MIMPI SENJA |
- Petisyen Zaid : Sistem Kehakiman semakin reput
- Bekas TUDM dakwa dipenjara kerana adu kesalahan pegawai atasan
- Pakatan Rakyat lancar TIRAM
| Petisyen Zaid : Sistem Kehakiman semakin reput Posted: 06 Aug 2010 09:45 AM PDT Oleh Kim Quek Keputusan Hakim Azahar Mohamed untuk menolak permohonan Zaid Ibrahim membuka lembaran sejarah paling kotor dalam pilihan raya kecil (kawasan parlimen Hulu Selangor). Keputusan ini memang dijangka. Malahan, sebaik sahaja saya mendapat tahu Ketua Hakim Zaki Azmi – bekas pemimpin Umno – melantik Azahar untuk mengendali kes ini, saya tahu bahawa prospek Zaid menuju kehancuran. Bukankah Azahar merupakan hakim yang mengendalikan penghakiman bersifat "double standard" dalam kes Speaker melawan Speaker di Perak pada 8 September 2009? Dalam penghakiman itu, berhubung isu kekecuhan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei 2009, beliau menolak aduan V Sivakumar, speaker dari Pakatan Rakyat terhadap Speaker Barisan Nasional Ganesan atas alasan beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk mencampuri urusan DUN. Tetapi beliau gagal untuk menyedari hakikat bahawa dengan mengisytiharkan pelantikan Ganesan sebagai speaker ketika dalam sidang DUN yang sama adalah satu tindakan yang melanggar undang-undang. Malahan beliau telah campur tangan di mana beliau berkata beliau cuba mengelak dari campur tangan. Tindakan Azahar yang bercanggah ini begitu ketara, ibarat menampar muka sendiri. Sila baca rencana bertajuk "Speaker melawan Speaker: Hakim Azahar Menampar Mukanya Sendiri" dalam buku saya, "The March to Putrajaya." Reputasi Azahar dicurigai Dan bukankah Azahar sebagai pendakwa yang dituduh memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim ketika perbicaraan rasuah 10 tahun lalu, yang mendapat kutukan dari seluruh dunia sebagai pencabulan terhadap keadilan dan pendakwaan bermotifkan politik semata- mata? (Ini merupakan suatu pertuduhan di mana Azahar tidak menafikannya, lihat nota 1 di bawah). Apa lagi keputusan yang boleh kita harapkan daripada seorang bekas pemimpin Umno yang melantik seorang hakim yang mempunyai reputasi buruk untuk mendengar kes politik berprofil tinggi ini? Sekarang, mari kita melihat penghakiman Azahar secara teliti dan terperinci DI SINI |
| Bekas TUDM dakwa dipenjara kerana adu kesalahan pegawai atasan Posted: 06 Aug 2010 08:41 AM PDT Nasib bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Faizzal Jinong Abdullah masih tidak terbela, meskipun lebih daripada 20 laporan polis, malah aduan dibuat terhadap Kementerian Pertahanan. Faizzal mendakwa bahawa dirinya pernah dihumban ke penjara, malah keluarganya diberi layanan yang buruk kerana cubaannya untuk mengadu kesalahan pegawai atasan. Justeru itu, ahli parlimen Parit Buntar-PAS, Mujahid Yusof Rawa tampil bersuara untuk menggesa agar kerajaan memberi layanan yang sewajarnya kepada bekas tentera, "Adalah menjadi satu perkara yang amat dikesalkan sekiranya layanan yang diberikan kepada seorang pesara tentera yang telah begitu lama berkhidmat dinafikan haknya untuk mendapat keistimewaan dan layanan yang sepatutnya." Pemimpin PAS ini berkata, "Pihak berkuasa khususnya Kementerian Pertahanan haruslah mengambil insiatif dengan menjalankan siasatan tanpa melindungi mana-mana pihak yang bersalah. Buktikan ketelusan yang ada dalam perkhidmatan tentera dengan membawa mereka yang bersalah ini ke muka pengadilan." Air dan elektrik diputuskan "Persoalannya kenapakah penderaan dan penindasan perlu dilakukan sekiranya tiada perkara yang hendak disembunyikan oleh mana-mana pihak? Oleh kerana itu sekiranya pihak berkuasa telus dan jujur untuk melaksanakan undang-undang yang ada maka bawa mereka yang bersalah itu ke hadapan tanpa melindungi mereka dalam apa jua cara," katanya lagi. Mujahid berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di pejabat Ahli Parlimen Parit Buntar bersama-sama dengan bekas TUDM, Faizzal Jinong Abdullah yang mendakwa telah ditindas dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya selepas persaraan beliau pada bulan Oktober 2008 yang lalu. ... seterusnya |
| Posted: 06 Aug 2010 01:49 AM PDT ![]() SHAH ALAM, 6 Ogos — Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM), inisiatif yang digerakkan oleh sekumpulan pemimpin Pakatan Rakyat (PR), akan dilancarkan di sini malam esok sebagai platform terbaru memperkasakan sistem demokrasi di negara ini menjelang pilihan raya umum ke-13. Buat peringkat awal TIRAM meletakkakn sasaran untuk mengumpul sekitar RM20 juta bagi mengendalikan aktiviti-aktiviti yang disasarkan untuk menyuburkan amalan demokrasi dalam jangka panjang khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13. Pengarah Majlis Makan Malam Perdana Sempena Pelancaran TIRAM, Izham Hashim berkata sebahagian daripada usaha ini melibatkan gerakan kesedaran dan mendidik masyarakat tentang tanggungjawab mereka sebagai rakyat sama ada dari aspek perlembagaan, sistem pilihan raya dan pemerintahan negara. "Program malam esok adalah majlis pelancaran mengisi tabung ini dengan disusuli ceramah oleh pemimpin-pemimpin kanan Pakatan," katanya. Katanya, idea mewujudkan dilontarkan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat. Husam juga bertindak sebagai pengerusi tabung itu. ... seterusnya |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan