Kami Sokong Tokguru |
- Solat Jemaah Ibarat Sekolah Politik
- Kisah Suami Isteri yang Mesti Di Contohi..
- Tangkap Khalwat Di BulanRramadhan
Solat Jemaah Ibarat Sekolah Politik Posted: 19 Aug 2010 09:25 PM PDT Assalamualaikum dan salam blogger, Jika 10 tahun lalu,bila di sebut politik adalah sebahagian daripada Islam,ramai dikalangan orang Islam sendiri ,bahkan ada juga dikalangan ahli akedemik dan cendikiawan muslim yang marah .Mereka mengatakan slogan politik adalah sebahagian daripada Islam adalah slogan yang sesat lagi menyesatkan.Marah sungguh mereka seolah-olah sesiapa yang mengucapkan perkataan itu boleh jatuh murtad. Mereka kata politik yang kotor tidak boleh dicampur adukkan dengan Islam yang suci.Tapi itu kata mereka ,dari hasil pemikiran mereka yang tidak mendapat didikan cara Islam,mereka ini adalah hasil didikan penjajah Ingeris yang memang pada agama mereka (Kristian) memisahkan antara politik dan Agama.Pada mereka biarlah Raja(pemerintah) memerintah dunia dan Tuhan memerintah Akhirat. Tapi agama Islam bukan macam itu,islam adalah agama syumul,Islam adalah bukan semata-mata agama ibadah,bukan semata-mata agama solat,puasa ,zakat,haji dan nikah kawin.Islam datang membawa rahmat keseluruh alam.Dengan sistem Islam manusia seluruhnya bahkan seluruh isi bumi boleh hidup dengan harmoni kerana sistem islam merangkumi keadilan utuk semua makhluk. Sayangnya walaupun ilmu Islam sudah berkembang di Malaysia sekarang masih ada lagi yang berpegang dengan pendapat songsang itu.Baru-baru ini saya terbaca satu komen golongan ini dalam youtube ,Dia mempersoalkan mengapa tidak boleh dipisahkan politik dengan Islam.Saya percaya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang berfahaman sebegitu.Disebabkan itu saya rasa bertangungjawab untuk menulis N3 ini. Golongan ini seakan tidak peduli dengan politik ,mungkin pada mereka dunia politik tidak ada sangkut paut dengan dosa pahala.maka biarlah siapapun yang nak memerintah negara asalkan kita dapat hidup tanpa peperangan dan boleh kerja dan tak mati kelaparan .Mereka lupa tangungjawab memilih pemimpin yang adil juga adalah fardhu ain bagi yang mampu.Al Imam Dr. Yusuf Qaradawi pernah menyebut dalam bukunya "Fiqhi Daulah"Atau Fekah Bernegara,bahawa hukum mengundi adalah seperti memberikan kesaksian jika diminta,sesiapa yang mengundi parti atau pemimpin yang diketahui akan memerintah negara dengan peraturan selain peraturan Islam sama seperti memberi kesaksian palsu .dijelaskan juga sesiapa yang tidak mengundi sehingga menyebabkan kalahnya orang yang amanah maka dia akan berdosa. Sebagaimana kata Tuan guru Nik Aziz,Islam adalah satu sistem dan disiplin hidup yang direka khas oleh Allah sebagai panduan untuk manusia mentadbir alam ini.Hanya dengan islam sajalah manusia dan seluruh alam akan dapat hidup harmoni.Umpama buku panduan yang disediakan oleh sebuah syarikat pengeluar kereta yang memberikan panduan kepada pengguna tentang cara penggunaan kereta .Semua tentang kereta disebut disitu dari A sampai Z,tidak ada yang tertinggal.Jika tidak mengikut panduan yang disediakan maka akan cepat rosaklah kenderaan itu.Begitu juga dengan Islam semua panduan lengkap tentang hidup manusia termasuk cara berpolitik telah di nyatakan oleh Allah dlm manual book untuk produknya yang bernama manusia ini.manual Book itu ialah Al-Qur'an. Jika Islam dipisahkan dari politik akan lahirlah kerajaan yang zalim tanpa ada badan penegur.Islam ibarat brake dalam sistem politik.memisahkan politik dan Islam ibarat membuang brake pada sebuah bas yang sedang bergerak laju.Akibatnya pemandu dan semua penumpang bakal terhumban kedalalam gaung neraka . Macammana nak mengatakan bahawa tidak ada politik dalam Islam sedangkan jika diperhatikan .sistem solat berjemaah adalah ibarat sekolah politik. Sistem solat berjamaah betul-betul seperti sistem negara atau sistem politik.Imam diibaratkan seperti ketua negara dan makmum seperti rakyat.Orang yang nak jadi imam mestilah orang yang terbaik dikalangan mereka ,dari segi bacaannya,waraknya dan akhlaknya.kalau kaki nombor ,kaki botol,atau isteri dia tak pakai tudung orang tak pilih jadi imam. Setiap pergerakan imam mesti diikuti oleh makmum selagimana imam tersebut tidak menyalahi cara solat seperti yang di ajar oleh Rasulullah,kalau imam buat salah makmum kena tegur.kalau tak tegur bukan saja solat imam itu batal ,salat makmumpun turut batal.Imam pula bila di tegur mesti memperbetulkan kesilapan tak boleh buat keras kepala.nak menegur imam pun ada tertibnya.Mula-mula ucapkan subahanallah perlahan2,jika imam masih degil(mungkin x dengar) kuatkan sikit suara tu.dan jika 3 kali ditegur imam itu masih degil .bolehlah makmum berpisah dari imam.Nak menegur imam pula mestilah ada adat-adatnya jika silap tegur solat orang menegur boleh batal.Mesti seorang saja yang menegur bukan beramai2 kalau tidak makin pening imam tu,hehehe. Itulah dia indahnya sistem Islam,wallahua'lam.. |
Kisah Suami Isteri yang Mesti Di Contohi.. Posted: 19 Aug 2010 08:37 AM PDT -Merenung Sejenak- Assalamualaikum,salam blogger kali ini posting saya ingin menceritakan kisah suami- isteri yang patut di contohi oleh semua pasangan yang mahukan rumahtangga mereka aman damai dan dirahmati Allah.tanpa berlengah mari kita sama-sama baca kisah menarik ini.. Tidak seperti biasanya, hari itu si suami pulang lebih awal menjelang asar. Isterinya menyambut kedatangan suaminya yang sehari suntuk mencari rezeki dengan sukacita.Dia mengharapkan suaminya itu membawa wang lebih banyak karena keperluan di rumah makin besar. Sesudah melepas lelah,berkatalah si suami. "Maaf sayangku, kali ini abang tidak membawa wang sesenpun." Isteri yang solehah itu menyahut sambil tersenyum,(bukan macam kebanyakan isteri zaman sekarang) "Memang yang mengatur rezeki tidak duduk di pasar, bukan? Yang memiliki kuasa itu adalah Allah Ta'ala." Jawapan ikhlas dari isterinya membuatkan suami bertuah itu merasa sayu ,dia merasa sungguh kasihan pada isterinya itu,Padahal keperluan dapur sudah habis sama sekali. Pun begitu isterinya tidak menunjukan sikap kecewa atau sedih. Suami itu lalu berangkat ke masjid untuk menjalankan sholat berjamaah. Sepulang dari sembahyang, di jalan ia dihentikan oleh seorang tua. "Maaf anak muda, betulkah engkau si fulan anak sifulan?". "Ya betul. Ada apa, Tuan?". Orang tua itu mencari kedalam begnya sesuatu seraya berkata: "Dahulu ayahmu pernah kusuruh menyamak kulit. Aku belum sempat membayar upahnya, ayahmu sudah meninggal. Jadi, terimalah wang ini, sebab engkaulah ahli warisnya." Dia mengambil haknya dari orang itu sebanyak 30 dinar dengan sukahati. Tentu saja Isterinya sangat gembira memperoleh rezeki yang tidak di sangka-sangka fikirnya.Dengan wang itu nanti akan dapat digumnakan untuk membeli keperluan dapur. Dengan wang itu ,si suami tadi terus ke pasar. Sebelum masuk ke dalam pasar, ia melihat seorang fakir menadahkan tangan, "Siapakah yang mahu menghutangkan hartanya karena Allah, bersedekahlah kepada saya, seorang musafir yang kehabisan bekal di perjalanan." Tanpa berfikir panjang,dia memberikan seluruh wangnya kepada orang itu. Sekembalinya kerumah, Suami tadi menceritakan apa yang berlaku kpd isterinya,,Sambil tersenyum isterinya berkata, "Saya juga akan buat keputusan seperti abang seandainya saya yang mengalaminya. Lebih baik kita menghutangkan harta karena Allah daripada bersifat bakhil yang di murkai-Nya, dan yang menutup pintu syurga untuk kita." -Pasangan suami isteri itu ialah ,Saidina Ali ibni Abi Thalib dan Siti Fatimah Binti rasulullah s.a.w. -semoga dapat di jadikan renungan bersama di bulan Rahmat ini.- wasalam.. Dari Ibnu Abbas radhiAllahu 'anhu katanya: "Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup." (HR Bukhari) |
Tangkap Khalwat Di BulanRramadhan Posted: 19 Aug 2010 12:38 AM PDT GEORGETOWN – Baru sahaja selesai solat Terawih kemudiannya sepasang kekasih dicekup pula Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAINPP) dalam satu serbuan pagi semalam. Lelaki yang berusia 39 tahun dan bekerja sebagai operator itu bagaimanapun sudah berkahwin dan ditangkap bersama pasangannya berusia 33 tahun yang masih bujang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang. Ketua Unit Operasi dan Penguatkuasaan JAINPP, Khairul Azman Azizan berkata, lelaki berkenaan bertindak licik ketika diserbu Pegawai Penguat kuasa Agama (PPA) Unit Operasi JAINPP ke dalam rumah. Menurutnya, lelaki berkenaan menyorok di bahagian balkoni luar rumah dengan ditutupi ampaian kain. Menceritakan kejadian ketika serbuan, pasangan berkenaan cuba bertindak untuk mengelirukan pihak penguat kuasa dengan melarikan diri secara merangkak ke bilik berasingan. Kemudiannya, wanita berkenaan yang ditemui dalam sebuah bilik pada mulanya mengaku hanya tinggal bersendirian, dan ketika JAINPP meminta kunci bilik kedua, dia mengatakan tidak mempunyai kunci berkenaan. Anggota PPA kemudiannya berjaya menjumpai kunci berkenaan di atas meja dalam rumah dan kemudiannya menemui seorang lelaki duduk dalam keadaan diam di bawah ampaian kain yang penuh. "Setelah dibuat pemeriksaan, lelaki dan wanita itu disahkan tidak mempunyai ikatan perkahwinan dan mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat. Baca lagi disini |
You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan