Khamis, 19 Ogos 2010

Justice For All

Justice For All


Makin ramai percaya Obama Muslim

Posted: 19 Aug 2010 09:15 PM PDT

WASHINGTON: Semakin ramai warga Amerika Syarikat tersalah anggap terhadap Presiden Barack Obama kerana percaya beliau beragama Islam hampir dua tahun selepas tokoh Parti Demokrat itu berkuasa, menurut tinjauan terbaru, semalam.

Meskipun Obama menghadiri majlis keagamaan di gereja dan berulang kali menegaskan beliau beragama Kristian, seorang setiap lima warga Amerika yang ditanya percaya beliau adalah Muslim, kebanyakannya mengakui penyokong Parti Republikan.

Hanya 34 peratus responden yang menganggapnya penganut Kristian, penurunan yang agak besar berbanding setahun lalu, menurut tinjauan Forum Pew mengenai Agama dan Kehidupan.

Peratusan yang tidak pasti Obama menganut agama yang mana juga meningkat kepada 43 peratus daripada 34 peratus, tahun lalu.

Dalam tinjauan terbaru, 18 peratus percaya Obama adalah Muslim, peningkatan lapan peratus mata. Malah, kurang daripada separuh penyokong Obama dari Parti Demokrat percaya beliau seorang Kristian.

Daripada mereka yang percaya Obama beragama Islam, 60 peratus mengakui mengetahuinya daripada laporan media.

Tinjauan itu dibuat pada 21 Julai hingga 5 Ogos lalu membabitkan 3,003 responden. Keputusan itu didapati ketika Obama dikecam kerana dianggap menyokong pembinaan masjid berdekatan lokasi tragedi 9/11.

Pegawai Rumah Putih memberitahu akhbar Washington Post bahawa salah anggapan itu berpunca daripada kempen menyebar maklumat palsu oleh penentang politik Obama.

Akhbar The Guardian semalam mengulangi laporan mengenai latar belakang Obama sebagai seorang Kristian kepada lelaki Kenya, Barack Obama Sr yang dibesarkan sebagai Muslim.

Selain itu, pada usia enam hingga 10 tahun, Obama tinggal di Indonesia bersama ibunya dengan bapa tirinya. - Agensi

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Macam2 Zaman Najib..Minum Arak Di Bulan Puasa

Posted: 19 Aug 2010 08:45 PM PDT

Sebat je..jangan bagi terlepas macam Kartika

12 ditahan leka minum arak

SEBAHAGIAN pengunjung pusat hiburan beragama Islam ditahan kerana meminum minuman keras sekitar Seremban dan Nilai, semalam.

SEREMBAN 19 Ogos – Seramai 12 pengunjung pusat hiburan yang beragama Islam termasuk empat daripada mereka wanita ditahan kerana mengambil minuman keras dalam operasi di sekitar bandar ini dan Nilai malam tadi.

Kesemua mereka yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu ditahan dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan polis.

Operasi bermula pukul 11 malam dan berakhir pukul 3 pagi ini. Seramai 100 pengunjung pusat hiburan itu diperiksa.

Ketika serbuan, kebanyakan pengunjung sedang leka berhibur dan kelihatan beberapa botol arak tersusun di atas meja.

Penyelaras operasi JHEAINS, Mohd. Zol Sidek berkata, daripada jumlah itu, seramai 12 pengunjung ditahan selepas didapati meminum arak.

"Semua pengunjung yang ditahan termasuk wanita itu didapati mengambil minuman beralkohol ketika berhibur di pusat hiburan tersebut.

"Mereka akan didakwa di Mahkamah Syariah hari ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini awal pagi ini.

Katanya, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 78 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana mengambil minuman keras.

Mengikut peraturan itu, jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara selama dua tahun.

Dalam operasi yang sama, polis turut menahan lima wanita warga China yang menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Nilai.

Menurutnya, wanita berkenaan cuba melarikan diri melalui satu 'lubang tikus' tetapi berjaya ditahan di luar premis tersebut.

Berikutan itu, Mohd. Zol turut memberi amaran supaya orang Islam di negeri ini menjauhi aktiviti tidak bermoral seperti meminum minuman keras dan tidak berpuasa.

"Kita akan menjalankan lebih banyak operasi membanteras aktiviti tidak bermoral ini," katanya

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Raja Azmi Memang Kontroversi

Posted: 19 Aug 2010 08:00 PM PDT

Bukan sebab khalwat tetapi kes lain. Siapa yang mahu menggugutnya? Saya petik:

[Kosmo] KUALA LUMPUR – Kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman, 51, tiada tanda akan berkesudahan apabila semalam penerbit filem itu ditahan ketika dia pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang dekat sini untuk membuat satu laporan polis.

Belum pun reda kisah dia dikaitkan sebagai punca perceraian bintang badminton, Muhammad Roslin Hashim dan Nurhayati Othman, Raja Azmi ditahan pada pukul 4.50 petang selepas dia membuat laporan polis berhubung satu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang didakwa mempunyai unsur ugutan.

Penerbit filem itu ditahan selepas dia didapati mempunyai waran tangkap dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana tidak hadir perbicaraan pada 21 Julai lalu bagi satu kes pertikaian komersial.

Dalam kes tersebut Raja Azmi didakwa terlibat dalam satu kes tuntutan jual beli tanah beberapa tahun lalu.

Sehingga pada pukul 12 malam tadi, Raja Azmi tidak dibenarkan diikat jamin kerana dia akan terus dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang) hari ini.

Suaminya, Jalani Sidek cuba mengikat jaminnya tetapi gagal. Akibatnya Raja Azmi kena berbuka puasa di dalam lokap.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan mengesahkan penahanan Raja Azmi oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Ampang Jaya.

"Wanita itu ditahan berkaitan satu waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah pada 21 Julai lalu ekoran keingkaran penerbit filem itu untuk hadir satu perbicaraan," kata beliau.

Sebelum ditahan, menurut beliau, Raja Azmi datang ke IPD Ampang untuk membuat laporan berhubung dakwaan dia menerima satu mesej SMS yang didakwanya ada unsur ugutan daripada seseorang yang tidak dikenali. - duniacacamarba

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Padan Muka!!!

Posted: 19 Aug 2010 07:18 PM PDT

23 wanita warga asing tawar khidmat seks diberkas di spa

 

TIGA anggota polis termasuk seorang anggota wanita memeriksa dua wanita warga asing yang mengalami kecederaan dan hanya mampu terbaring selepas terjun dari tingkap sebuah pusat kesihatan di hotel tiga bintang di Klang, malam kelmarin.

KLANG 19 Ogos – Walaupun pernah diserbu awal tahun ini kerana menawarkan perkhidmatan seks, pemilik spa yang beroperasi di sebuah hotel tiga bintang di sini masih belum serik dan terus menjalankan aktiviti tidak bermoral itu secara sembunyi-sembunyi.

Bagaimanapun kegiatan itu berjaya dihidu pihak polis dan seramai 23 wanita warga asing Indonesia dan China berusia antara 20 tahun hingga 30 tahun dipercayai tukang urut yang menawarkan khidmat seks diberkas di pusat tersebut dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam tadi.

Semasa serbuan, enam daripada wanita yang cuba melarikan diri mengalami kecederaan akibat terjatuh di atas tempat letak kereta di tingkat lima hotel tersebut.

Sementara seorang lagi wanita ditemui dalam keadaan berbogel bersama seorang pelanggan di atas katil di dalam spa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, turut diberkas dalam serbuan itu ialah dua lelaki tempatan yang bertugas sebagai penjaga spa tersebut, masing-masing berusia 20 dan 46 tahun serta empat pelanggan.

"Akibat cuba melarikan diri, enam daripada wanita yang diberkas cedera di kaki dan bahagian punggung.

"Polis menemui banyak kondom yang sudah digunakan berselerak dalam beberapa bilik khas dipercayai digunakan untuk khidmat seks kepada pelanggan spa ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kata beliau, kesemua mereka yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ujar beliau, siasatan awal polis mendapati, pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat seks di situ akan meminta pakej urut dalam bilik dan dikenakan bayaran antara RM150 hingga RM200 untuk sesi sejam.

Tambahnya, kesemua wanita warga asing yang diberkas di spa tersebut disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Zahid Hamidi & Utusan Tak Berpuasa, Fitnah Sana Sini

Posted: 19 Aug 2010 06:29 PM PDT

Apa nak jadi dengan Utusan dan Zahid Hamidi ni? Berpuasa tapi memfitnah..

Terdahulu laporan Bernama menyebut Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Tuanku Mizan.

Zahid mendakwa penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.

Bagi aku sendiri yang berkerja di Bayan Lepas dan tinggal di Permatang Pauh, pada mulanya berasa hairan juga dengan kenyataan Zahid Hamidi ini, manakan tidak baru dua minggu lepas aku bersembahyang jumaat di Masjid di Sungai Derhaka dalam khutbah aku tak dengarpun nama Lim Guan Eng disebut..

Minggu lepas pula aku bersembahyang di Masjid Bayan Baru.. tak juga dengar nama Lim Guan Eng disebut didalam khutbah..

Dalam mesyuarat Cabang Permatang Pauh tadipun.. dua tiga orang yang aku tanya, jawapannya pun sama.. tiada nama Lim Guan Eng disebut menggantikan nama Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang..

Jika kenyataan yang dikeluarkan oleh Zahid Hamidi itu adalah Fitnah.. Zahid Hamidi telah memfitnah didalam bulan Ramadhan yang mulia ini..

Tak cukup lagikah dengan fitnah yang ditabur oleh Media tunggangan UMNO tu..

Kalau berpuasa tapi memfitnah orang.. buat apa berpuasa Zahid..

Guan Eng: Dakwaan nama saya disebut dalam khutbah Jumaat tak benar

PETALING JAYA, 19 Ogos – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng menegaskan, siasatan awal menunjukkan tiada masjid di negeri itu yang menggunakan nama beliau dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Saya baru dimaklumkan, saya sudah pun menghubungi YB Abdul Malik (Kassim, Pengerusi Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri), dan beliau memberitahu saya tadi bahawa memang tiada perkara seperti yang didakwa oleh Datuk Zahid Hamidi... tiada masjid yang menggunakan saya," kata Lim pada majlis berbuka puasa dengan media di sini hari ini.

Bagaimanapun Lim yang juga Setiausaha Agung DAP memberitahu, beliau telah mengarahkan Abdul Malik agar menjalankan siasatan mendalam berhubung dakwaan Zahid, yang juga Menteri Pertahanan dan Pengerusi Umno Pulau Pinang hari ini.

"Jika dakwaan Zahid benar, saya telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pegawai-pegawai yang terlibat," kata beliau.

Tambah Lim, sekiranya dakwaan Zahid tidak benar, beliau mahu Naib Presiden Umno itu memohon maaf secara terbuka.

"Saya tidak sedar dan tidak mengetahui wujudnya penggunaan nama saya dalam khutbah kedua solat Jumaat sebagaimana didakwa, dan sudah tentu nama saya tidak harus, tidak boleh digunakan... ini melibatkan nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya lagi.

Terdahulu laporan Bernama menyebut Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Tuanku Mizan.

Zahid mendakwa penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.

The Malaysian Insider difahamkan ada masjid yang pernah menyebut nama Ketua Menteri apabila kerajaan negeri memutuskan pendiriannya menentang lesen sukan judi yang diluluskan oleh kerajaan pusat.

Beliau berkata tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.

Selain itu, Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.

"Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik," katanya.

Mengenai dakwaan bahawa Lim menghadiri majlis pengagihan wang zakat pula, kata Ketua Menteri, beliau hanya menghadiri majlis penyerahan sumbangan Ehya' Ramadan peringkat Pulau Pinang 2010 yang diadakan di Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan.

"Sumbangan disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Pakatan), bukannya saya... ini sumbangan daripada kerajaan negeri, saya hadir sebagai ketua kerajaan negeri," kata beliau sambil menambah, ini kali pertama kerajaan negeri menyediakan sumbangan sempena bulan Ramadan.

"Sumbangan ini tidak pernah diberikan oleh kerajaan negeri masa lalu di bawah Barisan Nasional, sebanyak hampir suku juta ringgit disampaikan untuk masjid dan surau menjalankan aktiviti semasa bulan Ramadan," katanya.

(anak sungai derhaka)..

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

BN Sabah Bakal Hancur

Posted: 19 Aug 2010 05:43 PM PDT

BN Sabah Makin Parah..

UPKO pertahan Dompok

KOTA KINABALU: Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) berikrar berdiri teguh di belakang Presidennya, Tan Sri Bernard Dompok berhubung kenyataannya yang disifatkan kebanyakan pemimpin UMNO Sabah sebagai tidak bertanggungjawab.

Dalam kenyataan di sini semalam, Setiausaha Agungnya, Datuk Wilfred Madius Tangau, berkata parti itu tetap menyokong kenyataan Dompok yang bukan setakat menyentuh fungsi UMNO sebagai tonggak Barisan Nasional (BN) negeri, malah yang berkaitan projek Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis.

Persoalan itu bukan saja berada dalam pemikiran Dompok. Ia sudah lama menghantui pemikiran akar umbi, termasuk pemimpin parti komponen BN.

Kami menyokong kenyataan Presiden yang berani menyatakannya secara terbuka, katanya.

Beliau mendakwa Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak gagal memahami kenyataan Dompok secara jelas yang menyebabkan Salleh menuduh Dompok sebagai tidak bertanggungjawab.

Ahad lalu, ketika berucap pada Konvensyen UPKO di Penampang, Dompok dilaporkan berkata, konsep 1Malaysia yang diilhamkan Datuk Seri Najib Razak memang baik untuk perpaduan negara tetapi beliau ingin tahu sama ada UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan membenarkan Najib untuk merealisasikan konsep berkenaan.

Dompok juga dilaporkan berkata, SOGT harus memanfaatkan sumber minyak dan gas di Sabah berbanding cadangan PETRONAS untuk menyalurkannya ke Bintulu, Sarawak serta menggesa kerajaan negeri dan Persekutuan menangani masalah pendatang tanpa izin.

Kelmarin, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman ketika mengulas mengenainya, mengingatkan pemimpin parti komponen BN negeri supaya lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan berkaitan UMNO, terutama yang menunjukkan seolah-olah UMNO tidak mempedulikan parti komponen lain.

Musa menegaskan, UMNO selaku tonggak pentadbiran Kerajaan BN Sabah komited dalam usaha memajukan ekonomi, politik dan sosial masyarakat tanpa mengira sama ada mereka penyokong UMNO atau sebaliknya.

Katanya, pentadbiran kerajaan negeri yang didokong semua parti komponen BN tidak pernah meletakkan hanya ahli atau penyokong UMNO sebagai pihak yang harus diberi keistimewaan dalam pelaksanaan program pembangunan, pemberian hak pemilikan tanah atau sebagainya.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Siapa Berani Makan kek Ini

Posted: 19 Aug 2010 10:02 AM PDT

Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

D

apatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Ngeri!! Perompak Terlekat Celah Tingkap

Posted: 19 Aug 2010 08:43 AM PDT

Inilah akibatnya jika nak buat jahat. Allah bayar cash...cuba tengok gambar ni perlahan-lahan
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ngerii...tulah, sape suruh mencuri..kan best kalau pencuri harta rakyat pun kena balasan macam nih..

LONDON: Seorang penganggur tersepit dan terperangkap di tingkap selama hampir enam jam apabila cubaannya mencuri bertukar menjadi insiden memalukan..

Lelaki terbabit dipercayai mahu meloloskan dirinya melalui tingkap tidak berkunci di sebuah rumah di kawasan Tomlins Grove, di Bow, kira-kira jam 2 pagi.

Bagaimanapun ruang seluas 20 sentimeter kali 20 sentimeter itu tidak cukup untuk membolehkannya masuk. 

Keadaan itu menyebabkan lelaki terbabit tersangkut di pinggangnya dan dia terpaksa menahan kesakitan hampir enam jam sebelum dilihat pemilik rumah berkenaan yang turun untuk bersarapan.

Polis, ambulans dan bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan penganggur terbabit kira-kira jam 7.30 pagi.

Dia kemudian ditarik keluar dari lubang sempit itu oleh 10 anggota bomba yang datang bersama dua jentera.

Mereka turut menggunakan tangga bagi menyokong kaki pencuri terbabit yang tergantung di tingkap sementara bingkai besi di situ dipotong dengan gergaji.

Keadaan aneh tetapi melucukan itu turut menarik perhatian seluruh kejiranan Tomlins Grove.

Seorang penduduk berkata, selepas mendapat tahu keadaan sebenar, dia ketawa terbahak-bahak melihat keadaan pencuri terbabit.

"Tentu lelaki itu kini sedar betapa bodohnya dia.

"Ramai daripada jiran mahu dia dibiarkan saja di situ," katanya.

Menurut lelaki itu, ada seorang doktor bedah yang menawarkan kepakarannya 'mengeluarkan pencuri terbabit tanpa merosakkan tingkap rumah' berkenaan.

"Bagaimanapun, polis dan bomba menolak secara baik dan mahu kes itu dikendalikan pihak berkuasa tanpa mencederakan sesiapa," katanya.

Selepas 30 minit barulah pencuri terbabit berjaya dikeluarkan dari tingkap berkenaan, tetapi dalam keadaan tidak berbaju.

Dia kemudian digari dan dibawa ke sebuah ambulans untuk pemeriksaan.

Selepas didapati tidak mengalami sebarang kecederaan serius, lelaki yang digambarkan sebagai 'putih dan kurus' itu dibawa menaiki van polis.

Jurucakap polis berkata, mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.30 pagi dan pengadu menyatakan ada seorang lelaki terperangkap di tingkap.

"Pengadu berkata, separuh badan lelaki itu berada di luar dan separuh lagi dalam rumah," katanya.

Jurucakap itu berkata, suspek dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan selepas bingkai tingkap berkenaan dialihkan.

Scotland Yard pula berkata, seorang penganggur, Paul Joseph Keenan, 36, dari Jalan Rounton, Bow, didakwa di mahkamah kerana mencuri. Dia akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Thames, hari ini. - Agensi

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Tahniah Buat PR Selangor, Negeri Paling Tinggi Projek Industri Di Negara Ini

Posted: 19 Aug 2010 08:10 AM PDT

Selangor Catat Pelaburan, Jumlah Projek Perindustrian Tertinggi Di Malaysia

SHAH ALAM 18 Ogos - Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor mencatatkan pelaburan dan jumlah projek perindustrian yang tertinggi di Malaysia dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok berkata pelaburan yang diperolehi dalam tempoh tersebut membabitkan sebanyak 120 projek.

Menurut beliau, ia berdasarkan statistik terkini Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mei 2010.

"Statistik Mida itu menunjukkan bahawa negeri Selangor telah mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebanyak RM2.47 bilion bagi tempoh tersebut," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Teresa berkata, sebanyak 120 jumlah projek yang diluluskan di Selangor dan angka tersebut merupakan 36 peratus daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia.

Tambah beliau, selepas Selangor, Johor menduduki tangga kedua dengan 65 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 44 projek.

Katanya, daripada 120 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 68 merupakan projek baru manakala baki 52 merupakan projek yang diperkembangkan.

Selangor juga telah mencapai jumlah peluang pekerjaan yang tertinggi dengan 7,602 pekerjaan.

Menurut Teresa, RM942 juta atau 38 peratus daripada pelaburan di Selangor terdiri daripada pelaburan asing manakala RM1.52 bilion atau 62 peratus adalah pelaburan tempatan.

"Ini menunjukkan pelaburan tempatan amatlah penting bagi kerajaan negeri Selangor. Pelabur tempatan masih kekal melabur di Selangor di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat," katanya.

Di kalangan pelaburan asing di Selangor, Jepun membuat pelaburan tertinggi sebanyak RM366 juta, diikuti Singapura dengan RM121 juta dan Jerman, RM116 juta.

"Bilangan projek perindustrian yang tinggi di Selangor itu menunjukkan ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang paling menarik bagi pelabur asing dan tempatan," kata Teresa.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

BN Sabah Makin Lemah..1240 Ali BN Masuk PKR

Posted: 19 Aug 2010 07:35 AM PDT

Kah..kah..makin hancurlah BN ini..

1240 AHLI BN SERTAI PKR

Lima cawangan Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Tandek di Kota Marudu dipercayai telah dimansuhkan atau bakal berkubur.

Kerugian PBS bererti kemenangan buat PKR kerana majoriti ahli parti itu keluar beramai-ramai untuk menyertai pembangkang hujung minggu ini.

Kelima-lima cawangan itu ialah Talamason, Pangapuyan, Paka, Mogis dan Pompodon.

Tandek kini diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri wanita PBS Anita Baranting, seorang yang rapat dengan Ahli Parlimen Kota Marudu dan Timbalan Presiden Maximus Ongkili.

Orang kuat PKR Jeffrey Kitingan mengalu-alukan seramai 1,240 ahli meninggalkan Barisan Nasional, majoriti datang dari PBS, berkata tindakan berani mereka menyaksikan berlakunya "tsunami" dengan menolak pemimpin-pemimpin mereka yang degil.

"Tindakan mereka menandakan bahawa mereka sangat kecewa dalam memberi sokongan pemimpin-pemimpin BN yang tidak membawa hasil kerana gagal menyelesaikan masalah tanah, menyediakan prasarana yang lebih baik dan peluang-peluang yang lebih baik, katanya ketika menerima borang permohonan yang disaksikan oleh Ketua PKR Kota Marudu, Anthony Mandiau.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Isi Rumah RM4000 Apabila Pakatan Berkuasa - Anwar Ibrahim

Posted: 19 Aug 2010 06:54 AM PDT

Sekarang 40% keluarga isi rumah kurang RM2300 sebulan

Bila pakatan berkuasa... Semua keluarga akan ada RM4000 sebulan

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sasaran Pakatan Rakyat adalah supaya setiap isu rumah menikmati pendapatan RM4,000 dalam tempoh lima tahun apabila gabungan pembangkang mengambil-alih pentadbiran kerajaan pusat.

"Cadangan polisi ini akan dikemukakan ke majlis pimpinan Pakatan untuk perbincangan lanjut," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Katanya, walaupun pertumbuhan negara pada kadar 8.9 peratus pada suku kedua yang diumumkan semalam boleh dibanggakan, namun hakikatnya, masih terdapat 2.4 juta keluarga atau 40 peratus daripada mereka yang berpendapatan kurang RM2,300 sebulan.

Menurutnya lagi empat juta keluarga akan terus berdepan dengan kenaikan kos sara hidup melainkan mereka berusaha meningkatkan pendapatan dengan kadar segera.

Cadangan RM4,000 itu diputuskan berdasarkan kajian yang dijalankan mengenai kadar sewa dan kos taraf hidup. Ia anggap tahap yang selesa bagi kebanyakan isi rumah.

Selain itu menurut Anwar, PKR akan mencadangkan kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk melaksanakan beberapa pendekatan yang berupaya untuk melonjakkan kadar upah di negara ini demi mencapai kadar minimum pendapatan isi rumah tersebut.

Di antara dasar tersebut ialah iltizam untuk memerangi ketirisan serta rasuah, melakukan reform terhadap sistem kehakiman serta institusi awam lainnya di samping mengembalikan kredibiliti, ketelusan dan pertanggungjawaban untuk menarik pelaburan asing secara langsung (FDI).

Peningkatan gaji di Indonesia lebih tinggi

Ketelusan dan penambah-baikan dalam kerajaan itu juga, katanya akan menyaksikan pengaliran pelaburan modal asing (FDI) secara terus ke negara ini. Ia akan menjadi tulang belakang bagi memacu ekonomi negara.

Katanya, semua cadangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Pakatan dalam tempoh dua minggu lagi.

"Saya tidak mahu memperlekehkan kepentingan FDI, kerana kekuatan Malaysia bergantung kepada FDI. Tetapi apa yang kami katakan ialah jika urus tadbir dipermantapkan, tidak ada sebab bagi pelabur meninggalkan Malaysia," katanya.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu juga berkata pertumbuhan 8.9 peratus pada suku kedua itu dicapai selepas krisis kewangan yang menyaksikan ekonomi menguncup pada kadar 1.7 peratus tahun lalu.

"Antara idea peningkatan dramatik dalam pelaburan swasta dan realiti, peningkatan itu hanya satu bayangan," katanya.

Menurut Anwar, negara lain di rantau ini seperti Singapura akan juga jauh mengatasi pertumbuhan 8.9 peratus yang dicapai oleh Malaysia.

"Dalam pada itu, pertumbuhan Indonesia pula dijangka kukuh melebihi enam peratus pada 2010, berterusan pertumbuhan 4.6 peratus pada 2009 ketika ekonomi Malaysia dalam kemelesetan," katanya.

Anwar juga berkata peningkatan pendapatan di Malaysia adalah jauh ketinggalan berbanding Indonesia di mana purata gaji naik 10 peratus antara 2007 dan 2009.

Sebagai perbandingan, purata gaji di Malaysia hanya meningkat 2.6 peratus sepanjang sedekad yang lalu dengan hampir 34 peratus tenaga kerja berpendapatan kurang RM700 sebulan, katanya.

"Telah menjadi modus operandi kerajaan persekutuan bagi mengemukakan angka yang besar dan berselindung di sebalik pelbagai andaian dan premis yang akhirnya didapati salah.

Menurut ketua pembangkang itu, kerajaan BN tidak boleh lagi menabur janji serta membentangkan perancangan yang tidak mampu dicapai dan tidak memberi manfaat kepada rakyat.

"30 peratus pegangan ekuiti yang dijanjikan Umno masih gagal dipenuhi dan ternyata memberi kesan yang nyata kepada keluarga Melayu yang sentiasa bergelut dengan upah rendah serta kos sara hidup.

"Namun demikian dasar itu sering diuar-uarkan sebagai anugerah Umno kepada rakyat," katanya lagi.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Saya Sokong Tok Guru Nik Aziz

Posted: 19 Aug 2010 05:31 AM PDT

Ini saranan nik aziz yang saya setuju 100 peratus. Bermandi darah sekalipun, insyaAllah akan saya perjunjungkan..

Nik Aziz: Hukum hudud cara selesai isu buang bayi, jenayah

KOTA BARU, 19 Ogos — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nit Mat berkata kerajaan negeri berusaha melaksanakan Undang-Undang Hudud dan Qisas di Kelantan bagi mendidik umat Islam membendung kejadian buang bayi dan jenayah.

Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS berkata, undang-undang yang sedia di negara ini dilihat gagal menangani sebarang bentuk gejala jenayah dan sosial kerana ia tidak disertakan dengan didikan agama.

Katanya undang-undang bukanlah jawapan sebenar ke arah penyelesaian kepada jenayah dan gejala sosial, seperti kes rasuah, pembuangan bayi yang sedang melanda negara sekarang.

"Polis dan menggari pesalah adalah perkara kedua, yang penting dan utama ialah didikan agama supaya dapat ditanam roh takwa di kalangan umat manusia," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Hududullah dan Seminar Hukuman Sebat Syariah di Kompleks Balai Islam, di sini, hari ini.

Tiga kertas kerja dibentangkan dalam seminar itu, iaitu "Hukuman Sebat Daripada Perspektif Islam" oleh Felo Kanan Jabatan Undang-Undang Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Mohd Saleh Ahmad; "Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah; Realiti Pelaksanaan" oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad dan Pelaksanaan Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah" oleh Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Seksyen Syariah) Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa.

Kelantan dan Terengganu merupakan dua negeri yang sudah mempunyai Undang-Undang Hudud dan Qisas untuk orang Islam ketika di bawah pentadbiran PAS tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Antara percanggahan itu termasuk pelaksanaan terhadap prosedur, kesalahan dan hukuman jenayah termasuk mencuri dan membunuh yang telah mempunyai peruntukan undang-undang Persekutuan di negara ini.

Nik Abdul Aziz berkata penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup mengawal manusia tanpa disertai didikan dan tarbiyah syariat Islam dari peringkat ibu bapa, guru hingga pentadbir kerajaan negeri dan pusat.

Justeru itu, katanya, kerajaan negeri tetap berusaha untuk melaksanakan hukum hudud yang tidak harus dilihat sebagai suatu hukuman potong tangan terhadap pencuri semata-mata.

Hukum itu sendiri bertindak untuk mengajar umat manusia supaya tidak melanggar perkara yang dilarang tuhan kerana kelak ia akan membawa satu penyakit kanser moral kepada manusia, yang akhirnya menjatuhkan ketamadunan manusia sendiri, katanya.

"Hudud adalah garis sempadan yang ditentukan Allah menghadkan sesuatu yang termasuk dalam apa yang dilarang dan diperintah dan bukan semata-mata hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina," tegas beliau. — Bernama

Dan ini pula akibat saranan Ali Rustam yang tolak hudud serta kebisuan mufti bisu, harusani pencacai UMNO (sini). Kalau bayi ini hidup pun, dia akan sokong tok guru..

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Macam2 Zaman Ali Rustam..Isteri Berzina Di Pagi Ramadhan

Posted: 19 Aug 2010 04:19 AM PDT

Melaka dah sebijik macam negeri kafir. Maksiat berleluasa. Kali ini seorang isteri sanggup berzina di bulan ramadhan..baca berita nih..

Suami cekup isteri tido sekatil dengan jantan lain..duda plak tu...

MELAKA: Ketika umat Islam lain menunaikan ibadat puasa, seorang wanita bagaikan tidak mempedulikan kesucian Ramadan apabila dicekup suaminya sendiri kerana disyaki berkhalwat dengan lelaki lebih muda, semalam.

Wanita berusia 33 tahun itu dicekup suaminya di rumah mereka di pinggir bandar ini ketika bersama kekasih gelapnya yang juga seorang duda berusia 21 tahun.

Rahsia pasangan itu terbongkar apabila lelaki berusia lewat 30-an itu pulang ke rumahnya kira-kira jam 7 pagi dan sebaik masuk, dia terdengar isterinya sedang berbual dengan seorang lelaki.

Curiga dengan kehadiran orang asing yang berkurung bersama isterinya, lelaki terbabit menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bagi membuat pemeriksaan kira-kira jam 8 pagi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani berkata, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasanya ke lokasi berkenaan dan apabila tiba, lelaki terbabit sudah menunggu di luar rumah.

Katanya, pihaknya terus masuk ke dalam rumah berkenaan dan pintu bilik itu dibuka lelaki terbabit.

"Pemeriksaan menemui seorang wanita dan lelaki sedang tidur bersama di atas satu katil dan wanita terbabit turut terkejut apabila melihat suaminya turut ada bersama.

"Ketika ditahan, wanita berkenaan hanya memakai baju-T singkat serta berseluar pendek, manakala lelaki terbabit hanya berseluar.

"Selepas disoal siasat dan mereka mengakui tidak mempunyai sebarang hubungan mahram, pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Rahimin berkata, siasatan dilakukan mendapati pasangan itu keluar bersiar-siar sehingga awal pagi dan wanita berkenaan mengajak lelaki terbabit pulang ke rumahnya kerana sudah lewat untuk menghantarnya pulang.

Katanya, lelaki itu tiba di rumah wanita berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi sebelum mereka tidur.

"Bagaimanapun, pasangan berkenaan menyatakan mereka tidak tidur sebilik, sebaliknya ketika ditahan pasangan berkenaan dicekup tidur sekatil.

"Pasangan itu baru saja berkenalan tiga bulan lalu dan wanita itu pula mendakwa pada masa ini dia dan suaminya ada krisis rumah tangga.

"Lelaki terbabit bekerja sebagai peniaga, manakala ibu kepada tiga anak itu bekerja di sebuah pasar raya di bandar ini," katanya.

Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan mahram, sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali.

Mungkin perempuan ni boleh diserapkan ke Sekolah mengandung Ali Rustam...boileh ajar matapelajaran cara berzina dengan selamat. Memang melaka menuju kehancuran. Tsunami bazar Jasin masih tak dapat sedarkan rakyat negeri itu..

Peguam SPRM Buat Lawak Antarabangsa

Posted: 19 Aug 2010 03:33 AM PDT

Nasiblah Malaysia ada pendakwaraya cap ayam. Dahla tak pandai berhujah di mahkamah, suka berskandal pula tu dengan selebriti popular, si Sayfooooool. Memang dari hakim hingga peguam negara, turun kepada pendakwaraya..semuanya spesis kangarooo...

Ini lawak antarabangsa pasukan pendakwaraya dari SPRM

1) Abdul Razak berkata berdasarkan kelayakan Pornthip, ahlipatologi Thailand itu tidak layak bergelar pakar di Malaysia keranauniversiti di mana beliau belajar tidak diiktiraf di negara ini.Pornthip menjawab bahawa universiti tempat beliau belajar adalah satudaripada lima yang terbaik di Asia - mereka yang berada di mahkamahmemberikan tepukan.

(ranking uni kita tinggi sangat ke dalam dunia?)

2) Razak kemudiannya mencadangkan kepada Pornthip bahawa Teohmencekik dirinya sendirinya. Katanya, ini kerana empat daripada doktortelah mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan Teoh dicekik. (lawak paling best yang saya pernah dengar)

Gobind bangkit dan mengarahkan Razak (kanan) menunjukkan bagaimanaseseorang mencekik diri sendiri. Razak menyahut cabaran itu dan cubamencekik diri sendiri sambil digelakkan daripada mereka di mahkamah itu.

 

3) Pornthip: Saya ingin tanya sama ada awak seorang peguam?

Razak: Mungkin, saya lebih muda daripada awak tetapi saya telah berkhidmat sebagai peguam untuk 24 tahun.

Ini disambut dengan cemuhan 'wah' daripada mereka yang hadir.

 

4) Razak kemudian mengajukan soalan kepada Pornthip, bagaimanaTeoh boleh mati pada tingkat 14 (lokasi pejabat SPRM Selangor yangterletak di Plaza Masalam, Shah Alam) tetapi masih bernyawa apabilasampai di bawah.

Soalan Razak semakin bercelaru dan menyebabakan koroner terketawakecil. Azmil kemudian menjelaskan kepada Razak apa yang Pornthipmaksudkan ialah Teoh berkemungkinan sedar semasa jatuh dan belum mati.

 

5) Razak: Dari Tingkat 14, 99 kaki dari atas tanah - dia tidak sedarkan diri, jadi badannya semestinya lebih berat. (ini lawak best jugak)

Pornthip: Tiada perbezaan. Secara saintifik, bagaimana boleh berlaku kehilangan berat berdasarkan tahap kesedaran?

 

6) Razak juga bertanya kepada Pornthip sama ada dia mempunyaipengalaman terjun dari bangunan. (best! best!!) Ini kerana ahli patologi itu dalamketerangannya berkata mayat yang dijumpai itu didadapti lebih jauhdaripada bangunan berkenaan berbanding kes lazim membunuh diri dengan melompat.

Sumber dari cariforum

Rakyat Selangor Bakal Nikmati Wi-Fi Percuma

Posted: 19 Aug 2010 03:04 AM PDT

PETALING JAYA 18 Ogos - Rakyat negeri Selangor bakal menikmati perkhidmatan akses internet wireless (W-Fi) percuma dalam masa terdekat yang merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat merakyatkan informasi dan akses kepada maklumat serta mewujudkan rakyat celik IT.

Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman akan dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khlaid Ibrahim tidak lama lagi dengan hanya membabitkan kos minima meliputi seluruh negeri sebanyak RM10 juta.

"Kita di Pakatan Rakyat berbincang mengenai wi-fi percuma yang sebenarnya tidak mahal. Kita pertikai kos yang ditetapkan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional yang kita anggap terlalu tinggi.

"Saya kini sedang peneliti perancangan untuk menyediakan wi-fi secara percuma di Selangor yang yang kita anggap cukup rendah. Di Selangor yang kita kaji ia hanya melibatkan kos RM10 juta.

"Kalau ia hanya membabitkan RM10 juta di satu negeri, maka menjadi perkara yang tidak sukar untuk kerajaan (pusat) baru Pakatan Rakyat untuk laksanakan (diseluruh negara)," kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana tengahari tadi setelah memberikan keterangan kepada pegawai polis daripada ibu pejabat polis daerah Batu Pahat berhubung isu kain rentang provokatif.

Anwar juga berkata isu yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk memberi sumbangan RM1,000 kepada setiap warga emas di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan pusat juga tudak menjadi masalah besar.

"Isu ini juga tidak jadi masalah sekiranya wang negara tidak dicuri, rasuah dapat dibanteras, ketirisan tidak digunakan untuk memperkayakan segelintir kecil termasuk atas nama Melayu," jelas Anwar.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

UiTM Jengka, Universiti Melayoooo Memang Terkenal Dengan Maksiat

Posted: 19 Aug 2010 02:18 AM PDT

Bongkar..Panas...Maksia UiTM Jengka Makin Parah

BANDAR JENGKA, 18 Ogos - Orang ramai di sekitar bandar ini mahu pihak berkuasa memantau pergerakan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang, kampus Jengka dekat sini. Ini berikutan gejala sosial yang melibatkan pelajat IPT itu semakin membimbangkan sekarang ini.
Sebagai sebuah universiti yang dipelopori oleh kaum bumiputra terutamanya Melayu, sudah tiba masanya masalah gejala sosial dan maksiat di institusi terbabit diberi perhatian yang sewajarnya. Kita tidak mahu, bangsa lain memandang hina terhadap agama Islam gara-gara perangai majoriti pelajarnya yang menyimpang jauh dari nilai-nilai agama itu sendiri. Difahamkan, pihak pentadbiran universiti lebih mementingkan akedemik daripada sahsiah dan pembentukan akhlak para pelajar.
Malahan, nilai-nilai agama kini terus dipandang sepi oleh pihak yang berkenaan. Kampus yang menempatkan lebih 3,000 pelajar dari seluruh negara itu, yang membawa berbagai budaya yang jelas tidak boleh diterima oleh masyarakat setempat.
Aksi-aksi lucah dan pakaian yang menjolok mata pelajar sering mewarnai kawasan terbabit sekarang ini. Ia jauh sekali berbeza ketika kampus itu tidak dibuka disitu dulu. Menurut seorang penduduk, keadaan gejala sosial dikalangan para pelajar sememangnya sudah semakin parah dan tidak wajar sama sekali. "Mereka bukan sahaja membawa gejala negatif kepada generasi muda setempat, malahan juga tidak segan silu berpelakuan tidak senonoh dikhalayak ramai" katanya.
Gejala Maksiat "Berlesen" Kini Semakin Menular

Umum mengetahui bahawa Bandar Jengka adalah merupakan satu-satunya bandar yang dimonopoli oleh kaum bumiputra di negara ini. Hampir 100% peniaga dan penduduk di sini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Makanya, budaya songsang yang dibawa oleh pelajar-pelajar terbabit amat mengecewakan para penduduk. Keadaan bertambah parah, bilamana kini ramai pelajar terbabit yang tinggal di luar kampus. Mereka bebas bercampur lelaki dan perempuan tanpa batasan. Malah, mereka juga tidak menghiraukan teguran yang dibuat oleh masyarakt disini.
Terdapat juga maklumat berlaku berbagai aksi curang pelajar berkenaan yang merosakkan kesucian bandar ini. Menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Malek, beliau melihat pelajar perempuan sering bermalam di rumah sewa pelajar lelaki. Beliau dan beberapa orang penduduk menunggu masa untuk menjalankan operasi cegah maksiat pelajar terbabit.
"Kejadian berlaku apabila pelajar terbabit dihalang masuk ke kampus selepas jam 11.00 malam. Akibat takut dikenakan tindakan displin maka mereka yang bercouple akhirnya mencari jalan singkat bermalam di rumah pasangan masing-masing atau di hotel yang berdekatan. Mereka memilih untuk kembali ke kampus pada awal bagi kerana tidak akan diambil tindakan displin oleh pihak UiTM" katanya.
Lantaran peraturan tersebut menyebabkan ramai pasangan akhirnya sanggup melakukan aktiviti maksiat dan perzinaan di rumah sewa pasangan masing-masing.
Perkara ini sebenarnya disedari oleh pihak universiti, tetapi mereka tidak mahu mengambil tindakan tegas demi menjaga nama baik UiTM Jengka. Akibatnya, kegiatan ini menjadi amalan harian pelajar UiTM Jengka mutakhir ini. Mereka tidak takut lagi untuk melakukan kegiatan maksiat, seolah-olah pihak universiti sendiri yang memberi lampu hijau.

Penyeludupan Arak Ke Kampus Kini Berleluasa
Selain daripada masalah itu tadi, kini difahamkan penyeludupan "arak" begitu mudah masuk ke dalam kampus.
Difahamkan ramai pelajar terutamanya mereka yang terdiri daripada anak-anak orang berada dengan mudah membawa masuk bekalan terbabit untuk dijual kepada rakan-rakan yang lain di kampus. Perkara ini disedari oleh beberapa pihak yang berkenaan, namun seperti biasa mereka tidak mahu mengambil tindakan demi imej dan maruah IPTA itu.
Akibatnya kegiatan minum arak kini sudah menjadi tradisi dan amalan sebilangan pelajar universiti terbabit. Perkara ini amatlah dikesali kerana ia jelas sekali bertentangan dengan ajaran Islam sebenarnya.
Tambahan pula di saat bulan Ramadhan yang mulia ini. Soalnya, siapakah yang berani untuk tampil mendedahkan perkara ini?. Akhirnya kegiatan itu ditutup rapat-rapat dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengetahuinya.

Kegiatan Seks Luar Tabiee Pelajar Makin Menjadi
Kini kampus terbabit juga digemparkan dengan kegiatan "gay" yang berleluasa. Kegiatan seks antara sesama pelajar lelaki kini seolah-olah sudah menjadi amalan di situ.
Terdapat maklumat seorang pelajar lelaki kursus Perladangan dan Sains Gunaan kini menjalankan kegiatan berkenaan dengan beberapa orang pelajar dan gurunya dulu. Beliau kini hidup mewah di kampus hasil duit haram akibat menjalinkan hubungan seks terlarang itu. Khabarnya pelajar berkenaan gemar dengan mereka yang berduit dan merelakan tubuhnya "digomol" oleh pihak terbabit.
Kini beliau menjadi santapan ramai pelajar-pelajar di univesiti berkenaan. Kegiatan ini sudah berlarutan sejak beberapa bulan yang lalu. Ia disedari oleh beberapa pihak, namun takut untuk membongkarkannya demi menjaga nama baik UiTM Jengka.
Pihak pentadbiran universti terbabit wajar bertindak segera bagi membersihkan nama baik mereka.
Tindakan displin yang tegas termasuk "memecat" pelajar berkenaan harus dilakukan, kerana perkara ini sudah menjadi buah mulut masyarakat di sini. Keluarga pelajar terbabit kini dikatakan sudah tahu kegiatan anaknya, namun terpaksa "redha" akibat tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
Pelajar yang masih berada ditahun satu itu pernah bermain seks dengan beberapa "orang guru lamanya" dulu yang kini dipercayai mengajar di Sek.Agama Pekan dan Sek Balok Baru di Kuantan.

UiTM Jengka Perlu Ambil Tindakan Segera Kes Ini

Pihak kolej dan ramai pelajar lain amat sukar untuk mengesan beliau jika tiada pendedahan ini. Tambahan pula difahamkan beliau yang merupakan bekas pelajar sebuah sekolah agama di negeri ini dikatakan perwatakan alim, bijak bermain kata-kata dan pandai memikat wanita dan lelaki untuk jalinkan hubungan intim untuk mendapatkan "wang" daripada mereka.
Beliau kini masih menjalinkan hubungan "luar tabiee" dengan beberapa orang rakan dan guru-gurunya termasuk juga dengan seorang penjual burger berusia 22 tahun yang berasal dari bandar ini.
Daripada sumber yang boleh dipercayai, pelajat tersebut mempunyai seorang "ayah angkat" yang bertanggungjawab tentang pembelajaran dan perbelanjaannya di universiti terbabit. Kami sedang mencari siapakah "ayah angkat" terbabit, bagi mendapatkan info lanjut. Pelajar itu pernah ditangkap baru-baru ini semasa hendak "melakukan kegiatan seks luar tabiee" bersama "seseorang" yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kerajaan. Inilah yang perlu disiasat. (sumber)

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Wanita terjun bangunan 27 tingkat, masih hidup

Posted: 19 Aug 2010 12:59 AM PDT

Terperanjat? Itu juga perasaan penulis pada awalnya. Berdasarkan gambar di bawah, wanita tersebut masih bernyawa walaupun badannya telah menghancurkan sebuah kereta berjenis Mazda RX-8 apabila dia terjun daripada tingkat 27 di Century Plaza.

Walaubagaimanapun, dia mengalami kehilangan banyak darah, patah tulang belakang, gegaran otak dan patah tulang di kebanyakan anggota badannya terutama kaki. Nampaknya dia akan menghabiskan sisa hidupnya di atas kerusi roda.

Difaham bahawa wanita tersebut mengalami postpartum depression. postpartum depression adalah tekanan perasaan yang dihidapi ibu mengandung selepas melahirkan anaknya.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Haruuussani Ntah Apa-Apa- Dr Aziz Bari

Posted: 19 Aug 2010 12:15 AM PDT

KUALA LUMPUR— Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari menegaskan tidak logik ada pihak mengeluarkan perlembagaan baru kerana dokumen sedemikian tidak boleh dibuat secara sembunyi-sembunyi dan tanpa melalui proses perundangan sewajarnya.

Justeru tambah beliau, oleh kerana perlembagaan tidak boleh dipinda atau dimansuh tanpa persetujuan atau proses yang sah, maka soal wujudnya perlembagaan baru tidak timbul sama sekali.

"Ia perlu melibatkan Parlimen, Raja-raja dan Yang Dipertua Sabah dan Sarawak.

"Ini kerana peruntukan-peruntukan tertentu khususnya yang menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, Melayu, bahasa serta negeri-negeri Borneo tidak boleh dipinda dan mansuh tanpa persetujuan atau proses yang melibatkan semua pihak tadi," kata beliau dalam ulasannya hari ini.

Malah menurut beliau, perlembagaan ialah instrumen yang melahirkan Parlimen, mahkamah dan apa jua institusi di negara ini.

"Jadi, bagaimana ia boleh dibuat oleh pihak-pihak tertentu saja?" soal beliau.

Bagaimanapun beliau yang juga pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa mengakui siapa pun boleh memberi tafsiran, cuma yang boleh dilaksanakan ialah tafsiran mahkamah meskipun tafsiran hakim tidak semestinya betul.

Oleh itu kata Aziz, beliau tidak faham apa yang Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dakwa dan disiarkan oleh beberapa akhbar.

Awal minggu lalu, Harussani mendakwa sudah ada "perlembagaan baru" dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini.

Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan siapa yang mengeluarkannya

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Ezam Perlu Diadili Undang-Undang Islam Kerana Tuduh Anwar Liwat

Posted: 18 Aug 2010 11:26 PM PDT

'Liwat' di Twitter, Ezam diheret ke JAWI

Gara-gara tulisannya di laman Twitter, Ezam Mohd Nor kini diheret ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan membuat tuduhan qazaf terhadap bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Aduan tersebut akan dikemukakan oleh Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin - regu lama Ezam dalam sayap parti itu - kepada bahagian penguatkuasaan JAWI petang ini.

"Kita percaya, ini adalah laporan pertama melibatkan Twitter dikemukakan kepada JAWI," kata Shamsul (kanan). Beliau yang juga pengerusi PKR Melaka berkata, aduan tersebut dibuat berdasarkan empat tulisan ringkas Ezam di laman blog mikro itu, antaranya: "Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seorang isteri sanggup biarkan suaminya fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat."
Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan." Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shamsul memberitahu, beliau akan hadir ke pejabat JAWI pada jam 2.00 petang ini dengan diiringi beberapa pemimpin sayap itu dan aktivis PKR.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Dah Bosan Dah..Hari2 Ada Je Berita Bayi Dibuang

Posted: 18 Aug 2010 10:52 PM PDT

Dua kes buang bayi semalam

Mayat bayi di tempat pengumpulan sampah Hospital Melaka

MELAKA 18 Ogos - Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam tong sampah di Hospital Melaka di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, sehubungan itu polis menahan seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an di hospital itu dan teman lelakinya, 20-an, di Batu Berendam di sini.

Beliau berkata, pada pukul 7 malam semalam, polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan di Hospital Melaka mengenai seorang pesakit wanita yang disyaki mempunyai kesan baru melahirkan anak.

Pengadu melaporkan wanita itu mendakwa melahirkan bayi di dalam tandas di hospital itu dan membuangnya di tempat pengumpulan sampah di kawasan wad kecemasan.

"Berikutan itu, polis membuat pemeriksaan di semua tong sampah dan bayi yang dalam keadaan sempurna itu ditemui oleh anggota Unit Forensik polis dalam sebuah tong sampah besar pada pukul 1.55 petang ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat secara sulit, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mohd Adnan berkata, sejak awal Januari lepas, sebanyak lima kes pembuangan bayi dilaporkan di negeri ini. - BERNAMA

Bayi bogel masih bertali pusat

KUALA TERENGGANU – Belum sampai seminggu Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh, ternyata hukuman itu tidak menggerunkan manusia yang boleh disifatkan berhati binatang apabila seorang lagi bayi ditemui dalam keadaan bogel di hadapan sebuah rumah di Seberang Takir, di sini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.15 malam kelmarin itu, bayi lelaki yang dipercayai baru lahir dan masih bertali pusat itu ditemui dalam keadaan memilukan apabila hanya diletakkan di atas rumput tanpa sebarang alas.

Lebih mengecewakan, ketika umat Islam yang lain berlumba-lumba untuk mendapatkan ganjaran pahala sempena Ramadan ini, namun masih ada manusia tidak berperikemanusiaan yang bukan sahaja tidak menghormati bulan penuh keberkatan ini, sebaliknya sanggup melakukan perkara terkutuk kepada bayi yang tidak berdosa itu.

Saksi, Lans Korperal Marzuki Hamid, 44, berkata, kehadiran bayi itu disedari seorang anaknya yang kebetulan ingin keluar ke kedai, namun hasratnya terbantut apabila melihat bayi terbaring di hadapan pintu pagar rumahnya.

"Ketika kejadian saya bersama isteri serta empat orang anak yang lain dalam perjalan pulang ke rumah selepas menikmati makan malam di sebuah restoran, manakala anak kedua saya iaitu Nur Hafiana, 19, tidak ikut sama kerana tidak sihat.

"Sejurus mendapat panggilan anak saya memaklumkan penemuan bayi itu saya memecut kenderaan dan setibanya di rumah saya melihat bayi itu dibalut tuala bagi mengelak kesejukan dan anak saya memaklumkan bayi diberikan susu tepung setelah melihat bayi itu kelaparan," katanya.

Kata Marzuki, hatinya sayu melihat bayi seberat 2.7 kilogram berkulit cerah itu tidak menangis seolah-olah memahami dirinya tidak diingini ibu bapa tidak berhati perut itu.

Anggota polis di Bahagian Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu berkata, bayi itu segera dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana bimbang dijangkiti penyakit kerana masih bertali pusat.

"Sebenarnya petang tadi (kelmarin) jabatan (HEA) saya bermesyuarat membincangkan masalah membabitkan kes pembuangan bayi semakin berleluasa kebelalakangan ini dan tidak sangka berlaku di hadapan rumah saya," katanya.

Menurutnya, sejak lebih setahun menyewa di rumah yang didiami itu tiada sebarang perkara pelik berlaku dan kejadian yang di luar jangkaan berkenaan memberikan kesan yang sangat besar kepadanya sekeluarga yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Superintendan K Manorahan ketika ditemui pemberita berkata bayi itu dipercayai baru sahaja ditinggalkan di rumah anggota polis berkenaan.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

China menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar......!!!

Posted: 18 Aug 2010 09:39 PM PDT

China overtakes Japan as world's No. 2 economy

TOKYO: Japan lost its place to China as the world's No. 2 economy in the second quarter as receding global growth sapped momentum and stunted a shaky recovery.

Gross domestic product grew at an annualized rate of just 0.4 percent, the government said Monday, far below expectations of 2.3 percent growth in a Kyodo news agency survey.

The figures underscore China's emergence as an economic power that is changing everything from the global balance of military and financial power to how cars are designed. It is already the biggest exporter, auto buyer and steel producer, and its worldwide influence is growing.

China has surpassed Japan in quarterly GDP figures before but its passing of Japan in the second quarter is likely to mark the period in which the lead became insurmountable.

China's economy will almost certainly be bigger than Japan's at the end of 2010 because of the big difference in each country's growth rates. China is growing at about 10 percent a year while Japan's economy is forecast to grow 3 percent this year.

Japan's nominal GDP, which isn't adjusted for price and seasonal variations, was worth $1.286 trillion in the April-to-June quarter compared with $1.335 trillion for China. The figures are converted into dollars based on an average exchange rate for the quarter.

Japan has held the No. 2 spot after the U.S. since 1968, when it overtook West Germany. From the ashes of World War II, the country rose to become a global manufacturing and financial powerhouse. But its so-called "economic miracle" turned into a massive real estate bubble in the 1980s before imploding in 1991.

What followed next was a decade of stagnant growth and economic malaise from which the country never really recovered. Prime Minister Naoto Kan now faces a long list of daunting problems: a rapidly aging and shrinking population, persistently weak domestic demand, deflation, a strong yen and slowing growth in key export markets.

In contrast, China's growth has been spectacular, its voracious appetite fueling demand for resources, machinery and products from the developing world as well as rich economies like Japan and Australia. China is Japan's top trading partner and has been key in Japan's recovery from the global recession.

But China's rise has produced glaring contradictions. The wealth gap between an elite who profited most from three decades of reform and its poor majority is so extreme that China has dozens of billionaires while average income for the rest of its 1.3 billion people is among the world's lowest.

Japan's people still are among the world's richest, with a per capita income of $37,800 last year, compared with China's $3,600. So are Americans at $42,240, their economy still by far the biggest.

"We should be concerned about per capita GDP," said Kyohei Morita, chief economist at Barclays Capital in Tokyo. China overtaking Japan "is just symbolic," he said. "It's nothing more than that."

On a quarterly basis, Japan's GDP — or the total value of the nation's goods and services — grew 0.1 percent from the January-March period, the Cabinet Office said.

Consumer spending, which accounts for about 60 percent of GDP, was flat from the previous quarter, the figures showed. Capital spending by companies rose 0.5 percent, while public investment fell 3.4 percent.

"We are now seeing a pause of growth, especially on the domestic side," said Masamichi Adachi, senior economist at JPMorgan Securities Japan.

The outlook for this third is uncertain. Private consumption appears to be solid so far, helped in part by unusually hot weather, Adachi said. But a cooling global economy is dampening exports and production.

A stronger yen, which hit a 15-year high against the dollar last week, also poses a major risk for the country's export-driven economy. Yen appreciation reduces the value of repatriated profits for companies like Toyota Motor Corp. and Sony Corp. and makes their products more expensive abroad.

The currency worries led Finance Minister Yoshihiko Noda to say last week that he is closely monitoring foreign exchange rates. Bank of Japan Gov. Masaaki Shirakawa released a similar statement to try to calm markets. - AP

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Tiada ulasan: