kalam Perantau |
- Presiden PAS tegaskan tiada Kerjasama PAS dan UMNO
- Apakah benar Ahmad Said anti Idris Jusoh?
- Gagal bela melayu dan Islam Tok Guru Haji Hadi seru tinggalkan Umno-BN
- JANGAN PILIH KASIH : HADI AWANG
| Presiden PAS tegaskan tiada Kerjasama PAS dan UMNO Posted: 11 Aug 2010 09:00 PM PDT Oleh SyababPaka PAKA : Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini sekali menegaskan tiada kerjasama PAS & UMNO dalam ceramah Isu Persidangan DUN Terengganu di Paka pada hari ini. Coretan sejarah antara PAS & UMNO sejak dulu sehingga hari ini telah menunjukkan pengkhianatan UMNO terhadap PAS. Jika isu perpaduan Melayu yang dilaungkan, mengapa ketika PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999 dinafikan hak royalti minyak? Adakah pemerintahan PAS ketika itu bukan dari orang Melayu? Dan hari ini pula orang Melayu di Kelantan dinafikan hak yang sama. Tahalul Siasi antara PAS dengan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) semakin mantap dimana dalam Konvensyen PR yang lalu, semua anggota PR bersetuju untuk menerima Islam sebagai agama persekutuan dan Hak Keistimewaan Melayu. Langkahan perjuangan PAS semakin ke depan apabila Dewan Himpunan Penyokong PAS dari kalangan bukan Islam telah ditubuhkan. jesteru itu, ahli dan penyokong PAS digesa supaya melipat ganda usaha dakwah dan penerangan kepada pengundi terutamanya kepada kaum Melayu di pedalaman yang masih kurang mendapat pendedahan semasa.
Dalam ceramahnya juga, beliau mendedahkan survival politik UMNO hanya pada 3 perkara iaitu FELDA, undi POS, Sabah & Sarawak. Selain itu, mereka cuba melemahkan PR dengan 4 perkara iaitu Melaga-lagakan Parti dalam PR, menyerang negeri-negeri PR, menyerang peribadi pemimpin PR dan melaungkan Perpaduan Melayu UMNO PAS. Oleh itu, setiap ahli dan penyokong digesa supaya tidak terpengaruh dengan dakyah mereka terutama melalui media massa. Sebelum pada ceramah tersebut, Tuan Guru Presiden merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Paka di Kg Pinang Merah. Dengan kewujudan pusat tersebut, kerja-kerja kemasyarakatan dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen dan sistematik. ![]() |
| Apakah benar Ahmad Said anti Idris Jusoh? Posted: 11 Aug 2010 05:00 PM PDT Oleh: Mat Zain Mat Isa
Mendahului senarai pencapaian positif itu tentunya anugerah Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang diterimanya sempena ulang tahun ke-48 Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 20 Julai lalu. Istiadat penganugerahan disempurnakan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah, Kuala Terengganu, Khamis (5 Ogos). Dengan darjah diterimanya itu, beliau kini bergelar "Datuk Seri". Beliau adalah satu-satunya pemimpin politik yang diberikan gelaran "datuk". Lebih bermakna lagi, majlis penganugerahan darjah kebesaran ini adalah yang pertama dalam masa tiga tahun, juga yang pertama sejak Ahmad menjadi Menteri Besar. Kebetulannya anugerah itu tiba ketika beliau mengorak langkah positif memperbaiki imejnya, terutama di kalangan anak-anak buahnya sendiri. Dalam tempoh beberapa minggu lalu, satu demi satu penyelesaian dicapai kerajaannya dalam menangani beberapa projek bermasalah tinggalan menteri besar digantinya. Contohnya, kerja membersihkan sisa runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dijadualkan bermula 26 Julai lepas, setelah ia terbiar sejak runtuh pada 2 Jun 2009. Membiarkan sisa runtuhan dalam keadaan begitu sebegitu lama telah memberikan imej negatif kepada negeri. Ia sesuatu yang memalukan, apatah lagi stadium itu terletak hanya sepadang dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Setiap pesawat yang turun-naik di situ, termasuk yang membawa pelancong dan pemimpin luar seakan menyediakan perkhidmatan percuma meneliti runtuhan itu dari udara Hal itu turut menjadi isu politik. Cakap-cakap yang laris kedengaran mendakwa Ahmad sengaja melengah-lengahkan kerja pembersihan sisa runtuhan dan pembaikian bumbung itu. Kononnya beliau berhasrat memalukan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga seteru utamanya dalam politik negeri. Projek menelan belanja hampir RM300 juta itu memang perancangan Idris. Beliau malah sering menobatkan kemunculan stadium itu sebagai salah satu "Impian Menjadi Realiti" oleh kerajaan pimpinannya dulu. Justeru, ada yang mendakwa, bertolak daripada sentimen anti-Idris, Ahmad sengaja membiarkan sisa runtuhan itu disaksikan sepuasnya oleh semua pihak. Ahmad dikatakan sengaja melambatkan usaha membaikpulihnya agar ia diingati sebagai bukti kegagalan projek dirancang Idris. Bagaimana pun persepsi negatif itu sedikit terpadam baru-baru ini apabila kerajaan negeri akhirnya memberi kontrak kepada sebuah syarikat pembinaan dari Setiu, Syarikat Azimat Berkat Sdn Bhd untuk melaksanakan kerja pembersihan sisa runtuhan itu secara percuma. Kerajaan hanya memberi sisa runtuhan itu sebagai kos gantian tanpa melibatkan sebarang bayaran. Bagaimana pun persepsi itu dikatakan semakin berubah. Dalam kunjungannya ke bandar Jertih, pusat ekonomi daerah Besut pada Selasa (3 Ogos), Ahmad merasmikan Medan Selera Jertih yang baru dinaiktaraf dengan kos RM3 juta. Isu utama di sini ialah projek disantuni Ahmad hari itu merupakan tinggalan Idris. Sepertimana kes runtuhan stadium tadi, terbengkalainya pembinaan Jertih Souq juga dibauri dakwaan kononnya ia disengajakan Ahmad, di atas sentimen anti-Idris. Lebih setahun ia terbiar menjadi bahan tutur warga setempat, selama itu jugalah sentimen anti-Ahmad di kalangan penyokong kuat Idris disemarakkan. Kunjungan Ahmad minggu lalu boleh dianggap perkembangan positif baginya mengikis imej anti-Idris, terutama yang bersarang di fikiran pendukung Umno Besut. Bagaimana pun, ia masih jauh dari mendamaikan kekecewaan anak-anak buahnya di daerah itu. Idris sendiri secara terbuka pernah mendakwa Ahmad sengaja meminggirkan projek dicetuskannya. Selain Jerteh Souq, beliau turut menyebut ura-ura kerajaan negeri membatalkan hasrat membina kampus Universiti Darul Iman Malaysia (UDM – kini UniSZA) yang dirancangnya di Taman Ilmu Besut. Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Besut pada 11 Julai 2010 pula menyentuh satu lagi projek yang menjadi bahan pertembungan hasrat antara Ahmad dan Idris, iaitu isu Kompleks Imtiaz di Bukit Keluang, Besut. Umno Besut mendesak kerajaan negeri mengekalkan kompleks tersebut sebagai premis baru Sekolah Menengah Imtiaz Besut, sedangkan Ahmad dikatakan berhasrat menjadikannya kolej Yayasan Terengganu. Tidak syak lagi, dua pertembungan itu adalah antara puluhan lagi sebab yang menyukarkan Ahmad mengikis imej anti-Idris pada dirinya, sepertimana dipercayai sebahagian ahli Umno. Bukan sahaja di Besut, tetapi di seluruh Terengganu. ![]() |
| Gagal bela melayu dan Islam Tok Guru Haji Hadi seru tinggalkan Umno-BN Posted: 11 Aug 2010 05:00 AM PDT Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya memahami hakikat sebenar bahawa berlakunya salah urus dan penyelewengan oleh Umno BN sejak sekian lama terhadap kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang dimaktubkan dalam perlembagaan negara. Kegagalan Umno inilah yang menyebabkan berlakunya ketirisan dan ketidakadilan, sehingga yang menjadi mangsa adalah orang Melayu dan Bumiputera sendiri. Inilah persoalannya yang menghantui rakyat dalam negara kita selama puluhan tahun sejak negara mencapai kemerdekaan, di mana Umno telah bertindak menjadikan kedudukan istimewa orang Melayu sebagai senjata untuk mereka mempertahankan Umno dan merobek harta negara di atas nama hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputra. Kepada orang Melayu di seluruh negara yang masih bersama Umno, sampailah masanya kini untuk mereka membuat keputusan yang sangat penting kepada masa depan generasi yang akan datang untuk bersama dengan PAS bagi melakukan perubahan yang lebih adil, sesuai dengan keadilan Islam untuk semua. Cukuplah kecelaruan kefahaman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh Umno terhadap orang Melayu, dengan berlakunya pelbagai diskriminasi politik terhadap orang Melayu sendiri. Sebagai contohnya, kita tidak sekali-kali lupa terhadap tindakan merampas royalti minyak pada masa pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu, dan kini di Kelantan, di mana ianya adalah keputusan diskriminasi jahat yang dibuat dalam Perhimpunan Agung Umno di ketika itu terhadap penduduk negeri yang lebih dari 95% terdiri dari orang Melayu beragama Islam. Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa kedudukan orang Melayu dan kaum Bumiputera dalam perlembagaan negara sekarang perlu dipertimbangkan dalam pelaksanaan sesuatu dasar, dengan syarat ianya tidak sekali-kali berlaku zalim kepada kaum-kaum lain yang menjadi rakyat dalam negara kita ini. Inilah juga yang dipersetujui dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat pada tahun yang lalu. Kepada seluruh rakyat dalam negara kita ini, tinggalkanlah Umno BN dan marilah terus bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk melakukan suatu perubahan dan keluar dari politik peras ugut, untuk kita sama-sama merubah sistem kehakiman, kebebasan media, sistem pilihan raya, keselamatan negara, dan sebagainya untuk melahirkan iklim politik yang lebih adil dan aman di Malaysia. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. ![]() |
| JANGAN PILIH KASIH : HADI AWANG Posted: 11 Aug 2010 01:44 AM PDT Oleh Hazayani Zakaria SHAH ALAM, 8 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan anak-anak muda PAS tidak memilih bulu dalam mendidik masyarakat kepada Islam.
“Kita nak tarbiyah ini bukan orang terpelajar sahaja tapi termasuk yang buta huruf, yang berjudi, yang tak pernah sembahyang kita kena tarbiyah. “Jangan nak terbiyah yang baik-baik sahaja. Yang tak baik kita tinggalkan. Ini bukan ajaran nabi. Nabi mentarbiyah semua golongan dan mengajar sahabat-sahabat buat perkara sama,” katanya ketika berucap pada sesi dialog di majlis ramah mesra anak-anak muda Terengganu di perantauan, dekat sini, semalam. Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, PAS telah mencipta kejayaan apabila berjaya menyatukan semua badan politik di negara ini walaupun terdapat pelbagai jemaah Islam ketika ini. “Apa yang penting bagi PAS, kita telah berjaya menyatukan badan politik walaupun kita berbilang jemaah. Ada di negara Islam yang lain, di Indonesia sebagai contoh, terdapat 20 parti Islam, dan semua bertanding dalam pilihanraya. “Apabila 20 parti Islam bertanding, sudah tentu suara Islam 60 hinga 70 peratus. Tetapi apabila 20 ini berpecah, hanya dapat lima peratus suara Islam. Ini sangat merugikan. Alhamdulillah di Malaysia cuma ada satu parti Islam,” katanya yang juga Adun Rhu Rendang. Tambahnya lagi, PAS bukan sahaja parti politik yang terlibat dalam pilihan raya tetapi sebuah gerakan yang merangumi semua aspek. Program yang dihadiri seramai 150 anak muda kelahiran Terengganu itu memberi peluang kepada mereka untuk mendengar penerangan mengenai isu semasa yang berlaku di Terengganu. Turut hadir, Setiausaha Aung PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ketua Pemuda Terengganu, Mohd Nor Hamzah. ![]() |
| You are subscribed to email updates from kalam Perantau To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Ceramah ini juga turut disertai oleh YB Abdul Wahid Endut (Ahli Parlimen K.Terengganu & ADUN Wakaf Mempelam). Beliau banyak menceritakan perkara berkaitan dengan isu-isu di DUN Terengganu. Antaranya tayangan sidang secara online telah dihentikan oleh kerajaan UMNO bagi menyekat maklumat dapat di akses oleh rakyat. Selain itu, banyak soalan DUN yang dikemukan ditolak untuk dijawab. Berkenaan perbelanjaaan Terengganu sebanyak RM1.78 billion menjadikan perbelanjaan terbesar bagi negeri Di Malaysia apabila dibandingkan dengan negeri-negeri lain namun rakyat Terengganu tetap miskin.
Sekalung tahniah buat Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. Dalam seminggu dua ini, beliau ditakdirkan melalui beberapa detik membanggakan sebagai peneraju negeri yang tidak sunyi dari gugatan dan gigitan para pendukung partinya sendiri.

Abdul Hadi berkata, pada zaman Rasulullah S.A.W., baginda menyampaikan Islam kepada semua kaum tanpa mengira latar belakang, dan menasihatkan umatnya berbuat perkara sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan