Khamis, 12 Ogos 2010

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Nak macam mana MB...Kalau dah termasuk dalam tong taik...Inilah jadinya!!

Posted: 12 Aug 2010 09:13 PM PDT

Dahlah depa ni bodoh...masuk dalam tong taik (Umno) pulak tu...tak dapek den nak menolongnya..he he!!

Khalid: Saya lebih baik daripada Khir Toyo

Jimadie Shah Othman & Aidila Razak
Ogos 13, 10
10:00am

Kongsi 0Selepas lebih dua tahun merampas teraju pemerintahan Selangor daripada Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim merasakan pentadbirannya di negeri itu jauh lebih baik daripada penyandang sebelumnya.

"Kami (Pakatan Rakyat) jauh lebih baik daripada kerajaan sebelum ini, lebih berdedikasi dan bukan penurut semata-mata jika dibandingkan dengan (pentadbiran Datuk Seri Dr) Khir Toyo," kata Khalid yang juga ADUN Ijok dan ahli parlimen Bandar Tun Razak.

"Khir Toyo berkhidmat kepada kerajaan pusat dahulu sebelum kepada rakyat. Beliau sendiri ambil banyak masa untuk stabilkan kedudukan sendiri.

"Oleh itu sebahagian keputusannya bertentangan dengan kepentingan negeri."

Dalam wawancara dengan Malaysiakini Selasa lalu, Khalid bahkan menggambarkan Khir mempunyai kualiti pentadbiran yang teruk sekali sehingga sekiranya berada dalam dalam sektor swasta, beliau tidak mampu pergi jauh.

"Kalau bekerja di (kumpulan) Guthrie, beliau (Khir Toyo) tidak akan sampai tahap pengurus kanan pun," kata Khalid, bekas ketua pegawai eksekutif konglomerat itu.

Ketawa besar

Khalid mula terkenal apabila mengambil alih Guthrie – semasa itu syarikat perindustrian British – kurang daripada dua jam pada tahun 1981 setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange.

Mengkritik ketua pembangkang negeri itu lagi, Khalid berkata, masalah lawan politiknya itu bukanlah pada sikap atau wawasannya, tetapi watak kepimpinannya.

"Kepimpinannya bukan seperti contoh yang dia bawa. Saya rasa dia, seperti peribahasa Melayu sebut, sambil menyelam minum air," katanya yang sudah dua tahun lima bulan menjadi menteri besar Selangor.

Sementara itu, Khalid ketawa besar apabila diajukan soalan sama ada beliau melantik isteri keduanya sebagai pegawai kanan di Perbadanan Menteri Besar Selangor, seperti dakwaan yang tersebar di internet.

Malah, jelasnya, beliau hanya mempunyai seorang isteri sahaja, iaitu Salbiah Tunut.

"Tidak (benar). Mereka (penulis blog) bercakap tentang pembantu peribadi saya. Dia sudah bekerja dengan saya semasa di PNB (Permodalan Nasional Berhad) sejak tahun 1980 lagi," jelas bapa kepada empat orang anak itu.

Hanya satu isteri

Khalid menjelaskan, beliau membawa masuk pekerja lamanya ke pejabat menteri besar bagi mengatasi kemungkinan berlakunya kebocoran maklumat pentadbiran.

Tambahan lagi, kata beliau, pembantunya itu sudah berkahwin, mempunyai dua anak dan turut mengenali isterinya Salbiah.

"Mereka (yang menuduh ini) bodoh. Apa boleh buat, banyak orang bodoh di negara ini. Isteri saya kenal dia. Dia sudah bekerja dengan saya selama 30 tahun, bukan kelmarin atau hari ini," kata Khalid.

Beberapa blog anti-Pakatan, antaranya Ruang Bicara Faisal dan The Unspinners melaporkan Khalid mewujudkan jawatan baru, pegawai koordinasi kepada menteri besar, bagi menempatkan isteri mudanya ke jawatan itu.

Mereka juga mendakwa jawatan tersebut tidak wujud semasa pemerintahan BN dahulu.

Bagaimanapun, jawab Khalid: "Ini jawatan lama."

Mat Rempit boleh berpolitik...mahasiswa tak boleh..

Posted: 12 Aug 2010 05:28 PM PDT

Gelihati bila membaca kisah lucu 'kere'jaan BN dalam usaha menangani isu Mahasiswa Berpolitik. Seperti biasa, golongan orthodox dalam Umno akan menentang habis2an cadangan Saifudin Abdullah agar Mahasiswa dan Pensyarah dibenarkan berpolitik.

Makanya berlakulah pertembungan antara golongan muda seperti KJ dan beberapa kerat lagi yang mahukan mahasiswa diberikan kebebasan. Itupun mungkin sebab dia desperate untuk terus popular di kalangan pemuda...namun baguslah begitu.

Takut bebenor mereka kepada golongan berpelajaran ya? Apa idaknya....golongan ini yang terdedah kepada segala maklumat pastinya akan menzahirkan preferential masing2 apabila mengundi. Ultimately, akan menguncuplah jumlah undi yang bakal diperolehi oleh Barisan Nasional.

Sedangkan Mat Rempit dan minah bohsia pula diberikan kebebasan sepenuhnya untuk berpolitik. Malah diwujudkan dua wings (sayap2) dalam Umno untuk warga rempit. Hebat hebat....Putera dan Puteri Umno...he he... Political patronage...

Namun semasa PRK di Kuala Terengganu 2 tahun yang lalu, sambutan kemenangan PAS telah dimeriahkan oleh perarakan bermotor beribu2 Mat Rempit di seluruh Terengganu. Kelam kabut cawangan Umno yang baru, PDRM menghambat mat2 rempit itu...

Kalau itulah suasananya....apalah harapan BN samada mereka membenar atau melarang mahasiswa dan mat rempit berpolitik???

Di bawah ini artikel yang teman petik dari satu blog Wira Bumiputera sekodor untuk mengembalikan memori lama....

Aug 3, 2007
12 mat rempit berjaya terjun di Kutub Utara

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa kali tertangguh kerana cuaca buruk, Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara Putera Umno semalam berjaya mencatat sejarah sebagai kumpulan belia pertama membuat penerjunan di Kutub Utara.Kumpulan 16 orang termasuk 12 bekas 'mat rempit' berusia 19 hingga 24 yang kini anggota Putera Umno itu, terjun dalam dua pasukan pada ketinggian 6,000 kaki dan 5,000 kaki dari helikopter MI-8 milik penganjur Russia, pada jam 4.20 pagi waktu tempatan (10.20 pagi waktu Malaysia).

Ekspedisi ini diketuai Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim itu menjadikan Malaysia negara pertama melakukan terjunan di Kutub Utara tahun ini, ketika pasukan negara lain menarik diri kerana cuaca buruk. Selain Abdul Azeez, ekspedisi disertai Haziq Azlan, Hamsja Arsyad, Mohamed Anuar Merami, Syed Halim Amir Ali, Mohamed Zakwan Yahya, Mohamed Irwan Shaari, Norafandi Noordin, Daniel Shah Redzuan Mohamed Zawawi, Mohammad Shafiq Akmal Trisno, Mohamad Khasiain Omar Khan, Musa Abu Bakar dan Saiful Nizam Dorani. Turut serta ialah dua jurulatih dari Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF), Azlan Ismail dan Abdul Karim Salleh dan ketua operasi ekspedisi Datuk Abdul Rahim Dahalan bla bla bla....

Ustaz Jaafarudin Md. Ali Ganti Ustaz Taufik Ismail

Posted: 12 Aug 2010 01:36 AM PDT

Tazkirah yang dijadualkan akan disampaikan oleh Ustaz Taufik Ismail di MBI malam ini terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan Ustaz Jaafarudin Md. Ali.

Sekian harap maklum.

Tiada ulasan: