Justice For All |
- Ezam Perlu Jawab Segera Tuduhan Beliau Berzina Di Hotel Indonesia..
- Mana Lebih Bimbang..Lupa Perjuangan UMNO Atau Kes Buang Bayi??/
- Najib Gagal Tarbiyah Puteri UMNO
- Hati-Hati Dengan Kurma Yahudi Laknatullah
- Ajaib..4 Beradik Lahir anak Dalam Masa 4 hari
- Apakata Kalau PR Sudahkan Projek Sakit Hospital Shah Alam..
- Maut Di Bazar Ramadhan..Adakah Ia Peringatan Allah??
- Macam2 Zaman Najib..Ada Remaja Islam Mencarut Tak Nak Puasa
- Mahasiswa Berpolitik..Pandangan Mahasitua vs Mahasiswa Muda
- Utusan Memang Selama-Lamanya Akan Kena Saman
- Padan Muka!! Islam Tak Ajar Buat Benda Nih
- Khairy Pertahan pemimpin DAP
- Blogger UMNO Fitnah Khalid Ibrahim Kahwin Dua
| Ezam Perlu Jawab Segera Tuduhan Beliau Berzina Di Hotel Indonesia.. Posted: 13 Aug 2010 08:10 PM PDT Ini tuduhan baru Ezam..Apa?? Berzina??? Tuduhan yang berat..buat ezam, sila jawab isu ini. Kalau Din binjai dan Chegu Bard buat fitnah, saman je mereka berdua ini. Bukannya berselindung di bawah ketiak mak sendiri.. Ini kisah benarnya...
Chegu Bard : "Abang Din..Abang Din tahu tak..saya serah nyawa pada Ezam dalam perjuangan ini ? Sharpshooter : "Oh ya ka...awat la Cikgu pi serah nyawa pada senatak tu..mujur tak serah yang lain..he..he..he.." Chegu Bard : " Abang Din ni apa la..orang cakap serius ni....Kalau saya tahu ni barua Ezam tergamak heret Kak Wan, tobat saya tak ngaku kawan dah...Ezam ni dah terlalu melampau sangat...jangan sampai saya dedah kisah Ezam di Indonesia pula..." Sharpshooter : "Eh...Chegu..apahal..apa kes Ezam di Indonesia....dia buat apa Chegu? Chegu Bard : " Ezam.. tolong hentikan fitnah pada Kak Wan..jangan sampai saya dedah dan bongkar rahsia Ezam di Indonesia..saya tahu di hotel mana? waktu bila? tarikh bila? jam berapa? dengan siapa?....saya tahu semuanya..jangan sampai saya dedah semua tu...saya tak gamak nak sentuh hal peribadi Ezam..." Sharpshooter :" oh ya ka cikgu...awat tak mau dedah..." Chegu Bard : "Tengoklah macamana..sampai masa mungkin saya terpaksa dedah..." Nah Ezam..cepatlah jawab. Jangan biarkan orang kata anda penzina, kaki perempuan..suka buang anak. Jawab isu ini. Jangan meniskus di bawah ketiak mak di bulan ramadhan ini. Buat isteri ezam, soal suami anda sendiri. Cari kebenaran dan kalau tak betul, saman je din binjai dan Che gu Bard..inilah penyelesaiannya..juga ezam tolong jawab isu-isu lain yang ditimbulkan oleh Din Binjai di sini.. Apapun jom sekali lagi kita tengok sumpah keramat Ezam, isteri da mak bapaknya yang talam dua muka ini... |
| Mana Lebih Bimbang..Lupa Perjuangan UMNO Atau Kes Buang Bayi??/ Posted: 13 Aug 2010 07:40 PM PDT Ini kebimbangan Al Sultan Perak... Sultan Azlan Shah bimbang IPOH 13 Ogos – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah (gambar) menzahirkan kebimbangan baginda dengan sikap sebahagian daripada generasi baru yang semakin jauh fahamannya dengan salasilah dan asal-usul sejarah tanah air walaupun negara kini di ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-53. Ini kerana titah Sultan Azlan Shah, kebelakangan ini telah terdengar suara-suara tuntutan yang sangat bercanggah dan bertentangan dengan semangat penyatuan warga di negara ini sebagai sebuah negara bangsa merdeka lagi berdaulat. Siapa kata muda mudi tak tahu susur galur sejarah. Mereka tahu apa itu hang tuah, komunis, merdeka..itu semua mereka tahu. Cuma mereka tak iktiraf atau buat-buat tak tahu yang UMNO kononnya parti perjuangkan orang Melayu. Itu mereka tak nak tahu. Sebab itulah Sultan bimbang akan perkara ini..pasal sejarah Melayu, mereka lebih arif kerana sumber banyak. Muzium pun mereka boleh pergi untuk tengok sejarah melayu. Apapun ini perkara yang perlu dibimbangkan sekarang..bukannya sejarah melayu yang tidak membawa keuntungan itu.. Empat lagi kes buang bayi
KUALA LUMPUR: Belum sampai 24 jam Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh dan percubaan membunuh, empat lagi kes pembuangan bayi dilaporkan dalam tempoh itu. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menerima maklumat tiga kes pembuangan bayi dilaporkan di Kelantan, Melaka dan Kuala Lumpur. Satu lagi kes dilaporkan di Johor Bahru. "Semua pihak mesti serius dan tidak lepas tangan berhubung kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa. "Isu ini jika tidak ditangani segera mengakibatkan kehancuran nilai agama dan budaya dalam masyarakat pada masa depan. "Ini tanggungjawab bersama ibu bapa, keluarga, masyarakat dan pemimpin. Jangan ambil kes ini sambil lewa," katanya kepada pemberita selepas melawat Wad Bersalin Hospital Kuala Lumpur (HKL). Dalam kejadian di Johor Bahru, seorang penjala ikan, Mohd Moh Othman, 60, terkejut menemui mayat bayi yang tidak diketahui jantinanya dalam bakul di pinggir laut berhampiran Jalan Datuk Onn, kira-kira jam 5 petang kelmarin. "Sekali pandang, bayi berkenaan cukup sifat dan masih bertali pusat. Saya buntu sebaik melihat mayat itu dan membuat laporan polis selepas disuruh ahli keluarga," katanya. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob mengesahkan kejadian itu dan polis sedang menjalankan siasatan. Sementara itu, statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati purata tiga bayi dibuang setiap dua minggu di negara ini sepanjang 2007 hingga April lalu, membabitkan 312 kes. Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Mohamed Fadzil Che Din, berkata perangkaan itu mungkin lebih tinggi kerana ia yang disenaraikan itu hanyalah kes yang dilaporkan kepada JKM. Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu. Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008) dan 79 kes (2009). Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25 tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka. Daripada jumlah 396 kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102 bayi perempuan dan selebihnya tidak diketahui jantina. Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008 pula, 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa. Lebih menyedihkan bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan. Dalam perkembangan berkaitan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan Pakar Runding Kanan HKL, Datuk Dr J Ravindran, berkata kes wanita melahirkan anak luar nikah di hospital terbabit mencatatkan peningkatan pada tahun ini berbanding tahun lalu. "Tahun lalu 392 wanita melahirkan anak luar nikah. Daripada itu, 62 adalah berumur bawah 18 tahun. Pada tahun ini terdapat penambahan kes iaitu sehingga bulan Julai, terdapat 301 kes termasuk 34 kes bawah umur 18 tahun," katanya. |
| Najib Gagal Tarbiyah Puteri UMNO Posted: 13 Aug 2010 06:57 PM PDT Tolonglah UMNO..cukuplah..Cukuplah jadi faktor pada kes zina dan maksiat lain. Kali ini foto facebook ahli Puteri UMNO tersebar luas. Semua ini jelas menunjukkan bahawa Puteri UMNO sebijik macam bohsia. Saya tak nak mengutuk di bulan puasa ini dan bulan-bulan lain..cuma untuk berikan pengajaran pada umat islam di negara ini. Kepada ibu bapa yang memilik anak join Puteri UMNO itu, cepatlah suruh mereka bertaubat. Baik join pandu puteri atau muslimat PAS, daripada join puteri UMNO yag penuh sesat dan maksiat. Buat semua, ini bukti kesesatan puteri UMNO. Dinasihatkan jangan tenung gambar tu lama-lama, nanti batal puasa. Baca je kandungan tulisan ahli puteri umno yang sesat ini. Takut nanti kita sama sesat dengan UMNO laknatullah pula.. ![]() ![]() Oppss..ini bukan Puteri, ini nenek puteri UMNO..insaflah wahai UMNO.. |
| Hati-Hati Dengan Kurma Yahudi Laknatullah Posted: 13 Aug 2010 10:34 AM PDT salam 2 ramadhan .. sekarang bulan puasa ...berhati-hati........be careful of kurma yahudi .. tolong distribute ! bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ....dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia . Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi. Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini. Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi. PLEZ FOWARD... ***sumber dari kengkawan se islam kita |
| Ajaib..4 Beradik Lahir anak Dalam Masa 4 hari Posted: 13 Aug 2010 08:59 AM PDT CHICAGO: Empat beradik perempuan dilaporkan melahirkan anak dalam masa empat hari berturut-turut. Tiga daripada beradik itu, Lilian Sepulveda, 27, Saby Pazos, 29 dan Leslie Pazos, 24, melahirkan anak dengan disambut pakar sakit puan yang sama di sebuah hospital di Chicago pada Jumaat dan Sabtu minggu lalu. Manakala seorang lagi, Heidi Lopez melahirkan anak pada Isnin lalu di California. Seorang anggota keluarga terbabit berkata, keempat-empat beradik itu tidak merancang untuk melahirkan anak dalam tempoh sama. - Agensi |
| Apakata Kalau PR Sudahkan Projek Sakit Hospital Shah Alam.. Posted: 13 Aug 2010 08:36 AM PDT Rentetan pembinaan Hospital Shah Alam yang tergendala sejak Mei lalu, warga Shah Alam mendesak kerajaan menyelesaikan kemelut itu dengan kadar segera. Majoriti warga Shah Alam meminta kerajaan mengambil tindakan yang lebih pro aktif dalam menyelesaikan konflik yang sedang melanda antara kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Kerja Raya dengan lebih berkesan kerana ia membabitkan peruntukan wang rakyat sebanyak RM482 juta. Tinjauan TV Selangor mendapati pembinaan Hospital Shah Alam di negeri ini adalah sangat diperlukan memandangkan ia merupakan perkara asas dalam mendapatkan rawatan kesihatan dengan lebih mudah. "Saya rasa perlu diadakan dan disiapkan hospital itu dengan segera, kerana manusia ini jangka hidup dia tidak sama. Ada kaya ada miskin. "Perlu disegerakan dan diteruskan dengan secepat mungkin, kita ini hendak pergi hospital maklumla semua barang naik, kos perubatan pun naik, jadinya ada hospital kerajaan itu yang termampu kita pergi," kata Mahaad Mustafha merupakan seorang pekerja swasta di Shah Alam. "Hospital dekat Shah Alam ini memang sangat diperlukan sebab malu lah, satu-satunya bandaraya yang tiada hospital kan. Lagi satu hospital lain jauh kan, kita hendak pergi hospital lain pun yang ada cuma Hospital Klang atau Putrajaya kan, maknanya hendak berurusan memang susahlah, kita memerlukan sangat. Lagi pun Poliklinik yang ada di Shah Alam ini berapa sangat yang boleh kita tampungkan untuk perkara kecemasan atau bersalin memang susahlah. "Kalau boleh buatlah secepat yang mungkin dan kalau ada masalah-masalah tu, selesaikan sebab rakyat sangat memerlukan hospital ini sepertimana yang dijanjikan oleh kerajaan kepada rakyat," kata Ahmad Shukri Ahmad Yusuf merupakan pekerja swasta juga. "Memang sangat diperlukan kerana orang kata warga Shah Alam ini buat bangunan ini cepat sebab sekarang saya dengar dia tergendala kan, mengenai kontraktor yang lambat tu, sila cepat selesaikanlah ya," kata Paraam Singh. "Awak punya tanggungjawap ialah rakyat, awak tengok ya bertapa rakyat sudah banyak sengsara, awak sudah ambil duit rakyat tetapi awak buat projek itu tidak bersungguh-sungguh pula," kata seorang warga emas yang tidak mahu dikenali. Pembinaan Hospital Shah Alam adalah merupakan sebuah projek Bn yang mengikut perjanjian asalnya kontraktor perlu menyiapkan hospital itu sebelum 25 Jun 2011. Bagaimanapun pembinaan hospital 300 katil itu tegendala dan bertambah teruk apabila baru-baru ini pada 11 Ogos, Syarikat Sunshine Fleet Sdn.Bhd telah memberhentikan syarikat GM Healthcare Sdn.Bhd daripada menjadi sub kontraktornya pula. Sunshine Fleet Sdn.Bhd telah memberikan notis 8 jam kepada GMH dengan arahan GMH perlu mengosongkan segala barang milikan di lokasi pembinaan dengan segera. Tindakan tidak adil ini turut sama berlaku kepada syarikat Isyoda (M) Sdn.Bhd yang pada mulanya adalah sun kontraktor utama yang dilantik oleh Sunshine Fleet. TV Selangor difahamkan isu pembinaan hospital ini bukan saja melibatkan kontraktor dan sub kontraktor malah membabitkan seramai kira-kira 850 pekerja buruh binaan yang terpaksa mengalih pekerjaan mereka ekoran tidak dibayar gaji sehingga terdapat pelbagai bantahan pekerja melalui kain banting yang dipasang di luar pagar hospital itu. |
| Maut Di Bazar Ramadhan..Adakah Ia Peringatan Allah?? Posted: 13 Aug 2010 07:50 AM PDT Dua maut dan 18 cedera ribut landa bazar Ramadan JASIN 13 Ogos – Dua maut manakala 18 lagi cedera termasuk seorang kritikal dalam satu kejadian ribut kencang yang berlaku di bazar Ramadan Stadium Jasin, di sini petang tadi. Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, mengakibatkan kira-kira 40 gerai peniaga di kawasan tersebut musnah dipukul angin. – Utusan |
| Macam2 Zaman Najib..Ada Remaja Islam Mencarut Tak Nak Puasa Posted: 13 Aug 2010 05:24 AM PDT Salam kepada semua saudara Islam ku sekalian, Remaja melayu semakin rosak dan berani secara terang-terangan mempermainkan hukum Allah. Apakah cara yang terbaik dan perlu kite serapkan kepada anak-anak kita? Link dibawah bukanlah bermaksud untuk mengaibkan atau bermaksud lain, tujuanku hanyalah cuba menjadikan ianya sebagai contoh dan teladan disini... Mungkin sedara boleh bagi idea bagaimana nak pulihkan mereka ini? http://www.facebook.com/salleh.g.sam...44310232260980Bagi sesiapa yg kene block facebook kt opis..bole view kt sini : atau klik ini Sumber : CG |
| Mahasiswa Berpolitik..Pandangan Mahasitua vs Mahasiswa Muda Posted: 13 Aug 2010 03:30 AM PDT Ini kenyataan pemimpin muda PR yang faham kehendak mahasiswa yang bijak.. SEKATAN PENGLIBATAN MAHASISWA DALAM POLITIK: PEMBENTUKAN KAUKUS RENTAS PARTI BAGI PENGLIBATAN MAHASISWA DALAM POLITIK Pengumuman YB Datuk Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi tentang keputusan Kabinet meneruskan sekatan terhadap penglibatan mahasiswa dalam politik menggambarkan sebuah Kerajaan yang ketinggalan dengan perubahan yang berlaku di persekitarannya. Tindakan Kerajaan melayan tentangan daripada Tun Mahathir Mohamad dan kuncu-kuncunya bermakna pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak lebih prihatin dengan pandangan lapuk berbanding keperluan mendengar dan berinteraksi dengan generasi masa depan. Faedah membenarkan mahasiswa terlibat di dalam politik sudah diketahui umum dan telah dibahaskan berkali-kali di peringkat nasional. Lebih penting lagi, matlamat negara melahirkan modal insan yang berdaya saing mesti menekankan pendidikan menyeluruh yang melangkaui bilik kuliah dan kurikulum yang diajar. Generasi yang kreatif dan inovatif lahir daripada minda yang bebas – yang diberikan sepenuhnya peluang berbahas, berbincang dan lebih penting lagi melakukan kesilapan agar mereka belajar daripada kesilapan mereka. Kita cuma menunggu masa sebelum mahasiswa negara ini yang membentuk kelompok pengundi yang penting, menghantar mesej menolak Barisan Nasional; memandangkan petanda jelas daripada Pilihan Raya Umum 2008 telah diketepikan begitu sahaja. Tindakan seterusnya untuk menyanggah keputusan Kabinet bahawa mahasiswa tidak bersedia terlibat di dalam politik ialah dengan menggambarkan kematangan dan pengaruh sebenar mahasiswa dan anak muda. Kami dengan ini menggesa pembentukan kaukus rentas parti oleh ahli politik muda daripada semua parti bagi memperjuangkan penglibatan mahasiswa di dalam politik. Sebelum ini kami menyambut baik bahawa ada rakan-rakan kami di dalam Barisan Nasional yang turut berkongsi keyakinan bahawa membenarkan mahasiswa terlibat di dalam politik dan proses politik bagi menggembleng potensi anak muda menyumbang kepada negara sepenuhnya. Usaha Timbalan Menteri YB Datuk Saifuddin Abdullah untuk menarikh perhatian terhadap isu ini beserta tentangan daripada YB Khairy Jamaluddin terhadap pengumuman Kabinet tempoh hari menggambarkan kita boleh mewujudkan penyelesaian rentas parti terhadap isu ini. Justeru, memandangkan komitmen mereka, kami ingin menjemput YB Datuk Saifuddin untuk mempimpin kaukus rentas parti dalam isu ini.Jika rakan-rakan kami daripada Barisan Nasional benar-benar ikhlas tentang masa depan generasi muda, peluangnya terbuka luas untuk mereka membuktikan keikhlasan mereka. YB NURUL IZZAH ANWAR, Ahli Parlimen Lembah Pantai YB YUSMADI YUSUF, Ahli Parlimen Balik Pulau YB YUNUS JAMHARI, ADUN Kuala Kurau YB KESAVAN, ADUN Hutan Melintang YB NIK NAZMI AHMAD, ADUN Seri Setia YB CHAN MING KAI, ADUN Simpang Pulai YB CHANG LIH KANG, ADUN Teja YB SIM TZE TZIN, ADUN Pantai Jerejak YB AMIRUDDIN SHARI, ADUN Batu Caves YB GAN PEI NEI, ADUN Rawang Dan ini pula..si mahasi tua yang malas berfikir, kurang intelek dan jumud pemikirannya KERAJAAN TETAP LARANG MAHASISWA BERPOLITIK PUTRAJAYA: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Rabu mengumumkan bahawa kabinet membuat keputusan untuk tidak membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik kepartian. Katanya, Seksyen 15, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) yang dipinda baru-baru ini, sudah memadai dalam konteks membenarkan mahasiswa mengambil bahagian dalam politik kepartian selepas mendapat kebenaran naib canselor. Beliau menegaskan, keputusan itu tidak sama sekali menghalang mahasiswa daripada mengetahui atau mengikuti perkembangan politik tanah air melalui pelbagai cara. Pelajar IPT tetap dilarang berpolitik Kerajaan tetap mengekalkan larangan berpolitik kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam walaupun ada gesaan supaya mahasiswa dibenarkan terbabit secara aktif dalam parti politik. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum ini sudah memadai kerana ia memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara di kampus. Larangan itu kekal. Tidak ada perkembangan terbaru mengenai cadangan membenarkan mahasiswa berpolitik. Mereka terikat dengan AUKU yang sebenarnya sudah dipinda dan memberi agak lebih kebebasan untuk mereka bersuara Malah, di kampus juga sudah ada `speaker corner... ini tidak menghalang mahasiswa membicarakan soal politik kerana mereka juga rakyat Malaysia. Yang kita tidak benarkan ialah membabitkan diri secara aktif dalam parti dan politik, katanya pada sidang media selepas melancarkan buku Najib Tun Razak: Melakar Transformasi Malaysia di sini, semalam. Kementerian Pengajian Tinggi kelmarin mahu mempertimbang untuk membenarkan mahasiswa di IPT awam membabitkan diri dalam parti politik. Muhyiddin berkata, kebenaran berpolitik di IPT tidak boleh disamakan seperti kebenaran guru berpolitik di sekolah kerana murid sekolah belum boleh terbabit dalam politik berasaskan faktor usia yang masih mentah, sekali gus tidak memberi kesan kepada golongan itu. Kalau di kampus sasarannya kepada politik pastinya akan membawa kesan yang lain. Saya tahu di negara maju ada juga yang menyekat mahasiswa mereka terbabit (politik) kerana mereka mahu mahasiswa memberi tumpuan kepada akademik, katanya. |
| Utusan Memang Selama-Lamanya Akan Kena Saman Posted: 13 Aug 2010 03:00 AM PDT Saman je Utusan nih..saman sekali blogger fitnah UMNO. Duit menang kes nanti, Lim Guang Eng perlu beri pada peniaga yang miskin di Pulau PinangGuan Eng mahu saman Utusan Lim Guan Eng memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kumpulan Utusan kerana mendakwa menyiarkan berita fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu mahu mengharamkan Bazar Ramadan di Komtar. Sehubungan itu, Lim telah meminta peguam Karpal Singh mempertimbangkan tindakan saman ke atas Utusan Malaysia. "Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah miminta peguamnya, Karpal Singh mempertimbangkan sama ada tindakan saman boleh diambil ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita fitnah ke atas Ketua Menteri (kononnya) telah mengharamkan Bazaar Ramadan di Komtar. "Peguam beliau akan mengkaji laporan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia mulai 7 hingga 11 Ogos 2010, yang menyiarkan berita palsu menyemarakkan sentimen perkauman dengan menyatakan Ketua Menteri menindas peniaga Melayu dengan menghalang bazar ramadan," kata Setiausaha Akhbar Lim, Cheong Yin Fan dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini. Bazar Ramadan di Komtar terus dibenarkan, katanya. "Hanya pengelola, Naib Pengerusi Persatuan Perniagaan Komtar (KMA) Mohamad Ghani Abdul Jiman dilarang masukkan gerai kerana tidak bayar sewa kepada Penang Development Corporation (PDC), pengurus Komtar. Mana boleh masukkan gerai tanpa membayar wang sewa? "Yang lebih teruk lagi ialah pengelola telah pun kutip wang daripada peniaga tetapi tidak serahkan kepada PDC sehingga hari ini," katanya. Setiausaha akhbar itu berkata, demi menutup kegagalan KMA bayar wang sewa yang telah pun dikutip daripada peniaga kepada PDC, satu isu perkauman telah dicetuskan bahawa Bazar Ramadan dihalang dan peniaga Melayu ditindas. "Sehingga sekarang tidak ada satu sen pun dibayar kepada PDC. Kata beliau, ini bukan kali pertama akhbar berkenaan menyiarkan berita "bohong bulat-bulat bahawa Ketua Menteri menindas orang Melayu." "Pada mulanya Ketua Menteri tidak ingin membuat saman kerana rasa ini adalah politik benci dan ganas oleh mereka yang anti-Pakatan Rakyat. "Akan tetapi kerana ia diulang-ulangi, maka langkah ini terpaksa diambil untuk mendedahkan kepada orang ramai tipu muslihat dan niat jahat Utusan Malaysia," katanya. Kata beliau, Ketua Menteri sedia menerima cabaran Ghani dengan tabah hati dan keyakinan serta anggapnya sebagai suatu ujian daripada Tuhan untuk melawan kemungkaran dan fitnah. "Ini adalah kerana kerajaan negeri yakin rakyat dapat bezakan di antara benar dan salah, hak dan batil, antara maaruf dan mungkar," katanya lagi. Kelmarin, Ghani mencabar Lim untuk membuat laporan polis terhadapnya atas kesalahan pelanggaran kepercayaan — dan pertaruhkan jawatan masing-masing. Ghani berkata beliau mahu polis melakukan siasatan menyeluruh terhadapnya sambil menawarkan diri untuk melepaskan jawatan sebagai naib pengerusik KMA jika terbukti bersalah atas tuduhan itu. "Tapi jika saya tidak bersalah, saya mahu Lim Guan Eng letak jawatan," kata Ghani. |
| Padan Muka!! Islam Tak Ajar Buat Benda Nih Posted: 13 Aug 2010 02:35 AM PDT Tulah..sape suruh bakar gereja. Kan dah kena. Dalam islam pun tak ajar penganutnya bakar gereja. ini mesti kerja orang UMNO. Kalau bukan orang UMNO pn, mesti pemikiran macam orang Umngok Bakar gereja: Dua beradik dihukum penjara 5 tahun Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mendapati kedua-dua adik beradik yang membakar gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, pada Januari lalu bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas mereka. Peguam Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan adiknya Raja Mohamad Izham, 22 kemudian memohon untuk penangguhan hukuman dan dibenarkan mahkamah tetapi ikat jamin dinaikkan dari RM10,000 kepada RM20,000. Dalam penghakimannya, hakim SM Komathy Suppiah berkata individu yang melakukan khianat di tempat beribadat tidak berhak mendapat simpati daripada mahkamah. Beliau berkata tindakan seumpama itu perlu dicela dan tidak dapat diterima. "Mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal kepada pesalah yang menodai kesucian agama atau kepercayaan supaya menjamin keamanan dan keharmonian di negara berbilang bangsa seperti Malaysia terus terpelihara. "Hukuman yang ringan tidak akan memberi mesej yang keras dan jelas bahawa kesalahan seperti itu adalah sesuatu yang tidak dapat diterima," katanya. Menurut Komathy, salah satu tiang Rukunegara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan tetapi mereka membakar 'rumah' Tuhan. "Pemimpin daripada pelbagai lapisan masyarakat tampil dan membidas tindakan kamu. Nasib baik, polis berjaya memastikan undang-undang terpelihara dan tiada kejadian yang tidak dingini tercetus." Komathy kemudian memanggil bapa kedua-dua tertuduh dan berkata adalah pedih untuk melihat anak muda dipenjarakan tetapi untuk kesalahan seumpama itu, rasa belas kasihan mesti diketepikan untuk kepentingan awam. "Mesej dari mahkamah ini adalah jelas. Jangan bermain dengan api." Faizal bekerja sebagai penghantar surat dengan PKNS manakala adiknya pula adalah seorang kerani di sebuah bank. Pada sessi penggulungan pagi ini, Komathy berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah kerana bukti yang dikemukakan oleh kedua-dua tertuduh adalah tidak konsisten. "Pengakuan kawan mereka bahawa kedua-dua mereka terbabit dengan membakar sampah juga diragui. Ia hanya direka-reka." Mereka dan seorang lagi rakan penghantar surat, Azuwan Shah Ahmad didakwa bersama-sama beberapa orang yang masih bebas, melakukan khianat dengan membakar gereja di Jalan 4/4C, Desa Melawati, di Kuala Lumpur pada 11.50 malam, 7 Januari lalu. Adik-beradik itu didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Bagaimanapun pada 30 Julai lalu, Azuwan Shah dilepas dan dibebaskan manakala adik beradik itu dipanggil membela diri. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi dan Lailawati Ali manakala pihak pembelaan dikendalikan peguam Datuk Hanif Hashim dan Rosal Azimin Ahmad. Peguam mereka, Hanif berkata terdapat keraguan dalam kes ini kerana guru yang menyaksikan kebakaran itu tidak melihat wajah sebenar mereka yang bertanggungjawab. "Dalang sebenar masih bebas," katanya. "Kedua-dua mereka hanya ditangkap di Hospital Kuala Lumpur." DPP Azlina pada penggulungannya berkata kenyataan rakan mereka bahawa kedua-dua tetuduh membakar sampah apabila terbakar diri sendiri adalah hanya rekaan bagi menyelamatkan tertuduh. |
| Posted: 13 Aug 2010 12:08 AM PDT Khairy kecam ugutan keterlaluan SHAH ALAM - Ugutan peluru hidup yang diterima Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua merupakan satu tindakan yang keterlaluan dan tidak boleh diterima rakyat Malaysia. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau begitu terkejut dengan berita Pua menerima kiriman peluru hidup M-16 dan nota yang dipercayai dihantar dari Tangkak, Johor. "Kita mengecam sekeras-kerasnya perkara ini. Pada masa yang sama saya menyeru kepada semua pihak agar tidak terjebak di dalam kancah polemik spekulasi yang tidak memanfaatkan sesiapa dan seterusnya memberi ruang dan kepercayaan kepada pihak polis bagi menyiasat insiden ini," katanya dalam satu kenyataan semalam. Menurutnya, beliau berharap polis dapat memberi jaminan kepada Pua dalam soal keselamatan peribadi dan keluarga beliau. |
| Blogger UMNO Fitnah Khalid Ibrahim Kahwin Dua Posted: 12 Aug 2010 08:58 PM PDT Heboh sekarang kata Khalid bini dua. Ini penafian Khalid Ibrahim.. Sementara itu, Khalid ketawa besar apabila diajukan soalan sama ada beliau melantik isteri keduanya pegawai kanan di Perbadanan Menteri Besar Selangor, seperti dakwaan yang tersebar di internet. Malah, jelasnya, beliau hanya mempunyai seorang isteri sahaja, iaitu Salbiah Tunut. "Tidak (benar). Mereka (penulis blog) bercakap tentang pembantu peribadi saya. Dia sudah bekerja dengan saya semasa di PNB (Permodalan Nasional Berhad) sejak tahun 1980 lagi," jelas bapa kepada empat orang anak itu. Hanya satu isteri Khalid menjelaskan, beliau membawa masuk pekerja lamanya ke pejabat menteri besar bagi mengatasi kemungkinan berlakunya kebocoran maklumat pentadbiran. Tambahan lagi, katanya, pembantunya itu sudah berkahwin, mempunyai dua anak dan turut mengenali isterinya Salbiah. "Mereka (yang menuduh ini) bodoh. Apa boleh buat, banyak orang bodoh di negara ini. Isteri saya kenal dia. Dia sudah bekerja dengan saya selama 30 tahun, bukan kelmarin atau hari ini," kata Khalid. Beberapa blog anti-Pakatan, antaranya Ruang Bicara Faisal dan The Unspinners melaporkan Khalid mewujudkan jawatan baru, pegawai koordinasi kepada menteri besar, bagi menempatkan isteri mudanya ke jawatan itu. Mereka juga mendakwa jawatan tersebut tidak wujud semasa pemerintahan BN dahulu. Bagaimanapun, jawab Khalid: "Ini jawatan lama." Ini kaki fitnah blogger UMNO.. http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/08/khalid-lantik-isteri-muda-sebagai.html http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/08/adakah-puan-sri-salbiah-tahu-dia-dimadu.html " Adakah Puan Sri Salbiah Tahu Dia Dimadu..?" [Blog GAP] "Kekasih Gelapku..Kalid Gagap" [Blog GAP] "Kronisma Khalid Letak Rahimah Bini Muda Kerja Di Opis MB.." [Blog The Unspinners] "Milik Siapakah Gadis Ini..? Errr... Errrr... Errrr [Blog Parpukari] "Isteri Muda" [Blog Wadat] "Dari Parti Anak Beranak Kemudian Kerajaan Laki Bin.. Terbaik!" [Blog Pilihan Anda] woooi bertaubatlah di bulan ramadhan ni..janganlah asyik fitnah jer..buat Khalid Ibrahim, saman je kaki fitnah ni..duit menang kes, boleh sedekah pada fakir miskin untuk sambut raya.. |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

















Tiada ulasan:
Catat Ulasan