Kelab Greenboc |
- Isu Bukan Islam Masuk Masjid: Kejahilan UMNO Semakin Terdedah
- Kisah Si Alim Dengan Si Jahil
- Tindakan UMNO Menunjukkan Kejahilannya Dalam Agama
- Akhirnya Bukan Islam Semakin Sedar UMNO Parti Pelampau
| Isu Bukan Islam Masuk Masjid: Kejahilan UMNO Semakin Terdedah Posted: 29 Aug 2010 12:46 AM PDT Bagaikan menahan lukah di pergentingan, UMNO dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka. Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, UMNO dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau baru-baru ini. Peristiwa Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos 2009 yang lalu, telahpun hampir dilupakan. Kini tindakan YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk ke Surau Al-Huda, Kajang dan YB William Leong (Bendahari PKR, Ahli Parlimen PKR Selayang) masuk ke dalam Masjid At-Taqwa, Selayang Baru pula dijadikan isu besar. Untuk menjelaskan pendirian kami mengenai isu ini, kami ingin membawa perhatian semua pihak kedudukan perkara ini dari perspektif fiqh (hukum Hakam Islam). Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai masalah ini. Pertamanya: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid. Keduanya: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah. Ketiganya: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja. Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)" Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di Negara ini. Lebih jauh lagi, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat yang telah ditentukan. Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam. Sewajarnya, para wakil rakyat PR demikian perlulah diberikan pujian kerana kesungguhannya dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor. Kekecohan yang digembar-gemborkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan UMNO selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam. Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu. Lebih menghinakan apabila berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan. Kita sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala UMNO ini. Ini akan menjadikan kita semakin lesu dan masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita. Yakinlah bahawa, kerja mereka ini akan menjadi sia-sia seperti mencari umbut di dalam batu. Hakikatnya, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan. Inilah keyakinan kita kerana Islam itu tinggi dan merupakan agama yang membawa rahmat untuk seluruh alam. 28 Ogos 2010 DR MUHD NUR MANUTY Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama Parti KeADILan Rakyat
|
| Posted: 28 Aug 2010 07:27 PM PDT Asri: Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan IslamBekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulangi pendiriannya bahawa bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid atau surau atas tujuan yang betul dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan rumah ibadat. Sehubungan itu kata beliau, pendekatan sesetengah golongan politik menggunakan isu agama untuk membangkitkan permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam, "sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam." "Bukan Muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. "Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi s.a.w bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah s.a.w," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini. Kata Asri, ada media yang melaporkan beliau mempertahankan tindakan Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching yang kini berhadapan dengan kontroversi berucap di Surau Al-Huda, Kajang pada Ahad lalu. Bagaimanapun kata Asri, beliau tidak campur dalam urusan politik wakil rakyat itu dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku di surau tersebut. Ketika pelbagai pihak menyerang tindakan Teo itu, dalam kenyataannya malam tadi, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan wakil rakyat tersebut menyampaikan sumbangan dan berucap di ruang solat surau itu. Menteri Besar Kelantan itu berkata, tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam. Dalam kenyataannyaa hari ini, Asri menegaskan, orang bukan Islam boleh memasuki masjid atau surau dengan niat yang baik, bukannya untuk tujuan berpolitik. "Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi," katanya. Asri juga berkata isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah. "Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini. "Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis," katanya. Oleh itu kata beliau, pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar. Dalam kenyataan dua hari lalu, Asri menyifatkan perbuatan Teo memasuki bahagian dalam surau tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Selain diperkuat dengan fatwa yang dikeluarkan beliau berpendapat, amalan orang bukan Islam mendekati masjid atau surau adalah tanda positif terhadap penerimaan agama, selagi tidak bercemar kesucian agama. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Keputusan itu dicapai pada muzakarah 1 Mac 2010. Bekas mufti itu menegaskan, bukan menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk memasuki surau dan masjid asalkan niatnya baik dan betul. Dalam kenyataan itu, Asri berharap kepada umat Islam di negara ini tidak terikat dengan stigma tertentu hingga mendorong mereka membuat kesimpulan mudah tapi salah. Teo dilaporkan akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memohon ampun serta memberi penjelasan kepada baginda tentang tindakannya. Kata beliau, kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau. "Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor. "Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik," kata beliau. -TMI
Ulasan GB Dengan dua tulisan di atas mengenai dua orang manusia, seorang berpendidikan agama seorang lagi tidak. Seorang berilmu (alim) seorang jahil. Dr Mohd Asri dengan Ibrahim Ali. Mengulas isu yang sama iaitu isu surau Kajang yang menjembput wakil rakyat DAP. Kata Mohd Asri: "Bukan Muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. "Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi s.a.w bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah s.a.w," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.... Katanya: Sehubungan itu kata beliau, pendekatan sesetengah golongan politik menggunakan isu agama untuk membangkitkan permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam, "sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam." Demikian penjelasan yang cukup terang dan nyata dari seorang yang tidak menyertai mana-mana parti politik. Kemudian kita lihat tindakan UMNO yang memperalatkan isu lawatan wakil rakyat DAP di surau Al-Huda di Kajang itu menerima respons dari golongan yang jahil beragama juga. Ibrahim Ali, Presiden Perkasa, sebuah pertubuhan pelampau Melayu mendesak agak Wakil Rakyat DAP itu didakwa. Si jahil memang menyokong si jahil, si pelampau memang menyokong tindakan si pelampau yang lain. GB dah ulas sebelum ini bahawa Seperti yang GB ulaskan sebelum ini, tindakan UMNO yang cuba menunjukkan mereka lebih Islam itu menjadikan mereka sebagai golongan yang pelampau - pelampau yang bebal terhadap agama - tetapi hanya menggunakan agama sebagai alat politik untuk menyerang Pakatan Rakyat terutama PAS yang semakin dicemburuinya. Dan GB telah mendedahkan sebelum ini, 90% menteri-menteri dari kalangan UMNO ini tidak membaca Al-Quran, jauh sekali mengkaji ayat-ayatNya dan Hadith, justeru itu mereka bebal sebebalnya tentang agama. Mereka hanya bergantung kepada seorang dua "ustadz celup" dimana ustadz-ustadz ini menjadikan diri mereka lembu-lembu untuk habuan duniawi. (tambahan: sebut sahaja siapa juga menteri UMNO.. Nong Chik ker, Awang Adik ker, Nazri Aziz ker, Anifah Aman ker, Rais Yatim ker, malah Muhyiddin atau Najib sekalipun, GB curiga sangat samada mereka boleh membaca Al-Quran) Keras kritikan GB, namun demi kebenaran itulah yang sebenar-benarnya. Anda UMNO boleh memujuk semua sultan agar UMNO memegang semua kunci masjid dan surau, jangan benarkan ahli-ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat masuk ke dalamnya. Ia akan mempercepat UMNO terlingkup. Bagi umat Islam sebenar, mereka boleh mendirikan solat di mana-mana hatta segala masjid dan surau terkunci untuk mereka. Kerana Allah memerintahkan "dirikan solat", bukan dirikan masjid. Pegang kata-kata GB ini, bahawa UMNO BN tetap lingkup setidak-tidaknya di dalam pilihanraya kali ke 14! |
| Tindakan UMNO Menunjukkan Kejahilannya Dalam Agama Posted: 28 Aug 2010 08:28 AM PDT Nik Aziz pertahan anggota Parlimen Teo Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas. Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam. "Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," kata Nik Aziz (gambar) kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit. Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut. Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum. "Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya. Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah. — Bernama
Ulasan GB Bagi GB, UMNO bukan saja jahil dalam agama, malah ia menjelaskan sikap buruk mereka sekalipun mereka mengaku Islam dan mereka mencari ruang untuk mengeksploitasikan apa juga isu yang ada demi untuk mencari populariti mereka di kalangan masyarakat yang telah pupus. Sikap UMNO itu yang diwakili oleh akhbar pencacai mereka bernama Utusan dan agensi pencacai mereka bernama MAIS hanya akan menjadikan umat bukan Islam semakin muak dan mual dengan UMNO. Seperti yang GB ulaskan sebelum ini, tindakan UMNO yang cuba menunjukkan mereka lebih Islam itu menjadikan mereka sebagai golongan yang pelampau - pelampau yang bebal terhadap agama - tetapi hanya menggunakan agama sebagai alat politik untuk menyerang Pakatan Rakyat terutama PAS yang semakin dicemburuinya. Dan GB telah mendedahkan sebelum ini, 90% menteri-menteri dari kalangan UMNO ini tidak membaca Al-Quran, jauh sekali mengkaji ayat-ayatNya dan Hadith, justeru itu mereka bebal sebebalnya tentang agama. Mereka hanya bergantung kepada seorang dua "ustadz celup" dimana ustadz-ustadz ini menjadikan diri mereka lembu-lembu untuk habuan duniawi. Keras kritikan GB, namun demi kebenaran itulah yang sebenar-benarnya. Anda UMNO boleh memujuk semua sultan agar UMNO memegang semua kunci masjid dan surau, jangan benarkan ahli-ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat masuk ke dalamnya. Ia akan mempercepat UMNO terlingkup. Bagi umat Islam sebenar, mereka boleh mendirikan solat di mana-mana hatta segala masjid dan surau terkunci untuk mereka. Kerana Allah memerintahkan "dirikan solat", bukan dirikan masjid. Pegang kata-kata GB ini, bahawa UMNO BN tetap lingkup setidak-tidaknya di dalam pilihanraya kali ke 14! |
| Akhirnya Bukan Islam Semakin Sedar UMNO Parti Pelampau Posted: 28 Aug 2010 03:55 AM PDT PAS: BN serang MP Serdang guna isu 'murahan'Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa Barisan Nasional (BN) mengamalkan dwistandard mengkritik Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berhubung kunjungannya ke Surat Al-Huda di Kajang, Ahad lalu. "(Sebenarnya) satu kebiasaan bagi pemimpin parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, Sabah dan Sarawak untuk datang ke masjid dan memberikan ucapan," kata Salahuddin (picture) kepada The Malaysian Insider hari ini. Oleh itu kata beliau, apabila pemimpin BN melakukannya ia tidak dijadikan isu. "Bagaimanapun apabila Pakatan Rakyat (PR) melakukan, ia dijadikan isu. Ini publisiti murahan bagi mereka," kata beliau lagi. Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata serangan BN ke atas Teo menunjukkan perikatan itu semakin menjadi sebuah parti "rasis". "Mereka (BN) lebih rasis dan ektremis (sekarang)," katanya lagi sambil menambah, "tiada masalah dengan (tindakan Teo masuk ke surau)." Dalam satu kenyataan tengah hari tadi, Teo menjelaskan bahawa kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau. "Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor. "Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik," kata beliau. Teo turut menegaskan bahawa lawatannya ke surau berkenaan tidak berniat politik dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan. Beliau turut menyambut baik pesanan dan nasihat daripada semua pihak mengenai perkara tersebut dan akan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa akan datang. -TMI
Ulasan GB Silat UMNO untuk memperalatkan agama di dalam isu surau di Kajang menunjukkan ketempangannya yang akhirnya menikam dirinya sendiri. Rakyat yang bukan-Islam melihat telatah UMNO - dan masing-masing mengangguk bahawa UMNO adalah sebuah parti pelampau - yang akan menggunakan setiap ruang untuk kepentingannya. Malah bukan Islam semakin takut untuk bersama UMNO kerana tindakan mereka akan sentiasa dicurigai dan sentiasa dieksploitasi demi mendapatkan sokongan politik kepada mereka. UMNO dilihat terlalu terdesak kini ... terdesak dan sedang nazak... |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan