Rabu, 4 Ogos 2010

Justice For All

Justice For All


Macam2 Zaman Najib : Tempat Khinzir Lalu Pun Sanggup Dijadikan 'Port' Maksiat

Posted: 04 Aug 2010 09:10 PM PDT

Penduduk kecewa sikap remaja

KUALA TERENGGANU – Gara-gara kerana nafsu, pasangan remaja kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk berhadapan risiko bahaya dengan menjadikan kawasan semak dipenuhi pohon berduri dan dihuni haiwan berbisa sebagai lokasi untuk melakukan kegiatan tidak bermoral.

Malah, lokasi baru yang menjadi trend pilihan pasangan kekasih untuk melakukan kegiatan maksiat ini didedahkan sendiri oleh penduduk Kampung Bukit Bayas, di sini, yang tidak sanggup bersekongkol dengan perbuatan terkutuk pasangan terbabit.

Apa yang mengecewakan penduduk di kawasan tersebut, apabila terdapat segelintir pasangan remaja sanggup melakukan maksiat di kawasan semak yang menjadi laluan utama haiwan seperti babi.

Seorang penduduk, Mohd Nasri Muda, 36, mendakwa, memandangkan laluan itu agak jauh dari penempatan penduduk dan jarang digunakan, mungkin menjadi faktor utama pasangan remaja terbabit berani melakukan maksiat.

"Lokasi itu merupakan laluan babi melintas setiap petang menyebabkan penduduk tidak gemar melaluinya dan disebabkan itulah, penduduk menamakannya sebagai lorong babi.

"Selain itu, laluan di kawasan semak itu juga tiada kemudahan lampu jalan, mungkin keadaan gelap itu telah menarik perhatian pasangan kekasih untuk memadu asrama di sini pada waktu malam," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Mohd Nasri, laluan yang boleh menghubungkan ke Wakaf Mempelam itu hanya digunakan penduduk pada waktu tertentu sahaja dan disebabkan persekitarannya agak sunyi ia menjadi tumpuan pasangan remaja melakukan perkara terkutuk.

Mohd Nasri yang juga Ketua Platun Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Pasir Panjang berkata, pelbagai taktik digunakan oleh pasangan kekasih yang datang ke situ semata-mata untuk mengaburi mata masyarakat.

"Bagi pasangan yang berkereta, mereka akan memberhentikan kenderaan di tengah laluan tanpa mematikan enjin mungkin sebagai persediaan untuk melarikan diri sekiranya dikesan manakala bagi yang menaiki motosikal pula, mereka akan menyorok di dalam semak sebelum melakukan maksiat.

"Taktik kotor ini sudah lama dihidu, dulu kawasan ini tidak pernah dikawal tetapi kini, setelah Rela ditubuhkan pada awal tahun ini, kawalan dilakukan setiap malam melibatkan anggota Rela," katanya.

Mohd Nasri berkata, sepanjang tempoh kawalan dilakukan, lebih daripada 10 pasangan ditangkap dan terbaru, iaitu pada Julai lalu melibatkan pasangan yang berasal dari Selangor dan Dungun.

"Mereka ditangkap sekitar jam 9 malam ketika anggota kami melakukan rondaan dan ketika itu, mereka berada dalam keadaan separuh bogel. Setelah disoal siasat, pasa-ngan terbabit mengakui mengetahui 'port' ini daripada rakan yang tinggal berhampiran," katanya.

Pemimpin UMNO Kalau Tak Roswah, Silalah Isytihar Harta

Posted: 04 Aug 2010 08:27 PM PDT

Pemimpin perlu berani isytihar harta: Azan

KUANTAN – Pemimpin kerajaan dan parti politik perlu berani mengisytiharkan harta kepada umum sama ada harta di dalam dan juga di luar negara seperti dicadangkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohammed.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, pengisytiharan harta itu menunjukkan ketelusan dan integriti seseorang pemimpin itu di dalam memiliki harta mengikut kemampuan mereka.

Menurutnya, satu badan bebas perlu diwujudkan bagi menjalankan siasatan terhadap semua pemimpin di negara ini bermula dari menteri-menteri kerajaan sehinggalah pemimpin parti-parti politik tanpa sebarang prejudis.

"Sehingga kini dua pemimpin sudah pun menyatakan kesanggupan untuk mengisytiharkan harta mereka iaitu Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Malah saya sendiri sanggup mengisytiharkan harta saya dan keluarga saya pada bila-bila masa dikehendaki," katanya pada satu sidang media di pejabatnya, di sini semalam.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat (PR) juga sudah pun bersedia untuk mengisytiharkan harta setiap pemimpin mereka sama ada yang masih berkuasa atau pun mereka yang berhasrat mahu bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Menurutnya, dengan cara itu, rakyat boleh menilai sendiri sejauh manakah nilai integriti yang dimiliki oleh seseorang pemimpin.

"Kita (PR) sudah pun bersedia untuk isytiharkannya walaupun Kabinet masih belum memutuskan sama ada cadangan pengisytiharan harta itu perlu diumumkan kepada umum atau pun hanya perlu dimaklumkan kepada Perdana Menteri sahaja," katanya.

Azan berkata, kebanyakan negara Komanwel sudah pun melaksanakan kaedah ini dan ia terus diguna pakai oleh kerajaan mereka sehingga kini.

Menurutnya, Malaysia juga harus mengikut jejak langkah negara-negara Komanwel yang lain bagi memastikan rakyat berpuas hati terhadap kerajaan yang memerintah pada hari ini.

"Mengapa perlu dilengahkan perkara ini sedangkan ia merupakan satu perkara yang baik terhadap rakyat dan juga negara. Malah ia secara langsung mampu meyakinkan pelabur asing untuk berani terus melabur di negara ini agar ekonomi negara mampu terus berkembang," katanya.

BN Punya Najis..PR Pula Yang Terpaksa Bersihkannya

Posted: 04 Aug 2010 07:44 PM PDT

BN hutang RM390,000 saman ekor kereta Exco

ALOR SETAR - Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah kesal kerana terpaksa menjelaskan tunggakan saman ekor RM390,000 yang ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selagi tunggakan itu tidak dijelaskan, Kerajaan Negeri tidak boleh mendaftarkan lima kereta rasmi kerajaan yang baru.

"Kita terpaksa gantikan kereta Proton Perdana V6 yang selama ini digunakan Exco Kerajaan Negeri kerana sering rosak. Kita beli lima kereta Toyota Camry tetapi kereta yang baru dibeli ini tidak boleh didaftarkan kerana ada masalah tunggakan saman ekor RM390,000 oleh kerajaan yang terdahulu. Ini satu pembaziran yang nyata," katanya.

Azizan berkata, lima kereta Toyota Camry itu dibeli untuk kegunaan Exco atas keperluan pentadbiran.

"Ini tidak membazirkan wang rakyat. Kereta Perdana V6 yang kita ambil alih daripada kerajaan terdahulu kini tidak lagi begitu elok, selalu rosak. Kos baiki akibat kerosakan yang kerap boleh jadi banyak kerana kereta semakin lama semakin teruk dan kosnya akan meningkat, manakala nilainya juga akan semakin jatuh.

"Kerana itu kita perlu tukar dan kereta ini sudah dibeli bulan lepas," katanya.

Azizan berkata, penggantian kereta rasmi ini akan dilakukan secara berperingkat, dan akan diserahkan kepada Exco berkenaan mengikut keutamaan keperluan.

"Saya bersyukur kerana setelah Pegawai Kewangan Negeri berunding dengan pihak berkenaan, segalanya dapat diselesaikan segera. Kereta - kereta itu kini dalam proses untuk didaftarkan dan kemungkinan dapat digunakan dalam bulan ini juga," katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri agak terkilan kerana wang yang diperuntukkan mencecah ratusan ribu ringgit, walhal peruntukan itu dapat disalurkan untuk kebajikan rakyat dan pembangunan negeri, bagaimana pun pihaknya terpaksa akur dengan situasi kerana tidak mahu menanggung beban hutang.

Kambing Berkaki 2, Bukan 4

Posted: 04 Aug 2010 07:00 PM PDT

Kambing dua kaki di China

SHANDONG - Seekor kambing mempunyai dua kaki sejak dilahirkan di sebuah ladang di wilayah Shandong di timur China, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemilik haiwan itu yang merupakan seorang penternak kambing, Cui Jinxiu berusia 38 tahun menyatakan pada kebiasaannya dia akan menyembelih kambing muda.

Namun, dia tidak sampai hati untuk menyembelih kambing tersebut selepas melihat kesungguhan haiwan itu untuk terus hidup.

"Ia berdiri dengan menggunakan dua kakinya dan mula meminum susu ibunya. Saya tidak boleh biarkannya mati," jelas Jinxiu. Dia dan kambing yang seberat 4.98 kilogram ketika dilahirkan itu tidak dapat dipisahkan dengannya.

"Walaupun cuma mempunyai dua kaki, ia dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan berdiri dengan stabil. Ia mengikut saya ke mana sahaja," kata Jinxiu sambil ketawa.

Pakar veterinar memberitahu kecacatan itu mungkin disebabkan oleh masalah genetik atau berpunca daripada pencemaran kimia. - Agensi

Kah..Kah..Lawak..Berpuluh Ribu Hadiri Ceramah Bocor Rahsia PR Anjuran UMNO

Posted: 04 Aug 2010 06:20 PM PDT

Kah..kah ceramah bocor rahsia PR..tapi yang datang hanya membocorkan duit penganjur je. Lebih banyak kerusi daripada orang..UMNO..UMNO..memang sesat..sesat dalam kegelapan..

Sumber : Anak Sungai Derhaka

Banner yang cantik belum tentu boleh menarik perhatian orang-ramai..
Road show ini juga disertai oleh Dua penceramah iaitu En Radzi Mat Lazim iaitu bekas Pengarah Gerak Khas PKR Kedah dan En Muhd Hidir Khalid itu bekas pengarak gerak saraf PKR Kedah. Dalam ceramah mereka berkisar berkenaan pembohongan Ketua pembangkang iaitu DS Anuar Ibrahim .
Hadirin sebenarnya ramai.. tapi khemah terlalu besar menyebabkan
mereka kelihatan sedikit..
Cuba korang bayangkan kalau khemah itu kecil saja dan jumlah kerusi
dikurangkan.. pasti sesak punyalah.
Dari sudut mana sekalipun gambar dirakam.. kerusi tetap kelihatan
lebih banyak..
Kesian kat kerusi-kerusi tu.....

Sime Darby Bakal Lingkup Paling Besar Dalam Sejarah

Posted: 04 Aug 2010 05:39 PM PDT

Sime Darby dijangka umum kerugian terbesar dalam sejarah

KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Konglomerat gergasi sektor perladangan Sime Darby Berhad dilihat berhadapan dengan kerugian besar sekali lagi selepas 13 tahun manakala beberapa pegawai kanan pengurusan digugurkan dari unit-unit penting.

The Malaysian Insider difahamkan konglomerat dijangka mengumumkan prestasi kewangannya itu, yang dipercayai kerugian sekitar RM2 bilion dan kemungkinan ia boleh meningkat kepada RM2.5 bilion.

Kebanyakan kerugian adalah ekoran kesilapan nasihat pelaburan dalam sektor tenaga dan utiliti di Qatar dan masalah berkaitan dengan projek empangan Bakun di Sarawak.

Sime Darby berhadapan dengan masalah yang sama ketika krisis kewangan Asia 1997, di mana ia mencatatkan kerugian sekitar RM1.6 bilion dan ia merupakan kerugian paling besar dalam enam bulan sehingga Disember 1997.

Ia mencatatkan kerugian RM676.2 juta pada enam bulan berikutnya dan menutup tahun kewangan 1998 dengan kerugian RM540.9 juta.

Juga difahamkan pengarah urusan bahagian pelaburan Tunku Datuk Badlishah Tunku Annuar telah dipindahkan dari beberapa unit di bahagian itu manakala beberapa pegawai lain dijangka menyusul selepas bekas ketua eksekutif Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid diminta mengambil cuti bermulai 13 Mei lalu ekoran kerugian dialami Sime Darby.

Selain tindakan-tindakan itu, kumpulan ini juga dijangka berhadpaan dengan tindakan perundangan berikutan jika mengakhiri pelaburan bersama di beberapa negara luar.

The Malaysian Insider juga difahamkan sejak dilantik sebagai pemangku ketua eksekutif, Datuk Bakke Salleh sedang menghalusi pelaburan-pelaburan bersama melibatkan Sime Darby dengan berhujah bahawa sesetengah pelaburan bukan sesuatu yang memanfaatkan Sime Darby.

Beliau dikatakan memberi syor sama ada pelaburan-pelaburan terbabit dikaji semula ataupun ditamatkan.

Penganalisis melihat tindakan untuk menamatkan pelaburan-pelaburan ini dijangka membawa kepada pertikaian perundangan bagi Sime Darby.

Dua minggu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan belum mengambil sebarang tindakan terhadap Lembaga Pengarah Sime Darby kerana masih menunggu keputusan kajian oleh pakar-pakar luaran daripada firma perunding (KPGM dan Deloitte) dan sebuah firma guaman bebas.

Sebelum ini ada desakan kesemua anggota lembaga meletakkan jawatan memikul masalahb dialami konglomerat itu.

Najib dalam jawapan bertulis berkata firma perunding dan firma guaman bebas berkenaan kini sedang menjalankan audit forensik bebas yang dijangka selesai pada akhir bulan ini.

"Sebarang keputusan atas dasar akauntabiliti dan kebertanggungjawaban akan hanya diambil setelah segala usaha audit dan siasatan ini selesai sepenuhnya," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika menjawab soalan Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengenai tindakan yang diambil terhadap Lembaga Pengarah Sime Darby secara "en bloc" atas kegagalan mereka menyelamatkan Sime Darby daripada kerugian hampir mencecah RM2 bilion.

Ekoran kerugian lebih RM1.6 bilion akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya, Zubir Murshid, yang kontraknya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sepatutnya berakhir pada 26 November ini, telah diminta bercuti.

Banjir Di Pakistan Semakin Teruk..Hampir 1,300 Orang Terkorban

Posted: 04 Aug 2010 04:50 PM PDT

Banjir di Pakistan semakin teruk

KOT ADDU 4 Ogos - Banjir yang memusnahkan beratus-ratus perkampungan, membinasakan kediaman, menenggelamkan tanaman dan mengancam lebih banyak nyawa di tengah Pakistan hari ini ketika angka kematian melebihi 1,500 orang.

Pasukan bantuan memberi amaran paras air sungai akan terus meningkat di selatan negara itu dan akan mencetuskan lebih banyak pemindahan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bergelut menyediakan makanan dan bantuan lain kepada 3.2 juta penduduk yang terjejas di negara yang sememangnya berhadapan dengan pemberontak dan kemiskinan ini.

Menurut PBB hari ini, beberapa bahagian di barat laut Pakistan yang dilanda banjir terburuk dalam tempoh 80 tahun turut menghadapi masalah kekurangan makanan yang mengancam nyawa penduduk di situ. - AP

Macam2 Zaman Najib : Lori Rempuh Sekolah

Posted: 04 Aug 2010 08:12 AM PDT

Lori rempuh sekolah

BAHAU: Seramai 36 murid tahun lima sebuah sekolah rendah, dekat sini, yang sedang mengikuti kelas agama Kafa, lari lintang-pukang selepas sebuah lori terbabas lalu memasuki kawasan sekolah sebelum merempuh bilik darjah mereka, semalam.

NAHAS...orang ramai mengeluarkan pemandu lori yang merempuh sekolah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu, semua murid bersama seorang guru agama terpaksa menyelamatkan diri selepas bilik darjah mereka bergegar.

Guru agama yang hanya dikenali sebagai Rosiah, 30-an, berkata ketika sedang mengajar, dia dikejutkan dengan satu bunyi amat kuat dan menakutkan.

"Sejurus kemudian kelas bergoyang dan cermin kaca nako pecah menyebabkan semua pelajar lari untuk menyelamatkan diri.

"Pada mulanya saya tidak mengetahui apa yang berlaku sebelum melihat sebuah lori merempuh tiang bucu kelas tempat saya mengajar," katanya ketika ditemui, di sini.

Beliau berkata, semua pelajar sempat melarikan diri dan tidak mengalami kecederaan dalam kejadian yang menakutkan itu."Walaupun terkejut, saya bersyukur kerana kami tidak cedera dalam kejadian ini," katanya.

 

Sementara itu, jurucakap polis berkata, sepasukan anggota dan pegawai bergegas ke tempat kejadian bagi melakukan siasatan sebaik menerima maklumat mengenai kejadian terbabit.

Menurutnya, berdasarkan kepada siasatan awal, kejadian itu dipercayai berlaku apabila lori tanpa muatan yang dalam perjalanan menghala ke Air Hitam itu cuba mengelak sebuah kereta di depannya yang didakwa membrek secara mengejut.

"Pemandu berusia lingkungan 30-an itu kemudian mengelak ke kanan jalan sebelum kenderaan berat terbabit dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke dalam kawasan sekolah melalui pintu pagar yang terbuka.

"Lori itu merempuh bucu tepi bilik darjah menyebabkan pemandunya tersepit di tempat duduk lorinya yang remuk teruk," katanya.

Katanya, semua pelajar dan guru agama yang berada di dalam kelas bagaimanapun tidak cedera.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, S Jaganathan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.15 petang.

"Sebaik tiba kami mendapati pemandu lori tersepit di dalam kenderaannya yang remuk teruk dan operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira 10 minit," katanya.

Tsunami Matahari Bakal Menghancurkan Dunia???

Posted: 04 Aug 2010 06:53 AM PDT

Hari ini cuaca amat panas. Pukul 6.30 malam pun cahaya matahari masih terang. Dan dalam pukul 1.00 tengahari tadi line streamyx dah terpadam..tak tahu kenapa ia berlaku..

Dan sebentar tadi baca berita kat yahoo.news..memang mengejutkan..tajuk besarnya, Dunia hampir kiamat!Tsunami solar dari Matahari dijangka Selasa ini

Solar tsunami from Sun may hit Earth on Tuesday

Washington, August 3 (ANI): The Earth is in the path to be hit by a wave of violent space weather as early as Tuesday after a massive explosion of the sun, scientists have warned.

Astronomers witnessed the huge flare above a giant sunspot the size of the Earth, the explosion aimed directly towards Earth.

It sent a "solar tsunami" racing 93 million miles across space, which is likely to hit the planet on Tuesday.

The wave of supercharged gas is likely to spark spectacular displays of the aurora or northern and southern lights.

However, a really big solar eruption could shut down global communication grids and destroy satellites, if it reaches today.

A recent warning by NASA said that Britain could be at the receiving end of widespread power blackouts for a long time after the earth is hit by a once-in-a-generation "space storm".

"It looks like the first eruption was so large that it changed the magnetic fields throughout half the Sun's visible atmosphere and provided the right conditions for the second eruption," said Dr Lucie Green, of the Mullard Space Science Laboratory, Surrey.

"This means we have a very good chance of seeing major and prolonged effects, such as the northern lights at low latitudes," she added. (ANI)

Menurut berita ini, NASA telah mengeluarkan peringatan tsunami Matahari yang akan menghentam Bumi dan dikhuthiri akan mengganggu sistem komunikasi.

Dan Para ahli astronomi di seluruh dunia yang memantau Matahari, melaporkan telah terjadi sebuah ledakan cukup besar pada matahari. Untuk penjelasan lanjut tsunami matahari ini, boleh lihat video di bawah dan sedutan filem 'Knowing' lakonan Nicholas Cage

Apapun hanya Allah yang tahu tarikh kiamat, bukannya manusia. Apapun untuk kiamat besar ini, ini adalah petunjuk daripada Allah melalui hadith yang diriwayatkan oleh Muslim :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

"Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari kiamat".

Lalu Nabi saw. bersabda:

"Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya'juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". – Hadis Riwayat Muslim

Apapun hanya Allah yang tahu tarikh kiamat, bukannya manusia. Apapun untuk kiamat besar ini, ini adalah petunjuk daripada Allah melalui hadith yang diriwayatkan oleh Muslim :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

"Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari kiamat".

Lalu Nabi saw. bersabda:

"Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya'juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". – Hadis Riwayat Muslim

Isu Buang Bayi : UMNO Dah Macam Tuhan

Posted: 04 Aug 2010 05:55 AM PDT

Hati panas mengenangkan pemimpin UMNO yang korup..gila dan sesat. Mana tak sesatnya, kes buang bayi dah jadi macam satu wabak di zaman Najib ini. Tapi pemimpin UMNO buat cadangan yang mengarut, seolah-olah mereka langsung tak nampak hukum Allah..mereka hanya namnpak cadangan ikut kepala otak singkat mereka..dulu ShaHRIZAT JAMBUL nak tubuh pusat khas wanita hamil luar nikah..sekarang Ali Shah Rukh Khan nak buat sekolah untuk perempuan mengandung kat Jasin..mereka dah buta mata hati ke?? buat UMNO, ini teguran dari Ustaz Daud Che Ngah..

Woooi UMNO..insaflah. Maut datang bila-bila. Macam bekas Adun UMNO Permatang, siapa sangka dia mati macam tu..Itu semua perhitungan Allah. Janganlah pemimpin UMNO nak berlagak macam Tuhan.

Bukankah ko ada kuasa. Kenapa tak buat hukum Allah. Kenapa hukum kepala otak korang jadi undang-undang. Bukankah Allah dah kata bahawa setiap masalah ada ubatnya kecuali mati. Dan Allah sendiri telah mengajar cara nak elak kes buang bayi ini, dengan pelbagai pendekatan. Sama ada pendekatan hukuman atau da'wah. Kenapa UMNOP degil sangat lawan cakap Allah.

Senang je cerita nak atasi masalah buang bayi ini. Pinda hukuman kafir kat negara ini kepada hukuman islam. Orang yang berzina dihukum rejam 100 kali bagi yang belum berkahwin dan rejam sampai mati bagi yang belum berkahwin..sudah tentu orang takut nak berzina. Bila takut nak berzina, sudah tentu anak luar nikah takkan wujud. Bila anak haram tiada, maka secara automatik kes buang bayi tidak akan timbul lagi.

Jadi ini penyelesaiannya wahai UMNO. Buat Sultan sebagai Ketua Agama, lakukanlah sesuatu. Kembalikan islam pada tempatnya. Kalau gagal, memang title Sultan sebagai Khalifah Allah di muka bumi wajar ditarik. Baik pakai title lain. Buat malu je kalau ada Sultan, tapi setakat simbol atau rubber stamp je..

Isu buang bayi adalah isu serius. Satu kerana gejala buang bayi yang kronik ini. Dan satu lagi tanggungjawab kita sebagai hamba di muka bumi. Nanti dalam kubur Allah tak kira ko Sultan ke, Anak Sultan ke, Perdana Menteri, Penzina ke, Perogol ke atau Syaitan ke. Itu semua Allah tak kira. Yang Allah kira akidah kita. Ucapan kita bahawa Aku naik saksi tiada tuhan selain Allah..Tapi jika diukur sekarang, sesuai ke syahadah kita kerana dalam isu buang bayi ini, jelas dan tegas bahawa UMNO langsung tak peduli suruhan Allah..malahan bertindak seolah-olah merekalah Tuhan di muka bumi ini. Apa?? Ingat tunai zakat dan naik haji, dah cukup ke wahai pemimpin UMNO..

Ini Koleksi Gambar menyedihkan bayi dibuang..memang kesian bayi ini, menjadi mangsa kerana perbuatan UMNO yang mengtong sampahkan hukum Allah..

AL FATIHAH!!

Ali Rustom PANDAI Atau PANDIR??

Posted: 04 Aug 2010 04:50 AM PDT

KM Melaka, Ali Rustam semakin menunjukkan kepandiran sejak dua menjak ini. Kalau lihat dari sudut bacaan politik, macam nak sanggah Muhyiddin je sebagai pemangku Najib sekarang ni..dan mungkin juga, untuk tunjukkan kat rakyat Malaysia yang beliau bombastic, penuh dengan kepandaian...opss..kepandiran..ini kisahnya

Akhir-akhir ini saya mendapati Ketua Menteri Melaka semakin canggih dan kreatif dengan idea-ideanya menjelang tarikh pengistiharan Melaka Negeri Maju menjelang 2010.

Antara sumbangan yang paling tidak dilupakan ialah menganugerahkan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan. Walaupun teruk dikiritk dan dikutuk beliau hanya memekakkan telinga kerana alasannya untuk memajukan industri hiburan Bollywood di Melaka. Kalau tak silap lokasi kampung filem yang dibina oleh Ali Rustam di kawasan Melaka Pindah kini setaraf dengan Bollywood dan kurang sedikit dari Hollywood hasil sumbangan Shah Rukh Khan yang mendapat gelaran Datuk. Filem lakonan Shah Rukh Khan di Melaka kerjasama dengan kerajaan negeri khabarnya telah mencapai Box office dan masuk senarai pecah panggung.

Roda Eye On Malaysia yang dibawa oleh Ali Rustam ke Melaka kini menjadi antara besi buruk yang termahal di dunia hasil kebijaksanaan beliau mentadbir dan mengurus Melaka.

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka yang dinaik taraf di Batu Berendam yang menelan kos lebih RM 120 juta kini pula menjadi antara lapangan terbang yang paling sibuk di dunia sebagai tempat persinggahan burung-burung dan unggas.

Sekolah Murid Mengandung pula hampir menjadi kenyataan di daerah Jasin Melaka. Antara nama yang disenarai pendek untuk menjadi pengetua khabarnya adalah bekas ketua Menteri Melaka juga.

Manakala budak-budak perempuan bawah umur di Melaka sehari dua ini melompat gembira kerana Ketua Menteri nak khwinkan mereka secara percuma. Maka selepas ini mengeluh lah cikgu di sekolah kerana ramai anak murid ambil cuti dua bulan! Tahniah dan syabas kepada Ketua Menteri Melaka. Melaka di sini segalanya bermula, apa yang tak ada di Malaysia semua ada di Melaka! -angkasanuri, orang melaka

Kalau UMNO Pahang Nak Buat..Buatlah, Sapa Peduli??

Posted: 04 Aug 2010 04:10 AM PDT

MB Selangor alu-alukan jika Pahang mahu bina loji air

SHAH ALAM, 4 Ogos —Tan Sri Khalid Ibrahim mengalu-alukan Pahang untuk membina loji rawatan air baru di bawah Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor (PPAMPS), di sempadan kedua-dua negeri sambil menegaskan, projek RM8 bilion itu bukan sesuatu yang terdesak sekarang.

"Kami yakin negeri (Selangor) cukup air sehingga 2019," kata Menteri Besar di sini hari ini.

Khalid melahirkan pendirian ini berhubung kenyataan rakan sejawatannya dari Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang menawarkan loji rawatan air sekiranya Selangor tidak berminat untuk membina loji.

Projek kerajaan persekutuan tertangguh ekoran keengganan Selangor untuk menyediakan tanah bagi projek tersebut.

"Projek ini harus ditangguhkan buat sementara waktu sehingga penstrukturan industri air di Selangor selesai," kata Khalid.

Kedua-dua kerajaan negeri dan pusat berhadapan dengan pertikaian berhubung kos apabila pengurusan air diambil alih daripada empat konsesi.

Bagaimanapun tegas Khalid, langkah menangguhkan projek tidak akan mengakibatkan krisis air sebagaimana didakwa oleh kerajaan persekutuan.

Khalid memberitahu pihaknya kecewa kerajaan pusat dengan sengaja menggunakan isu kononnya akan wujud krisis air untuk menekan Selangor menerima pelan penstrukturan air.

Beliau menambah kerajaan persekutuan melewatkan proses perundingan urusan penstrukturan air untuk melindungi kepentingan kroni, bukannya pengguna.

"Selangor berpegang kepada prinsip bahawa air adalah hak rakyat dan seharusnya dikembalikan kepada rakyat," kata Khalid.

Dalam kenyataannya semalam Adnan berkata kerajaan negeri Pahang sanggup membina loji rawatan air bersih bagi PPAMPS sekiranya kerajaan negeri Selangor masih melengah-lengahkan pembinaan loji berkenaan di Hulu Langat.

Adnan memberitahu, Pahang boleh membina loji berkenaan di kawasan yang sesuai di sempadan Pahang-Selangor.

"Kalau Selangor tidak mahu buat loji rawatan air di sebelah negerinya, kita sanggup buat di negeri kita, iaitu bersempadan Selangor.

"Kita tiada masalah, kita boleh rawat air dan Selangor kena belilah (air), kalau tak nak beli sekarang, tahun 2014 dia kena beli juga," katanya.

Beliau berkata perkara itu perlu dibincangkan kerana mengikut perjanjian, Pahang hanya membekalkan air mentah bagi projek PPAMPS, yang menelan belanja RM3.94 bilion, bagi memenuhi keperluan permintaan bekalan air untuk penduduk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025.

Wanita nak bersalin di hospital, maut di Jalanraya !

Posted: 04 Aug 2010 03:28 AM PDT

Wanita maut sebelum sempat bersalin

BEGINILAH keadaan kereta Proton Wira yang dinaiki Azian bersama suami dan anaknya selepas terlibat dalam kemalangan di Tampin semalam.

TAMPIN - Hasrat seorang wanita untuk melahirkan anak kelimanya di Hospital Tentera Darat (HTD), Kem Syed Sirajuddin Gemas tidak kesampaian apabila dia maut selepas kereta Proton Wira yang dinaiki terlibat dalam kemalangan sebelum dia sempat sampai di hospital itu.

Kejadian pukul 9.15 pagi semalam di Kilometer 9, Jalan Gemas-Rompin di sini itu mengakibatkan Azian Abdul Wahab (gambar), 40, isteri kepada Yusri Ahmat, 36, seorang anggota tentera meninggal dunia selepas kereta yang dipandu suaminya itu bertembung dengan sebuah treler.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bersama suami dan seorang anak lelaki berusia satu tahun dalam perjalanan dari Felda Palong 3 ke HTD.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Wooi Kooi Cheang memberitahu, kejadian itu dipercayai berlaku apabila treler terbabit memasuki laluan bertentangan ketika cuba memotong sebuah jentolak di situ.

"Treler itu yang tidak sempat masuk ke laluannya semula telah bertembung dengan kereta mangsa menyebabkan Azian maut manakala dua lagi parah," katanya.

Sementara itu, abang mangsa, Amran Abdul Wahab, 41, dari Felda Palong 9 berkata, arwah dijadualkan bersalin pada Ahad ini

Alfatihah buat Allahyarhamah

Seminggu Lagi Dapat Diketahui Punca Pembunuhan Bekas Adun UMNO & P.A Wanitanya

Posted: 04 Aug 2010 02:41 AM PDT

Laporan kematian bekas ADUN seminggu lagi: Khalid

KUALA LUMPUR: Laporan penuh kes kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, bersama pembantu peribadinya semalam hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu lagi, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata laporan penuh itu merangkumi tiga elemen penting iaitu laporan bedah siasat, laporan balastik dan laporan forensik.

"Ini adalah prosedur biasa dalam melengkapkan siasatan sesuatu kes pembunuhan. Laporan balistik untuk kesan bukti dan elemen membabitkan penggunaan senjata iaitu pistol, jarak tembakan dan lain-lain lagi.

"Laporan bedah siasat penuh adalah bagi mencari maklumat dan bukti lain jika ada manakala laporan forensik adalah untuk mengesan bukti fizikal di kawasan kejadian termasuk kereta dan jalan raya," katanya kepada Bernama hari ini.

Abdul Aziz, 64, ditemui mati bersama Siti Rohana Ismat, 43, dengan kesan tembakan pada kedua-dua kepala mereka dalam kereta yang dipandu Abdul Aziz yang terbabas di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini pada 11 pagi semalam.

Katanya, pegawai siasatan telahpun merakam keterangan awal kenalan melalui data dalam telefon bimbit melalui kedua-dua mangsa dan akan memanggil lagi mereka yang mampu membantu siasatan.

Khalid berkata, polis sedang berusaha menyiapkan segera ketiga-tiga laporan penuh itu dan dalam masa yang sama perlu menghormati kedua-dua keluarga.

"Kita tidak boleh sewenang-wenangnya pergi ke rumah seseorang atau tanya orang yang sedang bersedih semudah itu. Kita perlu hormati juga keadaan mereka," katanya.

Katanya, siasatan juga kini menjurus kepada motif kenapa ia berlaku berdasarkan bukti daripada tiga laporan penuh itu bagi mengelak sebarang "spekulasi liar".

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim, pula berkata terdapat beberapa teori yang mungkin boleh dikaitkan dengan kejadian tersebut tetapi hanya laporan bedah siasat, forensik dan balastik yang dapat menentukan apa yang sebenarnya berlaku.

"Kedudukan jarak tembakan itu juga boleh menentukan sama ada ia dilakukan dengan sengaja atau tidak. Laporan balastik boleh menentukan kesan belerang yang terdapat pada pistol menunjukkan tembakan dilakukan dari jarak dekat atau jauh," katanya. - BERNAMA

Manakal motif pembunuhan masih dalam siasatan..

Khalid: Motif tembakan kes Aziz belum dipastikan

Polis masih belum dapat menentukan motif tembakan dilepaskan dalam kes kematian bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan seorang pembantunya, kata ketua polis Selangor.

Datuk Khalid Abu Bakar (kiri) berkata, buat masa ini pihaknya perlu memberi masa kepada keluarga allahyarham untuk memberikan kerjasama dalam menyiasat motif kes tersebut.

"Kita perlu memberi masa kepada ahli keluarga kerana mereka masih dalam kesedihan atas apa yang berlaku.

"Apabila keadaan sesuai nanti kita akan dapatkan kerjasama ahli-ahli keluarga, dalam kita menyiasat motif ini," katanya.

Semalam, Abdul Aziz, 64, dan seorang pembantunya, Siti Rohana Ismat ditemui mati dengan kesan tembakan dalam kenderaan ketika sedang memandu di Sungai Buloh.

Sepucuk pistol dilaporkan ditemui di tempat kejadian. Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menulis dalam laman Facebook beliau awal petang ini, Khalid berkata polis bagaimanapun telah menemubual saksi-saksi lain yang berkaitan.

"Beberapa kenyataan telah dirakam, kebanyakknnya daripada mereka yang berada/sampai ditempat kejadian, sewaktu kejadian," katanya lagi.

Logik Ke?? Peguam UMNO Dilantik Sebagai Ketua Hakim Negara

Posted: 04 Aug 2010 01:34 AM PDT

Perkara ni dah lama bersarang kat kepala para pensyarah dan pengamal undang-undang. Adil ke? Daripada peguam umno, terus dilantik sebagai ketua Hakim Negara. Sedangkan hakim-hakim lain ada yang lebih kanan dn berwibawa.

PR Desak Rombak Sistem Lantikan Peguam Negara, Ketua Hakim Negara

Bekas Pengerusi Transparency International (TI) Malaysia, Senator Tunku Abdul Aziz mencadangkan agar kerajaan mempertimbang dan mengkaji untuk membuat pindaan berkaitan pelantikan Peguam Negara.

Menurut beliau kaedah pelantikan Peguam Negara yang diamalkan masa kini mewujudkan prasangka diminda rakyat bahawa dibuat bermotifkan politik dan pilihan calon menurut kehendak siapa yang berkuasa dan bukannya berdasarkan kelayakan serta keyakinan orang ramai.

"Fungsi Peguam Negara adalah untuk memberikan nasihat kepada kerajaan berkenaan isu-isu Perlembagaan. Urusan pendakwaan pula patut dijalankan oleh Pejabat Pendakwa Raya Am yang diketuai oleh seorang Pengarah.

"Jadi tidak timbul perkara seperti mana sekarang ini di mana kes dibuang dan gagal di bawa ke mahkamah atas arahan Peguam Negara," kata Tunku Abdul Aziz selepas sesi perbahasan untuk meluluskan Rang Undang-undang Anti Pemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 di lobi Parlimen semalam.

Beliau memberikan contoh pemisahan peranan seperti ini dilaksanakan di Britain di mana fungsi Peguam Negara adalah berbeza dengan Pejabat Pendakwa Raya Am yang dibentuk oleh satu pasukan atau panel profesional untuk memerhati dan memantau setiap kes dan perjalanan perundangan.

"Bermakna kuasa Pengarah Pendakwa Raya Am ini tidak mutlak. Dia tidak boleh sewenang-wenangnya membuang kes dengan alasan kekurangan bukti atau saksi, kerana ada satu pasukan yang turut bersamanya," jelas beliau lagi yang merupakan Naib Presiden DAP.

Beliau turut menggesa kerajaan Malaysia supaya berani melakukan perubahan dan reformasi, terutamanya membabitkan institusi penting seperti sistem perundangan dan kehakiman.

Ini berikutan persepsi rakyat dan masyarakat antarabangsa yang semakin memberikan kesan terhadap imej negara.

Tunku Abdul Aziz berkata salah satu perubahan penting yang perlu dilakukan ialah berhubung sistem pelantikan para Hakim.

Prosedur sekarang menurut Tunku Abdul Aziz didakwa bersifat kontroversi apabila semua pemilihan dan lantikan hakim dibuat secara langsung oleh badan eksekutif.

"Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana memperkenalkan bil yang dijangka akan menjadi undang-undang bagi menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim. Pindaan ini merupakan halatuju yang betul kerana sebelum ini, apabila orang bercerita tentang pelantikan Hakim, ia menjadi cerita-cerita jenaka yang sinikal," kata beliau

Tunku Abdul Aziz berkata langkah tersebut sekurang-kurangnya mampu memberikan kesan positif terutamanya kepada sektor perniagaan untuk kembali yakin dan melabur di Malaysia.

Beliau menjelaskan apa yang diinginkan oleh rakyat Malaysia ialah sebuah sistem kehakiman yang meyakinkan dan berfungsi untuk melindungi kepentingan setiap warganegaranya.

Ini kerana pelantikan hakim yang adil, profesioanal dan bebas diperlukan untuk memartabatkan kedaulatan undang-undang di negara ini

Analisis Pembunuhan Bekas Adun UMNO & P.A Wanitanya

Posted: 04 Aug 2010 12:45 AM PDT

Bab2 bunuh ni memang sinomim dengan UMNO. Parti Melayu Pelampau. Kebangsaan Sesat. Dari Memali, Padang Terap, Gemencheh, Samad Gul, Wanita UMNO Sabah yang mati ketika berzina, kira macam2 la. Doa kita, semoga mereka diampunkan Allah dan kita turut meminta Allah jauhkan dari kematian yang tidak baik.

Sebenarnya, dengan menolak persepsi dan sejarah dan fakta, kita harapkan polis menjalankan tugas dengan professional. Kita tidak mahu kematian ini tidak terbela atau akan menganiaya mana-mana pihak. Dan sudah pasti maklumat pihak polis lebih tepat jika itu berlaku.

Faktanya, melalui laporan media yang memetik kata KP Selangor, si perempuan ada 2 kesan tembakan, si lelaki hanya satu. Jadi, apakah si lelaki yang membunuh si perempuan sebelum membunuh dirinya sendiri?

Katakan jawapannya YA. Lelaki bunuh perempuan dengan 2 tembakan bagi memastikannya benar2 terbunuh. Bayangkan situasinya. Lelaki akan mencapai pistol. Mesti perempuan nampak. Mereka duduk bersebelahan sahaja. Melainkan perempuan sudah bersetuju ditembak di kepala, sudah pasti berlaku pergelutan.

Kalau lu tengok dari gambar, tolak kedudukan selekoh, jika lelaki yang menembak (lelaki adalah pemandu), bermakna lelaki menembak dirinya dengan tangan kiri. Hanya tangan kanan yang memegang steering, dan menyebabkan streering berat sebelah kanan selepas tidak sedarkan diri. Itu kalau tolak kedudukan selekoh. Terdapat 2 pembolehubah di situ.

Jika berlaku pergelutan sebelum tembakan pertama, bermakna kereta itu kemalangan dahulu. Baru tembakan dilakukan. Atau kemalangan serentak dengan tembakan pertama. BUKAN kemalangan akibat pemamdu telah membunuh diri. Untuk tahu, periksa kesan calar di tangan kedua2 mangsa.

Berdasarkan gambar semata2 juga, bolehlah diandaikan bahawa kereta itu tidak laju dengan mengambil kira kadar kerosakan. Boleh kira guna matematik. Berada berat Caldina dengan 2 penumpang, berapa ketegasan binaan depan sebelah kanan Caldina, dan berapa kelajuan yang diperlukan untuk besi penghalang jalan merobek masuk seperti gambar ini.

Jangkaan awal gua, memang tak laju. Tak laju kerana kerosakan. Jika tak laju bermakna :

1. Berlaku pertengkaran membabitkan pergerakan fizikal lain (bukan mulut sahaja). Otak akan automatik mengerat dua fokus memandu untuk bekerja dalam pertengkaran fizikal.So, 'diri bawah sedar' akan menurunkan kelajuan kenderaan.

2. Jika berlaku pertengkaran, bermakna tembakan pertama adalah antara 2.

a. Tidak sengaja.

b. Tidak tepat pada bahagian yang dikehendaki.

Cerita jika (a) Tidak Sengaja.

Jika tidak sengaja, mungkin si wanita sendiri yang mencapai pistol untuk membunuh diri. Dan berlaku pergelutan. 1 tembakan tidak sengaja. Tembakan kedua dan ketiga (diri sendiri) adalah keputusan panik dan putus asa.

Semoga Allah mengampunkan kita semua. Setiap manusia akan dibangkitkan mengikut pemimpin. Yan Allah, tetapkan gua pada pemimpin yang betul, pada jalanLu yang betul. Amin. - aduka

Giliran PR Serang UMNO

Posted: 03 Aug 2010 11:56 PM PDT

Selepas kempen pusingan pertama 'Selamatkan Selangor' oleh Umno negeri itu tamat Ahad ini, tiga hari kemudiannya, giliran Pakatan Rakyat pula membuat serangan balas bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan dalam 19 siri ceramah sepanjang kempen tersebut.Menariknya, penerangan balas kerajaan Pakatan melalui Skuad Komunikasi Selangor (SKS) akan dimulakan pada hari pertama umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan - dijangka 11 Ogos.

Pada masa yang sama, Umno - melalui Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) - pula memilih berehat sepanjang bulan puasa, sebelum menyambung semula kempen fasa keduanya selepas Hari Raya Aidilfitri yang pada pertengahan September.

"Kita (Pakatan) akan mulakan kuliah di masjid-masjid seluruh Selangor. Kita akan edarkan risalah penerangan.

"Paling kurang pun, kita minta buat tazkirah sekurang-kurangnya 30 minit," kata pengarah penerangan di pejabat menteri besar Selangor Badrul Amin Bahron (kanan).

Bermula 23 Julai lalu, Umno Selangor menganjurkan siri jelajah fasa pertama di seluruh Selangor bagi menjelaskan mengenai "pembohongan kerajaan Pakatan" terhadap rakyat di negeri itu, antaranya menampilkan bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor.

Selain membangkitkan isu-isu berkaitan Anwar - yang juga penasihat ekonomi negeri - isu lain yang sering ditimbulkan dalam siri-siri ceramahnya berlegar sekitar pertadbiran hasil pasir di negeri itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Badrul berkata pihaknya memilih membuat penerangan di masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan memandangkan pada masa itu ramai umat Islam berkumpul bagi beribadat.

Umno: Fasa kedua tanpa isu pasir

Badrul Amin juga menjelaskan selepas kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM15 juta untuk tujuan penerangan negeri, pihaknya akan menaikkan edaran akhbar negeri Selangorkini berkali ganda bagi menjawab dakwaan pembangkang negeri.

"Daripada 60,000, kita jangkakan meningkat kepada 300,000 naskhah diedarkan selepas hari raya Adilfitri nanti," katanya penceramah terkenal itu yang juga ahli majlis pimpinan pusat PKR.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Selangor Shukor Idrus (kiri) pula berkata setelah bekerja keras hampir tiga minggu menjelajah seluruh negeri, respons yang diperoleh begitu memuaskan.

Katanya, keberkesanan program Selamatkan Selangor dapat diukur daripada sambutan orang ramai dalam ceramahnya di beberapa tempat yang melebihi jumlah sasaran, seperti di Klang dan Kota Raja.

"Kita sasarkan 1,000 sahaja (setiap ceramah), tetapi di sesetengah tempat jumlahnya sampai 2,000 orang yang hadir," katanya yang juga ADUN Kuang.

Ditanya tentang isu pasir akan ditimbulkan lagi dalam siri kempen fasa keduanya bagi merampas semula negeri itu, Shukor berkata setakat ini maklumat yang hendak disampaikan sudah berjaya.Fasa kedua nanti kita fokuskan isu yang lain pula," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Pakistan Bergolak Kerana Kematian Seorang Ahli Politik Tempatan

Posted: 03 Aug 2010 09:55 PM PDT

Karachi bergolak

KARACHI – Sekurang-kurangnya 45 maut dan 93 cedera dalam pertempuran yang tercetus akibat pembunuhan seorang ahli politik tempatan di Karachi, kelmarin.

Ahli Pergerakan Muttahida Qaumi, Raza Haider dan pengawal peribadinya ditembak mati di luar sebuah masjid oleh penembak yang tidak diketahui, di kejiranan Nazimabad Utara.

Pembunuhan Raza mendorong pengikutnya mengadakan sekatan di jalan raya serta membakar kereta, restoran dan kedai sebagai membalas dendam.

Keadaan di bandar itu dilaporkan semakin buruk akibat pertempuran yang berlaku sehingga memaksa perkhidmatan bas dihentikan dan penduduk tidak dapat keluar dari rumah.

Selain itu, kedai dan bangunan pejabat turut ditutup di sebahagian besar kawasan Karachi sebagai langkah berjaga-jaga jika keganasan itu berterusan.

Kisah Terbaru Kes Kematian Adun UMNO & P.A Wanitanya

Posted: 03 Aug 2010 09:20 PM PDT

2 Kisah Terbaru Kematian Tragis Bekas Adun UMNO & PA Wanitanya

Allahyarham mengadu kesihatan merosot

SHAH ALAM - Semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung punca kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, tetapi menghormati pemergian beliau.

ADUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak berharap semua pihak menyerahkan kepada polis menyiasat dan jangan buat sebarang andaian mengenai punca kematian Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Tanjung Karang itu.

Beliau terkejut dan tidak menyangka kejadian seumpama itu boleh menimpa Allahyarham serta menyifatkannya sebagai ketentuan Ilahi yang harus diterima semua pihak.

"Saya mengenali arwah sejak 1986 lagi dan cukup memahami keperibadiannya yang mesra rakyat.

"Kali terakhir saya berjumpa arwah adalah sebulan yang lalu di sebuah pusat membeli belah di Shah Alam dan sempat bertanya khabar," katanya.

Katanya, Allahyarham mengadu dan mengakui keadaan kesihatan dirinya semakin merosot dengan berat badan semakin susut akibat penyakit diabetes.

"Semasa terserempak dengan arwah, saya tidak melihat sebarang tanda-tanda beliau mempunyai masalah atau kelainan yang menandakan beliau akan pergi untuk selama-lamanya.

"Sepanjang pengetahuan saya, arwah tidak mempunyai sebarang masalah dengan orang lain, apatah lagi mempunyai musuh kerana sifatnya yang mudah didampingi dan bertanggungjawab," katanya.

Sambil melahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga Allahyarham, Sulaiman meminta keluarga Allahyarham bersabar dan tabah dengan ketentuan itu.

"Kehilangan Allahyarham pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat di kawasan ini dan kita kenang segala sumbangan dan pengorbanan Allahyarham selama ini," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Fatimah Md Noor dan tiga anak, Nor Azila,40, pensyarah Unimas, Nor Azian, 37, pensyarah Unisel dan Mohd Anis Hisham, 33, ahli exco Pemuda UMNO.

Hanya tahu kematian anak bila tonton TV

TANJONG KARANG - "Saya tidak tahu mengenai kematian anak saya dan hanya tahu apabila menonton televisyen tengah hari tadi (semalam).

"Bila disiarkan nama anak saya, betul ke tidak, saya ini mimpi ke..." Itulah yang diluahkan ibu kepada Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang, Siti Badariah Ahmad, 62 ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, Allahyarham keluar rumah lebih kurang jam 8.30 pagi dengan memakai baju mesyuarat berwarna merah.

"Apabila dia sampai Shah Alam lebih kurang jam 9 pagi, dia menelefon ayahnya menyuruhnya melihat rumahnya kerana jam loceng di rumahnya berbunyi.

"Jadi ayahnya menjenguk ke rumahnya, rupanya orang gajinya masih ada di rumahnya lagi. Itu sahajalah kali terakhir makcik bercakap dengan dia," katanya.

Siti Badariah berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu, adalah seorang yang baik, mempunyai ramai kawan. Sepanjang pengetahuannya, dia tidak pernah dengar anaknya bergaduh. Sebaliknya Rohana seorang yang peramah dan mempunyai hubungan yang sangat baik dengan rakan-rakan.

"Rumahnya berdekatan dengan rumah makcik dan tiap-tiap malam, makcik temankan dia. Setiap malam, dalam pukul 9, dia akan ambil makcik dan awal pagi dia hantar balik ke rumah," katanya.

Arwah meninggalkan tiga anak, iaitu Izati Natasha Aziz, 18, Iliyani Nazira Aziz, 16 dan Mohd Izat Emir, 9.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Sungai Gulang-Gulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Gulang-Gulang.

Turut hadir, Menteri Pertanian Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Tiada ulasan: