Rabu, 4 Ogos 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Khusus untuk PEROKOK! Tolong Lihat Video Ini!

Posted: 04 Aug 2010 05:00 AM PDT


Alhamdullilah, sudah hampir 5 tahun saya bebas daripada rokok. 
Anda bila lagi?

Iklan antirokok Indonesia yang kreatif. Semoga memberikan anda motivasi untuk membebaskan diri daripada rokok. Mudah-mudahan. Insya-Allah!:

[Video] Budak Sekolah Tumbuk Cikgu

Posted: 03 Aug 2010 11:31 PM PDT


Anak siapa? Lahanat & Celaka!

Saya pernah mengajar sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di sekitar Kuala Kangsar 8 tahun lalu (sekitar tahun 2002). Pada waktu itu, gejala sosial dalam kalangan pelajar sudah serius. Bayangkan pada ketika itu ada pelajar yang membawa arak ke sekolah pada sambutan Hari Guru. Ada pelajar yang mencabar guru bertumbuk di luar sekolah. Ada pelajar perempuan yang "menjual" buah dada dan alat sulitnya kepada pelajar lelaki. Sekali pegang buah dada RM1, pegang bahagian "bawah" dikenakan caj RM3. Ada juga kes berkaitan dengan penemuan kondom di stor sekolah.

Ketika itu, sekolah menengah tersebut ditadbirkan oleh pengetua wanita. Yang mendukacitakan apabila tiada tindakan tegas diambil terhadap pelajar yang bermasalah kerana dikhabarkan bahawa guru wanita itu mahu menjaga nama baiknya. Sebagai akibatnya, berlakulah bermacam-macam kes disiplin sehingga ada guru yang menangis teresak-esak di bilik guru. Guru disiplin yang bertugas tidak dapat mengambil tindakan tegas kerana bimbang dikenakan tindakan oleh jabatan dan pihak berkuasa. Maklumlah hanya kerana melempang murid, guru mungkin dikenakan tindakan undang-undang, malah mungkin dikenakan tindakan tegas oleh pihak jabatan.

Bagi golongan yang berusia 30-an ke atas, pasti ramai yang tertanya-tanya, mengapakah kes disiplin generasi muda hari ini begitu parah sehingga membimbangkan banyak pihak? Walhal kes seumpama ini agak berkurang pada waktu mereka bersekolah. Pada waktu itu, kes disiplin yang paling teruk pun hanya melibatkan pelajar menghisap rokok dan ponteng sekolah.

Selain pengaruh media, pengaruh rakan sebaya, sikap ibu bapa yang acuh tidak acuh dalam mendidik anak-anak, faktor yang menjadikan kes ini semakin teruk apabila kuasa untuk merotan dan menghukum murid "ditarik" daripada guru. Sejak itu, pelajar semakin "lemak" & besar kepala. Hal ini demikian kerana mereka tahu bahawa guru tidak boleh bertindak seperti dahulu. Ada sesetengah guru hari ini "dipermainkan" oleh pelajar-pelajar. Penghinaan seperti itu menyebabkan guru kadang kala hilang pertimbangan sehingga ada yang mengambil tindakan luar biasa. Namun, malangnya pihak media dan ibu bapa menyalahkan guru dan mnembela pelajar bermasalah yang sepatutnya menghuni sekolah pemulihan akhlak bukannya belajar di sekolah harian biasa.

Sila perhatikan petikan laporan berita berkaitan dengan video di bawah ini. Cuba baca komen yang diberikan oleh Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan. Katanya, kes seperti ini adalah kes terpencil. Sebenarnya, komen sebeginilah yang menyebabkan penyakit moral dalam kalangan pelajar bertambah parah. Walhal situasi sebenar masalah disiplin sudah begitu parah, namun orang-orang seperti Presiden NUTP masih lagi hanyut dengan sindrom penafian.

Kes pelajar pukul guru bukanlah masalah terpencil. Kes seumpama ini sudah berleluasa. Bayangkan 8 tahun lalu kes sebegini sudah wujud, namun banyak orang masih berpegang bahawa kes pelajar tumbuk guru adalah masalah disiplin yang terpencil! Begitu juga dengan kes pelajar hamil dan perbuatan jenayah seperti pecah rumah, rogol, dan sebagainya. Kes-kes seumpama itu kian berleluasa di Malaysia. Sebelum ini, heboh fasal sekolah samseng di Rawang, adakah kes itu juga kes terpencil?

Bangunlah daripada "tidur", sebelum suasana sekolah di Malaysia ini menjadi suasana sekolah di negara Barat!

Berita berkaitan dengan gambar dan video:

Kejadian cetus persoalan mengenai tahap disiplin

[BH] KUALA LUMPUR: Sarawak yang digemparkan dengan penyebaran rakaman video perlakuan seks membabitkan dua pelajar Tingkat Dua di negeri itu minggu lalu, kini dikejutkan pula dengan rakaman seorang pelajar sebuah sekolah menengah di negeri itu memaki-hamun dan menumbuk gurunya.

Rakaman video terbaru itu tersebar secara meluas kerana dimuat turun ke laman sosial, Youtube.

Kejadian itu dikatakan berlaku lima hari lalu membabitkan seorang pelajar Tingkatan Tiga dan seorang guru lelaki serta dirakam pelajar kelas sama menggunakan telefon bimbit.

Kedua-dua kejadian itu bukan saja dikatakan menimbulkan persoalan mengenai tahap disiplin pelajar sekolah, malah turut menampakkan sikap pelajar yang mudah melenting apabila berdepan guru.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata tayangan video kurang empat minit itu tidak menggambarkan tahap disiplin keseluruhan pelajar di negara ini dan menyifatkan kejadian berkenaan sebagai kes terpencil.

"Kita tidak boleh membuat andaian mengenai kejadian atau tidak boleh kata masalah disiplin begitu serius. Tidak perlulah kita sensasikan kejadian ini kerana masih banyak lagi kes yang tidak dibincangkan secara mendalam oleh mana-mana pihak. 
"Kita tidak tahu kejadian itu sepenuhnya apa yang kita nampak pelajar marah dan kemudian menumbuk guru berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau meminta guru sebagai orang yang lebih dewasa dan banyak pengalaman memainkan peranan masing-masing untuk mengawal dan meredakan kemarahan pelajar terbabit.

"Saya difahamkan pelajar itu berusia 15 tahun dan berada di Tingkatan Tiga dan dalam usia sebegini kita tahu mereka cepat marah... cepat bertindak. Bagaimanapun, guru perlu menggunakan pengalaman mereka untuk mengawal keadaan," katanya.

Rakaman video dari laman Youtube:

[Video] Mat Motor Menangis Teresak-esak...Sampai Keluar Air Mata Tergelak

Posted: 03 Aug 2010 09:10 PM PDT

Video ini mula dimuatnaikkan ke Youtube sebelum tersebar dalam Facebook. Video dengan paparan imej yang kurang berkualiti ini menunjukkan mat motor melarikan diri daripada JPJ. Apabila berjaya ditahan oleh penguatkuasa JPJ, mat motor ini menangis teresak-esak sambil memohon belas kasihan mereka agar melepaskannya kerana menunggang motosikal yang tidak mempunyai cukai jalan dan menunggang motosikal tanpa lesen memandu.

Gelak-gelak juga, fikirkan moral di balik paparan video ini. Tuntasnya, jika berbuat salah, jangan lari. Hadapinya! Tindakan melarikan diri bukan sahaja menambahkan lagi kesalahan malah boleh menyebabkan nyawa terancam. 

Videonya:

Tiada ulasan: