Jumaat, 20 Ogos 2010

Justice For All

Justice For All


Isu Hukum Hudud : UMNO & Harusani Digesa Tentang Karpal Singh

Posted: 20 Aug 2010 08:44 PM PDT

Pinda Akta 355 jika mahu laksana hudud: PGSM

SHAH ALAM- Kerajaan Kelantan perlu meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 terlebih dahulu jika mahu melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, akta itu perlu dipinda terlebih dahulu dengan mendapatkan kelulusan daripada suara majoriti di Parlimen.

"Selagi ia tidak dipinda, tindakan untuk melaksanakan hukum hudud itu tidak ubah seperti omongan kosong dan percakapan politik sahaja.

"Setakat ini, bidang kuasa Enakmen Jenayah Syariah Negeri ialah mengenakan denda tidak lebih RM5000, penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak melebihi enam kali terhadap kesalahan tertentu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berkata, hukuman itu tidak boleh dilaksanakan kerana menurut tuntutan Perlembagaan Persekutuan, negeri tidak mempunyai kuasa terhadap undang-undang jenayah.

"Ada undang-undang tersendiri yang termaktub di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

"Undang-undang jenayah adalah di bawah bidang kuasa undang-undang persekutuan, bukan di bawah kerajaan negeri dan keputusan terhadapnya terletak di bawah kuasa Parlimen," katanya.

Macamana UMNO..jomlah pin 356 nih. Jangan layah kafir macam Karpal Singh yang hati keras macam batu tu. Kalau UMNO betul-betul nak bersatu, pindalah Akta 356 tu. Tok Peti Perak kenalah mainkan peranan tentang isu akidah ini, bukannya isu melayu semata-mata.

Tapi jika UMNO dan Tok Peti membisu, sah mereka sekafir dengan Karpal Singh. Yang perlu didoakan oleh umat islam supaya mati cepat-cepat.

Ini kisah terbaru kes buang bayi..memang parah betul gejala ini..

Bayi mati didera di perhentian bas

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR

utusanN9@utusan.com.my

Mayat bayi lelaki dengan kesan lebam di badan ditinggalkan di perhentian bas Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan, semalam. – BERNAMA

REMBAU 20 Ogos – Entah di mana hilangnya nilai kemanusiaan apabila ada yang tergamak mendera bayinya sehingga mati sebelum meninggalkannya di kawasan awam.

Begitu nasib malang menimpa seorang bayi lelaki yang ditemui oleh beberapa pelajar sekolah di bangku sebuah perhentian bas di Kilometer 17 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir, dekat sini, hari ini.

Lebih menyedihkan, bayi yang ditemui kira-kira pukul 6 pagi itu dalam keadaan berbalut dengan kain, dipercayai mati didera ekoran mempunyai kesan lebam di beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh bayi yang berusia 10 hingga 12 bulan tersebut.

Menurut pengawal keselamatan, Mohamad Som Adlan, 62, dia dimaklumkan tentang penemuan mayat bayi itu oleh pelajar-pelajar berkenaan ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

"Mereka memaklumkan menemui satu bungkusan di perhentian bas berkenaan. Apabila saya hampiri, saya sangka bungkusan berkenaan adalah buah cempedak tetapi apabila diperhatikan betul-betul, saya mula berasa curiga.

"Saya kemudian memanggil beberapa penduduk kampung dan apabila membuka bungkusan itu saya terkejut kerana ia mengandungi mayat seorang bayi lelaki," katanya di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, bayi itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan berbalut dengan tuala serta kain batik.

Tambahnya, selepas mendapati bayi berkenaan sudah tidak bernyawa lagi, para penduduk segera menghubungi pihak polis.

Dalam pada itu Mizan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ada kesan lebam pada bahagian kepala, mata, kedua-dua belah pipi dan juga di bahagian belakang bayi itu.

"Kita percaya bayi yang dijumpai itu adalah rakyat tempatan dan berketurunan Melayu," jelasnya.

Mizan berkata, pihak polis juga sedang menyemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mencari identiti sebenar mangsa dan penjaga bayi berkenaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan agar menghubungi Bilik Gerakan IPD Rembau di talian 06-6852222 atau 06-6851999 bagi membantu siasatan.

"Saya juga merayu kepada klinik swasta terdekat sekiranya memberi rawatan kepada bayi dalam lingkungan 10 hingga 12 bulan seperti demam atau terjatuh dalam tempoh terdekat ini supaya menghubungi segera pihak polis," jelasnya.

Menurutnya, mayat bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat.

Peniaga Bazar Tsunami Jasin Trauma & Takut

Posted: 20 Aug 2010 08:00 PM PDT

Trauma je ke?? Harap-harap insaf sekali dengan kekuasaan Allah

Peniaga bazar Ramadan trauma, hantui fikiran

JASIN 20 Ogos - Walaupun sudah berpindah ke tapak baru di Jalan Bandar Baru Jasin Tiga di sini namun peniaga tetap tidak dapat melupakan kejadian ribut yang berlaku pada petang Jumaat lalu.

Kejadian yang berlaku di tapak bazar Ramadan berhampiran Stadium Jasin tidak mungkin mudah untuk dilupakan oleh 56 peniaga yang terlibat dalam kejadian ngeri itu.

Ribut yang melanda secara tiba-tiba sewaktu peniaga baru memulakan perniagaan menyebabkan tiga terbunuh manakala 18 yang lain mengalami kecederaan.

Biarpun sudah berpindah ke tapak baru untuk meneruskan perniagaan selepas tapak berhampiran stadium ditutup oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), kejadian tersebut menghantui fikiran peniaga di situ.

Tinjauan Utusan Malaysia semalam mendapati peniaga melahirkan rasa gembira berpindah ke tapak baru namun mereka masih merasa takut dan bimbang kejadian ribut itu mungkin berulang.

Salah seorang peniaga, Azaraie Adzhar, 33, yang mengalami kecederaan pada bahagian pipi dan telinga kiri berkata, hidup mesti diteruskan walaupun sukar melupakan kejadian itu.

Katanya, kehidupannya sebagai penjual air minuman sepenuh masa menyebabkan dia tiada pilihan selain meneruskan perniagaan kerana menyara isteri dan anak-anak yang masih kecil.

Sambil menunjukkan kesan luka yang tercalit dari pipi sehingga ke telinga kirinya itu, Azaraie tetap bersyukur kerana terselamat dalam kejadian tersebut.

"Ini pun badan masih terasa bisa dan luka pada muka akibat dipukul besi khemah masih pedih. Ikutkan hati, saya serik untuk berniaga di bazar Ramadan ini namun saya perlu menyara keluarga.

"Sudah lima tahun saya berniaga di pekarangan Stadium Jasin itu, kalau terpaksa berniaga di situ semula, saya tiada pilihan selain meneruskan perniagaan di tempat sama," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Tiga yang terbunuh dalam kejadian tersebut ialah dua peniaga dikenali sebagai Abdul Omar, 73, dan pembantu peniaga murtabak, Mahadi Muhammad, 39, manakala seorang pengunjung, Muhamad Wahab, 49, dari Kampung Rim.

Perasaan trauma yang dialami Azaraie turut dikongsi oleh anak kepada Allahyarham Abdul, Saniah Abdul, 40.

Menurutnya, dia sukar untuk melupakan kejadian itu yang meragut nyawa bapanya.

"Walaupun sudah berpindah ke tempat baru tetapi saya masih trauma. Kejadian yang berlaku meragut nyawa ayah memang sukar untuk dilupakan.

"Saya tetap meneruskan usaha arwah ayah dan kami sekeluarga redha dengan apa yang terjadi kerana kehidupan kami sekeluarga mesti diteruskan," katanya.

Bagi Norhafizah Talib, 27, dari Kampung Rim di sini, tidak menyangka pengalaman pertama berniaga di pekarangan Stadium Jasin itu meninggalkan kenangan ngeri yang sukar dilupakan sepanjang hayatnya.

"Saya bersyukur kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan dan mujur juga peralatan dan barang perniagaan minuman yang diusahakan juga tidak banyak yang rosak," ujarnya.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Gempar!!! Sayfoool Insaf, Bakal Dedahkan Dalang Sebenar Kes Fitnah Anwar

Posted: 20 Aug 2010 07:13 PM PDT

Gempar: Saiful Bakal Buat Pengakuan Di Paksa Tuduh Anwar Ibrahim Liwat Dirinya !!

Berita panas lagi sensasi yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini ialah perihal "mangsa liwat", Saiful Bukhari Azlan yang kononnya sudah insaf kini. Mungkinkah di bulan Ramadhan yang mulia ini beliau akhirnya bermuhasabah dan menilai akan dirinya, lantaran itu akhirnya mengambil keputusan "drastik" dan "pasti menggemparkan"!!."pihak-pihak tertentu" untuk membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saiful khabarnya akan membuat pengakuan bahawa beliau dipaksa oleh

Apakah ini petanda baik yang "agenda 16 September" bakal terlaksana?. Jika Saiful mengaku beliau dipaksa maka beliau juga ada hal untuk menarik balik laporan polisnya dan pendakwaan yang dibuat terhadap Anwar juga bakal ditarik balik oleh mahkamah. Inilah saatnya yang paling mendebarkan. Siapakah yang telah memaksa Saiful? Kenapa beliau tergamak berbuat demikian? Apakah kerana tekanan ataupun kewangan?. Maruahnya kini sudah tercalar dan seandainya beliau membuat pengakuan ini, maka Saiful akan kembali pulih semula dari "lamunan". Lokasi dan waktu untuk beliau berbuat demikian masih lagi dirahsiakan demi keselamatan. Semoga berita ini bakal menjadi satu suntikan semangat buat kita untuk terus berjuang menuntut perubahan dalam masa terdekat ini.

Apa yang pasti, mungkin keinginan Saiful untuk buat pengakuan ini ada kaitannya dengan tarikh 24 September, dimana kes liwat itu akan dibaca di Mahkamah Tinggi. Saiful mungkin tahu yang Anwar tidak bersalah dan segala bukti-bukti yang bakal dikemukakan bakal menemui kegagalan lantara perkara itu adalah rekaan semata. Saiful juga mungkin melihat yang beliau juga takut akan balasan yang bakal diterimanya di akhirat kelak gara-gara membuat fitnah terhadap Anwar. Maka itulah akhirnya keputusan ini bakal diambil sedikit masa lagi. Jika perkara ini benar-benar terjadi, maka siapakah pula yang bakal berhadapan dengan hukuman selepas ini?. Sesungguhnya segala apa yang berlaku dalam kes ini nampaknya semakan "terbongkar". Imej Anwar akan kembali pulih, dan harapan untuk melihat Pakatan Rakyat ke Putrajaya semakin terasa kini.

[Dengan perkembangan terbaru ini, nampaknya semakin tidak dapat tidur lenalah agaknya "orang-orang tertentu" yang memaksa Saiful membuat tuduhan liwat terhadap Anwar itu. Maka ini juga bererti imej dan maruah Anwar akan meningkat. Keadaan ini bakal menyaksikan lebih ramai ahli parlimen BN akhirnya mengakui bahawa Anwar adalah calon yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 dalam masa terdekat ini] - sumber

Betul ke tidak?? Wallahua'lam. Kalau betul baguslah, kalau salah, mungkin ini gosip pihak tak bertanggungjawab..

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Tahniah Buat Iran Kerana Berjaya Lancarkan Peluru Berpandu

Posted: 20 Aug 2010 06:20 PM PDT

Iran lancar peluru pandu pula

TEHERAN 20 Ogos - Selepas kejayaan operasi reaktor tenaga nuklear pertamanya, hari ini Menteri Pertahanan Iran, Jeneral Ahmad Vahidi hari ini mengumumkan kejayaan tentera negara ini melancarkan sebuah peluru berpandu dilengkapi sistem panduan lebih canggih bagi mengenai sasaran di darat.

Vahidi tidak menyebut bila atau di mana ujian itu dijalankan.

Namun, kenyataan beliau dibuat sehari sebelum operasi untuk menghidupkan loji tenaga nuklear Bushehr di selatan negara ini, esok.

Pelancaran peluru berpandu itu boleh meningkatkan kebimbangan kuasa Barat mengenai satu lagi kemajuan dalam persenjataan peluru berpandu Iran yang kini sudah boleh mengenai sasaran di Israel dan kawasan lain di Asia Barat.

Vahidi memberitahu jemaah solat Jumaat di Universiti Teheran, peluru berpandu Qiam-1 yang menggunakan bahan bakar cecair itu dilengkapi sistem pencari sasaran yang lebih tepat. - AP

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

UMNgOk Dah Tahap Gaban Dalam Isu khutbah Sebut Nama Guang Eng

Posted: 20 Aug 2010 05:31 PM PDT

Baca dulu berita utama Utusan fitnah ini. Nanti ada ulasan saya selepas berita ini

Dua ahli kariah masjid akui doa sebut KM

TASEK GELUGOR 20 Ogos - Dua ahli kariah dari dua buah masjid berbeza di Pulau Pinang mengesahkan berlaku penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat seperti yang didedahkan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri semalam.

Mereka ialah Pengerusi Kariah Masjid Jamek Padang Menora di sini, Hamir Mahmud dan ahli kariah Masjid Jamek Jelutong, Abu Kassin Ismail.

Hamir mengakui nama Guan Eng ada disebut oleh seorang khatib jemputan, Zakaria Ahmad ketika membacakan doa kedua khutbah solat Jumaat pada 25 Jun lalu.

Beliau turut mengesahkan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dalam doa khutbah pada hari tersebut walaupun lazimnya ia merupakan doa yang diberikan kepada Seri Paduka selaku ketua agama Islam di Pulau Pinang.

''Rakan-rakan kariah masjid ada menjemput dia (Zakaria) untuk memberi khutbah dan kita tiada halangan.

"Kalau ditanya mengenai isu ini, kita memang akui nama ketua menteri memang ada disebut dalam doa khutbah.

''Nama Yang di-Pertuan Agong tidak disebut langsung tetapi ingin saya tegaskan bahawa pihak kariah sendiri tidak membuat apa-apa arahan atau permintaan supaya nama ketua menteri disebut dalam doa khutbah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Hamir menambah, jawatakuasa kariah mempertahankan penggunaan nama Guan Eng dalam doa khutbah kerana mendakwa ia bertujuan memohon kepada Allah supaya Setiausaha Agung DAP itu diberi petunjuk dan hidayah untuk memeluk Islam.

Ditanya kenapa nama Guan Eng disebut dalam doa berkenaan tetapi tidak nama Yang di-Pertuan Agong, Hamir menjelaskan, beliau sendiri tidak pasti kerana dalam teks doa tertera nama Tuanku Mizan.

"Mungkin dia (Zakaria) terlupa sebab dia pun dari Perak bukan dari sini," ujarnya..

Hamir juga mengakui kejadian itu menyebabkan pihaknya dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Seberang Perai Utara (SPU) untuk memberi penjelasan.

Sementara itu, Abu Kassim yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelutong memberitahu, perkara sama turut berlaku di masjid di kawasannya kira-kira dua hingga tiga bulan lalu.

Menurutnya, khatib ketika itu hanya menyebut nama Guan Eng dalam doanya dan bukan Tuanku Mizan atau Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas.

Menceritakan keadaan ketika itu, beliau menjelaskan, para jemaah agak tergamam apabila mendengar khatib membacakan bacaan doa berkenaan.

"Ada dalam kalangan jemaah berpandangan di antara satu sama lain dan tertanya-tanya mengenai kejadian itu.

"Kenapa khatib tidak menyebut nama kedua-dua pemimpin utama ini sedangkan nama Guan Eng disebut, itu yang kita tidak pasti," katanya.

UMNGoKKKKKKKKKKK...satu lagi lawak jenaka di bulan ramadhan. Woooi, kita cabar perkara ni dibawa ke mahkamah. Lim Guang Eng tolong saman akhbar pencacai UMNO, Utusan. Bawa ke mahkamah.

Dahla tuduhan UMNO hanya kepada pendengaran 2 ahli kariah (ntah-ntah pekak kot), takde hitam putih. Yang kelakarnya mereka dengar 2-3 bulan lalu (bulan Jun)...ingatkan semalam dengar. Cukup tajam ke pendengaran mereka. Kalau benar pun, bawalah saksi seramai mungkin. Tarikh spesifik pun tiada. Saya pun boleh kata dengar Tunku Abdul Rahman minum arak kahwin dua, tapi kebenarannya masih tak pasti. Jadi kena spesifik, bukannya saya dengar je. Kena ada tarikh, waktu dan hitam putih, bukan main cakap je.

Satu lagi, ini mungkin permainan saraf UMNgOk. Mereka cuba mainka sentimen perkauman dan agama. Ntah-ntah silap haribulan, Lim Guang Eng kena ISA. Ini semua karut. ini mungkin permainan saraf UMNO. Khatib jemputan, Zakaria Ahmad dari Perak itu mungkin orang UMNO, berpakat untuk kenakan Lim Guang Eng.

Buat lim Guang Eng, saman je Utusan (berita fitnah tu keluar muka hadapan) dan pencacai UMNO yang sebar fitnah itu. Ajar mereka cukup-cukup.

Kepada orang UMNO, daripada timbul isu remeh temeh dan tak betul ni, baik timbul isu hukum hudud, isu buang bayi. Baik hentam Karpal Singh yang hina islam daripada lim Guang Eng yang tidak bersalah. Saya sendiri pun akan sokong jika UMNO pertahankan hukum hudud Allah, daripada bising perkara ntah apa-apa ini..

Mahkamah Syariah Perlu Bicarakan Ezam

Posted: 20 Aug 2010 04:39 PM PDT

Saman je..bawa ke mahkamah kes ini. Tapi dengan syarat, jangan bawa hakim Lingam atau bung mokhtar dahla. Ezam perlu kemukakan 4 saksi untuk tuduh liwat. Mahkamah Syariah pula jangan jadi bengong, buang kes kerana kes liwat tu sedang dibicarakan di Mahkamah. Biar mahkamah yang siasat. Kalau Anwar dan Wan Azizah bersalah, saya sendiri akan hentam mereka. Tapi kalau Ezam buat fitnah, tiada maaf bagimu. Banner besar bertulis " Ezam Penipu Macam Dajal' akan dinaikkan di blog ini..

Ezam: Saya terima cabaran AMK, sedia sumpah di mahkamah

KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Senator Ezam Mohd Nor menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) jika mahu mengambil tindakan berhubung aduan qazaf dibuat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam bersangkut paut dengan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya serahkan kepada Jawi sebagai pihak berkuasa untuk membuat tindakan lanjut sesuai dengan peruntukan undang-undang syariah dan saya akan beri sepenuh kerjasama kepada Jawi termasuk kesediaan bagi pihak saya bersumpah di depan hakim di Mahkamah Syariah," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ezam, bekas AMK dan menyertai Umno dua tahun lalu menegaskan, beliau tidak berganjak dan tetap mempertahankan setiap patah perkataan membabitkan Anwar, Penasihat PKR dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden parti itu.

"Saya tetap mempertahankan setiap patah perkataan membabitkan Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah sama ada di ceramah, blog, Twitter sebelum ini kerana ia satu kewajipan menunaikan tanggungjawab saya kepada ummah yang dilanda fitnah besar hanya gara-gara karenah peribadi seorang pemimpin," katanya lagi.

Semalam, Shamsul Iskandar mencabar Ezam buat sumpah di Mahkamah Syariah dan membawa empat orang saksi ekoran kenyataan-kenyataannya berhubung kes liwat kedua dihadapi Anwar.

Shamsul Iskandar membuat aduan terhadap Ezam dengan mendakwa membuat tuduhan qazaf terhadap Anwar.

"Saya cabar Ezam untuk mengangkat sumpah di Mahkamah Syariah sekiranya dipanggil selain membawa empat orang saksi lelaki bagi membuktikan segala tuduhan itu adalah benar.

"Saya pasti tuduhan yang dibuat Ezam itu adalah fitnah dan sudah pasti beliau juga tidak mempunyai empat orang saksi itu," katanya.

Beliau berkata Jawi akan membuka kertas siasatan dan akan memanggil Ezam untuk beri keterangan.

Shamsul membuat aduan itu berdasarkan beberapa tulisan Ezam menerusi perkhidmatan blog-mikro Twitter.

Salah satu mesej Ezam yang dikeluarkan pada 11 Ogos lalu berbunyi, "Azizah lindungi Anwar sebagai isteri, OK, tidak boleh subahat biar Anwar fitnah yang lain untuk tutup kesalahan sendiri sebab Azizah tahu hal yang sebenar."

Dalam kenyataan pada 12 Ogos lalu, Ezam mempertahankan pendiriannya bahawa beliau pernah diminta Dr Wan Azizah agar membantu menghalang seorang lelaki daripada mendekati suaminya sekitar 2006.

Ezam menambah, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang Dr Wan Azizah jika merasakan telah difitnah dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Gempar!!! Tempat Nama Lim Guang Eng Disebut Sudah Ditemui

Posted: 20 Aug 2010 03:48 PM PDT

NAMA LIM GUANG ENG DISEBUT DI SINI

Wahai Datuk Seri Ahmad Zahid, umat Islam bersembahyang Jumaat di sini (gambar sebelah), di Masjid Negeri Pulau Pinang. Kaum Tionghua tidak bersembahyang di masjid ini jadi nama YAB Lim Guan Eng tak disebut disini.

Wahai Datuk Seri Ahmad Zahid, gambar di sebelah pula adalah Tokong Ular di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Mustahil khatib membaca khutbah di sini tapi disinilah nama YAB Lim Guan Eng disebut.

Takkan Datuk Seri tak reti beza mana satu masjid dan mana satu tokong. Mungkin orang umNO yang sampaikan maklumat kepada Datuk Seri tu sembahyang di tokong kot.
Datuk Seri pula pilih yang mana? (sumber)

D

apatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Nelayan kahwin anak bilionair

Posted: 20 Aug 2010 11:20 AM PDT

LONDON - Nasib seorang nelayan yang hidup amat sederhana dari Dartmouth, Devon, Britain, Guy Barnett berubah serta-merta apabila dia bertemu jodoh dengan anak perempuan seorang individu yang merupakan antara paling kaya di dunia di Kanada, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum meninggalkan kampung halamannya di Devon, Barnett bertugas membawa pelancong untuk menangkap ikan tenggiri di atas sebuah bot kecil berusia 80 tahun.

Barnett kemudian meninggalkan Devon untuk bekerja sebagai kelasi di atas sebuah kapal layar mewah milik seorang bilionair Kanada, John Risley yang kini menjadi bapa mertuanya.

Barnett berkenalan dengan anak bilionair itu, Sarah ketika dia bekerja di atas kapal tersebut.

Pasangan itu berkahwin di rumah agam milik Risley di Kanada pada Jumaat lalu.

Majlis sederhana tersebut dihadiri oleh 150 tetamu.

Mereka kemudian belayar ke Eropah dengan penuh bergaya di atas sebuah kapal layar mewah, Northern Star yang bernilai AS$156 juta (RM488 juta).

Kapal itu singgah di Dartmouth untuk majlis resepsi yang mewah.

"Kami mengadakan majlis resepsi di atas kapal bagi membolehkan rakan-rakan saya menghadirinya," kata Barnett.

Dia dan isterinya, Sarah berbulan madu di atas kapal mewah enam tingkat yang disewa khas oleh bapa Sarah, John sebagai sebahagian daripada hadiah perkahwinan untuk mereka.

Barnett sebenarnya sudah lapan tahun bekerja dengan Risley, 62, pemilik sejumlah kapal penangkap ikan di Amerika Utara. - Agensi

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Koleksi Gambar Manusia Paling..

Posted: 20 Aug 2010 10:00 AM PDT

Image rambut paling panjang :ugeek: Image misai paling panjang :ugeek: Image hidung paling besor :ugeek: Image hidung paling panjang :ugeek: Image lidah paling panjang :ugeek: Image mata terkeluar paling jauh :ugeek: Image pinggang paling ramping :ugeek: Image telinga paling panjang :ugeek: Image leher paling panjang :ugeek: Image Image bulu mata paling panjang :ugeek:

Dulu Sotong Paul, Sekarang Ni Si harry Buaya Pula Meramal PM Australia

Posted: 20 Aug 2010 08:48 AM PDT

Buaya psikik ramal Gillard PM Australia

SYDNEY - Seekor buaya psikik yang diberi nama Harry semalam meramalkan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard akan memenangi pilihan raya paling sengit di Australia, sama dengan ramalan yang dibuat menerusi bancian, penganalisis dan seekor sotong bernama Cassandra.

Harry yang bersaiz lima meter mengambil masa beberapa minit sebelum membaham ayam yang diletakkan dengan gambar Gillard.

Haiwan itu langsung tidak memakan daging ayam yang mewakili ketua pembangkang, Tony Abbott, saingan Gillard pada pilihan raya umum 21 Ogos ini.

"Harry datang, mengangkat kepalanya dan terus memilih Gillard sebagaimana yang anda mahukan. Jadi, kami fikir ia memilih si rambut merah (Gillard) yang akan menang dalam pilihan raya kali ini," kata penjaga Harry di Crocosaurus Cove di Darwin, Nigel Palmer.

Gillard boleh berasa lega ekoran ramalan itu kerana Harry sebelum ini pernah meramal dengan tepat mengenai kemenangan pasukan bola sepak Sepanyol yang menewaskan Belanda pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan pada Julai lalu.

Harry yang seberat 750 kilogram kini berusia 40 tahun dan memiliki tingkah laku agresif. - AFP

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Wooi Karpal Singh!!! Ngko Tahu Tak, Orang Islam Paling Ramai Buang Bayi..

Posted: 20 Aug 2010 08:11 AM PDT

Police say most baby-dumping cases involve Malays

KUALA LUMPUR, Aug 20 — Police say a majority of baby-dumping cases involve Malays which observers say is the result of the stigma of illegitimate children and the community being ill-equipped to deal with unwanted pregnancies.

While there is no actual racial breakdown available because it is often difficult to determine the race of the babies, police say anecdotal evidence and prosecutions show the majority involve Malays.

Police say 13 out of 65 cases involving the dumping of newborns have resulted in prosecutions. All of the accused were Malays.

A total of 67 cases were recorded in 2005, 83 cases in 2006, 76 in 2007, 102 in 2008 and 79 in 2009.

ACP Hamidah Yunus, deputy director of the CID's sexual, abuse and children's investigations division in Bukit Aman, said the actual racial composition could not be given as most cases were unsolved due to a lack of evidence.

"All the 13 who have been charged (this year) are Malays... the ones we cannot solve we do not know, most of the babies found look Malay, but they are actually Indonesians, Vietnamese and Nepalese... we do not know until we figure out who threw these babies away," Hamidah told The Malaysian Insider.

Meanwhile, a spokesman for the Welfare Department told The Malaysian Insider that it was hard to determine the identity or race of the babies who were dumped.

"We cannot really determine the race of the babies who have been abandoned. We can differentiate through their skin colour and facial features. But if a baby is already dead when we find them, it is difficult to determine," said the spokesman.

It is hard to determine the identity or race of the babies who were dumped, says the Welfare Department. — Reuters pic

Cases of babies being abandoned have increased from 65 cases in 2005 to 79 cases last year. On average, eight abandoned babies were found each month this year.

Hamidah blamed the lackadaisical attitude of the parents for abandoning their babies. Some are too young to get married, so they end up dumping their babies, she said.

"Family plays an important role here. You cannot just depend on the government to tackle this issue," Hamidah said.

Sisters in Islam spokeswoman Yasmin Masidi said teenagers who end up getting pregnant are usually ostracised by society, by fears that they will be punished by the religious authorities.

"So when this happens, they leave their babies," said Yasmin, adding that the lack of shelters for pregnant teens contributed to the rise in cases of baby dumping.

She added that unprotected sex and incest added to the number of cases although there was no statistical evidence.

Yasmin said that since most of the offenders in baby-dumping cases were teenagers, there was a need for sex education to be introduced in school.

"All this while the pressure has always been on the girls to have sex and they are blamed when babies are abandoned.

"Teenage boys should also be taught to take responsibility for their actions," said Yasmin.

Malaysian Muslim Lawyers' Association president Zainul Rijal Abu Bakar said the reason why the majority of baby-dumping cases involved Malays was because there was no control on curbing immoral activities.

"They are doing this due to a lack of religious guidance and I consider this a curse from Allah," said Zainul.

Malaysian Syarie Lawyers' Association deputy president Musa Awang claimed that Malays often took the short cut by abandoning their babies for fear of being shunned by society.

"There is a possibility that other races do not view illegitimate children as an issue.

"Society will often judge harshly in matters like this," said Musa.

Jemmah Islah Malaysia (JIM) president Zaid Kamaruddin told The Malaysian Insider that he was shocked by the statistics produced by the police this year.

"What can be understood is that Malays do not practice safe sex, and do not handle the situation well. When they do not handle it well, it affects the rise in such cases," said Zaid.

Zaid claimed that Malays were often caught in a dilemma of "not knowing what to do" once they were pregnant with child.

"Yes, it is the responsibility of society to tackle this issue but it still boils down to the individual. They need to take care of themselves," said Zaid.

Woooi Karpal Singh..bukaklah mata sikit..ko tu memang dah kurang ajar hina islam..semoga Allah balas kejahatan ngko..

Ini berita dan gambar bayi melayu islam dibuang..al fatihah

BERITA BERGAMBAR KES PEMBUANGAN BAYI – SIRI 1

  • 10 Februari 2010 – Mayat Bayi Perempuan Dihurungi Semut
  • Mayat bayi perempuan dihurungi semut dijumpai di hadapan Masjid Permatang Duyong, Melaka

    • 15 Mac – Mayat Bayi Ditemui Berhampiran Surau
    • KLANG 15 Mac – Satu lagi kes buang bayi dilaporkan, kali ini berlaku berhampiran surau sebuah stesen minyak di Bandar Bukit Tinggi. Mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan itu ditemui di dalam plastik sampah yang ditinggalkan di atas rumput di situ kira-kira 6.30 pagi.

      • 26 Mac 2010 – Mayat Bayi Tanpa Tangan Digonggong Anjing.
      • KUALA LUMPUR 26 Mac – Belum pun cukup seminggu kes seorang bayi perempuan ditemui di tempat pembuangan sampah di Ipoh, Perak, negara sekali lagi digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki dalam keadaan yang tragis.

        • 11 April 2010 – Bayi Ditemui Dalam Tong Sampah.
        • HULU SELANGOR 11 April – Seorang bayi lelaki dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan sempurna, selain memiliki raut wajah yang comel. Malang sekali, mungkin bimbang kelahirannya itu bakal membawa malu, bayi comel itu dibuang begitu sahaja dalam keadaan yang sangat memilukan. Mayat dibungkus dengan kertas surat khabar, kemudian dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum dibuang dalam timbunan sampah.

          • 21 April 2010 – Bayi Dengan Mata, Hidung dan Mulut Yang Tidak Sempurna Ditinggalkan di Pusat Kebajikan OKU.
          • 21 April 2010 – Bayi 24 hari tanpa mata, hidung dan mulut yang sempurna serta cacat pada tangan dan kaki ditinggalkan oleh ibu bapanya di Pusat Kebajikan Orang Cacat di Ipoh.

            • 4 Mei 2010 – Bunyi Tangisan Bayi Disangka Kucing.
            • SEPANG 4 Mei – Mulanya disangkakan bunyi kucing mengiau, tetapi rupa-rupanya suara bayi menangis. Itulah yang dialami Aminah Muhamad, 56, yang menemui seorang bayi lelaki di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu.

              • 6 Mei 2010 – Mayat Bayi Ditemui Hanyut Di Sungai Klang.
              • SUBANG JAYA 6 Mei – Gejala buang bayi kini menjadi seolah-olah tiada kesudahan. Ketika masyarakat bimbang dan simpati, satu lagi mayat bayi baru lahir ditemui hanyut di Sungai Klang berhampiran Kampung Bukit Lancung, Puchong….

                • 1 Jun 2010 – Bayi Ditemui Di Tepi Jalan
                • PETALING JAYA 1 Jun – Mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh tiga jam ditemui masih bertali pusat diletakkan di tepi jalan di Damansara Jaya

                  • 10 Jun 2010 – Cekik Bayi Hingga Mati Sebelum Ditanam.
                  • KOTA KINABALU: Bunyi tangisan bayi yang nyaring pada malam hari membongkar perbuatan seorang ibu bersifat syaitan dipercayai mencekik bayi dilahirkannya sehingga mati, sebelum mayatnya dibungkus dan ditanam di sebuah ladang di Jalan Jerecoh, Kinabatangan

                    • 9 Ogos 2010 – Bayi Ditemui Dalam Tong Sampah
                    • GEORGE TOWN, 9 Ogos – Janin bayi lelaki yang dipercayai digugurkan ditemui dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara, Jalan Makloom. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kok Meng berkata janin itu ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong ketika melalui kawasan itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

                      Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

                      isu Hudud : Karpal Singh Memang Kurang Ajar

                      Posted: 20 Aug 2010 07:14 AM PDT

                      Karpal bodoh..kita doakan mangkuk hayun ni mati cepat. ingatkan UMNgOk je yang lawan hudud Allah..tapi si Karpal ni naik tocang sekali..woooi Karpal, ko tak serik ke dengan ujian Allah lumpuh seumur hidup..kenapa nak pertikaikan lagi hukum untuk orang islam..takut tak boleh cari makan ke?? Ko nak sangat pertahankan perlembagaan british ngko tu..memang kurang ajar..

                      Biarlah umat islam berhukumkan dengan hukum Allah..bukanya hukuman kepala otak british dan Negara India (Kanun Keseksaan kita diceduk dari Penal Code India). Jom semua blogger PR yang pro keadilan, jom kita bantai Karpal nih..orang macam ni tak layak duduk dalam Pakatan. Biarlah orang islam berhukumkan hukum Allah.,.takkan nak terus hidup dalam kekafiran..

                      Karpal..ngko memang melampau. Ko nak sangat operjuangkan undang-undang british ngko tu..pergilah practice kat India atau Britain. Janganlah nak jahanamkan umat islam di negara ini..Memang kita perlu tentang Karpal nih..JAWI samanlah mamat nih..selalu hina islam..Apa?? Tak cukup ke lagi penerangan daripada PAS selama ini...Selagi buat umat islam, jom kita doakan agar kehancuran buat musuh-musuh islam yang cuba menghalang pelaksanaan syariat di negara ini. Belalah mangsa jenayah, bukannya penjenayah..

                      Karpal: Hudud bukan penyelesai masalah sosial, jenayah

                      KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Pengerusi DAP Karpal Singh berkata hari ini beliau tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

                      Karpal berkata partinya tidak dapat menerima sebarang bentuk pelaksanaan hudud di negara ini.

                      "Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

                      Karpal mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa adalah wajar untuk berbalik kepada hudud oleh kerana beliau dakwa undang-undang sivil sekarang gagal mengawal jenayah dan penyakit sosial.

                      Namun, kata Nik Aziz, keutamaan mestilah menerapkan taqwa atau pendidikan agama terlebih dulu di kalangan rakyat.

                      Karpal berkata beliau amat jelas dalam perkara itu dan tidak mahu berhujah dengan Nik Aziz kerana pandangan beliau (Karpal) berdasarkan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan negara sekular.

                      Karpal berkata pada 1988, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa hanya undang-undang sivil terpakai di sesebuah negara sekular.

                      Katanya, beliau tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengenakan hukuman mati dalam kes buang bayi, dan menambah adalah lebih baik menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dan mengenalpasti punca masalah sebenar.

                       

                      Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

                      Najib Roswah Berjanji Akan Naikkan Harga Air & Cukai Tanah Lepas Ini

                      Posted: 20 Aug 2010 05:35 AM PDT

                      Nah ngko rakyat sokong UMNO..makin sempitlah hidup korang..kerajaan bangan pusat BN nak seragamkan tarif air dan cukai tanah. Lepas ni meranalah rakyat susah Selangor yang dapat air free

                      Kerajaan Pusat setuju kenaikan tarif air, cukai tanah diseragam: PM

                      PUTRAJAYA: Kerajaan Pusat setuju pada prinsipnya, tertakluk kepada persetujuan negeri supaya cadangan kenaikan tarif air dan cukai tanah di semua negeri tanpa mengira fahaman politik pada masa depan dapat diseragamkan.

                      Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Kewangan Kewangan, di sini, sebentar tadi.

                      Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

                      Isu Khutbah Di Pulau Pinang..UMNgOk, Zahid Hamidi & Muhyiddin Ponteng Puasa, Bercakap Bohong

                      Posted: 20 Aug 2010 04:10 AM PDT

                      Ini kenyataan rasmi..memang umno berbohong

                      Anwar Pantau Kandungan Khutbah, Dakwa Umno Bohong

                      PETALING JAYA: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno sengaja bertindak menabur fitnah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang apabila mendakwa nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin digantikan kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat.

                      Anwar berkata, dakwaan berkenaan merupakan pembohongan tidak berasas yang dimainkan oleh Umno bagi menyemarakan api kebencian rakyat.

                      "Kami memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan Umno ini dan ia terbukti merupakan satu pembohongan semata-mata.

                      "Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

                      Media hari ini melaporkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang sebagai berkata bahawa beberapa masjid di negeri itu dikesan menggantikan nama Tuanku Mizan kepada nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

                      Ahmad Zahid juga berkata, pihaknya mengesan perbuatan itu di beberapa masjid di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong sejak minggu lalu.

                      Selain itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata, Umno menggunakan kaedah politik perkauman sempit dengan memfitnah kerajaan Pakatan Rakyat.

                      "Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja, mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera.

                      "Hanya dengan melakukan perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang," katanya.

                      Kontroversi Khutbah Hanya Rekaan Umno

                      PETALING JAYA: PAS Pulau Pinang menyifatkan dakwaan bahawa nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin digantikan kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di negeri itu hanya satu bentuk kekeliruan jahat yang direka oleh Umno.

                      Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa mendak, Umno sengaja menimbulkan isu berkenaan bagi mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam demi kepentingan politik parti itu.

                      "Memandangkan keadaan politik semasa di Pulau Pinang yang agak panas, isu ini sengaja dibuat bagi menimbulkan perasaan marah kepada Guan Eng.

                      "Kami percaya ini juga adalah taktik kotor yang digunakan oleh Umno untuk menimbulkan kebencian di kalangan orang Melayu terhadap Ketua Menteri itu," katanya kepada mStar Online di sini pada Jumaat.

                      Beliau berkata dimikian ketika mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang sebagai berkata bahawa beberapa masjid di negeri itu dikesan menggantikan nama Tuanku Mizan kepada nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

                      Ahmad Zahid juga berkata, pihaknya mengesan perbuatan itu di beberapa masjid di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong sejak minggu lalu.

                      Bagaimanapun Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mencabar Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang supaya mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.

                      "Perkara ini bukan perkara main-main, kalau betul ia berlaku... mereka perlu berikan bukti dengan jelas," katanya.

                      Dan ini pula kenyataan bohong UMNO, melalui Timbalan Presiden cap ayam mereka

                      Sebut Nama Guan Eng Dalam Doa Jumaat Ada Implikasi Besar - Muhyiddin

                      PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta polis dan Majlis Agama Islam Negeri menyiasat dakwaan bahawa nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin digantikan kepada nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di negeri itu.

                      Timbalan Perdana Menteri berkata siasatan wajar dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mendapatkan fakta sebenar kerana perkara itu mempunyai implikasi besar.

                      "Saya mahukan perkara itu dikaji, diteliti dan jika benar kejadian itu berlaku, maka tindakan tertentu oleh pihak tertentu mesti diambil," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan di sini pada Jumaat.

                      Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang memetik Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang sebagai berkata ada masjid di Pulau Pinang dikesan berbuat demikian pada solat Jumaat minggu lepas.

                      Muhyiddin berkata bahawa pada masa ini, beliau tidak mendapat maklumat tepat mengenai perkara itu dan hanya mengetahuinya apabila membaca akhbar.

                      "Saya pun (hanya) baca dalam akhbar, saya tidak mendapat laporan daripada mana-mana pihak tertentu, sama ada kenyataan itu tepat atau tidak. Adakah ia memang dibuat secara betul, dikatakan dibuat di masjid, saya pun kurang tahu.

                      "Adakah ia dibuat atas kehendak dia atau atas arahan daripada pihak tertentu. Saya percaya ini suatu perkara yang mempunyai implikasi besar," katanya.

                      Mengulas mengenai manifesto DAP untuk mengambil alih Putrajaya, Muhyiddin berkata terserah kepada rakyat untuk menilai setiap perancangan yang dilakukan oleh parti pembangkang.

                      "Rakyat boleh menilai sama ada ia munasabah atau gimik semata-mata," katanya.

                      Beliau berkata ini kerana ada sebahagian daripada apa yan

                      Kuasa Allah..Ratusan Ikan Muncul Di Pantai

                      Posted: 20 Aug 2010 03:35 AM PDT

                      Misteri ratusan ikan muncul di tepi pantai

                      MANILA, Filipina - Ratusan ikan yang masih lagi hidup dilaporkan timbul secara mendadak di perairan Naic di wilayah Cavite dekat sini sejak pagi kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

                      Datuk Bandar Naic, Edwina Mendoza berkata, penduduk di empat buah kampung bergegas menangkap sejumlah ikan itu.

                      Bukan sahaja ikan tetapi hidupan laut lain seperti ketam, ikan pari dan udang turut boleh ditangkap dengan mudah.

                      Seorang pakar pertanian tempatan menyalahkan perubahan cuaca sebagai penyebab kejadian itu.

                      Menurutnya, fenomena itu berlaku disebabkan faktor perubahan iklim apabila suhu di laut meningkat.

                      Peningkatan suhu itu menyebabkan ikan terpaksa berenang mendekati permukaan laut bagi mendapatkan oksigen.

                      Fenomena itu merupakan kali kedua dilaporkan pernah berlaku di perairan Cavite. - Agensi

                      Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

                       

                      Dulu Pengetua Di Johor Yang Tiup Perkauman, Kali Ini Di Kedah Pula

                      Posted: 20 Aug 2010 03:11 AM PDT

                      Ini mesti pengetua UMNO..persoalannya?? Berani ke Kementrian nak ambil tindakan kat pengetua nih..jangan jadi macam Ketua UMNO Bukit Bendera dah lah..

                      Now, Kedah school principal accused of racism

                      Debra Chong and Dinesh Kumar

                      KUALA LUMPUR, Aug 20 — A Kedah school head was accused of racism today just as Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin ordered investigations into a Johor school principal who allegedly spewed racist slurs at her Chinese and Indian students last week.

                      Kedah Gerakan chief Dr Cheah Soon Hai highlighted today a Sungai Petani secondary school head who allegedly told her Chinese pupils to "return to China", urging the Najib administration to take disciplinary action.

                      The Sekolah Menegah Kebangsaan Bukit Selambau headmistress was said to have accused the Chinese pupils of being insensitive towards their Muslim peers by eating in the school compound during the fasting month of Ramadan last Friday, and ordered them to return to China if they could not respect the culture of other races.

                      "Making statements such as passengers (penumpang) of the country are totally unwarranted," Cheah said in a statement.

                      "Schools are places for learning and such degradable and disparaging words from a school principal should not be condoned at all," he added.

                      Cheah joined the growing chorus of students, parents and politicians from both sides of the divide who are pushing Putrajaya to act quickly and firmly against such school heads to show the government does not tolerate racism.

                      The Kedah case is the second reported incident this year involving school heads.

                      Earlier this week, the principal of SMK Tunku Abdul Rahman Putra in Johor was instructed to take leave by the state Education Department following some 20 police reports lodged by students accusing her of making derogatory remarks against Chinese and Indian students.

                      The students claimed Siti Inshah Mansor had called them "passengers" and likened the Hindu students wearing prayer threads to dogs.

                      In his first remarks about the case, Muhyiddin said he has directed Education director-general Tan Sri Alimuddin Mohd Dom to set up a committee to investigate the matter. Alimuddin had earlier said it was a misunderstanding that had been resolved.

                      "We want to get the real facts. As of now the reaction is very emotional but we must be fair and have the correct information before we can decide on what steps to be taken. This is because there have been many conflicting statements," the deputy prime minister told a press conference.

                      He added that disciplinary action against the principal will decided when the complete report is ready.

                      The police are currently investigating the Johor case under section 504 of the Penal Code for provocation which carries a maximum imprisonment of two years, a fine or both.

                      Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

                       

                      Karpal Mulakan Langkah Singkirkan Hakim Kangarooooo

                      Posted: 20 Aug 2010 02:14 AM PDT

                      Saya pernah duduk tepi dan semeja dengan Ketua Hakim Negara yang kontroversi ini.(tak payah cerita macamana saya duduk semeja dengan beliau). Memang bekas peguam UMNO ini kaki kangaroo..suka pada duit..memang dia mengaku selalu dapat komisyen (duit). Dan perkara inilah yang cuba dibangkitkan oleh Karpal Singh hari ini..

                      Karpal fail aduan terhadap ketua hakim Negara

                      Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini memfailkan aduan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi - kes pertama di bawah Akta Kod Etika Hakim 2009 dan Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2009 yang mula berkuatkuasa Mac lalu.

                      Dalam aduan yang dihantar melalui tangan ke pejabat Ketua Hakim Negara di Putrajaya hari ini, Karpal kata kenyataan Zaki berkaitan dengan rasuah pada 11 Jun lalu, menunjukkan "kecacatan watak' yang mmbolehkan tindakan disiplin diambil mengikut akta berkenaan.

                      Katanya, di majlis penyampaian anugerah khidmat cemerlang Mahkamah Persekutuan, Zaki telah berkata: "Saya tidak akan bersimpati dengan mereka yang terlibat dalam rasuah, baik dalam bentuk keuntungan kewangan atau telefon bimbit, tiket kapal terbang, baucer hotel atau atau apapun.

                      "Ada yang mengatakan jika tidak ada pemberi, tidak akan ada rasuah lain tapi saya mengatakan jika tidak ada penerima, tidak akan ada pemberi."

                      Aduan tersebut merupakan lanjutan kepada usaha Karpal untuk memecat ketua hakim negara, yang bermula dengan satu laporan polis pada 2008, diikuti dengan pengakuan Zaki yang beliau telah menyuap pegawai mahkamah ketika dia menjadi peguam pada 1987.

                      Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Karpal menyifatkannya sebagai satu sikap hipokrit dan kecacatan watak.

                      Katanya, Zaki sepatutnya menjadi orang terakhir memberi amaran mengenai rasuah kerana Karpal mendakwa Zaki sendiri korup

                      Jom semua, kita singkirkan hakim-hakim kangaroo dari Negara ini. Jangan biarkan najis UMNO terus bertempek katsistem keadilan Negara kita…

                      Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

                      Kes Anwar Ditangguh Lagi Oleh Mahkamah Kangarooo

                      Posted: 20 Aug 2010 01:19 AM PDT

                      Mahkamah tangguh keputusan rayuan Anwar

                      PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan ke atas rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan beliau memberikannya kenyataan saksi termasuk saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

                      Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria menangguhkan keputusan selepas mendengar hujah peguam perayu, Karpal Singh (gambar) dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mewakili responden, Peguam Negara. Pada prosiding semalam, Ariffin mengetuai tiga panel hakim bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong dan Datuk Seri Md Raus Shariff.

                      Karpal dalam hujahnya berkata, pihak pembelaan sepatutnya diberikan akses kepada kenyataan berhemah Mohd Saiful Bukhari mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah kerana beliau memberitahu polis bahawa perlakuan seks adalah dipersetujui bersama dan bercanggah dengan keterangannya dalam Mahkamah Tinggi bahawa ia tidak dipersetujui bersama. Beliau berkata, Mahkamah Rayuan adalah salah apabila memutuskan mahkamah itu tidak ada bidang kuasa mendengar dan menetapkan rayuan dan memutuskan rayuan perayu adalah rayuan 'interlokutori' yang berlaku semasa perbicaraan.

                      "Hakim tersilap apabila menyatakan rayuan itu bukanlah satu rayuan interlokutori, tetapi pada hakikatnya perintah Mahkamah Tinggi perintah terakhir yang menyelesaikan hak pihak itu dan boleh membuat rayuan," kata Karpal.

                      Pada 25 Jun lalu, Hakim mahkamah Rayuan, Datuk Sulong Matjeraie, Datuk Ramly Ali dan Datuk Zaharah Ibrahim mengekalkan mereka tiada kuasa mendengar dan melayan rayuan itu kerana keputusan Mahkamah Tinggi bukanlah yang terakhir. Panel tiga hakim itu menolak rayuan ketua pembangkang dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang disampaikan pada 12 Mei lalu, menafikannya daripada akses kepada kenyataan Mohd Saiful Bukhari, yang dicatatkan polis.

                      Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

                      Mana Perginya Pemuda UMNO???

                      Posted: 20 Aug 2010 12:47 AM PDT

                      Pemuda BN hantar memorandum ucapan berbaur perkauman oleh pengetua sekolah

                      PUTRAJAYA - Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini, menghantar memorandum kepada Kementerian Pelajaran berhubung ucapan berbaur perkauman oleh seorang pengetua sekolah di Kulai baru-baru ini.

                      Memorandum itu dihantar oleh Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan C.

                      Sivarraajh, diiringi oleh Ketua Kajian Rancangan Strategik Pemuda BN Neil Foo Seck Chyn dan diterima oleh Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Pelajaran Ruslan Atan.

                      Bercakap kepada pemberita selepas itu, Sivarraajh berkata, beliau mewakili seluruh masyarakat India dan juga seluruh Pergerakan Pemuda BN mahu kementerian itu mengambil kes itu secara serius.

                      Katanya, penjelasan Ketua Pengarah Pelajaran bahawa ucapan pengetua tersebut disalah tafsir sebelum ini adalah tidak memadai memandangkan ada laporan polis dibuat mengenainya.

                      "Kementerian Pelajaran yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin harus mengambil tindakan tegas terhadap pengetua terbabit sebelum perkara yang lebih buruk berlaku," katanya.

                      Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

                      Pengetua Rasis..Berani Ke Muhyiddin Nak Ambil Tindakan??

                      Posted: 20 Aug 2010 12:14 AM PDT

                      Pengetua 'rasis': TPM arah pasukan petugas

                      Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor secara terbuka menghamburkan ucapan rasis pada pelajar.

                      Beliau yang juga menteri pelajaran berkata, pasukan petugas itu dibentuk bagi mendapatkan fakta berkaitan dan merancang tindakan lanjut ekoran emosi pelbagai pihak semakin bergelora.

                      Menurut laporan polis yang tersebar, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Siti Inshah Mansor didakwa mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos ketika mengulas masalah disiplin pelajar.

                      Beliau didakwa menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.

                      Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

                      Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh berkata, terdapat banyak kenyataan bertentangan berhubung apa sebenarnya yang berlaku.

                      "Ada banyak perbezaan maklumat antara apa yang dikatakan dan apa yang dimaksudkannya.

                      "Dan kedua-dua pihak buat laporan masing-masing," katanya merujuk kepada laporan polis oleh pelajar, ibu bapa dan pengetua itu sendiri.

                      Muhyiddn juga hari ini mendedahkan bahawa pengetua berkenaan telah memohon maaf.

                      Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

                      Kah..Kah Kesian, Najib Tak Boleh Selamatkan Selangor

                      Posted: 19 Aug 2010 11:31 PM PDT

                      Umno Selangor Telah Memalukan Najib Razak

                      Program Umno Di Masjid Gagal ,Atas Bantahan Ahli Kariah

                      Akhirnya Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor tak jadi datang ke Majid Nurul Ehsan, Taman Medan, PJS. Akibat tentangan kuat dari ahli-ahli kariah khasnya Nazir dan SU Masjid majlis berbuka puasa bersama Najib itu, anjuran Umno Selangor terpaksa dipindahkan pada saat-saat akhir dari Masjid berkenaan ke tapak letak kereta berhadapan Masjid as Salam di Taman Sri Manja juga di PJS.

                      Itu pun pihak penganjur masih dengan bongkak menaikkan sepanduk dan kain rentang parti bagi menyambut kedatangan pemimpin mereka itu tanpa kebenaran mana-mana pihak. Negeri ini kan ada peraturan, ikutlah peraturan. Akhirnya pihak penguatkuasa Majlis Bandaraya PJ (MBPJ) telah bertindak menurunkan bendera dan kain rentang mereka itu.

                      Bukankah majlis ini sudah dipersetujui dianjurkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)? Bukankah antara syaratnya tidak dibenarkan sebarang bendera atau kain rentang parti politik dinaikkan? Kerajaan negeri menghormati hak PM untuk turun berjumpa rakyatnya, tetapi apabila turun ke negeri ini,maka undang-undang dan peraturan negeri perlulah dipatuhi dan turut dihormati.

                      Kalau ikut nafsu Noh Omar dan Khir Toyo memanglah begitu.

                      Akhirnya kerana tidak menghormati undang-undang dan peraturan yang diguna-pakai mereka sendiri menjadi susah.

                      Kedatangan Najib dan majlis berbuka puasa diadakan juga di bawah khemah di tapak letak kereta itu. Segala ucapan dan majlis bantuan diadakan di bawah khemah dan tidak di masjid, kerana mereka tahu jika buat di masjid sudah pasti mereka perlu patuhi peraturan yang dikenakan Jawatankuasa Masjid.

                      Akhirnya mereka sekadar bersolat di masjid. Itupun terpaksa mendengar tazkirah pula oleh penceramah jemputan masjid. Khabarnya Najib tidak tinggal untuk dengar tazkirah sebaliknya angkat kaki dan pulang ke Putrajaya.

                      Syabas diucapkan kepada ahli-ahli kariah kedua-dua masjid kerana berjaya menyekat masjid dari digunakan sebagai gelanggang politik oleh mereka-mereka yang "desperado" di Selangor ini. Syabas juga kepada ahli majlis yang bertindak menurut peraturan walaupun terhadap majlis PM!

                      Sesungguhnya peraturan yang ada bukannya menghalang sekadar majlis kibar bendera dan naikkan kain rentang, tetapi perlulah dipatuhi. Proses kelulusan dan kebenaran perlu dilalui walaupun ke atas siapa tanpa memilih bulu. Kalau dulu semasa BN ada arahan mengharamkan terus permohonan dari parti pembangkang tetapi kerajaan sekarang beri kelonggaran, syaratnya patuhilah proses yang ada.

                      Syabas sekali lagi semua pihak yang berani mempertahankan kebenaran di PJS......kita tunggu nasib Pengarah JAIS.

                      Dipetik dari :

                      http://n32.blogspot.com/

                      Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

                      Tiada ulasan: