Sabtu, 28 Ogos 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Comel amoi ni ... menunggu untuk berbuka puasa

Posted: 28 Aug 2010 08:27 PM PDT


YB Hannah Yeoh ... comel aku nampak ... sedang menunggu masa berbuka bersama umat Islam yang lain di sebuah surau/masjid (tak cakap pula di mana)
Ada siapa-siapa nak buat repot pada JAIS ker ... non-muslim dah masuk dalam masjid ni.
Berahim katak tal nak buat repot polis ker ... kahkahkah

Gambar : Rosmah TIDAK menutup aurat di dalam masjid

Posted: 28 Aug 2010 09:40 AM PDT

Gambar ni aku dapat dari twit pic - posted by chegubard ...

Mana ulama umNO Jamil Khir ... esok buat statement dalam Utusan Meloya korang tu, Rosmah memberi tazkirah di dalam masjid tanpa menutup aurat.
Dan ramai lagi umat Islam yang sedang mendengar tazkirah tersebut juga didapati TIDAK munutup aurat ...
Utusan Meloya, esok keluarkan gambar ni muka hadapan dengan tajuk 'ISTERI PERDANA MENTERI TIDAK MENUTUP AURAT DI DALAM MASJID"
Lepas tu Jamil Khir akan keluarkan kenyataan ... itu tindakan BERDOSA ... tidak menutup aurat di dalam masjid pula tu ...
Ada berani ke Jamil Khir? .....
Kahkahkah ...

TGNA pertahan Ahli Parlimen Serdang

Posted: 28 Aug 2010 07:10 AM PDT

KOTA BARU, 28 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

"Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," kata Nik Aziz (gambar) kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.

Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

"Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya.

Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah. — Bernama

Isu Surau Al Huda Kajang - PERKOSA nak panaskan lagi keadaan

Posted: 28 Aug 2010 02:54 AM PDT

Wakil PERKASA Selangor cuba memberi rasuah RM 1000.00 kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang Sentral agar mengembalikan semula bayaran yang telah mereka terima dari MP Serdang Cik Teo Nie Ching tempoh hari.
Jawatankuasa enggan menerima kerana tidak mahu isu ini disensasikan sebagai modal politik pihak tertentu. Jawatankuasa bagaimana pun sentiasa berlapang dada untuk menerima sebarang bentuk bantuan memandangkan surau yang baru sahaja dibina hasil dari derma orang ramai masih lagi berterusan menerima derma dari orang ramai.

"Kepada sesiapa yang ingin menghulur derma kami sentiasa alu-alukan. Namun kami tidak mahu isu ini dipolitikkan." demikian dijelaskan oleh salah seorang jawatankuasa surau tersebut.

Mengenai tindakan MAIS mengambil alih surau tersebut, beliau berkata belum menerima sebarang surat hitam putih untuk diambil tindakan. Jawatankuasa tidak mempunyai masalah sekiranya pihak MAIS ingin mengambil alih surau tersebut memandangkan jawatankuasa yang dilantik bersifat sukarela disamping bersikap bertanggungjawab menerima amanah menguruskan surau tersebut. Namun pihak jawatankuasa berharap pihak MAIS tidak terburu-buru mengambil tindakan takut terpengaruh dengan asakkan sesetengah pihak yang cuba mensensasikan isu ini. Pihak MAIS juga disarankan mendengar penjelasan dari semua pihak yang terlibat ... DUN26 BANGI
STONE: Celaka ... itu lah ungkapan yang aku dapat keluarkan pada wakil PERKASA yang cuba meRASUAH AJK Surau Al Huda Kajang seperti yang dilapurkan. Mereka cuba memperbesarkan lagi isu ini. Apa yang PERKASA cari? Membenci bukan Melayu?
Bro Berahim katak, tengok-tengok sikit anak buah kat bawah ni, jangan buat kerja kurang -ajar macam tu ...

Teo Nie Ching minta maaf pada Sultan

Posted: 27 Aug 2010 11:49 PM PDT


KENYATAAN AHLI PARLIMEN SERDANG YB TEO NIE CHING BERHUBUNG ISU BELIAU KE SURAU AL-HUDA KAJANG


Pada hari Ahad 22hb Ogos, saya sebagai ahli parlimen Serdang telah mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang bertujuan untuk menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan untuk memperbaiki pagar surau, dan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.

Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik.
Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.

Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang.

Akhir sekali, saya juga akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan mengenai perkara ini, - BLOG LIMKITSIANG

Kerajaan Kedah umum duit raya untuk kakitangannya

Posted: 27 Aug 2010 11:23 PM PDT

Kerajaan negeri Kedah hari ini turut mengumumkan pemberian bayaran khas RM500 kepada kakitangan awam negeri itu sebagai persiapan menjelang Aidilfitri.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, bayaran RM500 setiap orang itu diberikan kepada semua kakitangan sehingga kumpulan Gred 54 dan membabitkan dana sebanyak RM3 juta.

Beliau yang dpetik HarakahDaily berkata semua kakitangan kerajaan negeri akan menerima bayaran tersebut dalam tempoh seminggu sebelum hari raya.

"Dengan sumbangan ini, ia dapat menampung keperluan keluarga dan menceriakan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Walaupun sumber kewangan kerajaan negeri adalah terhad, berkat daripada tindakan kerajaan negeri melaksanakan penjimatan dalam pentadbiran, maka hasil tersebut dapat dikongsi bersama sebagai satu penghargaan kepada semua kakitangan," katanya.

Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Kedah berkata, apa yang diberikan oleh kerajaan negeri kali ini adalah kadar yang termampu.

Sebelum ini, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian wang khas sebanyak RM400 sempena Aidilfitri kepada 3,577 kakitangan awamnya.

Ini disusuli oleh kerajaan pusat yang mengumumkan pemberian RM500 manakala Selangor, Pahang, Terengganu dan Melaka juga tidak ketinggalan dalam pemberian wang itu menjelang Aidilfitri - malaysiakini
STONE : Kelantan bila lagi? Harap TGNA dapat umumkan bila-bila masa terdekat ni ...

Tiada ulasan: