Isnin, 23 Ogos 2010

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


`BAPA PENGECUT' DI SELANGOR

Posted: 22 Aug 2010 06:00 PM PDT

Hudud: Noh Omar pengecut!
Oleh: WDOnline

"Tak habis-habis juak Umno sorang ni cakap pasal isu agama. Sebelum ini dengan lantang mencabar PAS menutup pusat maksiat di bulan Ramadhan. Namun sikap hipokrit Noh Omar tu telah ditempelak kembali oleh pemimpin PAS.Mungkin tiada perancangan, Noh main hentam aje. Apa tidaknya, cabarannya terhadap PAS Selangor menampakkan kebodohan dan tembelangnya selama ini yang tidak mengerti agama.

Tiba Ramadhan baru sibuk nak suruh tutup pusat maksiat, padahal maksiat bukan sahaja diharamkan di bulan Ramadhan sahaja. Pulak tu, pusat maksiat yang diminta tutup tu pun adalah 'tahi-tahi' Umno ketika memerintah sebelum ini. Selepas dicabar balik oleh PAS supaya tutup dulu pusat maksiat di negeri Umno-BN termasuk Genting yang menjadi pusat judi terbesar di Asia Tenggara. Waktu tu barulah Noh merasa bodoh sebab tersilap cabar PAS sehingga terdiam seribu bahasa (tak berani nak tegur negeri Umno yang lain).Konon nak tunjuk hero sebab beliau adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. Jadi kena ada satu planning nak bagi bos atasnya nampak dia buat kerja. Walaupun sejak akhir-akhir ini namanya terperosok ke bawah kerana cubaan seorang lagi pesaingnya, Khir Toyo untuk jadi glamour.

Riuh kedengaran pula, kehadiran pembelot PKR, Ezam dalam program 'selamatkan selangor' telah menenggelamkan nama Noh Omar.

Noh merasa kedudukannya dicabar, maka mulalah musuh politiknya, PAS dinista habisan.

Namun Noh dilihat tidak serik dan tidak mahu belajar dari pengalaman lepas.

Semalam beliau telah menuduh PAS pengecut dengan DAP berkaitan pelaksanaan hukum Hudud.

Dalam Sinar Harian, Noh Omar cuba memperbodohkan dirinya lagi apabila mendakwa Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersandiwara berhubung isu hukum hudud dan meminta menghentikannya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia kerana Pas hanya berani bersuara mengenai isu tersebut tetapi tidak berani melaksanakannya kerana takutkan sekutunya, DAP.

"Dulu, semasa Pas sendirian tanpa PKR dan DAP pun tidak mampu melaksanakan hukum hudud apatah lagi apabila bergabung dengan DAP dan PKR. Sebenarnya Pas takut dengan DAP, tidak berani hendak bercakap," katanya.

Sah!, memang Noh Omar bodoh.

Hang tak ingat ke buat-buat tak ingat yang menyekat pelaksanaan Hudud di Kelantan tu sape? DAP ke Umno?

Hang yang mengaku beragama Islam tapi bersekongkol dengan parti yang menyekat pelaksanaan hukum Allah (Hudud). Bermakna hangpa lebih jahat daripada DAP.

PAS Kelantan sudah membentang pelaksanaan enakmen hukum Hudud dan sudah pun diluluskan oleh Sultan, tetapi disekat pelaksanaannya oleh kerajaan pusat. Sape kerajaan pusat tu Noh!. Umno yang hang duk cari makan tulah yang halangnya.

Sekarang pandai pulak hang kata PAS tak berani laksana Hudud sebab takut dengan DAP.

Padahal Umnolah yang takut dengan MCA. Terpaksa ikut cakap MCA dan biarkan MCA bermaharajalela sesuka hati.

Umno terpaksa beri lesen baru kepada pengusaha kelab-kelab malam hasil tekanan MCA. Baca kat sini.

Pusat hiburan dan maksiat tumbuh bagai cendawan selepas hujan, pusat judi terbesar di Gentang semakin gah. Sape yang bagi lesen tu hah? PAS ke?

Oi Noh!, hang tak berani ke tegur kerajaan BN agar tutup pusat maksiat dan judi tu semua? Ke hang takut dengan MCA?

Sementara itu, seorang lagi yang turut jejak langkah Noh Omar iaitu Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus. Beliau berkata hasrat Pas melaksanakan hudud tidak akan berlaku.

Katanya, hukum hudud hanyalah sandiwara Nik Abdul Aziz untuk meraih sokongan rakyat.

"Lihat sahaja di negeri ini (Selangor), Pas terpaksa bersekongkol dengan DAP untuk menghalalkan penjualan arak, rumah urut, pusat judi dan sebagainya," kata Shukur.

Woi!, arak, rumah urut, pusat judi kat Selangor tu sape yang dirikan? Hang baru tersedar dari tidur ke ape. Penjualan arak, pusat judi, rumah urut tu semua bukan ada ketika PR memerintahlah. Asal bodoh sangat hangpa?

Bahkan siapa yang benarkan kilang arak (Carlsberg) tu beroperasi di Selangor kalau tak Umno-BN. Dah berapa lama dah kerajaan BN makan hasil cukai arak.

Hang berak tepi jalan pastu tuduh orang lain berak. Tapi silapnya hangpa sebab tak sempat nak basuh berak. Jadi busuk tahi masih lagi lagi melekat kat hangpa. Macamana hang nak tuduh orang lain berak padahal tahi ada kat punggung hang. Bodoh tahap cipan. -WarkahDaily

SERAGAM HARGA AIR DAN CUKAI TANAH - TOLAK CADANGAN MEREKA

Posted: 22 Aug 2010 02:45 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Kerajaan Pusat bercadang untuk menyeragamkan kenaikan air dan cukai tanah pada semua negeri, seharusnya negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat membuat kajian yang mendalam sebeum menerima pakai cadangan tersebut. Ini bukan soal politik tetapi ini soal dasar sesebuah negeri yang dipilih oleh rakyat. Apatah lagi negeri-negeri di bawah PR yang manifestonya sewaktu Pilihanraya Umum yang lalu ingin mewujudkan Negara/Negeri berkebajikan.

Pengajaran yang berlaku di Selangor seharusnya dijadikan panduan sebelum Negeri di bawah PR membuat keputusan. Kerajaan Negeri Selangor yang ingin merakyatkan Selangor dengan menunaikan janji air percuma, awal-awal lagi diganggu dengan berbagai cara untuk menggagalkan usaha tersebut. Begitu juga dengan cukai-cukai tanah yang nampaknya Kerajaan Negeri di bawah PR lebih telus dan baik menguruskan hal tersebut daripada negeri-negeri lain. Ini yang menimbulkan rasa resah gelisah mereka kerana mereka bimbang rakyat lebih yakin dengan pentadbiran di bawah PR.

Secara peribadinya, saya tidak bersetuju jika negeri-negeri di bawah PR terpengaruh dengan cadangan Kerajaan Pusat itu. Implikasinya amat besar kerana rakyat kini yakin bahawa hanya PR sahaja yang boleh mengurus dan mentadbir semua itu dengan baik tanpa membebankan rakyat. Justeru itu, jangan mudah terpedaya dengan strategi mereka untuk merosakkan kepercayaan rakyat terhadap PR.

Apabila kesemuanya itu dikawal oleh Kerajaan Pusat, maka Kerajaan Negeri tiada hak lagi dan jika berlaku sesuatu yang membebankan rakyat, maka nama baik Kerajaan Negeri akan terjejas. Sudah terlalu banyak dasar Kerajaan Pusat yang menyusahkan Kerajaan Negeri untuk merealisasikan kebajikan kepada rakyat. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: