Rabu, 11 Ogos 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Mahkamah Tetapkan Hari Isnin Ini Untuk Teruskan Kes Liwat II, Anehnya Saiful Dan Farah Kini Terus Menyepi Tentang Skandal Cinta Mereka

Posted: 10 Aug 2010 09:33 PM PDT

Perbicaraan kontroversi "kes liwat II" kini semakin panas dan menggemparkan seluruh dunia. Tambahan pula bila isu "hubungan romantis" antara saksi utama Saiful Bukhari Azlan, dengan salah seorang pihak Timbalan Pendakwa Raya iaitu Farah Azlina Latif. Gara-gara pendedahan tersebut kini Saiful sekali lagi bakal berhadapan dengan "pembatalan kesnya". Biarpun Farah Azlina sudah digugurkan dari terlibat dengan kes tersebut, namun apakah kita boleh percaya dan maafkan apa yang dilakukan sejak awal kes ini berjalan dulu. Bukankah, sudah banyak maklumat sulit yang sudah terlepas ke tangan Saiful melalui teman wanitanya itu. Ini bermakna kes berkenaan kini sudah tidak "relevan" lagi untuk diteruskan kerana ia jelas menimbulkan keraguan yang munasabah sekarang ini. Tambahan pula, sehingga ke hari ini tiada langsung pengakuan bersumpah Saiful bahawa dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Farah Azlina. Maka itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Zabidin Md Diah telah menetapkan hari Isnin ini iaitu 16 Ogos untuk mendengar kes berkenaan "pembatalan pertuduhan liwat" terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sementera itu Peguam Anwar Karpal Singh baru-baru ini turut membangkitkan persoalan mengenai ketiadaan afidavit oleh Farah Azlina dan Saiful Bukhari untuk menjawab dakwaan mengenai wujudnya hubungan intim mereka berdua. Karpal mempertikaikan kenapa perlu pihak ketiga menjawab dakwaan tersebut dan bukannya dari mulut Saiful dan Farah Azlina sendiri. Kesemua ini menimbulkan keraguan yang munasabah untuk kita mengesahkan lagi bahawa "teori konspirasi" semakin jelas dalam kes liwat II ini. Soalnya sekarang, apakah hakim akan bersikap adil dan profesional untuk buat keputusan tentang perkara ini?.

[Sementara itu, terdapat satu sumber mengatakan kini Saiful mendiami sebuah kondominium mewah yang dikenali sebagai The Corinthian. Kondominium yang terletak dibelakang Hotel Nikko Kuala Lumpur itu dipercayai menjadi lokasi Saiful dan bapanya (Azlan Mat Lazim) bersembunyi. Kadar sewaan yang mencecah sehingga RM6,000 sebulan itu tidak memungkin beliau mampu membayarnya. Tambahan pula setakat hari ini, kita masih tertanya-tanya apakah sebenarnya pekerjaan Saiful Bukhari selepas beliau berhenti dari bekerja di pejabat Anwar. Kemusykilan ini masing menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Justeru itu, kami amatlah berharap kepada mereka yang mengetahui dimanakah sebenarnya lokasi Saiful berada agar dapat mendedahkannya. Ini kerana berbagai maklumat yang telah diperolehi terutamanya tentang gaya hidup Saiful selepas mengaku diliwat Anwar. Jika benar beliau mendiami kondominium terbabit, maka dari mana dia mendapat wang sebanyak itu tanpa pekerjaan tetap. Kemampuannya juga tidak setanding dan wajar melayakkan dia untuk berada di situ. Buat sahabat yang sering berurusan di lokasi terbabit diharap dapat menyiasat kesahihan maklumat ini. Jika boleh, dapatkan rakam gambar beliau itu].

Tiada ulasan: