Kopitiam Bang Nan |
- Madin Mohammad 6 Year Old Next Cristiano Ronaldo 08/09
- ZAUJAH AMIRUL "MUKMININ"PUN BERTAZKIRAH JUGA...
- APA PULA KATA TOK GURU...??
- Bila cakap pasal agama...kita nak dengar cakap sapa????
- Che Det..Zambry..hadiri perhimpunan agong UMNO sebagai pemerhati..he he!!
- Ada beberapa perkara kita kena belajar dari Saifuddin...
| Madin Mohammad 6 Year Old Next Cristiano Ronaldo 08/09 Posted: 28 Aug 2010 09:10 PM PDT |
| ZAUJAH AMIRUL "MUKMININ"PUN BERTAZKIRAH JUGA... Posted: 28 Aug 2010 08:16 PM PDT |
| Posted: 28 Aug 2010 07:58 AM PDT Nik Aziz pertahan anggota Parlimen Teo KOTA BARU, 28 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas. Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam. "Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," kata Nik Aziz (gambar) kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit. Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut. Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum. "Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya. Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah. — Bernama |
| Bila cakap pasal agama...kita nak dengar cakap sapa???? Posted: 28 Aug 2010 05:31 AM PDT Cakap Ulamak ke Cakap Khusrin/Azib???? Umno Langgar Fatwa, Dr Asri Pertahan Teo Nie Ching Dua tokoh terkemuka agama terkemuka negara, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr Muhammad Nur Manuty menyifatkan perbuatan Ahli Parlimen Sedang Teo Nie Ching memasuki bahagian dalam surau, tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Selain diperkuat dengan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Malaysia, mereka berpendapat, amalan orang bukan Islam mendekati masjid atau surau adalah tanda positif terhadap penerimaan agama, selagi tidak bercemar kesucian agama. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Keputusan itu dicapai pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010. Bekas Mufti Perlis itu tegas menyatakan, bukan menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk memasuki surau dan masjid asalkan niatnya baik dan betul. "Jika tujuan dia masuk itu tujuannya untuk mempelajari Islam mengetahui tentang Islam dan mengkaji tentang Islam ataupun untuk urusan kehidupan yang ada dengan kepimpinan Islam dalam masjid umpamanya seperti zaman nabi. "Nabi sebagai ketua agama dan berpusat di masjid mereka masuk untuk berjumpa dengan nabi dan meminta masuk yang mereka rasa urusan mereka dan mereka masuk tidak ada masalah," kata bekas Mufti Perlis kepada TV Selangor. Dr Asri berharap kepada umat Islam di negara ini tidak terikat dengan stigma tertentu hingga mendorong mereka membuat kesimpulan mudah tapi salah. Beliau menyarankan semua pihak menyelesaikan masalah ini berpandukan hukum hakam agama dan bukan bersandarkan kepada pemikiran politik. "Saya mengharapkan perkara seperti ini jangan dimulakan hukuman yang menjadikan orang bukan Islam takut, lebih baik media-media ini memainkan peranan menerangkan prinsip umum Islam termasuk dalam masjid, apa pandangan Islam. Islam kata tidak ada masalah, mereka boleh masuk masjid jika niat mereka betul. "Jika niat mereka salah, maka tujuan mereka salah, maka tidak boleh masuk masjid," kata beliau. Dr Asri mengingatkan semua pihak prinsip agama bukan bertiangkan politik kepartian yang membawa kepada pelbagai prejudis dan persepsi, sebaliknya mesti bersandarkan fakta dan dalil. "Isu agama mesti diulas atas prinsip agama. Prinsip agama sentiasa ditegakkan melalui fakta sedangkan politik kepartian sentiasa ia dibina di atas prejudis dan persepsi. "Jika kita mahu bercakap berkenaan agama, mesti mengikut kepada penghujahan agama. Jangan jadikan penghujahan politik untuk penghujahan agama kerana politik kepartian ada agenda di sebalik isu. "Akan tetapi, agama sentiasa konsisten dan tegap dan dibina di atas prinsip," katanya lagi. Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhammad Nur Manuty menggesa umat Islam menyelak kembali lembaran sejarah ketamaduan Islam sebelum membuat kesimpulan melulu. Ini akan membolehkan umat Islam lebih memahami isu dan perkembangan dunia Islam dengan lebih luas dan tidak terperangkap dengan kepompong budaya yang belum tentu berpaksi ajaran agama. "Saya fikir masyarakat umat Islam kena mendalami lagi Islam daripada segi hukum hakam dan juga sejarah ketamadunan umat Islam yang berpangkalan di Makatul Mukarramah kemudian ke Madinah kemudian ke Baitul Maqdis. Ini, supaya memahami adanya ruang-ruang yang diadakan orang Islam untuk masuk ke dalam masjid dan juga pembinaan gereja yang dibina berhampiran masjid seperti di Baitul Maqdis. Jadi umat Islam kena pertingkatkan kefahaman tentang Islam dan sejarahnya," katanya. Beliau menganggap tindakan Teo Nie Ching itu menunjukkan seorang pemimpin bukan Islam cuba membantu dan menyelami kehidupan umat Islam. Malah, ia jauh berlawanan dengan gelagat wakil rakyat Barisan Nasional yang selama ini memandang remeh keperluan infrastruktur surau tertentu. "Hari ini kita tengok Ahli Parlimen Serdang sudah memberitahu tujuan dia bukan bertazkirah tetapi orang menyebut-nyebut dia memberi tazkirah. Mana ada dia bertazkirah, dia menyampaikan maklumat terkini polisi kerajaan Selangor. "Sebagai wakil rakyat dia perlu untuk menjalankan tugasnya di mana wakil rakyat daripada PR lebih baik daripada menjalankan tugas daripada wakil rakyat BN yang menjalankan tugas yang bukan Islam langsung tidak menghayati budaya orang Islam terutamanya dalam bulan Ramadan," katanya. |
| Che Det..Zambry..hadiri perhimpunan agong UMNO sebagai pemerhati..he he!! Posted: 28 Aug 2010 05:15 AM PDT KUALA LUMPUR: The Malaysian Indian Muslim Congress – Kimma – is now an associate member of Umno. Umno president Datuk Seri Najib Tun Razak said the party's supreme council had accepted the membership application from Kimma. With the move, Kimma can enjoy observer status at Umno's general assemblies and division meetings, he said after chairing the supreme council meeting here yesterday. "But they cannot be involved in Umno's internal matters," he said, adding that Kimma had agreed to support all policies and decisions made by the Government and the Umno supreme council," he said. Kimma was reported to have made six applications to join Barisan but all had been rejected, with the most recent rejection in June this year. In 2008, Kimma president Datuk Syed Ibrahim Kader had expressed the congress' intention to join Umno. |
| Ada beberapa perkara kita kena belajar dari Saifuddin... Posted: 28 Aug 2010 02:16 AM PDT Teman kata belajor dari Saifuddin...bukan UMNO. Jangan syok sendiri pulak. Sebab Saifuddin itu fikirannya bukan fikiran UMNO. Badannya saja dalam UMNO tapi rohnya dalam Pakatan Rakyat. He he... Walau apapun, teman nak ucapkan tahniah kepada beliau. Bagi pemimpin muda dalam Pakatan Rakyat...ada sesuatu yang boleh dipelajari dari beliau. Selalu-selalulah buat homework bila memperkatakan atau memperjuangkan sesuatu isu. Jangan ikut sedap mulut saja....OK? Selamat berbuka puasa.... Saifuddin perjelas MT Umno 30 alasan nafi hak mahasiswa berpolitik KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah membentangkan 30 alasan yang sering digunakan untuk menghalang pelajar institusi pengajian tinggi dan pensyarah menyertai politik secara aktif. Dalam penjelasan panjang lebar kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam, Saifuddin berkata, alasan bahawa pelajar akan mengalami gangguan tumpuan dalam pengajian mereka dengan menyertai politik luar adalah tidak benar sama sekali. "Kalau begitu, orang yang sudah bekerja pun tidak boleh berpolitik sebab takut mengganggu kerja mereka," kata beliau dalam kertas kerja yang dibentangkan pada mesyuarat MT semalam. "Punca utama pelajar terganggu akademiknya adalah faktor lain. "Ada pelajar yang tidak aktif apa-apa pun, tetapi masih terganggu juga akademiknya oleh pelbagai faktor lain seperti 'clubbing', putus cinta, murung dan sebagainya," kata beliau. Cara berfikir itu, menurut beliau, samalah dengan yang menuduh kokurikulum menyebabkan akademik terganggu dan premis ini telah ditolak oleh kajian, antara penyelidikan kendalian Universiti Harvard. Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Saifuddin memberitahu, kertas kerja 80 perenggan itu dengan terperinci menjelaskan pandangan alam, cadangan, matlamat utama, halangan, perkembangan semasa, langkah kehadapan dan faedah membenarkan pelajar IPT berpolitik. "Kertas itu juga menyenaraikan 30 alasan yang menentang cadangan saya itu dan menjawabnya dengan kemas satu persatu," kata Ahli Parlimen Temerloh ini. Saifuddin berkata, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sekali lagi memperlihatkan sikap terbuka beliau untuk membincangkan idea membenarkan mahasiswa berpolitik. "Saya memuji kenyataan Datuk Seri Najib di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam bahawa waaupun Kabinet telah membuat keputusan melarang pelajar IPT berpolitik, namun beliau terbuka untuk membincangkannya. "Datuk Seri Najib jelas memahami realiti politik semasa yang meraikan perbincangan idea-idea," kata beliau. Saifuddin berkata, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) juga dapat menyelami minda dan imaginasi belia terhadap politik. "Sikap beliau ini amat signifikan dalam mematangkan demokrasi negara. Inilah corak kepemimpinan politik yang dinanti-nantikan oleh belia kita," katanya lagi. Najib juga menyatakan sikap terbuka berhubung idea itu ketika pertemuan Makmal Pemuda BN di ibu negara pagi semalam. Akhir bulan lalu, Saifuddin memberitahu,idea membenarkan mahasiswa dan pensyarah politik akan dibawa ke mesyuarat MT untuk mendapatkan sokongan. Bagaimanapun Kabinet dalam mesyuaratnya tiga minggu lalu telah menolak idea berkenaan. Menjelaskan lanjut alasan-alasannya dalam kertas kerja itu, Saifuddin juga menyangkal bahawa pelajar tidak atau belum matang. Katanya, definisi matang digunakan dalam undang-undang. "Contohnya, dalam kes rogol, wanita berumur 16 tahun dikira matang untuk melakukan hubungan seks; dalam kes jenayah, orang berumur 18 tahun tidak lagi dibicarakan di mahkamah juvana; dan orang berumur 21 tahun layak mengundi. "Jika wanita berumur 16 tahun dikira matang untuk melakukan hubungan seks dan seseorang berumur 18 tahun dikira matang untuk berhadapan dengan undang-undang jenayah, dan katakanlah kedua-duanya tidak memiliki kelayakan untuk menjadi pelajar IPT, maka, adakah wajar untuk mengatakan bahawa pelajar IPT, yang lulus SPM atau STPM atau setaraf dengan cemerlang dan mendapat CGPA yang cemerlang di IPT, adalah tidak matang jika dibandingkan dengan mereka?" katanya. Dalam hal yang lain, kata beliau, sebaik sahaja seseorang itu melangkah keluar dari IPT dan menjadi guru siswazah, maka, beliau bukan sahaja dibenarkan menjadi ahli parti politik, malahan dibenarkan juga memegang jawatan dalam parti politik. "Tetapi, beberapa detik sebelum itu, orang yang sama dianggap tidak matang? "Apabila berumur 21 tahun, pelajar IPT dianggap layak mengundi dalam pilihan raya umum, tetapi, pada masa yang sama dianggap tidak layak menjadi ahli parti politik yang dipangkahnya itu?" katanya lagi. Saifuddin berkata, jika alasan bahawa biarlah mereka memilih parti politik yang mereka suka selepas tamat belajar, kerajaan perlu melewatkan umur mengundi pelajar iaitu hanya boleh membuang undi selepas keluar IPT. Malah beliau menolak tanggapan cerita-cerita tentang keburukan akibat pelajar aktif berpolitik, contohnya demonstrasi yang merosakkan harta benda. "Cerita tentang demonstrasi perlu adil. "Janganlah kalau ia melibatkan orang kita, maka demonstrasi dibolehkan, tetapi kalau melibatkan orang lain, maka demonstrasi tidak dibolehkan. "Cerita merosakkan harta benda itu perlu diteliti. Contohnya, pelajar dituduh lari ke dalam masjid dengan tidak menanggalkan kasut. Logiknya, kalau dikejar, manalah sempat hendak membuka kasut!" katanya. Jelas beliau, pelajar yang berlindung dalam masjid dituduh memecahkan tingkap kaca. "Sebenarnya, tingkap kaca pecah terkena gas pemedih mata yang ditembak dari luar masjid ke arah pelajar. Ini adalah teknik menakutkan-nakutkan untuk membina 'culture of fear' yang tidak baik untuk pembangunan negara," katanya lagi. Beliau juga menyangkal bahawa pelajar-pelajar IPT sudah diberi ruang berpolitik melalui politik kampus. "Politik kampus memang wujud. Sebenarnya, ia perlu ditingkatkan, misalnya dengan membenarkan pelajar melaksanakan sendiri pilihan raya kampus iaitu seperti yang berlaku di sesetengah IPTS kita dan di banyak universiti terbaik di luar negara," katanya. Saifuddin berkata, isu sekarang ialah mengiktiraf hak mereka sebagai warganegara yang dijamin oleh Perlembagaan. "Politik kampus adalah terhad kepada aktiviti kokorikulum. Penglibatan pelajar dalam politik yang lebih luas akan menyuburkan lagi idealisme mereka dan akan dapat membantu mereka apabila berhadapan dengan dunia pasca-IPT," katanya lagi. Berhubung alasan bahawa pelajar akan diperkuda oleh pemimpin-pemimpin politik luar jika menjadi ahli parti, Saifuddin menyoal "siapa suruh pelajar jadi kuda?" "Jadilah penunggang," katanya. Oleh sebab itu, kata beliau, negara harus memberi peluang kepada pelajar sebab mereka adalah sebahagian daripada masyarakat sivil. "Kenyataan-kenyataan sebegini merendahkan keupayaan intelek pelajar. "Sebenarnya, menyekat hak politik pelajar juga merupakan langkah memperkudakan pelajar iaitu membuat pelajar tidak boleh bersuara secara politik," katanya. Selain itu jelas beliau, tidak ada sesiapa yang mengatakan pelajar perlu mengurangkan fokus ke atas pelajaran. Malah matanya, tidak ada data empirikal menunjukkan pelajar gagal dalam pelajaran disebabkan berpolitik. "Ramai yang berpolitik di kampus yang berjaya pada hari ini. "Ada juga yang tidak berpolitik semasa di kampus yang hari ini tidaklah berjaya sangat. Matlamat ke universiti ialah untuk menjadi insan yang baik, termasuk dalam bidang politik," katanya. Alasan-alasan lain dijawab Saifuddin ialah: ALASAN: Politik kampus adalah ruang pelajar mengangkat idealisme pelajar sedangkan politik luar akan membunuh idealisme tersebut. Jawapan: Cadangan ini mahu meluaskan ruang yang sedia ada untuk meningkatkan partisipasi pelajar dalam demokrasi. Persoalannya, apakah idealisme pelajar sekarang? Apakah pula contoh idealisme Umno/BN yang membunuh idealisme pelajar? Sebenarnya, pelajar juga mampu mencorakkan politik luar. Contoh-contohnya wujud dalam sejarah gerakan pelajar di luar negara dan juga di dalam negara. ALASAN: Kalau pelajar menjadi ahli parti politik, mereka tidak lagi bebas mengkritik parti mereka. Jawapan: Itu masalah parti tersebut yang tidak boleh dikritik, bukan masalah pelajar. Atau, kalau pelajar memilih untuk tidak mengkritik, maka, itu masalah peribadinya. Pelajar boleh memilih parti mana yang sesuai dengan dirinya. Apa yang menariknya ialah orang yang menggunakan alasan ini terkenal dengan sikapnya yang tidak menggalakkan pelajar mengkritik. Merekalah yang selalu melabelkan pelajar yang mengkritik sebagai "radikal", "anti-establishment" dan "pro-pembangkang". Jadi, apabila ia menggunakan alasan ini, ia hanya menunjukkan ini adalah alasan yang sengaja diadakan-adakan sahaja. ALASAN: AUKU sebenarnya yang melindungi idealisme pelajar selama ini dan membentuk kepimpinan pelajar dengan acuan sendiri. Jawapan: Apakah contoh idealisme pelajar yang dilahirkan oleh AUKU? Acuan apakah kepimpinan pelajar hari ini? Idealisme pelajar bukannya sekadar menuntut kurangkan bayaran PTPTN, harga makanan asrama atau isu bas. Idealisme pelajar adalah berasaskan perjuangan yang berdasarkan kecintaan terhadap nilai-nilai muluk seperti kebenaran, keadilan dan perpaduan, serta kebencian terhadap ciri-ciri buruk seperti kepalsuan, kezaliman dan perpecahan. Antara lain, idealisme adalah berlandaskan ayat al-Quran tentang menyeru kepada kebaikan ('amal makruf) dan mencegah daripada keburukan (nahi mungkar). Kebanyakan kajian tentang AUKU Pindaan 1975 tidak menunjukkan yang ia melahirkan idealisme pelajar. Jika benar acuan yang dilahirkan AUKU itu positif untuk kerajaan, maka, mengapakah ia seperti tidak diterjemahkan dalam keputusan pilihan raya umum (contohnya Pilihan Raya Umum 2008) yang menyaksikan sokongan pengundi muda lebih condong kepada pembangkang? ALASAN: Apabila pensyarah berpolitik, maka ia mengganggu proses pengajian di universiti kerana mereka akan cuba pengaruhi pelajar. Pensyarah berlainan parti akan gagalkan pelajar berlainan parti. Jawapan: Universiti sudah lengkap dengan kaedah untuk mengawal mutu pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah yang menggagalkan pelajar dengan alasan politik tidak layak menjadi pensyarah. Hukumlah beliau. Pokoknya, alasan ini menunjukkan sikap tidak percaya kepada pensyarah. Pensyarah dilihat lebih rendah daripada guru siswazah (yang pernah menjadi pelajarnya) yang kini dibenarkan aktif berpolitik. Pensyarah mempengaruhi pelajar IPT? Kalau begitu, silaplah kita membenarkan guru siswazah aktif berpolitik. Ini kerana, kalau pelajar IPT boleh dipengaruhi, ini kan pula murid sekolah. Sekali lagi, alasan ini berpunca daripada sikap tidak percaya kepada pensyarah. ALASAN: Pendekatan populis ini tidak menguntungkan masyarakat kampus, sebaliknya mengundang bahaya kepada sistem pendidikan yang akan dipolitikkan. Jawapan: Apa salahnya populis kalau ia bermatlamat untuk kebaikan rakyat dan bukannya diri sendiri? Ia lebih baik daripada tiada apa-apa pendekatan atau langsung tiada apa-apa pendirian. Kenapa perlu dipisahkan pendidikan dengan politik? Sekarangpun kita ada politik di kalangan universiti, pensyarah dan pelajar. Apa yang kita tidak mahu ialah politik ampu dan ragu, serta politik sempit dan kotor. Kalau adalah tempat terbaik untuk menjana politik ilmu dan baru, serta politik segar dan bersih, maka universitilah tempat yang terbaik. Alangkah anihnya, jika amanah besar itu ditolak oleh universiti dan sebaliknya diserahkan kepada orang lain. ALASAN: Kalau semua pelajar berpolitik akan timbul lebih banyak masalah. Jawapan: Pertama, apa masalahnya? Kedua, siapa kata semua pelajar? Ketiga, pelajar yang betul-betul aktif berpolitik bukanlah kumpulan yang besar. Keempat, apakah sekarang ini langsung tidak ada masalah? ALASAN: Bayangkan kalau semua pelajar bebas bercakap apa saja, apa akan jadi pada keamanan negara? Kita banyak isu sensitif. Jawapan: Pertama, kita mempunyai pelbagai undang-undang yang mencukupi untuk mengawal keadaan, seperti Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya. Di IPT pula terdapat kaedah tatatertib. Kedua, kita telah lama merdeka. Kita perlu belajar berbincang isu-isu (yang dikatakan) sensitif dan bukannya menyapunya di bawah tikar. ALASAN: Majoriti pelajar "anti-establishment". Jawapan: Bukankah sejak hampir satu dekad ini, keputusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA hampir 100 peratus dimenangi oleh kumpulan (yang dikatakan) pro-Aspirasi? Jadi, tidak betullah jika dikatakan majoriti pelajar adalah "anti-establishment". Kalaupun benar pelajar "anti-establishment", maka, sepatutnya difikirkan bagaimana untuk mengelakkan daripada "establishment" dibenci oleh pelajar. Kecualilah jika "establishment" memang tidak mahu atau tidak boleh dikritik. ALASAN: Kita perlu lihat pro dan kontra perkara ini. Jawapan: Maknanya kita perlu lihat pro dan kontra jaminan hak berorganisasi dalam Perlembagaan? Usahlah terlalu mudah menggunakan strategi pro dan kontra dalam penghujahan. Kalau begitu, nikahpun ada pro dan kontranya. Cara berfikir ini sekadar untuk menimbulkan alasan tidak bersetuju sahaja atau sengaja mengada-adakan alasan atau membesar-besarkan alasan semata-mata. ALASAN: Pelajar Melayu sahaja yang minat politik. Pelajar Cina dan India lebih tumpu kepada pelajaran. Jawapan: Ini pendapat yang berunsur perkauman. Seolah-olah kaum lain tidak endahkan politik. Sebenarnya, pelajar bukan-Melayu juga berminat dan aktif dengan politik. ALASAN: Pelajar akan hilang pendekatan non-partisan. Jawapan: Persoalan menjadi ahli parti politik adalah persoalan individu. Persoalan "non-partisan" pada peringkat organisasi dan gerakan mahasiswa adalah persoalan berbeza dan boleh dikekalkan. Malahan, secara individu dalam parti politikpun masih boleh mengambil pendekatan bi-partisan, contohnya, seperti dalam Kongres dan Senat Amerika Syarikat di mana seorang Demokrat tidak semestinya menyokong bil yang dibawa oleh seorang Demokrat, hatta oleh Presiden Demokrat. ALASAN: Bukan semua pelajar hendak menjadi ahli parti politik. Jawapan: Siapa pula yang kata "semua"? Ini semata-mata untuk membenarkan siapa yang mahu sahaja, walaupun ia minoriti. Majoriti yang tidak mahu tidak patut menghalang minoriti yang mahu. Sebaliknya, dalam amalan demokrasi yang sihat, majoriti melindungi hak minoriti. ALASAN: Negara maju mempunyai latar belakang yang berbeza dengan kita. Kita tidak boleh meniru mereka. Jawapan: Janganlah menjadi bodoh lalu meniru membuta tuli. Tapislah. Pilihlah. Bukankah ada konsep best practise? Kita belajar apa yang baik. Apa yang buruk dijadikan sempadan. Baik dan buruk itu perlulah diukur dengan neraca kebenaran, dan bukannya dengan neraca denial. ALASAN: Pelajar kurang pengetahuan am. Jawapan: Sejak bila pula untuk menjadi ahli parti politik memerlukan seseorang itu lulus kertas Pengajian Am? |
| You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan