Isnin, 23 Ogos 2010

Murai Anak Emas

Murai Anak Emas


Perlu Di Perjelas Lagi Hudud Kepada DAP ? tak payah……..

Posted: 22 Aug 2010 11:57 PM PDT

Aku secara peribadi merasakan tidak perlu nak bersusah payah nak perjelaskan Hukum Hudud kepada DAP, sudah berapa lama dah Pas bersekongkol dengan DAP ?, masih tak gheti2 lagi.

Jelas dan nyata dari kata2 dua pemimpin nya kit siang karpal, mereka telah menolak MENTAH2 dalam keadaan sedar dan waras sambil memperlekehkan Hukum Hudud.

Dalam semangat kerjasama PR, DAP nampak nya tidak ikhlas selalu tidak pandai menjaga KAWAN, PAS aku rasa lebih baik tak payah di terang apa2 lagi pasal Hudud kepada DAP, bukan mereka tidak faham dan tidak tahu MACAM juga UMNO, saja2 buat tak faham dan tak tahu, sebab itu UMNO begitu seronok kalau DAP memperlekeh kan PAS dalam hal berkaitan HUDUD.

Aku nak seru pada pengundi2 PAS yang yakin pada HUDUD, korang pikir2 lah DAP ni bolih buat kawan atau pun tidak, PRU13 nanti pikir lah 1000 kali, walau apa pun aku yakin pada ketentuan ALLAH, atau ini sebagai UJIAN.

DAP pulau Pinang pun sama, mereka DAP……………….lakonan tetap lakonan kepada pengundi2 Muslim, DAP penang bolih merasa gah kerana sudah menerajui negeri itu, walau pun masa BN Gerakan yang terajui, di penang UMNO toksah berlagak MAMAK lagi ramai……..

Peluang Anak Muda Dan Pelajar2 Universiti Mengajar Umno

Posted: 22 Aug 2010 01:09 PM PDT

Pakatan Rakyat khusus nya PAS, keluar lah dari kepompong yang sempit, terutama pemimpin2 yang yang tidak MESRA anak muda, cuba ubah sikap anda.

Ramai kalangan anak MUDA merasa jauh hati dengan segelintir pemimpin2 sebegini, ada pemimpin EGO melampau dan ini tidak sesuai dengan inspirasi anak muda.

PR perlu kan kepada pengundi2 BARU untuk berdepan dengan UMNO pada PRU13 nanti, rata2 anak muda mulai JELAK dengan kerenah2 UMNO, tapi anak muda hanya mampu membenci didalam hati saja, PR utama nya PAS nampak nya ketinggalan untuk TACKLE anak2 muda ini.

Golongan2 di Menara2 Gading majoriti nya anak muda, mereka2 ini bosan dah dengan UMNO dengan peraturan2 AUKU yang seolah2 mereka di perbodohkan, sedang kan pemikiran mereka sugar bugar untuk memikirkan sesuatu bagi kebaikan negara, tapi mereka TERPENJARA dengan PERATURAN Zalim itu.

Kalau kena gaya nya PRU13 Umno akan di ajar olih mereka2 ini, mereka amat peka dengan ISU ciptaan Umno yang mutakhir ini, mereka menggeleng kepala, dan  membenci UMNO.

ISA Dah Dekat Dah…………….

Posted: 22 Aug 2010 07:30 AM PDT

Habis segala kelengkapan Umno gunakan, untuk mewajarkan Umno menggunakan ISA terhadapa musuh politik nya, bolih dikatakan setiap isu yang timbul metakhir ini adalah ciptaan Umno.

Pengetua2 sekolah, MCA, Gerakan, PDRM, Tok Batin, Perkasa masing2 mencari isu2 perkauman, agama dan sebagai nya.

PR harus berhati2 termasuk pimpinan bawahan dengan sebarang tindak tanduk yang mengutungkan Umno, Umno akan mengeksploitasi sedaya mungkin bagi menimbulkan keresahan rakyat.

dolah geting Orang ini adalah senjata umno ? abdullah sa'mah geting

Senjata terakhir umno dan tempat segala rujukan Ulama2 dan cerdik pandai ugama KERAjaan ialah ulamak dalam gambar yang setaraf Harussani.

Kita tunggu fatwa dari ulamak itu dan Nas2 Al qur'an dari nya, kabar nya dah KAYA ulamak ini…………….

Orang2 sekitar TUMPAT yang mengenali orang ini tolong bagi respon atau komen, atau pun email terus kat aku, harap maklum.

Tiada ulasan: