DUNIACACAMARBA |
- Inilah Ayat Doa yang Menjadi Kontoversi yang Dimainkan oleh UMCO di PP
- Wanita Ini Membiarkan Anaknya MATI Kelaparan
- UMCO Tolong Guna Bahasa Kebangsaan!
- Angkara Dadah: Lelaki Mahu Perkosa Kakak dan Bakar Keluarga
- Juruhebah Radio 988 Milik MCA yang Digantung Tugas Anak Shamsiah Fakeh. Patutlah...
- BN Adakan MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT untuk P Kamalanathan. UMCO Tolong Komen!
- [Kemas Kini] Nama Lim Guan Eng Bukan "Najis Mughallazah" 2
- Bapa Kena 60 tahun, Anak Lelaki Kena 36 Tahun- Kesalahan: Rogol Anak/Adik
- Firaun Tut Mati Akibat Kesan Sumbang Mahram
| Inilah Ayat Doa yang Menjadi Kontoversi yang Dimainkan oleh UMCO di PP Posted: 21 Aug 2010 02:54 PM PDT Ayat doa yang menjadi kontroversi: Malas hendak komen. Saya sudah menulis panjang sebelum ini. |
| Wanita Ini Membiarkan Anaknya MATI Kelaparan Posted: 21 Aug 2010 09:07 AM PDT KEJAM! Pihak berkuasa mendakwa Courtney Tressler, 25, kerana kesalahan membiarkan anaknya, Payton Ettiger mati kelaparan. Kanak-kanak malang yang berusia 4 tahun itu hanya seberat 5.4 kg sewaktu ditemui mati. Walhal berat badannya sekitar 7.3 kg sewaktu berusia 1 tahun. Menurut laporan akhbar, Payton yang juga cacat mental dan fizikal meninggal dunia kerana kekurangan zat dan air di dalam badan. Menurut ahli patologi, tiada sebarang lemak ditemukan pada kanak-kanak itu dan kulit di bahagian mukanya melekat ke tulang tengkorak. Berdasar bedah siasat, tiada sebarang makanan ditemukan dalam usus dan perutnya. Ayah kepada Payton kini merengkok di penjara atas kesalahan menderanya ketika berusia 2 bulan sehingga mengakibatkan kanak-kanak itu tidak boleh berjalan mahupun bercakap. Laporan lanjut tentang kejadian yang berlaku di Greensburg, Indiana, AS ini boleh anda baca di sini. |
| UMCO Tolong Guna Bahasa Kebangsaan! Posted: 21 Aug 2010 05:00 AM PDT |
| Angkara Dadah: Lelaki Mahu Perkosa Kakak dan Bakar Keluarga Posted: 21 Aug 2010 01:10 AM PDT Manusia semakin "gila"!Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bagai dirasuk syaitan apabila cuba membakar ibu, ayah dan kakaknya dengan menyimbah petrol kepada mereka bertiga selepas permintaannya untuk mendapat wang RM100 tidak dipenuhi. Tidak cukup dengan itu, anak durjana berusia lewat 20-an terbabit turut mengugut akan merogol kakaknya yang berusia 30 tahun di hadapan ibu bapanya jika mereka masih enggan memenuhi permintaannya. |
| Juruhebah Radio 988 Milik MCA yang Digantung Tugas Anak Shamsiah Fakeh. Patutlah... Posted: 20 Aug 2010 10:15 PM PDT Salah satu isu hangat minggu ini termasuklah penggantungan tugas DJ dan pengurusan Radio 988. Semalam Malaysia Kini melaporkan: Bos dan seorang penerbit utama di stesen radio 988 milik MCA digantung perkhidmatan mereka ekoran penggantungan tugas DJ program popular dalam bahasa Cina 'Hi Malaysia' Jamaluddin Ibrahim semalam. Tindakan mengejutkan itu diparahkan lagi dengan penggantungan tugas tiga lagi baki DJ program tersebut. Hari ini The Star melaporkan bahawa Jamaluddin Ibrahim yang fasih berbahasa Mandarin, Kantonis, Inggeris, dan Melayu itu anak kepada Shamsiah Fakeh. Laporan dalam talian itu melaporkan bahawa: Jamaluddin is no ordinary Mandarin-speaking Malay man. His parents are Malaysian freedom fighters Shamsiah Fakeh and Ibrahim Mohammed who spent almost 40 years in exile in China as they were top leaders of the Communist Party of Malaya.Patutlah...Bolehkah anda terfikir penggantungan tugas mereka tiada unsur politik? |
| BN Adakan MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT untuk P Kamalanathan. UMCO Tolong Komen! Posted: 20 Aug 2010 07:36 PM PDT BN bukan mendoakan P Kamalanathan mendapat hidayah lalu menukarkan namanya menjadi "Kamal" tetapi membuat solat hajat dan bacaan Yassin agar dia memenangi PRK Hulu Selangor. Ingat? Bukti, sila lihat gambar di atas. Apa komen UMCO & Co. Saya petik: [PD] Parti UMNO dilihat semakin "bengong" dan "merapu" sekarang ini. Apa tidaknya, pemimpin mereka sudah mula meracau tak tentu pasal. Tambah-tambah si Zahid Hamidi (foto), bekas Menteri Agama UMNO dulu. Bercakap seolah-olah orang yang pandai agama dan menjaga kesucian agama. Walhal, habuk pun tak ada!. Isu bacaan doa khutbah Jumaat di Pulau Pinang dicanang-canangkan. Kononnya Kerajaan Negeri pimpinan DAP itu menukarkan nama Agong kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam bacaan doa tersebut. Walhal, perkara itu bukannya dibuktikan pun, malah satu laporan polis tidak kedengaran. Tiba-tiba si Zahid cuba menjadi pembela agama dengan menuduh ia berlaku di beberapa buah masjid di negeri itu. Namun, anehnya tidak dinyatakan masjid yang mana satu untuk siasatan lanjut. Hanya main "serkap jarang" dan kemudiannya mengehbohkan kepada media arus perdana untuk tujuan "publisiti murahan". Maka, "media UMNO Utusan Malaysia" pun berbanggalah menyiarkan laman hadapan berita "Nama Guan Eng Ganti Agong" tanpa mahu buat usul periksa apakah kebenaran terhadap cerita itu. Semua ini adalah satu "kerja jahat" untuk memalukan dan menghapuskan sokongan rakyat terutamanya orang Melayu terhadap DAP khas dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang amnya. Namun, mujurlah semua itu hanyalah "khayalan Zahid" semata-mata, sedangkan hakikatnya perkara itu memang tidak berlaku dan tidak masuk dek akal untuk berlaku. Inilah dia hasil didikan "Islam Hadhari" yang dipelopori oleh Zahid Hamidi ketika Menjadi Menteri Agama dulu agaknya. Beliau sanggup berbohong pada bulan Ramadhan, untuk menunjukkan kononnya UMNO prihatin dengan dengan kesucian Islam itu sendiri. |
| [Kemas Kini] Nama Lim Guan Eng Bukan "Najis Mughallazah" 2 Posted: 20 Aug 2010 07:00 PM PDT Dalam The Star, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri, Abdul Malik Kassim menafikan imam menukarkan nama Agong kepada KM Lim Guan Eng semasa membaca doa dalam khutbah kedua Solat Jumaat. Katanya lagi, dakwaan sedemikian berpunca daripada sesetengah AJK masjid yang mahu mensabotaj program agama kerajaan negeri. Anda boleh baca laporan The Star tentang hal ini di sini. Dalam kiriman "Nama LGE Bukan Najis Mughallazah" ada dipautkan penafian LGE tentang hal ini. Penafian ini membuktikan tiada wujud arahan daripada kerajaan negeri agar nama KM PP itu dimasukkan dalam doa khutbah Solat Jumaat. Sebaliknya, 2 orang kariah, iaitu Hamir dan Abu Kassim, kedua-duanya dari dua masjid yang berbeza mendakwa khatib jemputan dari Perak, iaitu Zakaria ada menyebut nama LGE dalam doa khutbah kedua. Hal ini ada disiarkan dalam UM seperti yang berikut: ''Rakan-rakan kariah masjid ada menjemput dia (Zakaria) untuk memberi khutbah dan kita tiada halangan.Oklah, katakanlah dakwaan dua kariah itu benar. Khatib tersebut menyebut nama LGE dalam doa khutbah kedua Solat Jumaat seperti yang diberitakan, memohon agar LGE diberikan hidayah untuk menerima Islam. Sila baca semula kata-kata salah seorang kariah yang disiarkan dalam UM di atas. AJK masjid mendakwa doa itu untuk memohon agar LGE menerima hidayah Allah SWT. Dalam hal ini, adakah UMCO tidak mahu orang bukan Islam diberikan hidayah untuk menerima Islam? Si khatib bukan mendoakan agar Allah mengampunkan dosa LGE! Dalam hal ini, Harakah Daily ada melaporkan bahawa Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Rosidi Husein menegaskan bahawa tidak menjadi kesalahan sekiranya nama Ketua Menteri dibaca dalam khutbah supaya beliau diberikan taufik dan hidayah oleh Allah SWT memandangkan beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti Islam. Laporan penuh boleh anda baca di sini. Seperkara lagi, si kariah masjid tadi turut menegaskan bahawa tiada arahan yang diberikan oleh mereka untuk memasukkan nama KM PP dalam doa khutbah kedua Solat Jumaat. Jadi maknanya, dalam hal ini tidak wujud arahan daripada kerajaan negeri atau AJK masjid yang terlibat. Oleh itu, saya beranggapan mungkin kerana begitu kagum akan kewibawaan LGE, si khatib tadi terlupa menyebut nama Agong dalam doanya. Adakah ini suatu kesalahan yang begitu besar sedangkan pihak masjid seluruh negara jarang-jarang gagal mendoakan kesejahteraan sultan dan raja di negara ini sejak hal ini mula diwartakan? Yang paling penting, bukan setakat dalam doa khutbah kedua Solat Jumaat kita mendoakan kesejahteraan seseorang, malah kita digalakkan mendoakan kesejahteraan seseorang setiap masa. Sementara itu dalam Mstar, Penasihat Agama kepada PM, Datuk Seri Dr. Abdullah Md Zin mengatakan: "...khutbah Jumaat adalah satu ibadat yang diwajibkan kepada setiap umat Islam dan ia tidak boleh disamakan dengan sesuatu majlis yang dimana aturcaranya boleh diubahsuai sesuka hati dan tidak berlandaskan hukum.Apabila menyebut hukum, timbul persoalan: batalkah sembahyang Jumaat itu jika menyebut nama KM PP dengan tujuan memohon Allah memberikan hidayah keadaannya? Dia juga menyatakan bahawa tiada perkara seumpama itu berlaku walaupun pada zaman Nabi. Betulkah begitu? Inilah salah satu tingkah laku menyebabkan orang bukan Islam menjauhkan diri daripada agama yang bersifat universal. Semuanya gara-gara politik murahan! Sebenarnya, isu ini bukanlah isu besar. Namun kerana UMCO tiada isu yang hendak "dimainkan" di akhbar dan di televisyen, maka isu remeh ini dilaungkan berhari-hari dengan harapan orang Melayu yang jahil akan bangkit membantah dan menghukum DAP, PKR, PAS dalam pilihan raya umum akan datang. Bagi yang cepat sangat hendak mencemuh DAP, PKR, dan PAS dalam isu berkaitan dengan institusi raja di negara ini, sila selak sejarah dengan mengelik gambar "Siapa Derhaka kepada Raja" di kolum blog ini. Dalam isu agama, isu "judi bola sepak" dan "hukum hudud" sudah memadai untuk anda menilai sikap sebenar UMCO terhadap agama! Kemas Kini: Sudah jelas? * Hanya Salah Faham - Imam |
| Bapa Kena 60 tahun, Anak Lelaki Kena 36 Tahun- Kesalahan: Rogol Anak/Adik Posted: 20 Aug 2010 05:12 PM PDT Blog ini menyokong penuh hukuman berat yang dikenakan kepada haruan dan anak haruan yang "membaham" anak/adik mereka. Yang sedihnya, mangsa seorang OKU kerana tangannya kudung. Saya petik: [BH] KUCHING: Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 60 tahun selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya yang kudung tangan, manakala dua anak lelakinya masing-masing dikenakan penjara 36 tahun dan 24 kali sebatan kerana kesalahan sama yang dilakukan terhadap mangsa di antara 2006 dan 2008. Mereka berdua secara bersama dituduh merogol dan melakukan sumbang mahram ke atas adik kandung mereka antara Januari dan Disember 2006 serta antara Januari hingga Disember 2007 di bilik mangsa di sebuah rumah di Bandar Baru Semariang. |
| Firaun Tut Mati Akibat Kesan Sumbang Mahram Posted: 20 Aug 2010 04:45 PM PDT Saya petik: [Kosmo] KAHERAH - Kematian mengejut Firaun Tutankhamun pada usia 19 tahun didapati berpunca akibat tubuhnya yang lemah kerana dia dilahirkan hasil daripada hubungan sumbang mahram melibatkan keturunannya, kata beberapa saintis. |
| You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan