Selasa, 3 Ogos 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


MCA kurang ajar : Ibrahim Ali

Posted: 03 Aug 2010 08:35 PM PDT

By Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR: Firebrand Perkasa chief Ibrahim Ali blasted MCA leaders as 'biadap' (rude) for calling the home ministry to rescind its ban on the usage of 'Allah' by Christians, saying the demand could jeopardise national security.

"I would consider the demand a rude one as it is disrespectful towards the country's Malay Muslims. It is kurang ajar (extremely rude)," he told FMT in an immediate reaction to the revived spat over the rights to 'Allah'.

On Monday, Loh Seng Kok, the deputy chairman of MCA publicity bureau, called on Home Minister Hishammuddin Hussein to repeal the ban since he is aware that it has turned into a divisive national issue, which can become BN's 'Archilles heel'. ... [seterusnya]

Surat Cinta buat Datuk Seri

Posted: 03 Aug 2010 09:25 AM PDT

Oleh Infinitikasih

Buat Datuk Seri yang sedang bercuti,
bercuti pula di luar negeri,
doa semoga diselamat Ilahi,
bahagia bersama anak isteri.
Datuk Seri yang sedang bercuti,
bercuti di mana tidak diketahui,
sedang rakyat susah sana sini,
datuk pula bercuti di luar negeri.

Cuti-cuti Malaysia kempen diberi,
rakyat jelata jangan membaziri,
semua ada di Malaysia ku cintai,
tapi Datuk Seri bercuti di luar negeri.
Tatkala Datuk sedang romantis bercuti,
hadiah 5 dalam 1 telah diberi,
minyak gula dan gas ditarik subsidi,
katanya, bukan harga dinaiki,
tapi penyelarasan subsidi.

Rakyat kampung diam sepi,
memikir apa makna penyelarasan subsidi,
sedang kabinet tersenyum hepi,
rakyat telah ditipu lagi,
sedang PM bercuti di luar negeri.

FDI merudum diam la diri,
Tiba-tiba adik Datuk Seri bagi pendapat sendiri,
apa dia tau hanya ceo CIMB,
nak jadi juru cakap Datuk Seri,
kepimpinan dinasti Najib al-Maliki.

Tembelang PKFZ sudah dijumpai,
Cina MCA kepala pencuri,
sedang Umno ditipu lagi,
rakyat pula terus dibodohi,
tapi Datuk Seri bahagia bercuti,
bercuti pula di luar negeri.

Sedang PAS DAP bersatu hati,
Umno terus mencemburui,
perpaduan Melayu jadi misi,
tapi PAS serik ditipu lagi.

Sedang rakyat sengsara hati,
merasa tawarnya kopi,
naik basikal mencari rezeki,
dapur kayu membakar api,
Sedang Datuk Seri pergi bercuti.

Curi pasir menjadi-jadi,
Selangor Penang ditunding jari,
apabila sudah kaya si kroni,
maka RTM tv3 mula mensensasi,
sedang ini projek Umno beri,
rakyat tersilap marah PKR DAP.

Pening sudah rakyat memerhati,
sosial ekonomi tak menjadi,
termenunglah mak cik siti,
menunggu pencen arwah suami,
300 sebulan menggigit jari.

Rakyat terus memerhati,
melihat kerakusan kabinet Datuk Seri,
gila talak tidak sudah lagi,
cukup Perak, Penang Selangor dimimpi,
tapi rakyat tidak bodoh lagi,
Datuk Seri pergilah bercuti.

Pulang nanti membawa isteri,
jangan dilupa duit rakyat beri,
akan dituntut suatu hari nanti,
untung rugi tanggung sendiri,
jangan dikata rakyat tak mengenang budi.

Wahai Perdana Menteri Datuk Seri,
jasamu ku kenang sampai ke mati,
tukar kerajaan bukun kerana sakit hati,
tapi amalan demokrasi jadi tradisi,
cukuplah parti perdana menteri,
cap kopi kapal api tidak diminati.

Kerajaan baru bakal dinanti,
kita lihat dan perhati,
revolusi dan transformasi bakal direalisasi,
Malaysia tercinta terus memacu ekonomi.

Sekian dari suara hati,
jangan disekat dengan akta menteri,
moga terus kekal ukhuwah ini,
Salam revolusi dari rakyat Datuk Seri,
Pakatan Rakyat membawa transformasi.

Infinitikasih,
Mafraq, Jordan

Ali Rustam buka sekolah pelajar mengandung di Jasin

Posted: 03 Aug 2010 05:25 AM PDT

STONE : Akhirnya Melaka menjadi negeri pertama di Malaysia membuka sekolah khas untuk pelajar yang mengandung ... hahahahaha ... mungkin ada hubung kait atau idea KM Melaka yang dahulu kala ... hahaha. Tahniah Ali ... lepas ni ramai lagi lah pelajar Melaka yang akan mengandung sebab nak masuk sekolah khas tu ...
Bagaimana dengan Terengganu? Ramai juga pelajar yang mengandung di sana. Mat Said tak nak ikut sedara hang si Ali ni ker?
MELAKA, 3 Ogos — Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai kerajaan Melaka akan dibuka di Jasin dalam masa terdekat ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas bangunan rumah kadi daerah itu adalah untuk mereka yang secara sukarela mahu ke situ.

Pendekatan kerajaan negeri untuk membantu keluarga miskin menikahkan anak mereka bertujuan mengurangkan isu hamil di luar nikah dalam kalangan pelajar, katanya kepada pemberita pada seminar penghayatan Ramadan Al Mubarak di Masjid Al Azim di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat remaja tegar yang terjebak kepada pelacuran dan sukar untuk balik kepada pangkal jalan setelah mengandung anak luar nikah.

"Jika mereka telah berkahwin tiada siapa akan memarahi mereka dan kalau mereka mengandung ibu bapa boleh tanggung, jika tidak boleh tanggung, kerajaan negeri akan tanggung bayi dilahirkan," kata Mohd Ali. — Bernama

Bekas ADUN BN, pembantu dikategori ‘bunuh, bunuh diri’

Posted: 03 Aug 2010 04:52 AM PDT

TERKINI @ 07:13:20 PM 03-08-2010 August 03, 2010

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan pembantunya Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala ketika mereka dilaporkan dalam perjalanan di lebuh raya dekat Sungai Buloh hari ini.

Polis percaya ia sebagai kejadian bunuh dan membunuh diri.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan siapa yang membunuh dan kemudian membunuh diri.

Difahamkan kereta dipandu Abdul Aziz, bekas wakil rakyat Umno-BN dari Selangor, dipercayai terlepas kawalan dan merempuh pembahagi lebuh raya di Kilometer 455 Lebuh Raya Utara Selatan, ke arah Rawang kira-kira 11 pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira tujuh kilometer selepas kawasan rehat dan rawat Sungai Buloh.

Polis juga menemui sepucuk pistol .38 dalam kereta Toyota Caldina itu, dipercayai milik Abdul Aziz yang merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar.

Tiga peluru dari pistol didapat telah digunakan.

Abu Hassan juga merupakan anggota Kabinet persekutuan sebelum dilantik sebagai menteri besar Selangor.

Abdul Aziz merupakan wakil rakyat Permatang selama dua penggal dan digugurkan pada 2008.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dalam Facebooknya memberitahu, siasatan awal menunjukkan kedua-dua mangsa "terkena" tembakan di bahagian kepala.

Polis mendapati tembakan datang dari dalam kereta yang mereka naiki kerana kesan tembakan tidak dikesan pada badan kereta.

"Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mangsa," kata Khalid.

Beliau berkata wanita yang bersama dengan Abdul Aziz itu merupakan pembantu peribadinya dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian tersebut.

Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Anggota keluarga yang ditemui wartawan di rumah Abdul Aziz di Seksyen 9, Shah Alam enggan bercakap dengan wakil media.

Polis menyiasat kejadian di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Buat masa sekarang kami mengetepikan politik sebagai motif kejadian," kata Khalid.

"Kami percaya ia satu kes bunuh dan membunuh diri," kata Khalid sambil memberitahu pihaknya ada bukti bahawa hanya dua orang berada dalam kereta ketika kejadian.

"Jangan buat spekulasi (mengenai kes ini). Saksi yang ditemu bual di tempat kejadian mengesahkan tiada orang lain dalam kereta," kata Khalid lagi dalam Facebooknya.

Khalid yang menyambung tulis dalam Facebook memberitahu, laporan bedah siasat awal menunjukkan ada dua kesan tembakan manakala pembantunya hanya satu

Muhyiddin kata 1Malaysia GAGAL ... apa kata Najib?

Posted: 02 Aug 2010 11:56 PM PDT

TERKINI @ 02:18:04 PM 03-08-2010
Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani
PUTRAJAYA, 3 Ogos — Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa slogan 1 Malaysia telah gagal mencapai matlamat untuk menyatukan rakyat negara ini.
"Saya bersetuju dengan pandangan beliau (Dr Mahathir). Kami tidak mengatakan bahawa dalam tempoh satu tahun setiap orang akan faham slogan 1 Malaysia yang dilancarkan oleh perdana menteri, tetapi saya yakin bahawa mereka mungkin faham.

"Saya percaya bahawa ramai yang belum memahami dengan mendalam makna 1 Malaysia," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat jawatankuasa mengenai pembangunan belia di Perdana Putra di sini.

Bagaimanapun Muhyiddin mempertahankan slogan 1 Malaysia sambil menjelaskan bahawa orang ramai memerlukan lebih masa untuk memahaminya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno menambah, sesetengah kumpulan dengan sengaja mensabotaj pelaksanaan konsep 1 Malaysia ... seterusnya

Tiada ulasan: