Rabu, 4 Ogos 2010

Generasi Pewaris Khilafah

Generasi Pewaris Khilafah


Aku Sokong Guru Berpolitik Tapi ....

Posted: 04 Aug 2010 06:38 PM PDT

Assalamualaikum.. salam sejahtera 

Terpanggil rasanya nak nyatakan pandangan dan pendirian mengenai pandangan dan idea KSU Negara yang ingin memberikan kebenaran kepada guru untuk berpolitik dan rasanya isu ini cukup hebat diperkatakan dan hangat dibincangkan diluar sana. Cuma pandangan saya sewajarnya guru menilai sendiri wajar atau tidak dia berpolitik, untuk apa dia berpolitik dan apa manfaat yang akan didapati jika dia berpolitik. Pandangan saya ini bukan nak menafikan hak mana-mana individu atau sahabat guru yang ingin melibatkan diri dengan politik tetapi dalam pada kita melibatkan diri dengan politik kepartian yang makin lama makin kusut dan mengusutkan khususnya beberapa perkara yang kita lihat seolah-olah lari daripada islam sewajarnya kita elakkan daripada melibatkan perkara yang bertentangan dengan islam.


Kalau nak berpolitik sangat tu boleh tapi biarlah yang berpandukan kepada islam dan tak lari dengan adat resam warga malaysia serta tidak mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan sebagai seorang daie. Jadilah guru dan juga pembimbing manusia kearah kebenaran dan islam dan bukannya menjadi perosak dan pemusnah aqidah dan sahsiah generasi pada masa akan datang.

BUMI INI TERUS BERGOLAK TANPA DIPERDULIKAN

Posted: 04 Aug 2010 06:11 PM PDT

Pertempuran tercetus hari ini di antara tentera rejim Israel dan tentera Lubnan berdekatan sempadan utara kawasan yang diceroboh pada tahun 1948. Akhbar bahasa Hebrew, "Yediot Ahronot" menyatakan, sebuah roket jatuh di kawasan Upper Galilee sewaktu pertempuran berlaku. Pengeboman tersebut mengakibatkan kecederaan pada dua warga Lubnan setakat ini.

Menurut laporan pihak keselamatan Lubnan, pertempuran tersebut bermula apabila peronda Israel menceroboh pekan Upper Galilee dan tentera Lubnan bertindakbalas dengan melepaskan tembakan.

Sumber yang sama juga menambah bahawa tentera rejim Israel memecah masuk dua buah rumah dan kawasan-kawasan milik tentera Lubnan berdekatan sempadan seterusnya menyebabkan kecederaan seorang tentera Lubnan dan seorang orang awam. Manakala Manar TV memetik sumber daripada pihak keselamatan Lubnan yang menyebut bahawa pihak tentera Lubnan membalas serangan tentera rejim Israel yang meletakkan penembak-penembak di Jalan Al Odeiseh.

Tiada ulasan: