Jumaat, 20 Ogos 2010

Murai Anak Emas

Murai Anak Emas


Buang Bayi 80% Keturunan UMNO

Posted: 20 Aug 2010 01:02 AM PDT

Makin lama Umno Teraju pemerintahan negara, makin banyak bayi jadi mangsa, kata setengah Kaum PLKN bolih selesai kes ni…………….JAHIL……..Umno memang Jahil, sudah lama tersesat jalan, sehinggakan Bangsa yang Umno jaga terhebat membuang bayi2, umno MESTI di REHATkan.

Meskipun tiada butiran tepat kaum-kaum yang terlibat dalam kes pembuangan bayi - yang menjadi polemik sejak kebelakangan ini, pihak berkuasa percaya majoriti mereka yang terlibat merupakan orang Melayu.

Malah 13 dari 65 kes sepanjang tahun ini telah pun masuk proses pendakwaan di mahkamah dan semua yang tertuduh adalah orang Melayu.

Sebanyak 67 kes direkodkan pada 2005, dan disusuli 83 kes pada tahun berikutnya, 76 (2007), 102 (2008) dan 79 (2009).

Ketua Penolong Pengarah Unit Siasatan Seksual/Kanak-kanak Bukit Aman, ACP Hamidah Yunus menjelaskan, komposisi kaum yang tepat tidak dapat diberi secara terperinci kerana kebanyakan kes tidak dapat diselesaikan ekoran ketiadaan bukti untuk menahan ibu bapa bayi yang dibuang.

"Kesemua 13 yang didakwa (tahun ini) itu Melayu... yang tak dapat selesai kita pun tak tahulah, kebanyakan bayi yang dijumpai nampak macam Melayu, tetapi orang Indonesia, Myanmar, Vietnam dan Nepal juga nampak macam Melayu. Kita tak tahu selagi tak dapat siapa yang membuang," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, kebanyakan bayi yang ditinggalkan sukar untuk dikenal pasti identiti kaum mereka. [berkaitan]

Salam ! Kelantan Bukan Kota Bharu Jah……..

Posted: 19 Aug 2010 01:10 PM PDT

Mentara………………..Batu Melintang…………………Bukit Yong…………………….Lojing………………….Rantau Panjang…………………..Tumpat

Sendiri mau ingat laaa…………

Cara Nakhaie Ahmad Berdakwah

Posted: 19 Aug 2010 10:19 AM PDT

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya  menyifatkan tulisan Datuk Mohd Nakhaie Ahmad dalam majalah Milenia Muslim edisi Ogos sebagai  "tuduhan palsu dan hasutan ganas" untuk menentang Perlis dan cemuhan terhadap amalan Islam di negeri itu.

imageyang tengah2 tu Nakhaie Ahmad

Kata Juanda, majalah Milenia Muslim dikatakan ada hubungan langsung dengan sebuah agensi dakwah peringkat kebangsaan yang dinaungi oleh kerajaan persekutuan.

"Majalah ini seolah-olah menjadi media dakwah rasmi agensi kerajaan persekutuan berkenaan dan diedarkan secara percuma ke masjid-masjid, surau-surau, agensi-agensi agama dan sebagainya di seluruh Negara.

"Tanpa sumber kewangan yang kukuh daripada wang milik kerajaan persekutuan untuk aktiviti dakwah penyebaran Islam, tidak mungkin majalah ini boleh berdiri sendiri.

"Malangnya kelihatan wang awam milik kerajaan persekutuan itu telah digunakan untuk menghasut bagi menentang sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia," kata beliau.

Tambah beliau, Perlis adalah sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia.

"Ia memiliki Raja pemerintahnya yang tersendiri. Raja yang berdaulat ini merupakan ketua  agama Islam bagi negeri ini.

"Hak dan keistimewaan Tuanku Raja dan pengamalan Islam di negeri ini dijamin oleh Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Tambah beliau, Perlembagaan negeri pada Fasal 5 jelas menyatakan bahawa agama bagi negeri ini ialah agama Islam Ahli Sunnah wal Jamaah. Ia telah termaktub sejak sekian lamanya.

[sumber penuh disini]

Tiada ulasan: