Isnin, 9 Ogos 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


'Alim kucing' pemimpin UMNO

Posted: 09 Aug 2010 08:24 PM PDT

Hasan Ali: Noh Omar hanya 'alim-alim kucing' ketika Ramadan

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar yang mendesak supaya pusat-pusat hiburan di negeri itu ditutup sepanjang bulan Ramadan, yang dijangka bermula esok, sambil menyifatkan pemimpin Umno itu sebagai "alim-alim kucing."

"Bagi kita setiap bulan adalah haram bagi semua aktiviti maksiat bukan bulan Ramadan sahaja.

"Ini menunjukkan betapa ceteknya ilmu agama pemimpin-pemimpin Umno.

"Bulan Ramadan baru nak tunjuk alim? Itu alim-alim kucing," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. ... seterusnya

Tiada ulasan: