Isnin, 23 Ogos 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Bangsa, Raja dan Agama

Posted: 23 Aug 2010 06:48 AM PDT


Kah...Kah... Kah... Kah...

Woit!! Ini sapa punya kerja??

Tak lain...Guan Eng ler!!

Uisy.... Ini bukan kerja UMNO.

Tak mau nyer....tak mau nyer....

UMNO hanya berjuang untuk mempergunakan:

Bangsa, Raja dan Agama!!!


Kah.... Kah.... Kah.... Kah...!!!

Ceritanya di sini

Gesaan bangang!! Boleh Blah!!

Posted: 23 Aug 2010 12:30 AM PDT


Sudah bangang... bangang lagi!! Itulah yang dapat aku katakan pada Pemuda UMNO Pulau Pinang. Kenapa mereka bangang??

Mereka bangang sebab masih terus memainkan isu doa kepada Lim Guan Eng. Nama Yang Di Pertuan Agong TIDAK digantikan dengan Lim Guan Eng, tetapi khatib hanya mendoakan agar Allah SWT memberi hidayah dan membuka pintu hati Lim Guan agar memleuk agama Islam dan menjalankan pemerintahan dengan sebaik dan seadil yang mungkin. Itu saja!!

On top of that.... Ex-mufti Perlis pun dah kata yang doa seumpama itu, tak salah dalam Islam. Mufta Perak punya pandangan.... tolak jer ke tepi. Dia sang mufta berpihak. Suara dia tak boleh pakai!! Solat hajat dan bacaan yassin untuk si 'Kamal Hulu Selangor' halal... tetapi, doa untuk Guan Eng pulak haram. Mufta yang men-kompius-kan orang!! Shuuuhhh pi main jauh-jauh!!

Takkan lah itu pun Pemuda UMNO Pulau Pinang bangang sangat tak boleh nak absorb. Itu sebab..... aku kata bangang apabila mereka mengesa Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kasim letak jawatan.

Hoit....!! Apasal pulak dia nak letak jawatan?? Dia tak buat apa-apa kesalahan dan tidak perlu dipertanggungjawabkan atas sesuatu yang tak berlaku seperti yang difitnah. Nama pun fitnah... so, apa perlu letak jawatan!! Itulah perangai busuk hati orang UMNO!! Tak boleh tengok orang senang. Baca sini.

So... hangpa boleh blah ler!

Buat.. Kalau Berani!!

Posted: 22 Aug 2010 07:25 PM PDT


'ISA'-kan Chua Soi Lek??
Kah... Kah.... Kah...Kah
Ada berali LU OLANG bikin??
Ada belani??
Mali... Mali... Mali...
Boloh punya olang!!

Baca sini

FELDA berkembang, kan?? Sekarang... jawab!!

Posted: 22 Aug 2010 11:00 AM PDT


Dalam N3 sebelum ini... aku bersoreh pasal Yusuf Nur dan Felda. Pak Ucop kata... Felda semakin berkembang. Ok... fine. Banyak sungguh cabang pelaburannya. But, sejauh mana perkembangannya dan bagaimana dengan pulangannya?? Itu yang Pak Ucop dan Felda kena jawab.

Banyak yang perlu dijawab oleh Felda. Malas aku nak tulis satu per satu... Ngkorang baca ler sendiri di sini.

Yes!! Yes!! Yes! Jawab jangan tak jawab!!

Sementara menunggu jawapan.... layan puisi ini.

Felda Punya Cerita...

Cerita Felda banyak sensasi
Peneroka kata, Felda tipu kami
Buat janji tapi tak tepati
Hasil penat lelah kami mereka curi

Pinjam sana pinjam sini
Labur sana labur sini
Dalam negeri luar negeri
Tapi... kantung Felda tarak isi

Isi kantung mana pergi??
Menteri.. kroni.. habis joli
Macam duit mereka sendiri
Peneroka?? Gigit jari

Ini macam tak boleh jadi!!
Itu Pengerusi mana pergi??
Woi!! Lu tidur atau mati??
Tak sedar Felda banyak rugi..

Wang RM300 Felda beri
Untuk tutup mulut kami
Pengerusi kata don't worry
You see.. Felda still got lots of money

Hangpa ambik apa yang depa bagi
Itu... hangpa punya rezeki
Tapi jangan pulak lupa dan lali
Perjuangan belum selesai lagi

Amanah peneroka Felda khianati
Banyak soalan belum dijawab lagi
Asak!! Desak!! Jangan berhenti!!
Sehingga, keadilan diberi... hasilnya dirasai

Tiada ulasan: