Ahad, 15 Ogos 2010

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kerajaan Perak Sebijik Macam Israel, Rampas Tanah Selepas Rampas Kuasa

Posted: 14 Aug 2010 08:57 PM PDT

Umno-BN Juara Rampas Tanah Rakyat Di Perak

Tindakan kerajaan negeri Perak di bawah Umno-Barisan Nasional menyerahkan sebidang tanah milik yang kini diusahakan oleh petani di Gopeng kepada syarikat berkaitan pemimpin Umno dianggap tidak berperikemanusiaan dan mementingkan kroni.

Ahli Dewan Undangan Negeri Teja, Chang Lih Kang mendakwa ini menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa Umno-BN sememangnya merampas hak rakyat sejak lebih 50 tahun memerintah negara ini.

Berikutan itu, beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ipoh Khamis lalu berhubung tanah yang kini diusahakan bagi penternakan ikan hiasan serta digazetkan untuk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT).

"Setelah meneliti laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kami dapati satu fakta yang amat mengejutkan, iaitu salah seorang pemegang saham dalam syarikat yang mendapat kelulusan mendapatkan tanah tersebut merupakan Timbalan Ketua Bahagian Gopeng UMNO, Mejar (B) Roslan Zakaria," kata Lih Kang dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, jawapan bertulis Dewan Undangan Negeri menyatakan tanah seluas 50 ekar yang terletak di Kampung Sungai Itek, Gopeng, telah diberikan kepada Safura House of Diamond Sdn Bhd.

Perkara ini dilihat pelik kerana penguasaha tanah tersebut sudah berkali-kali membuat permohonan namun semua permohonan ditolak tanpa diberikan sebab yang jelas.

Lih Kang berpendapat tindakan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang menafikan tanah kepada petani tetapi memberikan kepada pemaju satu tindakan yang tidak wajar.

Apatah lagi kerajaan negeri telah memberikan tanah tersebut kepada kroni dan ini jelas amalan rasuah dan salahguna kuasa, kata beliau lagi.

"KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya kerakusan kerajaan Umno-Barisan Nasional ini. Sekiranya perbuatan ini tidak dihentikan, ramai lagi rakyat akan menderita kerana mereka akan diusir keluar daripada tanah yang sedang mereka usahakan sekarang. Kami menyeru SPRM agar mengambil tindakan yang tegas terhadap orang yang bertanggungjawab dalam kes ini," tambahnya.

Lih Kang mendedahkan ini adalah kejadian yang kedua selepas kes salahguna kuasa dan skandal penyelewengan tanah di Kampung Sungai Itek di mana Ketua Bahagian Umno Gopeng, Datuk Hamzah Mohd Kassim telah diberikan kuota 10 lot tanah dalam kampung tersusun tersebut.

Beliau juga menuntut penjelasan dari Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Dr Mah Hang Soon yang merupakan satu-satunya anggota bukan daripada Umno dalam barisan Exco.

"Beliau perlu jelaskan kenapa tidak menghalang perkara ini daripada berlaku. Ini menunjukkan Umno-BN telah mereput hingga ke dasarnya, hinggakan pimpinan peringkat bahagian pun melakukan rasuah dengan rakus.

"Oleh itu, untuk mencegah kejadian ini daripada berlaku lagi, saya menggesa agar jawatan Datuk Seri Zambry selaku Pengerusi Jawatankuasa Tanahdibekukan sepanjang siasatan kes ini dijalankan dan membatalkan kelulusan permohonan Safura House ke atas tanah tersebut.

"Kami juga menuntut untuk dibenarkan wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tanah supaya satu sistem semak dan imbang diwujudkan," tambah Lih Kang.

Saiful Kantoi Lagi. Konspirator Tak Nak Bertaubat?

Posted: 14 Aug 2010 01:57 PM PDT

RPK Dakwa Saiful Jalin Hubungan Sejenis Dengan Pegawai Khas Najib

Belum lega kontroversi dakwaan hubungan sulit antara saksi utama pendakwaan dalam kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif, kini timbul pula pendedahan terbaru yang mengaitkan Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh.

Pendedahan yang menggemparkan ini dibuat dalam artikel bertajuk "Just When You Thought It Is Safe To Go Into the Water" bertarikh 10 Ogos lalu yang ditulis oleh penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin aka RPK dan disiarkan dalam portal berita MalaysiaToday.

RPK mendakwa rumahtangga Khairil yang baru berkahwin dengan Sharifah Nabila Sara, anak kepada bekas Konsul Kehormnat Mongolia pada 30 Jun lalu kini dilanda badai.

Beliau mendakwa Sharifah Nabila telah 'pulang' ke rumah ayahnya hanya setelah sebulan bernikah dengan Khairil dan tidak menolak kemungkinan ikatan perkahwinan pasangan tersebut mungkin akan terlerai.

"Mereka belum benar-benar bercerai tetapi kemungkinan akan bercerai sangat besar.

"Mengapa Syarifah Nabila meninggalkan rumah tangganya untuk pulang ke rumah bapanya sambil mendengu? Simple. Dia tidak gembira yang suaminya ialah 'AC-DC', seperti Saiful. Untuk makluman pembaca yang kurang faham ini bermakna biseksual.

"Ya, Khairil, seperti Saiful, suka dengan kedua-dua cara. Dan Syarifah Nabila sangat kecewa suaminya sedang menggunakan katil mereka untuk membuat temu janji dengan lelaki. Mengadakan hubungan seks dengan lelaki adalah satu perkara. Membawa balik mereka ke atas katil perkahwinan anda adalah satu perkara lagi - isteri Khairil tidak boleh menerima perkara itu.

"Jadi apa yang kita ada di sini? Pembantu Najib yang berkahwin dengan anak perempuam Konsul kehormat Mongolia. Anak perempuannya mahu menamatkan perkahwinan itu selepas sebulan berkahwin kerana suaminya sukakan budak lelaki dan membawa pulang ke rumah di atas katil mereka. Pembantu gay yang mempunyai kaitan dengan lelaki gay yang telah menuduh Anwar meliwatnya. Dan 'mangsa liwat' yang sama ini juga mempunyai hubungan seks dengan penolong pendakwa raya dalam perbicaraan Anwar," dakwa RPK lagi.

Tambah beliau laporan media yang menyatakan Saiful pernah berjumpa Khairil di pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu bukan sekadar untuk memohon biasiswa tetapi lebih daripada itu.

"Apakah hubungan antara Saiful dan Khairil? Khairil menyatakan Saiful pergi ke pejabat Najib untuk memohon biasiswa dan dia mengatakan mereka bertemu hanya sekali. MalaysiaToday berkata ia tidak benar dan terdapat sesuatu yang lebih di antara Khairil dan Saiful dan ia tiada kaitannya dengan biasiswa.

"Khairil ialah graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan semua yang mengenalinya di UIA tahu tentang kecenderungan ke arah homoseksual. Sejumlah rakan universitinya mengesahkan perkara ini, termasuklah rakan sekolah menengahnya daripada Sekolah Menengah Alam Shah," dakwa RPK.

Mengulas pendedahan terbaru RPK, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa berkata ini merupakan satu lagi dakwaan yang dibuat terhadap Saiful tetapi kali ini berkaitan hubungan sejenis Saiful dengan pembantu peribadi Perdana Menteri.

"Secara jelas, kita lihat kes terhadap Ketua Umum KEADILAN bertujuan untuk menjatuhkan beliau dan konspirasi oleh pemimpin Umno-BN khususnya Perdana Menteri untuk mematikan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saiful sebagai saksi utama yang diragui dan kredibilitinya juga musnah, hakim sepatutnya sudah boleh membuang kes dan mengenakan tindakan terhadapnya kerana cuba menjatuhkan maruah dan integriti Anwar sebagai pemimpin," kata Fariz ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menurut Fariz, pertuduhan terhadap Anwar tidak mempunyai nilai dan erti disebabkan barisan pendakwa raya tidak mempunyai bukti sama ada dakwaan hubungan Saiful dan Farah betul atau sebaliknya.

Tambahnya, dakwaan terbaru yang dibuat RPK di dalam blognya mengguatkan lagi desakan agar kes tersebut harus dibuang daripada terus dibicarakan.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf pula menyifatkan pendedahan yang dibuat itu mempunyai kaitan langsung dengan perbicaraan yang sedang berjalan.

Ini kerana kata Yusmadi, Khairil juga adalah salah seorang nama yang dikaitkan dalam perbicaraan terhadap Ketua Pembangkang.
\
"Saya rasa perkara ini perlu diperjelaskan kerana ia membawa akibat langsung ke atas kertas pendakwaan atau pun bukti-bukti yang digunakan oleh pihak pendakwaan.

"Mereka seharusnya menilai semula sama ada kes itu patut diteruskan atau tidak berdasar bukti-bukti yang telah tercemar," tegas beliau.

Ulasan GB

Selain Saiful, yang perlu bertaubat ialah para konspirator yang diketuai oleh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

Selain itu, pendakwa raya dan sekalian yang terlibat dari yang setinggi-tinggi pangkat seperti para hakim dan serendah-rendah pangkat (mungkin konstabel atau para kerani).

Semakin diteruskan konspirasi ini, percayalah, akan semakin banyak pekung Saiful akan terdedah. Semakin banyak pekung Saiful terdedah, alamatnya, semua yang terlibat di dalam konspirasi ini akan ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada. Termasuk para wartawan akhbar pencacai dan para blogger yang mendokong Saiful.

Rakyat kini semakin celik mata dan mengikut desas-desus, Saiful berkemungkinan mengidapi AIDS? GB tidak menuduh dan wallahu alam bissawab.

Seorang Pemimpin UMNO Belasah Wang Felda RM2 juta Setahun

Posted: 14 Aug 2010 05:30 AM PDT

PKR dakwa pendapatan Pengerusi Felda RM2 juta, cabar Yusof nafi

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sivarasa Rasiah hari ini mencabar Tan Sri Mohd Yusof Nor agar mendedahkan kepada umum jumlah ganjaran yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.

Sivarasa mendakwa maklumat diterima pihaknya menunjukkan Yusof memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan juga elaun.

Perkara ini ditimbulkan di sebalik dakwaan PKR bahawa Felda akan muflis manakala lebih 700 peneroka dari dua Felda menyaman agensi persekutuan RM200 juta berhubung isu penipuan dalam kiraan perahan minyak sawit.

Dua bulan lalu Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa aliran wang tunai semasa Felda telah merosot berbanding lima tahun lalu.

"Saya nak tanya kepada beliau (Yusof) berapa jumlah ganjaran yang diperoleh sebagai Pengerusi Felda yang turut mengawal anak-anak syarikat Felda?

"Betul atau tidak pendapatan beliau termasuk gaji dan elaun mencecah sehingga RM2 juta setahun?" kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Beliau berkata dakwaan Yusof menerima ganjaran sebanyak RM2 juta hanya khabar angin tetapi ia penting untuk diketahui umum terutamanya peneroka.

"Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau (Yusof).

"Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi.

"Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun.

"Adakah ia ada mencecah RM2 juta," kata beliau.

Felda diasaskan pada 1956 untuk membantu orang miskin kepada sebuah kawasan membangun.

Ia telah berkembang dan menjadi pembekal perladangan terbesar di dunia, dengan 811,140 hektar ladang kelapa sawit, terutama di Malaysia, dengan beberapa operasi di Indonesia. -TMI

Tiada ulasan: