Justice For All |
- PR Memang Buat Kerja
- Najib Perlu Ajak Anak Muda Sembahyang..Perlu Jadi Imam
- Ketua Menteri nyaris kena kasut
- Live Kes Fitnah II : Mahkamah Kangaroo Tolak Permohonan Anwar
- Betul Ke Ni Harusani???
- Strategi Lapuk BN
- UMNO Mula Lancar Perang Ke Atas MCA
- Pemain Terkenal Iran Dibuang Kerana Tak Berpuasa
- Macam2 Zaman Najib..Isteri, 2 Anak & Ibu Mertua Cacat Seumur Hidup Disimbah Asid
- Peti sejuk 56 tahun masih berfungsi
- Kotor!!! Tikus Dalam Kuah Roti Canai
- Saman 3 Juta Kerana Bawa Laju, Bakal Catat Rekod Dunia
- Lagi Bayi Dibuang Harini..Memang Zaman Najib Penuh Dengan Bala
- Mesir Buka muzium Islam Terbesar Di Dunia
- Ntah Apa2 Zaman Najib : Orang Melayu Jual Lauk Untuk Orang Ponteng Puasa
- Perkose Bantah Geng Sendiri
- Macam2 Zaman Najib..Gara2 Dirogol Bapak, Budak Sekolah Rendah Kemaruk Berzina
- Sumpah Ala Sayfooooool & Najib, Tapi Berzina & Minum Arak..
- Satu Lagi Kejadian Bazar Dilanda Ribut
- Cara Mudah Kenali Produk Buatan Yahudi
- Macam2 Zaman Najib..Rumah Terbakar Disambar Petir
- Barang-Barang Milik Nabi Kita Cintai, Nabi Muhammad S.A.W
- Saksi Utama Dedahkan Segalanya..Norman Hakim Bakal Terperangkap
- Ramai Peniaga Bazar Tsunami Jasin Serik Tak Nak Meniaga
| Posted: 15 Aug 2010 08:57 PM PDT
Abdul Aziz (kanan) menunjukkan gambar ketika majlis penyerahan kunci surau itu bulan lalu.
Lebih menggembirakan surau itu diterima kira-kira tiga minggu sebelum 1 Ramadan. Surau Al-Hijrah yang boleh memuatkan kira-kira 500 jemaah pada satu-satu masa memberi kemudahan kepada umat Islam PPR itu untuk menjalankan pelbagai aktiviti ibadah dengan lebih selesa. Menurut Pengerusi Surau Al-Hijrah, Abdul Aziz Sidek, sejak empat tahun lalu penduduk terpaksa bersembahyang tarawih di surau yang terletak di bawah blok bangunan. "Sambutan Ramadan tahun ini adalah paling menggembirakan penduduk di sini kerana tidak perlu bersesak dalam surau yang kecil dan sempit setiap kali solat tarawih. "Kalau empat tahun lalu nak solat tarawih pun terpaksa bersesak-sesak, malah pengurusan surau terpaksa menyediakan khemah di luar surau kerana terlalu ramai. "Tapi kini berkat usaha dan kesabaran kita mendapat surau baru yang selesa dan indah setelah kerja-kerja pembinaan yang dilakukan sejak tahun lalu selesai," katanya kepada The Malaysian Insider semalam. Surau Al-Hijrah yang boleh menampung kehadiran 500 jemaah pada satu-satu masa. The Malaysian Insider difahamkan satu majlis penyerahan kunci surau itu telah diadakan bulan lalu dengan disempurnakan oleh Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup. "Kini segala penantian sudah berakhir dan bersyukur kerana doa dan harapan penduduk berkenaan selama ini untuk memiliki surau lebih sempurna dan selesa akhirnya termakbul," kata Abdul Aziz. Katanya, surau itu dapat memberi kemudahan untuk warga PPR melakukan pelbagai program. Pihak ahli jawatankuasa surau pula katanya, akan cuba memikirkan bentuk-bentuk program agar aktiviti di surau ini akan terus hidup. Surau Al-Hijrah yang menelan kos RM2 juta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya bilik audio, bilik imam, pejabat serta bilik kelas agama. Selain itu, turut disediakan ruang dapur dan dewan makan yang luas dan selesa, bilik jenazah serta tandas dan ruang wuduk yang dilengkapi kemudahan untuk golongan orang kurang upaya. Tian Chua menyampaikan sumbangan kepad wakil pihak pengurusan Surai Al-Hijrah petang semalam. Setiausaha Surau Al-Hijrah, Razak Sahimi berkata, sebelum ini penduduk PPR memiliki sebuah surau di bawah blok bangunan namun sering berlaku kesesakan kerana ruang yang agak kecil apabila terdapat aktiviti atau majlis tertentu. Kira-kira separuh daripada 6,000 penghuni PPR Intan Baiduri beragama Islam. Beliau berkata surau baru itu akan dapat memberi ruang yang lebih luas, sekali gus memberi keselesaan kepada para jemaah untuk mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan khasnya. Sementara itu Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang ditemui ketika program berbuka puasa di surau Al-Hijrah berkata, sepanjang Ramadan beliau akan mengunjungi kesemua surau dan masjid di bahagian Parlimen tersebut untuk menyampaikan sumbangan. "Saya difahamkam di Parlimen Batu mempunyai kira-kira 60 buah surau dan masjid jadi saya mengambil inisiatif untuk menyampaikan sumbangan sepanjang Ramadan. "Hari ini sahaja kita sudah pergi ke tujuh surau atau masjid untuk serahkan sumbangan," katanya yang kini berhadapan dengan rayuan kes yang bakal menentukan sama ada kerusi itu akan kosong atau sebaliknya. Terlebih dahulu Tian Chua turut membantu menyediakan bubur lambuk di surau Al-Hijrah untuk diedarkan kepada penduduk PPR Intan Baiduri dan kawasan sekitar. | |
| Najib Perlu Ajak Anak Muda Sembahyang..Perlu Jadi Imam Posted: 15 Aug 2010 08:25 PM PDT 80 peratus anak muda Islam negara ini tak sembahyang. Ini merupakan peratusan yang banyak. Punca utama gejala sosial dan jenayah ialah kerana terlalu ramai yang tak sembahyang. Semalam13 ogos 2010 , 4 kes buang bayi di lapurkan. Itu yang lapor, kita tak tahu yang buang dalam hutan atau yang tak jumpa. Masalah sosial semakin parah. Ekoran itu perbagailah cadangan di buat apabila masalah berlaku, bila tak berlaku atau media tak lapor, masing-masing menteri lena. Semalam Dato Sharizat kata nak hukum gantung sampai mati. Ya memang baik. Tetapi dato, adakah dato ajak anak muda kita solat. Dato cakap di pucuk tetapi masalah di akar amat parah. Masalah di bawah parah dan bernanah. Kita kena fokus masalah ini. Kita kena wujud suasana keagamaan dalam jiwa anak muda Islam. Jangan biar mereka masuk neraka. Perdana Menteri dan barisan menteri Islam, ajaklah anak muda sembahyang dan belajar agama. Dalam masjis apa sekali pun, ajaklah rakyat sembahyang. Peruntukan 1 minit untuk ajak orang sembahyang, cukup memberi kesan besar kepada masyarakat Buat secara menyeluruh, sebagai contoh, kementerian penerangan boleh iklan di TV, bila rasmi majlis boleh selit ucapan ajak orang solat, iklan di media dan sebagainya. | |
| Ketua Menteri nyaris kena kasut Posted: 15 Aug 2010 08:00 PM PDT SRINAGAR - Seorang anggota polis membaling kasut ke arah Ketua Menteri Kashmir, Omar Abdullah pada majlis meraikan Hari Kemerdekaan India kali Ke-64 di sebuah stadium sukan di sini semalam. Kasut yang dibaling itu tidak mengenai Omar manakala pembalingnya ditangkap oleh beberapa pengawal peribadi pemimpin tersebut. "Mental dia (anggota polis itu) tidak stabil selain menghadapi satu dakwaan jenayah. Tugasnya turut digantung kerana aktiviti jenayah (yang dilakukannya)," kata satu kenyataan polis. Semasa kejadian, anggota polis itu menjerit mahukan kebebasan yang merujuk kepada pembebasan Kashmir daripada pemerintahan India. - Agensi | |
| Live Kes Fitnah II : Mahkamah Kangaroo Tolak Permohonan Anwar Posted: 15 Aug 2010 07:28 PM PDT
Kan dah jangka, mesti permohonan Anwar ditolaknya.(sini) Sebab mahkamah kita mahkamah kangaroo. Hakim kata tuduhan Anwar hanyalah andaian semata-mata. Lawak betul hakim lingam ni..bukankah Anwar ada cukup fakta dan bukti..dan dakwaan Anwar itu bukannya dengar cakap. Satu lagi yang paling rakyat tahu..kenapa Sayfooool dan Farah tak nafikan skandal mereka?? Jelas bahawa system kehakiman sudah rosak..penuh dengan nanah UMNO
Permohonan batalkan pertuduhan liwat Anwar ditolak
KUALA LUMPUR 16 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal buat kali kedua dalam usahanya untuk membatalkan pertuduhan liwat yang dikenakan ke atasnya selepas Mahkamah Tinggi disini hari ini menolak permohonan itu dengan alasan dakwaan hubungan sulit timbalan pendakwa raya,Farah Azlina Latif dan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah bersifat andaian semata-mata. - Utusan | |
| Posted: 15 Aug 2010 06:51 PM PDT Tidak hormat negara IPOH - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa ada individu tertentu mengambil kesempatan menghasilkan perlembagaan baru menggantikan Perlembagaan Persekutuan sedia ada. Katanya, beliau difahamkan sekarang ini sudah ada perlembagaan baru dibuat di Alor Setar, Kedah dengan isi kandungannya antara lain menyebut mahu menyisihkan hak keistimewaan orang Melayu dan Islam yang dijamin dalam perlembagaan sekarang. "Kebetulan saya berceramah di Alor Setar. Ada seseorang datang memberikan saya tiga buku perlembagaan (baru) yang dikehendaki oleh pihak tertentu," katanya ketika menjadi panel dalam Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di sini, semalam. Hadir sama, Penasihat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Presiden Pertubuhan Pemikir Melayu Malaysia, Profesor Datuk Dr Kamarudin Kachar dan Naib Pengerusi Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Hafiz Nordin yang turut menjadi panel pada program itu. Kira-kira 300 orang melibatkan ahli GMP, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak dan aktivis Melayu termasuk Tan Sri Jins Shamsuddin hadir pada program anjuran GMP dan GPMS itu. Harussani berkata, perpecahan di kalangan orang Melayu menyebabkan bangsa itu hilang kewibawaan sehingga kaum lain semakin berani membuat pelbagai tuntutan dan mahu hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan. "Kenapa kita berpecah belah hanya kerana salah tafsir iaitu melampau dalam berpegang pada syariat Islam. Sepatutnya kita semua bersatu. Saya tidak suruh hapuskan parti, tetapi saya minta orang Melayu pertahankan Islam dan hak mereka," katanya. Ditanya berhubung individu yang terbabit dalam penghasilan perlembagaan baru itu, Harussani enggan mengulas lanjut. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Harussani berkata, generasi muda harus bersatu padu bagi memastikan perpaduan dalam kalangan orang Melayu terjamin. "Mereka perlu diberi kesedaran dengan menyertai wacana seperti supaya minda lebih terbuka bagi memelihara kepentingan hak orang Melayu yang semakin dipinggirkan," katanya. | |
| Posted: 15 Aug 2010 06:07 PM PDT SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) menyalakan bara sentimen dalam kalangan orang Melayu sebagai strategi lapuk. Naib Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, BN/UMNO heboh mahukan orang Melayu bersatu sebagai kaum majoriti tetapi isu salah guna kuasa, rasuah dan kecurangan hanya ditutup sebelah mata. "Persoalannya, bersatu untuk apa? Kita tidak rela kalau perpaduan bangsa hanya untuk membenarkan pimpinan elit UMNO menggunakan kuasa mereka dengan mengamalkan rasuah dan memperkaya diri sendiri. "Seandainya orang Melayu termakan umpan dan bersatu menyokong kecurangan ini, maka musibah akan melanda bangsa dan negara kelak," kata Azmin dipetik dalam laman blognya www.azminali.com. Menurutnya, perpaduan perlu mempunyai asas dan tidak boleh digunakan untuk perkara yang mengongkong individu. "Ini kerana ia bertentangan dengan jaminan Tuhan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan maruah yang perlu dijamin. "Kita bersyukur apabila orang Melayu kini cukup matang dan tidak mudah terperangkap dalam polemik diskaun 7 peratus Bumiputera untuk belian tanah dan rumah mewah. "Masih terdapat pelbagai inisiatif dan subsidi untuk golongan kaya tetapi malang apabila subsidi rakyat dihakis sehingga ayam dan gula di dapur juga semakin mahal," katanya. Beliau yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, perkara yang perlu dikaji ialah rumah mampu dimiliki rakyat pada harga yang munasabah terutama majoriti orang Melayu. "Lihat sahaja kualiti rumah untuk rakyat miskin dengan dapur yang sempit, kamar tidur bersiling rendah, bilik mandi dipasang dengan jubin yang tidak berkualiti, tiada padang permainan dan jumlah rumah yang terlalu padat. "Ini adalah realiti sebenar kesempitan dan himpitan hidup yang menimpa majoriti orang Melayu di setiap bandar ketika tanah dan kawasan strategik diberikan kepada tauke-tauke dan kroni mereka," katanya | |
| UMNO Mula Lancar Perang Ke Atas MCA Posted: 15 Aug 2010 05:15 PM PDT Kah..kah..UMNO mula bangkit lawan MCA..makin berperanglah korang..biar cepat skit jatuh dan berkubur.. Jangan menyimpang perjuangan KUALA TERENGGANU 15 Ogos – MCA diingatkan supaya tidak mengambil pendirian menyimpang daripada apa yang diperjuangkan bersama rakan-rakan lain di dalam Barisan Nasional (BN). Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, parti itu tidak boleh 'melarikan diri' daripada apa yang disepakati selama ini. Katanya, MCA tidak seharusnya kelihatan seperti menentang kesepakatan itu terutama membabitkan sesuatu isu seperti apa yang berlaku sekarang. "UMNO dulu bila berdepan ancaman dan cabaran Pas, kita buat keputusan dalam ruang politik kita. Jangan melebihi apa yang diperjuangkan Pas dalam sesuatu isu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu di sini petang ini. Hishammuddin berkata demikian sewaktu diminta mengulas mengenai tindak-tanduk MCA ketika ini yang dianggap sesetengah pihak seperti menyokong DAP terutama berkaitan desakan membabitkan kepentingan bumiputera. Beliau menarik perhatian, dalam usaha mengatasi pengaruh DAP, MCA tidak harus melakukan satu lagi kesilapan besar. "Sekarang kita lihat bagaimana Pas sanggup lakukan apa saja termasuk menidakkan kedudukan Islam yang diperjuangkan olehnya selama ini apabila membabitkan sesuatu isu," ujarnya. Pemuda selar MCA berhubung kuota bumiputera KUALA LUMPUR 15 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO menyelar pendirian MCA yang mahu kerajaan mengkaji semula pemberian kuota kepada kaum Melayu dan bumiputera dalam menjayakan matlamat Model Baru Ekonomi (MBE). Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, permintaan MCA itu tidak selari dengan kemahuan dan usaha parti-parti komponen dalam kerajaan Barisan Nasional (BN). Katanya, MCA yang menjadi sebahagian daripada BN tidak seharusnya mengambil kesempatan untuk muncul seperti sebuah kumpulan cauvinis Cina berhubung perkara itu seperti amalan politik pembangkang selama ini. "Sebagai sebuah parti komponen, MCA perlu terlebih dahulu membenarkan niat MBE dijayakan sepenuhnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan. "Sikap MCA yang gemar mengemukakan 'tekanan' sebelum pelaksanaan sesuatu dasar tidak menggambarkan kematangan parti itu sebagai sebuah parti komponen kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kerajaan perlu mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota dalam memastikan perkongsian tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera mencapai matlamatnya. "Ia lebih baik kerana banyak kes terutama kontraktor Kelas F yang semuanya adalah bumiputera apabila mendapat projek akan 'mengalibabakan' kepada pihak lain. "Lebih baik berikan kepada mereka yang lebih layak berdasarkan rekod dan prestasi (tanpa mengira kaum)," katanya. Reezal menambah, Soi Lek tidak sepatutnya membangkitkan mengenai peluang kontraktor bumiputera Kelas F kerana hampir kesemua rantaian pembekal bahan binaan di negara ini dimiliki sepenuhnya oleh para pengusaha Cina. "MCA perlu menerima hakikat bahawa senario ekonomi sedia ada masih banyak memberikan kelebihan kepada pemain ekonomi Cina. Itu hakikatnya," tegas Reezal. | |
| Pemain Terkenal Iran Dibuang Kerana Tak Berpuasa Posted: 15 Aug 2010 04:21 PM PDT TEHERAN - Pemain bola sepak popular Iran, Ali Karimi yang turut digelar para peminatnya sebagai Maradona Asia, semalam telah dibuang oleh pihak pengurusan kelabnya, Steel Azin FC kerana dia didapati tidak berpuasa pada bulan Ramadan tahun ini. Dalam satu kenyataan menerusi laman web kelab itu, pihak pengurusan berkata, mereka terpaksa menyingkirkan Ali, 31, kerana dia tidak berpuasa pada Ramadan yang diwajibkan ke atas semua umat Islam kecuali golongan tertentu. "Dia yang pernah menerima anugerah Pemain Terbaik Asia 2004 juga telah menghina pegawai-pegawai persekutuan bola sepak Iran dan penyelia pasukannya di Teheran," kata kenyataan kelab tersebut menerusi www.steelazin.com. Penyingkiran itu dibuat selepas Ali dilaporkan mengkritik gaya pengurusan Pengarah Urusan Steel Azin, Mostafa Ajorlou, yang juga bekas pegawai pasukan elit Pengawal Revolusi Iran. Pemain itu membuat kritikan menerusi wawancara di laman webnya. Namun, agensi berita rasmi Iran, IRNA melaporkan Pengerusi Kelab, Hossein Hedayati tidak mengetahui mengenai perkara itu dan membantah penyingkiran Ali yang juga penjaring ketiga terbanyak dalam pasukan kebangsaan. Ali yang pernah mengikat kontrak selama dua tahun di dalam liga utama Jerman, Bundesliga, turut menjaringkan empat gol menerusi 50 penampilan dengan kelab ternama, Bayern Munich. - AFP | |
| Macam2 Zaman Najib..Isteri, 2 Anak & Ibu Mertua Cacat Seumur Hidup Disimbah Asid Posted: 15 Aug 2010 03:37 PM PDT Kalau ada hukuman Qisas, tentu penjenayah kejam ini kena simbah asid balik. Kesian kat mangsa yang terpaksa cacat seumur hidup. Ini semua salah UMNO kerana biarkan rakyat terus diburu penjenayah. Kalaulah ada hukuman Qisas, tentu penjenayah ni tak berani nak bertindak. Setakat hukum kafir kena penjara dan dapat makan free, sapa yang takut.. Empat sekeluarga disimbah asid
NURUL DAHYATUL yang melecur teruk dirawat di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu semalam. KUALA TERENGGANU - Seorang wanita tidak menyangka suaminya sanggup membawa asid untuk mengugutnya mendapat wang sehingga menyebabkan dia tiga beranak dan ibunya melecur di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu semalam. Dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi itu, suspek dipercayai bertindak demikian kerana berang dengan keputusan mangsa yang telah berpindah pulang ke rumah ibunya dan dalam proses memohon penceraian dengan suspek. Semasa kejadian suspek didakwa memecah masuk rumah ibu mangsa dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi cecair asid. Kehadiran suspek mencetuskan pertengkaran dengan mangsa sebelum mangsa cuba merebut bungkusan asid itu dan menyebabkan cecair itu terkena mangsa. Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, cedera di muka dan kedua-dua belah tangan serta bahagian belakang badan. Turut melecur dua orang anak mangsa, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, dan Mohd. Irfan Firdaus, 2, serta ibunya, Minah Omar, 56. Masing-masing melecur di beberapa anggota badan. Paling teruk, Nurul Dahyatul yang mungkin hilang deria penglihatan apabila seluruh muka sehingga paras dada kanak-kanak itu terkena asid. | |
| Peti sejuk 56 tahun masih berfungsi Posted: 15 Aug 2010 11:17 AM PDT
GAMBAR menunjukkan Edmund Garrod bersama peti sejuk miliknya yang berusia 56 tahun. LONDON - Sebuah peti sejuk dipercayai yang tertua di Britain masih berfungsi dengan baik selepas 56 tahun dibeli, lapor sebuah akhbar semalam. Pemiliknya, Edmund Garrod menggunakan peti sejuk model DE.30 buatan syarikat General Electric itu setiap hari sejak ia dihantar ke rumahnya ketika dia masih kanak-kanak pada 26 Jun 1954. Peti sejuk setinggi paras pinggang berwarna krim itu berharga £69 (RM343.70) bersamaan sekitar £1,415 (RM7,049) pada harga sekarang. Ia dibeli ibu bapa lelaki tersebut untuk menyimpan susu mereka yang mudah menjadi masam. "Saya menganggap peralatan elektrik pada masa itu (tahun 1950-an) dibuat dengan amat baik dan ia tahan lama," katanya. Dia menukarkan peti sejuk lama itu dengan sebuah peti sejuk moden dan canggih setelah memenangi satu pertandingan bagi mencari peti sejuk tertua di Britain. - Agensi ![]() | |
| Kotor!!! Tikus Dalam Kuah Roti Canai Posted: 15 Aug 2010 10:00 AM PDT Kangar - Seorang pemuda serik untuk mengunjungi sebuah restoran di sini, selepas loya dan muntah teruk apabila termakan kari yang didakwa mengandungi tikus ketika membeli roti canai di restoran berkenaan. Kejadian serupa turut berlaku ke atas tiga adiknya apabila memakan roti canai dicicah kari itu pada malam Ahad lalu. Mohd Shafiq Abdul Karim, 23, mendakwa, dia termuntah dan berasa loya selama tiga hari selepas menyedari kari dimakan bersama tiga adiknya adalah kuah tikus. Menurutnya, kejadian itu disedari apabila dia mengambil ketulan daging dalam kuah kari yang dibeli dari sebuah restoran untuk dimakan bersama nasi manakala roti canai sudah dimakan tiga adiknya. Katanya, dia membeli tiga keping roti canai bernilai RM2.40 di restoran berkenaan dan melihat kuah kari di dalam periuk hampir habis. "Pekerja terbabit mencedok seketul daging berserta kuah sebelum dibungkus bersama roti canai. Saya menjangka mendapat bonus seketul daging kerana selalunya pekerja memberi kuah untuk roti canai," katanya. Menurutnya, tiga adiknya berumur 12 hingga 16 tahun begitu berselera menikmati tiga keping roti canai dengan mencicah gulai berkenaan manakala seketul daging dibiarkan kepadanya untuk dimakan bersama nasi. "Bagaimanapun, saya terkejut besar apabila melihat gigi dan misai panjang pada ketulan daging berkenaan dan selepas diamati ia sebenar bangkai tikus yang dibelinya bersama kuah kari roti canai berkenaan. Saya berasa loya dan terus termuntah. Perkara itu dimaklumkan kepada tiga beradik yang lain sebelum ketiga-tiga mereka juga menghadapi sindrom sama. "Sehingga sekarang, kami berempat begitu fobia melihat gulai daging selepas termakan gulai tikus dari restoran berkenaan," katanya dari Taman Sena Indah, di sini, semalam. Mohd Shafiq yang merupakan lepasan sebuah kolej swasta berkata, dia terus memaklumkan kepada bapanya sebelum kedua beranak terbabit membawa ketulan tikus terbabit kepada Bahagian Teknologi Makanan, Jabatan Kesihatan Perlis, pada keesokan harinya. Menurutnya, pegawai bahagian terbabit mengesahkan gulai daging berkenaan adalah tikus dan dia bertindak melaporkan perkara terbabit kepada penguat kuasa pengguna Perlis untuk tindakan lanjut. Difahamkan restoran terbabit pernah dikenakan tindakan, termasuk notis amaran oleh pihak berkuasa tempatan kerana gagal mencapai tahap kebersihan ditetapkan. Shafiq tidak menolak kemungkinan ramai lagi pelanggan tidak menyedari sudah menikmati kuah kari bangkai tikus yang disediakan restoran itu. -SH | |
| Saman 3 Juta Kerana Bawa Laju, Bakal Catat Rekod Dunia Posted: 15 Aug 2010 08:20 AM PDT denda had laju lebih RM3 juta ZURICH - Seorang pemandu kereta berumur 37 tahun di Switzerland bakal dikenakan denda sebanyak AS$1.02 juta (RM3.24 juta) kerana memandu melebihi had laju, lapor sebuah akhbar semalam. Pemandu dari Sweden itu yang namanya tidak didedahkan memandu sebuah kereta Mercedes SLS AMG dengan kelajuan 290 kilometer sejam (km/j) di had laju 170 km/j.Denda itu bakal mencipta rekod dunia. Menurut undang-undang di Switzerland, bayaran denda ditentukan berdasarkan nilai kekayaan pemandu dan kelajuan kereta.Kereta Mercedes itu turut ditahan dan secara prinsipnya dia perlu membayar denda harian sebanyak AS$3,429 (RM10,854) selama 300 hari. | |
| Lagi Bayi Dibuang Harini..Memang Zaman Najib Penuh Dengan Bala Posted: 15 Aug 2010 07:50 AM PDT Bulan puasa pun, manusia masih tak insaf. Masih buang anak. Ini bala zaman moden semasa pemerintahan Najib. Lagi mayat bayi perempuan dijumpai KUALA LUMPUR 15 Ogos - Satu lagi mayat bayi perempuan dijumpai beberapa orang sedang menjala ikan di tepi sungai Kota Damansara pada pukul 11.40 pagi ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dipetik melalui status pada laman sosial Facebook berkata, mayat bayi perempuan itu dibungkus dengan tuala dan sehelai kain serta diletakkan di dalam beg berwarna hitam. "Masih ada tali pusat dan kesan najis bayi tersebut. Keadaan mayat masih segar dan dipercayai baru sahaja ditinggalkan di situ. Kita tidak pasti sama ada bayi itu ditinggalkan ketika masih hidup atau sebaliknya," katanya. | |
| Mesir Buka muzium Islam Terbesar Di Dunia Posted: 15 Aug 2010 06:50 AM PDT MESIR Buka Muzium Seni Islam Terbesar di Dunia Muzium Seni Islam di ibukota Mesir Kaherah yang merupakan muzium seni Islam terbesar di dunia - secara rasmi dibuka kembali oleh Presiden Husni Mubarak pada Sabtu lalu (14/8) setelah adanya projek restorasi selama delapan tahun. Namun orang ramai masih perlu menunggu dua minggu sampai awal September untuk dapat melihat 25 galeri yang berisi 2.500 artifak karya seni besar bersejarah, dipilih dari sekitar 100.000 item. Di antara koleksi berharga museum adalah kunci emas pintu Ka'bah, dan dinar Islam tertua yang pernah ditemukan, bertanggal dari tahun 697 masehi. Manuskrip langka al-Qur'an juga dapat dilihat di antara barang pameran yang beragam seperti karpet Persia, keramik era Ottoman dan instrumen kuno yang digunakan dalam ilmu astronomi, kimia dan arkitektur. Bangunan yang dibangun tahun 1903 di pusat Kaherah pada awalnya dibangun untuk rumah dan melindungi warisan kaya negara Mesir dari para penjarah barang antik. Pembukaan muzium datang pada minggu pertama bulan suci Ramadhan.(fq/aby | |
| Ntah Apa2 Zaman Najib : Orang Melayu Jual Lauk Untuk Orang Ponteng Puasa Posted: 15 Aug 2010 05:32 AM PDT Jual makanan awal pagi KUALA LUMPUR: Tak malu. Itulah ungkapan paling tepat ditujukan kepada peniaga beragama Islam yang tidak menghormati bulan puasa apabila menjual makanan kepada orang ramai seawal pagi. Malah, seawal jam 12 tengah hari, sudah ada pelanggan yang membeli lauk tanpa rasa bersalah di warung yang terletak di kawasan sibuk. Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lia, 21, berkata sejak hari pertama puasa, tempat itu menjadi pilihan lelaki dan wanita yang ponteng puasa. "Biasanya yang datang hanya pesan makanan dari atas motosikal dan yang lain akan diuruskan penjual, termasuk bertanya mahu lauk apa dan berapa banyak," katanya. Sementara itu, tinjauan di gerai lain yang menjual nasi berlauk bertukar episod apabila jurugambar bertugas dapat dikesan pemilik kedai makan berkenaan, kelmarin. Pemilik berkenaan yang menghampiri jurugambar bersama tiga 'kaki' dan sebilah pisau memberi amaran keras supaya jangan mengambil gambar kedainya. | |
| Posted: 15 Aug 2010 05:06 AM PDT Ek eleh..ini taktik UMNO. Najib luluskan tender terbuka, Perkose bantah. Kononnya demi melayu. Tak lama lagi dekat pru, perkasa akan uar-uarkan mereka sokong UMNO..dan tak mustahil Berahim Ali jadi calon UMNo..ini taktik lapuk untuk imbangi undi melayu dan bukan melayu Perkasa ugut Umno hilang undi Melayu jika layan tuntutan MCA KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Datuk Ibrahim Ali memberi kata dua agar kerajaan tidak melayan tuntutan-tuntutan 'melampau' Kongres Ekonomi Cina Malaysia semalam, jika tidak ia akan kehilangan sokongan orang Melayu dalam pilihan raya umum ke-13. "Sekiranya kerajaan meneruskan tuntutan Kongres Ekonomi Cina Malaysia tersebut, maka kepentingan kaum Bumiputera yang digariskan dalam Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) akan menjadi retorik semata-mata. "Sekiranya kerajaan tidak segera memperbetulkan hal ini, saya yakin Umno akan menerima padah pada pilihan raya umum akan datang," kata Presiden Perkasa itu pada sidang media di sini hari ini. Kata beliau jika ia berlaku orang-orang Melayu akan menolak kerajaan pimpinan sekarang. "Mereka melahirkan rasa marah terhadap tindakan kerajaan dalam beberapa perkara terutamanya soal ekonomi orang Melayu. "Jika tidak mereka akan kehilangan sokongan orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang," katanya. Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika tidak diperbetulkan tidak mustahil kerajaan Barisan Nasional (BN) akan jadi seperti kata pepatah Melayu "yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir." "Dalam usaha untuk menarik bukan Melayu sokong Barisan Nasional, pengundi-pengundi Melayu akan kecewa dan lari kepada parti lain. "Ini hakikat yang akan berlaku," katanya. Jadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri perlu bertindak tangani perkara ini, kata Ibrahim yang menubuhkan Perkasa selepas pilihan raya umum ke-12. Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, Perkasa dan Majlis Perundingan Melayu akan mengadakan sidang meja bulat tergempar bagi membincangkan secara terperinci mengenai isu berkenaan. "Kita akan mengadakan persidangan meja bulat ini pada 29 Ogos bagi membincangkan agenda ekonomi Bumiputera dan 12 perkara yang diluluskan oleh Kongres Ekonomi Cina," katanya. Wakil rakyat itu turut kesal dengan kenyataan Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Razak yang akhir-akhir ini banyak keluarkan kenyataan yang menyentuh hal berkaitan ekonomi termasuk orang Melayu. "Beliau (Nazir) mengatakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai "bastardisation", Apa maksud "bastardisation"? "Kalau DEB gagal itu soal pelaksanaan tetapi soal matlamat dan cara untuk mencapai tahap 30 peratus dengan mengekalkan tindakan kesungguhan itu mesti diteruskan. Adakah itu juga dianggap "bastardisation"?," soalnya. Semalam Nazir mengambarkan DEB sebagai sesuatu yang telah "dipernyataan-haramkan" dan menyimpang daripada tujuan asalnya. "DEB seolah-olah dilihat seperti dipernyataan-haramkan (bastardisation)," katanya pada sessi soal jawab selepas menyampaikan cermahnya pada Kongres Ekonomi Cina semalam. Mengenai Permit Import (AP), Ibrahim menyifatkan Nazir tidak memahami matlamat AP yang dikeluarkan kepada Bumiputera. "Nazir juga mengatakan beliau tidak bersetuju untuk menghapuskan kuota Permit Import (AP) Bumiputera terutamanya dalam bidang permotoran. "Beliau juga mengatakan ini kerana beliau sendiri tidak ada AP. Saya percaya beliau tidak memahami matlamat AP yang dikeluarkan kepada Bumiputera," katanya. Beliau berkata, AP diwujudkan untuk menolong Bumiputera dalam industri permotoran dan automotif di negara ini. "Ini kerana rangkaian kedai alat ganti dan ejen-ejen dipegang bukan Melayu jadi dengan cara keluarkan AP ia banyak membantu orang Melayu berjaya dalam bidang automotif dan akhirnya hasil daripada kejayaan dilaburkan dalam bidang lain. "Sepatutnya hak keistimewaan seperti ini patut dikekalkan oleh kerajaan dengan merujuk kepada hak keistimewaan orang Melayu di bawah Fasa 153 Perkara 4 iaitu hak istimewa orang Melayu," katanya. Pada sidang media hari ini, Ibrahim mengecam Kongres Ekonomi Cina Malaysia semalam yang menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat. "Dalam 12 perkara yang dibuat semalam saya bagi pihak Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya termasuk meminta kerajaan supaya mengurangkan ekuiti 30 peratus Bumiputera," katanya. Kata Ibrahim, keputusan itu jelas memperlihatkan sikap mereka yang tidak ada akal budi dan berterima kasih kepada orang Melayu dan Bumiputera yang selama ini bertolak ansur begitu rupa atas ikatan yang dinamakan sosio kontrak dalam asas Perlembagaan dan isu ini sangat sensitif kepada orang Melayu. "Ia amat melampau dan memperlihatkan tamak kerana sasaran 30 peratus yang diminta mewakili 67 peratus majoriti rakyat di negara ini," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kongres Ekonomi Cina Malaysia yang menuntut hak ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat-peringkat. Semalam, Kongres Ekonomi Cina Malaysia mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai. Tuntutan itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan dalam kongres ekonomi yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sebelah pagi. | |
| Macam2 Zaman Najib..Gara2 Dirogol Bapak, Budak Sekolah Rendah Kemaruk Berzina Posted: 15 Aug 2010 03:40 AM PDT Macam-macam zaman Najib..budak sekolah rendah langsung tiada maruah [HM] TAMPIN: Mengejutkan apabila seorang murid perempuan tahun enam di sebuah sekolah daerah ini dipercayai kemaruk seks apabila sanggup merelakan diri menjadi pemuas nafsu bapa sejak hujung tahun lalu, selain mengajak beberapa teman rapat lelakinya melakukan perbuatan terkutuk berkenaan. Disebabkan tiada tentangan daripada anaknya, bapa durjana berkenaan merogol mangsa sambil berjanji tidak memecahkan rahsia kepada sesiapa, termasuk ibu. "Ketika kejadian, ibu dan beberapa adik mangsa nyenyak tidur, manakala mangsa tidur di bilik lain," katanya. Menurutnya, kejadian terakhir berlaku pada 11 Ogos lalu, iaitu malam pertama Ramadan sebelum isterinya bangun untuk menyiapkan juadah bersahur. Tidak puas dengan itu, katanya, mangsa dikatakan mengajak teman rapatnya melakukan aksi perbuatan keji itu, termasuk seorang abang angkatnya. "Rahsia perbuatan mangsa bagaimanapun terbongkar apabila perubahan sikap murid berkenaan disedari seorang guru sekolah selepas dia dikatakan turut menceritakan perbuatan terkutuk yang dilakukannya tanpa berselindung. "Atas rasa tanggungjawab dan demi menjaga nama baik sekolah supaya murid lain tidak terjebak dalam perkara maksiat, mangsa dan guru berkenaan membuat laporan di Balai Polis Gemas pada Khamis lalu," katanya. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika ditemui, semalam mengesahkan menerima laporan berkenaan. Beliau berkata, pihaknya sudah menahan lelaki terbabit ketika menemani mangsa untuk diambil keterangan, kelmarin. "Suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini (semalam) bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum selama 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan," katanya. Katanya, polis memburu seorang remaja yang dikatakan sebagai abang angkat mangsa bagi membantu siasatan. | |
| Sumpah Ala Sayfooooool & Najib, Tapi Berzina & Minum Arak.. Posted: 15 Aug 2010 03:03 AM PDT Agak-agaknya spesis bawah ni sama tak macam Sayfoooooooool yang buat sumpah laknat..oppsss Najib juga buat sumpah yang sama..jangan percayalah sumpah-sumpah ni..Mona Fendey dulu pun pernah bersumpah tak bunuh orang Junjung al-Quran KUALA LUMPUR: Mereka menjunjung al-Quran sambil bersumpah taat setia dengan nama Allah SWT, tetapi pada masa sama tergamak meneguk arak, berzina selain bertindak sebagai kaki pukul. Perkara itu didedahkan individu yang menduduki hierarki tertinggi dalam sebuah pertubuhan selepas bimbang dengan trend 'langgar sumpah' yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. "Walaupun pahit untuk menyatakan kebenaran ini tetapi saya perlu lakukannya kerana ramai yang seperti sudah termakan sumpah. Bukan saja orang biasa, beberapa artis yang sudah berbai'ah (sumpah taat setia) juga tidak terkecuali. "Ada beberapa artis sudah bersumpah dengan nama Allah, tetapi berbuat perkara mungkar sehingga hidup menjadi tidak tentu hala. Mereka bersumpah mengikut suruhan serta meninggalkan laranganNya, namun sumpah hanya di bibir saja," katanya. Individu dikenali sebagai Ayah Haji itu berkata, artis yang menjadi ahli kepada beberapa pertubuhan yang mensyaratkan ahlinya melafazkan sumpah taat setia sudah melanggar sumpah sehingga ditimpa musibah. "Cukup saya katakan beberapa artis yang dimaksudkan sudah hilang populariti akibat beberapa 'hal mungkar' yang dilakukan. Semoga mereka sedar dan bermuhasabah diri. "Mereka masih ada peluang untuk berubah," katanya yang sudah berpuluh tahun menyertai sebuah pertubuhan. Ayah Haji berkata, sumpah taat setia dilafaz bukan perkara 'suka-suka' dan boleh dipandang ringan. "Sumpah dibuat dengan nama Allah sambil menjunjung al-Quran. Ahli menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.... bersumpah bahawa akan taat setia kepada agama dan mengikut segala suruhan serta meninggalkan laranganNya. Bukan itu saja, sumpah dibuat diakhiri dengan sumpah mengatakan jika mungkir janji dibuat akan ditimpa bala, malah tidak selamat di dunia dan akhirat, tetapi apa yang berlaku, kebanyakan daripada mereka membuat sumpah itu seperti mainan. "Ada yang terus dengan tabiat minum arak, ambil dadah, 'kaki betina' dan 'kaki pukul'. Jelas, sumpah dibuat dilanggar dan tidak hairan pelbagai masalah menimpa mereka," katanya. Ayah Haji mengakui sudah melihat ramai ahli pertubuhannya menderita gara-gara bersumpah sesuka hati. "Macam-macam yang sudah saya lihat. Ada yang keluarga porak peranda, perniagaan jatuh merudum, dipenjara, cacat, malah mati pun ada. Semua berlaku kerana berbuat kemungkaran. "Sudah bersumpah menyeru ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran, tetapi menjadi 'kaki betina' sehingga keluarga porak peranda, jadi 'kaki pukul' sehingga cacat, malah mati dalam pergaduhan dan jadi penagih serta pengedar dadah sehingga dipenjarakan," katanya. Menurut Ayah Haji, sehingga hari ini dia masih mengingati kisah salah seorang ahli pertubuhan yang kini lumpuh separuh badan. "Ahli itu bersungguh-sungguh berbai'ah, namun hanya dalam tempoh beberapa jam selepas itu, dia ke disko, berfoya-foya dengan wanita sambil mabuk kononnya mahu meraikan penyertaannya dalam pertubuhan. "Beberapa bulan selepas itu, dia jatuh di bilik air dan lumpuh separuh badan," katanya. Ayah Haji berkata, ada juga yang berbai'ah dalam keadaan khayal, mabuk dan tidak suci. "Ada yang pandai 'berlakon'. Ketika bersumpah taat setia menggunakan nama Allah, muka nampak tak buat apa-apa kesalahan, tetapi sebenarnya dalam keadaan khayal kerana dadah, mabuk kerana arak dan tidak suci, tidak kiralah belum mandi wajib atau baru lepas berzina. "Bayangkan betapa mudahnya individu yang tidak memahami perjuangan melafazkan sumpah. Sama ada mereka sedar atau saja buat tidak tahu, sumpah dengan nama Allah bukan perkara yang boleh dibuat main-main," katanya. Begitupun, Ayah Haji berkata, bukan semua ahli melanggar sumpah, kerana masih ada yang benar-benar memahami dan mengamalkan sumpah yang dilafazkan. "Yang menyertai perjuangan dengan ikhlas, tahu sumpah dilafazkan bukan mainan. Ada yang dulu jahat sehingga digelar 'setan', kini berubah. "Apabila kita faham sumpah yang dibuat dan tahu tanggungjawab terhadap sumpah dibuat, usaha menyeru ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran, mengikut suruhan serta meninggalkan laranganNya dapat dilaksanakan," katanya. Seorang lagi individu berpangkat tinggi dalam sebuah pertubuhan yang enggan dikenali berkata, kebanyakan individu yang mahu menyertai pertubuhan yang meletakkan syarat mengangkat sumpah taat setia sebelum diterima sebagai ahli berasa selamat dan kuat jika menyertai pertubuhan itu. "Yang nyata, ramai yang mahu masuk pertubuhan kerana kononnya mendapat perlindungan ahli lain. Jika ada orang lain cari pasal, boleh panggil ahli lain bantu dan apabila sudah ramai, rasa diri selamat dan kuat. "Jangan terkejut, ada yang bayaran kereta tertunggak mahu jadi ahli kononnya selepas jadi ahli, kereta boleh terus digunakan tanpa gangguan daripada penarik kereta kerana ahli lain boleh beri perlindungan. Golongan seperti ini tidak faham perjuangan dan sumpah dibuat, malah menggunakan pertubuhan untuk kepentingan diri sendiri. "Ini semua salah. Perjuangan yang kita maksudkan bukan begini. Tetapi bila bilangan anggota menjadi ramai, ada yang lupa daratan dan gilakan kuasa. Akhirnya persatuan jadi huru hara," katanya. | |
| Satu Lagi Kejadian Bazar Dilanda Ribut Posted: 15 Aug 2010 02:20 AM PDT Ibarat padang jarak padang tekukur KUALA TERENGGANU – Keadaan pentas utama dan beberapa khemah peniaga Bazaria Larut Malam KT Uptown yang rosak akibat dipukul ribut pada petang puasa pertama menyebabkan kawasan sekitar itu ibarat padang jarak padang tekukur. Tinjauan Sinar Harian ke kawasan itu mendapati hampir 90 peratus kerosakan berlaku di pentas utama selain besi khemah tercabut dan berselerakan sehingga menjejaskan perniagaan peniaga di situ. Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Mat, 20-an, berkata, kejadian itu sememangnya tidak dijangka kerana tiada sebarang tanda menunjukkan ribut akan berlaku. "Mujur pada hari itu, tiada seorang pun individu tercedera kerana kejadian berlaku terlalu cepat. "Walaupun kejadian itu sudah berlalu, namun masih belum ada tanda-tanda kerosakan akan dibaiki pihak berkenaan malah ia dibiarkan begitu sahaja sehingga menimbulkan banyak tanda tanya terutama bagi pengunjung yang datang dari jauh," katanya Menurutnya, jika kawasan itu tidak diselenggarakan secepat mungkin, dikhuatiri akan berlaku kecurian oleh indi vidu ti dak bertanggungjawab yang mungkin akan menjual barang-barang bernilai di kedai kitar semula. "Oleh itu, diharapkan kerja pembersihan dilakukan segera supaya dapat memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung pada waktu malam," katanya. Peniaga berdekatan, Roslan Razak, 28, berkata, kejadian ribut pada petang puasa pertama itu adalah di luar jangkaan kerana sebelum itu cuaca agak baik, namun tiba-tiba berlaku angin kencang disusuli hujan. "Kerosakan teruk yang berlaku mungkin disebabkan ia terletak berdekatan laut dan saya bersyukur kerana ketika itu banyak gerai belum dibuka. "Jika kejadian ini berlaku pada waktu ma lam semasa kunjungan orang ramai, ti dak dapat dibayangkan keadaannya," katanya. Menurutnya, bagi menarik semula kunjungan orang ramai ke KT Uptown, diharap kan pihak berkenaan dapat membersihkan semula persekitaran kawasan ini kerana ia adalah destinasi pilihan untuk membeli-belah bersama keluarga. | |
| Cara Mudah Kenali Produk Buatan Yahudi Posted: 15 Aug 2010 01:18 AM PDT ![]() Sepertimana yang kita sedia maklum, Isu boikot produk Israel perlu diteruskan Amerika Syarikat telah menyokong sekutunya Israel menyerang rakyat Palestin di Gaza tanpa menghiraukan gesaan dunia untuk menghentikannya. Oleh yang demikian, apa kata kita memboikot 3 produk utamanya Starbuck, Coca-cola & colgate. Senang je nak tahu produk Israel, tengok number kod 792..ingat nombor ni apabila memilih barang.. | |
| Macam2 Zaman Najib..Rumah Terbakar Disambar Petir Posted: 15 Aug 2010 12:37 AM PDT Rumah posmen hangus dipanah petir MUAR 14 Ogos - Ketika umat Islam yang lain ceria meraikan waktu berbuka puasa, sebuah keluarga di Batu 18 Air Hitam di sini menangis kehibaan apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada petir. Dalam kejadian pada waktu hujan lebat kira-kira pukul 4.30 petang itu, rumah milik seorang posmen, Mohd. Zahri Abdul Kadir Jelani, 39, musnah sama sekali selain sebuah kereta Proton Iswara dan dua motosikal turut rentung. Kejadian tersebut bagaimanapun menyaksikan tiada mangsa yang tercedera kerana Mohd. Zahri serta isterinya, Normaizah Ismail, 37, dan tiga orang anak mereka tiada di rumah ketika kebakaran tersebut berlaku. Pegawai Bomba Kanan Dua, Shafie Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.47 petang dan mengejarkan tiga jentera bomba ke tempat kejadian. "Sebaik sahaja kami tiba bersama kekuatan 15 anggota, rumah mangsa telah habis terbakar beserta dengan sebuah kereta dan dua motosikal. "Siasatan awal mendapati kebakaran ini mungkin dicetuskan oleh petir yang mengakibatkan percikan api sebelum ia merebak membakar rumah ini," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini semalam. Sementara itu, ayah mangsa, Abdul Kadir Jelani Mustakim, 65, berkata, walaupun sedih dia tetap bersyukur kerana anak menantu serta cucu-cucunya terselamat. Katanya, semasa kejadian tersebut, anak serta menantunya berada di tempat kerja manakala dua cucunya berada di sekolah sementara seorang lagi cucunya yang berusia 4 tahun berada bersamanya. "Sebelum itu, saya mendengar bunyi dentuman guruh yang kuat dan saya terkejut apabila mendengar orang menjerit mengatakan rumah terbakar. Rupa-rupanya rumah yang terbakar itu rumah anak saya sendiri," katanya yang tinggal bersebelahan rumah anaknya. | |
| Barang-Barang Milik Nabi Kita Cintai, Nabi Muhammad S.A.W Posted: 14 Aug 2010 11:54 PM PDT Sempena kedatangan bulan ramadhan yang mulia ini, jom kita tengok barang-barang dan juga tempat milik Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kecintaan kita pada Nabi S.A.W terus bersemarak apabila menatap gambar di bawah ini. Dan pada masa yang sama terus membenci UMNO yang saban hari melawan perintah Allah dan Rasul.
kunci kaabah
tapak kaki nabi
beberapa helai janggut nabi (tapi tak berapa nampak)
pedang milik nabi
surat yg nabi pernah karang. org lain yg tulis. sbb nabi tak pandai menulis...
pintu emas dimakam nabi
makam nabi | |
| Saksi Utama Dedahkan Segalanya..Norman Hakim Bakal Terperangkap Posted: 14 Aug 2010 11:00 PM PDT Ini saksi utama. Bukan macam Sayfooooooool yang suka auta. Ini saksi utama dalam mahkamah Syariah. Yang bersumpah dengan kalimah Allah. Takkan berbohong di bulan ramadhan. Bayangkan semua, saksi ni beritahu sudah 8 bulan si perempuan bawa bantal dan tilam ke dalam pejabat Norman. Bahkan saksi ini jugalah yang report pada JAIS tangkap pasangan khalwat ini. Saksi ini turut dedahkan yang dia tengok Norman cuba larikan diri panjat pagar bila diserbu JAIS. Nah ko Norman, saksi yang lihat depan mata telah buktikan ada wujud perbuatan khalwat. Mengaku jelah kalau buat salah. Bukannya berdolak dalik hina mahkamah syariah. Memalukan betul perangai artis Malaysia ini Akhirnya saksi utama kes Norman muncul KUALA LUMPUR 13 Ogos – Seorang saksi perbicaraan kes khalwat pasangan artis, Norman Hakim dan Memey Suhaiza memberitahu dia melihat pelakon lelaki itu cuba melarikan diri ketika serbuan dilakukan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Muhamad Yusri Abd. Razak, 55, berkata, dalam serbuan pada pukul 2.30 pagi, dua tahun lalu itu, dia melihat kelibat Norman yang berseluar pendek memanjat ke premis atas bangunan berkenaan melalui satu lubang di sebelah ruang legar belakang pejabatnya. Dalam keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini, saksi keenam itu mendakwa, dia menyaksikan kejadian itu dari pejabatnya yang terletak di sebelah pejabat Norman. Muhamad Yusri yang bekerja sebagai pereka dalaman juga mengakui dia yang membuat aduan mengenai perbuatan pasangan tersebut kepada JAIS. "Selama lapan bulan, setiap hari saya melihat Memey membawa bantal dan tilam ke pejabat Norman. "Bagaimanapun niat untuk membuat aduan tersebut saya abaikan disebabkan bekas isteri Norman, Abby Abadi sedang sarat mengandung ketika itu,'' katanya sewaktu disoal oleh Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi. Ditanya mengapa dia sanggup memberi keterangan di mahkamah walaupun mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Norman, saksi itu berkata, dia ingin menegakkan kebenaran setelah sekian lama melihat banyak pembohongan dan tipu helah sepanjang prosiding itu berlangsung. Kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan, hadir ke mahkamah hari ini. Terdahulu, sebelum saksi dipanggil, Fakhrul Azman mengemukakan bantahan terhadap hakim syarie, Salehan Yatim yang terus mengendalikan kes itu meskipun kini bertugas sebagai pendakwa syarie di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Salehan bagaimanapun menolak bantahan tersebut kerana beliau berpegang kepada prinsip berlaku adil dan turut memetik ayat 90, Surah al-Nahl yang menyatakan Allah menyuruh berlaku adil dan melarang daripada melakukan perbuatan keji serta kezaliman. Hakim tersebut juga menyatakan, beliau mendapat arahan dari Jabatan Kehakiman Syarie Malaysia (JKSM) untuk menyelesaikan kes-kes tertunggak termasuk kes tersebut yang sudah berlarutan selama dua tahun. Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey, 21, dibicarakan atas tuduhan berada bersama dalam keadaan yang menimbulkan syak di antara pukul 1.45 pagi dan 3 pagi, 30 Oktober 2008 di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, dekat sini. Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, manakala Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi pula dituduh di bawah Seksyen 29(1)(b) enakmen sama yang boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. Pada sebelah petangnya, kesemua pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes itu termasuk hakim dan kedua-dua tertuduh sekali lagi melawat ke premis tersebut bagi membolehkan Muhamad Yusri memberikan gambaran dengan lebih jelas tentang kejadian tersebut. Perbicaraan bersambung 3 September ini. | |
| Ramai Peniaga Bazar Tsunami Jasin Serik Tak Nak Meniaga Posted: 14 Aug 2010 09:26 PM PDT Takkan serik je ke..marilah sama-sama muhasabah. Ramai yang kata peniaga bazar tak puasa, tak solat. Jadi muhasabahlah. Anggaplah itu sebagai pengajaran di bulan yang mulia ini. Mangsa serik, tekad pindah
KETUA Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melawat salah seorang mangsa ribut Bazar Ramadan di pekarangan Stadium Jasin yang menerima rawatan di Hospital Jasin, Melaka, semalam. - bernama JASIN 14 Ogos - Tiada siapa yang mahu berniaga di sini lagi. Itulah tekad 56 peniaga Bazar Ramadan Stadium Jasin yang trauma selepas melihat sendiri 'tsunami Jasin' mengganas sehingga mengorbankan dua rakan mereka dan seorang pengunjung dalam kejadian ribut petang semalam. Mereka nekad berpindah ke tempat lain malah, ada yang hilang minat untuk berniaga gara-gara masih trauma dengan kejadian ribut yang pertama kali berlaku sepanjang lebih empat tahun berniaga di situ. Tinjauan Mingguan Malaysia di tapak Bazar Ramadan itu hari ini mendapati, sebahagian besar peniaga sibuk mengemas peralatan perniagaan biarpun jelas kelihatan pada riak wajah mereka masih terkejut dengan insiden yang berlaku. Ada peniaga yang ditemui mengakui sukar melupakan kejadian meragut tiga nyawa itu walaupun ribut berlaku kira-kira dua minit sahaja. Sambil merenung persekitaran lenggang pekarangan Stadium Jasin, Mohd. Rafi Abdullah, 41, berkata, dia tidak dapat melupakan wajah mangsa yang terbunuh dalam kejadian ribut itu. Katanya, wajah mangsa berlumuran darah selain seluruh tubuhnya disaluti bahan makanan. "Saya sayang hendak tinggal tempat niaga ini kerana sudah tiga tahun berniaga nasi lemak bersama isteri di pekarangan Stadium Jasin ini. "Sambutan orang ramai amat baik malah, mereka gemar berkunjung ke sini kerana kawasannya luas dan mudah untuk meletakkan kenderaan, namun saya merasakan tempat ini sudah tidak sesuai lagi untuk berniaga," katanya. Selain itu, menurut Zamri Amran, 28, dalam suasana panik dan riuh-rendah dengan suara orang meminta pertolongan semalam, dia hanya memikirkan tentang keselamatan adik perempuannya yang membantu berniaga makanan di situ. Kata Zamri, dia menarik adik perempuannya untuk bersama-sama memaut pada payung bagi mengelak mereka dipukul ribut. "Saya lihat beberapa khemah di tapak bazar diterbangkan ribut yang tinggi berpusar kehitaman. Ia seolah-olah seperti payung terjun di udara. "Ini merupakan tahun pertama kami adik-beradik berniaga di sini tetapi siapa menduga perkara seperti ini boleh berlaku malah, tempat ini belum pernah dilanda ribut," katanya. Sementara itu, Mohd. Fairuz Abd. Karim, 38, nekad mahu meninggalkan tapak perniagaannya di situ kerana bimbang kejadian ribut yang melanda petang semalam berulang. "Memang kemalangan boleh berlaku di mana-mana tetapi sebaik-baiknya jika sudah berlaku perkara buruk itu, lebih baik peniaga di sini pindah ke tempat lain," katanya |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Jika sebelum ini penduduk PPR Intan Baiduri Kepong di sini, yang terletak dalam bahagian Parlimen Batu, terpaksa menunaikan solat tarawih di ruang yang sempit, situasi itu sudah tidak dirasai lagi tahun ini dengan mereka memiliki surau Al-Hijrah yang lebih selesa.























.jpg)

.jpg)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan