Merah Hitam |
| Allah gagalkan usaha UMNO/BN di awal Ramadhan. Posted: 11 Aug 2010 02:33 AM PDT 10 Ogos 2010. "Sha, esok telefon saya semula urgent,esok kena hadir ke Mahkamah 8.00pm...." itu sms dari seorang polis cawangan khas pada seorang OKT bernama S.Kami tidak perasan bahawa SB cuba mengganggu ketabahan dan semangat juang dalam diri OKT tersebut.Ada 3-4 orang OKT lagi yang cuba di"beli' oleh SB. "Kes ni mungkin susah nak menang, mungkin makan masa 2-3 tahun, kalau jatuh hukuman mungkin kena penjara 6 bulan dengan denda RM500,atau kedua-duanya sekali.Jadi ..nak mudahkan kes ni, OKT boleh mengaku bersalah dan kes ni tutup.Tak payah penat2 atau susah2 datang mahkamah..." itu pula tawaran pendakwaraya (DPP) yang pastinya amat gembira jika semua OKT mengaku salah kerana dia tak payah buat pertuduhan dan cari semua bukti untuk menyokong pertuduhan itu.Inilah Malaysia Boleh. Kami tak sangka, ada 4 OKT yang telah "berkenan" dengan tawaran itu dan sudah mula berpaling arah....... 24 OKT lain sedih dengan pengumuman 4 OKT yang ingin "mengaku bersalah".Mulanya aku rasa marah sangat...tetapi...akhirnya aku letakkan diriku dikasut mereka.Kesemua 24 OKT tu masih muda dan ramai yang masih di belajar.Mereka bersemangat,tetapi belum begitu faham "bagaimana' hendak berjuang.Barisan peguam kami yang kurang jelas dan kurang mahir dengan selok-belok ISA juga tidak banyak membantu OKT yang sudah mula hilang arah ini. Akhirnya, kami sepakat untuk meraikan OKT menyambut awal Ramadhan di Pejabat Agung PAS.Sebaik selesai makan malam, 18 OKT yang datang dari Perak,Johor,Melaka dan Terengganu menunaikan solat Isya dan terawikh berjemaah di imamkan oleh pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim.Usai saja acara itu, memberi peluang kepada Syed Ibrahim memberi sedikit motivasi kepada mereka yang hadhir. Kedatangan peguam GMI Latheefah Koya dan Fadiah Nadwa memberi maklumat mengenai hak OKT, benar-benar menyuntik semangat baru kepada OKT muda tersebut."Dah lama kami ingin tahu mengenai semua perkara yang Kak Latheefah sebut tadi...Input ini amat kami perlukan dan sekarang lebih yakin untuk berjuang... " kata H dari Perak.Kata-kata itu disambut dengan takbir oleh yang lain. Alhamdulillah, puashati!!! Mereka berazam untuk menyampaikan maklumat itu kepada dua lagi rakan yang belum mengetahui hak-hak sebagai OKT. Keempat-empat OKT yang menarik diri berharap dapat membatalkan pengakuan mereka "bersalah" kepada "tidak bersalah".Semua lega dan bersedia untuk berpuasa di keesokan hari....Sebaik memasuki ruang perbicaraan, ku dapati ramai wakil media cetak dan elektronik milik kerajaan telah menunggu didalam. Wakil NTV7 menghalakan kameranya kearahku.... Kami 29 OKT berkumpul."Adik-adik semua, tengok pada wakil media yang ramai tu....mereka akan buat liputan keatas OKT yang bakal dijatuhkan huuman oleh hakim kerana mengaku bersalah..." kataku pada mereka. "Saya mohon maaf yang Arif, keempat-empat anak guam saya yang mengaku bersalah semalam, kini mereka ingin menukar pengakuan kepada TIDAK BERSALAH...." kata Peguam A yang mewakili 4 OKT tersebut. Hakim terpaksa mengiyakan saja makluman itu.Serentak dengan pengumuman itu,semua wakil media kerajaan bangun dan tergesa-gesa meninggalkan ruang perbicaraan...kecuali wakil dari media alternatif. Akhirnya, pada hari ini, wakil media UMNO/BN gagal menyiarkan berita yang lebih kurang begini bunyinya "empat peserta demo anti-ISA hari ini mengaku mereka bersalah kerana menyertai himpunan haram itu dan itu membuktikan rakyat sedar bahawa ISA tetap diperlukan....bla,bla....." Alhamdulillah, kami masih kekal 29 OKT dan akan terus mempertahankan prinsip perjuangan kami.Inilah nikmat 1 Ramadhan yang amat besar ertinya kepada perjuangan mebuang ISA dari bumi Malaysia tercinta ini.... |
| You are subscribed to email updates from Merah Hitam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan