Justice For All |
- Parti komponen BN Sabah hentam UMNO
- kelebihan saintifik solat tarawih
- Maksiat Berleluasa Di Negeri Sekolah Mengandung Walaupun Pada Bulan Puasa
- Harga Internet Di Malaysia Dan Luar Negara.
- Dulu Adun UMNO, Sekarang Exco Pemuda MIC Pula Kena Tembak
- Ada Juga Lelaki Yang Gatal Naik Komuter Wanita
- Anjing Siasat Khinzir
- PR Selangor Lancar Kempen Anti Zina Sehari Sebelum Merdeka
- 1 Juta Umat Islam Berterawikh Di Masjid Iskandariah
- Tok Peti Perak Si Harusani Pernah Menipu
- Seorang Lagi Pelajar Sekolah Mengandung Ali Rustam Mendaftar Masuk
- Utusan Fitnah Lagi..Kali Ini Giliran Universiti Al Azhar Pula Yang Kena
- Peguam SPRM Yang Kena Ketawa Ramai-Ramai, Dihalang Pula Di Tengah Jalan
- Pengetua Jahat
- Lagi Bayi Dibuang Di Bulan Ramadhan
- Suami Dayus
- Peniaga sate dihempuk selipar
- Live Inkues Teoh Beng Hock : Peguam SPRM Ditertawakan Pengunjung Mahkamah
Parti komponen BN Sabah hentam UMNO Posted: 18 Aug 2010 08:58 PM PDT Upko pertahan Dompok label Umno 'halang' kejayaan 1 Malaysia Usaha mempromosikan konsep 1 Malaysia dikatakan menerima halangan daripade Umno. — gambar fail KOTA KINABALU, 18 Ogos — Upko, parti komponen Barisan Nasional (BN), mempertahankan kenyataan Presidennya, Tan Sri Bernard Dompok mengenai kebimbangannya berhubung konsep 1 Malaysia, yang beliau membayangkan Umno menjadi halangan kepada usaha mempromosikan konsep 1Malaysia. Setiausaha Agung Upko Datuk Wilfred Tangau berkata, adalah malang bagi Datuk Seri Salleh Said Keruak kerana tidak dapat "membaca nadi" penduduk Sabah dan tidak memahami apa yang cuba dikatakan oleh Dompok pada Ahad lalu. "Sebenarnya isu konsep 1 Malaysia ini bukan saja difikir oleh Tan Sri Bernard seorang, tetapi oleh penduduk di peringkat akar umbi, termasuk pemimpin komponen Barisan Nasional yang lain. "Kami sokong sepenuhnya apa yang dinyatakan oleh presiden kami ini," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Tangau yang menggelar Salleh sebagai "kawannya" menambah pemimpin Umno itu tidak mendapat gambaran sebenar isu itu. Ahad lalu, Dompok berkata: "Najib ada rancangan yang bagus untuk negara, 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan." Bagaimanapun katanya, Umno menjadi halangan kepada usaha mempromosikan konsep 1 Malaysia. Dompok dilaporkan berkata demikian semasa merasmikan Konvensyen UPKO Zon C (Penampang, Kota Kinabalu, Sepanggar dan Putatan) di Penampang. Pada konvensyen tersebut, pemimpin bahagian Upko mengulangi rasa tidak puas hati berikutan permintaan pemimpin Umno untuk mendapatkan lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum termasuk satu kerusi yang disandang oleh Upko. Mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan masalah pendatang tanpa izin di negeri itu yang sudah berlarutan sekian lama. Namun semalam, Salleh menggambarkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan berkata Dompok tidak patut mempersoalkan sama ada Umno memahami makna sebenar semangat 1 Malaysia atau sebaliknya. Salleh, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan menegaskan Umno Sabah benar-benar memahami dan komited sepenuhnya terhadap konsep itu. "Dan sebagai kawan, kini saya mahu soal Datuk Salleh, adakah kenyataan itu tidak bertanggungjawab? "Atau adakah ia kenyataan atau fakta? Bukankah fakta apabila sesetengah NGO secara terang-terangan membantah sesetengah cadangan dalam Model Ekonomi Baru (MBE) hingga kerja-kerja Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) tertangguh dan kini formulasi program MBE itu diberi kepada Dato Idris Jala?" kata Tangau. Tangau menambah, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mahukan konsep 1 Malaysia diperjelaskan lebih lanjut. Kata Tangau, sebagai pemimpin kanan partinya, Salleh tidak patut terlalu emosi sebaliknya mula bekerjasama untuk mengekalkan keharmonian dengan pasukan dalam BN. Mengenai kenyataan Salleh bahawa adalah perkara biasa bagi pemimpin Umno secara terbuka meminta untuk bertanding di kawasan Parlimen Kota Kinabalu, Putatan, Ranau dan kawasan negeri di Tanjung Kapor serta Merotai, kata Tangau: "Bagi Upko, ia tidak normal." "Upko rasa permintaan itu tidak normal dan penuh dengan keangkuhan. Bayangkan parti komponen Melayu meminta untuk bertanding di kawasan Parlimen Kota Kinabalu yang didominasi kaum Cina dan dipegang oleh pembangkang? Adakah ia tidak 'abnormal'?" Jelas beliau, pihaknya tidak menunjukkan perasaan tidak senang hati sebab Umno sudah menyatakannya secara terang-terangan yang mereka berminat untuk mendapatkan kerusi yang diperuntukkan kepada Upko. "Tetapi Upko lebih bimbang dengan imej BN gara-gara permintaan tidak patut oleh Umno. "Kami amat bimbang dengan perkongsian kuasa dalam BN ini. "Tun Mahathir memberi jaminan kepada Upko dalam ucapannya ketika merasmikan Kongres Upko Kedua bahawa Umno tidak akan sekali-kali bertanding lebih separuh daripada kerusi Parlimen dan negeri Sabah sebagai tanda komitmen kepada prinsip perkongsian kuasa dalam BN," katanya. | ||
kelebihan saintifik solat tarawih Posted: 18 Aug 2010 08:26 PM PDT Kajian saintifik yang telah dilakukan terhadap hasil dan kesan solat ke atas kesihatan seseorang individu. Ini meliputi kesihatan fizikal, emosi dan mental pengamalnya, termasuklah kesan ke atas sistem kardiovaskular, komposisi tubuh badan, isyarat otak dan aktiviti otot. Kajian seperti mana yang direkodkan dalam buku Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains mendapati pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan. Kajian juga menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna. Solat lima kali sehari semalam misalnya selain merupakan ibadah wajib, dapat mengurangkan kadar lemak dalam badan. Maka di bulan puasa ini, solat tarawih sudah tentu dapat membantu merawat mereka yang mengamalkan sikap 'membalas dendam' dengan berlebihan makan ketika berbuka. Tambahan pula, tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk menurut kajian dapat melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan menjadi lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang. Ibadat solat dalam masa yang sama juga dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan seseorang, membuktikan ibadah solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar. Apatah lagi ketika berpuasa, seseorang perlu menahan lapar dan dahaga di samping mesti bersabar dalam apa jua keadaan, berfikiran kreatif serta sentiasa berada pada tahap produktiviti yang tinggi. Lebih menakjubkan lagi ialah solat juga merupakan satu terapi yang memberikan kesan yang sangat positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki. Kajian menunjukkan aktiviti solat boleh melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk di kalangan lelaki. Penemuan serta petua dan amalan ini sudah tentu tidak boleh dilepaskan oleh mereka yang mementingkan kesihatan batin. Oleh yang demikian, penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan menunaikan solat dan tidak boleh meninggalkannya sama sekali. | ||
Maksiat Berleluasa Di Negeri Sekolah Mengandung Walaupun Pada Bulan Puasa Posted: 18 Aug 2010 07:40 PM PDT Tak hormat Ramadan Remaja bercumbu lempar kata kesat bila kena tegur di Pantai Puteri, Tanjung Kling TANJUNG KLING: Segelintir pasangan muda yang dipercayai sedang hangat dilamun cinta, dikesan menjadikan kawasan Pantai Puteri, dekat sini, sebagai lokasi untuk melakukan maksiat termasuk sepanjang Ramadan sehingga menjejaskan kesucian bulan mulia itu. Tinjauan di kawasan ini mendapati pasangan terbabit gemar menjadikan lokasi yang tersorok dan sunyi di situ sebagai tempat memadu kasih dan aktiviti sumbang ini berlaku pada waktu siang dan hari bekerja. Mereka dilihat seolah-olah tidak segan silu melakukan perbuatan itu, walaupun mudah dilihat masyarakat sekeliling, malah ada di antara mereka bukan saja berani melakukan adegan berpelukan, tetapi perlakuan lebih mencolok mata. Ada ketikanya, perbuatan itu turut ditegur masyarakat sekeliling khususnya di kalangan golongan tua, tetapi tidak berkesan apabila pasangan kekasih berkenaan melemparkan kata-kata kesat kepada pihak terbabit. Dalam tinjauan terbaru kelmarin, beberapa pasangan kekasih yang dipercayai berusia dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun itu tanpa segan silu berpelukan, selain melakukan aksi berani berkucupan mesra. Seorang pengunjung pantai ini, Nordin Aman, 49, ketika ditemui berkata, aktiviti seperti itu perlu dibanteras segera bagi mengelaknya berlarutan kerana ia bukan saja menjejaskan imej Islam, malah kawasan peranginan berkenaan. Sambil mengakui memang ramai remaja Islam di sini tidak menghormati kesucian Ramadan apabila berkelakuan sumbang serta memakai pakaian menjolok mata, beliau berharap penguat kuasa Jabatan Agama Islam (JAIM) bertindak segera menangani masalah itu. Perbuatan mereka itu mencemar kesucian Ramadan yang penuh keberkatan ini dan JAIM perlu mengambil tindakan kerana penduduk yang menegur perlakuan mereka itu, sering ditempelak semula oleh pasangan berkenaan, katanya. Seorang lagi pengunjung, Moktar Muda, 49, dari Bukit Rambai, turut mengakui ada pasangan Islam yang mengeluarkan kata-kata kesat jika perbuatan sumbang mereka ditegur. Beliau berkata, pasangan remaja masa kini terlalu berani melakukan maksiat secara terbuka, malah cara berpakaian mereka juga memalukan, sekali gus menunjukkan mereka tidak takut dengan hukum agama. Jika sebelum ini pegawai penguat kuasa hanya bertindak terhadap umat Islam yang tidak berpuasa, diharapkan pasangan yang berkelakuan sumbang di tempat awam turut dikenakan tindakan sama. Hanya melalui rondaan sepanjang masa di kawasan tumpuan ramai seperti di pantai peranginan ini, selain kompleks beli-belah, stesen bas, panggung wayang dan taman rekreasi akan dapat mengurangkan perbuatan mereka yang tidak menghormati Ramadan ini, katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata ketika mengulas isu ini berkata, pihaknya akan melakukan operasi mencegah maksiat di kawasan dikenal pasti sebagai sebagai tempat maksiat di negeri ini termasuk Pantai Puteri. Katanya, sepanjang Ramadan ini, pihak berkuasa itu juga turut melakukan rondaan setiap hari bagi mencegah perbuatan maksiat. Kita sedia mengadakan operasi di kawasan lain jika ada maklumat mengenai kegiatan maksiat yang dilakukan, katanya. | ||
Harga Internet Di Malaysia Dan Luar Negara. Posted: 18 Aug 2010 07:00 PM PDT
Harga internet in UK Syarikat Virgin Media Up to 10Mb speed Unlimited1 downloads Free internet security2 Free Virgin Media Hub wireless N router3 No need for a BT line Unlimited4 weekend calls to UK landlines and Virgin mobiles if you take a Virgin phone lin Packages 10 MB 20MB 50MB Contracts 12 months 12 months 12 Months Prices £15 for first 3 month £25 for first 3 month £33 for first 3 month then £20 then £30 after then £38 after RM= 96 RM=144 RM182.49 1GP= RM4.8 http://allyours.virginmedia.com/html/broadband/compare.htmlSyarikat O2 -30 day happiness guarantee -Static IP address, if you want it (£5) -10 O2 Email Addresses -Email Storage -O2 contacts to back up your numbers -Online Support -Free Wireless Router -12 month contract Packages 8 MB 20MB 30MB Contracts 12 months 12 months 12 Months Prices £12.80 £15 £17.50 RM=61.44 RM=72 RM=84 1GP=RM4.8 https://www.o2broadband.o2.co.uk/broadBandOverview.doHarga Internet in Malaysia Syarikat TMNET Streamyx 1.0Mbps 1.0Mbps 384kbps RM88 (without modem) RM99 (with modem) Streamyx 2.0Mbps 2.0Mbps 384kbps RM188 (with modem) Streamyx 4.0Mbps 4.0Mbps 512kbps RM268 (with modem) http://www.ez-broadband.com/streamyx/packages/home-basic.html
Kenyataan: -Inilah harga internet yang rakyat Malaysia bayar setiap bulan yang harga terlampau di dunia and service yang terburuk.Internet adalah alat yang important untuk rakyat menjadi maju dan increase taraf persaingan negara.Ramai rakyat Malaysia yang miskin tak mampu sign TMNET packages oleh kerana harga terlalu mahal in Malaysia , in UK semua orang mampu guna internet kerana sangat murah. - Speed of internet in Malaysia adalah speed yang terburuk di rantau Asia Tenggara, negara Singapore and Thailand pun lebih murah dan cepat compare with Malaysia. Kalau awak tanya Menteri Malaysia mengapa internet Malaysia begitu slow and bad , dia akan kata " Kita jangan banding dengan negara maju, kita lebih baik compare dengan Africa and Zimbawi dan kita akan increase speed di masa depan" - Ini semua adalah akibat policy monopoly and dasar economy baru.Negara lain begitu murah kerana mereka mengamalkan fair policy tanpa kaum, persaingan adil antara syarikat internet akan manfaat kepada semua rakyat.Kalau Malaysia open tender untuk syarikat luar negara tanpa policy dasar economy baru, mereka akan beri harga yang lebih murah dan service yang cepat. -Kalau awak orang barat sudikah anda invest Syarikat Internet in Malaysia rugi on 30% yang belum mula operate perniagaan. - Dasar economy baru hanya decrease persaingan negara dan susahkan rakyat yang gaji rendah in Malaysia. Negara kita sekarang sangat bahaya dalam taraf persaigan dengan luar negara. Kalau internet yang ini berterusan adakah Malaysia menjadi negara " HIGH INCOME" " Internet adalah alat yang important untuk increase ilmu and persaingan negara, bukan untuk memberi keuntungan besar kepada orang minority" "Hanya persaingan yang adil tanpa perkauman akan memberi kebaikan kepada semua rakyat" | ||
Dulu Adun UMNO, Sekarang Exco Pemuda MIC Pula Kena Tembak Posted: 18 Aug 2010 06:12 PM PDT Haritu bekas Adun UMNO Permatang mati ditembak atau bunuh diri, kali ini Exco Pemuda MIC pula ditembak. Nasib baik tak mati..memang bn suka main tembak-tembak Exco Pemuda MIC Pusat cedera ditembak KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Exco Pemuda MIC Pusat A. Kalaiarasu cedera ditembak di perut dan tangan kiri ketika sedang minum bersama rakannya di sebuah kedai kopi di Jalan Datuk Harun, Kajang dekat sini hari ini. Ketua Polis Kajang ACP Sakaruddin Che Mood berkata dalam kejadian pada pukul 6.45 petang itu, Kalaiarasu, 49, ditembak dengan sepucuk pistol automatik oleh seorang lelaki yang memakai topi keledar dengan penutup muka penuh dan jaket hitam. "Dua tembakan dilepaskan ke arah mangsa dan mengenai badannya. Suspek kemudian melarikan diri menaiki motosikal bersama-sama rakannya yang sedang menunggu di luar kedai itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Sejurus kejadian itu, beliau berkata mangsa melarikan diri melalui pintu belakang kedai dan meminta bantuan di Balai Polis Kajang yang terletak kira-kira 200m dari tempat kejadian. "Mangsa membuat aduan pada anggota di balai polis itu sebelum anggota saya menghantar mangsa ke Hospital Kajang. "Menurut mangsa, kedua-dua suspek berumur lingkungan 20an dan melarikan diri menaiki motosikal kapcai. Bagaimanapun mangsa tidak dapat mengecam nombor pendaftaran motor itu," katanya. Sakaruddin berkata mangsa kini dalam keadaan stabil dan polis akan mengambil keterangan daripada saksi di tempat kejadian dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan. Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, katanya. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. — Bernama | ||
Ada Juga Lelaki Yang Gatal Naik Komuter Wanita Posted: 18 Aug 2010 05:30 PM PDT Sentral: Degil! BEBERAPA penumpang lelaki warga asing selamba memasuki koc wanita. Lelaki warga asing tak hirau larangan masuk koc wanita KUALA LUMPUR: Tak faham bahasa! Itulah ungkapan paling sesuai untuk lelaki yang masih memasuki koc khas wanita walaupun sudah berkali-kali dimaklumkan perkara berkenaan sejak koc itu dilancarkan empat bulan lalu. Penumpang wanita hanya boleh memandang sinis telatah golongan lelaki yang kebanyakannya warga asing dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Afrika yang selamba masuk ke koc khusus untuk wanita itu. Tidak faham bahasa Melayu dan Inggeris menjadi alasan apabila ditanya mengapa mereka masuk ke koc berkenaan sedangkan jelas tertera maklumat pada poster dan pelekat berwarna merah jambu yang diletakkan di bahagian luar dan dalam koc. Malah, maklumat mengenai koc untuk wanita itu turut diterjemahkan ke dalam tiga bahasa lain iaitu Mandarin, Tamil dan Arab berserta imej wanita. Pengumuman mengenai perkara itu juga dibuat setiap kali tren tiba di setiap stesen. Tinjauan Sentral mendapati kesedaran warga tempatan lebih tinggi berbanding warga asing mengenai larangan ke atas lelaki memasuki koc untuk wanita. Mereka yang memasuki koc wanita juga didapati malas berjalan ke koc lain sebaik tren tengah khusus untuk wanita berhenti di depan mata. Dari segi penguatkuasaan pula amat lemah apabila anggota polis bantuan hanya bertumpu kepada stesen di KL Sentral, sedangkan di stesen lain khususnya stesen yang agak sunyi seperti Sungai Buloh, tiada seorangpun polis bantuan dilihat mengawasi koc berkenaan. Hanya seorang pegawai KTM Komuter muncul di stesen Kepong dan mengarahkan beberapa penumpang lelaki keluar dari koc wanita ketika tren berpatah dari Rawang ke KL Sentral. Usaha KTM Komuter memperkenalkan koc khas untuk wanita memang disenangi semua pihak tetapi tanpa penguatkuasaan dari segi keselamatan, matlamat memberi lebih keselesaan dan menjamin keselamatan penumpang daripada risiko gangguan seksual dan bersesak dengan penumpang lelaki nampaknya sukar dicapai. Seorang pelajar kolej, Vibi, 18, mengakui masih berasa tidak selamat walaupun berada dalam koc wanita kerana sehingga kini, penumpang lelaki bebas masuk ke koc berkenaan disebabkan tiada penguatkuasaan. Saya berasa belum cukup selamat lagi kerana mereka (polis bantuan) hanya menjaga di KL Sentral sedangkan ramai lelaki yang memasuki koc wanita di stesen lain seperti Kepong, Sungai Buloh, Kuang dan sebagainya, katanya. Ruzita Yahaya, 43, yang sering berulang alik dari Rawang ke tempat kerjanya di Shah Alam meminta KTM menimbangkan untuk meletakkan pegawai mereka atau polis bantuan di setiap stesen sepanjang tren beroperasi bukan saja demi kepentingan penumpang wanita tetapi mengelakkan kejadian jenayah seperti ragut. Saya pernah melihat seorang gadis diragut tetapi pada masa itu, tiada seorangpun polis bantuan apatah lagi pengawal keselamatan. Orang ramai hanya mampu memandang gadis berkenaan diheret kerana cuba menahan begnya daripada diragut, katanya. | ||
Posted: 18 Aug 2010 05:18 PM PDT Tak percayanya kita polis akan berlaku profesional.. KUALA LUMPUR: Polis Malaysia akan menyiasat dakwaan mengenai wujudnya satu 'perlembagaan baru' yang dilakar pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kelmarin memberitahu New Straits Times bahawa polis akan menyiasat bagi memastikan sama ada dakwaan tersebut benar. Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sama ada polis akan memanggil Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang membuat dakwaan itu baru-baru ini, memberi penjelasan. Tan Sri Harussani, dalam satu dialog di Ipoh Ahad lalu, berkata beliau tahu parti dan individu yang terlibat melakar 'perlembagaan baru' itu tetapi enggan mendedahkan identiti mereka. Menurutnya ada usaha hendak menggantikan Perlembagaan Persekutuan dengan satu perlembagaan baru yang akan mengetepikan hak orang Melayu dan Islam. Tan Sri Harussani juga berkata beliau akan mendedahkan maklumat itu jika diminta oleh kerajaan. Isnin lalu Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara tersebut. Menteri Bear Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menyifatkan dakwaan itu sebagai satu perkara yang serius. 'Ini satu isu besar dan tidak boleh diambil ringan. Saya percaya akan dakwaan itu kerana seorang mufti tidak akan berbohong mengenai perkara serupa itu,' kata beliau di Pulau Pangkor. Dr Zambry berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut sehingga melihat sendiri dokumen berkenaan. Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, kelmarin mengesahkan beliau mengetahui tentang kewujudan 'perlembagaan baru' yang dibuat oleh pihak tertentu. Beliau mendakwa perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semata-mata untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. 'Perkara ini memang benar-benar wujud. Ia merupakan idea PKR. Semuanya kerana PKR sedar bahawa sokongan bukan Melayu terhadap pembangkang semakin bertambah. Demi menjamin kelangsungan sokongan itu, Perkara 153 dan Perkara 11 perlu digugurkan,' kata beliau seperti ditukil Utusan Malaysia semalam. -- NST, Utusan Malaysia. | ||
PR Selangor Lancar Kempen Anti Zina Sehari Sebelum Merdeka Posted: 18 Aug 2010 06:50 AM PDT Bagus..saya setuju 100 peratus. Ajak Puteri UMNO sekali join kempen ni.. Selangor lancar kempen anti-zina 30 Ogos BERNAMA SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menerusi Jawatankuasa Generasi Idaman Selangor (GeMS) akan melancarkan kempen anti-zina sebagai satu daripada usaha untuk membendung kes buang bayi. Pengerusi jawatankuasa tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Sumber Manusia Selangor, Dr Halimah Ali, berkata kempen itu akan dilancarkan sempena program untuk menangani gejala sosial pada 30 Ogos ini di I-City, Seksyen 7 di sini yang dijangka dihadiri 3,000 belia. "Program ini juga sempena sambutan kemerdekaan negara dan akan dimulakan dengan Solat Isyak dan Tarawih berjemaah selain beberapa aktiviti kesenian dan persembahan artis jemputan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata program itu bertujuan mengingatkan remaja supaya tidak lalai dan terjebak dalam gejala sosial termasuk sehingga terlanjur melakukan zina dan membuang bayi. Dr Halimah berkata, semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), aktivis sosial, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pertubuhan belia dan pihak sekolah juga akan terbabit secara langsung dalam menangani isu gejala sosial itu. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari, berkata lapan penternak lembu di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diarah berpindah ke ladang ternakan baru di Sungai Nilam, Hulu Selangor. Beliau berkata, keputusan itu diambil bagi mengatasi masalah ternakan yang berkeliaran serta ditempatkan di lokasi yang tidak sesuai seperti berhampiran kediaman, kolej dan di bawah jambatan. "Kerajaan negeri memperuntukan tanah seluas 32.4 hektar di Sungai Nilam dengan kemudahan infrastruktur lengkap bagi menampung kira-kira 500 ekor lembu milik kumpulan penternak itu. Penternak hanya perlu membina kandang di kawasan tanah berkenaan," katanya. Beliau berkata, pihak PBT terbabit akan mengeluarkan notis kepada penternak berkenaan dalam masa terdekat ini. | ||
1 Juta Umat Islam Berterawikh Di Masjid Iskandariah Posted: 18 Aug 2010 05:24 AM PDT Khabar dari Alexandria(Iskandariah),Mesir اللهم زد هذا الجمع وبارك فيه هذه مصر ... صور أفزعت العالم !! المــكان : مدينـة الإســكندرية المسجد : القائد إبراهيم - بمحطة الرمل حي الشاطبي وشاطىء الكورنيش الشيخ : حاتم .. وهو من قـرّاء مدينة دمنهور إحدى المدن الصغيرة بجوار الإسكندرية الزمان : صلاة التراويح شهر رمضان هذه مصــر - أروع صور ممــكن تشوفها عن مصر مليون مصلي (الصور التي أفزعت المراكز البحرية الأمريكية) terjemahahan bebas: gambar yang mengejutkan dunia tempat: iskandariah Mesir Imam: Imam Hatim Masjid: masjid al-Qaid Ibrahim hayyu Syatibi mahattah Raml. Jumlah : 1 juta pesolat Gambar ini mengejutkan Marine Amerika sumber: email dari orang jauh p.s: Malaysia punya Surau dan masjid???? Tinggal 1 saff je bila imam naik rakaat ke-9 terawih titik
| ||
Tok Peti Perak Si Harusani Pernah Menipu Posted: 18 Aug 2010 04:48 AM PDT MUFTI PERAK PERNAH BERBOHONG Masih ingat bagaimana Mufti Perak terlibat memanjangkan maklumat palsu Raja Sherina. Raja Sherina telah berjumpa beliau dan mendakwa sekumpulan orang Melayu akan dikristiankan di Gereja Silibin Ipoh. Dato Azhar Mansur pelayar negara katanya terlibat. Laporan Raja Sherina ini pula, Dato Mufti didedahkan dengan sensasi dalam satu forum yang berkaitan murtad di ibu kota. VCD forum yang memuatkankan pengakuan Dato mufti menjadi bukti Dato Mufti memang mendedahkan maklumat yang beliau dapat dari Raja Sherina. Maklumat dari forum itulah kemudiannya telah disebar melalui SMS kerana menganggap takkan Mufti akan berbohong. Akhirnya sekumpulan umat Islam berkumpul depan Gereja Silibin pada tarikh yang dimaksudkan. Dato Mufti berlepas tangan mengatakan dia tak terlibat. Raja Sherina (di sini) yang bersalah. Raja Sherina di minta ke Balai polis untuk siasatan dan polis sahkan maklumat itu palsu. Ini kali kedua Dato Mufti buat kerja yang sama. Modus operandinya sama. Terima maklumat dari orang yang ketiga tentang perlembagaan baru (di sini) kemudian dedahkan dalam forum terbuka. Nanti kalau timbul masalah atau maklumat palsu Dato mufti sekali lagi akan berlepas tangan. Nota: Memanjangkan berita bohong bermakna dah berbohong. Dalam kes Raja Sherina Dato Mufti dah buat kerja bohong. Maknanya tak benar pengakuan "Saya mufti, takkan saya nak berbohong (disini)". Inilah bukti bahawa Dato mufti memang pernah berbohong Dan ini pula kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat PAS desak Harussani dedah 'perlembagaan baru' KUALA LUMPUR, 18 Ogos: PAS mendesak Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan kandungan 'perlembagaan baru' dan melaporkan kepada pihak polis untuk disiasat. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan Harussani ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang. Beliau menegaskan, PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan. Malahan, jelasnya Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam telah bersepakat untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Di samping itu, melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan perkara 153. Selain itu, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan serta memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum. "Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama," ujarnya kepada Harakahdaily. Justeru, katanya PAS berpandangan sekiranya Harussani tidak segera mendedahkan siapakah yang memberi dan isi kandungannya, maka ia akan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat di negara ini. Beliau menambah, sebagai seorang tokoh agama, Harussani mesti bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan yang dibuat supaya masyarakat tidak memandang serong terhadap institusi mufti. "PAS mengharapkan kepada Tan Sri Harussani Zakaria janganlah memanaskan suasana politik yang sedia panas dengan kenyataan seperti ini di tempat awam, kerana bimbang akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis," ujarnya lagi. | ||
Seorang Lagi Pelajar Sekolah Mengandung Ali Rustam Mendaftar Masuk Posted: 18 Aug 2010 04:15 AM PDT Buang janin dalam tong MELAKA: Tindakan seorang wanita berusia 22 tahun dipercayai cuba menyembunyikan janin yang baru dilahirkannya di dalam sebuah tandas di Hospital Melaka, di sini, dengan membuangnya dalam tong sampah gagal apabila perbuatan kejamnya terbongkar, semalam. Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa sebelum itu dihantar ke wad untuk rawatan selepas mengadu sakit perut kepada keluarganya. Menurutnya, keluarga gadis terbabit tidak mengesyaki apa-apa ketika menghantarnya ke hospital bagi mendapatkan rawatan itu. "Ketika dirawat, gadis terbabit yang belum berkahwin dikatakan masuk ke tandas sebelum melahirkan janin berkenaan lalu membungkusnya serta meletakkannya di dalam tong sampah. "Gadis terbabit kemudian kembali semula ke katilnya kerana mengalami kesakitan dan doktor yang memeriksanya mengesyaki sesuatu berlaku selepas melihat kecederaan dialaminya. "Doktor kemudian bertanya kepada gadis terbabit yang akhirnya mengaku melakukan perbuatan itu (melahirkan janin dan membuangnya)," katanya. Menurutnya, doktor terbabit kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian itu sebelum sepasukan polis dari Cawangan Jenayah Seksual (D11) dan Forensik melakukan pemeriksaan di tempat pembuangan sampah bagi mengesan janin berkenaan kira-kira jam 1 tengah hari. "Setakat ini, polis hanya menyoal siasat gadis terbabit dan tidak menahannya memandangkan dia masih dirawat di wad," katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian. Beliau berkata, pihaknya masih melakukan siasatan lanjut. Tinjauan ke tempat kejadian mendapati beberapa kakitangan syarikat pembersihan sedang melakukan kerja mencari janin dalam longgokan sampah berkenaan. | ||
Utusan Fitnah Lagi..Kali Ini Giliran Universiti Al Azhar Pula Yang Kena Posted: 18 Aug 2010 03:29 AM PDT Utusan meloya fitnah lagi..kalau Anwar Ibrahim dan PR perkara biasa, tapi ulama Al Azhar adalah perkara luar biasa. Sape-sape ada kawan kat Al Azhar, minta universiti itu saman Utusan..biar bangkrap utusan meloya nih.. Utusan Online didakwa fitnah Universiti Al-Azhar ? Utusan Online didakwa telah melaporkan secara fitnah dengan menegaskan Universiti al-Azhar membuat kesimpulan, pemain-pemain bola sepak professional boleh mendapat pengecualian berpuasa dalam bulan Ramadan. "Ini merupakan satu fitnah kepada institiusi tersebut. Al-Azhar tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawasanya seseorang itu dikecualikan dari ibadah yang rukun ini, " tegas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani kepada Harakah. Ini kerana kata beliau, belum ada ulama yang mengatakan seorang muslim yang sudah baligh, waras lagi merdeka boleh terkecuali dari berpuasa melainkan sekiranya individu tersebut kafir, atau seorang muslim yang hamba dan kanak-kanak bawah umur. "Fatwa tersebut adalah daripada dar al-ifta' bukan dari al-Azhar," tegasnya lagi. Justeru beliau berharap agar Utusan Online lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang artikel yang boleh menyentuh hukum serta sensitiviti umat Islam. Ustaz Azman menyifatkan laporan Utusan Online yang menulis tentang 'pemain bolasepak Jerman dikecualikan berpuasa' amat keterlaluan. Beliau berkata, selaku medium perantaraan maklumat kepada rakyat Malaysia, akhbar arus tradisional itu wajar mengetengahkan berita-berita yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan bukannya yang mencetuskan kekeliruan dan kontroversi. "Tidak keterlaluan juga dikatakan, penulis berita itu terlalu cetek dalam penulisan. Sebagai media yang menjadi tatapan awam, Utusan perlu menilai sejauh mana kebenaran dan dari mana sumber rujukan kepada setiap hasil penulisan," katanya kesal dengan laporan itu kepada Harakah. Jelas Ustaz Azman, kewajipan berpuasa itu terpikul kepada semua individu muslim yang menepati syarat-syarat sah puasa dan sekiranya syarat-syarat itu dipenuhi maka beliau wajib perlu berpuasa dan tiada istilah 'kecuali' dalam isu ini. "Ini kerana puasa di bulan Ramadan adalah rukun kepada umat Islam. Jadi tidak ada pengecualian hatta kepada pemain bola sepak. Yang ada kebenaran untuk berbuka kerana di sana terdapat syarat wajib berpuasa. Jadi sekiranya individu muslim itu tidak menepati syarat-syarat, maka dibenarkan berbuka tanpa ada pengeculian untuk berpuasa," tegasnya. Kelab iran pun buang Ali Karimi yang tak puasa, inikan pula utusan yang cuba jadi ulama terompah macam Harusani, nak keluarkan fatwa ntah apa-apa | ||
Peguam SPRM Yang Kena Ketawa Ramai-Ramai, Dihalang Pula Di Tengah Jalan Posted: 18 Aug 2010 02:18 AM PDT Inilah natijahnya apabila orang tak percaya lagi pada mahkamah kangaroo negara ini. Ada ke peguam SPRM ditertawakan oleh orang ramai, sebab tanya soalan budak sekolah mengandung..padan muka..kan kena halang kat jalan raya.. Inkues Teoh: Kekecohan juga di luar Satu kekecohan kecil berlaku di luar mahkamah selepas selesai prosiding kes inkues Teoh Beng Hock di Shah Alam hari ini. Seorang lelaki yang memegang poster Teoh didakwa bertindak menghalang kereta yang dinaiki Abdul Razak dan menjatuhkan dirinya sendiri beberapa kali tetapi kemudian memberitahu media bahawa pemandu Abdul Razak cuba melanggarnya. Kejadian yang disaksikan berpuluh anggota media dan orang ramai itu berakhir apabila seorang lelaki yang tidak dikenali menarik lelaki itu untuk memberi laluan bagi membolehkan Abdul Razak beredar. Terdahulu, pada jam 8.45 pagi, seramai 30 orang hadir di hadapan bangunan mahkamah bagi memberi sokongan kepada keluarga Teoh. Mereka berkumpul secara aman dan bersurai sejurus selepas prosiding berakhir empat jam selepas itu. Pada satu sidang akhbar Gobind Singh Deo, peguam yang mewakili keluarga Teoh, berkata tindakan ketua pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mempersoalkan taraf pendidikan pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand menunjukkan ketidakmatangan Datuk Abdul Razak Musa. Katanya Abdul Razak tidak fokus kepada isu utama dalam prosiding. Malik Imtiaz Sarwar, peguam yang mewakili kerajaan Selangor, pula menyatakan tindakan mempersoalkan taraf pendidikan saksi itu, adalah memalukan. Ketika prosiding, Abdul Razak telah mengemukakan soalan mengenai taraf pendidikan Pornthip yang diperoleh dari Universiti Mahidol di Thailand yang tidak diiktiraf di negara ini tetapi Pornthip berkata universiti itu merupakan antara lima universiti terbaik di Asia. Sementara itu, Bernama melaporkan beberapa individu yang hadir pada kes inkues hari ini menjadikan mahkamah seolah-olah tempat mendengar ucapan ahli politik dengan bertindak menepuk tangan dan membuat bising. Menurut Bernama, keadaan itu berlaku dari awal prosiding sehinggalah ketika Abdul Razak menyoal Pornthip. Mereka didakwa melontarkan kata-kata kesat apabila Abdul Razak bertanyakan soalan kepada Pornthip dan apabila Pornthip memberi kenyataan yang tidak memihak kepadanya (Abdul Razak), mereka bertepuk tangan. Situasi itu didakwa bukan sahaja mengganggu prosiding tetapi juga menyebabkan pihak media gagal mendengar dengan jelas. Ada individu berkenaan diminta keluar daripada mahkamah setelah melontar kata-kata kesat kepada Abdul Razak. Anggota exco kerajaan Selangor Ronnie Liu dilihat seperti merakamkan prosiding itu menggunakan telefon bimbitnya tetapi kemudiannya ditegur oleh anggota polis. | ||
Posted: 18 Aug 2010 12:38 AM PDT Bekas pengetua asrama anak yatim dituduh cabul KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengetua asrama anak yatim dan miskin dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mencabul kehormatan penghuni perempuan asrama itu, Oktober tahun lalu. Abdul Rahman Ramani, 41, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Aidatul Akmal Maharani. Abdul Rahman didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan penghuni berusia 14 tahun itu dengan meraba kemaluan dan payudara mangsa di pejabat Asrama Baitul Ummah, Taman Setapak Indah, Sentul, di sini, pada jam 8 malam, 20 Oktober tahun lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut seksyen dan kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norasyikin Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam bela M Govindaraju.
Norasyikin sebelum itu menawarkan tertuduh diberi ikat jamin RM15,000 kerana kesalahan dilakukannya jenayah seksual yang serius dan mengambil kira kepentingan awam. "Dia didakwa melakukan perbuatan itu ketika masih menjadi pengetua asrama itu dan mangsa pula penghuni di situ," katanya.
Bagaimanapun, Govindaraju memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan kerana terlalu tertingg dengan meminta mahkamah mengambil kira latar belakang anak guamnya yang tiada pekerjaan tetap. "Jaminan berperanan memastikan tertuduh hadir ke mahkamah, tambahan dia belum disabitkan dengan kesalahan.
"Mohon jaminan dikurangkan kepada RM3,000," katanya.
Aidatul Akmal membenarkan tertuduh dijamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 September untuk sebutan semula kes. | ||
Lagi Bayi Dibuang Di Bulan Ramadhan Posted: 17 Aug 2010 11:54 PM PDT Bayi dibuang di tepi pagar rumah polis KUALA TERENGGANU, 18 Ogos: Gejala pembuangan bayi yang dilahirkan hasil kehamilan luar nikah semakin menjadi-jadi dalam negara serta tidak terkecuali di negeri ini. Ini berikutan penemuan kes terbaru seorang bayi lelaki yang masih hidup serta bertali pusat telah ditinggalkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Kampung Hulu Takir, dekat sini, semalam. Malah, mereka yang tidak berhati perut itu bagaikan telah mengetahui penghuni rumah yang ditinggalkan bayi tersebut merupakan seorang anggota polis di Ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu. Bayi tersebut ditemui oleh seorang remaja perempuan, Nur Hafiana Marzuki, 19, kira-kira jam 10.15 malam tadi di atas rumput hadapan pintu masuk pagar rumahnya dalam keadaan tanpa secebis pakaian. (Gambar: Nur Hafiana menunjukkan tempat bayi lelaki malang itu ditemui.) Sejurus selepas bayi malang tersebut ditemui dan diambil oleh Nur Hafiana terus diselimutkan dengan tuala sebelum menghubungi ibu bapanya yang kebetulan tiada di rumah ketika itu. Menurutnya, kejadian penemuan bayi tersebut amat mengejutkan ahli keluarga kerana jika terlambat diselamatkan kemungkinan meninggal dunia disebabkan kesejukan. "Kira-kira jam 10.15 malam, saya mahu keluar ke kedai dan terjumpa seorang bayi lelaki dalam keadaan berbogel tanpa sebarang pakaian ditinggalkan di atas rumput depan pintu pagar rumah saya. "Selepas diambil (bayi) saya masuk semula ke dalam rumah dan menyelimuti bayi itu dengan kain tuala saya. "Dan saya terus menghubungi ibu dengan memberitahu kejadian penemuan seorang bayi lelaki yang masih hidup dan bertali pusat," ujarnya. Sehubungan itu, kata beliau bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) oleh ibu bapanya untuk pemeriksaan kesihatan. Marzuki Hamid, 44, yang merupakan seorang anggota polis yang berkhidmat di bahagian hal ehwal awam pula memberitahu, ketika kejadian beliau bersama isteri serta anak-anak lain berada di bandar Kuala Terengganu atas urusan keluarga. "Saya terkejut apabila diberitahu oleh anak (Nur Hafiana) melalui panggilan telefon tentang penemuan bayi itu. "Setelah pulang ke rumah, saya terus membawa bayi itu ke hospital (HSNZ) dan membuat laporan polis," jelasnya. Harakahdaily dimaklumkan berat bayi lelaki berkenaan dianggarkan 2.7 kilogram ditemui dalam keadaan sihat serta tidak menangis ketika dibuang. | ||
Posted: 17 Aug 2010 10:57 PM PDT Pijak isteri hamil AMPANG: Puncanya hanya kerana menguatkan bunyi televisyen, namun habuan diterima begitu azab apabila seorang wanita yang sedang mengandung enam bulan dipijak suami sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini, Ahad lalu. Berikutan itu, bayi dalam kandungan wanita terbabit masih belum diketahui tahap kesihatannya dan polis menunggu laporan perubatan akan dikeluarkan hospital dalam tempoh terdekat. Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika pasangan berkenaan baru setahun mendirikan rumah tangga berada di rumah sebelum berlaku pertengkaran. "Ketika kejadian, suami mangsa memintanya memperlahankan suara televisyen dipasang dan mangsa mengikut arahan lelaki terbabit dengan memperlahankannya. "Bagaimanapun, suaminya memberitahu dia mahu keluar bermain snuker bersama rakannya," katanya. Menurutnya, baru saja beberapa langkah suaminya mahu keluar, mangsa kembali meninggikan suara televisyen membuatkan lelaki berkenaan naik angin dan berpatah balik. "Suami mangsa menghampiri dan dengan nada marah mendakwa mangsa cuba bersikap kurang ajar dan sengaja mencabarnya. "Bagaimanapun, mangsa memberitahu tidak berniat mahu menyakitkan hati suaminya dan meninggikan suara televisyen kerana menyangkakan suaminya keluar," katanya. Sumber terbabit berkata, suaminya yang tidak puas hati jawapan diberikan terus meluru sebelum memukul tangan mangsa dengan kuat sehingga menyebabkan kecederaan. "Tidak cukup dengan itu, suami mangsa yang panas baran naik angin dan memijak perut mangsa yang mengandung enam bulan. "Mangsa hanya mampu meraung dan menjerit meminta suaminya berhenti dari memijak perutnya sebelum lelaki berkenaan menghentikan tindakan itu dan meninggalkan mangsa menahan kesakitan," katanya. Menurutnya, isteri malang terbabit yang tidak puas hati dengan tindakan suaminya itu membuat laporan kepada pihak berkuasa dan susulan itu, polis menahan suami mangsa yang berusia 20-an untuk membantu siasatan. "Lelaki berkenaan ditahan di rumahnya kelmarin bagi membantu siasatan kes terbabit dan setakat ini polis menunggu laporan pemeriksaan hospital untuk menentukan keadaan bayi dalam kandungan wanita itu. "Bagaimanapun, pemeriksaan awal mendapati wanita berkenaan bernasib baik kerana tidak keguguran dan mangsa mendakwa kandungannya sudah ada pergerakan dan mungkin dalam keadaan stabil," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahanan lelaki terbabit. | ||
Posted: 17 Aug 2010 10:10 PM PDT KLANG: Seorang peniaga sate di bazar Ramadan Simpang Empat, Teluk Pulai, di sini, nyaris cedera selepas dipukul dengan kasut oleh seorang peniaga lain yang tidak berpuas hati dengannya. Menurutnya, tindakannya menegur urusetia terbabit menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap isteri peniaga warga asing itu sebelum dia bersama anak lelakinya berusia lingkungan 13 tahun pergi ke tempat dia berniaga. "Dia bersama anak lelakinya tanpa ada perasaan malu memaki hamun saya dan kejadian itu berlaku ketika waktu kemuncak dan orang ramai hanya mampu menggelengkan kepala," katanya. Hashim berkata, ketika wanita itu berjalan meninggalkan tempatnya berniaga, dia sempat memegang bahu anak lelakinya bertujuan menenangkannya. "Bagaimanapun, wanita itu salah faham dan terus mengambil selipar dan cuba mengetuk saya, namun berjaya ditepis. "Tidak puas hati dengan itu, dia mencabut sebelah selipar lagi dan cuba memukul saya, namun gagal. "Dia kemudian dengan ego berjalan ke arah tempatnya berniaga sambil mulutnya tidak henti-henti memaki hamun saya," katanya yang turut membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu. Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada tindakan urusetia di situ yang menjual tapak terbabit dengan harga RM1,000 kepada warga asing sedangkan peniaga warga tempatan hanya mampu membayar antara RM400 hingga RM450 saja. Hashim turut membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu | ||
Live Inkues Teoh Beng Hock : Peguam SPRM Ditertawakan Pengunjung Mahkamah Posted: 17 Aug 2010 09:23 PM PDT Mana lebih power?? Nota bunuh diri yang tak tahu sumber dari mana ataupun pakat tentang orang bunuh diri?? Pakar pathologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand yang bakal menyambung keterangan bagi menentukan kematian pegawai khas exco DAP, Teoh Beng Hock dilihat hadir di mahkamah kira-kira jam 9 pagi tadi. Beliau mendapat tepukan gemuruh sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik mahkamah dengan mendapat kawalan ketat daripada beberapa pengawal keselamatan. Mahkamah majistret di sini pagi ini cukup sesak dengan orang ramai serta media yang hadir bagi membuat liputan berhubung keterangan Dr Pornthip. Turut hadir Penasihat DAP Lim Kit Siang, ADUN Pandamaran Ronnie Liu, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Zulkefly Ahmad, wakil kerajaan negeri Selangor serta ahli keluarga Teoh. Dr Pornthip yang sebelum ini mengumumkan tidak akan hadir memberi keterangan sebaliknya menukar pendirian tersebut dan tiba ke Malaysia semalam yang dibawa oleh kerajaan Selangor. Keterangan beliau dilihat begitu penting dalam menentukan kematian Teoh selepas pendedahan 'nota terakhir' yang didakwa ditulis dan menjelaskan tindakan bunuh diri oleh Teoh. -FMT Malaysiakini melaporkan: Ahli patologi forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan mula memberi keterangan di bangunan mahkamah di Shah Alam, jam 9.31 pagi bagi menyambung keterangan inkues kematian Teoh Beng Hock. Beliau menceritakan penemuan dan kesimpulannya berhubung bedah siasat kedua yang dijalankan. Pornthip, sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan mendakwa hasil pemerhatiannya mendapati kemungkinan 80 peratus kematian Teoh adalah kerana dibunuh manakala 20 peratus lagi akibat bunuh diri. Kehadirannya di mahkamah pagi ini disambut tepukan gemuruh oleh penyokong Teoh yang memenuhi bilik perbicaraan hari ini. Aktivis telah berkumpul bagi menghadiri inkues ini bukan sahaja sebagai sokongan kepada Teoh dan mendengar keterangan terbaru Pornthip tetapi juga untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada pejabat Peguam Negara berhubung sekeping 'nota misteri'. Bekas ketua forensik Unit Siasatan Lokasi Jenayah, Amidon Anan, juga berada di mahkamah hari ini. Beliau hadir atas kapasiti peribadi. Saksi pertama Koroner Azmil Munthapa Abas memulakan prosiding dengan memanggil Pornthip sebagai saksi pertamanya. Beliau kemudian disoal oleh peguam, Malek Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor dengan meneliti laporannya dan beberapa gambar yang diambil pada bedah siasat kedua. Pornthip berkata beliau mendapati pendarahan di tengkuk Teoh sehingga ke bahagian otot mangsa. Kesan berkenaan juga, katanya lebih luas daripada kesan dicekik kerana cengkaman fizikal di bahagian leher adalah lebih kuat. Menurut Pornthip berdasarkan 34-35 kes kajiannya hasil jatuh daripada tempat tinggi sebelum ini, tidak ada yang mempunyai kesan seumpama itu. Katanya, dia berpendapat tidak mungkin lebam adalah kerana impak akibat jatuh. Pornthip juga menolak kemungkinan lebam itu disebabkan keretakan tulang belakang. Beliau mempertahankan pemerhatiannya sebelum ini bahawa ia adalah kecederaan sebelum jatuh yang dilakukan dengan "tekanan dan kuasa yang lebih besar" berbanding dicekik. Katanya, ia mungkin " seseorang meletakkan sesuatu di tengkuk Teoh atau menekan kepalanya ke atas sesuatu". Tak sependapat dengan Dr Vaneziz Merujuk laporan bedah siasat pertama, pakar patologi Thailand itu berkata dia tidak boleh menolak kemungkinan Teoh tidak sedarkan diri semasa jatuh kerana laporan menunjukan berlaku 'cerebral edema'. Ia menunjukkan Teoh mengalami hypoxia, di mana otak tidak menerima oksigen untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 minit. Hypoxia berlaku akibat salur darah, arteri atau trakea yang tersumbat. Pornthip tidak bersetuju dengan Dr Peter Vaneziz bahawa tanda pendarahan di tengkuk adalah akibat keretakan pada dagu. Katanya, keretakan dagu hanya membabitkan pendarahan di kawasan kecil dan tidak merebak hingga ke dada. Juga tidak terdapat salur darah besar di dagu yang boleh menyebabkan pendarahan berlebihan. Pada keterangannya itu, Pornthip juga memberitahu inkues bahawa tiada keretakan pada pergelangan tangan, yang lazimnya berlaku dalam kes apabila seseorang cuba melindungi diri mereka daripada kejatuhan dengan tangan. Terdapat keretakan dan luka di atas satu daripada pergelangan kaki Teoh tetapi tiada dikesan pada dasar tengkorak mangsa. Justeru, Pornthip berkata dia tidak bersetuju dengan Vaneziz bahawa Teoh mendarat dengan kedua-dua kakinya dan mangsa sedar semasa jatuh. Pornthip berkata kesan koyak di bahagian dubur dan kecederaan pada bahagian punggung adalah disebabkan akibat kejatuhan dan bukan kerana dipukul seperti yang disangkanya sebelum ini. Sehubungan itu, Pornthip mempertahankan pendapatnya berhubung kecederaan sebelum kejatuhan tetapi tidak dapat mengesahkan bahawa Teoh sedar semasa jatuh. Beliau juga tidak mahu memberi peratusan punca kematian kerana kesimpulan berdasarkan laporan bedah siasat. Namun Porhthip pasti, kejadian itu bukan percubaan bunuh diri. 'Ini adalah protokol' Malik selesai menyoal pakar patologi Thailand itu pada jam 10.45 pagi dan perbicaraan disambung dengan giliran peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili keluarga Teoh pula untuk bertanyakan soalan. Pornthip berkata berdasarkan pengalamannya sebagai penyiasat lokasi jenayah dan juga ahli sains forensik, sebarang nota yang dijumpai mesti diuji untuk DNA, cap jari dan cetakan tapak tangan pada kadar segera dan kemudiannya dihantar untuk ujian analisis tulisan. "Ini adalah protokol." Bagaimanapun nota sedemikian tidak memberi kesan ke atas siasatan kerana ia dianggap bersifat emosi. Justeru, katnya, beliau lebih gemar bergantung kepada sains. KEMASKINI TERBARU - dari twitter Sebaik saja Gobind selesai, peguam SPRM Datuk Abdul Razak Musa pula menyoal. Razak mempersoalkan malah mempersendakan kelayakan Pornthip. Beliau bertanya: anda belum pernah memberi keterangan di luar Thailand dan Pornthip bersetuju. Bahan bukti anda tidak diterima di luar Thailand. Gobind membantah jika beliau belum memberikan keterangan di luar Thailand bagaimana bahan bukti hendak diterima di luar Thailand, disambut ketawa orang ramai Razak menanya samada hasil siasatannya berdasarkan imaginasi dimana Pornthip menyangkalnya. Razak sekali lagi cuba menyerang Pornthip dengan isu kelayakan beliau pula dan sekali lagi isi mahkamah ketawa. Tugas Saya Untuk Membantu Pihak Si Mati Pornthip menyatakan universiti beliau adalah di antara ke 5 terbaik di dalam dunia. Razak menyatakan Pornthip tidak layak tetapi Gobind membantah. Malek pula persoalkan keperluan pertanyaan-pertanyaan Razak tersebut. Pornthip menyatakan "Anda perlu faham. Saya datang untuk membela pihak si mati, bukan untuk kerjaan Selangor". "Objektif saya ialah untuk membantu pihak si mati," tegas Pornthip yang disambut dengan tepukan gemuruh isi mahkamah. Razak bertanya Pornthip mengenai kejadian di malam sebelum Teoh ditemui mati. Pornthip menyatakan beliau kekurangan bahan bukti. Lagipun ia tidak penting di dalam bedah siasat. Razak bertanya kenapa Pornthip menyatakan Teoh tidak membunuh diri sedangkan tiada saksi menyatakan Teoh bergelut? Pornthip menjawab: "Saya tak katakan pun beliau bergelut?" |
You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan