Rabu, 11 Ogos 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Lauk Tunjuk-Tunjuk

Posted: 11 Aug 2010 12:37 AM PDT


Hari ini, first day kita berpuasa. Semalam, all my 3 Mohamad called untuk ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan menunaikan ibadah puasa. Seronok rasa hati apabila dapat dengar suara mereka. Lepas rindu rasanya....

Kini.... kami tinggal berdua jer kat rumah. Aku dan F3M. Bulan-bulan puasa ni... kalau dah tinggal berdua begini, malas rasanya nak masak. Buat penat merenyah jer.... Baik pergi ke Pasar Ramadhan dan beli lauk pauk yang terlior dek selera.

Orang yang berniaga pun balik-balik orang yang sama macam tahun lepas. Jadi.... kita orang dah tahu masakan siapa yang jadi pilihan selera kami. Senang sikit.... Tak pening kepala bimbang tentang sama ada rasa masakan tu sedap atau tidak.

Biasanya yang turun kereta pergi membeli lauk pauk ialah F3M. Aku malas nak turun, sebab tak suka nak berasak-asak dengan orang ramai. Fuhhhh.... Masa ni, manusia punya ler ramai. Berenyut..... tak kira yang beragama Islam mau pun kaum bukan-Melayu. Semua menuju ke destinasi yang sama untuk membeli pelbagai jenis juadah yang dijual. Sebab itu.... orang kata bulan Ramadhan ialah pesta makan. Macam-macam ada!! Pelik-pelik pun boleh jumpa!!

Bagi aku.... berbuka puasa mesti ada nasi. Kuih-muih yang manis-manis tak main. Aku tak berapa gemar. Perut kenyang dengan nasi.... alhamdulillah dah. Cuma air... mesti ikut selera tekak.

Bersahur pun simple jer.... Ada cornflakes dan susu cukup. Aku tak suka bersahur heavy-heavy. Tapi... F3M dia nak nasi. Aku bersahur awal tapi F3M bersahur lewat. Jadi.... dia bersahurlah sorang-sorang. Nasib baik dia tak kisah...

Sabtu dan Ahad baru aku masak. Tak der lauk tunjuk-tunjuk dari Pasar Ramadhan. Masa ni.... barulah masak apa yang teragak nak makan. Biasanya, yang simpe-simple jer tapi nice to eat. Kalau bebudak tu balik, barulah masak special sikit. Ikut apa yang mereka nak makan. Kesian pulak.... sesekali nak rasa air tangan mak. Kalau mereka balik.... seronok!! Sebab.... dapat beramai-ramai. Meriah sikit suasana berbuka puasa.

Dan, insyaAllah.... hujung minggu ni, mereka balik. Yahooo....!! Bestnyer!!

Bung Mokhtar Boleh!!

Posted: 10 Aug 2010 09:08 PM PDT

Bung Boleh!!
Boleh poligami.......
Boleh terlepas dan bebas....
Boleh terselamat ....
Boleh tersenyum...
Keadilan ala-Malaysia Boleh!!!

Ceritanya di sini

Oh... kerja ngkorang ek??

Posted: 10 Aug 2010 06:47 PM PDT


Aku ingat Keadilan buat kerja bodoh, rupanya UMNO. Sekarang aku tahu dah sapa punya angkara. Hari tu.... aku tengok TV, Sultan Johor marah bebenor pasal tindakan parti pembangkang menggunakan gambar dia dalam banner mereka. Pasti punyer yang dia maksudkan ialah Keadilan.

Mula-mula tu hati berkat jugak..... Apa ke bangangnya Keadilan Johor buat kerja giler macam tu?? Tak der faedahnya... Bagi orang marah buat apa??

Rupanya.... itu kerja giler UMNO Johor. Kalau demer punya kerja, patut ler pun.... Ater, demer memang tengah meroyan sekarang ni. Serba tak kena.... panas bontot!! Sebabnya.... demer tahu yang saat kematian demer dah nak hampir. Even di Johor pun....sokongan kepada pembangkang dah semakin meningkat, walau pun Johor tu totok UMNO. Kaw... kaw... karat UMNO!!

Lantas.... untuk membuat rakyat Johor benci pada pembangkang, demer gunakan raja. Itulah kerja UMNO.... mereka sanggup mempergunakan sesiapa juga untuk kepentingan mereka. Even raja... In fact, itulah trend mereka sekarang. Di Perak.... raja dipergunakan. Di Selangor.... raja dipergunakan.... Institusi raja pun sanggup diperkudakan oleh mereka!!

Isu banner ini.... sengaja diwujudkan. Semuanya itu, semata-mata nak menfitnah dan melaga-lagakan pembangkang dengan raja. Weh... rakyat bukan bodoh lagi. Bukan raja yang menetukan kerajaan. Yang menentukan siapa kerajaan ialah rakyat. Kita bukan lagi di zaman fuedal. Rakyat kini berada dalam era milenium. Yang masih berada dalam era fuedal ialah UMNO. Itu pun bukan feudal beraja tetapi feudal pemimpin UMNO!! UMNO sekarang adalah RAJA NO 1 NEGARA!!

Sebenarnya.... raja dah lama mereka tolak ke tepi. Raja bagi mereka hanya untuk diperguna apabila ada keperluan, seperti apabila kedudukan mereka terancam.... macam la ni. Kalau tidak, hangpa duduk diam-diam.... buat hal masing-masing. Hangpa jangan kacau kami.... kami tak kacau hangpa. Hangpa kacau kami..... siap hangpa. Itu sudah berlaku pada zaman Mahadir dan sekarang pun 2X5. Raja la ni boleh diugut-ugut oleh UMNO.

Itulah senario yang berlaku di Johor sekarang. Apabila rakyat Johor mula buka mata mereka terhadap kepincangan UMNO dan kezaliman terhadap rakyat, mereka rasa terancam. Lantas..... mereka bangkitkan kemarahan raja dengan membuat dan menggantung banner yang ada gambar Sultan Johor. Ya.... raja marah, tapi... apalah rakyat peduli?? Yang bangang mungkin tetapi.... rakyat yang bijak tahu hak mereka sebagai rakyat negara demokrasi.

That's why, ada yang melatah dan ada yang cool. Biasa ler..... Tapi, trick dan strategi ini tidak akan dapat menghalang kebangkitan rakyat. Sekiranya gelombang rakyat ini bertukar menjadi tsunami dahsyat pada PRU13 nanti..... dan sekiranya Putrajaya berjaya ditawan, maka sultan.... atau mana-mana raja pun takkan dapat berbuat apa-apa .

Ini kerana..... rakyat ialah tuan yang sebenarnya kepada negara ini dan jika Pakatan Rakyat yang rakyat mahu untuk menerajui Malaysia, siapa pun tak boleh berkata apa-apa. Am I right?? Betoi tak??

Kuasa Rakyat Kuasa Keramat!! Hidup Rakyat!!

Kerja giler apa ni??

Posted: 10 Aug 2010 10:48 AM PDT


Apa?? Beng Hock bunuh diri??
Ada surat....
Surat... Surat apa??
Surat terakhir!! Surat Selamat Tinggal!!
Giler!!
Iya... Surat dijumpai.
Di mana surat tu selama ini??
Ha...ha.. ha... Disimpan... Tersimpan.... Menyimpan!!!
Oleh siapa??
The Clown of BolehLand 's Kangaroo Court


OMG..... Ya Allah. Sudah-sudahlah.... Cukup-cukuplah..... Jadi-jadilah..... memalukan negara!! Apa kejadahnya Peguam Negara buat kerja bodoh-giler macam ni?? Nampak sangat ini satu konspirasi nak cover-up punca sebenar kematian Beng Hock. Tak cukupkah dengan konspirasi Kes Sodomi 11??

Apakah ini bala yang didoakan oleh Tok Guru ke atas Najib dan kerajaannya. Lunyai-munyai reputasi.... kredibilti dan integriti kerajaan 1Malaysia Najib Razak. Semua taik mereka sudah dapat dihidu dan didedahkan satu persatu. Baik 'taik' tuan punya badan, mau pun... taik kerajaan yang dipimpinnya. Berlemoih dengan taik imej kerajaan yang dipimpinnya...

Dan.....apakah semua ini petanda yang Najib bakal kecundang?? Kalau tak da crutches ler.... pasti dah lama runtuh. Lantas, untuk mengelakkan keruntuhan ini daripada berlaku, maka.... PDRM... SPRM dan Sistem Kehakiman terutama Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah diperlembu semahu-mahunya.

Lantaran itu...... boleh dikatakan seluruh sistem penguatkuasaan negara telah korup. Kita ambil kata-kata Mahadir..... "Telah busuk sampai ke usus!!" Semuanya dah berulat.... berenin.... bernanah!! They're beyond repair. Bau penghornya dah sampai ke seluruh pelusuk dunia dan mereka pun dah nak termuntah.

Sebab itu..... para pelabur lari meninggalkan Malaysia mencari tempat lain yang tak tercemar. Yang lari, sepasal..... tetapi, yang tak nak masuk ke Malaysia, satu hal lagi!! Akhirnya...... negara yang rugi.

Oleh sebab.... keadaan sudah beyond repair, maka apa jalan keluar bagi masalah ini??

Kalau kereta kita dah barai dan asyik beri kita masalah jer dan mekanik pun kata dah kondem.... beyond repair, apa kita nak tunggu lagi?? Campak buang jer ke dalam lombong dan tukar kereta baru yang lebih reliable. Problem solved!!

Kes pembunuhan Teoh Beng Hock ini merupakan satu episod sedih bagi keluarganya dan malang bagi negara. Just because dia dari pihak yang tak sehaluan dengan kerajaan dan mati pulak di tangan pihak penguasa kerajaan, maka adakah adil kematiannya diperlekehkan dengan mengatakan dia bunuh diri sedangkan, hidupnya tenteram dan bahagia sebelum dia mati.

Kebahagiaan yang bakal dinikmatinya telah diragut daripadanya setelah dia dijumpai mati semasa berada dalam tangan SPRM. And now.... mereka cuba katakan pulak dia bunuh diri hanya dengan sekeping nota terakhir yang kononnya ditinggalkan olehnya. Pulak tu,.....surat terakhir itu muncul setelah hampir setahun lebih dia pergi.

Ridiculous kan?? Zalim.... sungguh zalim mereka.

Sumber dari sini

Tiada ulasan: