Selasa, 10 Ogos 2010

Justice For All

Justice For All


Bakar Diri..Ini Mesti Orang Barisan

Posted: 10 Aug 2010 08:50 PM PDT

Peniaga kedai kopi kecewa cuba bakar diri

GEORGETOWN: Seorang peniaga kedai kopi cuba membakar diri dengan menyimbah minyak petrol ke tubuhnya di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), bagi menunjukkan perasaan kecewa terhadap kerajaan negeri yang bertindak menutup pintu masuk di tingkat dua kompleks itu, semalam.

Dalam kejadian jam 3.10 petang itu, Teoh Bak Seng, 53, dari Persiaran Gurney, yang memiliki kedai 'Seng Mugs Coffee' dikatakan mahu menghantar memorandum ditandatangani 48 peniaga kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, bagi membantah penutupan pintu berkenaan.

Sebelum itu, Teoh dikatakan berucap di khalayak selama lima minit dengan melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan negeri dan meletakkan beberapa poster bertulis 'Tukar Tempat, Tukar Pemikiran', 'Kerajaan Pulau Pinang Kejam' dan 'Cakap Sangat....,Kelakuan Putus Rezeki'.

Bagaimanapun, selepas diarah beredar dari situ oleh polis, Teoh nekad mengambil minyak petrol dalam botol yang disimpan dalam beg silang, lalu dicurah ke tubuhnya.

Namun, kepantasan polis berjaya menghalangnya yang kemudian pengsan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapat rawatan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, mengesahkan siasatan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

Tindakan menutup pintu di tingkat dua di KOMTAR dilakukan selepas Guan Eng pernah ditepuk bahu kirinya oleh seorang siak Masjid, Ali Ahmad, 63, yang ingin memaklumkan pelbagai masalah dihadapi orang Melayu di negeri ini kerana dasar berat sebelah kerajaan negeri.

Teoh berkata, dia sangat kecewa dan terpaksa menanggung kerugian antara RM100 hingga RM200 sehari sejak 2 Ogos lalu, hanya disebabkan kebimbangan Ketua Menteri terhadap ancaman seperti yang berlaku baru-baru ini.

"Pentadbiran KOMTAR dulu tidak pernah buat begini sejak saya berniaga pada 1979 tetapi sejak Guan Eng memerintah, semuanya berubah.

"KOMTAR dibuka oleh Tun Abdul Razak iaitu bapa Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak)...ini bukan Kompleks Lim Kit Siang," katanya.

Terdahulu, lebih 20 ahli Parti Cinta Malaysia (PCM) berpakaian putih yang cuba mengadakan demonstrasi membantah tindakan kerajaan negeri menutup beberapa pintu di tingkat dua KOMTAR, terpaksa dibatalkan kerana insiden membabitkan Teoh.

Apa Cerita?? Terbunuh Atau Bunuh Diri Dalam Kereta Toyota Caldina??

Posted: 10 Aug 2010 08:00 PM PDT

Diberitakan ada orang yang terkulai dalam toyota caldina

Pe hal ek? Dengar Kata Dibunuh dan terbunuh...opps..bunuh diri. Semoga Allah berkati kita di bulan ramadhan ini...

Isnin Minggu Depan Tentukan Sayfoooool Bersalah Atau Tak

Posted: 10 Aug 2010 07:15 PM PDT

Kalau pertuduhan dibatalkan, bermakna Anwar akan bebas daripada tuduhan liwat sayfooooool. Tapi potong jari saya kata, mahkamah akan berpihak pada Najib. Macam isu tiada laporan perubatan kata Sayfoool diliwat. Sampai kat Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Anwar

Perbicaraan Anwar perlu diteruskan. Takkanlah konspirasi tahap mega boleh terbantut di tengah jalan. Nak tak nak, Anwar mesti kena. Jangan percayalah kat system mahkamah kita yang penuh dengan nanah UMNO ini..
Keputusan permohonan batal pertuduhan liwat Anwar Isnin
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Sama ada percubaan kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pertuduhan liwat yang dihadapinya berhasil atau tidak, akan diketahui pada 16 Ogos ini. Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujah pasukan pembelaan dan pendakwaan berhubung permohonan Ketua Pembangkang itu.
Hari ini, peguam bela utama Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Karpal Singh membalas hujah yang dikemukakan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden petang semalam.
Dalam hujahannya, Karpal sekali lagi menyatakan, afidavit yang diikrarkan oleh Anwar bagi menyokong permohonan tersebut adalah berdasarkan pengetahuannya dan bukan melalui dengar cakap.
Beliau turut membangkitkan persoalan mengenai ketiadaan afidavit oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan saksi utama pendakwa, Mohd. Saiful Bukhari Azlan untuk menjawab dakwaan mengenai wujudnya hubungan intim mereka berdua.
"Kenapa perlu pihak ketiga untuk menjawab dakwaan mengenai hubungan itu? Kenapa kedua-duanya tidak menjawab sendiri dakwaan berkenaan?" soal peguam bela tersebut.
Selesai berhujah, Karpal sempat memohon kepada Hakim Mohamad Zabidin agar tidak gentar dan tidak tergesa-gesa dalam membuat keputusan memandangkan isu tersebut turut mendapat perhatian institusi perundangan di negara-negara Komanwel.
"Saya tahu apa tanggungjawab saya, Encik Karpal," ujar hakim tersebut sambil tersenyum.
Hakim Mohamad Zabidin pada mulanya ingin menetapkan tarikh keputusan pada Jumaat ini tetapi mengubahnya kepada Isnin depan kerana merasakan tempoh dua hari tidak mencukupi untuk beliau meneliti hujahan panjang lebar kedua-dua pihak.
Anwar, 63, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 25 tahun itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Pada 2 Ogos lalu, Anwar memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan tersebut kerana mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan terjejas berikutan dakwaan wujudnya hubungan intim antara Farah Azlina dan Mohd. Saiful Bukhari.
Farah Azlina kini telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan.
Berikutan permohonan itu, perbicaraan yang kini di peringkat pemeriksaan balas doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Mohd. Razali Ibrahim yang merupakan saksi pendakwa kedua terpaksa ditangguhkan.
Ini kali kedua Anwar berusaha untuk membatalkan tuduhan itu. Kali pertama dikemukakan dengan alasan pertuduhan tersebut adalah lemah berdasarkan 'tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau kemasukan ke dubur'.
Cubaan kali pertamanya yang dikemukakan sebelum perbicaraan berlangsung, telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan keputusan itu dikekalkan sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

Isu Mahasiswa Berpolitik..Malaysia Amalkan Dasar Apartheid

Posted: 10 Aug 2010 06:30 PM PDT

Malaysia memang negara dua alam. Kalau mahasiswa luar negara sertai Kelab UMNO Luar Negara boleh..tapi nak sertai pembangkang, tak boleh pula..memang dasar apartheid...

Pelajar IPT tetap dilarang berpolitik

KUALA LUMPUR: Kerajaan tetap mengekalkan larangan berpolitik kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam walaupun ada gesaan supaya mahasiswa dibenarkan terbabit secara aktif dalam parti politik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum ini sudah memadai kerana ia memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara di kampus.

Larangan itu kekal. Tidak ada perkembangan terbaru mengenai cadangan membenarkan mahasiswa berpolitik. Mereka terikat dengan AUKU yang sebenarnya sudah dipinda dan memberi agak lebih kebebasan untuk mereka bersuara

Malah, di kampus juga sudah ada `speaker corner... ini tidak menghalang mahasiswa membicarakan soal politik kerana mereka juga rakyat Malaysia. Yang kita tidak benarkan ialah membabitkan diri secara aktif dalam parti dan politik, katanya pada sidang media selepas melancarkan buku Najib Tun Razak: Melakar Transformasi Malaysia di sini, semalam.

Kementerian Pengajian Tinggi kelmarin mahu mempertimbang untuk membenarkan mahasiswa di IPT awam membabitkan diri dalam parti politik.

Muhyiddin berkata, kebenaran berpolitik di IPT tidak boleh disamakan seperti kebenaran guru berpolitik di sekolah kerana murid sekolah belum boleh terbabit dalam politik berasaskan faktor usia yang masih mentah, sekali gus tidak memberi kesan kepada golongan itu.

Kalau di kampus sasarannya kepada politik pastinya akan membawa kesan yang lain. Saya tahu di negara maju ada juga yang menyekat mahasiswa mereka terbabit (politik) kerana mereka mahu mahasiswa memberi tumpuan kepada akademik, katanya.

Mudahnya Kena Tipu

Posted: 10 Aug 2010 05:47 PM PDT

Lebih 500 pelabur kena tipu

KUALA LUMPUR - Lebih 500 pelabur seluruh Malaysia ditipu oleh sebuah syarikat yang berjanji memberikan pulangan wang ringgit setiap bulan, tetapi keadaan menjadi sebaliknya.

Setiausaha Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia, Mohd Jurit Ramli berkata, pihaknya akan mempertahankan hak-hak pelabur yang sewenang-wenangnya ditipu oleh pihak syarikat itu.

"Saya sudah melaporkan perkara ini kepada polis, tetapi tidak mendapat sebarang tindakan. Pihak polis ada menyatakan mereka menghantar laporan kepada Bank Negara tetapi tidak diterima oleh Bank Negara.

"Pelabur mendakwa, pihak syarikat berjanji untuk membayar semua wang yang dilaburkan pada 30 Julai lalu. Namun, tiada pembayaran dilakukan sehingga kini," katanya ketika ditemui di Lobi Bank Negara, semalam.

Menurutnya, beliau mengambil keputusan untuk membawa perkara berkenaan kepada Bank Negara.

Jurit berkata, syarikat itu masih melakukan penipuan secara berleluasa kerana tindakan mereka itu tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak berkuasa.

"Perkara ini tidak boleh dibiarkan, kerana masih banyak lagi pelabur yang tidak sedar mereka sedang berurusan dengan pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kami telah berusaha sehingga kini untuk menuntut hak-hak pelabur yang masih belum mendapat hasil yang daripada pelaburan mereka. Kita tidak boleh berdiam diri kerana masih ada lagi pelabur yang masih belum tahu yang sebenarnya mereka sedang berurusan dengan syarikat yang penipu," katanya

Beliau berkata, syarikat tersebut seolah-olah melepas tangan kepada pihak NGO kerana, NGO sering kali berurusan dengan mangsa.

"Kini ada beberapa mangsa yang menganggap kami 'dalang' di sebalik kes penipuan ini. Sedangkan kami secara ikhlas membantu mangsa-mangsa penipuan ini," katanya.

Jom Tengok Rumah Flat Di Jepun..

Posted: 10 Aug 2010 10:00 AM PDT

Nak kata pelik sangat tu tak lah...tapi bebeza dengan kita di malaysia...

Image

Image

Image

Image

agak2 berapa orang yea muat satu rumah tu...??..bayangkan!!!

Pesanan Tok Guru Sempena Ramadhan : Tinggalkan UMNO Yang Zalim

Posted: 10 Aug 2010 08:42 AM PDT

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya memahami hakikat sebenar bahawa berlakunya salah urus dan penyelewengan oleh Umno BN sejak sekian lama terhadap kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang dimaktubkan dalam perlembagaan negara.

Kegagalan Umno inilah yang menyebabkan berlakunya ketirisan dan ketidakadilan, sehingga yang menjadi mangsa adalah orang Melayu dan Bumiputera sendiri.

Inilah persoalannya yang menghantui rakyat dalam negara kita selama puluhan tahun sejak negara mencapai kemerdekaan, di mana Umno telah bertindak menjadikan kedudukan istimewa orang Melayu sebagai senjata untuk mereka mempertahankan Umno dan merobek harta negara di atas nama hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputra.

Kepada orang Melayu di seluruh negara yang masih bersama Umno, sampailah masanya kini untuk mereka membuat keputusan yang sangat penting kepada masa depan generasi yang akan datang untuk bersama dengan PAS bagi melakukan perubahan yang lebih adil, sesuai dengan keadilan Islam untuk semua.

Cukuplah kecelaruan kefahaman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh Umno terhadap orang Melayu, dengan berlakunya pelbagai diskriminasi politik terhadap orang Melayu sendiri.

Sebagai contohnya, kita tidak sekali-kali lupa terhadap tindakan merampas royalti minyak pada masa pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu, dan kini di Kelantan, di mana ianya adalah keputusan diskriminasi jahat yang dibuat dalam Perhimpunan Agung Umno di ketika itu terhadap penduduk negeri yang lebih dari 95% terdiri dari orang Melayu beragama Islam.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa kedudukan orang Melayu dan kaum Bumiputera dalam perlembagaan negara sekarang perlu dipertimbangkan dalam pelaksanaan sesuatu dasar, dengan syarat ianya tidak sekali-kali berlaku zalim kepada kaum-kaum lain yang menjadi rakyat dalam negara kita ini. Inilah juga yang dipersetujui dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat pada tahun yang lalu.

Kepada seluruh rakyat dalam negara kita ini, tinggalkanlah Umno BN dan marilah terus bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk melakukan suatu perubahan dan keluar dari politik peras ugut, untuk kita sama-sama merubah sistem kehakiman, kebebasan media, sistem pilihan raya, keselamatan negara, dan sebagainya untuk melahirkan iklim politik yang lebih adil dan aman di Malaysia.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS.

Alah Sepintas Lalu Pun Tahu Itu Kerja Saraf UMNgOk

Posted: 10 Aug 2010 06:32 AM PDT

Kain Rentang Provokatif Usaha Lagakan KEADILAN Dengan Istana

SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, Zabidie Abbas menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab, yang cuba melaga-lagakan KEADILAN dengan Istana Johor dengan memasang kain rentang yang bersifat provokasi di sepanjang laluan Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor dalam siri program jelajah 'Kembara Mahkota Johor 2010' yang diadakan minggu lalu.

Angkara yang dipercayai didalangi oleh Umno Johor telah menyebabkan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar murka apabila berita tersebut disiarkan media.

"Kami menafikan sekeras-kerasnya, yang tindakan tersebut dilakukan oleh pihak kami," kata Zabidie ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau berkata kain rentang tersebut yang tertera gambar Sultan Ibrahim, jata kerajaan Johor, gambar Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan logo KEADILAN turut memaparkan ungkapan 'PKR Johor Menyokong Penuh Dato' Seri Chua Jui Meng Sebagai Pengerusi PKR Johor Dan Calon MB Johor'.

Berikutan kejadian tersebut, AMK Johor telah membuat laporan di Balai Polis Simpang Renggam semalam serta menuntut siasatan segera dan terperinci dijalankan untuk mendakwa pihak terbabit ke muka pengadilan.

Zabidie menyifatkan pihak yang cuba mengapi-api sentimen serta memainkan emosi rakyat sebagai buta undang-undang.

Ini kerana Artikel 3 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor menyatakan Menteri Besar hendaklah dilantik daripada kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

"Apa yang jelas, tindakan menggantung kain rentang tersebut di sepanjang laluan Kembara Mahkota Johor 2010 yang bakal dilalui oleh Tuanku Sultan, berniat untuk mengaitkan institusi diraja dengan politik kepartian. Ia juga bertujuan untuk melaga-lagakan KEADILAN dengan Istana Johor dan menimbulkan kemarahan orang ramai," tegas Zabidie lagi.

Tambah Zabidie, tindakan tersebut dilihat sebagai terancang kerana beliau difahamkam hanya kain rentang provokasi tersebut yang digantung di sepanjang laluan itu.

Tidak ada sebarang kain rentang lain, sama ada yang berbentuk iklan atau kain rentang mengalu-alukan baginda berdua dipasang.

Zabidie berkata pihaknya bercadang untuk berbincang bersama pimpinan KEADILAN untuk ke Istana Johor bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

"Kami akan memohon bagi menghadap ke bawah Duli Tuanku Sultan Ibrahim, bersama pimpinan KEADILAN negeri, untuk memperjelaskan keadaan yang sebenarnya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha AMK Johor, Ahmad Anwar Asyraf berkata pihaknya turut mempersoalkan kewajaran akhbar Sinar Harian edisi Johor semalam yang menyiarkan laporan berkenaan program 'Majlis Makan Malam anjuran KEADILAN Cabang Gelang Patah Bersama Presiden' dengan tajuk dan gambar yang mengelirukan.

"Laporan muka surat J5 Sinar Harian edisi Johor yang ditulis oleh Nurul Riduan Nor Ashana memaparkan artikel yang bertajuk 'Perjelas Hak Bukan Bumiputera' dengan gambar Datuk Chua Jui Meng yang sedang memegang kain rentang 'provokasi' tersebut," kata Ahmad.

Ahmad berpendapat, tajuk artikel tersebut tidak ada kena-mengena dengan gambar yang dipaparkan.

Malah gambar tersebut sebenarnya menunjukkan Chua sedang menerangkan kepada hadirin bahawa kain rentang tersebut merupakan tindakan provokasi yang dilakukan oleh pihak tertentu yang ingin melaga-laga beliau dengan pihak istana.

"Setelah menghubungi pihak Sinar Harian disini, mereka memaklumkan akan menulis tentang 'ralat' bagi berita tersebut dan akan disiarkan dalan edisi nasional. Kami menuntut mereka untuk menarik balik semula laporan itu. Jika tiada sebarang reaksi diambil, kami akan berbincang untuk membuat tindakan susulan," kata beliau.

* Sultan pun jangan jadi Bong...oppss..UMNgOk juga. Kena siasat betul-betul. kalau tak malu kena gelak dek budak sekolah mengandung...

Ramadhan : Ibadat Di Dahulukan.. Keikhlasan Di Utama Kan..

Posted: 10 Aug 2010 02:54 AM PDT

Ahlan Ya Ramadhan 1431.

Rasa sekejap sahaja. Malah baju raya yang dibeli tahun lepas hanya 2,3 kali dipakai. Masih elok dan kemas dalam almari. Alih-alih kurang seminggu lagi dah nak berpuasa pula. Allah.. sungguh cepat masa berlalu.

Masa yang berlalu itu tidak akan kembali. Umur orang muda akan bergerak menuju tua. Umur warga tua pula akan terus menuju tua..tua.. dan tua.. itulah lumrah kehidupan. Akhirnya umur yang tua.. tua.. dan tua itu akan terus ditarik Allah menuju kematian. Bartukar alam. Ya.. Alam barzakh. Orang muda juga apa kurangnya, bila kematian sudah ditakdirkan.. usah lari ke sana sini.. usah sembunyi.. anda tetap akan mati..! Persoalannya apakah yang diisi menuju kematian tersebut..??

Itu yang bermain dalam kepala. Kalau dulu, sempat khatam Al Quran sekali dalam bulan Ramadhan, kali ini bagaimana pula..? Kalau dulu, berjaya qiam walaupun hanya 2 rakaat menyembah Allah, kali ini bagaimana pula...?

Oh..itu tak apa, kalaulah dulu tidak boleh khatam Al Quran langsung dalam bulan Ramadhan, kali ini apa pula tindakan kita..? Kalau dulu tak mampu qiam walau sehari di bulan Ramadhan, kali ini apa pula tindakan kita..?

Herm.. tanyalah diri kita.. Allah dah sediakan berlonggok-longgok bonus pahala untuk kita rebutkan di bulan barakah ini.. jangan pula kita memberi berlonggok-longgok alasan pula untuk beribadat kepada Nya.. Malu sikit pada Allah..!

Salam Ramadhan Al Mubarak 1431,

arjuna & sakura.

www.syifaarjuna.blogspot.com

Kanak Kanak 2 Tahun Maut Di Baham 5 Ekor Anjing

Posted: 10 Aug 2010 01:51 AM PDT

Seorang budak berusia dua tahun menemui ajal selepas diserang lima anjing Pit Bull Terrier Amerika, semalam.

Kejadian ngeri itu berlaku apabila Jacob Bisbee menyelinap keluar dari rumah keluarganya dan membuka pintu garaj menyebabkan tiga anjing kacukan Britain itu menerpa keluar.

Anjing itu dipelihara datuk tirinya, Steven Hayashi.

Sebaik pintu garaj dibuka, anjing berkenaan menerkam Bisbee sebelum dua anjing jenis sama – juga milik Hayashi – yang ada di kawasan berhampiran turut menyerang budak itu.

Akibat serangan itu, Bisbee mengalami kecederaan parah dan disahkan mati di hospital berhampiran.

Semua lima anjing berkenaan juga dibunuh,.

Hayashi, 52, ditahan polis dan didakwa atas tuduhan membahayakan kanak-kanak serta memiliki haiwan yang menyebabkan kematian.

Ketika ini Hayashi dibebaskan dengan ikat jamin RM400,800.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.45 pagi ketika Bisbee ditemani neneknya, bapa saudara berusia 19 tahun, adiknya yang berusia empat tahun, dan sepupu berusia 13 tahun.

Namun, Hayashi tiada di rumah ketika itu.

Katanya, Hayashi memang memaklumkan kepada polis mengenai pemilikan anjing berkenaan.

"Polis belum mengetahui mengapa anjing berkenaan bertindak ganas," katanya.

Menurut sumber itu, anjing berkenaan dijadikan haiwan peliharaan keluarga terbabit. – Agens

Taib Mahmud Godfather

Posted: 10 Aug 2010 12:40 AM PDT

Sarawak Report has uncovered devastating documents which prove that Abdul Taib Mahmud, Sarawak's Chief Minister, is the real owner of millions of dollars of property assets held in the name of family members abroad.

The damning discovery lays bare a system of private deals, which enabled the Chief Minister to conceal his true ownership of the properties. This was presumably in order to hide the extent of his enormous wealth, for which he has yet to provide any legitimate explanation.

Under the system, whilst it is Taib's relatives who are publicly registered as the official shareholders and directors of the companies owning the properties, a separate, private agreement ensures that the shares are actually held in trust for him.

Documentary evidence of elaborate concealment

260 California Street, San Francisco - Bijou Sakti Office Block

Among documents in its possession Sarawak Report has a copy of one such private agreement (see above) relating to the shares in Sakti International, a company that owns buildings in San Francisco. Sakti is part of a web of companies started in North America by the Taibs, which includes Sakto, a major Ottawa property company, and Wallysons, which owns the Abraham Lincoln Building in Seattle, housing a top secret anti-terrorist facility for the FBI.

The five official shareholders of Sakti International, which is registered in California, are Taib's brothers, Onn Mahmud and Arip Mahmud, along with three of his children, Sulaiman Taib, Mahmud Taib and Jamilah Taib. However, as the document which we have obtained shows, a resolution made soon after the formation of the company has privately ruled that half those shares (a commanding majority) are held in trust for the Chief Minister. The value of these shares amounts to 40 million US dollars for Sakti alone, according to the company's own documents.

Tip of the iceberg?

However, Sakti International, estimated to be worth US $80 million, accounts for just a small proportion of the Taib family wealth. Our previous exposes have revealed a vast portfolio of further international property assets, which are owned by members of Taib Mahmud's immediate family. For example, Taib's own children are the shareholders and directors of numerous companies controlling residential and commercial buildings in Canada, Australia, Britain and the United States together worth hundreds of millions of US dollars. Yet, suspiciously, many of these assets came into their possession when they were in their early 20s and still college students with no visible access to legitimate resources to invest. The inevitable question for Taib Mahmud, therefore, is whether, as in the case of Sakti International, they are also secretly holding these other properties in trust for him? If not, what explanation can there be for these investments?

Golden Wedding Couple - The Godfather and his family

A number of reports have already been made to the Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) regarding the recent disclosures of the Taib family wealth. These new revelations proving the direct link to the Chief Minister will increase the pressure on the MACC to respond with a proper investigation.

Further Fingerprints

The Sakti International documents in our possession, released as part of the disclosure in a recent court case, provide further extensive evidence of Taib Mahmud's involvement in the company, despite his denials of any business connections. Indeed one of the company's earliest official documents, signed in 1987, even lists him as one of the Directors of Sakti International.

Chief Minister's name in black and white, listed as a Director Of Sakti International

The document in question is a Domestic Stock Corporation Statement for Sakti International, which is required annually by the State of California. In 1987, the year the company was set up, its inaugural statement clearly registers Taib Mahmud, along with his brothers Onn Mahmud and Arip Mahmud, as a Director of the company. The only officer of the company is listed as Mahmud Taib, the Chief Minister's eldest son.

It is well-known that in subsequent Taib family enterprises the Chief Minister has always scrupulously avoided including his own name in any documentation. This early mistake will undermine his constant claims that, in keeping with his role as Chief Minister, he has no direct business interests. It is clear that he in fact set up Sakti International, using the address of his own house in San Francisco. Download PDF

Cover Up

Subsequently, records show that the structure of the company was altered to make Onn, Arip and Mahmud Taib the three Directors, while Rahman became the only officer of the company. But, as we are now able to exclusively report, Taib Mahmud secretly retained his control through a resolution by the company directors dated April 8th 1988. This resolution (see top) placed 500 of the 1,000 shares issued by the company in trust for him.

43 Presidio, Taib's San Francisco town house and early HQ for Sakti International

The Godfather

The Sakti documents give a fascinating insight into the manipulative methods used by Taib Mahmud to control his family members, who are supposedly the earners and 'businessmen' who have generated the Taibs' legendary wealth. The five relatives who were selected to own shares in Sakti International were each been given a different number of shares. Each then surrendered differing proportions of these shares to be held in trust for the Chief Minister.

Brother Onn Mahmud gets 400 shares, but of them 200 are held for the Chief Minister, whereas brother Arip gets just 200 shares, 100 of which are in trust for Taib. Mahmud Taib has the same arrangement ast Arip. However younger brother, Sulaiman Rahman Taib, who was later made sole Director of Sakti, only gets 100 shares under the agreement and they are all in fact held in trust for his father. Daughter Jamilah also only gets 100 shares, but she gets to hold them all herself.

The system ensures that Taib Mahmud has half of all the shares held in trust for himself, whereas none of the others hold more than 200 shares. In this way he clearly keeps a commanding control over the company he pretends not to own.

Classic Car on Standby - Vintage Ferrari kept ready for Chief Minister's occasional visits to 43 Presidio Avenue. Son Rahman Taib, who shared his father's interest requested a 4,000 square foot garage to house his car collection in the States

Taib in charge

Former employees of Sakti have testified to the controling position the Chief Minister holds over the other members of the family. Rahman, as he was known in the States, was still in college when he became sole Director of Sakti and has been described as being in awe of his father, whom he once had to wait a week to get a meeting with.

"We always considered Taib to be the ultimate boss and decision-maker" one former executive has told Sarawak Report, "It was obvious that he was the source of the money and Rahman was extremely deferential towards him".

Where did the money come from?

The Chief Minister has so far made no comment on the string of recent exposes regarding his wealth. However, this new evidence will increase the widespread demands for him to explain how he and his family accrued the millions necessary to acquire such investments. Taib's personal salary from his numerous concurrent positions still only delivers an official income of just under 50,000 MYR (around US $16,000) a month.

Multi-billionaire? Chief Minister's finances beg immediate scrutiny

In past weeks the existence of Ridgeford Properties in London and Sakto Corporation in Ontario, Canada have also been made public (see previous exposes on Sarawak Report). These companies own and manage numerous office blocks worth hundreds of millions of dollars. Ostensibly the Directors and owners of these concerns are Jamilah Taib and her husband Sean (Hisham) Murray, a Canadian national. However, like Sakti, Sakto was originally set up under the names of Taib family members, not Mr Murray.

Although numerous members of Sean Murray's family now work for Sakto, all the evidence indicates that these are in fact Taib family businesses, ultimately controlled by the Chief Minister of Sarawak.

Surely the weight of evidence is now such that the Malaysian Anti-Corruption Commission will be unable to ignore the deluge of demands requiring thorough investigation into Sarawak's White Haired Raja?

Elak pakai seluar ketat hitam untuk cegah serangan aedes

Posted: 09 Aug 2010 11:50 PM PDT

BANGKOK: Kementerian Kesihatan Thailand menggesa wanita negara itu mengelak daripada memakai seluar ketat hitam sebagai cara tidak menarik perhatian nyamuk aedes.

Timbalan Menteri Kesihatan, Pansiri Kulanartsiri, berkata cita rasa orang ramai, terutama wanita muda terhadap fesyen ketika ini agak membimbangkan.

Katanya, ancaman demam denggi di Thailand boleh menjadi wabak.

"Nyamuk tertarik kepada pakaian gelap.

"Justeru, saya berharap orang ramai jangan memakai pakaian seluar ketat hitam atau warna gelap untuk mengelak gangguan nyamuk aedes," katanya, semalam.

Sejak Januari hingga Julai lalu, kerajaan mencatatkan 43 kematian akibat demam denggi dan 45,000 kes berkaitannya.

Ia adalah peningkatan sebanyak 40 peratus daripada 31,929 kes dan 30 kematian bagi tempoh sama tahun lalu.

Daripada 43 korban tahun ini, 26 berusia di antara 10 dan 24 tahun.

Pansiri berkata, fesyen berseluar ketat hitam adalah pengaruh fesyen dari Korea.

"Pakailah pakaian tebal seperti jeans, terutama ketika banyak kes demam denggi dilaporkan," katanya. - Agensi

Terlepas Mulut Harimau, Masuk Mulut Buaya

Posted: 09 Aug 2010 10:49 PM PDT

SEREMBAN: Nasib seorang remaja perempuan bagaikan terlepas daripada mulut harimau, masuk mulut buaya kerana selepas berusaha melarikan diri daripada menjadi mangsa gila seks bapa tirinya, dia terpaksa mengalami detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol bergilir-gilir oleh beberapa lelaki termasuk rakannya.

Remaja berusia 16 tahun, mengaku lari dari rumah kerana tindakan bapa tirinya yang cuba merogolnya.

Dia kemudian mengikuti beberapa rakan lelaki dan duduk di sebuah rumah kosong di Sikamat, dekat sini, sejak lebih seminggu lalu.

Tindakannya lari dari rumah dan mengikuti rakan lelakinya itu dengan harapan nasibnya cerah, tidak kesampaian apabila dirogol lelaki berkenaan.

Menurut sumber, kejadian remaja itu dirogol bergilir-gilir oleh rakannya dan beberapa lelaki lain terbongkar apabila dia menceritakan perkara itu ketika soal siasat kepada pasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan yang mengadakan operasi membanteras aktiviti menghidu gam dan maksiat kalangan remaja di sebuah rumah kosong di Sikamat pada malam sambutan Krismas, lalu.

Menurutnya, dalam operasi itu pihak berkenaan menahan sembilan lelaki berusia lingkungan 20-an dipercayai terbabit dalam aktiviti maksiat dan hidu gam di sebuah rumah kosong yang dijadikan 'port' kegiatan tidak sihat termasuk mencuri motosikal.

"Ketika disoal, remaja perempuan turut menunjukkan lelaki yang merogolnya dan lelaki berkenaan juga mengaku pernah merogol remaja terbabit.

"Siasatan mendapati remaja perempuan berkenaan sudah berada di rumah berkenaan sejak lebih seminggu di bawah jagaan kumpulan lelaki terbabit sebelum semua mereka diberkas pada malam Krismas lalu," katanya di sini, semalam.

Ketika serbuan jam 12.30 tengah malam itu, rumah kosong berkenaan dipenuhi peralatan menghidu gam dan kumpulan lelaki terbabit dipercayai menjadikannya tempat berkumpul.

Menurutnya, mereka dipercayai sudah menjalankan kegiatan tidak sihat itu sejak beberapa bulan lalu tanpa disedari penduduk sekeliling.

"Bagaimanapun aktiviti mereka dikesan selepas menerima aduan orang ramai hingga membawa kepada tindakan dan penahanan mereka," katanya.

Semua lelaki berkenaan dan remaja perempuan terbabit diserahkan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah di Seremban 2 untuk tindakan lanjut.

Pihaknya mengingatkan orang ramai supaya prihatin terhadap perkembangan yang berlaku di sekeliling dan segera melaporkan sebarang kegiatan tidak sihat supaya tindakan segera dapat diambil.

"Masyarakat turut bertanggungjawab membanteras kegiatan tidak sihat di kawasan mereka dengan melaporkan segera kepada pihak berkuasa," katanya.

Dia Digelar Elephant Man

Posted: 09 Aug 2010 09:46 PM PDT

Dia digelar "Elephant Man" kerana tumor di mukanya. Lelaki ni berumur 31 tahun dan mendapat tumor dimukanya sejak lahir. Kesannya bukan sahaja dari segi fizikal malah membawa kesan dari segi mental dan emosi dirinya. Dia terpaksa membawa tumor ni kemana-mana dan mengalami kesukaran untuk berjalan.

Image

Tetapi baru-baru ini, dia mengambil keputusan untuk membuang tumor dimukanya. Kata doktor, kes seperti ini adalah paling jarang dan pelik pernah berlaku walaubagaimanapun membuang tumor tersebut tidak menjadi masalah buat mereka. p/s: kesian dier..huhu

Image

Image

Image

Image

Tiada ulasan: