Justice For All |
- Dr Syed Hussin Ali Bakal Berundur Dari Jawatan No. 2 Dalam PKR???
- Khir Toyo Luluskan Tanah Untuk Besarkan Kilang Arak Carslberg
- MasyaAllah..Bernikah Guna Wali Berjantina Perempuan
- Kayveas Dedah Murugiah & Vella Pari Berkomplot Jahat
- Blogger UMNGoK Fitnah Dalam Isu YB Hamidah UMNgOk Tak Dapat Kacau Bubur Lambuk
- Macam2 Zaman Najib..Haritu Maut Mlasa Bazar Ramadhan, Kali Ini Maut Sewaktu Sahur
- Pakistan Batal Sambutan Kemerdekaan Pada 14 Ogos Akibat Banjir
- Macam2 Zaman Najib...Orang Asli Merogol Perempuan Melayu Islam
- Pengerusi Felda Gaji 2 Juta Setahun..Peneroka Felda???
- Sayfoooooooool Memang April Fooo..Kali Ini Dituduh Biseks*al Pula
- UMNO Laknatullah Memang Tak Senang Bila Islam Didaulahkan
- Bangkraplah Felda..Asyik Kena Saman Jer
- Kerajaan PAS Kelantan Berjaya Buka Mata Dunia Tentang Matawang Islam
- Burger King Hidangkan Daging Khinzir???
- Kenapa Ali Rustam Suruh Pindah Je, Tak Suruh Peniaga Muhasabah.??
- Pengerusi Felda Berbohong Lagi Di Bulan Ramadhan
- Tragedi Bazar Maut..2,3 Atau 4 Orang Yang Meninggal??
- Chua Soi Lek Memang Terlampau..Hina Islam Lagi
- Skandal Ala Lingam Libatkan Najib Akan Didedahkan Isnin Ini
- Gambar & Video Kejadian Bazar Maut Di Jasin
- 3 Maut Di Bazar Ramadhan Jasin..Peringatan Allah Buat Ali Rustam??
| Dr Syed Hussin Ali Bakal Berundur Dari Jawatan No. 2 Dalam PKR??? Posted: 14 Aug 2010 08:52 PM PDT Timbalan Presiden: Saya akan jawab nanti, kata Syed Husin KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Senator Dr Syed Husin Ali akan mengumumkan pendiriannya sama ada mahu mempertahankan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) "secara muktamad" pada masa yang sesuai kekal. "Soal itu akan saya jawab secara muktamad bila sampai waktunya," kata Syed Husin menerusi SMS menjawab soalan sama ada mempertahankan kedudukannya pada pemilihan parti kali ini ini. Pengumuman beliau dilihat oleh banyak pihak dalam parti sama ada bakal menyaksikan saingan sengit kali ini ataupun sebaliknya. Beberapa nama disebut-sebut akan bertanding merebut kerusi tersebut. Mereka ialah Naib Presiden Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub serta Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. The Malaysian Insider difahamkan ada seorang dua menunjukkan minat, antaranya Dr. Muhammad Nur Munaty. Bagaimanapun sehingga belum ada pihak yang tampil mengesahkan pendiriannya. Pertengahan minggu lalu, anggota Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim menafikan laporan bahawa akan bertanding jawatan timbalan presiden, malah beliau menegaskan, tiada hasrat merebut sebarang jawatan. Azmin Ali yang terus menjadi sebutan akan bertanding jawatan nombor dua itu belum mencapi kata putus kerana beliau masih mengadakan perbincangan mengenai soal itu. "Perbincangan masih diadakan," kata beliau ringkas menerusi SMS sebekum ini. Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan tahap perbincangan dan dengan siapa perbincangan itu diadakan. Ketika ditemui The Malaysian Insider akhir Mei lalu, Naib Presiden PKR itu memberitahu, beliau akan berbincang dengan pucuk kepimpinan parti jika menerima pencalonan dan sokongan agar melangkah ke kerusi tersebut. Dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider awal tahun ini Syed Husin berkata, beliau bersedia untuk melepaskan kedudukannya jika parti menerima hasrat beliau. The Malaysian Insider difahamkan keputusan itu jika diterima pucuk kepimpinan parti itu dijangka membuka laluan kepada persaingan sengit apabila PKR mengadakan pemilihannya pertengahan tahun ini. Pada Mei 2007, Syed Husin mempertahankan jawatannya tanpa cabaran selepas Azmin yang disebut-sebut akan mencabarnya menarik diri walaupun menerima pencalonan. Tiga tahun sebelum itu Syed Husin memenangi jawatan timbalan presiden dengan majoriti 533 undi. |
| Khir Toyo Luluskan Tanah Untuk Besarkan Kilang Arak Carslberg Posted: 14 Aug 2010 08:03 PM PDT ![]() Apa?? UMNgOk zaman Toyo luluskan tapak pembesaran kilang arak Carlsberg di Shah Alam. Ini yang didedahkan oleh YB Khalid Samad.. "Saya cadangkan kepada kilang itu sama ada boleh atau tidak mereka pindah operasi ke Pelabuhan Klang sekiranya ditawarkan tanah di kawasan berkenaan yang lebih baik. Saya tidak tawarkan tanah kepada mereka, ia cuma cadangan. "Namun, pihak pengurusan kilang berkenaan dilihat menolak cadangan tersebut atas sebab kos pemindahan yang tinggi. "Malah, pengurusan kilang itu juga menyatakan mereka telah membeli tanah seluas enam ekar (2.42 hektar) di kawasan berhampiran kilang antara tahun 2000 atau 2001 untuk perancangan masa depan operasi mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Ekoran itu, tambah Khalid, pihaknya akan mencari lokasi lain di Shah Alam untuk projek pembinaan terminal bas tersebut. Beliau mengulas tindakan PPIM yang mengkritiknya kerana menawarkan kawasan baru lebih luas di Pelabuhan Klang kepada kilang berkenaan ketika Yang Dipertua Pas Shah Alam itu mengadakan lawatan rasmi ke kilang itu pada 5 Ogos lalu Mengulas lanjut, Khalid berkata, sekiranya PPIM membantah pembesaran operasi kilang tersebut, mereka seharusnya mengambil tindakan sedemikian sebelum pihak pengurusannya membeli tanah berhampiran kawasan kilang mereka itu. Nah..siapa yang suka kilang arak, tentulah UMNo. Mana boleh rampas macam tu je. Keliau kuasa yang ada pada kerajaan pusat. Melalui Akta Pengambilan Tanah 1961, Kerajaan Pusat boleh ambil tanah tu dan dibayar pampasan yang setimpal. Persoalannya, ada niat ke UMNO nak buat macamtu. Mereka lebih suka dapat cukai tanah dari kilang arak daripada jaga akidah umat islam. Buat khalid Samad, teruskan tugas anda, jangan layan PPIM yang lebih UMNO dari UMNO. Umat islam tak perlu percaya pada NGO UMNGO ini. PPIM janganlah berpolitik sangat. Baik pergi pantau restoran kopitiam yang bersepah tak halal...
|
| MasyaAllah..Bernikah Guna Wali Berjantina Perempuan Posted: 14 Aug 2010 07:31 PM PDT Apa kes nih..kenapa masjid pantai dalam tak siasat betulk-betul. Mana peranan jurunikah. Kakak pengantin perempuan pun satu, tak tahu tak boleh,bagilah wali yang lain. Takkan bapa saudara tiada. Atau guna wali hakim jika tiada pilihan. Ini tidak..mana ada orang perempuan jadi wali. Hairan betullah..kan dah kena cerai dan kahwin balik. Anak pula dah tergolong anak luar nikah pula, gara-gara jahil tentang agama.. Bernikah Guna Wali Perempuan Mahkamah Rendah Syariah di sini, kelmarin, memerintahkan supaya pernikahan pasangan sebelum ini didakwa bernikah menggunakan kakak sendiri sebagai wali, supaya difarakkan (dibatalkan). Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosli difahamkan membuat keputusan itu selepas bertemu dengan pasangan itu, Encik Ahmad Salim Moideen, 30 tahun, dan Cik Nurul Farhana Azrin Jamas Abdullah, 30 tahun, dalam kamarnya di sini. Terdahulu, pasangan itu yang kelihatan hadir bersama seorang anak kecil, memarahi jurugambar yang merakamkan gambar mereka dengan mengeluarkan kata-kata kesat. Akhbar sebelum ini melaporkan, Encik Ahmad Salim berasa bimbang akan status perkahwinannya selepas mengetahui wali yang menikahkan mereka adalah wanita yang menggunakan nama Islam, Mohd Amirul Aiman Abdullah, yang juga kakak Cik Nurul Farhana. Dalam keterangan sebelum ini, Cik Nurul Farhana memberitahu mahkamah beliau tidak memaklumkan perkara itu kepada suaminya kerana diugut akan dibuang keluarga oleh kakaknya. Encik Ahmad Salim pula dalam keterangannya mendakwa penampilan dan suara kakak iparnya memang seperti lelaki dan mengakui tidak akan meneruskan pernikahan jika mengetahui keadaan sebenar. Pasangan itu didakwa bernikah di sebuah masjid di Pantai Dalam, di sini, pada 17 April 2006. h/metro–b/hs15/8 |
| Kayveas Dedah Murugiah & Vella Pari Berkomplot Jahat Posted: 14 Aug 2010 06:32 PM PDT ![]() Makin bergaduh PPP dengan MIC ini. M Kayveas buat tuduhan terbaru, bahawa kemasukan Murugiah ke MIC dikomplot bersama anak Samy Vellu, Vella Pari untuk capai cita-cita anak Samy itu menjadi Presiden MIC menggantikkan ayahnya. Ini tuduhan yang berat buat MIC. Kepada masyarakat India, jangan layan dinosaur-dinosaur tua ni. Baik bersama PR dan Sivagi The Boss, Anwar Ibrahim untuk bina kembali negara ini yang telah dihancurkan UMNO & Barisan Nasional... Murugiah, Vell Paari berkomplot? KUALA LUMPUR 14 Ogos - Presiden Parti Progresif Penduduk (PP), Datuk M. Kayveas mendakwa langkah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah mahu membawa masuk 210,000 ahli PPP ke MIC merupakan satu komplot. Beliau berkata, komplot itu dilaksanakan melalui pakatan Murugiah dan S. Vell Paari untuk menjadikan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu sebagai Presiden MIC yan Kayveas seterusnya mendakwa, terdapat perjanjian yang Murugiah akan membawa masuk ahli-ahli PPP ke MIC untuk menyokong Vell Paari sebagai calon Presiden MIC bagi menggantikan bapanya, Datuk Seri S. Samy Vellu. "Ini adalah satu perjanjian yang telah dirancang antara mereka. Murugiah janjikan 210,000 ahli PPP akan menyertai MIC dan menyokong Vell Paari untuk menjadikannya Presiden parti itu, manakala Murugiah sendiri sebagai Naib Presiden," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PPP kali ketujuh di Wisma PPP di sini hari ini. Julai lalu, Samy Vellu mengumumkan MIC menerima permohonan Murugiah untuk menjadi ahli parti itu dan sebelum itu, Murugiah dilaporkan berkata, beliau akan membawa 210,000 ahli PPP meninggalkan parti itu sekiranya Mahkamah Tinggi mengesahkan beliau bukan presiden parti itu yang sah. Murugiah dan Kayveas terbabit dalam pertelingkahan merebut jawatan utama parti berkenaan sejak Mei tahun lalu. Kayveas juga mendakwa kenyataan Murugiah untuk membawa 210,000 ahli PPP ke dalam MIC merupakan janji-janji kosong seorang pemimpin yang bertujuan mendapatkan publisiti dan belas kasihan orang lain. "Dalam PPP, ada lebih 500,000 ahli dan orang India hanya 42 peratus iaitu kira-kira 241,000 orang. "Jadi, kalau 210,000 orang dia nak bawa bersama, betulkah perkara ini? Jika begitu, ia bermakna hampir semua orang India yang menyertai PPP akan masuk MIC. "Ini hanya cakap-cakap kosong pemimpin yang terdesak. Kalau dia benar-benar memiliki sokongan ahli seramai itu buktikan dan buka satu parti baru, mengapa mahu menyertai MIC yang suatu ketika dahulu dia sendiri hentam dan kata macam-macam," katanya. |
| Blogger UMNGoK Fitnah Dalam Isu YB Hamidah UMNgOk Tak Dapat Kacau Bubur Lambuk Posted: 14 Aug 2010 05:21 PM PDT Harini keluar dalam Utusan, kononnya YB Hamidah tak dapat buat gotong-royong kacau bubur lambuk di surau. Ini beritanya... ADUN 'tidak dibenar' buat gotong-royong di surau IPOH 14 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman 'tidak dibenarkan' membuat program gotong-royong memasak bubur lambuk di sebuah surau di Taman Song Choon dekat sini pada 1 Ramadan lalu sedangkan premis itu terletak di dalam kawasan beliau. Alasan yang diberikan oleh pengerusi surau tersebut adalah kerana ahli politik tidak dibenarkan terlibat dengan surau berkenaan dan perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu oleh jawatankuasa surau berkenaan. Namun, yang menariknya, pada tarikh tersebut juga, pengerusi surau itu menjemput Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyampaikan 'tazkirah'nya di situ. (lagi) Ya memang YB Nizar bagi tazkirah kat surau tu. Dan ini lebih baik daripada tak tutup aurat, pergi campur dengan lelaki bukan muhrim buat gotong royong. Lagi satu, YB Hamidah ni pandai ke bagi tazkirah. Mengajar alif ba ta untuk budak-budak bolehlah. Ini bukan untuk perkecilkan dia, tapi hakikat. Tengoklah sendiri pengisian yang diberikan oleh YB Nizar di Surau itu (sini)
Tapi isu tu tak terbehenti setakat tu sahaja. Seperti biasa, blogger UMNO akan buat fitnah seperti biasa. Seperti fitnah blogger umno terhadap Khalid Ibrahim kononnya beristeri dua, kali ini fitnah mereka menghala kepada Pengerusi Surau yang selalu pergi surau berbanding blogger picisan UMNO ini. Blogger yang hina ramadhan ini kata Pengerusi Surau merangkap imam surau itu, Imam Zulkifli Tafsiron sebagai balaci DAP kerana bil hospital imam itu dikatakan dibayar oleh DAP. Juga kononnya YB Hamidah sumbangkan 200 ribu sedangkan YB UMNgOk itu langsung tidak sumbangkan jumlah itu. Juga isu moreh YB UMNgOk itu ditolak oleh surau terbabit sedangkan moreh tersebut tak pernah ditolak oleh Surau dan akan diadakan pada 8 September depan. Jelas blogger UMNgOk itu memfitnah dan fitnah si tangan busuk ini boleh dibaca di sini (blog fitnah dajal) Dan ini pula jawapan bertulis imam tersebut. Jelas beliau difitnah oleh YB Hamidah dan konconya. Semoga Allah berikan hidayah kepada mereka semua di bulan yang mulia ini.. Fitnah blog pro Kak Midah terhadap Surau Al-Falah
Imam Zul (baju putih) bersama DS Nizar Sebuah blog pro YB Hamidah [pengundisetiasungairapat.blogspot.com] mendakwa bahawa Surau Al-Falah, Taman Song Choon, Ipoh sebagai 'Lubuk Pembangkang Menabur Fitnah'. Pelbagai tohmahan lagi dihamburkan kepada ajk surau tersebut terutamanya Pengerusi Surau, Imam Zulkifli Tafsiron yang digelar sebagai balaci DAP dan dalang kepada kehadiran pembangkang disurau itu. Apabila dijawab oleh Imam Zulkifli diruangan komen blog tersebut, ianya langsung tidak disiarkan {perkara biasa kepada blog pro-umno yang hanya berani menghentam tetapi tak berani dikomen}. Disini saya siarkan komen Imam Zulkifli yang tidak disiarkan oleh blog tersebut sebagai jawapan kepada tohmahan mereka:- Bulan Ramadhan adalah suatu bulan medan untuk muhasabah diri, bukan untuk tempat melemparkan fitnah!!! Kalau hendak menulis blog, siasat terlebih dahulu dengan adil sepertimana mahfum Al-Quran dan juga Hadis yang disertakan di dalam blog itu. Sejak bila YB Hamidah beri sumbangan sebanyak RM200,000 kepada pembangunan Surau Al-Falah, Taman Song Choon? Surau itu telah sedia terbangun sebelum dia menjadi Adun Sg Rapat lagi. Siapa pula Adris bin Darus? Apa hubungan dia dengan pihak surau? Dia hanya Ketua Kampung Rapat Jaya dan bukan qariah Surau Al-Falah pun. Mengapa perlu mesyuarat ajk surau dimaklumkan kepadanya? Surau adalah milik anak qariah Taman Song Choon dan taman-taman yang berdekatan dengannya. Mengapa tiba-tiba baru sekarang Hamidah asyik terngadah-ngadah hendak melibatkan surau ini dalam setiap aktiviti beliau? Selama 2 penggal yang lalu sebagai Adun Sg Rapat, mengapa tak pernah jenguk dan tanyakan tentang masalah surau? Bil hospital saya yang dikatakan dibayar oleh DAP juga satu FITNAH kerana sehingga sekarang tuntutan saya kepada pihak insuran masih belum diterima. Kehadiran Nga Kor Meng disurau tersebut serta beramah mesra dengan masyarakat setempat juga adalah FITNAH. Moreh Hamidah disurau tersebut ditolak mentah-mentah oleh saya juga adalah FITNAH semata apabila jelas terpampang dipapan kenyataan surau bahawa moreh Hamidah akan diadakan pada 8/9/2010 nanti. Ternyata blog tersebut hanyalah bersifat menghentam tanpa usul periksa. Siapa yang menjadi lubuk menabur FITNAH sekarang ini, Surau Al-Falah, Taman Song Choon ataupun blog yang menyokong YB Hamidah itu? Zulkifli Bin Tafsiron Pengerusi Surau Al-Falah, Tmn Song Choon |
| Macam2 Zaman Najib..Haritu Maut Mlasa Bazar Ramadhan, Kali Ini Maut Sewaktu Sahur Posted: 14 Aug 2010 04:30 PM PDT Al-Fatihah buat mereka terkorban. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas mereka semua. Buat Kementerian Pembangunan Kebajikan Masyarakat, tolonglah bantu anak-anak ini. Mereka kehilangan ibu dan ayah sekelip mata. Gunakanlah duit rakyat untuk bantu kanak-kanak malang ini, bukannya digunakan untuk biayai aktiviti zina dan mengandung luar nikah. Semoga kita mengambil iktibar atas kejadian ini. Satu je persoalan yang bermain di fikiran kita. Haritu peristiwa maut di bazar ramadhan. Kali ini pula peristiwa semasa bersahur. Macam takde keberkatan ramadhan di negara Malaysia yang diperintah oleh UMNO laknatullah. Sekadar renungan untuk kita semua.. Amuk sahur
ANGGOTA polis mengangkat Najihah Natri yang cedera di bahagian badan selain putus dua jari tangan setelah ditetak bapanya di Taman Mawar, Langkap, Teluk Intan, semalam. – MINGGUAN / AINSAFRE BIDIN TELUK INTAN 14 Ogos – Ketika umat Islam menikmati juadah sahur awal pagi ini, seorang lelaki dari sini yang dipercayai kehabisan ubat bertindak di luar kewarasan, telah mengamuk lalu menetak isterinya sehingga mati sebelum dia maut ditembak polis tiga jam kemudian. Dalam kejadian pukul 5.15 pagi di Taman Mawar, Langkap dekat sini, lelaki itu, Mohd. Natri Shaharudin, 39, turut mencederakan dua anak perempuannya menyebabkan salah seorang daripadanya putus jari tangan. Lelaki itu yang dipercayai menghidap masalah mental bertindak mengikat isterinya dengan tali sebelum menetak mangsa bertubi-tubi menggunakan sebilah parang. Lebih memilukan, kejadian berlaku di depan mata kedua-dua anak perempuan pasangan tersebut. Bagaimanapun, lelaki terbabit akhirnya mati ditembak oleh pasukan polis pada kira-kira pukul 8.30 pagi ini selepas dia enggan menyerah diri sebaliknya menyerang pasukan keselamatan. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, isteri lelaki itu, Khairul Bariah Mohd. Ariffin, 36, seorang pekerja kilang meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan. "Salah seorang anak mereka, Najihah, 13, cedera di bahagian badan selain putus dua jari tangan. "Seorang lagi anak mereka, Nazuwa, 10, terselamat dan tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. |
| Pakistan Batal Sambutan Kemerdekaan Pada 14 Ogos Akibat Banjir Posted: 14 Aug 2010 03:52 PM PDT ![]() Sambutan kemerdekaan batal KANAK-KANAK Pakistan yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir masih bersemangat meraikan ulang tahun kemerdekaan di Qadirpur, kelmarin. - AP ISLAMABAD 14 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan Pakistan hari ini dibatalkan ketika banjir terus membawa kesengsaraan kepada berjuta-juta penduduk negara ini, dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini mengesahkan sekurang-kurangnya satu kes taun. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dijangka melawat Pakistan hujung minggu depan, ketika agensi-agensi bantuan memberi amaran tentang 'gelombang kedua' kematian berpunca daripada penyakit. "Terdapat sekurang-kurangya satu kes taun disahkan di Mingora," kata jurucakap Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, Maurizio Giuliano, kepada AFP, merujuk kepada bandar utama di barat laut daerah Swat. Menurut beliau, sekurang-kurangnya 36,000 mangsa banjir dilapor mengalami cirit-birit serius. "Kami tidak mengatakan semua yang menghidap cirit-birit serius itu dijangkiti taun, namun taun adalah kebimbangan utama kami dan disebabkan itu juga kami meningkatkan usaha untuk merawat penyakit tersebut," katanya. Stesen televisyen kendalian kerajaan, Pakistan Television memberitahu, Perdana Menteri Yousuf Raza Gilani dijangka menyampaikan ucapan pada pukul 11 pagi waktu tempatan (2 petang ini waktu Malaysia) sempena Hari Kemerdekaan negara. Jurucakap Presiden Asif Ali Zardari, Farhatullah Babar mengumumkan, sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-63 Pakistan dibatalkan. Zardari berhadapan kritikan oleh mangsa banjir dan pihak pembangkang selepas meneruskan kunjungan ke Eropah minggu lalu, ketika situasi banjir di negaranya semakin memburuk. Babar berkata, dalam ucapan kemerdekaannya, Presiden itu menyeru rakyat Pakistan keluar dan membantu saudara mereka yang kesusahan. Zardari juga dijangka melawat kawasan terjejas teruk akibat banjir di barat laut serta tengah wilayah Punjab. - AFP
|
| Macam2 Zaman Najib...Orang Asli Merogol Perempuan Melayu Islam Posted: 14 Aug 2010 11:00 AM PDT Roma Irama' didakwa rogol HAH ALAM – Seorang pemuda Orang Asli dari suku Temuan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang gadis Melayu dipercayai dengan cara pukau, dua bulan lalu. Roma Irama Mohd Rafi, 25, dituduh merogol mangsa yang juga teman wanitanya berusia 16 tahun 7 bulan pada jam 10 malam, di rumahnya, Kampung Orang Asli Gurney, Hulu Yam Bharu, 25 Jun lalu. Bagaimanapun tiada pengakuan diambil daripadanya yang tidak fasih berbahasa Melayu. Dia yang hanya melakukan kerja-kerja di kampungnya didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum. Hakim Hasbi Hasan membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin. Sebutan kes pula ditetapkan pada 2 September depan bagi tujuan rekod pengakuan dan mendapatkan jurubahasa orang asli Temuan. |
| Pengerusi Felda Gaji 2 Juta Setahun..Peneroka Felda??? Posted: 14 Aug 2010 10:00 AM PDT Yusooooof Nor ni bukanlah ahli korporat, mahupun graduan ekonomi. Dia ni lulusan agama je. Patut ke bagi 2 juta setahun kat pemimpin UMNO ni..nak tanya satu lagi..agak-agaknya peneroka felda setahun dapat berapa, ya?? PKR dakwa pendapatan Pengerusi Felda RM2 juta, cabar Yusof nafi Yusof (kiri) diminta menyatakan samada pendapatan beliau mencecah RM2 juta setahun. — gambar fail PETALING JAYA, 14 Ogos: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sivarasa Rasiah hari ini mencabar Tan Sri Mohd Yusof Nor agar mendedahkan kepada umum jumlah ganjaran yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda. Sivarasa mendakwa maklumat diterima pihaknya menunjukkan Yusof memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan juga elaun. Perkara ini ditimbulkan di sebalik dakwaan PKR bahawa Felda akan muflis manakala lebih 700 peneroka dari dua Felda menyaman agensi persekutuan RM200 juta berhubung isu penipuan dalam kiraan perahan minyak sawit. Dua bulan lalu Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa aliran wang tunai semasa Felda telah merosot berbanding lima tahun lalu. "Saya nak tanya kepada beliau (Yusof) berapa jumlah ganjaran yang diperoleh sebagai Pengerusi Felda yang turut mengawal anak-anak syarikat Felda? "Betul atau tidak pendapatan beliau termasuk gaji dan elaun mencecah sehingga RM2 juta setahun?" kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini. Beliau berkata dakwaan Yusof menerima ganjaran sebanyak RM2 juta hanya khabar angin tetapi ia penting untuk diketahui umum terutamanya peneroka. "Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau (Yusof). "Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi. "Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun. "Adakah ia ada mencecah RM2 juta," kata beliau. Felda diasaskan pada 1956 untuk membantu orang miskin kepada sebuah kawasan membangun. Ia telah berkembang dan menjadi pembekal perladangan terbesar di dunia, dengan 811,140 hektar ladang kelapa sawit, terutama di Malaysia, dengan beberapa operasi di Indonesia |
| Sayfoooooooool Memang April Fooo..Kali Ini Dituduh Biseks*al Pula Posted: 14 Aug 2010 08:38 AM PDT ![]() Sayfoooooooool memang april foooool. Jika sebelum ini RPK dedahkan sjkandal Sayfooooool dengan farah, dan kebenarannya memang terserlah apabila tiada penafian dari kedua-dua merpati sejoli ini. Bahkan farah sendiri digugurkan dari pasukan pendakwaraya Sayfooooooool. Kali ini kisahnya lagi dahsyat, RPK kata Sayfooooooool seorang biseksual. Depan main, belakang pun main. Buat kedua-dua mangkuk ini, silalah buat penafian, saman je RPK kalau ia fitnah. Takut nanti orang kata Sayfooool diliwat oleh pembantu Najib, Anwar pula dituduhnya. Tak payahlah pergi main sumpah. Sebab takut nanti sumpah makan diri pula.. RPK Dakwa Saiful Jalin Hubungan Sejenis Dengan Pegawai Khas Najib SHAH ALAM 14 Ogos - Belum lega kontroversi dakwaan hubungan sulit antara saksi utama pendakwaan dalam kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif, kini timbul pula pendedahan terbaru yang mengaitkan Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh. Pendedahan yang menggemparkan ini dibuat dalam artikel bertajuk "Just When You Thought It Is Safe To Go Into the Water" bertarikh 10 Ogos lalu yang ditulis oleh penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin aka RPK dan disiarkan dalam portal berita MalaysiaToday. RPK mendakwa rumahtangga Khairil yang baru berkahwin dengan Sharifah Nabila Sara, anak kepada bekas Konsul Kehormnat Mongolia pada 30 Jun lalu kini dilanda badai. Beliau mendakwa Sharifah Nabila telah 'pulang' ke rumah ayahnya hanya setelah sebulan bernikah dengan Khairil dan tidak menolak kemungkinan ikatan perkahwinan pasangan tersebut mungkin akan terlerai. "Mereka belum benar-benar bercerai tetapi kemungkinan akan bercerai sangat besar. "Mengapa Syarifah Nabila meninggalkan rumah tangganya untuk pulang ke rumah bapanya sambil mendengu? Simple. Dia tidak gembira yang suaminya ialah 'AC-DC', seperti Saiful. Untuk makluman pembaca yang kurang faham ini bermakna biseksual. "Ya, Khairil, seperti Saiful, suka dengan kedua-dua cara. Dan Syarifah Nabila sangat kecewa suaminya sedang menggunakan katil mereka untuk membuat temu janji dengan lelaki. Mengadakan hubungan seks dengan lelaki adalah satu perkara. Membawa balik mereka ke atas katil perkahwinan anda adalah satu perkara lagi - isteri Khairil tidak boleh menerima perkara itu. "Jadi apa yang kita ada di sini? Pembantu Najib yang berkahwin dengan anak perempuam Konsul kehormat Mongolia. Anak perempuannya mahu menamatkan perkahwinan itu selepas sebulan berkahwin kerana suaminya sukakan budak lelaki dan membawa pulang ke rumah di atas katil mereka. Pembantu gay yang mempunyai kaitan dengan lelaki gay yang telah menuduh Anwar meliwatnya. Dan 'mangsa liwat' yang sama ini juga mempunyai hubungan seks dengan penolong pendakwa raya dalam perbicaraan Anwar," dakwa RPK lagi. Tambah beliau laporan media yang menyatakan Saiful pernah berjumpa Khairil di pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu bukan sekadar untuk memohon biasiswa tetapi lebih daripada itu. "Apakah hubungan antara Saiful dan Khairil? Khairil menyatakan Saiful pergi ke pejabat Najib untuk memohon biasiswa dan dia mengatakan mereka bertemu hanya sekali. MalaysiaToday berkata ia tidak benar dan terdapat sesuatu yang lebih di antara Khairil dan Saiful dan ia tiada kaitannya dengan biasiswa. "Khairil ialah graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan semua yang mengenalinya di UIA tahu tentang kecenderungan ke arah homoseksual. Sejumlah rakan universitinya mengesahkan perkara ini, termasuklah rakan sekolah menengahnya daripada Sekolah Menengah Alam Shah," dakwa RPK. Mengulas pendedahan terbaru RPK, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa berkata ini merupakan satu lagi dakwaan yang dibuat terhadap Saiful tetapi kali ini berkaitan hubungan sejenis Saiful dengan pembantu peribadi Perdana Menteri. "Secara jelas, kita lihat kes terhadap Ketua Umum KEADILAN bertujuan untuk menjatuhkan beliau dan konspirasi oleh pemimpin Umno-BN khususnya Perdana Menteri untuk mematikan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saiful sebagai saksi utama yang diragui dan kredibilitinya juga musnah, hakim sepatutnya sudah boleh membuang kes dan mengenakan tindakan terhadapnya kerana cuba menjatuhkan maruah dan integriti Anwar sebagai pemimpin," kata Fariz ketika dihubungi Suara Keadilan. Menurut Fariz, pertuduhan terhadap Anwar tidak mempunyai nilai dan erti disebabkan barisan pendakwa raya tidak mempunyai bukti sama ada dakwaan hubungan Saiful dan Farah betul atau sebaliknya. Tambahnya, dakwaan terbaru yang dibuat RPK di dalam blognya mengguatkan lagi desakan agar kes tersebut harus dibuang daripada terus dibicarakan. Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf pula menyifatkan pendedahan yang dibuat itu mempunyai kaitan langsung dengan perbicaraan yang sedang berjalan. Ini kerana kata Yusmadi, Khairil juga adalah salah seorang nama yang dikaitkan dalam perbicaraan terhadap Ketua Pembangkang. "Saya rasa perkara ini perlu diperjelaskan kerana ia membawa akibat langsung ke atas kertas pendakwaan atau pun bukti-bukti yang digunakan oleh pihak pendakwaan. "Mereka seharusnya menilai semula sama ada kes itu patut diteruskan atau tidak berdasar bukti-bukti yang telah tercemar," tegas beliau. |
| UMNO Laknatullah Memang Tak Senang Bila Islam Didaulahkan Posted: 14 Aug 2010 08:07 AM PDT Nampaknya usaha kembalikan sunnah dan matawang islam dicemburui oleh UMNO laknatullah. Dulu tentang hukum llah, sekarang tentang matawang islam yang digunakan zaman Nabi pula.. Wang dinar: Kelantan diingat patuhi undang-undang KOTA BHARU 14 Ogos – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengingatkan kerajaan Kelantan agar tidak sewenang-wenangnya membuat peraturan baru seperti penggunaan dinar dan dirham tanpa merujuk kepada kerajaan Pusat. Mustapa berkata, kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa dinar emas dan dirham perak itu akan dijadikan sebagai mata wang alternatif adalah jelas melanggar peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). "Saya nasihatkan kerajaan Kelantan jangan pandai-pandai (buat peraturan). Apa pun nak dibuat perlu berbincang kerana nanti rakyat terkeliru dengan bidang tugas kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. "Soal mata wang ini bidang tugas kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri dan ini apa yang telah dibuat adalah jelas melanggar undang-undang negara. Kita ada perlembagaan dan peraturan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan di sini, hari ini. Dua hari lalu, Nik Aziz melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam. Dinar dan dirham itu dikeluarkan oleh anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade. – Bernama Wang dinar: PM mahu BNM kaji dari sudut perundangan PEKAN 14 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengkaji dari sudut perundangan berhubung penggunaan mata wang dinar dan dirham yang dilancarkan oleh Kerajaan Kelantan kelmarin. Tegas Perdana Menteri, mengikut perundangan negara, hanya BNM yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini. Sehubungan itu kata beliau, BNM akan melihat perkara itu dari segi percanggahan undang-undang. – Utusan |
| Bangkraplah Felda..Asyik Kena Saman Jer Posted: 14 Aug 2010 07:13 AM PDT Baguslah..saman banyak-banyak Felda nih..biar mereka tahu langit tu tinggi atau rendah.. Mazlan Saman Felda Isnin ini Presiden ANAK,Saudara Mazlan Aliman akan memfailkan saman ke atas pentadbiran Felda yang bertindak menghalang pertemuan beliau dengan peneroka Felda Lembah Klau beberapa bulan lalu. Saman akan di failkan di Mahkamah Tinggi Temerloh,jam 11 pagi 16 Ogos(Isnin) ini melalui Peguam Wan Rahimi yang berjaya dalam saman peneroka Felda Kemahang 3 ke atas Felda. Semua warga peneroka dan generasi ke2 Felda dijemput hadir untuk memberi sokongan. |
| Kerajaan PAS Kelantan Berjaya Buka Mata Dunia Tentang Matawang Islam Posted: 14 Aug 2010 05:01 AM PDT KOTA BHARU, 12 Ogos: Selepas 4 tahun Dinar Emas Kelantan dilancarkan, Kelantan di bawah kepemimpinan ulama hari ini sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya melancarkan pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan. Majlis pelancaran bersejarah itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Bentara Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC). Majlis pelancaran sempena bulan Ramadhan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. Dalam majlis pelancaran berkenaan juga, Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan Dinar dan Dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji. Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan. Pada tahun 2006, Kerajaan Negeri telah melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25. Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76 dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38. Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin. Pada majlis pelancaran itu, sejumlah RM1,000,000 Dinar & Dirham telah dibeli orang ramai. |
| Burger King Hidangkan Daging Khinzir??? Posted: 14 Aug 2010 03:31 AM PDT Ini berita yang terbaru..ini berita gempar. Burger King rupanya hidangkan daging babi untuk daging burgernya. Ini bukan fitnah. Cuba tengok gambar kat bawah ni.. Nah..tengok kat kotak tu..ada tulis Burger King..Jakim, pergilah check kat restoran makanan segera terkenal ni. Jangan biarkan hati umat islam terus kotor makan benda haram. Tolong siasat benda nih. Jangan ada umat islam ternampak kaki babi, baru nak bertindak. Memang di zaman Najib, macam-macam perkara pelik berlaku. Islam terus dihina sehina-hinanya. Umat islam terus diperbodohkan sebodoh-bodohnya. Semuanya kerana kelalaian UMNO mentadbir negara. Entah lepas ni, apa lagi makanan segera yang tidak halal. Tapi kalau dedahkan makanan tu tak halal, umat islam masih juga pergi. tengok macam KFC dan Macdonald yang terang-terangan syarikat yahudi dan vincent tan, tapi umat islam masih lagi pergi. Tu belum dikira kopitiam oldtown yang hidang katak, tengoklah kat kedai tu..orang islam masih ada lagi..nak salahkan pengguna itu sendiri, memang patut dipersalahkan. Tapi kesalahan yang besar adalah dari UMNO. Mereka ada kuasa. Kenapa tak batalkan lesen dan dedahkan seantero malaysia. Kenapa semua ni umno tak buat. Jawapannya mudah..umno kan suka benda haram. Jadi mereka tak hairan pun makanan haram bercop halal. Yang penting mereka dapat fulus... |
| Kenapa Ali Rustam Suruh Pindah Je, Tak Suruh Peniaga Muhasabah.?? Posted: 14 Aug 2010 02:48 AM PDT Suruh Pindah je ker??? Kenapa tak minta mana-mana peniaga bazar ramadhan yang undang bala bertaubat. Jangan tinggalkan solat. Berniaga dengan jujur. Kalau lebih baik lagi, Ali Rustam patut kenakan syarat pengunjung bazar perlu berpakaian sopan. Bukannya dedah sana sini. Tapi Ali Rustam jangan buat cadangan sekolah untuk orang tak puasa sudahlah.. Bazar Ramadan Jasin dipindah ke Bandar Baru Jasin Tiga JASIN, 14 Ogos — Peniaga Bazar Ramadan Jasin di perkarangan Stadium Jasin yang musnah dilanda ribut petang semalam, akan ditempatkan dilokasi baru berhampiran Pejabat Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (PPNIN) di Bandar Baru Jasin Tiga. Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kawasan baru itu didapati lebih selamat kerana dilindungi deretan bangunan kedai dan juga bangunan PPNIN. "Bazar Ramadan di kawasan baru itu dijangka beroperasi pada Isnin ini selepas persiapan dibuat oleh Majlis Perbandaran Jasin dan Persatuan Penjaja Kecil Melaka daerah Jasin," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Dalam kejadian ribut pukul 5 petang semalam, dua peniaga dan seorang pengunjung terbunuh manakala 18 orang yang lain cedera dihempap khemah dan objek lain yang diterbangkan ribut kencang itu. Dua peniaga yang terbunuh itu ialah Mahadi Mohamad, 40, berasal dari Kampung Gong Merang, Terengganu; Abdul Omar, 73, dari Kampung Air Merbau di sini dan pengunjung Muhammad Wahab, 49, dari Kampung Rim di sini. Seramai 15 mangsa telah dibenarkan pulang manakala dua mangsa masih dirawat di Hospital Jasin dan seorang lagi di Hospital Pakar Putra dekat sini. Semasa kejadian, sebanyak 56 peniaga bersama pembantu masing-masing menjalankan perniagaan di bawah 21 buah khemah bersaiz (panjang) 6.2 meter kali 6.2 meter (lebar). Mohd Ali berkata kawasan di perkarangan Stadium Jasin tidak sesuai untuk didirikan khemah untuk peniaga kerana kawasan lapang itu dikhuatiri akan dilanda ribut lagi. Beliau berharap keluarga yang terlibat bersabar menghadapi suasana yang sedih terutama kepada tiga keluarga yang anggota keluarga mereka meninggal dunia. "Kerajaan negeri menghulurkan bantuan menguruskan jenazah sebanyak RM3,000 seorang dan (mangsa) yang masuk wad kritikal diberi RM1,000 seorang dan yang lain (cedera) diberi RM500 seorang," katanya. Beliau menyifatkan kejadian itu sebagai luar biasa dan tidak pernah berlaku sehingga melibatkan kematian sejak bazar itu dibuka di situ tujuh tahun lepas. Bercakap kepada Bernama, Pengerusi Persatuan Penjaja Kecil Melaka Daerah Jasin, Ahmad Ali berkata kejadian ribut itu tidak mematahkan semangat peniaga untuk meneruskan perniagaan mereka di lokasi baru. "Ramadan masih panjang lagi, rata-rata peniaga masih berminat untuk meneruskan perniagaan mereka, lagi pun umat Islam terutama mereka yang bekerja ingin mendapatkan juadah berbuka puasa dari bazar Ramadan," katanya. Beliau berkata peniaga akan berniaga di khemah yang lebih kecil milik masing-masing, dan persatuan akan terus membantu mereka sekiranya menghadapi masalah di lokasi baru itu. — Bernama |
| Pengerusi Felda Berbohong Lagi Di Bulan Ramadhan Posted: 14 Aug 2010 02:17 AM PDT Felda fitnah lagi..saman je felda ni..ajar sikit erti cakap benar Sivarasa dakwa Pengerusi Felda bohong, nafi kenakan fi guaman RM500 PETALING JAYA, 14 Ogos — Pemimpin PKR menyifatkan dakwaan Pengerusi Felda bahawa 766 peneroka yang memfailkan saman RM200 juta terhadap lembaga itu perlu membayar RM500 seorang sebagai kos khidmat peguam adalah satu pembohongan dan fitnah. Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah berkata, dakwaan Tan Sri Mohd Yusof Nor itu tiada asas kerana setiap peneroka hanya dikenakan RM50 untuk kos perbelanjaan peguam dari mula sampai habis. "Ini adalah satu tuduhan fitnah dan palsu yang tidak mempunyai asas. "Kita tidak ada mewajidkan setiap peneroka dari Felda Serting Hilir dan Felda Raja Alias membayar RM500 tapi hanya RM50 iaitu kos perbelanjaan dari mula sehingga habis kes," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini. Ahli Parlimen Subang ini berkata demikian ketika mengulas dakwaan Yusof bahawa beliau difahamkan peneroka dikenakan bayaran tidak kurang RM500 bagi proses memfailkan saman tersebut. "Saya minta peneroka berhati-hati apabila seseorang mengambil inisiatif untuk menyaman Felda dan meminta bayaran. "Saya difahamkan bayaran itu tidak boleh dipulangkan. Saya menyeru kepada peneroka supaya jangan terpengaruh dengan perbuatan sedemikian kerana mereka akan menjadi mangsa. RM500, bagi peneroka bukanlah (jumlah) yang kecil," kata Yusof. Awal minggu lalu, seramai 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Felda Raja Alias memfailkan saman RM200 juta mendakwa lembaga itu menipu mereka sejak 15 tahun lalu. Sivarasa yang juga peguam mewakili peneroka tersebut berkata, Yusof patut berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan palsu yang mungkin boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil terhadap lembaga itu. Sehubungan itu, Sivarasa berkata Yusof jangan sesekali cuba untuk mempolitikkan kes saman Felda dengan mengaitkan ia dengan pembangkang. "Jumlah RM50 yang kita kenakan adalah satu harga yang cukup munasabah, jadi saya rasa beliau (Yusof) jangan cuba untuk mempolitikkan perkara ini," katanya. Turut hadir dalam sidang media itu adalah Ketua Biro Felda PKR, Suhaimi Said, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong dan peguam N. Surendran. Mengenai tindakan Felda yang akan memfailkan saman pada bila-bila terhadap akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan yang mendakwa agensi itu bankrap, Surendran berkata, Felda tidak boleh mengambil tindakan undang-undang kerana lembaga itu ditubuhkan untuk rakyat. "Felda ditubuhkan untuk rakyat jadi sebagai badan berkanun, ia tidak boleh mengambil tindakan untuk saman mana-mana individu yang memberikan kritikan terhadapnya. "Jadi sebenarnya memang Felda tidak boleh saman sesiapa pun termasuk Suara Keadilan dan juga pemimpin PKR. "Saya mencadangkan agar Felda mendapatkan penasihat undang-undang yang bagus untuk jelaskan perkara ini," katanya. Suara Keadilan sebelum ini telah menyiarkan artikel bertajuk 'Felda Bankrap' menerusi edis 22 hingga 29 Jun lepas.
|
| Tragedi Bazar Maut..2,3 Atau 4 Orang Yang Meninggal?? Posted: 14 Aug 2010 12:55 AM PDT
BEBERAPA laporan media cetak dan media elektronik berhubung tragedi bazar Ramadhan di Stadium Jasin, Melaka roboh ditimpa ribut agak bercanggah antara satu sama lain mengenai bilangan mereka yang maut dan cedera. Laporan awal Berita Harian Online malam tadi menyebut seorang peniaga terbunuh sebelum berita susulan yang dikemaskini kemudiannya menyebut dua orang peniaga terbunuh manakala seorang pengunjung cedera parah akibat dihempap khemah yang runtuh Manakala Utusan Malaysia Online melaporkan: "Dua oang maut manakala 18 lagi cedera termasuk seorang kritikal dalam satu kejadian ribut kencang yang berlaku di bazar Ramadan Stadium Jasin, di sini petang tadi.." Laporan berita RTM lewat malam tadi pula menyebut tiga orang terbunuh: "Dua peniaga dan seorang pengunjung manakala 18 yang lain cedera dihempap khemah yang diterbangkan ribut dalam kejadian yang melanda Bazar Ramadhan di perkarangan Stadium Jasin.." Sebaliknya Astro Awani selepas itu melaporkan: "Empat maut manakala 15 lagi cedera dalam ribut yang melanda tapak Bazar Ramadhan di Stadium Jasin Melaka.." Namun begitu berita dalam Buletin Pagi TV3 pagi ini membuat laporan berikut: "Dua orang peniaga dan seorang pengunjung terbunuh manakala 18 yang lain cedera dihempap khemah yang diterbangkan ribut.." Tidak dapat dipastikan laporan media manakah yang lebih tepat. Laporan penuh Kosmo 14/08/2010: Bazar Ramadan dilanda ribut, dua peniaga maut JASIN – Dua peniaga bazar Ramadan di Stadium Jasin di sini maut akibat ditimpa payung gerai yang berterbangan setinggi tiang lampu 40 meter dalam kejadian ribut semalam. Mereka yang terkorban dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu ialah seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dan Mahadi Mohamad, pembantu kedai martabak. Mereka terkorban akibat hentakan batang besi payung gerai yang berterbangan. Selain dua mangsa yang terkorban, seorang lagi peniaga parah dan 18 lagi cedera ringan. Laporan penuh Utusan Malaysia 14/08/2010: 3 maut, 18 cedera dipukul ribut JASIN 13 Ogos – Tiga terbunuh manakala 18 lagi peniaga cedera dalam kejadian ribut taufan di Bazar Ramadan Stadium Jasin di sini, pada hari kedua umat Islam berpuasa hari ini. Kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku ketika semua mangsa sedang sibuk membuat persiapan untuk memulakan perniagaan. Dua peniaga yang maut ialah seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dan pembantu peniaga murtabak, Mahadi Muhammad, 39. Kedua-dua mereka cedera di kepala setelah dipercayai terkena objek keras ketika kejadian tersebut. - mediakini.com |
| Chua Soi Lek Memang Terlampau..Hina Islam Lagi Posted: 13 Aug 2010 11:54 PM PDT ![]() Chua Soi Lek, Apek Tua Merapu Lagi Oleh Lan Iisma Presiden MCA Dr Chua Soi Lek, apek tua membuat onar lagi. Beliau mencabar DAP untuk menyatakan pendirian berhubung isu perdagangan dinar emas yang akan dilaksanakan kerajaan PAS di Kelantan. Kenyataan telus DAP diperlukan kerana sekiranya PAS berjaya menguasai kerajaan pusat, adakah mereka bersedia menggunakan sistem yang diasaskan parti Islam itu. DAP juga tentunya bimbang berkenaan hubungan dagangan Malaysia dengan negara luar sekiranya sistem itu dilaksanakan sepenuhnya. Pelabur akan khuatir adakah PAS akan jadi parti pemerintah dan kalau berjaya jadi parti pemerintah, dia (PAS) bakal laksanakan sistem ini. Inilah yang dimerapukan oleh si apek tua. Inilah kenyataan tak mengaji apek tua. Inilah juga kegagalan besar Umno untuk apek tua lebih memahami Islam. Kita ramai-ramai kena bertanya apek tua, bagaimana dengan sistem perbankan Islam sekarang yang diamalkan di negara ini. Adakah dia tidak pernah menggunakan sistem ini? Larikah pelabur dengan menggunakan perbankan Islam. Semakin ramai orang yang menggunakan perbankan Islam, sistem insuran Islam termasuk bukan Islam. Ia semakin menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk memahami sistem ini. Apek tua semakin mamai. Apek tua jenis yang semakin keliru dan menjadi menjadi bertambah mereng apabila DAP berbaik-baik dengan PAS. Apek ini menjadi mati akal dengan apa yang ditunjukkan DAP. Jadi orang-orang Umno kena ajarlah apek tua lebih memahami tentang Islam. Payahnya juga Umno pun tak berapa faham juga. Kalau kerajaan bermegah mengatakan mereka yang memperkenalkan sistem perbankan Islam, masalah juga kerana apek tua belum memahaminya. Lagipun mereka hanya berminat dengan perbankan Islam sahaja. Sistem-sistem Islam yang lain, sistem jenayah Islam diketepikan begitu sahaja. Sebagai permulaannya eloklah apek tua ke PASTI terlebih dahulu. Ini kerana sejak akhir-akhir ini kemerapuan apek tua semakin kronik. Dengar ceritanya juga, dia payah berzina mencari pucuk muda di luar kerana selalu diperhatikan bininya...itulah sebabnya dia semakin mereng... |
| Skandal Ala Lingam Libatkan Najib Akan Didedahkan Isnin Ini Posted: 13 Aug 2010 11:10 PM PDT Jangan dokumen tu dibakul sampah oleh mahkamah dah la.. Najib sembunyi jenayah? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat adakah beliau tidak terlibat sama sekali dalam menyembunyi dan melindungi jenayah, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. "Hari ini, bertebaran pelbagai dokumen yang boleh menyebabkan Najib dituduh terlibat menyembunyi dan melindungi perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang yang dilakukan oleh seseorang yang disebut sebagai antara most notorious crony capitalists "Dokumen-dokumen itu juga boleh menyebabkan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dituduh tidak menjalankan tugas mereka dan mereka mestilah meletakkan jawatan," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu. Menurut Salahuddin, apa yang didedahkan dalam dokumen-dokumen itu bertentangan dengan cakap-cakap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed yang berkata akan meletakkan jawatan jika mana-mana aduan kepada suruhanjaya itu termasuk terhadap menteri kabinet tidak disiasat. "Jika tidak ada siasatan dijalankan mengenai mana-mana laporan, walaupun terhadap menteri kabinet, saya sedia meletak jawatan," katanya baru-baru ini. Salahuddin mempersoalkan, adakah kenyataan Abu Kassim itu bermakna SPRM hanya menyiasat sahaja dan selepas itu tidak ada tindakan selanjutnya. Ketika ditanya lebih lanjut mengenai pendedahan yang akan dibuatnya, Salahuddin hanya sekadar menyatakan bahawa beliau pernah menulis surat kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Parlimen Malaysia (PAC) tetapi tidak pernah mendengar sebarang tindakan yang sewajarnya telah diambil. Sambil menyatakan bahawa dokumen-dokumen akan berada di tangannya Isnin ini, Salahuddin memberi jaminan bahawa beliau akan mendedahkan dokumen-dokumen itu kepada umum pada hari yang sama. "Jika pendedahan dibuat pada Isnin ini, kerajaan perlu diingatkan bahawa rakyat tidak mahu lagi melihat satu lagi suruhanjaya siasatan seperti Suruhanjaya Diraja klip video VK Lingam di mana kita melihat semua pihak yang disebutkan kesalahan mereka dalam siasatan itu terlepas begitu sahaja tanpa sebarang hukuman," katanya. Beliau bimbang perkara itu berlaku kerana pada masa ini sudah pun berlaku apa yang beliau lihat sebagai tindakan tolak-menolak antara SPRM dan polis. |
| Gambar & Video Kejadian Bazar Maut Di Jasin Posted: 13 Aug 2010 10:19 PM PDT ![]()
|
| 3 Maut Di Bazar Ramadhan Jasin..Peringatan Allah Buat Ali Rustam?? Posted: 13 Aug 2010 09:10 PM PDT ![]() Semalam, dua orang peniaga dan seorang pengunjung terbunuh menakala 18 yang lain cedera dihempap khemah kejadian ribut yang melanda Bazar Ramadan di pekarangan Stadium Jasin. Menurut Ketua Polis Daerah Jasin DSP Che Suza Che Hitam, dua peniaga yang terbunuh dalam kejadian pukul 5 petang itu ialah Mahadi Mohamad, 40, berasal dari Kampung Gong Merang, Terengganu; Abdul Omar, 73, dari Kampung Air Merbau di sini dan pengunjung Muhammad bin Wahab, 49, dari Kampung Rim di sini. "Ketiga-tiga mangsa cedera parah di kepala terkena khemah (panjang) 20 kaki kali 20 kaki (lebar) yang diterbang ribut," katanya. Che Suza berkata Abdul meninggal dunia ditempat kejadian, Mahadi di. Hospital Jasin manakala Muhammad di Hospital Melaka. Mahadi adalah peniaga martabak manakala Abdul penjual cendol. Seorang peniaga yang terselamat dalam kejadian itu, Farim Rosli, 32, berkata kejadian ribut yang kuat itu telah menerbangkan hampir kesemua 30 khemah yang disediakan kepada peniaga di Bazar Ramadan berkenaan. "Sepanjang tujuh tahun saya berniaga di sini, inilah kali pertama kami (peniaga) dilanda ribut yang cukup dasyat, walaupun dalam tempoh yang tidak lama," katanya dari Kampung Air Merbau. Persoalannya...Adakah iktibar di sebalik peristiwa ini. Ya, memang ada iktibarnya. Sebelum ini ramai yang mendakwa peniaga bazar ramadhan 80 peratus tak berpuasa. Bahkan menambahkan kerisauan kita dengan bazar ini ialah kehadiran pengunjung yang datang ke bazar dengan berpakaian tak menutup aurat, kekasih berpengangan tangan..itu belum dikira penggeselan lelaki dan perempuan bukan muhrim di bazar yang sesak itu. Mungkinkah ini juga peringatan Allah buat kerajaan Melaka pimpinan UMNO yang menolak secara total hukum Allah. Lihatlah sahaja isu sekolah mengandung a.k.a sekolah pesalah zina, kerajaan UMNO tetap tak berganjak dengan cadangan mengarut mereka ini. Dan inilah yang mencetuskan kemarahan Allah dan dikenakan kepada penduduk Melaka yang berketuakan Ketua Menteri yang sesat. "Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri Beriman dan Bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya." (QS. Al A'raf, 7: 96)'' Allah telah menjanjikan kemusnahan kepada manusia-manusia yang melakukan kemungkaran. Dan balasan Allah itu tidak memilih sesiapa pun dalam negeri yang menjunjung kemungkaran. Sesungguhnya janji Allah itu benar. Kembalilah kepada suruhan Allah. Semoga kehidupan kita penuh kenikmatan dan keberkatan. "Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari dosa-dosamu." (QS. As Syura, 42 : 30) Pada mereka yang terkorban, takziah buat kaum keluarga mereka. Semoga Allah mencucuri rahmat buat mereka semua....Al Fatihah |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





































.jpg)

















Tiada ulasan:
Catat Ulasan