Rabu, 11 Ogos 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Lagi percanggahan pendapat Najib - Muhyiddin

Posted: 11 Aug 2010 07:52 AM PDT

STONE: Jadi betul la 2 orang ni tak "sebulu". Betul la, semalam Muhyiddin ada menafikan tentang hubungannya dengan Najib yang katanya ia baik ... Tapi dalam UMNO ni kita selalu terima yang bertentangan ... kalau betul baik masakan boleh menjadi tajuk berita ... hahaha lantak korang ... cepat sikit lenyapnya UMNO dan kerjaan BN sekarang ni ...
MEB: Najib, Muhyiddin bercanggah pendapat
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin sengaja menggunakan isu kaum bagi menunjukkan seolah-olah beliau tidak pro-Melayu dalam isu pemberian diskaun kepada Bumiputera.

"Dia (Muhyiddin) hendak tunjukkan kepada masyarakat seolah-olah kita bukan pro-Melayu.

"Padahal kita terima dasar afirmatif untuk membantu orang Melayu yang miskin," kata Khalid (kanan) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau turut menempelak timbalan perdana menteri, yang didakwa cuba melaga-lagakannya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu diskaun untuk pembelian hartanah mewah itu.

Namun, percanggahan dilihat lebih ketara di antara Muhyiddin dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menunjukkan pandangan bertentangan dalam melaksanakan Model Ekonomi Baru (MEB), katanya.

"MEB dan ekonomi menyatakan bantuan akan diberikan atas dasar merit dan keperluan yang merentasi kaum. Jadi saya khuatir pandangan dia (Muhyiddin) yang lebih banyak bercanggah dengan pendapat Najib," katanya lagi.

Khalid yang juga ahli biro politik PAS berkata, percanggahan itu berlaku apabila Muhyiddin mencabarnya supaya menyatakan pendirian untuk memperjuangkan nasib Melayu sedangkan pelaksanaan MEB berdasarkan merit ... seterusnya

Mahathir yang mudah lupa

Posted: 11 Aug 2010 04:05 AM PDT

oleh Shen Yee Aun
11 OGOS — Dalam blog Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk untuk bersifat perkauman atau tidak telah jelas menunjukkan beliau sendiri sudah melupai banyak fakta , sejarah dan kebenaran.

Menurut Tun Dr Mahathir kuasa politik tidak boleh berada di tangan Cina kerana Cina sudah pun menguasai ekonomi negara kita dan Melayu kita masih jauh ketinggalan walaupun selepas hampir 40 tahun Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan. Tun Dr Mahathir sudah lupa dalam 40 tahun tersebut 22 merupakan kepimpinan dan pentadbiran beliau sendiri. Matematik mudah menunjukkan lebih daripada separuh daripada 40 tahun DEB diperkenalkan merupakan zaman pemerintahan beliau sendiri.

Jika beliau pada hari mengemukakan isu kelemahan dan kelembapan ekonomi Melayu dalam ekonomi disebabkan oleh pelbagai faktor dan antaranya juga disebabkan oleh kaum Melayu mereka sendiri namun tidak sesekali Tun Dr Mahathir menyebut bangsa Melayu gagal dimajukan olehnya walaupun merupakan pemimpin Melayu yang berkuasa paling lama di dunia.

Tun Dr Mahathir juga sudah lupa bahawa jutawan-jutawan Cina hampir kesemunnya wujud pada zaman pemerintahan beliau. Jika tidak silap saya tiga Perdana Menteri sebelum Tun Dr Mahathir hanya mendiang Lim Goh Tong sahaja yang kaya. Namun keadaan mula berubah apabila Tun Dr Mahathir mengambil alih kuasa pemerintahan negara. Jika cina-cina jutawan dikayakan oleh kamu sendiri maka isu Cina kaya dan Melayu miskin disebabkan kehebatan dan kebijaksaan kamu sendiri.

Jangan lupa bahawa gabungan nilai beberapa jutawan Cina yang dihasilkan oleh kamu walaupun hanya beberapa orang namun angka tersebut lebih banyak daripada gabungan KDNK ratusan ribu Cina di Malaysia. Maknanya Cina Malaysia majoriti berpendapatan sederhana dan ada juga ramai lagi yang miskin dan yang menguasai ekonomi negara bukan Cina Malaysia tetapi gabungan jutawan Cina Dr Mahathir. - seterusnya

Hubungan Najib - Muhyiddin memang retak

Posted: 11 Aug 2010 02:09 AM PDT

Pakatan: Benar wujud, keretakan hubungan Najib-Muhyiddin bukan satu rahsia

Oleh Shazwan Mustafa

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menegaskan dakwaan wujudnya keretakan dalam hubungan antara Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah "benar dan memang wujud", dan bukan satu rahsia besar.

Sehubungan itu, kata pemimpin-pemimpin yang dihubungi, suasana itu menggambarkan ketidaktentuan Umno sama ada Barisan Nasional (BN) benar-benar boleh kekal berkuasa dengan pembaharuan dibawa oleh perdana menteri.

Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Zaid Ibrahim berkata, walaupun Muhyiddin menjelaskan panjang lebar bahawa kedua-dua mereka mempunyai hubungan baik sehingga kini, memang wujud keretakan dalam gandingan Najib dan Muhyiddin.

Malah kata beliau, keadaan itu sudah tentu akan memberi kesan besar kepada BN untuk mendapatkan balik sokongan dan memulihkan kedudukannya selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13.

"Memang wuju keretakan. Sesiapa sahaj boleh melihat," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin yang juga timbalan kepada Najib di Umno menolak khabar angin kononnya beliau mengalami krisis hubungan dengan bosnya Najib.

Katanya, hubungannya dengan Perdana Menteri adalah baik dan sokongannya kepada Najib tidak perlu dipertikai dan diragui semua pihak.

"Saya nak sebutkan kerana saya terasa terpanggil bila Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) kata kepada saya, dalam muka akhir itu (buku Najib Tun Razak-Melakar Transformasi Malaysia) gandingan mantap "Najib-Muhyiddin" dan itu sudah disahkan.

"Cuma saya nak maklumkan memang tidak ada pihak yang harus meragui sokongan padu yang saya berikan kepada Perdana Menteri sejak awal lagi sampai sekarang ini," katanya ketika majlis pelancaran buku "Najib Tun Razak-Melakar Transformasi Malaysia".

Muhyiddin berkata khabar angin yang mengatakan bahawa hubungannya tidak baik dengan Najib itu sengaja ditimbulkan "pihak sebelah sana".

Zaid berkata, selepas pilihan raya umum 2008 ramai beranggapan bahawa Umno akan kembali kukuh setelah memaksa bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan pucuk kepimpinan.

"Ia (keretakan) memang benar, ia bukan satu perkembangan baru dalam Umno," katanya.

"Pada masa yang sama mereka menyalahkan Pak Lah. Muhyiddin sudah tentu akan menyalahkan Najib," katanya. ... seterusnya

Tiada ulasan: