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan mereka. "Kami juga akan membekalkan wifi percuma di seluruh Malaysia," kata Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang. Katanya, Pakatan menjangkakan keputusan itu akan menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa membelanjakan RM2.1 juta setiap tahun tetapi ia bagi membuktikan "penghargaan dan pengiktirafan sumbangan warga emas kepada negara". Ditanya, bagaimana Pakatan akan mendapatkan wang itu, Lim berkata jumlah itu kecil jika dibandingkan dengan wang negara yang hilang akibat rasuah. "Diramalkan Malaysia kehilangan sekurang-kurangnya RM28 bilion akibat rasuah setiap tahun. Kita bukan bercakap mengenai kemampuan menghapuskan rasuah sepenuhnya tetapi cuba mengurangkan sebahagian daripadanya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat DAP hari ini.

[Maka, apa lagi yang mahu diharapkan kepada kerajaan UMNO BN sekarang. Rakyat perlu bijak menilai apa yang telah dilakukan kepada mereka. Janji hanya tinggal janji, apa yang ada semua naik atas nama subsidi. Rakyat dinafikan hak untuk bersuara, sebaliknya mereka merompak sesuka hati khazanah rakyat untuk mengenyangkan perut puak-puak mereka. Oleh itu, marilah sama-sama beri kesederan kepada seluruh rakyat agar perubahan besar akan terlaksana jua dalam pilihanraya umum akan datang. Yakinkan rakyat bahawa siapakah yang benar-benar ikhlas berjuang untuk membela nasib mereka. Namun, biarkan mereka jika ada yang berkata mereka redha dengan apa yang dilakukan oleh UMNO BN sejak sekian lama. Apa yang penting, pastikan ahli keluarga, rakan-rakan serta sahabat seperjuangan melakukan perubahan agar generasi akan datang dapat hidup dengan lebih aman dan tenteram hendaknya].

Panas: Orang Ramai Kecewa HTAA Sembunyi Kes Mayat Hilang Serta Tidak Ambil Tindakan Tegas Kepada Seorang Doktor Gila Seks Di Hospital Itu !

Posted: 12 Aug 2010 11:53 PM PDT

KUANTAN, 13 Ogos - Orang ramai di sekitar bandar ini mulai gusar untuk menghantar kaum keluarga mereka mendapatkan rawatan di Hospital Tg.Ampuan Afzan (HTAA) dekat sini. Ia berikutan tersebarnya dua berita panas yang cukup menggemparkan iaitu isu "mayat hilang" dan juga "doktor gila seks". Menurut sumber dalaman HTAA terbabit, dua kejadian ini terpaksa dirahsiakan daripada pengetahuan umum demi menjaga nama baik hospital terbabit. Kejadian "mayat hilang" dikatakan berlaku sekitar bulan Mei lalu. Kejadian itu disedari apabila keluarga mangsa datang ke bilik mayat HTAA untuk menuntut mayat ahli keluarga mereka. Sungguh mengejutkan, mayat tersebut hilang daripada peti simpanan mayat. Kes itu terpaksa ditutup kerana difahamkan ia melibatkan "orang dalam". Kejadian misteri ini juga sengaja tidak mahu dihebahkan, kononnya untuk menjaga imej dan maruah pihak terbabit. Difahamkan, keluarga terbabit "terkejut" dengan sikap pentadbiran HTAA yang tidak mahu mengambil berat laporan kehilangan mayat itu. Lantaran itu mereka sengaja tidak menyiasat dan membiarkan kes itu berlalu begitu sahaja. Soalnya sekarang, "jika tiada angin, masakan pokok bergoyang". Bagaimanakah mayat yang tersimpan di bilik mayat HTAA boleh dicuri. orang luar, jika tiada kepentingan. Apakah motif kejadian itu, sama ada untuk tuntutan insurans atau sebagainya. Semua ini perlu dibongkarkan dan pihak yang terbabit perlu dibawa ke muka keadilan. Jika tidak, kita khuatir kejadian yang sama pasti akan berlaku pula kepada orang lain.

Kejadian kedua yang sengaja ditutup oleh pihak HTAA ialah berkaitan seorang doktor yang dikatakan "gila seks". Tambah parah lagi beliau dipercayai mempunyai kemahuan luar biasa iaitu terhadap wanita mahu pun lelaki (Bi-sex). Banyak kejadian yang telah dilaporkan terhadap kegiatan dan kecurangan doktor berkenaan. Namun, seperti biasa pihak pengurusan hospital merahsiakan perkara ini. Menurut sumber, kejadian terbaru melibatkan seorang lelaki yang hampir dicabul oleh doktor berkenaan di rumahnya. Beliau amat bernafsu melihat mana-mana pesakit yang berwajah tampan, muda dan menawan hatinya. Menerusi ilmu perubatan yang ada, beliau akan melakukan apa sahaja untuk menggoda pesakit berkenaan. Tambah parah lagi, mana-mana lelaki yang termakan pujuk rayunya pasti akan dibawa balik ke rumahnya untuk "adengan yang lebih menggemparkan". Anehnya, pihak hospital membiarkan sahaja kerenah doktor berkenaan biarpun telah beberapa kali laporan dibuat terhadapnya. Doktor yang dipercayai berasal dari Raub, Pahang itu dipercayai dihantar ke HTAA selepas mempunyai rekod yang sama di Hospital Jerantut sebelum ini. Kejadian terbaru, beliau kini juga gemar menggoda para Jururawat Pelatih dari sebuah kolej yang menjalani latihan di situ. Kejadian terbaru, ketika operasi menjejak kegiatan doktor terbabit dilakukan di Taman Indera Sempurna Kuantan, pihak berkenaan telah menangkapnya dengan seorang pelajar kolej berkenaan yang dipercayai Jururawat Pelatih di hospital terbabit. Difahamkan, ketika ditangkap oleh beberapa orang penduduk setempat mereka dipercayai sedang berdua-dua dalam keadaan mencurigakan di rumah tersebut.

[Laporan polis telah dibuat terhadap perkara itu dan pihak hospital juga telah dimaklumkan. Namun, sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak hospital. Begitu juga pelajar berkenaan, biarpun laporan sudah dimaklumkan kepada pihak kolej terbabit namun tiada tindakan dilakukan terhadap pelajar trbabit. Kejadian yang berlaku ini mengesahkan lagi betapa buruknya perangai doktor berkenaan sebenarnya. Malah, tindakan tegas sepatutnya sudah diambil bagi menyelamatkan lebih ramai mangsa yang akan menjadi "habuannya". Justeru itu, kami memberi tempoh dua minggu kepada HTAA untuk mengambil tindakan tegas terhadap doktor berkenaan. Jika tidak, krew-krew kami akan menerjah HTAA untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang siapakah doktor berkenaan. Semoga ini dapat membersihkan imej HTAA secara keseluruhannya. Jangan, dek kerana "nila setitik maka rosak susu sebelanga"].

Isu Felda: Peneroka Seluruh Negara Sudah Mula Sedar Semua Penipuan Dan Penyelewengan Yang Di Lakukan, Banyak Lagi Saman Bakal Menyusul

Posted: 12 Aug 2010 11:34 PM PDT

Selepas disaman lebih 700 peneroka pada Isnin lepas, Felda bakal berdepan lebih banyak lagi tindakan undang-undang daripada peneroka di seluruh negara, kata Pengerusi Biro Felda PKR Suhaimi Said (foto). Katanya, jumlah peneroka yang akan tampil kali ini dijangka mencecah angka ribuan, terutamanya daripada rancangan Felda daripada Johor dan Pahang. "Mereka (peneroka) sudah lama sedar (berlaku penipuan). Tetapi mereka tak ada punca hendak bawa kes. Ada yang sudah buat laporan polis sejak 10 tahun lepas lagi," kata Suhaimi. "Tetapi waktu itu mereka tak tahu siapa boleh bantu. Lepas ini, banyak lagi akan tampil menyaman Felda. Di Pahang saja kita jangkakan sekurang-kurangnya 4,000 peneroka akan terlibat" tambahnya lagi. Isnin lalu, seramai 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias, Negeri Sembilan mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta terhadap badan itu. Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun. Menurut peguam Sivarasa Rasuah, pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9% sedangkan nilai sebenar antara 24% hingga 25%.

[Banyak betul Felda cekik darah peneroka !! Memang lintah darat betul puak-puak ini. Memang patut para peneroka mengambil tinakan saman terhadap agensi itu. Apakah mereka fikir peneroka semuanya bodoh dan bangang untuk tunduk sampai mati kepada Felda. Peneroka bukannya "buruh ladang" yang boleh dibuat sesuka hati. Felda diberikan tanah untuk diusahakan oleh kerajaan dan peneroka membayar harga tanah tersebut sebagai peserta. Bila dapat geran hak milik mereka masih mahu "cucuk hidung" peneroka untuk menyembah mereka sampai kiamat. Felda bukan estet yang mengambil pekerja, diberi rumah, gaji dan sebagainya. Jika estet macam Felda Plantations, memang mereka boleh buat sesuka hati. Tapi mereka yang sepatutnya keluar kerana semua tanah-tanah itu sudah menjadi hak peneroka (rakyat). Kenapa mahu jadi "Finance" untuk memaksa peneroka "hutang semula" @ "re-finance" ladang mereka?. Kemudian Felda kerah tenaga mereka dan menipu segala hasil yang telah diperolehi. Kerajaan harus sedar semua ini. Rakyat perlu didahulukan dan mereka sudah "merdeka" dari Felda sebenarnya. Kenapa harus menjadi hamba di tanah sendiri lagi?. Peneroka wajar menentukan nasib mereka mulai sekarang, bukannya Felda !!].

Tiada ulasan: