Muslimeen United |
- Buang bayi: Umno turut dijemput ke meja bulat
- Radio Rakyat Online sudah Ke udara !!! 24 Jam
- Dengki, punca dinar Kelantan ditentang- TG Nik Aziz
- Tok Guru Nik Aziz Ulas Isu Syurga-Neraka 2
- Solat Jenazah Ustazah Siti Kareah..Isteri PJ Perak..
- Awasi strategi Chua Soi Lek
- Baik Sangka (Husnuzon) & Buruk Sangka (Suuzon)
- 10 Keutamaan Orang Yang Berpuasa
- Pimpinan PR Perak ziarah Ust. bakar.
- Sekretariat Pemuda PR Ipoh Timur ditubuh
- Terengganu 'Mengigau'
- Hari Ini, Satu Dunia Menilai Sistem Kehakiman Negara
Buang bayi: Umno turut dijemput ke meja bulat Posted: 18 Aug 2010 09:11 AM PDT Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan satu sidang meja bulat bagi membincangkan permasalahan sosial yang kian meruncing khususnya isu zina dan buang bayi. Menurut Timbalan ketuanya Azman Shapawi Abdul Rani, sidang tersebut akan diadakan pada 22 Ogos ini bertempat di Anjung Rahmat, Gombak bermula jam 2 hingga 5.30 petang. Sidang itu antara lain bagi merungkai punca permasalahan dan mencari penyelesaian terbaik kepada permasalahan yang saban hari berlaku itu. "Kita akan bincang dari sudut punca berlakunya perkara ini. Pemuda PAS sendiri telah fikir beberapa perkara, dan yang kita nampak perkara ini berpunca daripada misalnya sambutan malam tahun baru, malam kemerdekaan dan hari valentine's yang menyebabkan berlakunya pergalan bebas," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut di sini. Sidang itu juga katanya turut menjemput semua parti politik, badan bukan kerajaan NGO, ahli akademik, tokoh agama, aktivis sosial serta individu yang prihatin terhadap masalah itu. Ianya sebagai inisiatif menggerakkan seluruh masyarakat agar memandang serius terhadap fenomena sosial yang sedang melanda negara khususnya serangan akhlak dan moral golongan belia. "Kita menganggap bukan sahaja kerajaan yang harus menangani isu ini tapi termasuk juga kesedaran masyarakat. Sebab itu kita buat keputusan untuk panggil semua parti politik termasuk pemuda Umno sebagai tanggungjawab kita untuk menyelesaikan masalah yang semakin membarah dalam masyarakat," ujarnya. Isu buang bayi khususnya semakin menjadi-jadi apabila setiap hari dilaporkan berlaku. Terbaru seorang bayi lelaki yang masih hidup serta bertali pusat telah ditinggalkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Kampung Hulu Takir, Kuala Terengganu semalam. Manakala dalam satu lagi kes serupa, di Bukit Mertajam seorang bayi perempuan berusia tujuh hari ditemui oleh seorang pekerja kilang di hadapan rumahnya di Bukit Minyak di sini, Ahad lalu. Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS akan mengadakan Ijtima' Tarbawi (himpunan tahunan )pada 1 hingga 3 Oktober ini. Himpunan tersebut akan mengumpulkan enam hingga lapan ribu ahli pemuda PAS seluruh negara dalam usaha memperkuat ahli dewan itu berdepan Pilihan Raya Umum ke-13. -Hrkh |
Radio Rakyat Online sudah Ke udara !!! 24 Jam Posted: 18 Aug 2010 09:09 AM PDT Satu saluran radio Internet - Radio Rakyat Online sudah ke udara di siaran Internet 24 Jam. Boleh dengar di www.dinarkelantan.com.my atau di www.radiorakyat.blogspot.com Kepada sesiapa yang nak iklan produk / pemimpin PR atau BN nak beri ucapan melalui Radio Rakyat amatlah dipersilakan - Rekod suara anda ke MP3 Format dan email kepada admin Radio Rakyat di warta365@yahoo.com www.radiorakyat.blogspot.com |
Dengki, punca dinar Kelantan ditentang- TG Nik Aziz Posted: 17 Aug 2010 08:19 PM PDT KOTA BHARU, 18 Ogos: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan mempolemikkan penggunaan dinnar emas dan dirham perak di Kelantan adalah disebabkan sifat hasad dengki dan pihak tertentu. Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak melihat penentangan penggunaan dinar dan dirham tersebut mempunyai asas yang kuat selain dendam politik Umno terhadap kerajaan PAS negeri itu. "Tetapi kerana hasad dengki menyebabkan mereka menentang walaupun yakin perlaksanaan itu betul. "Mereka pertikai atas dasar politik semata-mata walaupun dengan hujah yang kabur," ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS. Jelasnya, sepatutnya perkara itu tidak menjadi isu apatah lagi kepada orang Islam kerana dinnar emas dan dirham perak sudah diguna sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi. Beliau berkata demikian ketika ditemui di JKR 10, di sini semalam. Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan pusat sepatutnya menyokong usaha yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan yang berhasrat untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam. Namun menurutnya, mungkin kerana sikap anti Islam dan hasad dengki yang mendalam, mereka terpaksa melawan dan menentang pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan. "Mereka terus melatah kerana berasa sengal dengan usaha kerajaan Kelantan berusaha melaksanakan syariat Islam termasuk sistem kewangan," ujarnya. Usaha Kelantan mengeluarkan dinnar emas dan dirham perak jelasnya adalah bagi menjaga sistem kewangan agar tidak berterusan dimonopoli barat. Negara Islam katanya perlu membuktikan kepada barat bahawa Islam mempunyai mata wangnya sendiri. Dalam pada itu, kerajaan negeri juga akan mengeluarkan sebuah buku mengumpulkan pandangan-pandangan alim ulama berhubung penggunaan dinnar emas dan dirham perak. Buku yang bakal disusun oleh kerajaan negeri itu juga akan mengumpulkan hasil tulisan dari kitab-kitab jawi dan Arab yang telah mendedahkan masaalah kewangan dalam Islam. Masyarakat Kelantan antara yang gemar membeli dinnar dan dirham untuk simpanan terutama golongan wanita. Dalam usaha menggalakkan penggunaannya, Tuan Guru memberitahu akan membayar zakat fitrahnya tahun ini dan masa akan datang menggunakan dinnar. -Hrkh |
Tok Guru Nik Aziz Ulas Isu Syurga-Neraka 2 Posted: 17 Aug 2010 07:27 PM PDT |
Solat Jenazah Ustazah Siti Kareah..Isteri PJ Perak.. Posted: 17 Aug 2010 07:14 PM PDT Perstiwa sekitar Masjid Dr Nazrin.. |
Posted: 17 Aug 2010 07:13 PM PDT Selena Tay Pada 29hb Julai 2010, Chua Soi Lek telah memulakan rancangan strateginya untuk meraih undi Cina dalam PRU-13 yang akan datang dengan menyeru semua Anggota Parlimen MCA dan ADUN-ADUN MCA supaya memulakan blog dan Twitter untuk membongkar kesalahan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat (PR) dengan memberi maklumat yang benar di alam cyber. Sejak tarikh 29hb Julai itu, Chua telah mengeluarkan beberapa kenyataan. Diantaranya ialah:- 1) Jika PR menang PRU-13, yang akan menjadi Perdana Menteri ialah orang PAS, bukannya orang dari PKR atau DAP; 2) Negara-negara Islam tidak progresif; dan 3) DAP mesti menyoal Tuan Guru Nik Aziz mengenai matawang dirham dan dinar. a) Strategi Semut Dalam Dubur - tujuan strategi ini ialah untuk menggangu fikiran para pemimpin Pakatan Rakyat. Dalam bahasa Inggeris ia dihuraikan sebagai 'to unsettle and irritate the enemy'. b) Strategi Gadis Senyum Manis Menyembunyikan Pisau - tujuan strategi ini ialah untuk memberi gambaran bahawa penggunanya lemah dan tidak merbahaya padahal ia adalah sebaliknya. (Strategi Smiling Girl Hides A Dagger adalah strategi yang sering digunakan dalam zaman dinasti Cina dalam peperangan lebih dari 1,600 tahun.) |
Baik Sangka (Husnuzon) & Buruk Sangka (Suuzon) Posted: 17 Aug 2010 05:29 PM PDT Salam. Ustaz, boleh ustaz terangkan konsep husnuzon dalam islam? apakah itu baik sangka dan bagaimana nak berbaik sangka. sehingga tahap mana. Dan apa kah pula buruk sangka. Adakah islam melarang sekeras2nya buruk sangka. atau ada antara buruk sangka yang dibenarkan. contohnya melihat org yg tak dikenali berkeliaran di kawasan tmn perumahan pada waktu mlm. boleh ke berburuk sangka pada org itu. sekian, tq Jawapan : Maksud Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain, ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat. Kata Saidina Umar bin Al-Khattab ra : "Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik". Orang yang berburuk sangka seolah memfitnah orang, kerana buruk sangkanya tidak mempunya bukti yang kukuh, ini dikuatiri terjadinya fitnah, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain. Firman Allah yang bermaksud : "Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa Yang dilakukannya." (Al-Isra : 36) Fadhilat Berbaik Sangka Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, Ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia. Ini juga mengalakkan manusia itu berpecah belah antara satu sama lain dan ia juga akan merugikan manusia itu juga. Mengelakkan daripada penyesalan dalam hubungan manusia sesama manusia kerana menuduh manusia lain tanpa bukti yang kukuh. Firman Allah yang bermaksud : "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan." (Al-Hujurat : 6) Selalu merasa bahagia atas segala kejayaan yang dicapai oleh orang lain walaupun kita sendiri belum berjaya. Ini bertujuan untuk mewujudkan sikap ingin bersaing antara satu sama lain. Kerana umat Islam yang mempunyai sikap ingin bersaing dengan orang yang telah berjaya akan mendatangkan keuntungan kepada semua umat Islam termasuk dirinya sendiri. Berbaik Sangka Terhadap Perkara Dusta Tetapi ingat kalau kita melihat orang yang melakukan dosa atau kemaksiatan, kita bersikap husnuzon terhadap perlakuan mungkar orang tersebut, maka kita akan menanggung saham dosa kemaksiatan yang dilakukan oleh orang tersebut. Kerana Islam mewajibkan umatnya mencegah kemungkaran yang berlaku disekelilingnya dengan kemampuan yang ada pada kita. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud : "Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". (Di riwayatkan oleh Imam Muslim) Jelas di sini, bahawa Islam melarang umatnya menyokong perkara yang mungkar atau dusta, kerana perkara tersebut jelas melanggar hukum Allah dan larangan Allah. Contohnya kita melihat orang Islam di dalam kedai Sport Toto sedang membeli nombor ekor. Tetapi kita berbaik sangka kepada perbuatan orang Islam tersebut dengan mengatakan bahawa "itu jalan rezeki dia, biarlah…. dia juga nak cari makan". Cegahlah segala kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita dengan sedaya yang mampu, kalau mampu dengan tangan, maka ubahlah dengan tangan. Mampu dengan lidah, ubahlah dengan lidah, kalau dua-dua ini tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hati (tidak redho dengan perbuatan tersebut) dan inilah selemah-lemah iman. Buruk Sangka Buruk sangka atau suuzon yang membawa maksud menaruh curiga kepada seseorang yang belum terbukti orang tersebut melakukan kesalahan. Islam sangat melarang umatnya berburuk sangka sesama Islam, kerana berburuk sangka akan mengundang malapetaka kepada orang tersebut. Biarlah syakwasangka itu berdasarkan bukti yang kukuh dan bukan sekadar memfitnah. Firman Allah yang bermaksud : "Dan orang-orang Yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki Yang beriman dan orang-orang perempuan Yang beriman Dengan perkataan atau perbuatan Yang tidak tepat Dengan sesuatu kesalahan Yang dilakukannya, maka Sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa Yang amat nyata." (Al-Ahzab : 58) Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka kepada sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristiqfar kepada Allah swt. Dosa orang yang berburuk sangka adalah besar dan perbuatan jahat, setiap perbuatan jahat Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka Allah. Firman Allah yang bermaksud : "Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Al-Hujurat : 12) Orang yang berburuk sangka juga sama dosanya seperti memakan daging saudaranya yang telah mati. Jauhilah sifat penyakit hati ini, kerana ia juga dapat merugikannya juga. Kembalilah ke jalan Allah dengan sebenar taubat dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut. Perkara buruk ini telah menjadi darah daging umat Islam sekarang ini terutama melayu Islam yang sentiasa iri hati dan bersangka buruk terhadap saudara Islamnya. Dengan menuduh orang melakukan perbuatan mungkar tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Malah orang yang bersangka buruk itulah yang diagungkan sebagai orang yang hebat dan bijak. Inilah petanda akhir zaman kerana umat Islam tidak lagi berbangga dengan kerja-kerja amalnya dan mereka merasa besar dan gah dengan dosa yang dilakukan oleh mereka. Jika perkara ini tidak ditegah, maka ia juga akan merugikan semua pihak dan mengundang bala Allah yang datang tidak mengira darjat, iman dan bangsa. Sangka Buruk Yang Harus Umat Islam juga perlu bersangka buruk terhadap beberapa perkara. Contohnya soal keselamatan diri, seperti yang ditanyakan di atas, ternampak orang yang tak dikenali berkeliaran di persekitaran perumah pada waktu malam. Ini bukan kita menuduh, tetapi kita mengambil sikap berjaga-jaga dari berlakunya musibah-musibah yang tak diingini. Perbuatan sangka buruk seperti ini diharuskan, kerana ia menjaga keselamatan diri dan harta kita. Bersangka buruk terhadap prestasi pelajaran anak-anak, kerana mereka tidak membaca buku dan hanya main game dan menonton TV sahaja. Hasil dari sangka buruk tersebut, kita menghantar anak menghadiri kelas tusyen atau kelas tambahan untuk meningkatkan prestasi anak tersebut. Maka di sini merupakan sangka buruk yang menguntungkan semua pihak. Bersangka buruk terhadap pokok besar yang condong ke arah rumah kita, maka dengan sangka buruk tersebut kita mengupah orang untuk memotong pokok tersebut untuk menjaga keselamat rumah dan nyawa keluarga kita. Maka bersangka buruk seperti ini juga diharuskan. Pendek kata, bersangka buruk yang menguntungkan semua pihak tanpa mengorbankan pihak-pihak yang tertentu atau sebagai langkah keselamatan, adalah diharuskan untuk kepentingan semua pihak. Kesimpulannya Bersangka baiklah kepada semua orang, kerana sangka baik itu meguntungkan semua pihak dan perbuatan tersebut adalah perbuatan mahmudah (terpuji). Jangan sesekali bersangka jahat kepada orang, terutamanya saudara sesama Islam, kerana ia merugikan semua pihak dan dosanya juga besar. Jika ada orang yang mempunyai sifat ini, lekas-lekaslah beristiqfar kepada Allah, kerana Allah menerima taubat hambanya. Sumber dari blog Ust. Nor Amin |
10 Keutamaan Orang Yang Berpuasa Posted: 17 Aug 2010 05:27 PM PDT Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan Allah, di antaranya ialah : Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di surga yang dinamai Al Rayyan. Pintu surga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa. Kata Nabi dalam satu haditsnya, pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadhan, maka tak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. (HR. Ahmad dan Bukhari-Muslim). Kedua, Allah telah mengfungsikan puasa umat Nabi Muhammad saw sebagai benteng yang kokoh dari siksa api neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu. Dalam hal ini Rasul bersabda, "Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kokoh dari siksa api neraka." (HR. Ahmad dan Al Baihaqi). Rasul menambahkan pula bahawa puasa yang berfungsi sebagai perisai itu layaknya perisai dalam kancah peperangan selama tidak dinodai oleh kedustaan dan pergunjingan. (HR. Ahmad, An Nasa`i, dan Ibnu Majah). Ketiga, Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak misik. Sehingga Rasul bertutur demikian, "Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih semerbak di sisi Allah dari bau minyak misik." Keempat, Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa yaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. Orang yang berpuasa dalam santapan bukanya meluapkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan dzikir. Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya. "Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. Yaitu berbahagia kala berbuka dan kala bertemu Allah," kata Rasul dalam hadits riwayat imam Muslim. Kelima, puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menempa kesehatan dan kesembuhan dari beragam penyakit. "Berpuasalah kalian, niscaya kalian akan sehat." (HR. Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim). Abuya menegaskan bahawa rahasia kesehatan di balik ibadah puasa adalah bahawa puasa menempah tubuh kita untuk melumatkan racun-racun yang mengendap dalam tubuh dan mengosongkan materi-materi kotor lainnya dari dalam tubuh. Menurut kerangka berpikir Abuya, puasa ialah fasilitas kesehatan bagi seorang hamba guna meningkatkan kadar ketaqwaan yang merupakan tujuan utama puasa itu sendiri. "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Qs. Al Baqarah: 183). Keenam, keutamaan berikutnya yang Allah berikan kepada ahli puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari siksa api neraka. Matanya tak akan sampai melihat pawai arak-arakan neraka dalam bentuk apapun juga. Rasul yang mulia berkata demikian, "Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim." (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i). Ketujuh, dalam Al Quran Allah berfirman, "Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu." (Qs. At Taubah: 112). Sebagian ulama ahli tafsir menerangkan bahawa orang –orang yang melawat (As Saihuun) pada ayat tersebut adalah orang yang berpuasa sebab mereka melakukan lawatan (kunjungan) ke Allah. Makna lawatan, tegas Abuya, di sini adalah bahawa puasa merupakan penyebab mereka (orang yang berpuasa) bisa sampai kepada Allah. Lawatan ke Allah ditandai dengan meninggalkan seluruh kebiasaan yang selama ini dilakoni (makan, minum, mendatangi istri di siang hari) serta menahan diri dari rasa lapar dan dahaga. Sembari mengutip Al Quran pula, Abuya mencoba menganalisa surah Az Zumar ayat 10: "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." Kata Al Maliki, orang-orang yang bersabarlah maksudnya adalah orang yang berpuasa sebab puasa adalah nama lain dari sabar. Di saat berpuasalah, orang-orang yang bersabar (dalam beribadah puasa) memperoleh ganjaran dan pahala yang tak terhitung banyaknya dari Dzat Yang Maha Pemberi, Allah swt. Kelapan, di saat puasa inilah Allah memberi keistemewaan dengan menjadikan segala aktifitas orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Kerananya, orang yang berpuasa dan ia meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya dengan tujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya juga ibadah. Dalam satu hadits riwayat Ibnu Mundih dinyatakan, "Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipatgandakan (pahalanya)." Kesembilan, di antara cara yang Allah kenakan dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahawa Allah menjadikan orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya sama persis dengan orang yang berpuasa itu sendiri meski dengan sepotong roti atau seteguk air. Dalam satu riwayat Nabi bertutur seseorang yang memberi makan orang yang puasa dari hasil yang halal, akan dimintakan ampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadhan…… meski hanya seteguk air. (Hr. Abu Ya`la). Kesepuluh, orang yang berbuka puasa dengan berjamaah demi melihat keagungan puasa, maka para malaikat akan bershalawat (memintakan ampunan) baginya. Petikan dari Blog Pondok Habib |
Pimpinan PR Perak ziarah Ust. bakar. Posted: 17 Aug 2010 05:09 PM PDT 8 Ramadhan 1431H. IPOH : Isteri kesayangan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Bin Hussien, Allahyarhamah Ustazah Siti Kareah telah kembali ke rahmatullah kerana sakit tua pada pukul 2.20 petang, tanggal 17/8/2010. Allahyarhamah Ustazah berumur 56 tahun dan meninggalkan 6 orang anak. Mayat beliau disemadi di kubur muslim di perkarangan Masjid Kg Rapat Setia Tambahan, Ipoh pada waktu malam hari ini. Setelah mendengar berita pemergian beliau, pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat, penyokong dan orang ramai berduyun-duyun datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau dan mengucapkan takziah. Antara yang hadir termasuk Bekas Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Mohd Nizar Bin Jamalluddin, Pengerusi DAP Perak, Dato Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Taiping, YB Nga Kor Ming, ADUN Tronoh, Yb Sivakumar, Ketua Pemuda DAP Perak, YB Wong Kah Woh dan lain-lain. -Cina Islam |
Sekretariat Pemuda PR Ipoh Timur ditubuh Posted: 17 Aug 2010 05:08 PM PDT IPOH, 18 Ogos: Usaha bagi menubuhkan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Kawasan Parlimen Ipoh Timur telah menjadi kenyataan dan bakal dirasmikan sempena program bersama ahli parlimennya, Lim Kit Siang pada 20 Ogos ini. Sekretariat yang diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Salman Saleh bersama ahli jawatankuasanya yang terdiri daripada Pemuda PAS kawasan, Angkatan Muda PKR Cabang Ipoh Timur dan Pemuda Sosialis DAP. Antara program yang telah disusun ialah menyerahkan sumbangan kepada warga yang kurang bernasib baik di sekitar kawasan Ipoh Timur dan bantuan di Surau Taman Temara, Ipoh. Manakala pada sebelah malamnya di Dewan Chin Woo akan diadakan ceramah bertajuk 'Ke Putrajaya'. Antara tetamu yang akan bersama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Negeri Perak yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Timbalan Pengerusi PKR negeri yang juga Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye. Pada malam itu, panelis lain yang turut bersama ialah Ahli Parlimen Taiping yang juga Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hutan Melintang yang juga Naib Pengerusi PKR negeri, S.Kesevan. Selain daripada program-program yang bakal disusun, sekretariat itu telah bergerak menjalankan kempen bersama untuk pendaftaran pemilih baru kepada seluruh warga penduduk di sekitar kawasan Ipoh Timur. -Hrkh |
Posted: 17 Aug 2010 03:08 PM PDT - Batalkan Projek Jambatan Losong-Pulau Sekati-Teluk Pasu |
Hari Ini, Satu Dunia Menilai Sistem Kehakiman Negara Posted: 17 Aug 2010 03:07 PM PDT
Pendapat Kedua VS 'nota' Misteri Pakar Patalogi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand dijangka akan hadir memberi keterangan pada Inkues Menyiasat Punca Kematian Teoh Beng Hock yang dijadual bersambung esok. Hal ini diakui sendiri peguam pemerhati keluarga Beng Hock, Gobind Singh Deo kepada TV Selangor. Kesediaan Dr Pornthip hadir memberi pendapat pakarnya berhubung kes kematian Teoh Beng Hock dijangka bakal memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia untuk mengetahui kebenaran. Walaupun demikian, kemunculan terkini 'nota' misteri yang boleh mematahkan teori pembunuhan tersebut bakal menjadi agenda sesetengah pihak dalam mengubah hala tuju inkues tersebut. Koroner Azmil Muntapha Abbas menetapkan tarikh esok selepas surat daripada Dr Pornthip yang sedia memberi keterangan selepas memperoleh kebenaran daripada Kementerian Keadilan Thailand. Sebelum ini, Dr Pornthip mendakwa menerima isyarat daripada sumber tidak rasmi negara ini betapa kehadiran tidak disenangi hingga membatal hasrat itu. Dr Pornthip dijangka hadir memberi keterangan berkaitan hasil bedah siasat kedua ke atas mayat Beng Hock di Mahkamah Koroner Shah Alam. Beliau sebelum ini membuat kenyataan betapa Beng Hock mungkin dibunuh, bukannya bunuh diri sebagaimana telahan awal. Teoh adalah Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah yang ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di Plaza Masalam ketika dalam kawalan SPRM Selangor.
HARI INI, sistem kehakiman negara akan diperhatikan dengan cara yang lebih teliti oleh masyarakat antarabangsa - samada wujud sikap untuk mempertahankan keadilan dan kebenaran di kalangan para hakim (di dalam konteks inkues ini, peranan koroner) atau sebaliknya. Atau ia hanya satu perulangan kisah hakim di dalam kes konspirasi liwat 2 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana hampir kesemua keputusannya berpihak kepada Pendakwa Raya sekalipun pihak pembela telah mengeluarkan hujjah yang kuat bagi anak guamnya semata-mata kerana pendakwa dan hakimnya mematuhi skrip konspirasi yang diaturkan oleh Peguam Negara. Umum telah mengetahui bahawa keterangan-keterangan ahli patologi yang dikemukakan oleh pendakwa raya di dalam inkues sebelum ini penuh dengan hal-hal yang meragukan. Andaian-andaian palsu serta hujjah-hujjah yang lemah meletakkan integriti ahli patologi tempatan begitu dipersoalkan dan begitu tercemar seolah-olah mereka telah dipaksa oleh pihak tertentu untuk mengemukakan kenyataan tersebut dan anihnya keterangan mereka sealipun tidak logik seperti seolah-olah diiyakan oleh pihak yang mengadili. Konspirasi peringkat tertinggi sedang berjalan yang melibatkan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara - itu penilaian rakyat dan masyarakat luar. Dan kebenaran itu akan tetap kebenaran sekalipun cuba diputar diselindungi oleh tangan-tangan ghaib sehingga terdedah dan tercemar sudah integriti pihak yang beriya-iya melaksanakan pelan konspirasi apabila wujudnya kes-kes yang mencemarkan maruah pihak pendakwa seperti keterlibatan kisah romantis seorang peguam pendakwa dengan saksi utama kes dan yang terkini, Peguam Negara sendiri ada mempunyai hubungan sulit dengan pegawai bahawannya, menjadikan saksi utama dan pendakwa utama tersebut sebagai pihak yang tidak mempunyai kredibiliti untuk melanjutkan kes yang sedang dibicarakan. Ketua Polis Negara pula tidak berintegriti apabila diketahui telah menipu mengenai soal kelayakannya untuk menduduki jawatannya. Pembunuh sebenar yang sekarang dipercayai cuba diselamatkan oleh pihak-pihak tertentu akan tetap dicari sehingga ke lubang cacing. Rakyat terbanyak akan terus berjuang untuk meletakkan kebenaran dan keadilan ke tempat yang lebih hakiki sekalipun seribu hakim di negara ini cuba untuk mengkhianati sumpah profesyen mereka. Ingat kisah seorang hakim durjana di dalam kes "Correct, correct, correct" yang telah membaca penghakiman yang telah disiapkan oleh peguam yang terlibat di dalam kes yang diadilinya. Itulah contoh hakim yang bertaraf binatang yang ada di Palace of Justice negara! Dan UMNO mempunyai wakil paling kuatnya untuk melindungi orang-orangnya di dalam sistem kehakiman apabila mereka meletakkan bekas penasihat undang-undangnya sebagai Ketua Hakim Negara. Perencanaan Allah tetap akan menang mengatasi perencanaan konspirator ini. -GB |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan