A Mum Of Three Mohd |
Posted: 20 Aug 2010 07:35 AM PDT Udah-udah ler tu.... Jangan buat fitnah... Isy... isy.... terdesak sangat ke?? Sanggup heret nama YP Agong untuk buat fitnah... Tak baik buat fitnah, tau.... Berdosa... Bertaubatlah kamu... Bertaubat sebelum terlambat!! Ceritanya di sini. |
Posted: 19 Aug 2010 08:15 PM PDT Pada 12 Ogos yang lalu... Kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan yang diterajui PAS telah melancarkan Wang Syariah Dinar [Emas] dan Dirham [Perak]. Sejak itu.... riuh-rendah dan gegak-gempita 1Malaysia akibat kritikan bertalu-talu kerajaan pusat terhadap negeri Kelantan. Semua kritikan tersebut bernada sinis dan berbau ugutan. Ini semua adalah kerana sikap 'tak boleh tengok orang lebih'. Kalau orang lebih sikit daripada mereka maka.... timbullah perasaan iri hati dan dengki. Berkali-kali telah diperjelas oleh Husam Musa.... ia bukan mata wang tetapi adalah pengenalan kepada sistem 'barter trade' atau sistem pertukaran barang. Barang ditukar dengan wang syariah dalam bentuk dinar atau dirham. Itu pun tiada paksaan. Ikut kerelaan empunya barang. Lu sukak lu ikut. Tarak sukak lu boleh guna wang biasa. No problem. Tarak masalah punya. Itu hak masing-masing. Butul, kan?? Sebenarnya.... kerajaan pusat UMNO/BN/APCO ini, ketandusan idea. They've got no brain. Otak mereka gersang dan tak berkembang. Sebab tu.... they cannot come up with new and dynamic ideas. Why.....?? Sebab.... otak mereka khususnya, yang berada dalam UMNO, sudah dibonsaikan. Tak boleh bercambah dan tak boleh kelihatan bercambah. Kalau bercambah....pasti kena cantas!! Dia ... sesama dia pun.... tak boleh nampak 'lebih'. Tak kiralah, lebih pandai ke.... lebih bijak ke.... lebih berpengaruh ke... hatta, lebih bini sekali pun... pasti mereka tak senang hati. Mereka jaki antara satu sama lain. Oleh itu.... kalau nampak sesiapa yang 'lebih' jer, pasti kena cantas punyer!! Dan... tikam-menikam kawan daripada belakang, sudah jadi lumrah dan mainan biasa bagi mereka. Kalau mereka sesama mereka pun macam itu.... dengan pihak lawan [kerajaan Pakatan Rakyat PAS Kelantan] lagi ler busuk hatinya!! Bukan ke mereka tu dah busuk sampai ke usus?? Puak-puak ni sebenarnya.... golongan yang tarak tulur. Mereka takut pada orang bijak, sebab takut dicabar dan takut kedudukan mereka tergugat. Sikap inilah yang membuatkan mereka, dulu, kini dan selamanya.... dok macam tu jer. Statik.... beku dan tak dinamik!! Basi!! Wheekkk!! But.... apabila orang lain dapat idea baru atau buat satu pembaharuan yang pro-aktif, mereka dengki. Mereka kutuk... mereka kritik.... mereka perlekehkan dan mereka akan cuba sekat. And then.... apabila mereka lihat rakyat terima baik perubahan dan idea yang dilaksanakan oleh lawan mereka, mereka tanpa rasa segan-silu, meniru apa yang telah dilaksanakan. Memang tak tau malu!! Ha... ha... ha.... First, they banyak songeh, but then..... they tiru kita. Copycat!! Memang tak tau malu!! Ha... ha... ha... Copycat yang banyak songeh!! Shame.... shame..... Shame on you. Baca apa Tok Guru Nik Aziz kata di sini. Berbalik kepada pengenalan wang Syariah oleh kerajaan Pakatan Rakyat PAS Kelantan. Mengapa mereka beriya-iya menentang?? Apakah mereka takut sistem mata wang yang diguna pakai oleh sang kapitalis, yang didokong oleh mereka, akan tergugat akibat penggunaan wang syariah ini?? Macam kata Tok Guru.... This is a democratic country, so... why not let the people choose which ever yang dia orang suka. Ha.... ha.... ha... Tak salah, kan? Boleh, kan?? Yeeehaah!! Malaysia Boleh!! Malaysiaaa, Bolehland.... so, boleh, kan?? Cer kita pikir-pikirkan.... wang yang diguna pakai sekarang ada susut nilainya. Malah... nilainya tak menentu. Kekadang tinggi tetapi kekadang rendah. Ia senang dimanipulate. Sejak dua menjak ini..... nilai mata wang kita asyik merudum jer. Ini memberi kesan kepada kehidupan kita. Tetapi.... wang syariah iaitu dinar emas dan dirham perak ini, susah sikit nak susut. Ia lebih stabil. Kalau susut pun..... kadar % susutnya rendah. In fact, most of the time, nilainya tinggi dan semakin tinggi. Betul tak?? Kalau silap... tolong betulkan aku. So... kalau ikutkan logik, lebih menguntungkan dan baik kalau kita guna pakai wang syariah. Am I right?? Langkah yang diambil oleh kerajaan Kelantan sungguh adventurous. Ia satu langkah untuk mencari alternatif yang lebih baik kepada sistem yang ada sekarang. Dan.... it's typical of UMNO yang memang phobia pada pembaharuan untuk membantah dan menolaknya. UMNO tak dinamik.... UMNO kuno.... UMNO beku, kaku dan lesu.... UMNO dah tak boleh perform...... UMNO dah nak mampuusss!!! Masih nak ikut UMNO?? Lu orang punya choice ler.... Ini negara demokrasi, kan?? On second thought... masih ada demokrasi ke?? Aaarrgghhh.... whatever ler!! And.... bercakap pasal choice dan penggunaan wang syariah dalam urus niaga perniagaan secara 'barter', apakah kita boleh mempraktikkannya?? Yes..... do we have the choice to use it?? |
Posted: 19 Aug 2010 12:03 PM PDT Sekali lagi syabas buat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor!! Dah dua kali dah aku ucap syabas pada kerajaan Selangor. Tak per. They deserve it!! Kali ini aku ucapkan syabas kerana kejayaan mereka mentadbir negeri dan telah terbukti berkesan dan mendatang hasil yang amat lumayan. Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, Selangor telah mencatatkan pelaburan jumlah perindustrian yang tertinggi di Malaysia..... berjumlah RM2.47 billion. Fuulaamakk.... Banyak tu!! Cayalah ngkorang!! Pelaburan di sana..... luar dalam masuk weh. Yang hat luar, iaitu pelaburan asing bernilai RM942 juta [38%] manakala yang hat dalam... pelaburan dalam negeri, jumlahnya bernilai RM 1.5 billion [62%] Kejayaan ini telah diumumkan oleh YB Teresa Kok, EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor. Bravo!! So... apa nak kata lagi?? Bukankah ini bukti sahih, bertapa cekap dan efisyennya pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat. Itulah..... bila orang percaya pada kita, para pelabur tidak akan teragak-agak untuk melaburkan duit mereka di negeri kita. Kepercayaan itu wujud kerana kita telus dan tidak rasuah. Kita build up kepercayaan mereka...... kita permudahkan urusan mereka, dan.... inilah hasilnya. Figure yang diberikan oleh YB Teresa Kok adalah fakta dan bukan rekaan. Fakta yang sahih dan diperakui oleh MIDA. Tarak tipu punyer, ya? Ini perempuan ada integriti dan ada kredibiliti. Tidak seperti seorang lagi perempuan di Perak, iaitu EXCO Kanan bernama Hamidah Pambu. Ngkorang tahu tak mengapa orang panggil dia Midah Pambu?? Ha... ha... ha... Ingat lagi cerita dia dalam satu sidang Dewan Undangan negeri Perak suatu masa dulu. Dia kata.... Kalau jumpa ular dan orang India, katuk orang India dulu. Lebih kurang begitulah ceritanya. Tak ke rasis namanya? Sudahlah begitu.... suka pulak cakap bohong. Macam ular yang lidahnya bercabang. This pompuan got no integrity dan credibility. Macam mana seorang YB boleh berbohong dalam Dewan Undangan semata-mata to make kerajaan BN looks good. Dia manipulate fakta untuk tujuan mengelirukan rakyat. Weh.... ngko ingat rakyat bodoh?? Inilah contoh pompuan pendek akai....or shall I rephrase it to... tak dak akai!! Mari kita tengok apa yang keluar daripada mulutnya yang lidah bercabang. Dia dakwa, FDI yang masuk ke Perak adalah sebanyak RM11.6 billion. Fuuhh.... billion-billion yop!! Yeeehaahh!! Perak Boleh!! Whoa!!! Easy.... easy.... Jangan suka sangaaat!! Interestingly.... mengikut laporan United Nation, FDI bagi seluruh Malaysia, jatuh sebanyak 81% dan seluruh negara hanya dapat RM4.4 billion saja hasil kemasukan FDI. Eh.... RM4.4 billion jer. And, jeng.... jeng.... jeng.... Perak hanya dapat RM400 juta sahaja. Weh..... ciputnya!! Itu bukan aku yang kata. Itu data daripada MITI. Alahai, Midah oi.... desperatenya kamu!! Desperate to look good hingga sanggup menipu. Now.... rakyat knows your true colour. And.... they hate it!! Well.... itu adalah kisah dua orang perempuan. Kedua-duanya memegang jawatan EXCO dalam pentadbiran negeri masing-masing. Bezanya.... seorang EXCO kerajaan Pakatan Rakyat dan seorang lagi EXCO kerajaan UMNO/BN. Ngkorang nilailah sendiri kedua-dua perempuan tersebut. Yang mana satu lebih UMPH?? Sumber dari sini dan sini. |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan