Rabu, 18 Ogos 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Ridhuan, mengapa dikaitkan mengkafir itu orang PAS

Posted: 18 Aug 2010 05:47 PM PDT

Pertama kalinya saya membaca tulisan tuan Dr Ridhuan Tee, saya akui tuan Dr mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu, begitu juga pembaca halaman tuan memuji-muji tuan Dr, namun tidak semestinya tuan Dr seorang yang alim. Kadang-kadang perlu kita sedar bahawa tidak semua perkara yang kita boleh sentuh dengan hanya memiliki satu taraf tertinggi dalam pendidikan, maka lihatlah apa bidang yang diceburi.

Buktikan, siapakah pemimpin di kalangan ahli PAS yang suka mengkafirkan orang? Jika dulu, setakat ada pengikut PAS yang jahil melaungkan perkataan kafir, bukan menjadi satu trademark atau ukuran ke atas orang PAS kerana tidak semua orang PAS alim dan berilmu. Jangan kerana setitik nila, habis susu sebelanga. Itupun di zaman bila? Siapakah mereka? Adakah apabila tok-tok guru menyuarakan sifat-sifat boleh menjadi kafir itu menjadi satu kesalahan? Bahkan dalam al-Quran jelas ciri-ciri siapa yang menjadi kafir. Seolah-olah semua ahli PAS kaki mengkafirkan orang.

Kembalilah kepada fakta dan sejarah, surah al-Taubah menjelaskan gambaran sebenar realiti manusia. Sindiran tuan Dr seolah-olah ahli PAS hanya terdiri daripada kalangan orang yang suka mengkafir orang serta jahil dan tidak berilmu. Adakah hanya orang seperti tuan Dr dikira sebagai berilmu dan berakademik lantaran memiliki pencapaian tertinggi dalam pendidikan?

Sebenarnya, jauh dari apa yang tuan Dr fikir dan faham. Benarlah ada yang kata tuan Dr mungkin belajar dari orang Umno atau fikiran sama dengan Umno, boleh jadi menimba dari berita tv dan akhbar pro Umno, bukan dari ahli PAS sendiri. Ahli PAS pula terdiri daripada berbagai latarbelakang, ada tok-tok guru, ulama-ulama, sarjana-sarjana, ustaz-ustaz, guru-guru, pakar-pakar dan sehingga serendah-rendah tahap pendidikan, tidak semua yang sangat faham dengan perjuang Islam PAS, sekadar ahli PAS, mungkin seperti tuan Dr yang kurang faham. Jangan letakkan diri tuan Dr berada di kalangan mereka yang suka menyebar fitnah, berhati-hati bila berada di lembah yang curang lagi bercerun, seperti kata Nabi s.a.w. kawanlah mencorak peribadi seseorang.

Mengapa orang yang menggelarkan diri mereka sarjana dan intelek, bebas dan bertamaddun, bijak dan pandai hanya mengecam kesalahan PAS yang sedikit daripada menghentam sekeras-kerasnya tindakan Umno selama-lamanya membenarkan kemungkaran bermaharaja lela lantaran menyalahkan rakyat yang tidak sedar diri, tetapi bukannya pemimpin Umno yang sepatutnya sedar diri. Jangan mudah tertipu di atas kepura-puraan mereka membina masjid-masjid, membantu orang susah, membenarkan forum dan pentas agama selagi mana mereka itulah orangnya merosakkan agama dengan mencampur adukkan dengan perkara kemungkaran Allah.

Sebenarnya tidak jauh bezanya dengan negara kafir barat, ada juga negara barat membenarkan alim agama berceramah asalkan tiada unsur menghentam mereka, Amerika baru saja mengumumkan pembinaan sebuah masjid bernilai jutaan ringgit di pembinaan semula pusat dagangan antarbangsa mereka, samalah di negara kita, sekiranya tuan Dr sendiri menghentam Umno dengan nada yang serupa, pasti tuan Dr akan disekat dan dihalang. Mengapa cerdik pandai itu sendiri tidak turun bersama PAS dan membentuk serta membetulkan PAS dari dalam, kiranya merekalah orangnya yang mengutarakan idea bernas dan mempunyai pandangan yang jauh.

Di bulan Ramadhan ini, bebaskan ia daripada anasir-anasir mengeji lantaran rasa sakit hati terhadap pandangan orang lain sehingga tidak secara sedar yang lain makan nangka, yang lain terkena getahnya. Wallahua'lam.



Oleh WM F W Yakub

Kakitangan awam Pulau Pinang dapat bonus RM400

Posted: 18 Aug 2010 07:31 AM PDT

Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.

"Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang.

"Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik," kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.

Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia.

Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa.

Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu.

Utusan Berhadapan Saman Malu RM50 Juta Dari Anwar

Posted: 18 Aug 2010 12:27 AM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan surat tuntutan kepada akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan yang dianggap berniat jahat yang mendakwa beliau membayar agensi berita luar negara, Cable News Network (CNN) untuk liputan berita.

Peguam Latheefa Koya berkata surat tuntutan itu diserahkan oleh Tetuan Edwin, Lim & Suren yang bertindak bagi pihak Anwar.

"Kita meminta pihak Utusan dengan segera menarik balik dan meminta maaf kepada Anwar. Permohonan maaf itu harus dipaparkan sebesar artikel yang disiarkan itu dan berjanji tidak akan mengeluarkan apa-apa artikel seperti itu lagi.

"Sekiranya pihak defendan gagal berbuat demikian dalam masa 7 hari yang diserahkan hari ini, pihak peguam akan membawa kes ini ke mahkamah untuk saman fitnah RM50 juta," ujar Latheefa yang juga Ketua Penerangan KEADILAN.

Menurut Latheefa, jumlah tersebut adalah munasabah memandangkan fitnah tersebut mempunyai impak global terhadap imej dan maruah Ketua Umum KEADILAN.

Pada 10 Julai lalu Utusan menyiarkan artikel bertajuk "Anwar Didakwa Bayar CNN" yang menjadi asas kepada tindakan undang-undang yang diambil Anwar terhadap akhbar tersebut.

Umno Parti Tenat Terdesak Guna Isu Perkauman

Posted: 18 Aug 2010 12:22 AM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa terdapat pihak tertentu cuba mewujudkan perlembagaan baru hanyalah percubaan terakhir Umno yang kini sudah tenat untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.

Anwar mengulas perkara tersebut ketika ditanya wartawan mengenai satu artikel di dalam Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Harussani dan menimbulkan kemungkinan 'perang besar' sekiranya kerajaan gagal menangani konflik kaum.

"Kita berhadapan dengan satu parti yang sudah tenat dan tahu kehilangan dukungan dan pengaruh orang Melayu dan rakyat.

"Umno yang sekarang ini kehilangan pengaruh untuk memerintah negara, mereka mula dilihat memainkan sentimen tersebut.

"Kalau benar ada orang yang mahu buat perlembagaan baru, kita minta perkara itu disiasat kerana ia bertentangan dengan pendirian rakyat negara ini.

"Ini cara ugut, menakutkan orang supaya kes kezaliman, rasuah itu ditutup. Saya tidak percaya ketegangan ini parah melainkan ia sengaja dimainkan oleh orang-orang berkepentingan," tegas beliau pada sidang akhbar di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana tengahari tadi.

Semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di Ipoh Isnin lalu, Harussani mendakwa pihak tertentu mahu menggantikan Perlembagaan Persekutuan dengan perlembagaan baru yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Tambah Anwar, seperti juga dalam isu berhubung isu kain rentang provokatif yang menghina Sultan Johor dan cuba dikaitkan dengan KEADILAN, beliau meminta pihak polis melakukan siasatan telus dan professional.

Katanya, sekiranya ada pihak tertentu cuba menghilangkan semua peruntukan orang Melayu-Islam atau hak Raja-Raja Melayu, beliau menggesa supaya pihak polis supaya menyiasat dakwaan tersebut.

"Kalau Pakatan Rakyat, kita ketiga-tiga parti sudah pun tandatangan. Saya, Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit Siang mengesahkan peruntukan yang ada dalam Perlembagaan dengan pendekatan baru untuk rakyat Malaysia lebih yakin,' jelas beliau.



Oleh Fazli Othman

Kain Rentang Provokotif Cuba Naikkan Kemarahan Melayu Tetapi Gagal

Posted: 18 Aug 2010 12:19 AM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan tindakan menggunakan isu kain rentang provokatif yang dilakukan oleh pihak tertentu bagi mengheret institusi diraja ke kancah politik kepartian sebagai muslihat dan niat buruk dengan tujuan menimbulkan kemarahan rakyat Johor, terutamanya di kawasan majoriti Melayu di luar bandar.

"Sudah tentu perkara ini tidak menguntungkan KEADILAN atau pun Pakatan Rakyat. Ia sengaja dihantar ke kawasan majoriti orang Melayu, seolah-olah kita memperkenalkan Datuk Chua Jui sebagai Menteri Besar Johor. Ini tidak benar. Apa yang diputuskan oleh parti adalah beliau dilantik untuk membina kekuatan bagi KEADILAN dan Pakatan Rakyat di negeri Johor.

"Tidak pernah menjadi amalan kita dalam KEADILAN mahupun Pakatan Rakyat (untuk melakukan perkara tersebut). Apatah lagi apabila ia melibatkan nama baik Tuanku Sultan Johor. Jadi kita minta pihak polis siasat dengan segera dan teliti," kata Anwar.

Beliau menjelaskan demikian selepas ditemui oleh dua orang pegawai polis dari ibu pejabat polis daerah Batu Pahat yang mengunjunginya di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana pagi tadi untuk mengambil keterangannya.

Keterangan tersebut yang dibuat di bawah Seksyen 112 kanun Prosedur Jenayah adalah bagi membantu siasatan berhubung penggunaan imej Sultan Johor pada kain rentang yang kononnya digunakan oleh penganjur bagi satu program ceramah yang di Batu Pahat, Johor bulan lalu.

DSP Che Mahazan Che Aik dan pegawai penyiasat ASP Aziz Abdullah tiba kira-kira pada jam 11.45 pagi dan bersama Anwar serta Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng, peguam Willian Leong, Latheefa Koya selama hampir satu jam.

Jui Meng berkata tindakan pihak yang cuba mengaitkan KEADILAN adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk menyebabkan Sultan Johor murka kepada parti.

"Kita dan para penyokong KEADILAN tidak sebegitu bodoh untuk katakan, yang saya dicalonkan sebagai Menteri Besar Johor. Ini adalah satu muslihat yang gagal. Sebagai seorang peguam yang terlatih dalam bidang undang-undang, saya tahu bahawa orang Cina seperti saya tidak boleh menjadi Menteri Besar. Ini tak masuk akal dan tak logik langsung.

"Matlamat mereka telah gagal, kerana tidak ramai orang yang percaya dengan apa yang ditulis di atas kain rentang itu. Tiada siapa yang untung daripada perbuatan mereka ini. Jadi kami minta pegawai polis siasat dengan segera kejadian ini, dan tangkap mereka yang terlibat dengan komplot ini," kata Jui Meng.

Pada 31 Julai lalu, Anwar dijadualkan untuk berucap di program ceramah di Markaz PAS Kampung Sungai Tongkang, Batu Pahat selepas menghadiri majlis makan malam dan perasmian Pakatan Rakyat Batu Pahat di Restoran Grand Sea View, di Jalan Tanjung Labuh.

Namun, pihak penganjur terpaksa membatalkan ceramah tersebut selepas diserbu oleh pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Tujuh orang termasuk peniaga ditahan di Balai Polis Rengit tetapi mereka dibebaskan dengan jaminan polis keesokan paginya.

Pementasan semula bangsawan Melayu, opera Cina 1987

Posted: 18 Aug 2010 12:09 AM PDT

Sejak 13 Mei 1969 pentas politik bangsawan Melayu dan opera bangsawan Cina menjadi daya tarikan untuk dipersembahkan di khlaayak. Peristiwa 13 Mei telah tersedia maklum akan latar belakang politik pada waktu itu.

Pementasan 1987 dipentaskan pada ketika keadaan politik Malaysia dilanda dengan krisis kepercayaan rakyat berbilang kaum terhadap parti-parti politik perkauman yang mewakili kaum masing-masing khususnya dua parti politik Melayu dan Cina iaitu Umno dan MCA.

Masyarakat Cina hilang kepercayaan terhadap parti dan pimpinan MCA yang dilihat gagal membela dan melindungi bangsa Cina. Sebaliknya pimpinan MCA dilihat membina kekayaan denasti kepimpinan mereka.

Begitu juga dengan parti dan pemimpin Umno yang dilihat mengamalkan kronisma dan nepotisma untuk memunggah dan mengumpul kekayaan suku sakat mereka.

Krisis dalam kepimpinan Umno nampak jelas menjejaskan kedudukan Umno sebagai parti tulang belakang BN ketika itu. Orang Melayu kususnya ahli Umno mula memperikaikan Umno dan pemimpinnya.

Bagi mengembalikan keyakinan dan kepercayaan Melayu pada Umno dan Cina pada MCA maka dipentaskanlah pentas bangsawan dan opera politik perkauman untuk disandiwarakan di seluruh negara dengan pelakon utamanya Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Datuk Lee Kim Sai.

Dihunuskan keris bangsawan Melayu dan pedang opera Cina bergegak gumpita seluruh negara. Datuk Lee Kim Sai lantang memperlihatkan keberanian dia mempersoalkan hak Melayu. Umno pula berlagak seperti Hang Jebat pembela ketuanan Tuah.

Umno mencadangkan himpunan umat Melayu di Stadium Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur. Jelajah mereka seluruh negara berpesan pada Melayu jangan lupa bawa mancis api dan senjata tajam ke perhimpunan Melayu di Kuala Lumpur untuk bakar rumah Cina dan basahkan Kuala Lumpur dengan darah orang Cina.

Seluruh negara jadi tegang keluarlah ilmu kebal selendang merah di kalangan bangsa Melayu. Akhirnya polis mengumumkan perhimpunan tersebut tidak dibenarkan.

Maka, berlakulah Operasi Lalang ISA yang menahan pemimpin pembangkang dan NGO yang dikambinghitamkan dari tragedi ini. Pelakon watak utama sandiwara bangsawan Melayu dan Opera Cina, Datuk Seri Najib dan Datuk Lee Kim Sai diberi cuti ke Australia. Pemimpin pembangkang dan NGO diberi cuti rehat di Kem Kemunting.

Melayu pun terpanggilah kononnya untuk terus dalam keadaan apa pun mempertahankan Umno kerana dilihat Umno lah hero yang kacak dan berani dalam sandiwara bangsawan ini dan Cina terus dalam apa keadaan pun pertahankan MCA kerana dilihat MCA menjadi hero dan membawa watak yang berjaya kepada Opera Cina yang dipentaskan.

Kini, selepas 23 tahun sandiwara bangsawan Melayu dan Opera Cina dipentaskan dengan jayanya ,sekali lagi sedang dipentaskan semula dalam situasi politik yang sama.

Hanya yang berbeza ialah pelakon utamanya. Kalau dulu Datuk Seri Najib dan Datuk Lee Kim Sai, kini Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Apakah selepas ini ada operasi lalang 2?

Pemimpin pembangkang yang akan dikambing hitam, Umno BN akan terus berkuasa untuk meratah rakyat dan khazanah negara.

Kepada Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) diharap tidak melatah untuk masuk dalam perangkap politik murahan Umno BN yang menjijikan dan membusukkan.

Kepada rakyat pelbagai kaum adalah diingatkan jangan sampai kita menjadi kuda tunggangan Umno BN, kita dipukul untuk berlari laju untuk menang dalam perlumbaan. Bila menang, yang mendapat hadiahnya joki (Umno BN). Kuda tidak dapat apa-apa.

Joki tinggal di hotel mewah makan yang enak-enak, kuda yang kononnya menang tinggal di kandang makan rumput kering sahaja. Jika kalah, kuda ditembak mati (rakyat ditinggal pergi).



Datuk Mahfuz Omar,
Naib Presiden PAS.

Satu lagi Operasi Lalang?

Posted: 17 Aug 2010 07:37 PM PDT

Perang mulut antara para pemimpinUmno dan MCA berlarutan (lihat Malaysiakini hari ini Chua kepada TPM: Sila ikuti peredaran zaman"
dan "Is Soi Lek flexing his muscles or playacting?"
serta Malaysian Insider hari ini "Soi Lek disappointed in Muhyiddin, says no need for war drums"
dan FMT hari ini "Muhyiddin's May 13 'boo' fails to spook MCA"
dan "Umno-MCA war: Utusan begins assault on MCA"
). Saya dok tertanya-tanya, adakah mereka sedang tibai-menibai antara satu sama lain untuk mewajarkan satu lagi operasi ala Operasi Lalang?

Yang untung akhirnya ialah pelanggan utama Apco Worldwide (lihat FMT hari ini "RM77 million: 'Malaysia is Apco's top client'"
- bila dia sebut Malaysia tu maknanya Umno la..).

Teringat kata-kata Haji Mohamad Sabu, "Umno dengan MCA bergaduh, aku yang kena tangkap". Dalam operasi itu, 106 ahli politik terutama dari parti pembangkang ditahan di bawah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tiga akhbar dibatalkan permitnya, iaitu The Star dan Sin Chew Jit Poh dan Watan.

Tengah-tengah saya search-search nak cari maklumat tentang Operasi Lalang, terjumpak pulak berita bertajuk "Umno-BN didakwa cuba ulangi Operasi Lalang 1987"
. Anda boleh tengok maklumat-maklumat tentang operasi itu di sini,di sini,di sini,di sini dan di sini.



Dari penarik beca

Tiada ulasan: