| Roma Irama Didakwa Merogol Budak Berusia 16 Tahun Posted: 14 Aug 2010 05:13 AM PDT Maaf, bukan Rhoma Irama, legenda dangdut Indonesia itu, Roma Irama ini pemuda Orang Asli dari suku kaum Temuan. Saya pun terkena juga! Saya petik: [SH] SHAH ALAM – Seorang pemuda Orang Asli dari suku Temuan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang gadis Melayu dipercayai dengan cara pukau, dua bulan lalu.
Roma Irama Mohd Rafi, 25, dituduh merogol mangsa yang juga teman wanitanya berusia 16 tahun 7 bulan pada jam 10 malam, di rumahnya, Kampung Orang Asli Gurney, Hulu Yam Bharu, 25 Jun lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan diambil daripadanya yang tidak fasih berbahasa Melayu.
Dia yang hanya melakukan kerja-kerja di kampungnya didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum.
Hakim Hasbi Hasan membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.
Sebutan kes pula ditetapkan pada 2 September depan bagi tujuan rekod pengakuan dan mendapatkan jurubahasa orang asli Temuan. |
| Isu Saman Felda: Sivarasa Perlu Jelaskan Juga Isu Bayaran kepada Peguam Posted: 14 Aug 2010 03:01 AM PDT Kenyataan Sivarasa ini telah menafikan fitnah Pengerusi Felda yang menyatakan bahawa peneroka terpaksa membayar RM500, walhal nilai sebenarnya hanyalah RM50. Jaringan blogger UMCO juga mengutarakan hal yang sama. Bezanya mereka turut menimbulkan isu 30% nilai tuntutan yang akan diberikan kepada pasukan peguam yang mewakili peneroka Felda. Kata mereka: Dari maklumat yang kami terima dalam e-mel yang mungkin sekali rakan-rakan bloger lama lain turut terima, fee peguam untuk menyaman Felda hanya menguntungkan peguam dan bukan peneroka.
Tindakan saman oleh peneroka Felda bermula di Felda Kemahang 3 yang melibatkan 354 orang peneroka. Saman ini diusahakan oleh peguam Tetuan Wan Rohimi & Asmadi (PAS).
Tetuan Wan Rohimi & Asmadi (PAS) menuntut RM12,557,512.80 kepada FELDA tetapi sebenarnya 30% daripada nilai tuntutan tersebut adalah milik peguam (komisyen) iaitu RM3,767,253.80 dan bakinya RM8,790,259.00 dibahagikan kepada 354 orang peneroka.
Ini bermakna seorang peneroka hanya mendapat RM24,831.24 sahaja. Itu belum lagi ditolak dengan kos-kos lain yang dikenakan oleh peguam. Yang menjadi kaya peguam pembangkang manakala peneroka diperbodohkan.
Lanjutan dari itu, Tetuan Wan Rohimi & Asmadi telah cuba menghasut peneroka-peneroka di rancangan-rancangan lain seperti di Felda Kemahang 1, Kemahang 2, Felda Maokil, Johor untuk menyaman FELDA.
Setelah Kes Kemahang 3 disiarkan di media, pihak pembangkang melihat isu kadar perahan minyak sawit ini boleh terus digunakan untuk mencalar imej Kerajaan dan dalam masa yang sama mendapatkan keuntungan.
Ini dibuktikan dengan kes saman oleh 766 orang peneroka Gugusan Raja Alias yang bertindak menyaman FELDA dengan menggunakan peguam Sivarasa Rasiah yang merupakan Ahli Parlimen dan Naib Presiden KEADILAN dan Latheefa Koya merupakan Ketua Penerangan KEADILAN.
Ini juga giliran Sivarasa Rasiah dan Latheefa Koya (KEADILAN) untuk mengaut keuntungan jika mereka menang kes tersebut.
Mereka sedar kes Kemahang 3 tidak boleh dijadikan asas untuk menyaman Felda kerana kes Kemahang tidak dibicarakan dengan sempurna kerana ketidakhadiran peguam Felda untuk membela kes tersebut.
Memikirkan peneroka akan undur dan kensel bil atahu sekim penipu peguam ini, mereka mengenakan tambahan bayaran dari RM500 seorang kepada RM5,000 seorang jika tarik balik saman.
Bila menang, 30% peguam punyam. Peguam tidak memodal apa2 melainkan air liur belaka, manakala penoraka ingat jelas mereka telah ditipu....lanjut boleh baca di sini. Selain penjelasan tentang bayaran RM50 yang dibesarkan nilainya oleh Pengerusi Felda dan blogger UMCO menjadi RM500, dibesarkan juga menjadi RM5 000, Sivarasa juga perlu menjelaskan tentang tuntutan peguam seperti ditimbulkan oleh blogger UMCO di atas. Adakah peguam akan menuntut nilai 30% tersebut? Saya kira Sivarasa & geng tidak setamak itu, dan yakin perjuangan mereka itu berdasarkan keikhlasan untuk menuntut keadilan kepada peneroka Felda yang telah dizalimi. Namun, selagi tidak dijelaskan, maka cakap-cakap seperti itu akan terus menjadi modal mereka. Tidak tahulah jika perkara yang dihangatkan itu benar belaka! Berkaitan:* Saman Felda: Peneroka diminta RM50 bukan RM500 [MK]..."Beliau (Yusuf Nor) patut berhati-hati mengeluarkan kenyataan palsu macam ini.
"Kenyataan supaya membayar RM500 adalah satu fitnah dan satu kenyataan palsu," kata peguam Sivarasa Rasiah yang mewakili kumpulan peneroka itu pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Sivarasa yang juga adalah naib presiden PKR, 766 peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan itu hanya diminta menyumbang bayaran RM50 seorang bagi memulakan saman tersebut sehingga kes dibawa ke mahkamah tinggi.
Katanya, dakwaan Yusuf (kiri, tengah) bahawa peneroka diminta yuran RM500 seorang itu sebagai berniat jahat dan jumlah RM500 itu adalah jumlah yang tidak munasabah....- Abdul Rahim Sabri Menarik: * Peguam: Felda tidak boleh saman Suara Keadilan [MK] Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak boleh menyaman fitnah ke atas akhbar Suara Keadilan kerana agensi itu ditubuhkan dengan menggunakan dana rakyat.
"Soal yang timbul di sini adakah secara undang-undang, moral dan etika, Felda boleh membawa apa-apa tindakan undang-undang kepada rakyat yang mengeluarkan kritikan ke atas Felda.
"Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat. Felda ditubuhkan untuk memberi bantuan dan faedah kepada rakyat. Undang-undang adalah jelas, Felda tidak boleh saman fitnah (kepada Suara Keadilan).
"Prinsip undang-undang adalah jelas, apa-apa badan yang yang ditubuhkan dengan wang rakyat dan untuk kebaikan rakyat, tidak boleh mengeluarkan saman fitnah setiap kali dikritik oleh rakyat," katanya peguam yang dilantik oleh akhbar berkenaan, N Surendran.
Menurutnya, berdasarkan undang-undang lazim atau 'commom law' itu, yang diamalkan kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, kerajaan tempatan atau badan berkanun tidak boleh membuat saman fitnah ke atas rakyat.
Sehubungan itu, Surendren menasihatkan Felda agar mencari penasihat undang-undang yang bijak, membuat kajian serta tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak mempunyai asas undang-undang...- Abdul Rahim Sabri |
| Skandal Norman-Memey: 8 Bulan Usung Tilam Posted: 13 Aug 2010 11:00 PM PDT Saya petik: [HM] HULU KLANG: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, dia melihat Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, membawa selimut dan tilam dari ruangan pejabat atas ke tingkat bawah pejabat Norman Hakim, hampir setiap hari dalam tempoh lapan bulan sebelum pasangan itu ditangkap berkhalwat.
Pereka bentuk, Mohd Yusri Abdul Khasan, 55, yang pejabatnya berjiran pejabat Norman mendakwa dia hampir dituduh bersubahat dengan Norman dan Memey oleh penduduk sekeliling kerana tidak membuat laporan walaupun menyaksikan kemungkaran itu.
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey, 21, didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana di sini, pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008.
"Pada hari kejadian, saya lihat Memey sekali lagi melakukan perbuatan itu (membawa selimut dan tilam) dan hanya Norman memakai baju-T dan seluar pendek (boxer) berada di dalam (pejabat).
"Ketika penguat kuasa membuat serbuan, saya nampak Norman memanjat pintu jeriji besi di bahagian belakang untuk naik ke tingkat atas. Sebelum ini, saya tidak mahu menjadi saksi dan hanya mahu menjadi pengadu.
"Tapi, hampir dua tahun berlalu dan pelbagai pembohongan dan helah dilakukan Norman, Memey dan abangnya Saufi. Oleh itu, sebagai orang Islam saya mesti menegakkan kebenaran," katanya ketika menjawab soalan Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi Mohd Yusri.
Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey didakwa mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama. Kedua-dua tertuduh yang hadir dengan menaiki kereta Memey diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan. - Murni Wan Omar
Transkrip mahkamah di HM. |
| Apa Salahnya Bunyi Masjid Kuat, Dinar Islam? - A Kadir Jasin Posted: 13 Aug 2010 09:00 PM PDT Saya petik:SETELAH dua minggu tidak menunaikan Jumaat di Masjid Negara kerana berada di luar negara, saya semalam dalam suka dan duka kembali ke rumah ibadat yang ikonik itu.
Saya gembira kerana Iman begitu "commanding" mengimamkan solat. Pembacaan jelas, lancar dan kuat. Bukan apa, sekarang ini banyak cakap-cakap bahawa ada orang bukan Islam tidak senang hati dengan bunyi masjid dan surau yang kuat.
Malah ada orang Islam yang terikut-ikut. Tak tahulah orang lain, tetapi bagi saya, lagi kuat dan lancar suara Iman (melalui pembesar suara) lagi mudah saya mengikut dan menumpukan sepenuh perhatian.
Lagipun, adakah orang Kristian di Switzerland, misalnya, berasa bersalah dan orang bukan Kristian berasa marah apabila loceng gereja berbunyi lantang setiap 15 minit?
Sebaliknya, negara majoriti Kristian itu baru saja mengundi mengharamkan pembinaan menara (minaret) masjid atas alasan menara menjadi simbol "Islamisasi".
Tetapi kita nak kata apa? Itu negara mereka – sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Kristian. Samalah dengan orang Amerika yang menentang pembinaan Pusat Islam New York kononnya terlalu dekat dengan tapak World Trade Centre.
Jadi mengapa kita, sebuah negara yang agama rasminya Islam dan majoriti rakyatnya Islam, harus mempersoalkan kelantangan azan, khutbah dan solat di masjid dan surau?
Lagipun, pembeli rumah di kawasan-kawasan perumahan tahu di mana terletaknya masjid – sama ada yang sudah dibina atau dirancang kerana ada dalam pelan induk. Kalau tidak suka bunyi masjid, jangan beli rumah berhampiran dengannya.
Berbalik kepada Masjid Negara, saya terkilan sikit (sikit) dan tertanya-tanya kenapa kerja-kerja pemulihan dan pengubahsuaian perlu dijalankan atau diteruskan pada bulan Ramadan, sehingga mencacatkan keindahan masjid dan keselesaan beribadat?
Adakah semata-mata untuk menyambut Hari Raya Puasa yang ibadat sembahyangnya hanyalah sunat atau akibat perancangan yang tidak mempedulikan keagungan masjid dan keselesaan jemaah?
Saya tidak mahu ulas khutbah yang disampaikan oleh khatib, kecuali menyebut mengenai doa khutbah yang "terlebih" panjang dan (maaf cakap) "kureng" lancar. Bukan apa, saya selalu berasa kalau nak berdoa biar lancar. Lebih baik doa yang pendek tetapi lancar daripada doa panjang yang tersangkut-sangkut.
Namun saya ucap terima kasih kepada semua pihak terbabit yang berniat baik melakukan pemulihan dan pengubahsuaian Masjid Negara. Yang saya persoalkan hanyalah ketepatan masa (timing).
Bukan pihak berkuasa masjid tak tahu yang lebih ramai orang datang mengerjakan solat Jumaat pada bulan Ramadan sebab tak boleh makan tengah hari.
Dan apakah salahnya kita mempromosikan Dinar Islam kalau sistem itu berdaya maju dan berpotensi mengatasi masalah sistem matawang konvensional yang kini terdedah kepada spekulasi dan manipulasi oleh pasaran bebas ciptaan Barat?...sambung di sini. |
| Tolong "Selamatkan" Ahli PUTERI UMNO Ini! Posted: 13 Aug 2010 05:00 PM PDT |
| Skandal SENATAK EZAM di Indonesia? Posted: 13 Aug 2010 03:27 PM PDT ---------Sementara itu, Chegu Bard yang merupakan sahabat yang paling taat pada Ezam berkata pada sharpshooter..
Chegu Bard : "Abang Din..Abang Din tahu tak..saya serah nyawa pada Ezam dalam perjuangan ini ?
Sharpshooter : "Oh ya ka...awat la Cikgu pi serah nyawa pada senatak tu..mujur tak serah yang lain..he..he..he.."
Chegu Bard : " Abang Din ni apa la..orang cakap serius ni....Kalau saya tahu ni barua Ezam tergamak heret Kak Wan, tobat saya tak ngaku kawan dah...Ezam ni dah terlalu melampau sangat...jangan sampai saya dedah kisah Ezam di Indonesia pula..."
Sharpshooter : "Eh...Chegu..apahal..apa kes Ezam di Indonesia....dia buat apa Chegu?
Chegu Bard : " Ezam.. tolong hentikan fitnah pada Kak Wan..jangan sampai saya dedah dan bongkar rahsia Ezam di Indonesia..saya tahu di hotel mana? waktu bila? tarikh bila? jam berapa? dengan siapa?....saya tahu semuanya..jangan sampai saya dedah semua tu...saya tak gamak nak sentuh hal peribadi Ezam..."
Sharpshooter :" oh ya ka cikgu...awat tak mau dedah..."
Chegu Bard : "Tengoklah macamana..sampai masa mungkin saya terpaksa dedah..."...........bersambung di Sharpshooter |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan