Kelab Greenboc |
- Kelantan Saman PETRONAS
- MBE & 1Malaysia Najib Ditentang Oleh Puak Ekstremis Melayu
- Kuil Atau Gereja Mana Yang Nak Jemput Ibrahim Ali Berucap?
- PAS Rancang Saman Utusan & MAIS, Hassan Ali Pula Kenapa Membisu?
- Marshanda Berjilbab Setelah Mimpi Kiamat
| Posted: 29 Aug 2010 10:22 PM PDT ![]() Royalti: Kelantan fail saman tuntut Petronas bayar RM800 juta setahun Kerajaan negeri Kelantan memulakan tindakan perundangan dengan memfailkan saman terhadap Petronas mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalty — dianggarkan RM800 setahun sejak 2005 — terhadap hasil minyak diperoleh dari luar pesisir pantai Kelantan. Menurut kerajaan negeri Kelantan, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga mendakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Kes difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar pukul 9.25 pagi tadi. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri memfailkan writ saman di Bahagian Pendaftaran Dagang. Selepas sahaja saman itu difailkan, Nik Aziz bersama hampir kesemua ahli Exco Kerajaan Negeri serta seramai 200 penyokong mengadakan sembayang hajat di Masjid Wilayah Persekutuan berhampiran. Kerajaan Kelantan mengambil keputusan muktamad pada 25 Ogos lalu untuk mengemukakan saman terhadap Petronas pada hari ini berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu — di sempadan Thailand-Kelantan. Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan jumlah tuntutan yang dibuat dan terserah kepada mahkamah yang akan menentukannya. Writ saman itu dikemukakan atas nama Petronas dan bukannya kerajaan Malaysia. Dalam pada itu, ketika ditemui wartawan di Masjid Wilayah Persekutuan, Nik Aziz berkata tindakan perundangan diambil kerana Petronas telah melanggar perjanjian yang dibuat bagi pembayaran wang royalti kepada Kelantan. "Sebagai ketua kerajaan negeri saya bertanggungjawab untuk menjaga kehormatan harta negeri Kelantan, kedatangan saya hari ini adalah untuk menuntut hak dan menjaga kehormatan harta kita. "Apa yang saya lakukan ini adalah untuk mendapatkan keadilan bagi rakyat Kelantan, jadi saya perlu lakukan apa jua cara sama ada melalui rundingan atau mahkamah," katanya. Beliau berkata, seseorang yang mempunyai harta perlu menjaga dan mendapatkan semula walaupun telah "dicuri." "Tiap-tiap orang yang ada harta mesti jaga dengan baik. Kalau orang curi, kita bertindak, kalau rompak, kita tindak, kalau tipu juga kita bertindak. "Sebab tidak mahu perkara ini terus berlaku, kita bawa ke mahkamah, atas dasar orang Islam, kalau kita tak tunaikan di muka dunia, kalau kita jahat tetap kena bayar di akhirat. "Sebelum bayar di akhirat, baik mereka bayar di muka dunia," katanya. Selain Husam, turut mengiringi Nik Aziz ialah Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli. Kerajaan negeri Kelantan diwakili oleh Thommy Thomas. Sementara itu, Husam berkata kerajaan negeri Kelantan telah menghubungi pengurusan Petronas dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menjelaskan kedudukan sebenar negeri tersebut dari segi hak mendapatkan royalti. "Kita dah hubungi Petronas dan Perdana Menteri melalui surat dan rundingan untuk jelaskan kedudukan Kelantan dari segi hak petroleum seperti mana yang terkandung dalam perjanjian Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang jelas tiada kekeliruan. "Selain itu, perjanjian tersebut turut disokong Tengku Razaleigh Hamzah selaku pengerusi Petronas yang pertama. "Dalam perjanjian itu dinyatakan jika pengeluaran petroleum dan gas berlaku sama ad di lautan dan daratan, Kelantan berhak mendapat lima peratus setahun bayaran royalti tersebut," katanya. Beliau berkata sehingga kini pihaknya mendapati telah berlaku pengeluaran minyak di empat blok petroleum sejak 2005. "Keempat-empat blok tersebut adalah di perairan Kelantan yang tidak bertindih dengan mana-mana kawasan lain, bertindih dengan Terengganu, bertindih dengan Thailand dan bertindih dengan Vietnam. "Jadi kerajaan negeri berhak mendapat bayaran royalti di keempat-empat kawasan ini. "Sebagai contoh di kawasan bertindih dengan Thailand pengeluarannya adalah 10 juta tong satu bulan bermaksud dengan harga semasa pendapatannya adalah AS$8.5 bilion setahun dan ini bermaksud kita berhak mendapat sebanyak lima peratus daripada hasil tersebut," katanya. Husam yang juga pengerusi jawatankuasa khas mengenai tuntutan minyak berkata jumlah tersebut adalah satu angka yang besar. "Petronas telah bayar royalti kepada Terengganu selama 18 tahun, jika berlaku kesilapan pada pembayaran royalti Terengganu bermakna pengurusan Petronas adalah disangsikan. "Jadi selepas semua usaha yang kami lakukan selama ini tidak mendatangkan hasil, kami memilih untuk memfailkan saman terhadap Petronas," katanya. Antara relif yang lain dituntut adalah satu penjelasan diambil atau satu siasatan diperintahkan yang menghendaki Petronas untuk membuat pendedahan penuh dan benar berhubung semua fakta berkaitan dengan bayaran-bayaran tunai yang perlu dibuat kepada Kelantan, termasuk tempoh dari mana petroleum telah dikeluarkan, didapati atau diperoleh di luar pantai Kelantan, kawasan-kawasan atau blok-blok dari mana petroleum telah didapati dan diperoleh, serta jumlah bayaran tunai yang perlu dibuat kepada Kelantan. Kerajaan negeri turut menuntut agar semua tunggakan pembayaran tunai yang telah diperjelaskan, hendaklah dibayar dalam tempoh satu bulan daripada perintah mahkamah. Ia juga memohon satu perintah supaya semua bayaran tunai pada masa hadapan hendaklah dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan oleh Petronas bagi petroleum yang dikeluarkan di luar pantai Kelantan seperti mana Perjanjian Petroleum Kelantan. Turut dituntut lima relif yang lain, termasuk relif ganti rugi dan kos. Saman pemula tersebut tidak menyatakan jumlah keseluruhan tuntutan daripada Petronas. Dalam kenyataan tuntutan, kerajaan negeri menjelaskan bahawa Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975, secara jelas menyatakan bahawa Petronas hendaklah membayar secara tunai sebanyak lima peratus bagi segala hasil minyak sama ada di pantai ataupun di luar pantai negeri tersebut. Mengikut klausa kedua perjanjian, bayaran tunai itu hendaklah dibayar dua kali dalam setahun, pada atau sebelum 1 Mac, atau sebelum 1 September. Menurut Klausa 3 pula, pembayaran tersebut hendaklah terus dibayar selama mana petroleum diperoleh dari negeri tersebut dan tidak perlu membayar sekiranya petroleum tidak lagi diperoleh. Dalam kenyataan tuntutan tersebut, kerajaan negeri turut menjelaskan bahawa hak milik sumber petroleum dan hak-hak keistimewaan untuk mencari gali bukan satu pemberian kepada Petronas tanpa sebarang balasan ataupun pampasan. -TMI Gambar:mk Ulasan GB Dengan keadaan sistem kehakiman yang masih di dalam cengkaman UMNO BN, terlalu sukar untuk diramalkan tentang "outcome" saman ini. Namun usaha wajib dilakukan oleh Kerajaan kelantan. Kekejaman dan kezaliman wajar dihentikan. Petronas sememangnya patut diheret ke mahkamah. GB pernah meminta supaya Munajat Perdana di adakan dan alhmadulillah ia dilaksanakan pada 28 Januari lalu. Dan ada yang bertanya GB, apa kesannya? Apakah Allah tidak memperkenan doa kita? Usah diragukan dengan kejayaan. Allah akan tetap bersama dengan yang bersabar dan ada hikmah yang tersembunyi yang belum dapat dihidu oleh sesiapa. Petronas tetap akan menerima hukumannya. Kezalimannya kerana mengikut telunjuk UMNO BN selama ini dengan merampas hak royalti rakyat Kelantan dengan nama wang ehsan akan tetap menerima balasan Allah s.w.t. Dan yakinlah Allah itu Maha Menghakimi Lagi Maha Pemberi Kurnia. Allahumma la mania lima a'taita, wa la muqtia lima manakta.. Ya Tuhanku tiada siapa boleh menghalang jika Engkau memberi... Tiada siapa yang dapat memberi jika Engkau Menghalang... |
| MBE & 1Malaysia Najib Ditentang Oleh Puak Ekstremis Melayu Posted: 29 Aug 2010 07:06 PM PDT Meritokrasi: Mahathir 'tolak' MBE NajibTun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan pendiriannya berhubung dasar meritokrasi yang bakal menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Menurut bekas perdana menteri itu, ekonomi negara tetap mencatat pertumbuhan, malah lebih daripada negara membangun yang lain ketika DEB diamalkan. "Jadi anda tidak boleh kata DEB menjadi halangan (kepada pertumbuhan ekonomi)," katanya ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara hari ini. Tambahnya, beliau telah memaklumkan pendiriannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dasar meritokrasi yang dipelopori bekas perdana menteri itu. Katanya lagi, beliau berhak membuat kritikan seperti itu, namun pendapatnya tidak semestinya betul. Beliau ditanya berhubung kritikannya ke atas pelaksanaan Model Ekonomi Baru. Model berkenaan bertujuan membangunkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi melalui pendekatan lebih inklusif berdasarkan merit. Tambahnya, perbezaan pendapat seperti itu merupakan perkara biasa, malah beliau juga menerima kritikan seumpama itu ketika menjadi perdana menteri. Dalam pada itu, mengulas sokongan yang semakin meningkat kepada kumpulan pendesak seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Mahathir berkata perkembangan itu disebabkan kegagalan Umno dalam mempertahankan hak warga bumiputera. Peningkatan pengaruh pertubuhan itu juga menyebabkan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengugut untuk keluar daripada parti sekiranya Umno menyokong PERKASA. Mengulas ugutan tersebut, Mahathir bagaimanapun sekadar berkata: "Itu dia punya pasallah."
|
| Kuil Atau Gereja Mana Yang Nak Jemput Ibrahim Ali Berucap? Posted: 29 Aug 2010 08:02 AM PDT Perkasa mahu undang-undang halang bukan Islam kunjungi masjidPerkasa mahu undang-udang digubal bagi melarang bukan Islam daripada memasuki kawasan masjid dan surau meskipun tokoh agama berpandangan bahawa tidak salah bagi masyarakat bukan Muslim berbuat demikian. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa bukan Islam boleh mengunjungi rumah ibadat umat Islam. Selain mereka, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga mempertahankan kunjungan bukan Islam ke masjid dan surau. Malah pandangan Perkasa itu bertentangan dengan fatwa Mac lalu yang membenarkan pelancongan mengunjungi masjid. "Perlu ada undang-undang bagi menghalang insiden bukan Islam memasuki kawasan surau dan masjid," kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pada sidang media di sini hari ini. Meskipun beliau mengakui bahawa bukan Islam pernah memasuki masjid ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w, Ibrahim berkata, menjadi tanggungjawab Islam untuk mempertahankan kesucian rumah ibadat. Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini turut menuduh Nik Aziz tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya dengan mempertahankan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda di Kajang, Ahad lalu. "Sebagai Muslim, taqwa mengatakan bahawa kita mesti memelihara kesucian masjid. Nik Aziz seorang yang beriman tetapi kurang bertaqwa," kata Ibrahim. Ibrahim menggesa Majlis Agama Islam Selangor agar mengambil tindakan ke atas jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda yang membenarkan Teo menyampaikan ucapan. "Tindakan ini telah mencemari kesucian Islam," kata Ibrahim. Ibrahim menuduh wakil rakyat penggal pertama menyampaikan ucapan dengan bermotifkan politik. "Beliau bercakap tanpa tudung dan tidak menutup aurat. Ia keterlaluan, beliau mempunyai niat politik," kata beliau lagi. Ibrahim berkata walaupun beliau dijemput untuk menyampaikan ucapan di kuil-kuil selaku wakil rakyat tetapi lazimnya akan menolak jemputan sedemikian bagi mengelakkan politik dan agama bercampur. "Apa akan berlaku jika saya bercakap mengenai politik di kuil atau gereja? Orang Hindu tidak akan menyukai. Orang Kristian juga tidak akan menyukai," kata beliau. Ulasan GB Alahai, Presiden Perkasa cuba kononnya hendak mempertahankan "kesucian" masjid dan surau. Dan katanya Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda berucap mempunyai niat politik. Kita cabar Ibrahim Ali sebutkan apa yang sebenarnya diucapkan oleh Ahli Parlimen Serdang itu jika beliau tahu. Sedangkan apa yang sebenarnya ialah Manakala ucapannya di dalam surau tersebut, jelas Teo, tidak menyentuh langsung soal politik, tetapi sebaliknya hanya menerangkan tentang bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor. "Kebanyakan mereka tidak mengetahui tentang perkara ini, dan saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan perkara tersebut kepada mereka," katanya. Kedua, Ibrahim menyatakan: "Apa akan berlaku jika saya bercakap mengenai politik di kuil atau gereja? Orang Hindu tidak akan menyukai. Orang Kristian juga tidak akan menyukai," kata beliau. Baguslah jika Ibrahim Ali dapat jemputan untuk bercakap (tak kisah lah samada ucapan politik atau pun tidak) di dalam kuil atau gereja. Tetapi setahu GB takkan ada mana-mana pihak kuil dan gereja yang teringin nak jemput Ibrahim berucap. Hidungmu tak macunglah Ibrahim! |
| PAS Rancang Saman Utusan & MAIS, Hassan Ali Pula Kenapa Membisu? Posted: 29 Aug 2010 07:17 AM PDT PAS kaji saman Utusan, Mais fitnah isu MP Serdang kunjung surauPAS mengkaji tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dan pihak-pihak terbabit termasuk Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung isu kontroversi kunjungan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda, Kajang. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata laporan akhbar arus perdana itu yang mengatakan Teo memberikan bantuan kepada ahli PAS di surau tersebut adalah satu penipuan dan fitnah yang sengaja diperbesarkan. "Kita telah bincang perkara ini dalam mesyuarat (bulanan) PAS hari ini dan kita serahkan kepada peguam untuk mengkaji perkara ini terlebih dahulu sebelum membuat keputusan muktamad. "Selain Utusan Malaysia kita juga akan ambil tindakan kepada pihak yang menyebarkan fitnah termasuk Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kerana tidak menyiasat perkara ini terlebih dahulu," kata beliau ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Anti Saman Ekor (KASE) di pekarangan Plaza Tol Sungai Besi di sini petang ini. Beliau berkata, PAS juga akan membantu pengurusan Surau Al-Huda untuk mendapatkan keadilan dan mungkin tindakan sama akan diambil kepada pihak-pihak terbabit. "Ya, kita juga akan dapatkan kebenaran bagi pihak pengurusan surau itu, kalau apa yang dilaporkan itu fitnah kita juga akan ambil tindakan undang-undang. "Apa yang saya faham Utusan Malaysia membuat laporan palsu apabila mengatakan Teo menyambaikan sumbangan kepada ahli PAS, memberi tazkirah dan juga memberi ucapan politik, "Sedangkan beliau (Teo) hanya dijemput untuk memberikan ucapan selepas memberikan sumbangan kepada surau tersebut untuk memperbaiki pagar di kawasan surau itu. Apa yang dilaporkan itu adalah satu penipuan yang nyata," katanya. Mais mendakwa tindakan Teo itu telah menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Mais menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut. Majlis itu juga telah mengambil alih pengurusan surau itu. Dalam kenyataannya malam tadi, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat surau itu yang terletak di Kajang Sental. Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam. "Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," katanya. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan bahawa Mais boleh menyerahkan surat amaran tetapi bukan kepada Teo, sebaliknya Majlis Muzakarah Fatwa. "Majlis Muzakarah Fatwa telah mengeluarkan fatwa pada Mac tahun ini dengan mengatakan orang bukan Islam boleh memasuki kawasan masjid tetapi mesti mendapatkan kebenaran daripada pengurusan masjid terlebih dahulu. "Dalam isu Teo ini juga sama kerana beliau telah mendapatkan kebenaran sebelum memasuki kawasan surau itu. "Jadi ia bukan satu kesalahan, kalau Mais nak beri surat amaran beri kepada Majlis Muzakarah Fatwa bukan Teo kerana yang keluarkan fatwa adalah jawatankuasa itu," tegasnya. Dalam satu kenyataan semalam, Teo menjelaskan bahawa kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau. "Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor," katanya. Mengulas lanjut, Mahfuz berkata tindakan memperbesarkan isu itu boleh memberikan persepsi buruk terhadap Islam. "Orang bukan Islam melihat akan perkara ini dan tindakan pemimpin Barisan Nasional terutamanya Umno memperbesarkan isu ini akan memberikan tanggapan negatif terhadap agama Islam," kata beliau yang juga Pengerusi KASE. Dalam pelancaran KASE itu sebanyak 5,000 risalah diedarkan kepada pengguna jalan raya. KASE telah dilancar 2 Ogos lalu dalam usaha PAS membela nasib mereka yang menjadi mangsa saman ekor. -TMI Ulasan GB Dalam kecoh-kecoh isu wakil rakyat DAP masuk ke surau, GB ingin tahu dimanakah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Selngor? Pimpinan PAS Selangor selama ini dikaitkan dengan kumpulan Kerajaan Perpaduan dalam PAS. Apakah mereka cuba "play safe" di dalam isu ini kerana rakannya, Pengarah JAIS, Khusrin Munawi (Penyokong tegar UMNO) telah pun membuat kenyataan melarang orang bukan Islam memasuki ruang solat di dalam surau dan masjid? Setelah berhari-hari isu ini dibincangkan dengan begitu hangat oleh semua pihak tanpa kelibat PJ PAS Selangor sehingga Naib Presiden PAS Pusat pula membuat kenyataan untuk menyaman Utusan dan MAIS? Ahli PAS seluruh negara saya kira menyetujui tindakan PAS untuk menyaman pihak terbabit, tetapi Pesuruhjaya PAS Selangor yang membisu mungkin perlu dicurahkan sebaldi air panas untuk disedarkan dirinya. Dan seperti biasa juga pimpinan PAS Pusat pun berdiam diri terhadap kebisuan Pesuruhjaya PAS Selangor tersebut di dalam isu besar ini.... |
| Marshanda Berjilbab Setelah Mimpi Kiamat Posted: 29 Aug 2010 03:27 AM PDT Aktress Indonesia, Marshanda memutuskan untuk mengenakan jilbab setelah mendapat mimpi buruk tentang Kiamat selama beberapa hari.Bintang sinetron Benci Bilang Cinta itu mengaku sedikit kekok saat pertama kali mengenakan jilbab kerana wanita yang mesra disapa Chacha itu tidak pernah berpakaian seperti itu. "Saya bermimpikan Kiamat selama lima hari berturut-turut seperti dalam filem Armageddon dan berasa sangat takut. "Pada waktu itu saya belum konsisten untuk mengenakan jilbab sehingga pada 12 Jun lalu, saya telah sedar dan bersyukur kerana dibukakan pintu hati untuk berjilbab," ujarnya menurut detikhot pada Jumaat. Kini, kekasih Ben Kasyafani itu menolak tawaran untuk berlakon sinetron yang memintanya membuka tudung. "Insya-Allah saya akan sentiasa memakai jilbab dalam setiap sinetron yang dilakonkan," ujarnya.
Ulasan GB Ya, banyak sudah kisah mimpi mengenai kiamat yang GB dengar dari orang persaorangan yang Allah pilih untuk dikhabarkan. Dan banyak sudah tanda-tanda tentang ketibaan hari yang dijanjikan itu dipaparkan oleh Allah s.w.t. untuk manusia. Pun ramai yang masih leka mengenainya. |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan