Kopitiam Bang Nan |
- Sekitar Kuliah Ustaz Hasrizal Di MBI...
- Hang jual nasik kandar lagi baiklah...
- Apa Barang Saman Ekor?? Kita Jangan Renew Road Tax..
| Sekitar Kuliah Ustaz Hasrizal Di MBI... Posted: 05 Aug 2010 07:29 PM PDT Rabu (malam Khamis) yang lalu, Ustaz Hasrizal berkuliah di MBI. Tajuk yang dipilih untuk kuliah kali ini ialah "Buah Tangan Menjelangnya Ramadhan." Seperti biasa, ustaz tidak menghampakan. Kuliahnya padat dengan isi dan contoh2 yang membuka minda. Banyak benda2 baru yang dicungkil dan dikupas serta dirumus untuk menjadi panduan menjelang Ramadhan. Teman secara peribadi belum lagi miss kuliah beliau di MBI sejak ustaz memulakan kuliahnya di Ambang Ramadhan tahun lalu. Bukan taksub dengan beliau tetapi ilmunya tinggi dan kupasannya lain dari yang lain seperti menjadi magnet bagi mereka yang cintakan ilmu. Salah satu intipati kuliah beliau ialah ustaz mengupas tentang kesibukan manusia hingga tidak berupaya melaksanakan amanah yang dipikulkan ke bahu masing-masing. Bak kata beliau," Sibuk sehingga diari google sudah penuh." Sibuk buat itu tetapi mengabaikan yang ini. Sibuk yang ini dan mengabaikan yang itu. Sibuk beribadat sehingga tidak ada masa untuk masyarakat. Sibuk mengaji sehingga tiada masa untuk mengajar....dan macam2 lagi jenis kesibukan. Sedangkan menurut ustaz, Rasulullah juga sibuk tetapi baginda ada masa untuk semua perkara. Untuk keluarga, untuk sahabat, untuk mentadbir, untuk beriadah dan untuk apa jua yang sewajarnya manusia ada masa untuk itu semua. Bukankah Rasulullah adalah contoh terbaik seorang manusia, seorang pemimpin, seorang sahabat, seorang suami, seorang anak, seorang bapa, seorang jiran, seorang guru dan sebagainya? Persoalannya, adakah boleh kita mendakwa bahawa kita lebih sibuk dari Rasulullah sehingga kita secara "conveniently" mengabaikan tugasan kita? Mengabaikan parti kita? Mengabaikan keluarga kita, negara kita dan jiran tetangga kita? Ustaz memberi contoh. Semasa beliau baru kembali ke tanahair, beliau telah menghadiri satu temuduga untuk satu kerja. Yang menemuduga beliau ialah salah seorang bekas pengikut Al-Arqam. "Ustaz. Kalau ustaz berkerja dengan syarikat ini, sekurang2nya dalam sebulan, ustaz kena keluar dari KL 12 hari. Macam mana? Boleh tak?" Tanya potential employer dia. Sambil berkira2 ustaz memberikan jawapan, "Hmmm...tak boleh rasanya. Saya... isteri doktor, kerja tak menentu dan anak kecil lagi...2 orang...!" Pantas penemuduga itu mencelah..."Ustaz. Saya ni isteri 4. Anak 26....tapi masih boleh ke sana ke mari!!" "Hmmm...ok..boleh boleh!!" Cepat ustaz mengubah fikiran. Begitulah. Bolehkan brother yang ada 4 isteri dan 26 anak itu mengatakan dia lebih sibuk dari Rasulullah???? Satu lagi yang menarik dalam kuliah ustaz ini ialah keupayaannya mem'blend'kan teori Stephan R. Covey, The Seven Habits of Highly Effective People di dalam kuliah2nya. The First Three Habits surround moving from dependence to independence (self mastery) Habit 1: Be Proactive Habit 2: Begin with the End in Mind Habit 3: Put First Things First The Next Three are to do with Interdependence Habit 4: Think Win/Win Habit 5: Seek First to Understand, then to be Understood Habit 6: Synergize The Last habit relates to self-rejuvenation; Habit 7: Sharpening the Saw It is about priority dan memahami isu dan mempelbagaikan cara penyelesaiannya. Beliau juga banyak memberikan contoh peristiwa2 yang berlaku di zaman sahabat dan kegemilangan islam di dalam perspektif pengurusan diri, manusia dan masyarakat yang boleh dijadikan panduan oleh kita semua. Namun semuanya itu memerlukan keikhlasan dan kejujuran di dalam diri kita sendiri. Jika kita cuma mengharapkan orang lain untuk jadi perfect sedangkan kita cincai macai, slip shot. flip flop, haphazard ,slapdash ,sloppy dan seumpamanya ...nothing much can be done. Kesimpulannya, Ramadhan Al-Mubarak yang akan datang ini perlu kita uruskan diri kita dengan baik. Jangan jadikan alasan berpuasa di bulan Ramadhan akan mengurangkan produktiviti sebagaimana mantra yang cuba ditanamkan oleh Habib Bourgiba kepada rakyat Tunisia. Terima kasih Ustaz Hasrizal. |
| Hang jual nasik kandar lagi baiklah... Posted: 05 Aug 2010 01:06 AM PDT Malam tadi sukar untuk teman nak melelapkan mata. Walaupun satu kajian di Amerika Syarikat ada merumuskan bahawa setiap orang dewasa perlu tidur cukup2 7 jam sehari, nampak gayanya ini merupakan satu nikmat yang telah Allah tarik dari sebahagian dari kita. Menurut kajian itu lagi, mana2 individu yang tidur lebih atau kurang dari 7 jam sehari semalam, risiko diserang sakit yang ada kena mengena dengan masalah jantung adalah lebih tinggi. Sebab itu lah agaknya Major dengan Pak Wan nampak lebih sihat dari rakan2 yang lebih muda kerana mereka berdua ni memang tak boleh kurang tidor...he he!! Tapi bukan itulah cerita teman kali ni. Ceritanya bila tak boleh tidor tu temanpun menonton program Soal Jawab TV3 yang disiarkan antara jam 11.00 malam hingga 12.00 tgh malam. Panelnya ialah Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi) dan Prof. Ibrahim Abu Shah (Bekas VC UiTM), Tajuk diskusi ialah "Kebenaran Kepada Mahasiswa Untuk Berpolitik." Menarik rancangan ini ialah ahli panelnya datang dari 2 school of thought yang berbeza. Saifuddin nampak articulate dan polish dalam menyampaikan hujah sementara Ibramsha (macam nama kedai nasik kandar Jalan TAR pulak ye) nampak out dated dan emosional. Saifuddin bukan sahaja mahu AUKU dimansuhkan malah mahu mahasiswa diberi kebebasan untuk menyertai mana-mana parti politik. Beliau juga mahu Sudut Pidato di universiti2 diadakan semula dan memulangkan kepada pihak universiti untuk kawal selia dan sebagainya. Malah kalau ikut beliau, Saifuddin mahu pelajar diberikan peluang untuk bercakap atas apa2 isu sekalipun dan percaya bahawa mahasiswa perlu melalui proses pendidikan dan kematangannya secara semulajadi (naturally) tanpa disekat2. Beliau juga mahu pensyarah diberi kebebasan untuk berpolitik asalkan sahaja mutu pendidikan dapat dipertingkatkan. Jarang seorang yang berjawatan tinggi di dalam kerajaan dan dari Umno yang boleh dipakai ideanya. Tapi Saifuddin nampaknya berbeza dan kredit wajar diberikan kepada beliau. Credit given where credit is due.... Ibramsha pulak menampilkan dirinya sebagai badut dan balaci Umno. Masih dengan mantra 'politik dan mahasiswa mesti dipisahkan'. Samalah macam Khusrin, 'dalam masjid tidak boleh berpolitik'. Politik lain islam lain. Mangkok... Antara yang diulang2 ialah rasa fobia masyarakat majmuk yang akhirnya akan menjadi ketegangan antara kaum di universiti dan akhirnya merebak ke seluruh negara jika kebebasan yang tidak terkawal diberikan kepada mahasiswa. Pelajar tugasnya adalah belajar bukan berpolitik. Mahasiswa tiada beza dengan budak sekolah menengah. Pensyarah pula mestilah mengajar dan tidak membawa fahaman politik masing2 (pembangkanglah tu) dalam kelas (kalau Umno tak pa kot). Ini merupakan fahaman Ibramsha nasi kandar ni. Ini akhirnya akan menjejaskan mutu atau ranking universiti2 tempatan. Kepala hotak hanglah...selama ni tak ada sudut pidato dan AUKU berleluasapun ranking universiti kita kat mana? Nak tergelak bila Saifuddin dengan nada selamba menyatakan bahawa selama ini Oxford, Cambridge, Yale dan banyak universiti2 ternama di seluruh dunia tidak jatuh rankingnya kerana wujudnya sudut pidato di universiti2 masing2. He he...terkangkang mamak nasi kandar. Lepas program tu makin susah teman nak tidur...macam mana mamak tongkang ni boleh jadi VC?? Kesian mahasiswa....Teringat Allahyarham Pak Nik Rashid di zaman teman belajor di UiTM. Class.. |
| Apa Barang Saman Ekor?? Kita Jangan Renew Road Tax.. Posted: 04 Aug 2010 11:11 PM PDT Kita 'up the ante'...kata orang Tepen.... Kelau bebeno kita nak pressure gomen pasal saman ekor ni.....(memandangkan kita tak boleh nak renew road tax kerana ada saman ekor), kita tak payah renew road tax. Itu aje. Tapi kita wajib renew insuran kereta....kalau boleh dapatkan surat (atau apa2 dokumen) dari RTD mengatakan kita tak boleh renew road tax sebab kita tak bayar saman ekor. Itu lagi bagus... Sekiranya apa2 terjadi dan kita ditahan kerana kereta kita tak ada road tax, kita katakan bahawa kita nak renew tapi RTD kata tak boleh renew sebab kita tak settle saman ekor. Kalau kita didakwa kerana kesalahan itu, pembelaan kita adalah berdasarkan kepada fakta berikut: 1. Kita dah renew insurance. Ini adalah syarat wajib untuk renew road tax. 2. Kita ada intention nak renew road tax tapi tak diterima oleh RTD (tunjukkan bukti kita tak boleh renew). 3. Saman ekor tidak sah dan tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak boleh renew road tax. Ia adalah isu yang berbeza. Bagusnya tindakan ini ialah kita hit the gomen ditempat yang paling sakit bagi mereka. Bayangkan kalau semua orang mengambil tindakan ini....gomen tak dapat revenue dari road tax. Padan muka. Hari ini Pemuda Umno juga mendesak agar gomen memansuhkan saman ekor kerana mereka tahu jika gomen meneruskan tindakan bodoh ini, mereka akan kalah dalam PRU13 akan datang. Mana gomen hendak? Dapat kutip sebahagian dari RM2.7b atau kehilangan kerajaan dalam masa tidak sampai dari 2 tahun dari sekarang. Lu fikir sendirilah bro.... Saman ekor: Mahfuz kecewa temu janji dibatal, tapi serah memorandum Oleh Syed Mu'az Syed Putra PUTRAJAYA, 5 Ogos — Datuk Mahfuz Omar kecewa dengan pembatalan temu janji dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha untuk membincangkan isu saman ekor pagi ini, tetapi beliau menyerahkan memorandum meminta agar dasar menyenarai hitam kenderaan digugurkan. "Saya kecewa kerana gagal untuk mengadakan pertemuan dengan menteri bagi membincangkan perkara ini. "Sepatutnya hari ini, saya menyerahkan memorandum bantahan kepada menteri tapi nampaknya beliau tiada di pejabat walaupun sebelum ini temu janji telah dibuat," kata Naib Presiden PAS itu pada sidang media di Kementerian Pengangkutan di sini. Mahfuz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor berkata pihaknya hanya mengetahui temu janji tersebut dibatalkan lewat petang semalam. "Saya diberitahu setiausaha akhbar menteri bahawa temu janji dibatalkan kerana menteri ada mesyuarat lain. "Tapi saya beritahu kepadanya bahawa saya tetap akan datang hari ini untuk serahkan memorandum kerana saya sudah ada di Kuala Lumpur. "Saya juga ada minta supaya timbalan menteri pengangkutan untuk adakah perbincangan tapi setiausaha akhbar itu beritahu semua tiada dan minta dibatalkan," katanya. Jawatankuasa kempen itu ditubuhkan dalam membantu mereka yang teraniaya kerana sistem saman ekor. "Apa yang saya nak bawa hari ini adalah suara rakyat tapi seolah-olah ia tidak penting kepada kerajaan. "Musim perayaan tidak lama lagi dan kita tahu masih ramai di luar sana yang masih gagal untuk memperbaharui lesen kenderaan mereka dek kerana saman yang dikenakan," katanya. Justeru, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berharap supaya satu lagi pertemuan dapat diaturkan dengan Kong bagi membincangkan perkara itu. "Saya minta minggu depan 9 atau 10 Ogos dapat diadakan pertemuan dengan beliau (Kong). "Selain itu, saya juga minta kepada mereka yang teraniaya dapat hadir ke Dewan Auditorium Majis Perbandarang Ampang Jaya (MPAJ) pada 9 Ogos ini pada pukul 9 malam bagi memberikan penerangan tentang hak mereka sebagai rakyat," katanya. Difahamkan sejak September 2009, lebih 2.5 juta notis saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pesalah trafik telah disenaraihitamkan oleh Polis Diraja Malaysia. Mahfuz berkata tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan akibat saman ekor seolah-olah menolak rezeki. "Saya difahamkan oleh peguam, insurans masih boleh diperbaharui walaupun tanpa cukai jalan. "Kenapa kerajaan jadi agensi penolak rezeki sedangkan pihak swasta mendapat wang daripada rakyat?" katanya. Semalam, Pergerakan Pemuda Umno mencadangkan agar sistem saman yang lebih adil diperkenalkan bagi menggantikan saman ekor yang didakwa membebankan pengguna jalan raya. Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata saman ekor sedia ada memberi kesan negatif bukan sahaja terhadap pemilik kenderaan persendirian, malah pengusaha pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencadangkan agar kerajaan menyemak semula saman ekor dan mengkaji semula keputusan kerajaan untuk tidak mengurangkan kadar kompaun saman terhadap pesalah trafik. |
| You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan